"Terima Kasih....Sebab sudi terima saya..."
Ayat pertama Shahril selepas kami selamat diijabkabulkan sambil tangan dihulurkan untuk kami bersalaman...Shahril adalah hadiah terbesar yang Allah bagi dekat aku...Perkenalan erat selama 8 bulan sebelum kami diijabkabulkan berjalan dengan lancar dengan izinNya...

Alhamdulillah....18hb Mei 2012.. Tarikh yang penuh bermakna untuk aku....3 tahun lalu tarikh yang sama aku mendaftarkan diri di JKR Wilayah dan ditempatkan di Unit Tentera.. Siapa sangka.. Perancangan Allah... Setiap langkah kaki kita. Setiap gerak geri kita.. Andai ke kiri impian dan cita-cita kita, tetapi jika ke kananlah destinasi yang ditetapkan Allah..Ke kanan jugalah langkah dan tujuan kita akhirnya....Alhamdulillah...Allah menolak aku..Memimpin aku... Memaksa aku.. Meyakinkan aku..Menjatuh cintakan aku pada dia... Dia kutemui di JKR.. Tidak aku duga, cita-cita aku untuk masuk JKR dari dahulu tidak menemukan aku dengan pekerjaan yang utuh sehingga keusia tua..Tetapi menemukan aku peneman hidup yang utuh hingga ke syurga...Insyaaallah.. Doakan ye..










nota kaki : catatan ringkas dulu...sebab nak balik dah...agak tak sempat nak cite byk..bertimbun benda yg nak dikongsikan...tapi bz jap..ada test...ada projek yang nak disiapkan.. nak balik rumah sendiri..nak pergi penang insyaallah kenduri kawen..yang paling penting...sedang berusaha jadi menantu n isteri yang baekkkkk...tak boleh duduk depan laptop sangat walaupun dah beli broadband..auuwww.... ^_^v 


Majlis Perkahwinan Cik Nasrina 19hb Mei 2012.Semua dijemput hadir.
(Hadiah Pinggan Mangkuk dan Cawan Tidak Diterima)


Tulisan kat white Board kat ofis aku..Bebudak ni tulis..hahaha...Bagus2... =p


Tergamak orang menghina ulamak...siapalah kita yang berzikir pun pun payah nak menghina ulamak..sedih sgt...masing-masing ada pendapat sendiri tapi jangan lah sampai menghina waris Nabi...

nota kaki : sedih la cmni!!
Salah pilih tarikh ke?huhu...Masa aku pilih tarikh tu, aku tak tetapkan pun nak tarikh best ke apa ke..Janji mana-mana tarikh yang kosong, aku book je..

Sekali, rupa-rupanya tarikh tu budak-budak sekolah menengah tengah pekse..huhu..Sian anak-anak murid aku yang dua orang tuh tak dapat tengok cikgunya naik pelamin insyaallah...huhu

Diorang ni antara yang eksaited duk selalu tanya bila aku nak kawen siap nak rekemenkan cikgu kat sekolah MRSMnya..Tapi ujung ayat, "Tapikan auntie, cikgu kite tu dah tunang.." Huh! Apo ko...Nak kenalkan tapi dah not available pulak...

Diorang ni jugaklah yang aku nak harapkan dan bercita-cita untuk melenjankan untuk buat semua benda nanti.. Untuk siapkan taging2 untuk door gift, untuk bagi doorgift kat tetamu dan sebagainya..Kompem takleh melawan punya.. Malas je, aku bagi lah ayat keramat aku "Jangan derhaka ngan cikgu!" Kompem buat..Muahahaha...! Kalau tak buat jugak? Aku report kat mak diorang..Muahaha!

Tak pelah eh...Mungkin ada hikmahnya..Walopon sedih macam tak cukup korum.. =(


nota kaki : Tak dapat markah elok..Siap!

"Amboiiiii....Kemain berseri muka nihh.."

" Tak lama lagi kan? Dah nampak dah seri kat muka tu.."

" Sori eh nak tanya..Awak nak kawen dah eh? Sebab nampak berseri-seri muka ni" (Padahal aku datang nak suruh dia urut kaki aku yang bengkak nih)

***********

Ok...Memang kalau nak kahwin, Allah akan jadikan muka kita ni berseri-seri eh?Walaupun bila kita tengah masam dan tengah memikirkan 1001 masalah dan cabaran dalam tempoh pertunangan nih? Seri tu tetap ada eh? 

Atau mungkin sebab sebelum ni jerawat bertepek-tepek kat muka aku ni macam butir jagung tapi Alhamdulillah sejak lepas tunang hari tu memang dah surut jerawat dekat muka aku nih, mungkin sebab tu diorang nampak muka aku lain kot lantas anggap je seri pengantin..*bling bling*

Atau mungkin sebab psycology... Semasam dan sekelam mana pun muka kita nih yang tengah memikirkan 1001 masalah dan cabaran tuh, tapi dalaman hati kita yang super duper eksaited nak kawen dan tak sabar nak ade laki ni, keceriaan tu terpancar dekat muke...eh?...Huh!

Atau yang memang dah tau aku dah nak kawen tu, taktau nak cakap ape, cakap je ayat
" Amboiiii...semenjak nak jadi pengantin niiiiii berseri seri muke haaaaaaa..."(gaya joyah ye....)

Waloapepun punca nya, apa yang aku tau, kalau ada je orang yang tegur aku macamtu, secara otomatiknya muka aku yang tengah masam macam orang kalah judi ni terus senyum meleret..Woh woh..Tanda taknak menghampakan mereka lantas terus menunjukkan senyuman paling manis ala-ala pengantin tersiput siput..Secara otomatiknya juge sangat mengappreciate kata-kata mereka itu...(Padahal memang malu-malu pun bila orang kate mcmtu.. :'>) 

Sekian entry ini dari saya... Jika diizinkan Allah, bakal pengantin dalam tempoh kurang dari 30 hari.. Bakal pengantin yang baru tahu, dugaan bertunang tu tak semestinya datang dari tunang kita sendiri...

Tapi macam biasa..Sebagai seorang yang cekal menghadapi segele gelenye.. Redah sajoh dan anggap je ni semua sebagai cabaran untuk mematangkan diri kita sendiri...Dan yakin Allah sentiasa ada dan akan membantu hambanya yang nak buat perkara yang Dia suka.. Dia akan menghantar bantuan yang kita takkan sangka-sangka..Insyaallah ^_^v


nota kaki : mata dah pedih, hidung asek mintak tisu, tekak perit bile menelan... gulp...


Tadi dapat email..Ada ilmu yang menarik untuk dikongsikan..Untuk kamu, saya, kita semua..Ibu-ibu dan bakal ibu.Insyaallah...

Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

 

1- ASSALAM : SEJAHTERA.Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

 

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

 

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAHKita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

 Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =)



Sent from Blackberry

Assalamualaikum..

Semalam.. 15hb April 2012.. Aku dengan separuh dari  8 delapan pergi berpiknik dekat Taman Tasik Perdana. Sama tempat dengan Piknik DIY dengan Nakama haritu.. Kitorang berkumpul pukul 10 pagi..

Kitorang buat potluck.. Aku bawak nasik goreng..Mak yang masakkan..ngehngeh.. Aiza bawak air, Ruby bawak lasagna..Hawa bawak macaroni goreng, Ili bawak choc ball, Anne bawak cheese cake dengan popia.. Azrol pon ade..Tapi dia tukang makan je.. 

Nyum nyum nyum..Sodap!Makan sampai kenyang... Jom tengok gambar jom..


Nyum nyum nyum...


Anne's Family


Si celungap memang paling laju bab-bab makan nih..Tak sedar diri itu gemok!


Ili's Family


Aiza ngan sapik..Eh eh..dua-dua baju merah


Ruby n Hawa... Pengantin to be jugak.. ^_^v

Ok, diantara tujuan untuk membuat piknik ni adalah untuk bagi kad kahwin merangkap nak bagi tau skop kerja masing-masing time majlis aku nanti. Almaklumlah,jika diizinkan Allah, diorang nilah orang-orang kuat aku time majlis tu.. Aku sangat-sangat memerlukan kawan-kawan aku di hari itu nanti dari awal majlis sampai lah habis majlis.. Bagi memastikan diorang tak lari, aku bagi masing-masing skop kerja..Ok tak? hee.. 

Ppink, Khairul dengan Wanie pun ada tugas jugak hari tu nanti tapi diorang tak dapat datang. Skop kerja n kad diorang di holdkan dulu...

Idea untuk mengumpulkan diorang ni dah lama dah aku nak buat.. Tapi masih berfikir-fikir tempat mana yang sesuai untuk mengumpulkan diorang nih.. Dapat je mesej dari Ili aritu yang mencadangkan berpiknik sambil berpotluck, lepas dia baca entry aku berpiknik dengan Nakama. Aku pon hip hip hurey lah sebab aku ni bukannya apa..Nak mikirkan idea memang senang tapi nak mengumpulkan tu yang agak payah sebab pikir ada yang dah ada komitmen dengan famili and baby kecik. Tapi, kalau dah mak baby yang lagi menyapot.. Ape lagi kan...\0/



Pembentangan skop kerja

Ok, sekian... ^_^ Lepas nih kita buat aktiviti macamni lagi nak?nak?

nota kaki : Asal ayat aku cam tunggang langgang nih...

Kata-kata pujangga yang aku dapat pukul 12 tengah malam tadi..

"Untuk kita menghadapai peperiksaan, tidur yang cukup dan hati yang tenang adalah lebih penting daripada menambahkan ilmu di dada.." -Ppink..


Nota kaki : Kata-kata pujangga tu dikeluarkan bila aku kata dekat Ppink, aku nak tido dah walaupun esok ada test..(Selepas 1 jam setengah bergayut..)...

Nota kaki 2: Harap-harap dengan hati yang tenang dan tanpa ilmu di dada yang banyak nih, dapatlah aku jawab dengan ok test nanti..haha.. Adoiiiiii....
Kita merasa sakit hati bukan krn dihina, tapi karena ingin dihormati/dihargai orang lain - Aagym

Nota kaki : dihargai = disayangi..kan?
Sent from Blackberry

Mak bekal kan naget tok g kelas..Comel tak bungkusan ni.. Dlm plastik yg siap ade yg macam zip tuh..Tah yah beli tupperware.kuikui :p
Related Posts with Thumbnails