Thursday, September 5, 2013

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum..

Antara sotong biasa dengan sotong kembang.. Mana korang lagi suka? Emm...Sotong biasa tu apa? Sotong kembang tu apa?

Ini sotong biasa
 Ini sotong kembang



Hehe... Kalau aku, aku lagi suka sotong kembang, sotong biasa tu, aku suka kalau buat goreng tepung je. Kalau makan nasi lemak, ada pulak sambal sotong. Perghhhhhh... Enaknya la hai...



Haritu aku try buatsambal tumis sotong. First time aku buat. Selalunya aku buat sambal tumis ikan bilis je. Ni nak try sotong pulak. Hehe.. Alhamdulillah, berjaya..

Oh ya.. Semenjak aku mengandung, aku perasan aku tak boleh sangat makan sotong kembang ni. Pernah masa aku pergi Penang haritu, aku makan sotong kangkung. Lepas makan tu, sakit betul kepala aku. Tak boleh nak jalan. Jalan pun tahap pegang dinding. Sakit sangat sangat. Mak aku kata mungkin sebab ubat untuk kembangkan sotong tu tukang masak tu tak hilangkan betul-betul. Aku pun rasa mungkin jugak. Sebab, selalu aku makan nasi lemak sotong dekat bawah ofis aku haritu tak pening pulak kepala aku.

Jadi, awal-awal lagi sebelum masak sotong ni aku dah call mak aku tanya macamana nak hilangkan ubat untuk kembangkan sotong tu. Mak aku kata, rendam dalam air garam semalaman. Lepas tu, kerap tukar air tu. bagi betul-betul hilang ubat tu.

Dah yakin ubat tu dah hilang, mari kita memasak. Bahan-bahan untuk masak sambal tumis sotong:

3 ekor sotong kembang
2 biji bawang
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Setengah inci belacan
2 sudu besar asam jawa


1. Tumiskan bawang, cili dan belacan yang dah diblend. Dah masak dalam 5 minit macamtu, masukkan asam jawa, gula dan garam, dan sotong.
2. Masakkan sampai pecah minyak.Masa masak ni, biar api kecik je.. Memang agak lama nak tunggu pecah minyak tu. Tapi berbaloi sebab rasanya akan jadi sedap.
3. Errr..dah siap! \o/

Tips : untuk dapatkan keseimbangan rasa yang sedap, rasalah banyak kali. Apa yang kurang tambahkan apa yang lebih, oter lah apa yang patut. Tips untuk merasa, tiup-tiup sikit bagi sejuk. Jangan rasa masa tengah panas mengggelegak tu. Masin pun tak terasa masin sebab suhu yang panas akan mengganggu tunas rasa kita untuk rasa yang betul. Eccehh.. Ni kajian aku sendiri.. =p

Selamat memasak ^_^v


2 comments:

  1. Assalamualaikum. sheila suka sambal! lagi2 kalau dengan telur rebus :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.. Aduihh..mmg sedap..haha!

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails