Thursday, March 20, 2014

Resipi : Masakan Siput Lala

Assalamualaikum..
Lama pulak rasanya tak update resipi dalam blog ni.. Ecceh.. Ada rasa macam chef hebat pulakkan konon macam masakan sedap..Haha. Eh tapi aku rasa sedap..Aku tengok habis je tiap kali aku masak.. Sedap la tu kan? Haha. Ok2.. Korang boleh cuba je resipi2 yang aku share dekat sini, double confirm yang masakan aku sedap..supaya aku tak perasan sendiri.. Hihi.. :p
Haritu.. Emm.. Dua tiga minggu lepas jugak aku rasa ni.. Kitorang pergi Pasar Tani dekat Taman Melawati.. Hari Sabtu.. Ada satu gerai ni.. Memang fresh makanan laut dia.. Udang, sotong, macam-macam jenis siput ada.. Semua fresh.. Aku kalau teringin nak makan makanan laut memang beli dekat gerai ni.. Masa tu aku beli udang dengan siput lala.. Tengok cantik je.. Dah lama tak makan siput lala.Teringin pulak. Hehe..
Balik je rumah, macam biasa terus call mak aku mintak resipi.. Masakan mak masakan terlazat dekat dunia ni.. Perlu dipelajari dan ditiru bulat-bulat.. Dapat je resipi, laju-laju terus masak... Alhamdulillah tak perfect macam mak masak tapi dah nak hampir-hampir sama.. Hehe..
Meh aku share resipi.. Mudah dan ringkas sangat..
Bahan-bahan
Siput lala - semangkuk besar( basuh dgn air garam)
Bahan2 utk Sambal
Cili kering - 10 tangkai diblend halus
Bawang besar - sebiji (blend)
Bawang putih - 3 ulas (blend)
Halia - suku inci (blend)
Serai - 1 batang diketuk
Cili sos - 3 sudu besar
Tomato sos - 1 sudu besar
Cara2
1. Masukkan semua bahan yang dah di blend halus dalam kuali dan di tumis sehingga masak..
2. Masukkan serai
3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili sos dan tomato sos.. masukkan sedikit air jika nak berkuah..
4. Bila dah masak sambal nya, baru masukkan siput lala yang dah dibasuh bersih.. Masakkan sekejap je.. sebab taknak nanti terlebih masak siput lala tu..
5. Siap!!! Boleh dihidangkan dengan nasik panas..Nyum nyumm..heh
Selamat mencuba ye.. ^_^
Kalau dah cuba resipi ni, share lah dekat sini sedap ke tak.. Hihi..

5 comments:

  1. tgk gambar jer dah tau sodap..
    ini kalau ratah ni mmg x sedar abis sepinggan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nas, wahh sedapnya. sheila belum pernah masak lala ni. hehe pernah makan tapi nak masak seafood tu malas sket ~~~

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum,Nas..Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 di atas perkongsian resepi tersebut,sebab saya sudah mencubanya..Ternyata memang sedaplah...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat sharing dengan ramai orang.. tq sebab mencuba.. ^_^

      Delete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails