Pages

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Ke2 di Hospital Kuala Lumpur





Assalamualaikum ^_^

Harini tengah rajin. Nak update tentang puteri kedua. Hehe.. Tengku Nur Adzra.

Nak cerita yang mana dulu ye? Proses kelahiran dia ke atau nama dia? Kelahiran dululah ye..

Alhamdulillah, waktu tahu mengandung lagi, memang happy sangat sebab dah sedia nak mengandung lagi memandangkan Aisyah dah 2 tahun. Dah boleh ada adik. Hehe. First trimester sangat-sangat melemahkan. Aku muntah-muntah tahap kronik. Tak lalu makan dan minum air.Apa pun yang masuk semua keluar. Apa je jenis masakan, semua aku rasa busuk. Nak bayangkan pun dah geli geleman dekat tekak. Sampai satu tahap, dah taktau nak muntah apa, aku muntah keluar darah. Padahal masa tu baru je masuk air dekat klinik untuk kali yang kedua. Doktor suggest untuk aku pegi hospital terus boleh dapat rawatan rapi. Aku pilih untuk pergi hospital Ampang sebab dekat dengan rumah mak, jadi senang kalau Aisyah nak datang.

Masuk hospital, alhamdulillah rasa segar sikit berbanding dekat rumah. Mungkin sebab non stop masuk air dan aku makan antibiotik. 4 hari dekat hospital sebab doktor detect kencing kotor. Lamakan? Huhu.. Tapi takpe lah.. Nak sampai sihat sebab balik rumah nanti nak kena handle banyak lagi benda.

Balik rumah, keadaan masih jugak sama tapi tak seteruk sebelum masuk hospital. Masih tak lalu makan tapi alhamdulillah tak muntah dah sebab aku asyik makan ubat tahan muntah. Haha! Tak larat la asyik muntah. Penatttt. Sampai berat masa 3 bulan pertama tu turun 10kg. Berat asal 75kg, waktu tu 65kg je.. Perghh.. Kan best kalau lepas bersalin ni 65kg balik..hihi


Alhamdulillah 16 minggu perasaan nak muntah tu terus hilang tapi selera makan still takde sampai lah bersalin. Memang perut pun tak nampak sangat sampaikan nurse dengan doktor selalu akan buat muka risau/pelik bila tengok buku dah 9 bulan. Sebab diorang ingatkan baru 5 ke 6 bulan. Risau gilaaa mak ni ha. Tapi setiap kali lepas check Dr. akan kata semua normal. Alhamdulillah..

Ok, jom cerita pasal bersalin pulak. Sama macam Aisyah, aku pilih Hospital Besar Kuala Lumpur untuk bersalin. Senang sebab dekat dengan Setapak. Setiap hari aku ulang alik dari Ampang dan Setapak, Malam 21 haribulan tu, dalam pukul 9 malam. Waktu tu Aisyah nak menyusu (ye..Aisyah still menyusu badan) aku rasa sakit sangat macam contraction. Masa tu dalam kereta dan JEM! Aku suruh Aisyah stop menyusu. Selalunya susah jugak tapi malam tu dia macam faham dia terus tidur. Aku tengok jam, contraction macam selang setengah jam. Aku dah pelik.. Contraction ke atau memulas je eh? Sebab tiba-tiba. Sebelum-sebelum tu tak pernah rasa apa-apa pun dan aku dah lupa sakit contraction tu macamana. Hee..

Pukul 12 malam, sakit makin kerap. kejap-kejap setengah jam, kejap-kejap 15 minit. Shahril tanya nak pergi hospital ke. Aku kata tak payah belum lagi rasanya. EDD 25hb. Konon-konon rasa lambat lagi la tu. Lagi satu sebab pagi 22hb tu aku ada last check up dekat KK so mungkin boleh tanya nurse nanti. Malam tu aku tak dapat tidur. Baru nak lelap, terjaga semula bila sakit tu datang. Pukul 3 ke atas makin sakit. Tapi aku boleh cool lagi fikir contraction ke bukan eh? Haha! Sebab aku rasa macam aku boleh tanggung rasa sakit tu. Sebab masa sakit contraction Aisyah dulu, aku jalan pun tak boleh. Siap muntah padahal bila Dr. check baru 2 ke 3 cm. Aku dah tekad taknak pergi awal-awal dekat hospital. Aku doa aku nak 5cm ke atas baru pergi hospital sebab nak terus masuk labour room. Taknak lama-lama sakit dekat hospital.Hehe..

Pukul 6 pagi, nak pergi solat subuh, ada darah keluar waktu aku nak buang air kecil. Ok dah keluar tanda! Terus bagitau Shahril terus pergi hospital tak payah pergi KK. 

Pagi tu, agaknya Aisyah dapat rasa yang adik dia dah nak keluar Ya Allah perangai dia sangat-sangat menguji kesabaran. Dia punya menangis dan mengamuk bergegar rumah. Tambah amukan mak dia ni bertambah macam nak runtuh rumah.Haha! Mak mertua datang dekat aku urut-urut belakang aku sambil kata "Banyak-banyak sabar Nina.. Istighfar banyak-banyak" haha! Mesti dia nampak aku macam dah naik hantu. =p


Gambar Aisyah masa nangis. Gambar lama.Hehe..

Shahril mandikan Aisyah, dan siapkan semua barang. Aku kemas sikit-sikit je sebab contraction datang dah selang 10 minit. 10 minit je masa aku boleh ke sana ke mari. Bila contraction datang aku akan berdiri sambil joget-joget goyangkan pinggul.Haha! Menjadi tau! Tips ni aku dapat daripada kawan aku Ayuni Zainuddin yang memang cikgu dalam hypnobirthing. Dia ada share video mat saleh ni joget-joget goyangkan pinggul untuk hilangkan contraction. Antara fungsinya selain hilangkan sakit, kita bagi baby tu turun elok je ke bawah. Ni pendapat aku la.Hehe.. Haa.. Inilah antara cara aku boleh handle contraction daripada pukul 9 malam sampai la nak bersalin tu. Kita sambil-sambil joget tu selawat dan zikir la ya. Jangan menyanyi pulak. =p

Alhamdulillah..Masuk-masuk je kereta Aisyah terus cool. Terus sifat kakak dia keluar. Terus dia risau tengok aku tahan sakit n boleh berdikari sendiri. Feeuhhh..Lega.. Sampai-sampai je dekat PAC, nurse check dah  5cm. Yeay! Alhamdulillah. Doa dimakbulkan..Hehe. Terus aku kena baring je dekat katil PAC tu. Dr. tak bagi aku jalan-jalan dah sebab ni anak kedua dia takut nanti baby keluar sendiri. Time ni nurse dah nak tolak aku masuk labour room tapi aku suruh tunggu dulu sebab call Shahril tak dapat sebab dekat PAC tu line takde.

                 

Gambar Aisyah sementara tunggu luar PAC

Tapi aku bangun jugak sebab nak pergi jumpa Shahril dengan Aisyah dekat luar PAC tu. Rupanya dia pergi makan nasi lemak dekat cafe ngan Aisyah.Haha!  Dapat call dia sebab dekat luar PAC baru ada line. Lepas tu nurse dah panggil suruh aku baring terus..Kihkih..Masa aku baring atas katil nurse nak tolak masuk labour room Shahril dengan Aisyah datang cium aku. Aisyah muka dia risaaaau sangat. haha. Dia memang macamtu perisau sikit. Lepas tu, Shahril hantar Aisyah dekat mak aku yang dah tunggu dekat kereta sebab Shahril nak teman aku dalam labour room. Mak aku kata Aisyah diam je dalam kereta. Muka dia risau je. Kihkih..


Pukul 9.15 masuk labour room, nurse check dah 6cm. Haa.. Ni lah part yang paling best.. Mula-mula tu ada la 3 orang nurse, 1 Doktor perempuan, 1 Dr. lelaki cina pelatih. Dr. lelaki cina tu masuk sekejap je buat-buat nota lepas tu keluar. Dr. perempuan tu keluarkan air kencing dan pecahkan air ketuban lepas tu keluar. Tinggallah aku dengan Shahril dan nurse yang aku rasa muda lagi tapi macam berpengalaman sebab dia yang banyak ajar Doktor. Hihi..Nurse lagi 2 orang tu dah pergi bilik lain kot sebab tiba-tiba keluar.

Tiba-tiba aku rasa sakit yang tak tertanggung dah dan contraction selang berapa minit yang saaangat singkat. Aku cakap dekat nurse sakit.. Nurse tanya macam nak berak ke? Haah aku kata. Lepas tu dia tekan-tekan dekat bawah sambil suruh aku teran. Dalam hati aku mungkin dia nak keluarkan berak ke apa kan. Sekali tiba-tiba dia panggil Shahril dan cakap "Cuba tengok ni..Dah nampak rambutkan? Guide isteri untuk teran" Haaaa??? Nurse sorang je yang jaga? Tak panggil kawan-kawan dia pun? Terasa macam bersalin dekat rumah bersama suami dan seorang bidan pulak.Hahahaha! Adoi..Terlalu banyak sangat baca pasal bersalin dekat rumah sampai terbawa-bawa. Aku tak ambik apa-apa ubat tahan sakit sepanjang tempoh tu sebab nak ada  pengalaman bersalin tanpa ubat dan sebab aku rasa aku boleh bertahan dengan sakit tu. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun yang sambut seorang nurse je. Dengan kepakaran yang ada, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah pukul 10.15 Adzra dilahirkan. Pagi Jumaat. ^_^ Aku, Shahril dan Aisyah pun lahir hari Jumaat. Semoga kami meninggal pun hari Jumaat Insyaalah.. ^_^


Ehh..Dah panjang dah ni.. Nanti aku cerita pasal dari mana datangnya nama Adzra ni pulak eh..Panjang-panjang ada ke yang nak baca.Hehe.. Ok, sekian.. = )

                                 

Adzra fresh dari perut ^_^ Sebijik muka Aisyah. Rasa macam lahirkan kembar Aisyah pulak. Hehe







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails