Wednesday, July 31, 2013

Menangani Komplen

Assalamualaikum...

Hee... Dah tukar background blog ni.. Asek kene komplen je terlalu berbunga-bunga dan sakit mata bila baca tulisan putih background hitam.. Selama ni hati kental buat tak layan.. Tapi tiba-tiba insaf...Kita selaku tuan rumah a.k.a tuan tanah, perlulah melayan tetamu dengan baikkan? Jadi, ini lah wajah terbaru blog ni.. Semoga senang untuk dibaca tiada sakit mata lagi..Haha

Cuma satu lah bila dah tukar background ni.. Nak cek balik ada tak entry2 lama yang aku tukar2 warna tulisan dia.. Mana tau, entry tu tak boleh dibaca.. Alahai...

Okei.. Nak jalan-jalan tengok entry lama jap... Tata.... Selamat Berbuka dan Menjalani Ibadah 10 Ramadhan Terakhir...^_^v

Wednesday, July 24, 2013

Begedil Ikan

Assalamualaikum..

Ni aku nak cerita pasal kitar semula makanan. Bulan-bulan puasa ni, selalu lah berlebih makanan walaupun rasanya dah kurang kan kuantiti tiap makanan yang dimasak tu. Selalu kalau tak habis, simpan dalam peti sejuk dengan harapan esok panaskan n makan balik. Memang tak lah kan.. Esok tekak kita nak makan makanan lain pulak..

Dalam famili mak aku, Mak Long aku antara chef yang terhebat. Nasik Lemak dia perghhh sedap giles. Mak Long aku selalu buat hari sabtu je nasi lemak. Dulu selalu lah aku buat-buat datang hari sabtu rumah Mak Long dengan harapan boleh cilok sket nasi lemak tu. Haha! Ok, berbalik kepada kitar semula makanan. Selain daripada nasi lemak, masakan mak long aku ni memang sedap-sedap. Tapi, sila jangan tanya resipi... Sebab selalu makanan kitar semula yang di campur dengan bahan-bahan yang fresh. Karipap ke, murtabak ke.. Nyum nyum! Yelah... Kadang-kadang, ada sesetengah makanan tu, bila makin lama kita simpan makin sedap. Makin berasa.. Cewahhh.. Macam terer je aku becakap... Mak Long,nak nasik lemak.. (Tetibe..Kehkeh)

Okeh, kisah aku pulak...Aku tengok, banyak benau makanan yang dah disejukkan dalam peti ais rumah aku ni. Dan kebanyakan nye ikan. Ada ikan kari, ikan masak lemak, ikan goreng. Aku adalah rasa geram tengok. Kang buang kang!Arrrrr... Kan dah garang... Kalau mak aku memang takdek makanan semalam yang disejukkan balik ni. Kecuali kalau dalam kuantiti yang banyak. Kalau sikit sikit, ke perut kucing la jawabnya... Itu yang buatkan aku tak biasa nak makan makanan yang dah dua kali dipanaskan ni...Menu yang sama, dah masuk peti ais lepas tu dipanaskan semula.. Tak lalu sangat lah.. Huhu..

Melihat ikan-ikan sejuk tu, aku pun teringat lah Mak Long aku... Nasrina, sila lah kreatif seperti Mak Long anda... Pikir punya pikir. Maka timbullah idea untuk buat begedil ikan. Telipon mak dulu mintak resipi nak buat begedil. Kihkih... Akhirnya, jadilah begedil ikan kitar semula.. Yey!!

Bahan bahan nya

Lebihan ikan kari, ikan masak lemak, ikan goreng dari pelbagai jenis ikan.haha!
Ubi kentang 2 biji
Bawang besar 2 biji
Bawang putih seulas
Telur


1. Goreng kentang sampai garing sikit.
2. Goreng bawang sampai garing betul. ( ini yang bagi perisa dekat bergedil tu)
3. Blend kan kentang dan bawang. Guna blender kering tu tau. Blend sampai lumat. Keluarkan letak dalam bekas
4. Blend kan segala jenis ikan tu. Ambil isi je tau. Blend sampai lumat jugak. Lepastu masukkan dalam bekas tadi.
5. Gaulkan semua bahan.
6. Bentukkan jadi bulat leper.
7. Celupkan dalam telur yang dah dikacau.
8. Nak dapatkan salut telur yang bersarang tu? Pastikan minyak betul-betul panas ...
9. Siap, ambik gambar!


Mana Aisyah masa semua orang berbuka puasa?

 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada dalam stroller..kihkih..


Ok, sekian...

Tuesday, July 23, 2013

Memilih Tembikai Yang Manis dan Sedap

Assalamualaikum...

Semalam duk baca-baca post yang orang share dekat Facebook. Jumpa info yang sangatlah bagus ni. N harap-harap betullahkan info ni. Hehe... Cara nak pilih tembikai yang manis dan sedap. Aku tak suka kalau tembikai yang isi dia banyak sangat biji lepastu macam berhabuk.. Huhu.. Jadi, info ni sangat berguna untuk aku. Walaupun aku memang tak pernah pun beli buah sendiri. Memang tak pandai pilih apa jenis buahpun. Kihkih... Satu hari nanti bila kena beli buah sendiri, aku dah tau lah nantikan.. Hee

Ingat lagi dulu, ayah aku kalau beli tembikai mesti suruh orang jual tu tebuk tembikai tu..Ala yang potong 3 segi tu. Tapi skarang aku tengok ayah aku dah tak suruh dah tebuk-tebuk tembikai ni. Ayah aku letuk-ketuk je tembikai tu dah tau tembikai tu sedap ke tak.. Terer terer... Ok, kepada kita yang tak terer sangat apa bunyi yang sepatutnya nak didengar masa ketuk ketuk tembikai tu, marilah kita ikut info ni...

Nah aku share gambar. Sharing is caring... ^_^

Friday, July 19, 2013

Resipi Penghibur Hati

Assalamualaikum

Harini nak share resipi penghibur hati aku. Entry resipi untuk menu berbuka tak siap-siap.Hehe... Ni lah resipinya....Senyuman Aisyah.... Tengok senyuman manis Aisyah ni hilang lapar n dahaga aku...^_^v





Wednesday, July 17, 2013

Selimut Abah


Hi! Nama saya Aisyah... Mesti dah banyak kali baca pasal saya dekat dalam blog ni kan? Mak saya tengah masak dekat dapur. Jadi, harini biar Aisyah yang bercerita... ^_^ Eh lupa.. Assalamualaikum... Hehe..

 
Tapi... Emmm.. Nak cerita pasal apa eh...  Ha! Nak cerita pasal selimut abah lah... Saya suka sangat kalau mak saya balutkan saya dengan selimut abah saya ni. Sejukkkk... Wan kata, dia jahitkan selimut ni untuk abah masa abah dekat USM dulu.. Dah nak dekat 10 tahun dah selimut tu. Sebelum saya tunjuk selimut tu, meh saya cerita dulu pasal gaya tidur saya yang selalu buatkan mak saya risau nak tinggalkan saya sorang-sorang tu...

Adui..Malu pulak nak tunjuk gambar ni. Mulut saya tengah terbukak. Masa ni saya tengah tidur nyenyak sangat. Mak selalu kata kalau nak tau saya tengah nyenyak sangat tu, mulut saya terbukak.Hihi..

Macam-macam cara mak dah buat. Tak kiralah mak letakkan saya dekat bantal rendah ke....

Bantal tinggi ke.. Saya tetaaappp nak tido mengiring. 
 
 Walaupun masa saya mamai-mamai tu mak saya tidurkan saya terlentang... Saya tetap akan berpusing sendiri... Macam-macam cara mak nak bagi saya tidur statik. Beli bantal berlubang dekat kepala pun pernah. Tapi saya tak suka tidur pakai bantal tu.. Tak best...


Last-last mak buat penahan pakai bantal peluk dekat bawah tilam saya.. Susah lah jugak saya nak berpusing kalau makbuat macamni... T_T (tiru gaya nangis mak.Hihi)

Kadang-kadang mak nak tidurkan saya meniarap... Tapi saya tak boleh la nak tidur meniarap.. Dari saya mengantuk, saya terus rasa nak main, nak eksesaiz.. Tinjau kiri..Tinjau kanan... Seronok jugak tengok dunia dari sudut ni. Kehkeh.. Taknak la mak... Aisyah tak nak tidur meniarap.. Aisyah nak mengiring jugak...

Ok.. Kalau mak taknak Aisyah tidur mengiring...Mak selimutkan Aisyah dengan selimut abah.. Selimut tu sejuk, berat.. Lena Aisyah tidur.. Rasa macam kena peluk je...


Haaa.. Ni lah selimut abah..Sedap tau saya tidur pakai selimut abah ni...
Buktinya, saya tidur sambil senyum...^_^v  (tangan mak asyik ada kamera je ke?) Kalau mak tidurkan saya pakai selimut ni, mak tak payah nak jenguk-jenguk banyak kali. Insyaallah Aisyah akan tidur lena dengan senyuman. (macam lagu mami poko pulak)


Ok! Sekian cerita dari saya Aisyah..Assalamualaikum..Tata  ^_^


Tuesday, July 16, 2013

Butter Prawn Lagi..

Assalamualaikum...

Harini masak Butter Prawn untuk buka puasa. Entry resipi Butter Prawn dulu tak letak gambar. Letak gambar yang dapat dari Google. Ok, ni yang aku masak sendiri tadi. Selamat Berbuka ^_^

Monday, July 15, 2013

Ketam Masak Cili Bertelur

Assalamualaikum.

Ada satu entry yang aku tak buat dulu. Entry hari ketiga dekat Penang. Entry hari pertama, hari kedua dah buat dah. Tapi malas lah nak sambung. Dah lama sangat.Hehe.. Aku nak cerita pasal makanan yang sangat sedap kitorang makan malam tu. Kitorang pergi makan ikan bakar. Idrus Ikan Bakar. Memang terbaik. Semua makanan laut dia segar segar. 

 

 Time aku pergi sana, aku tengah mengandung 4 bulan. Memang masa tu apa aku nak, semua famili aku oder je. Aku nak makan ketam. Sepinggan besar tu, aku paling banyak makan. Memang sangat sedap..Kihkih

 Nilah ketam yang aku makan haritu..Nampak pun dah tau sedapkan?

Tiba tiba semalam, teringin lagi nak makan ketam. Jadi, request dekat Shahril untuk beli ketam dekat pasar tani. Sambil sambil tu duk la pikir apa la resipi ketam yang aku makan kat penang tu agaknya. Apa bahan bahannya. Kompem la aku tak tererkan..Huhu.. Jadi, search je lah kat internet. Amek sana sikit, amek sini. Kebetulan Ketuk-ketuk Ramadhan semalam Shiela Rusly tunjuk cara masak ketam black pepper. Cilok idea sikit. Tapi masa search internet, yang lebih menyelerakan aku adalah ketam belada yang digaul dengan telur... Jadi, aku buat keputusan nak masak Ketam Masak Cili Bertelur. Tiba-tiba Ketuk- ketuk Ramadhan harini jemput Memey, dia masak masakan yang sama...Hehe..

Ok.. Ni resipi yang aku buat semalam. Resipi cuba jaya. Tapi aku bagitau bahan je eh.. Aku main hentam je lah banyak mana setiap bahan tu.. Huhu.. Tapi, yang aku tau, setiap masakan kalau lebihkan bawang dengan bawang putih adalah sangat sedap hasilnya nanti.. ^_^

Bahan bahan

Mentega
Ketam
Air rebusan ketam (sok ketam)
Cili kering dan cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Limau nipis
Cili sos
Telur
Daun kari ( taknak pun takpe)
Garam
Gula

Cara cara

1. Mula mula rebus ketam tu dulu sebab kita nak guna air rebusan tu nanti. Aku pilih untuk rebus. bukan goreng ketam ni sebab ketam, kalau kita goreng rasa macam tak puas makan isi dia nanti.

2. Blend halus cili kering, cili merah, bawang,bawang putih dan halia. Tumiskan. Aku tumis dengan mentega. Nak bagi rasa lemak masin.

3. Masukkan stok ketam. Lagi banyak lagi sedap.

4. Bila dah nampak masak bahan bahan yang kita tumis tu, perah sikit limau nipis, masukkan gulla dan garam.

5. Masukkan cili sos.

6. Masukkan telur. Kacau bagi sama rata.

7. Masukkan ketam.

8. Masukkan daun kari. Yang ni, taknak pun takpe. Aku saje je masukkan konon nak bagi rasa lain sikit. Hehe

9. Siap! Amek gambar..Hehe..


Ok, itulah resipi masakan ketam aku. Hehe... Rasa dia? Alhamdulillah.. Walaupun first time buat n tak dapat nak rasa sebab puasa, boleh tahan sedap jugak. Masa makan tu Shahril kata "Sedaplah habuk-habuk dia ni.. " Habuk??Habuk pon habuk lah.. Janji aku dengar perkataan sedap dekat depan tu.. Haha! Siap dia tanya aku resipi.Shahril tak tolong masak.Kena jaga Aisyah.Tapi, bahan-bahan yang nak diblend, cuci ketam, rebus ketam. Semua dia yang buat. Aku tinggal nak masak bagi jadi je. So, dia tak tau apa aku masuk dalam kuali tu. Kihkih..





Yeeeee... Aku tau rupa tak sama macam ketam yang aku makan dekat Penang tu.  Tapi jadilah menghilangkan ngidam aku nih..Hehe. Apsal tak sharp gambar nih? Adehh..


Ok..Sekian...Maaf jika membuatkan korang terliur di Bulan Ramadhan ni..Huhu...

 Selamat Mencuba ^_^v
 

Friday, July 12, 2013

Jaundice @ Sakit Kuning

Assalamualaikum

Aku tak pernah update dalam ni cerita pasal Aisyah kena jaundice/ sakit kuning awal kelahiran dia hari tu kan? Meh aku cerita meh..

Aisyah lahir hari Jumaat. Hari sabtu aku dah boleh keluar wad. Hari Isnin dalam tengahari, nurse dari Klinik Ibu dan Anak datang nak cek aku dengan Aisyah. Masa tu nurse detect Aisyah ada kuning. Cara dia, dia tekan kulit Aisyah dekat area dahi, dada, tapak kaki dalam kiraan lima macamtu, warna kulit jadi warna kuning. Nurse suruh bawak Aisyah pergi Klinik Kesihatan petang tu jugak.

Bermula lah kisah pedih dan sayunya hati aku ni bila tiap tiap hari tengok Aisyah kena amik darah dekat tapak kaki. Petang Isnin tu, nilai bacaan kuning Aisyah 271. Tinggikan? Doktor suruh datang lagi pagi esoknya untuk monitor bacaan. Cara rawatannya kata doktor, takde cara lain minum susu ibu dengan kerap dalam 2 jam sekali mesti menyusu. Kalau tido, kejutkan.Pastikan jugak Aisyah kerap kencing, berak dan Aisyah kena aktif tak boleh tido je.

Esok nya pergi klinik, Alhamdulillah turun sikit. 269. Sikit jeeeeee... Jadi, kena datang lagi esoknya. Bila datang esoknya, naik balik 274. Esok nya turun pulak 266. Aku tanya dekat doktor, sampai bila aku kena datang. Doktor kata sampai nilai bacaan bawah 150. Ya Allah.. Jauhnya lagi. Lepastu nilai bacaan kuning Aisyah berubah setiap hari kejap naik, kejap tuun. Bila naik, air mata aku ni tak berhenti turun. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Aisyah sangat aktif. Menyusu, tak payah kita nak paksa bagi minum, memang dia kerap mintak. Tido pun tak sangat yang sampai kita kena duk risau dia layu je tak aktif. Kencing berak? Tersangat lah kerap.. Sampai nurse dekat Klinik Kesihatan tu pun kata Aisyah aktif n kuat menyusu sebab sementara tunggu giliran jumpa doktor, asyik la aku menyemak dekat tempat nurse nurse tu buat keje, aku pergi terselit tepi diorang menyusukan Aisyah. Kihkih..

Sampai ada satu haritu, aku dengan Aisyah kena tahan wad dekat unit pedriatik, Hospital Besar Kuala Lumpur. Kena tahan satu malam. Tuhan je yang tau perasaan aku. Dengan Aisyah yang bila kita letakkan bawah lampu tu menangis je. Dia macam takut kena tinggal. Aku kena selalu pegang dia. Bagi dia tau aku ada dekat dia.Wuwuwuwwwwww... Sayu weh ati nih..

 

Mak aku nak datang lawat. Tapi aku tak bagi. Yelah.. Dah la aku tak berhenti menangis.. Sedih,tak tau apa lagi yang aku patut buat untuk kurangkan kuning Aisyah ni. Lepas tu, kalau mak aku datang pun bukan boleh masuk, kena tengok aku dengan Aisyah dari luar tingkap je.. Ahhh.. taknak aku tambahkan kesayuan dalam hati ni... Jadi,mintak mak doa je Allah sihatkan Aisyah cepat.huhu

 
Pandangan dari katil aku. Kalau mak aku datang, tengok dari situ je.. Tak ke sedih?Kan?

Tapi kat wad ni memang best. Shahril boleh teman lama lama. Jadi, takdek lah aku rasa keseorangan sangat. Banyak yang dia bantu aku. Yang paling penting. Bantu dalam menguatkan jiwa aku ni. N bekali kali mengingatkan yang aku kena kuat.. T_T

Alhamdulillah.. Satu malam je kena tahan. Nilai bacaan kuning Aisyah 250 dah boleh keluar.Sebab untuk berat Aisyah, 250 tu dah kira normal bacaan dia. Tapi, tetap kena monitor dekat Klinik Kesihatan. Ishhhhhhh... Jauh lagi tuuuu nak 150.

Dah macam macam cara dah aku buat untuk kurangkan kuning Aisyah. Minum susu kambing memang tahap dua kali sehari aku bagi. Aku bagi campur dengan susu badan aku dalam sesudu. Pagi sekali, malam sekali. Alhamdulillah memang ada penurunan. Tapi sangatlah sedikit.

Apa lagi? Mandikan dengan bunga kuning dekat kedai tabib cina, tak jadi jugak, aku mandikan dengan air daun kucai. Tak jadi jugak, bagi makan anggur hitam. Tak jadi jugak, aku bagi sengkuang cina. Mujur lah perut Aisyah ni leh telan semua benda tak meragam.Kalau tak, haru jugak kan?Jemur bawah matahari? Aiihhhh dah buat jugakkk... Aku tak boleh makan halia, lada hitam, jamu, pati ikan haruan. Yeeee..semua aku dah tak makan. Allah tetap uji aku. Selama 30 hari aku ulang alik pergi klinik, masuk wad, pergi bahagian kecemasan HKL.Semua dah rasa.

Ok, aku kena terima kenyataan kuning ni lambat turun sebab aku, Shahril, n Aisyah berdarah O positif. Setiap kali nurse, n doktor tengok Aisyah aktif, n tanya dekat aku, aku darah apa n bila aku kata O positif semua akan.. Ooooooooo ( sambil buat muka selamba). Kata diorang, darah O memang akan lama sikit hilang kuningnya. Ada sorang doktor je bila aku tanya dia, dia bagi penerangan yang melegakan hati aku. Bila aku tanya, "Kenapa darah O lambat kurang ye doktor?" Kata dia "Sebab darah O ni dia lemah sikit dalam nak menguraikan bilirubin tu. Kalau dah terurai pun, darah O tu boleh makan balik n melambatkan lagi penguraian bilirubin." Ok, cara dia terangkan cukup lah bagi orang yang terer sangat bab medical ni legakan? Kehkeh.. Kalau aku tanya nurse atau dokor lain? Ntah laa.. Memang banyak case darah O dekat sini lama kuningnya,taktau lah kenapa.... Hekelehhh..malas nak terangkan lah tuh...

Ok, setelah lama asyik turun naik je kuning Aisyah ni, doktor dekat klinik kesihatan tu refer kitorang dekat pedriatik lagi sekali. Terus refer dekat klinik. Masa awal yang aku kena wad haritu, duduk bawah lampu. Kali ni tak duduk bawah lampu dah tapi kena amik air kencing n 3 botol kecik darah Aisyah. Tang nak mengambik air kencing Aisyah memang menguji skill jugak lah.. Yelah.. Nak menunggu dia kencing.. Macamano? Dah la pakai pampers. Emmm.. Aku pun try n error. Aku bagi di minum puas puas, lepas tu dalam sejam aku bukak pampers dia. Tunggu dia kencing. Tak kencing jugak. Aku geli kan sikit kaki dia.. Yessssss... Berjaya! Terus tadah dalam botol yang doktor dah bagi n hantar terus dekat doktor tu. Dotor suruh bawak balik sebenarnya. Tapi aku terus cuba dapat kan air kencing tu haritu jugak. Yelah, nak balik rumah lepas tu kalau dah dapat air kencing kena datang balik HKL hantar air kencing tu. Isshh.. Malehnya..Jadi, berusahalah kat situ jugak.. Hehe..

Alhamdulillah, setelah dua minggu menunggu, result air kencing dengan darah Aisyah semua normal. Takde masalah apa -apa. Jadi, doktor decide yang kuning dekat Aisyah akan berkurang dengan sendirinya nanti walaupun masa amek air kencing n darah, result kuning Aisyah still 250. Still tinggi. Aku tanya dekat doktor, kalau tekan tekan kulit Aisyah, still lagi wana kuning, takpe ke? Dia kata takpe. Nanti akan kurang n hilang. Yang kita risau kalau dia ada masalah hati, ada hormon penyebab tiroid tapi alhamdulillah semua tu takde n aku tak perlu risau..Huhu.. Alhamdulillah...Syukur Ya Allah.. Legaaaaaaaaaaa sangat tuhan je yang tau....

Allah bagi ujian mudah je kat aku kan? Jaundice. Yang boleh dikatakan peratusan baby baru lahir yang akan kena jaundice memang tinggi. Tapi tetap aku macam tak kuat. Tetap asyik nak nangis. Macamana lah kuatnya hati mak mak yang lain. Bila Allah uji anak diorang dengan sakit yang lebih teruk.. Allahuakabar. Betullah.. Allah akan uji seseorang hamba tu sepadan dengan kekuatan hamba tu sendiri...

Dalam tempoh 30 hari ulang alik pergi klinik, hospital.... Terlalu ramai hubungan persahabatan yang terbina.. Bagi tips, panduan, dalam menangani sakit kuning ni dan bekongsi perasaan n pengalaman. Hikmah aku masuk wad pedriatik? Aku belajar mandikan Aisyah... Hehe.. Lepas tu, terus ada keberanian nak mandikan Aisyah sendiri... Alhamdulillah... Setiap yang jadi, mesti ada sesuatu yang Allah nak ajarkan... ^_^



Wednesday, July 10, 2013

Di hari pertama puasa nak buat entry pasal makan

Assalamualaikum..

Ok tak tajuk entry ni? Kihkih... Duk belek-belek gambar yang ada dalam simpanan, terasa nak jugak update pasal macaroni goreng merangkap macaroni bakar aku nih. Sebab first time buat n aku rasa agak yummehh jugak rasanya.. Bukan aku yang cakap yee.. Adik aku dengan mak mertua kata sedap..Haha

Mula-mula nak buat macaroni bakar je. Tapi bila aku nampak ada cheese dalam peti ais, terus nak buat dua-dua..Nak resipi ke? Aku pun google je dekat MyResipi. Hihi.. Tapi syarat kesedapannya? Tomato sos sila banyak yeeee...Nyum nyum...
 

Macaroni goreng yang dah di bakar

Ok.. Jom update pasal makan-makan pulak jom. Ni Isnin lepas.. Tiba-tiba kakak aku ajak pergi makan ramai-ramai. Dekat Chop n Steak Kampung Baru tu. Abang Ipar aku nak belanja katanya.Yey!Makan! Kitorang ni memang takde tempat lain kalau nak berkumpul. Memang asyik dekat sinilah tempat nya.

First time bawak Aisyah jalan malam. Alhamdulillah. Ok je.. Mula-mula pakai topi. Bila tengok dia rimas, terus bukak.Nak lapang je kepala agaknya..





Percaya tak aku dengan Shahril tak pernah lagi amek gambar bertiga dengan Aisyah. Last masa hari first Aisyah lahir yang aku still terbaring atas katil depan lif dekat hospital tu. Ha lepas tu, gambar bawah ni yang kedua...Punyalah lama sampai Aisyah pun dah pandai pandang kamera..Haha

Atuk dengan neni tiap-tiap hari mesti nak jumpa Aisyah.. Kalau tak jumpa duk puluh kali kata rinduuuu kat rumah tu..


Ok sekian... Hari ni nak masak sambal tumis.Mak ada bagi masak lemak ikan patin, tinggal panaskan je.. Masak lemak ikan patin dengan sambal tumis. Perrgghhhh.. (Apsal meleleh air liur pulak nih)


Ok daaa....



Tuesday, July 9, 2013

Hadiah Misteri

Assalamualaikum...

Hadiah misteri? Laku lagikah aku siap ada orang nak bagi-bagi hadiah misteri nih...?

Yeee...Aku terima hadiah misteri... Siap berpos laju lagi...

I is sedikit saspen masa tu..

 Begini kisahnya....


Pagi-pagi dalam pukul 8 macamtu telefon aku berbunyi...
En. Posmen : Hello... Saya dari pos laju. Saya nak confirm kan alamat la..
Aku : Ha? Kenapa ye?
En. Posmen : Ada bungkusan ni untuk puan..Betul ke alamat puan bla bla bla...
Aku : Oh... (bagi alamat)


Emm...Siapa pulak eh yang bagi aku barang ni.. Aku takde order apa-apa barang online pun.. Tapi hati aku duk la terdetik dekat kawan aku yang sorang ni.. Emm..Kompem dia..Walaupun barang tak sampai lagi.

Dalam pukul 2 petang posmen pun sampai.. Series muka aku blur je.. Sampai posmen tu tegur.. Err..Nama puan kan ni? Sebab duk tengok aku tenung je bungkusan tu..haha
 
Saspennnnnnn

Tambah lagi saspennn...


Tengok bayang-bayang buku ni pun dah meyakinkan aku memang lah kawan aku ni yang bagi.. Kompem di situ...Sebab kawan aku ni memang rajin baca buku merangkap baik baik sikit orangnya.. Kihkih...

Taddaaaa!! Now I am a mother... Aku mesti baca buku ni...hehe...
 Dah belek-belek buku ni.. Sangat banyak ilmu yang aku boleh dapat daripada buku ni dalam membentuk anak-anak dari umur 0 hingga 4 tahun secara islamik. Thanks kawan... Insyaallah aku akan baca dan amalkan... ^_^v


Ok,mana aku tau kawan aku ni yang bagi tanpa ragu-ragu? Sebab, beberapa hari sebelum ni, kawan aku ni ada mintak alamat rumah aku. Walaupun aku agak pelik kenapa dia nak mintak lagi padahal dia pernah je datang rumah aku ni. Emmm..

Dan yang membuatkan kenapa aku kompem sangat dia yang bagi bukan Shahril ke atau orang lain ke sebab...... Sebab kesalahan aku sendiri....




 

Nampak tak alamat tu? Dari 19 tukar jadi 9... Haha! Adeh la.. Aku salah bagi alamat dekat kawan aku ni... Mujorlahhhhhh dapat En. Posmen yang baik... Yang call dulu nak kompemkan alamat.. Kalau dapat posmen yang tahap tengok orang takdek terus campak dekat pusat pos laju tu ha.. Tak ke aku taktau pun dapat adiah misteri ni.. Lantas dah tak jadi misteri dah sebab kawan aku kompem kene tanya aku dah dapat ke belum lantas kene bagi tracking number lantas kene pergi sendiri kutip dekat pos laju tu...

Jadi...Semua nya sudah Allah mudahkan untuk menjadikannya satu misteri..Tapi tak jadi misteri sangat juge sebab aku salah bagi alamat dan aku check balik mesej aku dengan kawan aku tu dan memang ye!Aku bagi dia salah alamat..Haha!

Ok... Kepada kawan aku merangkap sifu aku... Ini hadiah ketiga dari ko Ili... Hamper anakku, kasut kait untuk Aisyah ko kait sendiri, ni buku pulak..Terima kasiihhhhh banyak-banyak... Semoga Allah membalasnya..(Ok, kenapa Allah yang balas bukan aku yang kene balas?) Kebahagiaan yang tak terhingga untuk ko Ili..Insyaallah... ^_^v

 Comel tak? Ili kait..Tapi besau.. Tunggu Aisyah besar nanti insyaallah baru leh pakai..Hehe..
.
.
.
.
.
Hadiah ni sampai 3 Julai 2013.. Aisyah dah 2 bulan.. Alhamdulillah.. Membesar dengan sehat dan bijak.. Dah boleh duduk atas rocker. Dulu taknak.. Sekejap je dah sebok nak suruh angkat... Ni dah boleh rilek-rilek atas rocker dah.. Hehe.. Semoga jadi anak yang solehah ye Aisyah.. 





Aisyah dengan gaya tendangan muay thai nya....




Kepada semua.. Selamat menyambut Ramdhan Al Mubarak.. Jom banyak mengaji n tambah ibadah sunat kita jom.. Bulan yang Allah bagi berganda ganjarannya..  Semoga Allah bagi kita peluang dan rezeki untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling baik berbanding sebelum ni....

Salam Ramadhan Semua! ^_^v








Sunday, July 7, 2013

Emak

Assalamualaikum..

Kenapa EMAK?

Soalan yang orang selalu tanya aku bila aku kata Aisy akan panggil aku emak..Ramai yang tanya, "Kenapa bukan mama,ummi,ibu,mummy... Emak dah tak modern... "

Emm...

Jawapan aku? Sebab 'emak' lebih dekat dengan jiwa aku.. Lebih rasa ke'emak'kan untuk aku bila aku bahasakan diri aku emak..

Mungkin sebab aku panggil mak aku emak... Jadi, aku nak anak aku panggil aku emak..

Mungkin sebab dulu masa aku join komander, budak-budak komander panggil aku emak sebab diorang kata perangai aku yang risau terlebih pasal diorang macam perangai mak-mak orang. Mungkin itu yang buatkan aku dah terbiasa digelar emak..

Mungkin jugak sebab aku taknak panggilan emak makin hilang satu hari nanti bila semua orang dah bertukar kepada panggilan yang lebih moden. Anak cucu dah tak biasa dengan panggilan emak...Hey!mak korang ni panggil nenek korang emak ye!...

Mungkin sebab aku adalah melayu kuno..Haha.. Tapi nak parti islam memerintah.. (Eh, tetibe sangat)

Lain orang lain citarasanya.. Lain orang lain impian dia... Yang pastinya, semua gelaran tetap merujuk kepada orang yang sama.... Tetap menjadi manusia no satu di hati semua orang. Tetap menjadi seseorang yang memegang amanah Allah untuk mencorakkan zuriat selari dengan ajaran Allah... Aduhai..besarnya tanggungjawab.... Moga Allah sentiasa membantu menunjukkan jalan yang lurus menuju keredhaanNya...


Aisyah

 Aisyah dengan emak

Aisyah dengan emak mak...



Nota kaki: bila tengok gaya Aisyah dalam entry stroller sebelum ni, macam tengah buat peace pulak dalam sarung tangan tu...kihkih


Saturday, July 6, 2013

Stroller

Aisyah dapat stroller.. Atuk dengan neni hadiah kan.. Yey! Tengkiu atuk dengan neni.. Lepas ni senang la mak nak masak..hehe..letak je Aisyah dalam stroller, duduk kat dapur ni ha.. Tak payah nak tengah2 masak lari kat bilik jenguk Aisyah terjaga ke tak, ok ke tak baring dia. Sebab aisyah suka tido mengiring. Dah letak terlentang pun. Tiba-tiba nanti dah mengiring..

Puasa pun dah nak dekat.. Mari buat list menu berbuka..kompem..tiap ari pun pening nak pikir nak masak apa.

Lagi sekali..tengkiu atuk dengan neni! Nanti mak Aisyah pow lagi..hee.. :p

Sent from Blackberry

Wednesday, July 3, 2013

Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum...

29 Jun 2013 Sabtu, berlangsungnya majlis kesyukuran sempena akad nikah Hanim & Jefri dan kelahiran Tengku Nur Aisyah.. Ecceh..Macam berita pulak.Hehe..Majlis ni kitorang buat sangat sederhana dan very the simple..

Untuk akad nikah akak aku, kitorang buat dekat Masjid Bukit Indah dan sekali gus lepas akad nikah selesai, mintak tok kadi tu bacakan doa selamat untuk Aisyah...Tamat je acara, jom balik rumah makan.. Untuk akak aku takdek majlis khatam quran ke apa-apa ke.. Untuk anak aku takdek marhaban ke, cukur jambul ke.. Semua takdok.. Memang semata-mata nak buat kenduri untuk meraikan sahaja.. Buat yang mana afdhal je...

Akak aku dah buat simple pelamin dekat dalam rumah. Dia sewa je barang-barang, lepas tu dia hias je sendiri pelamin tu. Untuk Aisyah.. Cukuplah baju berambu ramba..Haha! 

Ini lah kakak aku yang selalu menjadi bahan buli aku.. Dah kawen pun insyaallah..Akan tetapku buli... kuikui..Akak aku nih.. Katakanlah.. Kalau mak aku panggil.. "Ninaaaaaaa! Tolong amekkan beg tu" Pastu aku pandang tepi akak aku ada.. "Kak, g amek..mak suruh tu " Dia akan blur-blur g amek.. Haha! 


Ni lah sorang je kakak yang aku ada.. Gaduh la macamana pun.. Menyampah lah macamana pun.. Nak tarik rambutlah macamana pun.. Inilah kakak aku dunia akhirat..Kakak kesayangan aku. Semenjak aku bertunang.. Doa aku tak putus-putus kakak aku dipermudahkan jodoh oleh Allah dalam masa yang sekejap je selepas aku.. Alhamdulillah..Allah perkenankan...Aku tahu.. Bukan aku je yang doa macamni tapi semua ahli keluarga aku.. Semoga jodoh yang Allah pertemukan untuk kakak aku ni, jodoh yang membahagiakan kakak aku dan famili aku dunia akhirat..


Hamek baju rambu ramba mak pakai kan.. Neni dia lah yang beli ni.. Biar baju takdek lengan kata neninya takut panas..Haha..Adeh la Aisyah.. Dalam masjid pun cekci... Maafkan lah mak ye nak..Aisyah pandai sangat amek hati wan umi dia (kakak mak aku).. Duk terkekek-kekek gelak pastu berbunyi bunyi suara macam nak bercakap. Macam tau sangat yang umi tu lah yang selalu doakan mak dia ni. Dari kecik sampai besar..Nak periksa, nak jodoh, masa nak bersalin aishh semualah... Umi ni lah tempat aku selalu mintak tolong doakan untuk aku selain mak dengan ayah aku...


Inilah umi aku.. Aisyah tengah ngekek gelak kat atas tu tengah borak ngan umi lah tu...

Ini abah Aisyah..Hehe. tetibe... (Kenapa orang baju kelabu dekat belakang tu buat pandangan jeles yang aku dah kurus?) Oke abaikan dia.. Sambung balik... Masa ni, neni dah bawak lari balik Aisyah sebab Aisyah dah ter poo poo.. Mak nya yang bijak pandai ni tersalah bawak beg.. Terbawak beg baju sendiri..Haha! Adeh la.. Neni bawak balik dulu sebab maknya sebok nak bergambar lagi...


Neni asyik dengan Aisyah je.. Macam Aisyah pulak pengantin haritu...Kehkeh...

 Dengan adik aku dan sepupu sepupu yang budget kurus semuanye....

 Pengantin dan sepupu sepapat..

 Ini tokey homestay.. Sesiapa nak homestay dekat Temerloh, Pahang boleh contact makcik aku ni. Boleh cek dekat entry lama aku atau FB homestay ni sendiri. Linda Homestay.


 Gambar Aisyah lagi... Muka meronta-ronta... Nak mak dukung ye?

Ini dah dekat rumah...Bawah khemah..Ila datang... Muammar anak dia yang ensem itam manisssssss pun ade.. Akan ku ajar anak ku untuk menundukkan pandangannya...Agar tidak menjadi seperti emaknya.. -_-"


Thanks separuh daripada 8d8! You make my day... Eccehh...Bila lepak ngan diorang ni mulalah rasa solo.. Sebab Aisyah tengah sedap tido kan.. Dah lama lepas tu sendiri yang duk rindu kat anak. Rasa macam ada yang kurang... 

Ha baju itam tu tau sapa? Akak aku dah tukar bajunya... Tak pakai baju pengantin dah... Inai di jari sebagai bukti... Hehe..

Ayah aku duk bizi ke hulur ke hilir.. Gambarnya takdek pulak.. Aih la abah...


Ha! Ade pun... Puas cari.. Abah yang kuat nangis.. Baru baca ayat nak wakilkan wali dekat tok kadi pun dah tersekat sekat suara tahan nangis.. Kihkih.. Manje angat iye tuuuuu.....



Ok daaaa.....Assalamualaikum... ^_^v






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails