Pages

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Ke2 di Hospital Kuala Lumpur





Assalamualaikum ^_^

Harini tengah rajin. Nak update tentang puteri kedua. Hehe.. Tengku Nur Adzra.

Nak cerita yang mana dulu ye? Proses kelahiran dia ke atau nama dia? Kelahiran dululah ye..

Alhamdulillah, waktu tahu mengandung lagi, memang happy sangat sebab dah sedia nak mengandung lagi memandangkan Aisyah dah 2 tahun. Dah boleh ada adik. Hehe. First trimester sangat-sangat melemahkan. Aku muntah-muntah tahap kronik. Tak lalu makan dan minum air.Apa pun yang masuk semua keluar. Apa je jenis masakan, semua aku rasa busuk. Nak bayangkan pun dah geli geleman dekat tekak. Sampai satu tahap, dah taktau nak muntah apa, aku muntah keluar darah. Padahal masa tu baru je masuk air dekat klinik untuk kali yang kedua. Doktor suggest untuk aku pegi hospital terus boleh dapat rawatan rapi. Aku pilih untuk pergi hospital Ampang sebab dekat dengan rumah mak, jadi senang kalau Aisyah nak datang.

Masuk hospital, alhamdulillah rasa segar sikit berbanding dekat rumah. Mungkin sebab non stop masuk air dan aku makan antibiotik. 4 hari dekat hospital sebab doktor detect kencing kotor. Lamakan? Huhu.. Tapi takpe lah.. Nak sampai sihat sebab balik rumah nanti nak kena handle banyak lagi benda.

Balik rumah, keadaan masih jugak sama tapi tak seteruk sebelum masuk hospital. Masih tak lalu makan tapi alhamdulillah tak muntah dah sebab aku asyik makan ubat tahan muntah. Haha! Tak larat la asyik muntah. Penatttt. Sampai berat masa 3 bulan pertama tu turun 10kg. Berat asal 75kg, waktu tu 65kg je.. Perghh.. Kan best kalau lepas bersalin ni 65kg balik..hihi


Alhamdulillah 16 minggu perasaan nak muntah tu terus hilang tapi selera makan still takde sampai lah bersalin. Memang perut pun tak nampak sangat sampaikan nurse dengan doktor selalu akan buat muka risau/pelik bila tengok buku dah 9 bulan. Sebab diorang ingatkan baru 5 ke 6 bulan. Risau gilaaa mak ni ha. Tapi setiap kali lepas check Dr. akan kata semua normal. Alhamdulillah..

Ok, jom cerita pasal bersalin pulak. Sama macam Aisyah, aku pilih Hospital Besar Kuala Lumpur untuk bersalin. Senang sebab dekat dengan Setapak. Setiap hari aku ulang alik dari Ampang dan Setapak, Malam 21 haribulan tu, dalam pukul 9 malam. Waktu tu Aisyah nak menyusu (ye..Aisyah still menyusu badan) aku rasa sakit sangat macam contraction. Masa tu dalam kereta dan JEM! Aku suruh Aisyah stop menyusu. Selalunya susah jugak tapi malam tu dia macam faham dia terus tidur. Aku tengok jam, contraction macam selang setengah jam. Aku dah pelik.. Contraction ke atau memulas je eh? Sebab tiba-tiba. Sebelum-sebelum tu tak pernah rasa apa-apa pun dan aku dah lupa sakit contraction tu macamana. Hee..

Pukul 12 malam, sakit makin kerap. kejap-kejap setengah jam, kejap-kejap 15 minit. Shahril tanya nak pergi hospital ke. Aku kata tak payah belum lagi rasanya. EDD 25hb. Konon-konon rasa lambat lagi la tu. Lagi satu sebab pagi 22hb tu aku ada last check up dekat KK so mungkin boleh tanya nurse nanti. Malam tu aku tak dapat tidur. Baru nak lelap, terjaga semula bila sakit tu datang. Pukul 3 ke atas makin sakit. Tapi aku boleh cool lagi fikir contraction ke bukan eh? Haha! Sebab aku rasa macam aku boleh tanggung rasa sakit tu. Sebab masa sakit contraction Aisyah dulu, aku jalan pun tak boleh. Siap muntah padahal bila Dr. check baru 2 ke 3 cm. Aku dah tekad taknak pergi awal-awal dekat hospital. Aku doa aku nak 5cm ke atas baru pergi hospital sebab nak terus masuk labour room. Taknak lama-lama sakit dekat hospital.Hehe..

Pukul 6 pagi, nak pergi solat subuh, ada darah keluar waktu aku nak buang air kecil. Ok dah keluar tanda! Terus bagitau Shahril terus pergi hospital tak payah pergi KK. 

Pagi tu, agaknya Aisyah dapat rasa yang adik dia dah nak keluar Ya Allah perangai dia sangat-sangat menguji kesabaran. Dia punya menangis dan mengamuk bergegar rumah. Tambah amukan mak dia ni bertambah macam nak runtuh rumah.Haha! Mak mertua datang dekat aku urut-urut belakang aku sambil kata "Banyak-banyak sabar Nina.. Istighfar banyak-banyak" haha! Mesti dia nampak aku macam dah naik hantu. =p


Gambar Aisyah masa nangis. Gambar lama.Hehe..

Shahril mandikan Aisyah, dan siapkan semua barang. Aku kemas sikit-sikit je sebab contraction datang dah selang 10 minit. 10 minit je masa aku boleh ke sana ke mari. Bila contraction datang aku akan berdiri sambil joget-joget goyangkan pinggul.Haha! Menjadi tau! Tips ni aku dapat daripada kawan aku Ayuni Zainuddin yang memang cikgu dalam hypnobirthing. Dia ada share video mat saleh ni joget-joget goyangkan pinggul untuk hilangkan contraction. Antara fungsinya selain hilangkan sakit, kita bagi baby tu turun elok je ke bawah. Ni pendapat aku la.Hehe.. Haa.. Inilah antara cara aku boleh handle contraction daripada pukul 9 malam sampai la nak bersalin tu. Kita sambil-sambil joget tu selawat dan zikir la ya. Jangan menyanyi pulak. =p

Alhamdulillah..Masuk-masuk je kereta Aisyah terus cool. Terus sifat kakak dia keluar. Terus dia risau tengok aku tahan sakit n boleh berdikari sendiri. Feeuhhh..Lega.. Sampai-sampai je dekat PAC, nurse check dah  5cm. Yeay! Alhamdulillah. Doa dimakbulkan..Hehe. Terus aku kena baring je dekat katil PAC tu. Dr. tak bagi aku jalan-jalan dah sebab ni anak kedua dia takut nanti baby keluar sendiri. Time ni nurse dah nak tolak aku masuk labour room tapi aku suruh tunggu dulu sebab call Shahril tak dapat sebab dekat PAC tu line takde.

                 

Gambar Aisyah sementara tunggu luar PAC

Tapi aku bangun jugak sebab nak pergi jumpa Shahril dengan Aisyah dekat luar PAC tu. Rupanya dia pergi makan nasi lemak dekat cafe ngan Aisyah.Haha!  Dapat call dia sebab dekat luar PAC baru ada line. Lepas tu nurse dah panggil suruh aku baring terus..Kihkih..Masa aku baring atas katil nurse nak tolak masuk labour room Shahril dengan Aisyah datang cium aku. Aisyah muka dia risaaaau sangat. haha. Dia memang macamtu perisau sikit. Lepas tu, Shahril hantar Aisyah dekat mak aku yang dah tunggu dekat kereta sebab Shahril nak teman aku dalam labour room. Mak aku kata Aisyah diam je dalam kereta. Muka dia risau je. Kihkih..


Pukul 9.15 masuk labour room, nurse check dah 6cm. Haa.. Ni lah part yang paling best.. Mula-mula tu ada la 3 orang nurse, 1 Doktor perempuan, 1 Dr. lelaki cina pelatih. Dr. lelaki cina tu masuk sekejap je buat-buat nota lepas tu keluar. Dr. perempuan tu keluarkan air kencing dan pecahkan air ketuban lepas tu keluar. Tinggallah aku dengan Shahril dan nurse yang aku rasa muda lagi tapi macam berpengalaman sebab dia yang banyak ajar Doktor. Hihi..Nurse lagi 2 orang tu dah pergi bilik lain kot sebab tiba-tiba keluar.

Tiba-tiba aku rasa sakit yang tak tertanggung dah dan contraction selang berapa minit yang saaangat singkat. Aku cakap dekat nurse sakit.. Nurse tanya macam nak berak ke? Haah aku kata. Lepas tu dia tekan-tekan dekat bawah sambil suruh aku teran. Dalam hati aku mungkin dia nak keluarkan berak ke apa kan. Sekali tiba-tiba dia panggil Shahril dan cakap "Cuba tengok ni..Dah nampak rambutkan? Guide isteri untuk teran" Haaaa??? Nurse sorang je yang jaga? Tak panggil kawan-kawan dia pun? Terasa macam bersalin dekat rumah bersama suami dan seorang bidan pulak.Hahahaha! Adoi..Terlalu banyak sangat baca pasal bersalin dekat rumah sampai terbawa-bawa. Aku tak ambik apa-apa ubat tahan sakit sepanjang tempoh tu sebab nak ada  pengalaman bersalin tanpa ubat dan sebab aku rasa aku boleh bertahan dengan sakit tu. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun yang sambut seorang nurse je. Dengan kepakaran yang ada, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah pukul 10.15 Adzra dilahirkan. Pagi Jumaat. ^_^ Aku, Shahril dan Aisyah pun lahir hari Jumaat. Semoga kami meninggal pun hari Jumaat Insyaalah.. ^_^


Ehh..Dah panjang dah ni.. Nanti aku cerita pasal dari mana datangnya nama Adzra ni pulak eh..Panjang-panjang ada ke yang nak baca.Hehe.. Ok, sekian.. = )

                                 

Adzra fresh dari perut ^_^ Sebijik muka Aisyah. Rasa macam lahirkan kembar Aisyah pulak. Hehe







Thursday, March 20, 2014

Resipi : Masakan Siput Lala

Assalamualaikum..
Lama pulak rasanya tak update resipi dalam blog ni.. Ecceh.. Ada rasa macam chef hebat pulakkan konon macam masakan sedap..Haha. Eh tapi aku rasa sedap..Aku tengok habis je tiap kali aku masak.. Sedap la tu kan? Haha. Ok2.. Korang boleh cuba je resipi2 yang aku share dekat sini, double confirm yang masakan aku sedap..supaya aku tak perasan sendiri.. Hihi.. :p
Haritu.. Emm.. Dua tiga minggu lepas jugak aku rasa ni.. Kitorang pergi Pasar Tani dekat Taman Melawati.. Hari Sabtu.. Ada satu gerai ni.. Memang fresh makanan laut dia.. Udang, sotong, macam-macam jenis siput ada.. Semua fresh.. Aku kalau teringin nak makan makanan laut memang beli dekat gerai ni.. Masa tu aku beli udang dengan siput lala.. Tengok cantik je.. Dah lama tak makan siput lala.Teringin pulak. Hehe..
Balik je rumah, macam biasa terus call mak aku mintak resipi.. Masakan mak masakan terlazat dekat dunia ni.. Perlu dipelajari dan ditiru bulat-bulat.. Dapat je resipi, laju-laju terus masak... Alhamdulillah tak perfect macam mak masak tapi dah nak hampir-hampir sama.. Hehe..
Meh aku share resipi.. Mudah dan ringkas sangat..
Bahan-bahan
Siput lala - semangkuk besar( basuh dgn air garam)
Bahan2 utk Sambal
Cili kering - 10 tangkai diblend halus
Bawang besar - sebiji (blend)
Bawang putih - 3 ulas (blend)
Halia - suku inci (blend)
Serai - 1 batang diketuk
Cili sos - 3 sudu besar
Tomato sos - 1 sudu besar
Cara2
1. Masukkan semua bahan yang dah di blend halus dalam kuali dan di tumis sehingga masak..
2. Masukkan serai
3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili sos dan tomato sos.. masukkan sedikit air jika nak berkuah..
4. Bila dah masak sambal nya, baru masukkan siput lala yang dah dibasuh bersih.. Masakkan sekejap je.. sebab taknak nanti terlebih masak siput lala tu..
5. Siap!!! Boleh dihidangkan dengan nasik panas..Nyum nyumm..heh
Selamat mencuba ye.. ^_^
Kalau dah cuba resipi ni, share lah dekat sini sedap ke tak.. Hihi..

Monday, December 2, 2013

Resipi Masak Asam Ikan Patin Emak

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku ada cerita pasal aku berjaya masak asam ikan patin versi mak aku kan? Aku share dekat FB ada kawan aku mintak resipi.. Jadi, marilah aku share dekat sini.. Biar berkongsi seantero dunia.. Kihkih...



Masak Asam Ikan Patin

Bahan A
4 ketul isi ikan patin
10 keping asam keping (besar setengah inci je.. kalau besar, kurangkan bilangan)

Bahan B
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Kisar bahan B dengan air yang banyak sebab itulah kuah kita nanti. Masakkan bahan yang dikisar dulu.. Dalam 5 ke 6 minit masukkan ikan dengan asam keping (Bahan A). Masukkan garam dan gula secukup rasa..Masakkan sehingga ikan masak...

Eh!Dah siap! Haha. Aku tak letak tempoyak sebab aku lagi suka masak asam kosong lepas tu makan dengan sambal tempoyak. Lagi meletop!

Nak resipi sambal tempoyak jugak?Ok nah..

2 ulas durian ( yang baru)
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Tumbuk semua bahan..siap!Makan dengan nasi panas..Adoi laaa... Sedapnyaa....

Ok.. Ikan patin ni ikan sungai... Ada sesetengah orang tak lalu makan ikan sungai sebab hanyir dan ada rasa lumpur kalau silap cara basuh dan dari mana ikan ni hidup. Sungai atau lombong.. Macam aku, aku boleh makan ikan patin ni kalau dari Temerloh aje.. Kalau yang jual dekat KL ni, memang aku tak makan.. Terasa sangat rasa lumpur.. Huhu.. Tapi ada sesetengah orang, dia tak tau pun ada rasa lumpur tu.. Dia makan aje.. Aku memang sensetip sikit rasa-rasa pelik dekat ikan patin ni.. Maybe sebab aku dari kecik dah biasa makan yang fresh dari sungai kot... Tu yang cepat je tangkap kalau ada rasa pelik... Kalau ikan patin ni fresh, bila korang masak, dan bila dah sejuk, tetap tak berlemak berminyak masakan korang tu.. Kalau korang perasan kalau ada jual dekat kedai-kedai makan, berminyak-minyak lemak-lemak ikan bertakung tu, mesti tak fresh sangat ikan tu..Mesti rasa lumpur sampai ke kuah-kuahnya...-_-" Macam terer sangat je aku kan? Haha.


Ha.. Kalau ada sesiapa nak ikan patin fresh dekat KL atau Selangor ni, contact je aku eh.. Sebab famili aku selalu je balik Temerloh jadi, sesiapa yang nak pesan ikan patin boleh sajoh pesan dekat aku.. Hepp hepp! Temerloh bandar ikan patin ok.. Tak boleh disangkal kesegarannya..Nyum nyum nyum... ^_^

Ok, selamat mencuba.. ^_^v





Thursday, September 5, 2013

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum..

Antara sotong biasa dengan sotong kembang.. Mana korang lagi suka? Emm...Sotong biasa tu apa? Sotong kembang tu apa?

Ini sotong biasa
 Ini sotong kembang



Hehe... Kalau aku, aku lagi suka sotong kembang, sotong biasa tu, aku suka kalau buat goreng tepung je. Kalau makan nasi lemak, ada pulak sambal sotong. Perghhhhhh... Enaknya la hai...



Haritu aku try buatsambal tumis sotong. First time aku buat. Selalunya aku buat sambal tumis ikan bilis je. Ni nak try sotong pulak. Hehe.. Alhamdulillah, berjaya..

Oh ya.. Semenjak aku mengandung, aku perasan aku tak boleh sangat makan sotong kembang ni. Pernah masa aku pergi Penang haritu, aku makan sotong kangkung. Lepas makan tu, sakit betul kepala aku. Tak boleh nak jalan. Jalan pun tahap pegang dinding. Sakit sangat sangat. Mak aku kata mungkin sebab ubat untuk kembangkan sotong tu tukang masak tu tak hilangkan betul-betul. Aku pun rasa mungkin jugak. Sebab, selalu aku makan nasi lemak sotong dekat bawah ofis aku haritu tak pening pulak kepala aku.

Jadi, awal-awal lagi sebelum masak sotong ni aku dah call mak aku tanya macamana nak hilangkan ubat untuk kembangkan sotong tu. Mak aku kata, rendam dalam air garam semalaman. Lepas tu, kerap tukar air tu. bagi betul-betul hilang ubat tu.

Dah yakin ubat tu dah hilang, mari kita memasak. Bahan-bahan untuk masak sambal tumis sotong:

3 ekor sotong kembang
2 biji bawang
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Setengah inci belacan
2 sudu besar asam jawa


1. Tumiskan bawang, cili dan belacan yang dah diblend. Dah masak dalam 5 minit macamtu, masukkan asam jawa, gula dan garam, dan sotong.
2. Masakkan sampai pecah minyak.Masa masak ni, biar api kecik je.. Memang agak lama nak tunggu pecah minyak tu. Tapi berbaloi sebab rasanya akan jadi sedap.
3. Errr..dah siap! \o/

Tips : untuk dapatkan keseimbangan rasa yang sedap, rasalah banyak kali. Apa yang kurang tambahkan apa yang lebih, oter lah apa yang patut. Tips untuk merasa, tiup-tiup sikit bagi sejuk. Jangan rasa masa tengah panas mengggelegak tu. Masin pun tak terasa masin sebab suhu yang panas akan mengganggu tunas rasa kita untuk rasa yang betul. Eccehh.. Ni kajian aku sendiri.. =p

Selamat memasak ^_^v


Friday, August 23, 2013

Homemade Lamb Chop

Assalamualaikum.

Semalam Shahril teringin nak makan ala-ala western. Orang puasakan.Terbayang yang sedap-sedap je. Hehe.. Dalam peti ais memang dah ada daging kambing yang dah diperap. Bukan buat sendiri ye. Beli je yang dah siap perap dekat AEON BIG Wangsa Maju tu. Hehe.. Dah banyak kali dah beli dekat situ. Sedap jugak diorang marinate. Tak payah susah payah nak buat sendiri dekat rumah.. Kehkeh.. Macam-macam ada tau. Ayam ada, daging lembu ada..Pilih je ikut tekak kita..

Haritu masa bulan puasa dah buat dah. Kambing bakar, whipped potato dan coleslow tapi black pepper sos tak buat sebab malas. Kihkih.. Malam tadi pulak, whipped potato pulak takde, tapi black pepper sos pulak aku buat. Ikut suka hati je kan? Haha!

Coleslow memang aku tak pernah buat. Shahril terer buat. Jadi dia yang buat.. Nyum nyum.. Sedap.. Haritu dia buat ayam cashewnut pun sedap.Ada rasa macam ayam cashewnut dekat Black Canyon. Paprik jangan cakap lah.. Dah banyak kali dah dia masak. Paprik dia lagi sedap dari aku buat. Dia tak masukkan pun sos nampla tu. Aku tanya dia mana dapat resipi-resipi ni? Soalan dengki tak?Haha! Dia kata dia search dekat TryMasak. Hamboi-hamboi.. Aku pun taktau kewujudan website tu. Bila dia tunjuk dekat aku, baru aku tau.. -_-"

Ok, jom aku share resipi black pepper sauce dengan coleslow tu ye.. Daging kambing dah siap marinate, jadi resipi ni bukanlah 100% homemade.. Separa homemade.. Hihi..Oh ye.. Daging kambing tu aku masak dalam pemanggang ajaib. Cepat empuk  daging kambing tu.. Sila beli ye pemanggang ajaib bagi sesiapa yang tak beli lagi. Sangat-sangat berguna. ^_^ Mak mertua aku, jangan kan masakan yang bakar-bakar..Kuih badak berendam, kuih bakar, semua pun dia masak pakai tu je... Melampau senangnya guna pemanggang ajaib nih..

Ok.. berbalik kepada resipi Homemade Lamb Chop tadi..

 


Coleslow

1 biji lobak merah
Kobis Ungu (Kobis biasa pun boleh)
1/2 biji bawang Holand
4 sudu Mayonis (lLagi banyak lagi sedap)
Lada hitam
1 biji Limau Nipis

Cara-caranya

Semua sayur dan bawang di parut memanjang.. Campurkan semua bahan. Garam dan gula secukup rasa.Gaulkan rata. Lepas tu masukkan dalam peti ais dalam satu jam. Nak bagi semuanya sebati..Kena masukkan dalam peti dulu tau. Kalau tak, tak berapa jadi. Siap! Yummeehh...
 
Black Pepper Sauce

3 sudu tepung Brown Sauce Mix jenama Knorr (beli dekat AEON BIG jugak)
Lada Hitam ditumbuk (kalau nak pedas, masuk banyak sikit)
1/2 biji Bawang Holand dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong nipis
3 sudu mentega (untuk dijadikan minyak)
2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan mentega (api kecil)
2. Tumiskan bawang putih dan bawang holand sampai naik bau. 
3. Masukkan lada hitam
4. Masukkan brown sos yang dah dikacau dalam air terlebih dahulu kalau tak, berketul-ketul nanti.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kalau rasa pekat atau cair, adjust antara nak tambahkan  brown sauce atau air. 
7. Siap!

Inilah rupa packet brown sauce tu. -Dari Pakcik Google-


Kalau nak resipi Whipped Potato, boleh cari dekat resipi pie daging aku nih.. Dekat kentang lenyek tu.^_^



 

Tuesday, July 16, 2013

Butter Prawn Lagi..

Assalamualaikum...

Harini masak Butter Prawn untuk buka puasa. Entry resipi Butter Prawn dulu tak letak gambar. Letak gambar yang dapat dari Google. Ok, ni yang aku masak sendiri tadi. Selamat Berbuka ^_^

Monday, July 15, 2013

Ketam Masak Cili Bertelur

Assalamualaikum.

Ada satu entry yang aku tak buat dulu. Entry hari ketiga dekat Penang. Entry hari pertama, hari kedua dah buat dah. Tapi malas lah nak sambung. Dah lama sangat.Hehe.. Aku nak cerita pasal makanan yang sangat sedap kitorang makan malam tu. Kitorang pergi makan ikan bakar. Idrus Ikan Bakar. Memang terbaik. Semua makanan laut dia segar segar. 

 

 Time aku pergi sana, aku tengah mengandung 4 bulan. Memang masa tu apa aku nak, semua famili aku oder je. Aku nak makan ketam. Sepinggan besar tu, aku paling banyak makan. Memang sangat sedap..Kihkih

 Nilah ketam yang aku makan haritu..Nampak pun dah tau sedapkan?

Tiba tiba semalam, teringin lagi nak makan ketam. Jadi, request dekat Shahril untuk beli ketam dekat pasar tani. Sambil sambil tu duk la pikir apa la resipi ketam yang aku makan kat penang tu agaknya. Apa bahan bahannya. Kompem la aku tak tererkan..Huhu.. Jadi, search je lah kat internet. Amek sana sikit, amek sini. Kebetulan Ketuk-ketuk Ramadhan semalam Shiela Rusly tunjuk cara masak ketam black pepper. Cilok idea sikit. Tapi masa search internet, yang lebih menyelerakan aku adalah ketam belada yang digaul dengan telur... Jadi, aku buat keputusan nak masak Ketam Masak Cili Bertelur. Tiba-tiba Ketuk- ketuk Ramadhan harini jemput Memey, dia masak masakan yang sama...Hehe..

Ok.. Ni resipi yang aku buat semalam. Resipi cuba jaya. Tapi aku bagitau bahan je eh.. Aku main hentam je lah banyak mana setiap bahan tu.. Huhu.. Tapi, yang aku tau, setiap masakan kalau lebihkan bawang dengan bawang putih adalah sangat sedap hasilnya nanti.. ^_^

Bahan bahan

Mentega
Ketam
Air rebusan ketam (sok ketam)
Cili kering dan cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Limau nipis
Cili sos
Telur
Daun kari ( taknak pun takpe)
Garam
Gula

Cara cara

1. Mula mula rebus ketam tu dulu sebab kita nak guna air rebusan tu nanti. Aku pilih untuk rebus. bukan goreng ketam ni sebab ketam, kalau kita goreng rasa macam tak puas makan isi dia nanti.

2. Blend halus cili kering, cili merah, bawang,bawang putih dan halia. Tumiskan. Aku tumis dengan mentega. Nak bagi rasa lemak masin.

3. Masukkan stok ketam. Lagi banyak lagi sedap.

4. Bila dah nampak masak bahan bahan yang kita tumis tu, perah sikit limau nipis, masukkan gulla dan garam.

5. Masukkan cili sos.

6. Masukkan telur. Kacau bagi sama rata.

7. Masukkan ketam.

8. Masukkan daun kari. Yang ni, taknak pun takpe. Aku saje je masukkan konon nak bagi rasa lain sikit. Hehe

9. Siap! Amek gambar..Hehe..


Ok, itulah resipi masakan ketam aku. Hehe... Rasa dia? Alhamdulillah.. Walaupun first time buat n tak dapat nak rasa sebab puasa, boleh tahan sedap jugak. Masa makan tu Shahril kata "Sedaplah habuk-habuk dia ni.. " Habuk??Habuk pon habuk lah.. Janji aku dengar perkataan sedap dekat depan tu.. Haha! Siap dia tanya aku resipi.Shahril tak tolong masak.Kena jaga Aisyah.Tapi, bahan-bahan yang nak diblend, cuci ketam, rebus ketam. Semua dia yang buat. Aku tinggal nak masak bagi jadi je. So, dia tak tau apa aku masuk dalam kuali tu. Kihkih..





Yeeeee... Aku tau rupa tak sama macam ketam yang aku makan dekat Penang tu.  Tapi jadilah menghilangkan ngidam aku nih..Hehe. Apsal tak sharp gambar nih? Adehh..


Ok..Sekian...Maaf jika membuatkan korang terliur di Bulan Ramadhan ni..Huhu...

 Selamat Mencuba ^_^v
 

Saturday, March 9, 2013

Resipi Telur Bistik

Assalamualaikum...

Entry ni untuk cik mek molek Siti Aziz dan kepada sape sape yang suka telur bistik yang nyum nyum nyum....Haritu aku tunjuk gambar yang dah jadi je..Malas nak tulis resipi.. Cik mek mintak baru nak tulis...kihkih...

Resipi ni mudah jah.... Bak kata adik aku, bahan masak aku untuk semua lauk sama je...

Ok, ini resipinya...

Bahan untuk telur

Isi ayam sikit dipotong dadu...
Telur

Bahan untuk kuah

Cili merah dipotong @ cili kering blend (ikut suka)
Bawang putih (diketuk, dan dipotong)
Bawang holand(potong panjang)
Cili sos 3 sudu
Tomato sos 2 sudu
Sos tiram 1 sudu
Garam
Nenas (potong dadu)
Tomato (potong dadu)
Timun (potong dadu)

Ok, untuk telur, sekalikan dengan isi ayam, n goreng....Lalu ketepikan... (Api biar sederhana je..takut telur dah masak isi belum...isi ayam kalau boleh biar tengah tengah telur tu...)

Untuk kuah, goreng dulu bawang putih sampai naik bau... Masukkan cili...Goreng sampai masak, lepas tu masukkan semua sos yang dah aku senaraikan tu... Aku tulis tu secara nisbah nya lah..kalau rasa ade yang terkurang sana sini, pepandai tambah sendiri ye..hehe... Lepas tu masukkan bawang holand.

Masukkan garam dan timun dan tomato... Haaa...bahan bahan nilah yang memasamkan dan memaniskan telur bisik ni...Jangan lupa masukkan garam yee...dengan gula sikit...Pembalance rasa...

Okei...dah siap, tuang kan atas telur tadi... Tadaaaaa...dah siap....

Makan dengan tomyam...Alahaiiii...sodapnyo..... Siti, jangan lupo buat ye... Ntah ntah lagi sedap dari Kak Nas buat..hehe...


Sekian.... Dari mak buyung... :)









Wednesday, January 23, 2013

Teknik Memasak Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum...

Perghh..Tajuk taknak kalah.. Hehe.. Harini pukul 6.15 petang dah sampai rumah... Shahril tak balik lagi.. Bukak tudung saji mak mertua dah masak gulai ayam... Mood masak tiba-tiba sampai... Tiba-tiba teringat hari minggu haritu Shahril ada beli sotong dengan udang dekat pasar tani.. nak masak sotong ke udang.... Sotong ke udang... Last2 ambik sotong dari peti ais n rendam...Taktau lagi nak masak apa...Termenung dulu...

Emmm.. Sotong goreng tepung lah... Teringat dulu masa awal-awal kawen, buat sotong goreng tepung tak jadi.. Hampeh.. Siap jadi kurus, garing sangat,tepung tak jadi.. Dengan tak sedapnye.. Cukup pakej untuk memalukan aku dihadapan suami...

So, aku keluarkan tepung...telur...sotong kasik potong... Mulalah tugas ku sebagai tukang masak amatur.. Ekceli resipi aku buat ni simple yang amat... Resipi reka sendiri tahap malas tahap bukak almari tengok apa yang ada je..

Nah nah..ameklah kalau sudi... Kalau nk yang lagi gempak, g search kat my resipi..hehe

4 ekor sotong
1 cawan kecik tepung gandum
1/2 cawan kecik tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Tepung2 tu sekalikan aje...Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa...

Ok, teknik rekaan aku setelah gagal haritu adalah.... Lepas potong sotong tu and basuh.. Tapis betul2 sotong tu bagi tak berair masa kita masak nanti...

Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi...kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.

Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup. (korang paham ke?)

Pastikan minyak dah betul betul panas n api sederhana... dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dkt luar je..

Bila dah kaler brown, angkat guna penapis n makesure dah kering betul minyak baru letak atas tisu... Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembikkkkk berminyak.... Gagal di situ..

Nak tengok gambar?



Masa Shahril rasa dia kata "Berjayalah! Sedapp!" yeyyyy!!! Suka suka.... Hee

Oh ye... Lagi satu yang aku masak, kacang panjang berlada.. Mak metua nampak aku tengah masak, dia g petik kacang panjang depan rumah.. "Nah Nina...sayur takdek lagi tu..." kata dia.. Okei, takdek idea nak masak ape.. Oleh sebab ada nampak cili besar depan mata, bawang putih, bawang besar dengan ikan bilis... Aku tumbuk je semua... Campak dalam kuali... Dah masak ladanya baru masukkan kacang panjang..Siap...



Eh eh..sedap pulak bila cincai cincai camtuh... Kalau buat sungguh sungguh tak jadi pulak...

Ok, sekian menu kami pada malam ini.. Practice make perfectkan.. ^_^




Sunday, January 20, 2013

Trip Ke Penang Bersama Yang Tersayangs [Day 2]

Assalamualaikum..

Jom sambung hari kedua di Pulau Pinang..Hari pertama aku dah cerita sebelum ni.. Untuk entry kali ni.. Korang akan disajikan dengan gambar-gambar yang super yummy....

Hari kedua ni, lepas check up dari Tune Hotel, dalam pukul 10 macamtu, perut dah berkeroncong.. So, kitorang cadang nak cari Nasik Kandar Terlangkup.. Okei, aku taktau kat mana.. Shahril pun kata dia ingat-ingat lupa kedai tu..Last-last kitorang main terjah je kat mana-mana kedai sebab dah lapar sangat...

Ini menu sarapan pagi kitorang.. Saja amek yang berat sebab cadang nak makan secara melampau lepas family aku sampai petang nanti dalam pukul 5 petang...


Sementara menunggu ketibaan keluarga tercinta, kiorang pun merayau-rayau dari George Town ke Penang Hill untuk nak bawak famili aku pergi sana nanti n nak check rate harga.. Ok, dah semangat dah ni nak bawak family aku esoknya..Last-last mak aku taknak naik sebab pagi esoknya hujan renyai-renyai..Merisaui keselamatan anak-anaknya..Padahal dah sampai, dah parking kereta dah pun..Kalau tau, aku naik dulu ngan Shahril arini... Adeh la mak aku.. -_-"

Nampak track keretapi untuk naik ke puncak bukit tu? Huhu...melepas nak naik...Munken ade hikmahnya... kan..kan..


Lepas ke Penang Hill, kitorang terus ke Bayan Lepas untuk siap-siap nak check in hotel.. Tapi sebelum tu, singgah dulu Kompleks Bukit Jambul... Shahril ajak tengok wayang untuk menghabiskan masa.. Tengok cerita yang ada masa tu, Kahwin 5.. Adeh lah..Maleh membazirkan duit untuk cerita yang tak berkenan dihati, kami membuat keputsuan untuk jalan-jalan je kat dalam tu n dalam pukul 2 baru keluar n pergi hotel Sri Malaysia..


Ok jugak hotel ni.. Not bad la untuk nak berjalan-jalan dengan famili.. Sebab jauh dari hiruk pikuk kota George Town n kalau dekat Batu Feringgi pun, padat pada aku.. Dekat sini lebih tenang n banyak kedai makan melayu...hehe...


Alhamdulillah, pukul 5.30 macam tu famili aku sampai.. N terus pergi makan dekat kedai nasi kandar belakang Hotel Sri Malaysia tu.. Emm..Sedap...Lagi sedap dari yang kitorang makan pagi tu.. Ayah aku, baby dengan kakak aku je yang makan.. Yang lain simpan perut untuk makan malamnya...Woott tak sabar!

Aku dengan Shahril dah search dalam internet pa yang menarik dekat George Town.. Banyak kata Pasembur... Aku decide untuk pergi Gani Pasembur dekat Medan Selera Padang Kota Lama....Puas lah mencarinya.. Jalan berbelit sikit sebab New Yearkan.. Ada event dekat Padang Kota Lama tu, so berpusing jugaklah mencarinya..









Pada aku, memang sedap.. Aku suka kuah kacang dia... Pinggan gedabak macam kat atas ni, RM18... Kongsi ramai-ramai... Ok dah set..Insyaallah kalau pergi lagi, sini tempat wajib..hehe.. Ohh..Style kat sini macam medan selera tu.. Ada macam-macam makanan.. So, kitorang pun masing-masing oder ikut tekak sendiri lepas tu kongsi secara berjemaah....Aku dan Shahril sememangnya memilih pasembur tu... ^_^


Ini kakak aku yang oder...Tahap serve dalam dulang saiz lonjong... Kitorang oder dua set satu rebus satu bakar.. Yang paling banyak makan? Aku...kehkeh...Yang belakang tu mee udang.. Biasa je..Tak sedap sangat.. Akak aku gak oder..Sume nak dirasanya.. Tapi tukang abeh orang len..hehe


Ini sotong bakar..Mak aku oder.. Memang sodap... Aku dah gak dah lepas aku makan sotong ni mesti kepala aku akan pening tahap menangkap nangkap.. Tapi aku degil..Pulun jugak..Sebab memang feveret aku.. Sekali bila balik hotel, memang tahap tumbang terus.. Memang Shahril kena picit-picit kepala bagi kurangkan... Kalau tak tido pon tak boleh.. Ngalir ayer mate saketnye...Degil...


Yang ini Char Kuey Tiaw.. Akak aku jugak yang oder.. Kan aku dah cakap sume dia nak rasa.. Biasa je..Tak sedap sangat.. Lagi sedap Char Kuey Tiaw Mali belakang umah mak metua aku ni ha... Tiap-tiap ari orang beratur panjang..=p


Yang ini baby, adik aku yang oder... Nasik paprik..Tekaknya sama macam aku tekak melayu.. Memang dia yang oder tapi aku yang pulun sampai abes.. Memang sodapppppp... Pandai pulak diorang buat... Sedap..Aihh..Teringat-ingat pulak...Ayah aku oder apa eh? Nasik goreng kampung kot..Oleh sebab biasa je aku tak tangkap gambar eh? Ke ayah aku tak oder pun? Ayah aku dah tahap super kenyang dengan acara kongsi-kongsi ni? Tak ingat lah... 

Betullahkan.. Makan secara berjemaah memang buatkan makanan tu lagi sedap, menyelerakan dan kenyang tahap kena seret badan untuk balik.. Errkkk! Alhamdulillah syukurr....^_^



Okei, sekian dari kami...Muka-muka yang kekenyangan..Dan aku tahap yang kejam letak gak gambar ni kat sini walaupun tak cun..hehe....Oleh sebab muka sememeh masing-masing..Takyah lah nak buat extra large gambar-gambar ni kan..Small sudah....hihi...

Okei, Jumpa lagi pada hari-hari yang seterusnya... Makan untuk Hari Ketiga, Ya Allah... Super mantap... Tungguuuuu....

Tuesday, July 17, 2012

Pizza Home Made...

Assalamualaikum...

Rutin pagi-pagi hari Ahad adalah pergi pasar tani bersama keluarga membeli keperluan dapur.. Tapi hari Ahad lepas, aku ngan Shahril skip aktiviti ni sebab ada cousin dari Putrajaya datang n dia yang nak pergi pasar merangkap bawak sekali mak ngan ayah metua pergi pasar...

Di kala ketiadaan orang di rumah, aku n Shahril buat home made pizza... Yippie!!\0/ Bahan-bahan nya adalah...

Roti Arab
Tomato Puri
Chicken Slice
Daging yang diperap dengan sos tiram, kicap n black paper. Rebus kejap pastu cincang (Fully idea Shahril..Ntah mana ntah dia dapat idea nih..)
Bawang Holland yang dipotong dadu
Cili Capsicum (Tak tau eja..malas google..hehe)
Nenas (Tapi aku xnak letak..Bahan-bahan yang akan menyebabkan xleh ngandung jgn makan..no no no..hehe)
Mozarella Cheese..

Tabur kesemuanya atas roti arab tu.. Pastu bakar pada suhu 180 darjah celcius.. Pastu tunggu 15-20 minit tengok lah sampai cheese dah cair n bahan-bahan tu dah kaler gold..sambil-sambil tunggu boleh la potong semua bahan untuk disimpan dalam peti bila rasa nak buat lagi, tabur je atas roti tuh...

Tetibe sambil sambil potong bahan sambil tengok cite katun sambil kejap jenguk dah masak ke tak tetibe TING! Yesss...Dah masak...\0/ Bila rasa.... Haaaa!!!Sedapnyee!!!Wiieehhuuu...

Nak dijadikan cerita lagi, ada pulak kawan mak mertua datang secara tiba-tiba..Apalagi..ehem... Aku pun hidanglah pizza home made dengan muka berlagaknya.. Hehe.. Mujor mereka kata sodap..Kalau tak ahdoi...-_-"

Ok, ini memang gambar sebenar...Tidak diambil dari Google ye.. ^_^ Abaikan tudung periuk itu... -_-"






Macam biasa... Mana boleh masak benda yang lain sikit tapi tak bagi mak rasakan.. Siap balik Ampang petang tu untuk bagi mak ngan abah rasa.. Singgah sekejap je..Bagi, lepas tu terus pergi rumah mak long..Untuk rumah mak long x bagi sebab tunggu raya lah...menu raya insyaallah..hihi...Lepas 5 minit masuk kereta...Mak telefon..Mak macam biasa.. "Dik, kurang masam sikit lah..Nanti letak banyak sikit tomato puri tu..Cheese ni pun, kalau adik nak bagi sedap lagi, adik tambah jugak cheddar cheese tu..Macam adik buat pai daging tuuuu...Mesti lagi sedap.. Ehh dik, mak dah abeskan semua.. Mak tak tinggalkan lah eh untuk kakak ngan baby..Ni jap lagi nak basuh bekas nih.. Tak nak diorang perasan mak ngan abah ada makan pizza... "

Haha! Adoi lah mak...Haaaaa... Tulah mak aku...-_-" Komplen...Pastu ajar cara yang lebih sodap.. Pastu abeskan macam tiada masalah kesedapan terhadap makanan tuh...kehkeh...Tapi ye jugakkan..Macam-macam jenis cheese letak atas pizza tu..Mesti lagi sodap..Nyum Nyum... Cuba lah... ^_^v



Friday, July 13, 2012

Ikan Siakap 3 Rasa...


Assalamualaikum...

Jom main masak-masak lagi....^_^v

Hari sabtu haritu Shahril pergi Carefour Wangsa Maju..Balik2 dia kata "Saya ada beli ikan siakap..Nanti kita buat ikan 3 rasa eh"... Gulp! Aku teringat dulu aku pernah buat sekali..Guna resipi yang superb sedap dari housemate aku Ila dulu.. Tapi bila aku buat sendiri tak jadi...Dah terbayang-bayang dah tak jadi jugak kali ni.. -_-"

Petang semalam, mak mertua dah siap-siap siang ikan tu dah. Sebab aku tak reti macamana nak siang ikan besau..Huhu.. So balik kerja semalam tinggal masak je.. Selepas menggodek-godek resipi kat internet dan mencampur adukkan resipi Ila dulu..Kitorang pun bertungkus lumus kat dapur...

Yess!Yess!! Jadi kali ni! \0/ Jadi, tanpa segan silu....Ambillah resipi ini.... \0/ Resipi yang telah digabungkan..\0/ Marilah mari...Kita memasak...

Oh yee... Nah..sekali lagi..Gambar daripada pakcik Google .. =p




Bahan-bahan:
Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Garam - untuk lumur pada ikan
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - ditumbuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili    
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Garam. Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit dan perahkan limau nipis
Tambahkan garam, gula 
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

Peringatan : Makesure sos tomato sikit je..sebab kalau banyak akan jadi masakan sweet n sour.. Banyakkan bawang putih..nyum nyum...

nota kaki : Dalam peti ada sotong pulak....Emmm.... Kelas tengah cuti, marilah kita memasak....Mari.. \0/



Thursday, July 12, 2012

Butter Prawn..


Assalamualaikum...

Semalam balik kerja..Aku nak jugak masak.. Walaupun dah ada rendang mak mertua buat.. Rendang..Hamek ko..Rajen gile..bukan ada special event pon kot nak buat rendang.. -_-"  Selepas membeli udang dan bahan-bahan kat Econsave kat KL Festival..Aku buat butter prawn..Nak kata jadi, tak lah berapa jadi..Tapi still ada rasa n dah tau teknik nak buat crispy-crispy tu... N yang penting, Shahril kata sedap..Yippiee..!! \0/ (Munken takut aku merajuk tak nak masak lantas terpaksa memuji..-_-")


Gambar kat atas terima kasih dekat pakcik Google.. Haaa..mesti korang ingat yang aku masak kan?kan?Berjaya mentipu!\0/ Gambar udang semalam tak sempat tangkap sebab baru letak kat pinggan sekejap je dah ada dalam perut..kehkeh...

 Nak resepi? Nah.. Aku pun amek dekat My Resepi

Bahan-bahan ( 1 family... )

400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning-dipukul sedikit
4 cili api-dipotong2
2 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih-dicincang pepper,gula n garam

Cara-cara
Panaskan 2 sudu besar butter,
goreng udang 1/2 masak.
Angkat dan ketepikan.
Tambah butter selebihnya, atas api sederhana,masukkan bawang putih. kacau. Masukkan telur, kacau selalu. (boleh juga titikkan guna hujung garfu bg mendapatkan tekstur telur yg halus mcm kat restoren tu) Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

Untuk nak dapat kan tekstur telur tu jadi crispy macam gambar kat atas ni? Tengok kat sini..Aku belajar kat youtube..hehe..



Selamat mencuba ye... ^_^ Marilah bersama-sama menggomokkan diri.. =p


Nota kaki : Tengah godek-godek kat My Resepi ni lagi... Ada ikan siakap kat umah...lalalala~


Wednesday, September 7, 2011

Resipi Pie Daging

Assalamualaikum..

Entry dulu-dulu aku ada janji nak bagi resipi pie dagingkan? Tapi sampai sekarang janji belum lagi aku tunai2 kan.. Raya ke 3 haritu Ppink n husband dia datang beraya dekat kampung aku..Fendi orang Kelantan yang membesar dekat Pahang..Tahun ni diorang beraya dekat rumah aku.. Nasib baik lah si fendi tu kaki jalan jugak.. Kalau nak harapkan Ppink si anti sosial? Penat aku memujuk taknak gak dia datang..Dan, akhirnya, sampai jugak diorang kat rumah nenek aku..hehe

Kebetulan memang dah plan nak masak pie daging dekat kampung.. Aku pun bagilah diorang makan.. Memang rezeki diorang..Diorang kata sedap! Yey! N Ppink nak resipi.. Haritu aku bagitau dah resipinya.. Tapi  kompem.. Dia mesti lupa.. Ok, Pink.. Nah amek resipi ni.. Jangan tak buat pulak.. hehe..Kepada yang lain jugak.. =)


Wajah Pie Daging

Oh ye.. Pie daging aku ni, bukan lah yang macam dekat kedai2 tu.. bertepung bagaikan.. Aku tak buat tepung dia, so, bila nak makan, kene amek pakai sudu.. =p

Ini resipinya....


Lapisan pertama– Pasta spiral
Air panas mendidih
Spiral pasta
Garam

Lapisan kedua– Daging Sos Tomato
Mentega – cukup-cukup untuk menumis daging dan bawang. Jangan banyak-banyak.
Bawang besar dipotong dadu 
Daging kisar 1 kg – awal-awal lagi dah rebus..so masak kejap je nanti
Sos tomato  – satu botol besar.
Sos cili - tak sebanyak sos tomato (setengah botol)




Lada hitam biji yang ditumbuk
Oregano – mesti letak penyedapkan resepi ni.
*garam dan gula tidak diperlukan sebab sos tomato tu dah sedap dah.

Lapisan ketiga – Kentang Lenyek
Kentang 2 kg – rebus dan lenyekkan.
Mentega satu bata – cairkan
Susu segar 1L
Garam



Lada hitam kisar
(aku tak reti nak bagitau ukuran yang sebenar korang ubah la bagi rasa sebijik macam mash potato kfc tu ye)

Lapisan keempat – Cheddar Cheese lebih kurang 12 keping.

Selepas siap semua bahan di atas, masukkan ke dalam bekas yang sesuai, ikut selera korang.

Kemudian bakar di dalam ketuhar. Takpun microwave. Terpulang. Suhu, terpulang. Masa, terpulang. Pasal aku pun tak tahu. Yang penting apabila aku bakar, aku tengok cheese. Kalau dah hangus kehitam-hitaman sikit, itu tandanya sudah boleh mkn. Tapi, aku selalu buat tutup dengan aluminium foil.. Cheese takkan hangus tapi akan mencair...Sedapnyeee!!!(ok, aku tengah pusa..kawal diri)



Kat bawah ni gambar-gambar yang aku tangkap di sekitar pembikinan pie daging...





Bahan-bahan asas..
Kentang lenyek..





Daging Sos Tomato
Melapis lapiskan bahan yang dah siap..
Acara meletak cheese..Letak sampai tak nampak kentang..
Tutup dengan aluminium foil..


Bakar sampai cheese chair... 

Series..Sangat sedap.. Terima kasih kepada officemate aku yang ajar makanan sesedap ini.. Korang mesti cuba.. Buat je banyak2..Lepas tu frozenkan.. Bila-bila orang nak, bakar je dalam oven.. Yumm Yumm.. 


nota kaki : Jangan tanya kenapa aku dah gemok balik...

Thursday, June 17, 2010

Pengalaman Di Kota Suci Makkah 3

Assalamualaikum.. Harini aku nak cerita tentang aktiviti ziarah sewaktu dekat Makkah..Aku bercerita sambil kita tengok gambar ye..

Ini bas kitorang sepanjang 13 hari dari aktiviti ziarah dekat Makkah dan Madinah...Condition bas yang sangat selesa..Siap ada peti ais lagi..Alhamdulillah, kitorang diberi peluang untuk sama-sama dengan ahli rombongan yang sporting dan tak lokek berkongsi makanan yang diorang beli dan sentiasa bagi semangat di antara satu sama lain untuk tingkatkan mutu dan memperbanyakkan ibadah..
Ini sewaktu kitorang melintasi jalan yang nampak Jabal Nur@ Bukit Nur yang terletaknya Gua Hira' dipuncak bukit tu.. Gua Hira' adalah gua dimana Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama iaitu surah Iqra. Kitorang tak panjat sebab memerlukan separuh hari jugak untuk panjat bukit yang tinggi tu.. Tapi ada juga ahli rombongan kitorang yang pergi naik dihari yang lain untuk ziarah Gua Hira' tu.. Kitorang satu famili tak naik sebab nak kumpul kekuatan buat umrah..Takut kalau naik nanti lutut masing-masing dah semput..hee

Yang ini pulak Jabal Thur yang terletaknya Gua Thur. Gua Thur ni adalah gua yang Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a bersembunyi dari kaum kafir quraisy sewaktu mula-mula nak berhijrah ke Madinah..Subhanallah..Tinggi sangat bukit ni..Lagi tinggi dari Jabal Nur..Terbayang macamana Rasulullah berjuang untuk agama Allah..Kitorang naik bas untuk pergi Madinah, yang dah sedia highway yang cantik tu pun makan masa 8 jam.. Terbayang kesusahan Rasulullah...Terkenang diri sendiri yang tak mengenang budi T_T Kawan-kawan..Jangan lupa ye..Kita kena selalu hadiahkan selawat salam untuk Rasul kita.. Subhanallah...Alhamdulillah..

Yang ini pulak dekat Jabal Rahmah.Terletak dekat Padang Arafah. Jabal Rahmah ni, tempat pertemuan nenek moyang kita iaitu Nabi Adam a.s dan Hawa setelah beratus tahun dipisahkan oleh Allah setelah dikeluarkan dari syurga. Bukit ni juga dikenali sebagai Jabal Jodoh. Insyaallah, siapa-siapa yang berdoa dekat sini, siapa yang bujang dipermudahkan jodohnya..Siapa yang sudah berkahwin, dipanjangkan jodohnya..Insyaallah.. Alhamdulillah, aku diberi peluang naik dan berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan.. ^_^

Depan Muzium
Depan Telaga Zam Zam dulu-dulu (tahun tak ingat..)
Depan Pintu Kaabah dulu-dulu jugak

Ini sewaktu kitorang pergi melawat Muzium untuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tapi tak perasan pulak sejarah Masjid Nabawinya..Mungkin dia tutup bahagian tu..Sekejap je dapat masuk..Tengok-tengok, n baca sikit-sikit.Tangkap gambar n keluar. Tempat ni dikawal rapi. Kenapa?Wallahualam..

Lepas tu, kitorang ke ladang unta..Aktiviti di ladang unta?Apa lagi..Rasa susu unta la..Mutawir kitorang cakap, unta ni adalah binatang yang paling sabar..Banyak-banyakkan minum susu unta atau daging unta untuk tingkatkan kesabaran...


Aku minum susu unta..Nyum nyum!Aku tak suka susu..Tapi oleh sebab nak jugak rasa..Terpaksa memberanikan diri cuba jugak..Fresh lagi..Panas-panas orang tu baru perah..Emm..Rasa dia? Macam aiskrim Magnolia..hee..Yang fresh ni je la aku minum..Yang kitorang beli botol tu..Aku tak sentuh langsung..takut..huhu..

Okei..Sekian sahaja ziarah di Kota Suci Makkah.. ^_^ Dekat atas ni, burung-burung merpati yang banyak dekat depan Masjidil Haram..Yang ajaib nya?Subhanallah..Sepanjang jalan takde tahi burung..Terbang laju-laju atas kepala kita..Alhamdulillah..Still bersih tanpa najis burung ^_^ Subhanallah..

Dan yang terakhir sekali...Gambar dekat bawah ni aku ambik masa baru je selesai buat umrah yang ke 3.. Baru je dapat tempat duduk dekat tingkat atas, kakak sedara aku tunjuk sorang ni..aku pun ambik gambar curi-curi..Hee..Sori ye kepada tuan punya gambar.. Muka dia?Licin gileee...Air muka dia?Kompem la air muka sedih..Tapi tenang.. Dia mencari kekuatan di Rumah Allah...Kita sama-samalah doakan dia supaya diberi kekuatan iman ye... Insyaallah... ^_^



Nota kaki:Lepas ni entry dekat Madinah..Insyaallah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails