Saturday, December 25, 2010

Dialog Hati Dan Akal Nasrina

Akal : Assalamualaikum...

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. DIA yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan DIA ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambaNya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati Sepi... Kesal...

Cerita ni dari sini

Nota kaki: Kan best kalau boleh menulis best macamni... -_-"


Tuesday, December 21, 2010

Family Day N Family Gathering


Assalamualaikum...

Ok, sekarang nak bercerita pasal pergi join Family Day Unit Airport Ibu Pejabat dan jugak family gathering keluarga aku dekat Perak...Memula ni cerita pasal Family Day dulu eh..Dekat Suria Beach Resort, Cherating...Actually aku takde kena mengena pun dengan unit ni..Tapi Hawa, kawan aku dari unit ni mengajak join..Aku join sebab dapat g jalan2..Best! Rupa-rupanya Aini pun ikut..Ok, leh buat kepala sendiri la cmni..hihi...Sebab aku nih jenis tercover cover sikit kalau dengan orang yang tak kenal..Bila dah ade geng sekepala..Ok, cover tolak tepi.. Yippie!\0/
Aku cite sambil tengok gambar ye..

Suku dari lapan delapan...Jalan-jalan cari 'pemandangan'...
Taraaaa!! Kitorang mewarna batik...Cantik tak? Yang kanan sekali tu namanya Lina..dia dapat nombor dua mewarna batik..Lapan delapan??KALAH....Inilah lukisan saya yang kalah tu... -_-"

Apa yang paling menarik? Warna baju family day ni pink!!Ohh..Sangat suke! \0/ Alolololooo...Adik comel ni pun dapat jugak baju tu...Sangat cute!

Aku n Aini satu grup...Warna ungu...Dapat nombor dua \0/

Inilah...Barisan kita...

Tengok-tengok..first time main tarik tali menang \0/

Okei..Tu je dari cerita family day ni...Sangat best...Dengan semua staff yang join sangat friendly...Suka-suka.. ^_^ v

Sekarang nak cerita Family Gathering ke Perak pulak...Tengok gambar jugak eh...Jom!


Ni dekat Gunung Lang..Separuh je dalam gambar ni..Yang len dekat seberang tasik...Diorang malas naik bot...hehe

Lepas tu kitorang pergi Kuala Kangsar pergi tempat Labu Sayung...Sangat eksaited...Lalu terbeli satu dua labu sayung kecik untuk buat perhiasan...Sampai sekarang ade lagi dalam balutan surat khabar -_-"
Tepi jambatan pun mengada-ngada nak berhenti tangkap gambar...Takde pemandangan pun..Saje gedik -_-"

Ini masa dekat Cameron Highland...Sangat suka tengok topi dengat scarf tu...Oppss..Terbeli jugak... -_-" Err..Comel je kan... =p

Abaikan pakcik n makcik loving couple ni..Diorang memang suka jalan berdua sambil membiarkan anak-anak mereka -_-"

Emm..Tu aje kot...hee...Taktau nak cerita apa..Tapi nak update blog jugak....

nota kaki: Sila pergi Kalumpang Resort untuk mandi sungai..Sangat BEST!!Malas nak update pasal Kalumpang Resort..hee

Friday, December 10, 2010

Ini Kisah Hepi Saye...(dan inner tudung yang best)

Alhamdulillah....Jualan jubah memberangsangkan...
Alhamdulillah...Result exam menggembirakan...
Alhamdulillah..Menambah barangan baru untuk dijualkan...

Alhamdulillah..Dalam masa 3 minggu sebelum ni dapat berjalan ke Trolak Perak untuk berkursus,Johor Bharu untuk bermesyuarat,Cameron Highland untuk bercuti bersama sepupu dan keluarga,dan ke Kalumpang Resort untuk Hari Keluarga ofis...

Alhamdulillah diberikan rezeki yang tak terduga ini dan jalan-jalan yang tanpa perancangan tapi tiba-tiba datang menjemput..Alhamdulillah...


Perasaan sekarang?Heppi! ^_^ Terima kasih Ya Allah... ^_^

Ohh Yee...Nak kasi kredit dekat Ayunar sebab menjual inner tudung yang membuatkan kehepian saya semakin menjadi jadi!Thanks Ayun... ^_^v

Tengok2 anak tudung ni muncung ke depan kan??sesuei utk si muke bulat macam saye....Yey!boleh pakai selendang..Yippie!!\0/ Ini gambar masa beraktiviti bersama keluarga dekat Gunung lang Perak minggu lepas..

Ini pulak masa pergi tengok teater Natrah 2 dengan kanak2 ribena...Kawan-kawan baby...Yee yee..Saye selaku driver dan penjaga kanak-kanak...mengaku mengaku..-_-"

nota kaki: Jangan hepi sangat Nasrina..Nanti nangis padan muke!



Wednesday, December 8, 2010

Ppink N Pendi Wedding

Assalamualaikum...
28hb November..satu lagi BFF aku kahwin...Fareha @ Ppink.. Kahwin dengan En.Fendi yang aku baru first time jumpa masa wedding ni... Dari diploma bercinta.. Tapi si Ppink x pernah nak review sape pakwe dia.. Walaupun dah dipaksa secara meletakkan pisau dekat leher.. Tapi dia tetap berjaya mengunci rapat mulut dia.. Anda memang hebat Pink.. -_-"

Perkahwinan kawan yang rapat dengan kita bukan menandakan dia akan pergi jauh dari kita kan? Cuma.. Aku rasa, aku kehilangan orang yang selalu pinjamkan sesuatu yang berharga pada diri dia untuk aku.. Pink.. I'm gonna miss u so much!

Dia kawan yang paling aku rindu masa aku buat silent treatment dengan lapan delapan.
Dia kawan aku yang aku mula-mula aku cari untuk aku bercerita.
Dia kawan yang selalu ada waktu aku perlukan nasihat..
Dia kawan yang mula-mula aku cari untuk kongsi idea nakal aku.
Dia kawan yang aku mula-mula cari untuk tanya pendapat.
Dia kawan yang aku cari bila aku mula berkenalan dengan seseorang.
Dia kawan yang aku cari bila aku perlu membuat pilihan dalam hidup.
Dia kawan yang aku cari bila air mata aku laju mengalir dekat pipi..
Walaupun dari jauh, dia pasti dpt kesatkan air mata aku.. Dia tak cakap banyak. Dan dia jugak takkan bagi nasihat yang bersopan santun untuk telinga aku nak dengar.. Tapi dia akan cakap apa yang telinga aku perlu dengar. Memang itu apa yang kita perlukan dari seorang kawankan? ^_^v

Aku? Aku bukanlah kawan terbaik dia..Dan aku selalu gagal jadi yang terbaik untuk dia...Dan aku selalu kena sound direct dengan dia bila lama tak call dia sebab pada dia aku tengah bergembira dengan kehidupan aku..Pada dia..Dia cuma dengar suara aku bila air mata jadi peneman aku..Aku memang kawan yang gagal secara total..

Pink..Mak ko selalu cakap...Ayah aku sayangkan mak aku...Aku doakan.. Fendi sayang dekat kau macamana sayangnya ayah aku dekat mak aku ye.. ^_^v

Ok cukup sesi pengenalan siapa Ppink dimata aku... Jom tengok gambar jom..









Aku jadi pengapit Ppink..Tolong lap peluh..Tolong cantikkan mekap..Tolong kesatkan air mata...Air mata dia masa pelukan terakhir tu?Dia kesat sendiri sebab aku bz kesat air mata aku...kuikui...

Boleh tak siapa-siapa bagitau dekat aku, apa kesan jadi pengapit tiga kali???????!!-_-"

nota kaki : entry ni dibuat sehari selepas ppink kahwin..tapi hari ni baru berkesempatan nak publish. Niat nak tambah byk lagi gambar..Tapi intenet slow sgtlah...

Saturday, November 13, 2010

Barangan Terbaru di Nas Butik!



Salam.. ^_^

Selamat singgah di butik saya nanti.. Nas Butik kali ni menjual Jubah Kontemporari dari Habibi. Jubah ni dibuat dari pelbagai jenis material.. Ada cotton, dan jeans..Material yang digunakan sesuai dengan cuaca dekat Malaysia ni.. Tak panas dan selesa untuk digayakan pada waktu formal dan tidak formal..

Ok..selamat singgah dan selamat bershopping! ^_^




Friday, November 5, 2010

Ucapan kepada mereka..


SELAMAT HARI RAYA KEPADA

MR SUKU, MR RAJA DAN MANGGAYA...

^_^v


DARIPADA


DAN......


Jangan makan banyak-banyak tauuuuuu....(ucapan dr Rajnikanth)

Monday, November 1, 2010

Jangan hanya dimulut..Di hati lain...Ingat itu semuanya DOA..

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ‘setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.
nota kaki : Setiap apa yang berlaku pada kita untuk kita memuhasabah diri..Mencari apa yang kurang..Membaiki diri apa yang salah..Yakini setiap jalan yang dilalui andai tidak tercapai matlamatnya adalah salah satu cara Allah membawa kita kembali ke jalan yang sebenarnya.. Mungkin matlamat yang kita idam-idam kan adalah satu jalan yang salah di mata Allah walaupun baik dimata manusia.. Yakini Allah akan membawa kita ke jalan yang lebih baik setelah kita memuhasabah diri dan membaiki setiap kelemahan..Bukan menuding jari siapa yang betul dan siapa yang salah...Allah mencintai hambaNya yang bertaubat dan menyesali keaiban diri....

Sunday, October 31, 2010

Terapi ala aku..

Assalamualaikum..(Jawab..Tak jawab dosa...kihkih)

Kenapa susah sangat nak update blog....

1. Konon2 bz stadi sebab tengah musim final..Padahal dalam 24 jam sehari, adalah 5 minit je stadinye. Tak berubah dari dulu!!!!

2. Sebab dekat opis dengan dekat rumah intenet slow tahap+tak+membantu+nak+upload+gambar....!! Tak best la duk ngomel2 pastu takde gambar.. (ke alasan je nih -_-")

Haaaaa...Tulah sebabnya kenapa malas nak update..Tapi dekat kepala ni macam-macam nak cerita. Contohnya, resipi pie daging yang yumm yumm yummy.. Opismate ajar. N aku dah buat 3 kali sebab dah 3 kali ngidam..Korang tengok la resipi dia nanti n taulah kenapa jarum penimbang aku asyik nak gerak ke kanan je.. T_T

Kenapa aku rajin pulak masak nih???Selalunya jangan harap la nak ke dapur.. Nak tau kenapa?Nak tau? Haaa...Tulah aktibiti orang yang malas baca buku.. Asal mud baca buku sampai..Mud masak pun sampai..Mud baca buku sampai..Mud makan pun sampai... Teruk betul!

Ingat lagi dulu..Aku masak nasik goreng pukul 1 pagi.. Tengah-tengah masak housemate aku yang tengah stadi tegur.. "Nas...Nas malas stadikan??" Hahahaha!!Okei..Kantoi di situ -_-"
Pernah jugak aku masak untuk makan tengahari padahal pukul 2.30 jap lagi ada exam..Perasaan aku?? Badan busuk bau bau bawang..Sila pergi mandi sebelum exam!

Ok2...Terus terang la..Memasak adalah salah satu terapi...Betul ni...Tak tipu.. Ala-ala tension je kan..Pergi la dapur masak.. Tak ke terapi bila kita rasa nak ketuk kepala orang kita ketuk je sudip tu dekat kuali..Orang tak tau kita tengah lepas tension.Dia ingat kita tengah eksaited masak.. Ala-ala rasa tak boleh jawab paper jap lagi, g tumbuk cili bayangkan tengah tumbuk kertas soalan tu bagi lunyai..BETUL NIIIIII SILA BUAT!!

Lagi satu terapi...SHOPPING!!! Fuuhhh!!heaven! Lepas habis exam ni insyaallah dah terbayang-bayang dah dekat mana nak ngabehkan duit.. Terapi ke bila duit habes?JANGAN LAH HABESKAN SUME DUIT! Sila jimat cermat -_-" Pastikan anda ada akaun yang terkunci rapi.. ecceh.. ^_^

Terapi yang akhir sekali....Tulis blog..Tengok2! Budget nak bangun awal hari ni nak stadi..Dah duduk ngadap laptop ni sejam!!!!Nasrina!!!Pegi stadi!!!!!!

nota kaki: Orang nak stadi sebok nak stadi jugak....Tapi takpe..Sekali dah dua tapak ke depan..Jangan undur setapak ke belakang..\0/

nota kaki 2: Doakan aku dapat jawab pekse dengan baik ye..^_^

nota kaki 3 : Baca lah dulu entry2 ilmu yang aku kongsikan ye kalau aku tak update entry bebel.. ^_^




Saturday, October 30, 2010

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam…


nota kaki: Terasa seluruh badan jadi sejuk, hati rasa sayu dan syahdu.. Layakkah aku diberi keistimewaan spt akak yg dlm artikal dibawah? Sedang kesabaranku hanyalah Setipis sehelai rambut… Ya Allah, andai aku tidak diberi peluang bertemu Rasulullah dlm mimpi, berilah aku peluang untuk mendapat syafaat insan terpuji yg sgt aku rindui dan sayangi. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, sahabat dan seluruh ahli keluarga baginda…


sumber

Saturday, October 23, 2010

Kisah Monyet dan Angin

tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.

mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.

kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.

akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.

tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...

ehh..nanti dulu...hehe..tau tak apa pengajaran yang ingin disampaikan dalam cite ni? ini bukan sekadar cerite tapi mempunyai makna tersirat.

sebenarnya kisah di atas ini mempunyai kaitan yang sgt2 rapat dengan kita sebagai manusia. hidup kita penuh ujian bukan? haa..jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita. stuju dengan saya?

kita selalu akan kembali kepada fitrah, iaitu kembali pada Allah bila kita menghadapi kesusahan bukan? tapi berapa ramai antara kita yang mengingati Allah ketika kita dalam keadaan senang lenang? tak ramai...tak ramai. bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita. malah lebih sayang pada kita. kerana Dia sentiasa menunggu2 hambaNya meminta2, merayu2 pada Dia.

semakin banyak ujian/mehnah yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.

Firman Allah:Sesungguhnya, orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Al-Fussilat 41:30)

Friday, October 22, 2010

Petua Mencuci Hati

Dah lama tak kongsikan benda-benda yang baik dengan korangkan..^_^ Kalau tengok penubuhan awal (poyonye) blog ni..Aku selalu kongsikan benda-benda yang baik dekat blog aku nih.. Ok...Jom berkongsi.. ^_^

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Saturday, October 2, 2010

Tempat Kerja Saya!(dan BuBu Saya)

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas ada jamuan hari raya dekat Kem Sungai Besi..Anjuran staf-staf aku..Secara tak langsung kitorang jadi host untuk majlis ni..Alhamdulillah..Majlis ni berlangsung dengan jayanya..lebih 100 orang yang datang..Dari client, kakitangan dari hq, kem-kem yang lain..Dan ramai lagi..Simple tapi meriah..

Alhamdulillah..Kakitangan kem aku ni pun sangat2 bekerjasama untuk majlis ni..Semua pun bz dengan tugas masing-masing..Tugas aku?Layan tetamu dengan VIP...(ok..tugas ni pun aku diajar cara-cara melayan nya..Takleh nak lari-lari..Kena paksa layan..sebab aku memang tak reti layan orang..Ye..Aku memang hampeh -_-") Tapi best..Tambah lagi satu ilmu ^_^v

Ok..Jom tengok gambar...Kalau nampak gambar ala-ala gedik..Buat tak layan je la eh...(Tengah jakun tengok..Asal aku kurus nih??!!!)ok..ke perasaan aku je..-_-"
Sebenarnye aku dengan TA aku(duduk sebelah aku) je perempuan dekat kem ni yang lain tu tetamu yang datang lambat n join skali bergambar untuk staf kem sg besi =p

Tadaaaaaa!!!Memperkenalkan!!! My BuBu!!\0/
Alhamdulillah..Telah menambahkan satu aset dalam hidup aku..Ok2..Dah lambatkan beli kereta umur 26 tahun.. Takpe lah..Janji ada =p Kakak aku yang paksa beli kereta. Dia yang uruskan dari booking, bayar deposit, tempah warna (kalau aku kompem pink!) dan seterusnya..Aku? tandatangan je..hee..Kalau harapkan aku..Lambat lagi kot beli..hehe

Tadaaaaa...Okei BuBu..Salam dengan semua orang cepat...!



Target dapat sesuatu yang lebih berharga untuk masa umur 27tahun...Dapat kereta 2010..^_^ My Besdei? 27/1 ^_^v My fav number 2 dgn 7... ^_^v


Thursday, September 30, 2010

Berpisah dan Bertemu..

Malam tadi pergi Open House rumah salah seorang ahli jemaah umrah kitorang haritu.. Baru lah tau makcik ni Ahli Majlis Selayang rupanya..Tak tau pun..Padahal muka dia merata-rata dekat banner..Yela..Selayangkan..I tak tinggal situ...=p

Alhamdulillah boleh dikatakan separuh dari ahli rombongan yang datang.. Rasa rindu dekat Makkah dan Madinah makin menjadi-jadi bila semua cerita diingatkan semula... Ya Allah...Murahkan rezeki aku untuk kesana lagi....

nota kaki: Alhamdulillah..Allah dah permudahkan satu jawapan dalam hidup aku..Dalam dua bulan aku balik dari umrah..Persoalan dan teka teki 4 tahun berjaya dirungkai...Tak kiralah dari pihak mana jawapannya diterima.. Tapi satu keputusan telah dicapai..Alhamdulillah... Allah beri aku hati yang sangat-sangat redha dengan segala ketentuan...Walaupun kadang-kadang tertanya-tanya tentang sesuatu.. Hati aku tetap meyakinkan... "Nasrina...ini lah lagi satu pelajaran dalam hidup dekat dunia yang penuh lakonan,dugaan dan cabaran ni.."



Tuesday, September 28, 2010

Mencari Cinta Yang Terang...

Dalam mencari cinta..
aku temui panggilan CINTA abadi..
cinta yang takkan mengecewakan..
bahkan membahagiakan..
air mata darinya bukan air mata kekecewaan..
bahkan air mata keinsafan dan kehambaan..
berkongsi mencintaiNya..
bukan sesuatu yang menyakitkan..
bahkan menggembirakan..
Cinta yang tiada sempadan..
tiada halangan..
cuma harapan..
dibalas dengan keredhaan..
terimalah cintaku..
amin..amin..Ya rabb..



Thursday, September 23, 2010

Diam Membuahkan Hasil...

Assalamualaikum...

Fuuhhh...Sangat rindu dekat blog ni...Blog ni la penawar hati suka dan duka... Kesian pulak tengok lambat je pergerakan entry2nya disebabkan kelembapan tuannya...Sori ye blog..-_-" Ehh..Sori ye kepada yang sudi membaca blog yang bercampur-campur ceritanya ni.. ^_^

Ada sesuatu yang aku nak kongsikan... Berat aku dah turun 5.2kg!!\0/ Alhamdulillah...Berat sekarang dah 59.6kg \0/ Target sebenar 56kg..Untuk ke 56kg, aku taktau lah mampu ke tak..Sebab yang nak ke berat ni pun aku telah mengorbankan 'sesuatu'..

Nak bukti ke?Taddaaaaa....

Jun 2010

September 2010

Baju-baju semua dah longgar..Seronok gila dah tak yah risau-risau baju ketat sana ketat sini...Baju-baju lama dah boleh dipakai balik..Tak payah risau nak kena beli baju baru sebab asyik tak muat..Atau paksa jugak pakai baju-baju lama walaupun sendat.. Yey!!\0/ Doakan aku dapat kekalkan imej berbaju longgar ni ye.. ^_^v


nota kaki: Nasrina akan berusaha untuk bergiat aktif kepada blognya semula...

nota kaki 2: Nasrina sedang dalam proses melatih diri bersabar dan membaiki segala kesilapan diri... Ya Allah..Maafkan dosa hamba Mu ini yang sentiasa berjanji tetapi gagal menunaikan janji-janji nya... Banyaknya dosa aku...Banyaknya dosa aku...




Thursday, September 16, 2010

Ketenangan Hati~

Friday, August 27, 2010

AKU...


Saturday, August 21, 2010

Dapdadiduuu~

Dah pukul 130 pagi..tak dapat tido...Akibat dah tido berlebihan..kehkeh... Bukak buku nak stadi sebab minggu depan ada test..Tapi taktau kenapa tangan aku capai laptop..Adehh..

Tadikan..Tengahari, setelah sekian lama tak jalan-jalan dekat Jalan TAR.. Baru aku tau dah banyak yang berubah..Eceehh..takdeklah banyak pun..Cuma pintu masuk lrt dekat stesen Masjid Jamek tu dah baru..Lagi satu..Banyak nye blouse!! Adeh..Meleleh nengoknye..Mujur la ada saki baki duit gaji ni..Dapat lah beli sehelai dua menambah stok yang sedia ada.. Comel..Lengan panjang n labuh sampai bawah punggung n corak2 yang cantek manis dan cute miut...

Aku rindu kapten!!Uhuk uhuk...Kapten..Ko tau tak takkan ada aktiviti berbuka puasa tahun ni dengan Nakama tanpa kehadiran Kapten?Kapten aku tau ko hepi dekat sana walaupun ko terpaksa berpuasa dengan waktu yang lebih panjang dari dekat Malaysia ni.. Aku akan kumpul duit!!Nak g tempat ko..Tapi aku tau, baik aku kumpul duit kawen dari aku kumpul duit g sane bak kate ko...Uhuk uhuk~

nota kaki: Rindu kekasih gelap jugak...Nak yang terang!Nak yang terang!!(ok gile..)




Thursday, August 12, 2010

Dah Update!

Series..Sangat nak update blog...Tapi hati tengah gundah gulana..Tengah banyak yang nak dipikirkan..Semuanya masalah negara..Kisah perkahwinan 3 orang kawan aku tak update2 pun lagi..3 minggu berturut-turut aku pergi wedding orang..(Wedding aku ntah bila-bila) Takpe-takpe..Masih cool lagi dengan status Si Single Yang Nak Merayap Satu Dunia Sampai Habis Duit Bila Nak Kawen Baru Terlopong Cari Duit...Okei, wujud ke status tu? -_-"

Apa yang aku gundah gulanakan? Macam-macam... Tapi biarla di simpan didalam hati ini.. Ceritakan yang baik-baik dan yang bahagia aje kepada dunia..Eceehhh.. Bukannya apa.. Kita hidup dekat dunia ni memang banyak masalahnya.. Tapi kalau itu je yang kita nak bicarakan.. Kita akan lupa kegembiraan dan kebahagiaan kita..Betul tak?Betul tak?

Yang penting...Masalah datang bertalu-talu bila datangnya Ramadhan. Alhamdulillah..Stressnya tak melampau sangat..Kenapa eh?Sebab setan kene ikat ke? Sebab nafsu makan berkurang jadi perut rasa ringan dan nak pikir masalah pun tak larat? Ke sebab bulan ni bulan penuh keRahmatan..Bulan ketenangan..Bulan mengajar kita erti REDHA dan TAWAKAL dengan QADA' dan QADAR..

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersaba bermaksud:"Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman,'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku akan mengampuninya'"

Bukan ke sepertiga malam terakhir tu waktu kita bersahur? Jom semua..Kita bersolat dan doa kepada Allah mohon keampunan dan rezeki dimurahkan..Rezeki Jodoh, anak, pekerjaan, dan macam-macam lagi..^_^ Insyaallah.. ^_^


nota kaki: Entah bila aku berjaya berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.. Aku insan yang hina dan lemah dalam segala sudut.. T_T


nota kaki 2: Rindu dekat Pak Long.. Adik doakan Pak Long sentiasa tenang dekat sana...



Monday, August 9, 2010

Mengharapkan Doa..

Doakan aku..Doakan aku...Doakan yang terbaik untuk aku....


Monday, August 2, 2010

Takziah buat Aiza

Takziah buat Aiza yang kehilangan Yayie (atuk) nya pagi semalam.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..Al-fatihah...Semoga Aiza dan keluarganya tabah hadapi kehilangan orang yang tersayang..

Monday, July 26, 2010

Kenduri Kawen

Sabtu ni ada kenduri kawen...Gemuk..Takdek mud nak pergi...Asal makin meriah kilang lemak nih...

Nak pergi
Taknak pergi
Nak pergi
Taknak pergi..


Baju apa yang bile kita pakai, akan menunjukkan kita kurus?emm...

Ngantok lah!

Nota kaki: Perlu ke entry ni???? Nasrina, sila jangan bazirkan masa orang baca!!Sori sori -_-"



Friday, July 23, 2010

MALAS~

LEMAU
..
..
..
..
..
LEMAU
..
..
..
..
..
LEMAU




AKU MACAM BISKUT ARINI...BUKAN BISKUT YANG MASUK ANGIN..TAPI BISKUT YANG DAH KENE CELUP DALAM AIR..... -_-"




Thursday, July 15, 2010

Pengalaman Yang Mengujakan!!

Assalamualaikum
Apa la agaknya aktiviti yang mengujakan aku seumur hidup yang aku ada sebut dalam entry sebelum ni..Aktiviti tu adalah.... NASRINA PERTAMA KALI MENEMBAK MENGGUNAKAN PISTOL!!!

Wahh!!Sangat teruja!!!! Unit aku dekat opis ni adalah menyelenggara kem-kem tentera dekat Wilayah KL ni.. Aku dipertanggungjawabkan untuk jaga Kem Sungai Besi dengan Kem Kinrara.

Minggu lepas, client aku dari Kem Sungai Besi jemput team aku untuk menembak. Diorang dah sediakan satu tarikh dan masa untuk entertaint kitorang menembak..Sangat best!! ^_^ Ingatkan diorang buat jemputan ni sempoi-sempoi je..Sekali dengan khemah, sarapan dengan makan tengahari bagai.. Dan orang-orang yang dijemput selain dari kitorang??Takdek!!haha! Kitorang diberi peluang untuk menembak sampai puas..Sampai habis peluru berkotak-kotak..hee..

Kali ni kitorang diberi peluang untuk menembak gunakan pistol Glock jenis automatik. Mula-mula aku pegang pistol, menggigil satu badan..Tembakan pertama..Tembakan kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam..Fuuhh!!!Habis!!Lega rasanya...Pergi-pergi je tengok papan sasaran tu..Wah!!! 2 peluru kena tepat tengah2! Dan yang balance nya semua still kena board..Takde pun yang terkeluar dari papan tu..Suka!Suka!!\0/

Lepas dah buat aktiviti cuba-cuba menembak untuk hilangkan gigil dan geli geleman dekat tangan..Bermulalah Pertandingan Menembak! Aku dapat nombor 4 daripada 11!!!Hip hip hurey!!!\0/

Tapi untuk acara jatuh piring, aku dapat nombor last..haha!Tapi masa latihan untuk jatuh piring nih, aku dah jatuh kan 5 piring untuk 5 kali acara cuba-cuba..Bila pertandingan..Hampeh..Satu pun tak jatuh..Elleh..Saje nak bagi aku kalah la tu.. =p

Okei..Jom tengok gambar ^_^

Kontrol target...Kontrol Target...Kedebabom!!!Belajar skill menembak dengan otai ^_^ Yippiee!!!Semua peluru terkena!!\0/

Bukti nya! Haa...Korang ingat aku reka citekan?kan?
Tengok!Tengok! Jarak 20m ni...


Sila besarkan gambar ini bagi yang tak percaya saya dapat no. 4 Inilah barisan kita~Yang iklas berjuang~

Best sangat!\0/ Bukan semua orang dapat rasa pengalaman ni..Ada staff aku dah kerja puluh tahun..Belum ada rezeki lagi client panggil untuk menembak..Alhamdulillah.. Aku diberi peluang...\0/

Terima kasih kepada abang-abang ashkar yang membantu saye menjadi superwoman pada hari itu... ^_^v


Nota kaki: Apa lah lagi pengalaman yang bakal aku dapat sepanjang dekat JKR ni..^_^
nota kaki2: Adakah kah aku ada bakat jadi perompak???


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails