Monday, March 31, 2014

Nak T -shirt Free Tak?

Kejap lagi nak order #ephyra dan buat penghantaran esok.. Ada sesiapa nak selit order?

Ephyra ada jual t-shirt Ephyra dengan harga RM15 sehelai.. Kalau sesiapa nak beli, boleh pm saya..

Kalau sesiapa beli premium pack, akan dapat T-shirt ni PERCUMA..

Ephyra 30 paket, PERCUMA T-SHIRT, KEYCHAIN ephyra, SHAKER, REC BEG..

HARGA KEDAI RM197 tak termasuk t-shirt..

Tapi kalau beli dengan Nur Aisy Shoppe, kami bagi diskaun. Siap dapat t-shirt dgn keychain lagi..^_^

NAK TAU HARGA DISKAUN TU?     Pm/whatsapp 0193613164..











EJEN DROPSHIP UNTUK EPHYRA DAN CAMISHAPER MASIH DIBUKA TAU.. JOM NIAGA SAMA2.. ^_^

Thursday, March 27, 2014

Kisah Sarung Tangan

Assalamualaikum..

Dalam simpanan aku ni, ada la beberapa helai handsocks.. Boleh dikatakan jarang jugak la aku pakai..Sebab pertama, baju aku banyak yang bercerut dekat hujung lengan dan baju2 aku takde pun yang 3 suku lengannya..Sebab kedua,aku malas nak pakai..Haha.Macam baju kurung dan beberapa baju blouse yang dah singkat lengannya sebab pertambahan ketinggian badan (padahal tambah debab) memerlukan untuk aku pakai handsocks ... Macam2 alasan aku xnak pakai.. kadang2 tu ketat la.. lepas tu gatal2 la tangan aku bila pakai.. Tu yang selalu tak nak pakai tu.. Kalau rajin pun, pakai kejap je lepas tu tanggal..hehe

Haritu tiba-tiba, Shahril balik dari ofis, dia bagi satu bungkusan.. "Nah hadiah" kata dia.. Aku bukak-bukak, dia bagi handsocks rupanya..Hihi..Padahal selambak dah handsocks kat rumah ni.. Ok, saya paham... Nak suruh aku jangan ambik ringan aurat tang lengan la tu.. Bila aku bukak, Cantik jugak pilihan dia.Kain pun sedap..Kain cotton sejuk n tak melekap sangat dekat tangan.. Ke sebab hadiah dari suami tercinta, jadi best je handsocks tu? Haha. Bila best macamni, takde la alasan untuk taknak pakai..Hehe..

Ok, makanya.. Aku kene berubah menjadi orang yang lebih menjaga aurat.. Pernah ritu malas-malas jugak nak pakai, terus kena cubit halussssssss terus laju capai handsocks..Haha. Garang ok pakwe kite tu.. Oleh sebab doa aku sebelum kawen nak seorang suami yang boleh membentuk aku menjadi yang lebih baik.. Haruslah bersyukur bila suami kita melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang kita doakan.. Betul tak? ^_^


Thursday, March 20, 2014

Resipi : Masakan Siput Lala

Assalamualaikum..
Lama pulak rasanya tak update resipi dalam blog ni.. Ecceh.. Ada rasa macam chef hebat pulakkan konon macam masakan sedap..Haha. Eh tapi aku rasa sedap..Aku tengok habis je tiap kali aku masak.. Sedap la tu kan? Haha. Ok2.. Korang boleh cuba je resipi2 yang aku share dekat sini, double confirm yang masakan aku sedap..supaya aku tak perasan sendiri.. Hihi.. :p
Haritu.. Emm.. Dua tiga minggu lepas jugak aku rasa ni.. Kitorang pergi Pasar Tani dekat Taman Melawati.. Hari Sabtu.. Ada satu gerai ni.. Memang fresh makanan laut dia.. Udang, sotong, macam-macam jenis siput ada.. Semua fresh.. Aku kalau teringin nak makan makanan laut memang beli dekat gerai ni.. Masa tu aku beli udang dengan siput lala.. Tengok cantik je.. Dah lama tak makan siput lala.Teringin pulak. Hehe..
Balik je rumah, macam biasa terus call mak aku mintak resipi.. Masakan mak masakan terlazat dekat dunia ni.. Perlu dipelajari dan ditiru bulat-bulat.. Dapat je resipi, laju-laju terus masak... Alhamdulillah tak perfect macam mak masak tapi dah nak hampir-hampir sama.. Hehe..
Meh aku share resipi.. Mudah dan ringkas sangat..
Bahan-bahan
Siput lala - semangkuk besar( basuh dgn air garam)
Bahan2 utk Sambal
Cili kering - 10 tangkai diblend halus
Bawang besar - sebiji (blend)
Bawang putih - 3 ulas (blend)
Halia - suku inci (blend)
Serai - 1 batang diketuk
Cili sos - 3 sudu besar
Tomato sos - 1 sudu besar
Cara2
1. Masukkan semua bahan yang dah di blend halus dalam kuali dan di tumis sehingga masak..
2. Masukkan serai
3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili sos dan tomato sos.. masukkan sedikit air jika nak berkuah..
4. Bila dah masak sambal nya, baru masukkan siput lala yang dah dibasuh bersih.. Masakkan sekejap je.. sebab taknak nanti terlebih masak siput lala tu..
5. Siap!!! Boleh dihidangkan dengan nasik panas..Nyum nyumm..heh
Selamat mencuba ye.. ^_^
Kalau dah cuba resipi ni, share lah dekat sini sedap ke tak.. Hihi..

Tuesday, March 18, 2014

Kesian dia...

Assalamualaikum..

Aisyah tadi dah mamai2 dah nak tido.. lepastu terjaga.. Dia pusing mengiring, lepastu gigit2 tangan.. Bagi nenen dia tak nak..Dia tak nangis pun.. Gigit2 tangan je..

Lapar agaknya.. Aku pergi ambik biskut.. Lepas tu try bagi dia.. Habis jugak la suku.. Lepastu nenen sikit terus tido.. Alahai shiannye diaaaaa..   Lapar x boleh tidur agaknya.  Huhu...

Terima Kasih Nuffnang.. ^_^

Assalamualaikum..

Semalam belek-belek akaun Nuffnang, alhamdulillah ada 4 iklan yang sedang berjalan dekat blog aku ni.. ^_^  Rezeki berblog.. Hehe.. Walaupun tak banyak, tapi siapa nak bagikan? Kita bebel-bebel dapat duit..Hihi..


Yang paling aku teruja dan laju-laju like page pengiklan aku ni adalah Popular Bookstore.. Sekarang tengah ada promo untuk penerima voucher buku 1 Malaysia... Aku adalah salah seorang penerimanya dan aku jugak adalah pengunjung setia Popular Bookstore.. Hehe..

Tahun lepas aku habiskan semua voucher buku aku dekat Popular dan dapat tambahan voucher RM50 sebagai hadiah.. Insyaallah tahun ni aku akan gunakan dekat Popular lagi.. \0/


Monday, March 17, 2014

Baru sekejap...

Assalamualaikum..

Baru sekejap aku duduk lepak dekat hospital ni tunggu ayah mertua aku habis operate dah rindu rinduan dekat Aisyah..

Tadi cal mak aku tanya Aisyah ok ke tak.. Mak aku kata ok je.. Tak rindu nenen lagi..Haha. Dengar suara Aisyah duk nyanyi2.. Kemain lagi dia hepi.. Mak aku kata dia tengah makan kuih.. Patut la perut kenyang suka la hati.. Hehe

Sambil-sambil tunggu ni, tengok je la gambar dia dekat henfon ni ha.. Hisshh.. Baru kejap ni.. Tak sampai 4 jam dah rindu.. Rindu nak melayan kerenah manja kededek dia tu.. Hehe.. Tunggu ya Aisyah.. Insyaallah jap lagi mak balik.. ^_^

PREORDER CAMISHAPER KEMBALI!

Assalamualikum..

Aku akan open preorder Camishaper untuk batch yang ketiga.. Tarikh last untuk submit order 25hb Mac 2014 iaitu hari selasa depan.. Kali ni aku target pembelian dengan jumlah yang agak besar sebab aku nak standby untuk ready stock.. Macam yang kita sedia maklum, lagi banyak kita order, lagi murah sesuatu barang tu kita boleh dapat betul tak? Hehe..

Jadi, aku nak ajak korang jom bantu membantu aku order banyak-banyak untuk dapat harga lebih murah dan aku jual dekat korang pun dengan harga yang lebih murah...

Harga hanya RM 79 dengan postage percuma kalau korang beli 2 helai.. Kalau korang nak beli sehelai, harga tetap sama RM45.. Kalau nak beli 3 helai, aku bagi RM110 postage percuma.. Jadi, apa kata kalau korang tanya-tanya kawan-kawan, jiran tetangga atau sahabat handai siapa yang nak join beli camishaper untuk korang dapat harga lagi murah.. Kalau beli lebih 10 helai lagi murah harganya.. ^_^



Ok, jom aku cerita preorder aku masa 2nd batch haritu...Alhamdulillah stock sampai tepat dengan masa yang aku janjikan dengan customer.


Dapat je, aku terus packing sebab taknak customer tunggu lama...


Esoknya aku terus pos dan COD...



Oh ye.. Untuk preorder, walaupun namanya COD, pembayaran tetap dibuat sebelum aku tutup tarikh preorder.. Ini adalah untuk mengelakkan back out buyers..Sebab ade je satu dua customer yang order, lepas tu bila aku bagitau barang dah sampai, sampai sudah diam je.. Ada jugak yang "Sori saya tak jadi nak beli" Ohoii.. Sabo je lah...Takpe, Kali ni, kena set kan peraturan baru.. Bayar sebelum submit order.. Pengalaman adalah cikgu terbaik kita.. Ecceh..hehe..

Ok, aku nak share antara testomoni terbaru..




Yang lain, korang boleh tengok dengan entry lama aku ye... Untuk tahu lebih lanjut pasal camishaper ni, boleh tengok dekat SINI..

Korang boleh contact aku untuk nak tau details ye.. Alhamduillah ramai yang berpuas hati dengan kualiti camishaper yang aku jual dan repeat order.. Sebab diorang nak pakai hari-hari untuk pergi kelas dan ofis.. Selesa diorang kata.. Alhamdulillah.. ^_^



Whatsapp  0193613164 (NAS)..




Sunday, March 16, 2014

Balik Rumah Neni (Operation Aki Aisyah)

Assalamualaikum..
Ayah mertua aku masuk wad semalam..Insyaallah esok ada operation dekat hidung..Doktor detect ada sel kanser dekat hidung jadi doktor decide kena buang.. 2 hari sebelum operation dah kena masuk wad sebab nak pantau tekanan darah dan jantung...

Aku tak dapat pergi hospital sebab time2 jerebu ni kan, better duduk dalam rumah je..Insyaallah esok baru pergi. Mak aku akan jagakan Aisyah...

Oleh sebab Shahril busy ke hulur ke hilir dari rumah ke hospital, kitorang decide hantar aku dengan Aisyah balik Ampang.. So, x payah dia risau pasal aku makan apa, Aisyah ok ke tak, nak solat ok ke, boleh ke pergi toilet.. Kalau balik Ampang, ramai sikit orang boleh tengok2kan Aisyah bila aku nak buat kerja2 aku..
Sebelum pergi Ampang, aku sediakan dulu makanan untuk ayah mertua aku.. Dia tak boleh makan makanan yang bercili.Even cili besar pun tak boleh.. Jadi, makanan hospital agak tak sesuai.. Aku tanya Shahril nak makan apa.. Dia nak nasi goreng je. Lahai sonang bonar permintaan nya.. (Legaa)

Ok, doakan urusan operation ayah mertua aku berjalan dengan lancar ye.. Terima kasih daun keladi.. ^_^

Saturday, March 15, 2014

Dapat Panggilan Interview.

Assalamualaikum..

Minggu ni, banyak betul Allah aturkan untuk aku.. Tapi semua aku tolak hanya untuk satu perkara yang paling penting untuk keluarga aku.. Ini salah satu aturan yang Allah aturkan untuk aku minggu ni.. Dapat interview jadi engineer dekat Kementerian Kesihatan..

Kejap je lagi... Adakah aku pergi interview ni? Adakah aku bakal jadi engineer balik kalau2 ada rezeki aku diterima? Adakah aku bakal meninggalkan Nur Aisy Shoppe? Adakah Aisyah bakal duduk di nursery?

Ok, aku akan update nanti.. Doakan urusan paling penting dalam family aku dipermudahkan Allah.. ^_^

Friday, March 14, 2014

Sekarang Baru Rindu..

Assalamualaikum..

Laptop dah hang.. Dah tak boleh nak on langsung.. Sekarang baru lah rindu rinduan nak menaip, nak menatap rupa blog aku ni secara besar dekat screen laptop.. Ni asyik tengok dekat handphone aje..Adeh..

Kepada sesiapa yang merindui diriku..eccehh.. Like la page FB aku tu atau pun instagram.. Memang banyak urusan jual beli je pun dalam tu tapi kadang2 aku selitkan jugak muka tokeinya..Haha. Tokei je lah ye.. Penasihat kedai belakang tabir je.. Haa.. dah tau jawatan aku sekarangkan? Kihkih..

Harini baru aku start nak rajin sikit buat iklan dekat FB dengan IG.. Aku takde semangat la.. Rasa sedih sangat bila fikir mana lah MH370 tu.. Walaupun takde sesiapa yang aku kenal dalam tu, tapi aku sangat2 terasa dengan kehilangan yang tiba2 ni.. Setiap kali doa, akan aku selitkan keselamatan untuk penumpang dan krew mh370 tu.. Dah lama culas solat hajat dan taubat, aku gagahkan dan paksa jugak diri aku untuk bangun dan doakan diorang.. Semoga Allah permudahkan  urusan mencari mh370.. Semoga apa sahaja kesudahannya, kita semua redha dan semoga Allah lindungi kita dari segala musibah.. Aku rasa betanggungjawab.. Mana tahu, dosa-dosa aku membuatkan Allah uji kita macamni.. Dan seharusnya aku bersyukur.. Bukan aku dan keluarga aku yang terlibat..

Tiada musibah yang akan berlaku tanpa izin Allah.. Atas izin Allah jugalah semua ini akan menemui jalan penyelesaian.. Semoga keluarga2 yang terlibat sentiasa di dalam keimanan kepada Allah..

Musibah ke atas orang lain, kadang2 membuka mata untuk menambahkan keimanan kita.. Atas izin Allah juga...

Tuesday, March 11, 2014

Aisyah 10 bulan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..3hb haritu Aisyah dah 10 bulan... Gigi dah ada 4 atas 2 bawah... Dah makin kuat menggigit.. Gulp..

Ada masa-masa rajin nak salam.. Cara dia salam, pegang tangan kita lepas tu rapatkan ke mulut.. Lepas tu gigit tangan kita kuat-kuat.. Pastu dia gelak.. Hamboi.. Pandai betul nak kena kan kita..Haha

Asyik nak berjalan aje.. Jalan pegang2.. Tak boleh jalan sendiri lagi.. Hobi Aisyah sekarang asyik la mencangkung lepastu berdiri lepastu mencangkung balik.. Dekat  tengah2 hall yang dia tak payah pegang apa2..Berani kan budak kecik? Lepastu terhempas jatuh..Rilek je tak nangis.. Kita yang seriau..

Makanan kegemaran Aisyah sayur.. Carrot, brokoli, bayam.. Roti pun dia suka jugak.. Ha! Telur pun dia suka.. Ayam goreng pun laju je dia makan.. Tapi aku perasan dia kurang sikit makan nasik.. Nak bagi dia bubur? Harapan je la.. Buat penat je masak..

Haa.. Lagi satu.. Aisyah ada pinky bear.. Kalau kita tanya mana mata? Mana hidung? Dia terus cari pinky bear dia lepastu tunjuk hidung dengan mata pinky bear dia tu.. ^_^ Tengok lah gamba aisyah tengah comot tu eh.. Mood dia nak belajar bila baru bangun tido.. Tak mandi, terus ajar time tu dia rajin..Hehe..

Ok, tengok gambar eh.. Aku update dekat hp.. Laptop dah seminggu buat hal..Huhu.. Ok jumpa lagi! ^_^

Wednesday, March 5, 2014

COMBO PAKEJ EPHYRA + CAMISHAPER

Assalamualaikum..

Sementara stok Camishaper ada tinggal lagi sikit ni, Nur Aisy Shoppe nak buat COMBO PAKEJ 1 + 1 Ephyra and Camishaper..

Berbaloi baloi sangat..Harga murah kami nak bagi..

1 kotak premium Ephyra RM 197, 1 helai Camishaper RM45.. TOTAL RM 242..

Tapi kami nak tawarkan harga untuk COMBO PAKEJ ni RM 219 SAHAJA! Free postage lagi..

Yup! RM 219 SAHAJA!

Nak booking bayar separuh dulu pun boleh.. Setel after gaji seterusnya.. Sebab kami akan ketepikan camishaper ni utk korang.. Camishaper ni sangat2 laris..Cuba beli sehelai pasti nak berhelai helai.. ^_^

Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp nas ya.. 0193613164..

Tawaran hebat tak selalu datang.. Jom Beli! ^_^

Tuesday, March 4, 2014

Baby Girl Kedua Dalam 8d8

Assalamualaikum..

Kalau korang dah follow lama blog aku ni, korang akan tau n familiar dengan nama 8d8 ni.. Hehe.. Kepada new follower, Hai!!(sambil lambai-lambai konon femes) Haha. Ok, aku perasan je ni, budget hot mama..Hehe..

8d8 ni nama untuk grup aku kononnya.. Ada 8 orang la lebih kurang.. Geng-geng masa dekat Uitm Shah Alam dulu.. Geng sekepala.... Dalam geng-geng kitorang ni dah ada beberapa baby boy dah.. Tunggu punya tunggu manalah baby girlnya.. Akhirnya, lahir lah Aisyah baby girl pertama dalam 8d8..

Baby-baby selepas Aisyah yang lahir pun boy jugak.. Aisyah takde geng lagi.. Akhirnya, lahirlah lagi sorang baby girl setelah sekian lama menanti.. Aini dapat baby girl untuk anak kedua dia.. Yeay! Aisyah dah ada geng pakai tudung..Hehe..

Minggu lepas Aini ada buat akikah, kitorang pun pergi lah sekaligus nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. Nak berkumpul.. Lama tak pot pet pot pet.. Rindu nak buat bulatan, borak sambil makan sambil cerita, gelak sampai keluar air mata.. Rindunya zaman study!


Tangkap gambar dulu.. Kita nak pergi Klang! 



Inilah kawan aku Aini..Kecik molek je orangnya.. Anak dah dua.. Dapat sepasang.. Tahniah Aini! Best2.. ^_^


Dhia Amanda Safiyya.. Nama baby ni.. Panggil Baby Safiyya.. ^_^


Aisyah eksaited nampak baby.. Macam dia dah besar sangat..hehe.. 


Antara rakan selepak yang hadir..


Anak Ruby, baby Solah... 


Aisyah dah geram dah tu...


Nampak????? Aisyah menunjukkan ciri-ciri akak kawasan dia.. Haha. Dah besar nanti, tunjuk gambar ni kompem tersipu sipu malu..Haha




Bagi Aisyah ralik main paper beg tu sambil aku borak dengan geng-geng aku.. Tak sampai seminit aku pusing dia tengah ramas kek coklat door gift yang ada dalam paper beg tu..Melompat aku cari sinki..Haha



 Balik tu singgah Tesco Shah Alam kejap.. Nak pergi beli barang dapur..Eh, kenapa aku bagitau? Saje je nak share gambar-gambar ni..Hihi...




Ok, tu je...Aih..Makan masa pulak nak tulis blog sekarang ni.. Akan ku usahakan lebih rajin lepas ni..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails