Thursday, December 29, 2011

My Pinky Peach E-Day..


Alhamdulillah..25hb December 2011 aku selamat menjadi tunangan orang... Kisah macamana kitorang dipertemukan aku dah cerita dalam entry yang lepas..

Majlis pertunangan yang aku harap2kan adalah majlis kecil-kecilan antara dua keluarga n kenalan rapat aku je and tertutup.. Tapi, perancangan aku tak menjadi.. Keluarga dari belah lelaki je dah datang 15 buah kereta..Saudara mara aku sendiri datang dari kampung dah ramai.. Jadi, kitorang decide untuk buat jugak satu khemah..Alang-alang dah buat khemah..Mesti la ikut tema..Kaler pink peach..Dah macam chewing gum dah aku tengok...Bila dah buat khemah, mesti lah ajak jiran-jiran kan.. Maka, jadilah majlis pertunangan yang dah tak tertutup dah...-_-" Tapi mesti ada hikmahnya kan..Ramai yang datang...Ramai lah yang doakan kita bahagiakan..Insyaallah.. =)

Tengok gambar jom..Biar gambar yang bercerita...

Kek dari pihak lelaki untuk aku..Cukup lah aku bgtau nama dia Shahril..N nak tau muka dia? Tunggu aku kawin nanti ye..Insyaallah...


Ini waktu sesi rundingan...Takde cakap banyak pun..Semua duk ok ok..setuju setuju..Yang lama nya sebab kitorang buat tahlil arwah sekejap..Lepas tu baru sesi sarung cincin..


Upacara menyarung cincin berlangsung..Mak dia bisik dekat aku time ni..Terima kasih sebab sudi terima Shahril n dalam masa yang sama dia menangis...Subhanallah...Aku yang patutnye cakap terima kasih sebab sudi terima aku jadi menantu... T_T 


Ini adalah orang kuat dibelakang tabir.. Yang tudung pink pemberi semangat kepada aku dan juga along kakaknya (yang pakai tudung cokelat). Along tolong buatkan hantaran untuk aku..N jadi mak andam haritu...Cantik tak?Sukenyeee... Thanks korang!\0/


Yang bawah ni pulak abang sedara aku..Photographer aku untuk haritu... Wife dia bagi pinjam 2 bijik dulang..Selebihnya pinjam dekat Hawa..


Yang paling aku suke adalah selendang aku..\0/ Punya lah susah hati sebelum majlis tu. Veil yang aku beli gila-gila punya tak sesuai dengan baju.. N alhamdulillah Allah gerakkan hati kakak sedara aku (baju n tudung purple kat bwh) untuk tanya aku ada apa-apa yang kurang lagi tak n aku mengadu dekat dia pasal veil yang tak cantik tu..Dia suruh aku tengok selendang dia masa tunang dulu n bila aku tengok..Sangat cantik dan sesuai dengan baju aku..Yey!!\0/ Sukanyaaaa!!Free! Yess!!


Ini makcik aku n anak bongsu dia Dila.. Makcik aku bagi kek Indulgence dari secret recipe..Katanya untuk makan2..Sodapnyeee....


Si kenit-kenit sewaktu majlis...


Oompa Loompa @ 8 delapan yang datang..Thanks korang! ^_^


My lovely sweet pinky peachy family...^_^ Abah comel je siap pergi kedai beli baju kaler peach.. Yang lain pakai baju yang memang ade dalam almari.. Oppss lupe nak cakap..Pelamin guna pakai dari barang yang dah sedia ada dekat rumah..Digubah sepenuhnya oleh kakak aku...


Belah kiri (peach) hantaran aku untuk dia..Belah kanan (silver) hantaran dia untuk aku...


Comel tak khemah chewing gum...hee


Tarraaa..Sekian dari saya...


Mak dengan abah pesan...Waktu bertunang ni dugaan kuat..Jaga hubungan ni baik-baik... Jaga hati dia..Jaga hati keluarga dia...Insyaallah baik-baik lah semuanya... Insyaallah mak, abah...

Terima kasih dekat...

Semua yang membantu..Ila yang bagi pinjam bunga tangan..Hawa yang tolong mengemas rumah yang super duper bersepah (kononnye)..Tolong teman pergi Jalan Tar..Tolong dengar segala kekalutan... Ili yang meminjamkan alas dulang yang sangat cantik yang aku memang dah aim dari hari ko kawen... Ppink yang support aku dari jauh.. Pink..aku rindu sangat kat ko... N dekat semua semua yang membantu di belakang tabir yang aku dah siap senaraikan kat gambar2 tu.. Dan juga yang tak disebut...  ^_^ v  Mak abah n adik beradik... Tengkiu.. =)   (dah macam sesi penghargaan dalam tesis dah...)

nota kaki : Alhamdulillah....Semoga kami dijodohkan sehingga ke syurga...

update : barang-barang atas dulang banyak yang di sponsor sebenanye.. sponsor @ sedekah.. terima kasih sangat2.. 

fonden kek (taktau eja) - TA aku, 
cupcake -dari kapten
halwa - technician aku
buah -makcik aku

Semoga Allah membalas semuanya... Alhamdulillah...Memang murah rezeki kalau kita nak melangkah ke alam barukan.. =)








Monday, December 19, 2011

Sukarnya untuk bersyukur..

Melakukan maksiat memang mengasyikkan,

kedurhakaan terlihat cantik dan mempesonakan,

lantaran syaitan menghiasinya dengan keindahan yang palsu, tidak berkekalan

justeru, berSABARlah pada menjauhi maksiat…

dan berSYUKURlah, kerana imanmu menjadi penyelamat dengan rasa malu pada-NYA.

(kedurhakaan terlihat mempersonakan..)


Melaksanakan ketaatan selalu terasa berat,

ibadah bagai beban,

memelihara kesolehahan bagai mengurung , menyekat dan menyesakkan…

justeru, berSABARlah pada melakukan ketaatan…

dan berSYUKURlah, kerana imanmu membangkitkan kesedaran bahawa ALLAH itu amat dekat.

(ibadah bagai satu beban..dah terlupa dengan banyak aku bertakbir sebelum inilah Allah mengubah takdir aku)


Dan, berSYUKURlah kerana ALLAH terus mendatangkan ujian cinta-NYA..

yang dengannya kita tahu bahawa kita masih memerlukan DIA

dengan berSABAR untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia....

tetapi, kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan...

kerana bimbang, ia hanya habuan di dunia semata,

tanpa sedikit pun yang tersisa untuk kelangsungan hidup di akhirat sana.......

(kasihanilah diri sendiri andai merasa setiap impian, hajat dan doa telah dikabulkan..semua dibyr di dunia..apa yang ada utk bekalan di akhirat?)


Umpama dua cengkerang tiram yang melindungi sebiji mutiara bergemerlapan...

begitulah SABAR dan SYUKUR…..

keduanya adalah cengkerang yang melindungi jiwamu..

agar gemerlap taqwanya mampu menjulang dirimu ke sisi Yang Maha Esa....

(Mudahnya untuk bersabar...Sukarnya untuk bersyukur.. T_T)..




sumber

nota kaki : tulisan hijau adalah rasa hati aku...sedih... =(  

Friday, December 16, 2011

Rombongan datang rumah...

Kawan aku ckp dekat aku.. "Nas, tak sangka kan.. ko duk selalu meroyan kata nak kawen nak kawen...Tiba-tiba ada orang melamar ko..Aku pun nak macam tu jugak lah.. First time berkenalan terus ajak kawen..Ok, aku nak meroyan jugak"..

Meroyan???Haha! Siot!... Istilah meroyan amat menakutkan okei.. Actually aku selalu duk cakap2..Mana lah jodoh aku..Bila lah aku nak kawen eh.. Bila orang tanya aku bila nak kawen laju je aku akan cakap "Doakanlah" atau " ada ni nanti..Ada mesti ada..."

Aku takkan cakap" Belum masa lagi lah.." atau " Belum sedia lagi banyak lagi benda nak kejar" atau " Diam boleh tak??" Aku dan dia kenal dah lama.. 2 tahun...Sebab kerja dalam unit yang sama tapi berbeza cawangan..emm..Pernah buat kerja sekali tapi tu pun secara tak langsung.. Cuma sesi bertegur sapa secara sesaat dua.. Tapi aku dah kenal keperibadian dia dari tahun pertama aku mula kerja dekat JKR ni sebab seseorang selalu bercerita pasal dia dekat aku.. Dan kebanyakannya cerita-cerita positif je yang aku dengar..

Dan dia ni jugak kawan kepada cousin yang sangat rapat dengan aku..Dan rapat dengan suami cousin aku ni..

Selain dia ni, ada beberapa orang yang cuba bagi salam perkenalan. Tapi hati aku macam tertutup..Mulalah rasa aku belum rasa nak kawen..Dia bukan orangnya.. Ada jugak yang nak jadi orang tengah memperkenalkan aku kepada seseorang..Tapi aku selalu doa..Kalau dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku..Beratkan mulut dia untuk melamar aku dan bagi aku rasa dia bukan orangnya..

Dia diperkenalkan oleh seseorang untuk aku..Bukan memperkenalkan sebenarnya..Tapi memulakan jalan untuk kitorang.. Perkenalan dimulakan dengan dia terus melamar aku untuk dijadikan isteri..Katanya kalau niat kita baik..Mesti Allah mudahkan..Tak perlu kawan lama..Kita kenal sewaktu proses untuk bernikah..Subhanallah... Mudahkan?Apa yang mampu aku buat? Nangis..Sujud syukur..Solat istikarah...Mohon jawapan dari Allah...Jawapan yang diterima melalui mimpi? Bukan..Cuma hati yang tak mampu untuk menolak..Hati yang rasa dialah orangnya..Fikiran yang terus berputar balik mengingat semula cerita-cerita dari seseorang tentang dia...Dan cuba selidik tentang dia dari kawan-kawan dekat ofis dan cousin aku sendiri..Semua bagi jawapan yang positif..

Aku tau..tarikh untuk kami diikat masih jauh..Tapi keajaiban yang Allah bagi untuk aku..Sangat-sangat membuatkan aku terharu..Doa aku termakbul..Seseorang yang menghargai aku dengan ikatan akad nikah..Seseorang yang boleh menjadi imam untuk aku dan anak-anak aku..Insyaallah..

Macam yang aku pernah cakap..Untuk umur aku ni, bukan zaman bercinta dekat taman bunga lagi..Tapi zaman bercinta yang diikat secara sah... Kenapa memandang orang yang gila nak kawen sebagai satu perkara yang memalukan? Sedangkan berapa banyak budak-budak umur belasan tahun gagal mengawal nafsu diorang? Kawen kan aje.. (Ok, tetiba jadi Ustaz Azhar Idrus...Kempen kawen awal..haha)

Doakan..Jodoh kami dipermudahkan..Doakan hubungan kami di berkati Allah..Doakan diberi kesihatan..Doakan kami pasangan yang dah ditakdirkan hingga ke syurga..Insyaallah...


nota kaki : 16hb December 2011..Jumaat...4.00 petang..Rombongan datang merisik..Alhamdulillah...






Sunday, December 4, 2011

Kami menang..Yey\0/

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...Berbaloi-baloi rasanya penat lelah menjadi ketua kumpulan untuk 23 orang ahli yang datang dari 6 kem yang berbeza n pelbagai gred n pelbagai ragam..Alhamdulillah.. Kami juara!\0/

Berbeza sikit tahun ni n 2 tahun lepas..Bila masuk sebagai pertandingan dan bukan persembahan, tekanan lebih hebat.. Nak-nak lagi hadiah adalah RM 2000 daripada koperasi.. Siapa yang taknak kan..

Latihan cuma 2 jam sebanyak 6 kali.. Dengan masa yang sangat terhad sebab hujung tahun ni kerja yang bertimbun n nak kumpulkan semua orang yang dah dilantik secara paksa rela dari 6 kem tanpa boleh claim perjalanan adalah sangat susah.. Latihan kali ke 4 baru nampak kesungguhan peserta yang mana tak bagi komitmen aku keluarkan dari senarai n gantikan dengan nama yang lagi sekali secara paksa rela aku lantik dan dengan kejam nya keluarkan memo siapa yang tak bagi kerjasama kena bagi surat tunjuk sebab dekat ketua bahagian..(gertak je tu...padahal aku buat dek jugak sape yang tak dtg..huhu)

Alhamdulillah..beberapa nama baru yang aku lantik bagi kerjasama yang baik..N komitmen dalam setiap latihan yang dah ditetapkan..

Masa latihan terakhir, baru aku bagitau dekat semua ahli kumpulan yang ini adalah satu pertandingan bukan persembahan..Aku kata dekat diorang aku taknak diorang nk masuk sebab nak menang..Tapi buat yang terbaik untuk bahagian.. Tunjukkan semangat pasukan..N kalau ada rezeki menang, pasti akan menang.. N kalau takde rezeki menang, kita kalah dengan bermaruah...Ecceh...macam pakar motivasi.. Aku dah dicop sebagai Cik Nas Kuat Membebel..haha!Lantak la...

Jom tengok gambar jom...


 Time ni aku jaga meja pendaftaran jap


 Berdebar nak mula...Dah la aku yang akan naik dulu..gulp..


Berusahalah..!


Muka lega dah habis..Saspen tunggu keputusan pulak..


Apsal gambar ni macam terdabel?lantak lah....huhu


Ni cikgu dikir barat...En Yie..(Ni pon apsal jadi cmni gambau ni?)


Ila tak join sebab mengandung..Dah 7 bulan dah..Tapi sangat2 supportive..Banyak sangat membantu aku..


Kami 3 je pompuan yang masuk...


Alhamdulillah...Murah rezeki malam tu.. Dapat hadiah cabutan bertuah..Dapur masak...kuikui..  (Ini Ain, anak cousin aku. Mak dia yang kembar _angah yg pembaca dan pengkomen tegar kat blog aku nih...hehe...Aku angkut dia sekali dinner ni sebagai aktibiti rilek2 lepas PMR..hee)


Kami JUARA!!!yeyyy!!!


Seronoknyaaa!!Berbaloi sangat rasanya!

Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah...Murahkan rezeki kami.. N yang penting kami sangat-sangat ENJOY \0/ Bahagian Senggara Tentera memang best! Sangat-sangat best....!


nota kaki 1 : Nasrina..tolong lah jangan pakai tudung yang tak menutupi jaw anda yang lebar..! Macam talam dah muka itu -_-"

nota kaki 2: Akan ke Guangzhou n Shenzen 5 Disember ke 9 Disember.. Rombongan 11 orang..Doakan kami ye...^_^v

Wednesday, November 30, 2011

Berdikir Barat Lagi...

Assalamualaikum..

Still ingat lagi yang bahagian aku buat persembahan dikir barat dua tahun lepas? Tahun ni kena buat lagi..request dari Pengarah sendiri.. Kali ni bukan persembahan saja-saja dah..Tapi pertandingan.. Huhu.. Aku selaku ketua kumpulan lagi.. N kali ni aku tak main canang dah..Aku main gong..

Main gong tak leh terleka..sebab awak-awak yang bertepuk tepuk tu bergantung sepenuhnya dekat bunyi gong.. Takutnyeee.. Doakan kami berjaya ye..

nota kaki : Kerja dekat site banyak ni! Akaun dah nak sampai date line! Minggu depan insyaallah pergi China pulak...Dua minggu lepas tu ada event besar... Ya Allah..Permudahkanlah...Nak nangis...Tempah tiket salah timing je rasenye ni.. T_T

Monday, November 28, 2011

Ruby's E-Day..

Assalamualaikum...

Dah sebulan..Baru nak update pasal Majlis Pertunangan Ruby @ Rabiatul Adawiah...22 Oktober 2011..Salah seorang dari 8 delapan dan Oompa Loompa.. Lebih dikenali sebagai Nobita.. Sebab cermin mata dia yang bulat masa diploma dulu.. 

Pendiam orangnya.. Orang yang paling tak keluar suara setiap kali kekecohan akibat gosip terjadi.. Pandai main gitar.. Walaupun nampak lembut sangat2 lah minat dengan muzik..

Tak pernah ada kawan lelaki..(setakat yang aku kenal die dari Part 1 Diploma) Kalau ada orang kacau2 senyum aje..Tiada tindak balas.. Kalau dah jodohkan.. Seseorang dari 8 delapan kenalkan kawan dia dekat Ruby, n diorang mula berkawan.. N akhirnya disatukan.. Simple..Kalau tak silap setahun lebih jugak kot diorang berkawan sebelum mengikat tali pertunangan.Ok, ayat skema...

Jom tengok gambar jom...


Jom tengok gambar dekat website photographer untuk majlis ni...Sangat cantik! ^_^


Tahniah Ruby..Semoga bahagia hingga ke syurga...Selamat menjadi tunangan orang...Awak memang comel! ^_^v

nota kaki : takde nota kaki...

Sunday, November 27, 2011

Merealisasikan Hijrah...


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: " Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."

( Riwayat Al-Bukhari)

Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna.

Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan "penghulu para pelaku kejahatan", namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu' dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.



Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah ^_^

Selamat Tahun Baru semua! Lama dah tak update blog ni... cerita pasal Ruby tunang n pergi Sarawak belum buat lagi...huhu...

Ok, tahun baru tak pernah terlepas dengan azam dan impian kan.. Apa azam aku untuk tahun baru ni....
Ok, nak listkan bagi aku ingat sepanjang tahun ni apa yang aku perlu kejarkan dan doa selalu dekat allah semoga dipermudahkan...

-Semoga buat perkara yang Allah redha
-Semoga jadi anak yang baik
-Semoga jadi adik dan kakak yang baik..
-Semoga menjadi pelajar yang baik..
-Semoga menjadi isteri yang baik
-Semoga menjadi orang yang penyabar
-Semoga menjadi pelajar yang berjaya
-Semoga menjadi pekerja yang berjaya
-Semoga mendapat rumah tangga yang bahagia dunia dan akhirat


Azam yang paling utama...Nak kahwin! Doakan dipermudahkan segala urusan ye dan sentiasa dalam redha Allah... ^_^v

Nota kaki : Ada seseorang melamar...Dan saya terima.....=)



Thursday, November 10, 2011

Macam nak....

Kerja bertimbun...series ni...bukan main-main...

Tapi.....

Macam-macam benda nak buat....

Kerja-kerja dekat site byk..

documentation menimbun..(aku xnak tunjuk gambar bilik aku.buat malu je kang sepahnye)

Kelas lagi...

Assignment lagi...

Presentation lagi...

Test lagi..

Serawak lagi...

China lagi...

Persiapan bulan 12 lagi....

Menulis dekat blog lagi....


weh....tolong..............................................aku macam nak demam...tekak dah mula sakit... mata dah mula perit..... badan dah panas.....

Ya Allah...Bantu aku..mudahkan semua urusan aku...Aku yang banyak main..tak fokus dalam setiap pekerjaan...tu yang semua bertimbun...semua important dan urgent...aku macam nak.....DEMAM...


nota kaki : insyaallah..ptg esok flight ke Serawak...bukan untuk melancong..tapi kawan kawen..tapi kawan kawen 3 jam je kot ari sabtu...Yang aku pergi sampai 3 ari apesal?bukan melancong dah tu namenye? -_-"


Saturday, October 29, 2011

Ppink..

Allahuakbar..telalu banyak yang aku nak kongsikan...Tapi aku sendiri rasa tak stabil dengan kehilangan ni.. Macamana aku nak luahkan dengan kata-kata..semuanya bermain dekat dalam hati aku ni... Orang yang aku sayang bersedih lagi..baru berjaya bangun dari luka yang lama dengan hadirnya seseorang yang mampu membahagiakan dia..

Allah hanya akan bagi ujian yang mampu ditanggung oleh seseorang itu.. Semoga Allah anugerahkan kau syurga yang hakiki..semoga doa dari seorang kawan yang terlalu menyayangi kau ni dimakbulkan.. semoga hidup kau sentiasa dalam pemerhatian dan kasih sayang Allah.. Teruskan hidup dengan segala ilmu yang pernah dikongsikan oleh fendi.. Teruskan hidup dengan semangat untuk bersama fendi di syurga.. Teruskan hidup dengan bersangka baik kepada Allah...

Allah anugerahkan kau suami yang sangat baik pink... bersyukur pada Allah.. 11 bulan yang penuh dengan ilmu dan kasih sayang.. Allah anugerahkan kau suami yang baik dan soleh..juga anak yang soleh kepada ibunya..Allahuakbar..untung kau pink..

Aku doakan kau kuat hadapi saki baki usia.. gunakan dengan penuh rasa syukur..Allah sedang mencuci segala dosa-dosa kau yang aku rasa tak ada.. Allahuakbar..Entah-entah pencucian dosa kami berlaku di neraka sebelum masuk ke syurga..Nauzubillah.. Engkau Allah cucikan di dunia yang sementara  dengan segala ujian dan cabaran...untung kau pink..

Pink... aku sentiasa ada dekat sini.. untuk engkau.. mcmana engkau sentiasa ada untuk aku.. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat pink....dan dapat setiap apa yang kau hajatkan...

Semoga roh fendi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. semoga kuburnya menjadi taman-taman syurga.. amin..Al-Fatihah...

Friday, October 28, 2011

Allahuakbar....

Doakan fareha@ppink tabah hadapi semuanya..dikuatkan iman..bahagia dunia akhirat.. semoga roh suaminya fendi (27 thn.meninggal pada 27/10/11 genap 11 bulan ulang thn pekahwinan) dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama org2 yang beriman..amin...Al-fatihah....

orang yang baik memang Allah pinjamkan sekejap je dekat dunia ni.. N org yang baik akan terima cabaran dan dugaan yang sangat2 hebat utk di janjikan syurga...Allahuakbar...

Thursday, October 20, 2011

Peringatan Buat Kite Cousin2ku....


Aku yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

sila jangan tolong..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...

Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...

Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.


Wahai cousin2 ku... Marilah kita berdoa dari sekarang semoga perjalanan kite dilindungi.. Semoga perjalanan kita ke sana Allah redha..Jauh dari segala musibah... Aminn...


nota kaki : Semoga selamat pergi selamat balik...



Wednesday, October 19, 2011

Hukum 'kasi' kucing

APAKAH hukumnya jika saya berhajat mengkasi kucing saya memandangkan ia kerap beranak iaitu tiga kali setahun. Adakah perbuatan itu berdosa?
Saya beberapa kali membatalkan hasrat untuk berbuat demikian kerana khuatir perkara itu dilarang dalam Islam dan kemungkinan ia dianggap menganiaya haiwan.

SYAZWANI
Kota Bharu

Jakim mengeluarkan satu ketetapan pada 2002 yang menyebut bahawa mengembiri (kasi atau memandulkan) haiwan kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah harus dengan sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
Justeru, bagi menjaga maslahat kucing agar anaknya tidak terbiar serta menjaga kesihatan kucing itu, adalah harus berbuat demikian.


Fuhhh..Lega rasanya.. Ada yang marah bila aku kata kucing-kucing kat rumah aku tu kitorang sunatkan semuanya.. Semuanya? Bukan semuanya..Ada lagi yang belum dan aku nk bagi duit kat mak aku untuk kasikan semuanya.. Banyak sangat la kucing kat rumah aku tu... Mak aku ni tersangat-sangat la sayang kat kucing ni.. Jangan nak sentuh hal-hal kucing dia..Tu lah permata hati dia..

Selaku anak yang tak minat sangat dengan kucing-kucing ni.. Tapi masih kesian terhadap kucing-kucing ni dan nak biarkan diorang ada kehidupan yang selesa dan aku juga selesa tanpa diorang memancut sana sini... Keputusan yang harus dibuat adalah... Kasikan semua nya...!Emm..Atau pun...Aku senyap-senyap kumpulkan diorang satu guni, lepaskan kat pasar... Kompem wehhh..Kompem... Mak aku tak ngaku aku anak... -_-"

Kita dimata DIA

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

nota kaki : Semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang seluas langit....Dengan rezeki yang tak terhingga ni...Syukur Alhamdulillah... Subhanallah...Allah Maha Penyayang....Masih menyayangi hambaNya yang hina ini... T_T Terasa diri begitu berharga...


sumber

Saturday, October 15, 2011

Woman...


nota kaki: bia sampai oang muntah nape asekk niiiiiiiii aje topik aku... Dah kena sound ngan Aini... entry asek gedik je skang ni.. -_-"

Wednesday, October 12, 2011

Doa Ku Untuk mu...

Seseorang menghadiahkan aku buku ni... 


Kompilasi dari 3 buah buku Ustaz Hasrizal atau Saiful Islam. Tajuk buku ni Aku Terima Nikahnya.. Sebelum ni ikuti blog ustaz ni dan jugak motovasi2 pagi dekat IKIM..Sekarang ni nak baca penulisan dia dekat buku pulak.. ^_^

Buku yang dah lama aku nak beli tapi aku tak nak beli selagi aku rasa belum ada seseorang untuk aku.. Tapi bila aku dah baca buku ni, tak semestinya orang yang dah nak kawen @ rasa dah jumpa pasangan hidup je boleh baca. Buku ni untuk semua.. Untuk yang masih mencari, bagi memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Untuk yang dah berpunya dan jugak untuk pasangan yang dah lama kahwin untuk menjadikan diri dan keluarga lebih baik dari sekarang...

Buku ni sebenarnya sepenuhnya mengisahkan jalan hidup ustaz Hasrizal sendiri.. Tapi cara dia kupas cerita ni membuatkan aku baca tanpa henti dan ada part yang tersentuh hati membacanya..Buku ni juga melibatkan kasih sayang ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak.. Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk membesarkan anak-anak agar menjalani hidup selari dengan hukum agama..

Apa yang perlu dilakukan dan tak perlu dilakukan oleh pasangan belum berkahwin dan sudah berkahwin yang akan mempunyai cahaya mata dan sudah mempunyai cahaya mata untuk membina keluarga yang bahagia..

Ishhh...Aku tak reti sangat nak cerita ni.. Boleh baca dekat sini.. Official website untuk buku ni..

Sama-sama kita menambah apa yang kurang..Memperbaiki hati dan jiwa agar sentiasa diredhai Allah ^_^v

nota kaki : Semoga Dia Tertulis Untukku....

Monday, October 3, 2011

I Luv You, Before I Met You

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah." Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Kita semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.

Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.

Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...

Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak R sambil tersenyum.

Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu.

Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."

A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness."

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...

Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the best bukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah, ini juga boleh berlaku pada anda.

Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark "The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

Artikel dari iluvislam

nota kaki : Kadang-kadang apa yang kita baca.. Apa yang kata hati kita mahukan dan iyakan.. Kadang-kadang boleh jadi kenyataan.. ^_^

Saturday, September 24, 2011

Apa yang kita cari itu Baik..Apa yang kita temui itu Lebih Baik..

Alhamdulillah.. hampir setahun amalkan solat sunat dhuha..Tapi tetap jugak ada yang tertinggal kadang-kadang.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Masih mencuba untuk tak meninggalkan walaupun sehari..Hampir setahun jugak cuba beramal n berpegang dekat ayat 1000 dinar (baca 3 kali lepas solat) n sedaya upaya merajinkan diri untuk baca surah Al Waqiah selepas isyak setiap malam.. Beramal selepas mengkaji dan mengetahui semua kelebihan amalan-amalan ni, buatkan hati kita yakin sangat pada janji-janji Allah..

Subhanallah..Alhamdulillah..Semua urusan aku Allah mudahkan semenjak mengamalkan semua yang aku tulis tadi.. Perniagaan online yang ntah dari mana customernya ..Allah yang gerakkan hati diorang untuk beli dekat aku..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Susah urusan dekat pejabat Allah permudahkan.. Orang di sekeliling aku senang berurusan dengan aku dan aku senang berurusan dengan diorang.. 

Walaupun ada yang belum cukup tapi hati katakan cukup sebenarnya apa yang aku dpt sekarang dengan keadaan aku sekarang..

Bacalah..Fahamilah..Amalkanlah..Beristiqamah lah..Tanpa rasa letih.. Aku pun ada hari yang sangat malas.. Aku juga manusia biasa.. 

Jom.. Pujuk, merengek dan merayulah dekat Allah.. Sesungguhnya Allah adalah Pendengar yang setia yang sentiasa Menyayangi dan akan Memberi =) 

Alhamdulillah...aku temui DIA dalam mencari dia...

 Doa Dhuha

Ayat Seribu Dinar 

nota kaki:Bukan utk meninggi diri..Tapi untuk berkongsi amalan ibadah memurahkan rezeki.. Semoga ada saham yang baik di sana nanti =)

Wednesday, September 21, 2011

Doa Untuk Pilihan hati...

Ya Allah.. Hatiku ini telah kau ajari untuk bergantung harap pada Mu..
Ya Allah... Hati ku ini merasa takut andai ada rezeki yang akan membuatkan aku jauh dari dari Mu..
Pupuklah hatiku ini untuk terus merasa sejuta kesyukuran kepadaMu...
Hatiku ini terlalu mudah untuk bersabar.. Tetapi terlalu alpa untuk bersyukur...

Ya Allah... Aku serahkan segala keputusan ku kepada Mu...
Aku hanyalah insan yang lemah yang tidak tahu apa yang terbaik untukku..
Aku mohon Ya Allah..Segala rezeki yang Engkau berikan kepada ku adalah rezeki yang Engkau berkati..

Ya Allah... Andai dia tercipta untuk ku..
Kukuhkan lah cintaku kepadaMu..
Aku tidak mahu lagi hatiku berpaling dari Mu..
Aku tidak mahu lagi mengagung agungkan insan lain melainkan Mu..

Ya Allah...Labuhkanlah hatiku ini kepada orang yang mencintaiMu..
Orang yang mencintaiku keranaMu..
Orang yang menjdai penyejuk di hati dan mataku..Dan aku penyejuk di hati dan matanya..
Orang yang dapat menerimaku seadanya aku menerimanya seadanya..
Orang yang ingin menjadikan aku bidadari di syurga Mu..
Orang yang ingin menjadikan aku bidadari di hatinya..

Ya Allah... Jauhkanlah aku dari melupakan Mu..
Tunjukilah aku jalan yang lurus..
Jalan ke arah keredhaan Mu...
Jadikan lah aku manusia yang bersyukur..


nota kaki : doa berubah mengikut usia.. harap lebih baik dari masa ke semasa...

Monday, September 19, 2011

Memilih ke???

"Ahh..Ko tu memilih..."

"Ko tu memang... Pandang muka orang aje..."

"Jangan pandang muka orang Nas..Pandang hati orang.."

"Susah sangat nak carinya kenapa? Nak yang kaya ke?Tak payah la..Janji sayang kita.."

Yeke aku memilih? Yeke aku tolak ramai orang? Yeke berduyun-duyun orang nak kat aku sampai aku boleh jadi sangat choosy? Haihh... Ntah apa-apa ntah orang boleh cakap untuk salahkan kita tentang apa yang kita tak dapat lagi...

Mengeluh? Tak.. Aku bukan mengeluh..Aku takkan mengeluh semata-mata jodoh aku lambat sikit dari orang lain.. Aku takkan mengeluh semata-mata tengok orang lain jalan hidup dia tak sesusah aku...

Aku sangat yakin dengan semua benda yang jadi dekat aku ada hikmahnya... Dan semakin aku kuat untuk kuat.. Semakin bertubi-tubi orang cuba buatkan aku lemah.. Buatkan kita rasa yang orang tu rasa "Huh..Susah betul hidop ko ni eh..Siannn"

Tapi bila hati dah yakin dengan janji Allah hati bagaikan tak tersentuh dengan kata-kata orang... Cuma rasa macam.. "Ok Nasrina.. Kalau ditakdirkan kau murah rezeki harta, rezeki jodoh, kau jangan pandang orang lain tak berusaha..Diorang usaha..Cuma Allah takdirkan belum masanya..."

Kenapa korang tak carikan aje untuk aku?

Kenapa korang tak kenalkan aje orang yang kau rase baik sangat tu dekat aku?

Apa yang buatkan korang kata aku pandang rupa hanya semata-mata aku pernah ada seorang je bekas pakwe yang konon hensem?

Apa yang buatkan korang rasa aku pandang harta padahal aku tak pernah pulak dapat baju-baju jenama obersee yang harga beratus ratus ringgit sebelum ni?

Tolong lah paham... Semua orang dijadikan berpasang-pasangan.. Kalau tak dekat dunia, pasti akan ada dekat akhirat.. Aku akan berusaha cari dekat dunia ni sampai lah satu saat yang nafas aku dah takde lagi.. Doa...Usaha..Tawakal... Semua jalan-jalan untuk kejayaan kan..

Cukup lah kata-kata yang membuatkan aku seolah-olah tak berusaha.. Biarkan masa dan usia berlalu macam tu je.. Tak logik la.. Ade ke orang tolak rezeki? Haihhhhh...

Aku bukan jenis yang cepat melenting bila orang nak tanya pasal jodoh aku..Aku sangat positif.. Sebab aku tau orang tanya sebab care dekat aku.. N aku tau bila aku jawab baik-baik semua orang akan doakan yang baik-baik jugak untuk aku... Tapi, jangan lah pulak bila aku dah jawab baik-baik korang rendah-rendah kan aku pulak..Eeiii..Geram tau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dah aku tak jumpa lagi orang yang betul-betul sayang dekat aku n keluarga aku..Nak buat macamana..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

nota kaki:eh eh..asal bila baca balik macam ade nada2 emo aku tulis nih...haha.. Lantaklah..Sesekali...Lalalaa..


Saturday, September 17, 2011

Breakfast kat popeye..

Jom makan dekat popeye.. Ayam dia lagi sedap dr KFC..Pada aku lah.. Hehe.. Pastu, aku sangat suka whipped potato kat sini.. Terasa biji2 kentang2 nye..nyum nyum.. Lagi satu! Jgn lupa makan roti dengan jem strawberry yang dah mmg tersedia dlm set... Ok, cukup sesi pengenalan..Jom makan! ^_^v

Sent from Blackberry

Wednesday, September 14, 2011

Trip Ke Langkawi

Assalamualaikum..

Ok, nak update cerita pasal pergi Langkawi haritu.. Kursus merangkap shopping...Yey! Kitorang ada 3 hari 2 malam untuk kursus tapi cuma diperuntukkan 3 jam untuk shopping merangkap tengok-tengok Langkawi..Itu pun waktu nak balik.. Ok la tu kan..dari takde langsung..hehe

Ini adalah Jetty Langkawi.. Dengan muka yang pening-pening sebab baru lepas muntah dalam feri..Ye!Aku muntah.. Gelombang kuat gila..Sebelum ni kalau naik feri ke, bot ke takde pulak masalahnya..Kali ni habis keluar semua isi perut.. And bukan aku sorang je boleh dikatakan suku dari penumpang..EEiiiii uuuuhhhhh... Mujo disediakan plastik..Kalau takk.. (muka hijau)


Kitorang tinggal dekat Bella Vista Langkawi.. Betul-betul tepi laut... Cantik jugak.. Dia guna konsep...err..konsep..Tengok je lah sini.. 




Ok..Ekspidisi jalan-jalan bermula.. Selepas 3 hari pagi petang siang malam dengan baik dan penuh tekun mengikuti kursus.. Cewahh.. Kami punn...Eksaited sangat ni!! Tak tau nak cakap macamana perasaan keterujaan tu.. Satu hari suntuk duk tersenyum je tanda tak sabar-sabar nak memborong...Sebab memang dari KL dah aim nak beli beg tarik.. Itu je pon..hehe..

Ofkos la.. Setelah mensearch-search internet dekat mana tempat yang paling femes untuk bershopping dekat Langkawi, mesti la Ismail Group dengan Idaman Suri yang kitorang terjah dulu..Ismail Group ni ada banyak dekat Pekan kuah tu..Kejap ada kat situ..Kejap ada kat sini.. Isi dalam nya pun lebih kurang sama je.. Tapi pada aku, kena jalan semua sebab ada satu je yang aku jumpa ada beg yang sangat menarik hati aku.. Yang lain, emm..Tak berkenan dihati la..
Ada jual pinggan mangkuk.. Idaman mak-mak..Oleh sebab aku bukan mak-mak, aku tak beli.. N aku cal mak aku, mak aku pun taknak sebab takut tak leh terima citerasa aku yang mungken tak setarap dengan dia.. So, tak beli..Dari beli pun menyorok je dalam lemari..-_-"



Tarrraaa..Beg kami! Beg aku harganya rm80.. Beg kawan aku ni RM60.. Perasan pramugari jap..muahaha..
Jangan lupa borong coklat.. Aku yang tak minat coklat ni pun terborong banyak sebab memikirkan orang-orang dikampung yang mungkin mengharapkan limpahan coklat dari aku..


Ok..Tu je kisah di Langkawi..Takdelah aktiviti melawat makam mahsuri bagai.. 3 jam..Apa lah yang boleh dibuat.. Oh ye..Idaman Suri tak letak gambar la.. Tak sempat tangkap gambar.. Tapi dekat situ, aku beli 2 beg anyam yang cantik dan murah... Satu untuk aku, satu untuk mak aku.. Cantik cantik...^_^v


Monday, September 12, 2011

Perjuangan diteruskan..

Assalamualaikum..

Esok insyaallah lagi sekali menjadi student setelah 4 bulan bercuti panjang... Bermula episod pukul 4.30 petang rush pergi HQ jemput Naomi n sama-sama pergi Shah Alam.. Pukul 5.45ptg sampai sebab jem sikit dekat federal highway. Pukul 6 ptg lecturer sampai kalau tak sampai lagi duduk bersidai dekat luar kelas sambil mengunyah ngunyah bahan makanan yang dah ditapau..

Kelas 6 ptg - 9 mlm... 3 jam..Berhenti sekejap untuk solat n memang tak sempat pun untuk makan makanan berat.. N sambung balik kelas dengan muka yang tahan ngantok.. Pukul 9 kelas habis.. Drive lagi pergi HQ hantar Naomi pastu drive lagi balik rumah...

Sem ni kelas semua sampai pukul 9 je.. Kalau ikut jadual la.. Tak macam sem-sem lepas ada yang sampai pukul 12... Gila ngantuk weh.. Tapi aku perasan.. Kalau aku ada kelas sampai lewat-lewat macamtu, senang pulak aku bangun pukul 4 pagi.. Yup..Memang itulah waktu aku bangun setiap hari..Waktu cuti ni pun.. 4 pagi aku set kan alarm... Tapi macam biasa.. Tangan dah set untuk snoozed kan alarm tu sampai pukul 4.30 atau pukul 5.. Tengok tahap mengantuknya..hehe..

Mananya tak kena bangun pagi..Masuk ofis pukul 7.30.. Lambat je sikit, jem dekat Ampang tu Ya ampunnn... Tahap boleh makan nasik lemak lagi dalam kereta..atau sempatlah nak ketip kuku jari kaki... Kaki ye..bukan tangan... Punyalah rileknya sebab jem tu..

Okei.. Doakan mood belajar aku berkobar-kobar dari awal sem sampai hujung sem..Pergi kelas memang la rajin.. Tang buat asignment tu yang...errr..errr... zzZZzzzz~

Allah akan tetapkan satu masa, bila kita akan boleh berdiri atas kaki kita sendiri..Aku mana pernah berani nak drive sorang-sorang selama ni..Jauh atau dekat..Mesti nak berteman..Tapi, Allah dah tetapkan.. Masa tu akan sampai.. Masa tu dah sampai.. Nak taknak, kena hadapi.. Sesat? Allah dah murahkan rezeki aku dengan aku dapat beli GPS.. Gunakanlah.. ^_^v


nota kaki : Bye..Nak pergi Wardieburn.. Meeting dengan client.. Drive sorang-sorang ngadap jem.. semoga Allah lindungi dari sebarang kecelakaan..Amin..
nota kaki 2: Baru dalam KL dah kecoh..Orang lain luar KL kot pergi..(ok, muka malu)


Friday, September 9, 2011

Murah rezeki

Tiap tiap hari doa murah rezeki.. Tiap2 hari jugak ada client cal bagitau duit akan turun ke JKR utk buat keje kat kem..tu client yang murah rezeki.bukan aku..wuuaa..

Tiap tiap hari..beratus ratus ribu... Peruntukan yg dah sedia ada ni pun tak abeh2 lagi..dah nak ujung tahun laa..tolong la paham..wuuuaaa... Kang x boleh spend, keje tak siap, aku jugak nak kene menjawabnye...

Nota kaki : kalau byk tu masuk akaun aku kan best..(Meleleh)


Sent from Blackberry

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Merdeka...

Video dari Matluthfi buat kan aku bergenang pulak sekejap.. I am proud to be Malaysian.. Masa tengok video pertama dia, dah jangka mesti ramai yang akan support dia.. Tapi tak sangka akan setouching ini.. 

10 bintang untuk Matluthfi.. Semoga menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang berbakti 210% untuk negara bila balik nanti.. ^_^ All da best..




nota kaki: kagum bila tengok idea-idea orang..simple tapi sangat bermakna...


Resipi Pie Daging

Assalamualaikum..

Entry dulu-dulu aku ada janji nak bagi resipi pie dagingkan? Tapi sampai sekarang janji belum lagi aku tunai2 kan.. Raya ke 3 haritu Ppink n husband dia datang beraya dekat kampung aku..Fendi orang Kelantan yang membesar dekat Pahang..Tahun ni diorang beraya dekat rumah aku.. Nasib baik lah si fendi tu kaki jalan jugak.. Kalau nak harapkan Ppink si anti sosial? Penat aku memujuk taknak gak dia datang..Dan, akhirnya, sampai jugak diorang kat rumah nenek aku..hehe

Kebetulan memang dah plan nak masak pie daging dekat kampung.. Aku pun bagilah diorang makan.. Memang rezeki diorang..Diorang kata sedap! Yey! N Ppink nak resipi.. Haritu aku bagitau dah resipinya.. Tapi  kompem.. Dia mesti lupa.. Ok, Pink.. Nah amek resipi ni.. Jangan tak buat pulak.. hehe..Kepada yang lain jugak.. =)


Wajah Pie Daging

Oh ye.. Pie daging aku ni, bukan lah yang macam dekat kedai2 tu.. bertepung bagaikan.. Aku tak buat tepung dia, so, bila nak makan, kene amek pakai sudu.. =p

Ini resipinya....


Lapisan pertama– Pasta spiral
Air panas mendidih
Spiral pasta
Garam

Lapisan kedua– Daging Sos Tomato
Mentega – cukup-cukup untuk menumis daging dan bawang. Jangan banyak-banyak.
Bawang besar dipotong dadu 
Daging kisar 1 kg – awal-awal lagi dah rebus..so masak kejap je nanti
Sos tomato  – satu botol besar.
Sos cili - tak sebanyak sos tomato (setengah botol)




Lada hitam biji yang ditumbuk
Oregano – mesti letak penyedapkan resepi ni.
*garam dan gula tidak diperlukan sebab sos tomato tu dah sedap dah.

Lapisan ketiga – Kentang Lenyek
Kentang 2 kg – rebus dan lenyekkan.
Mentega satu bata – cairkan
Susu segar 1L
Garam



Lada hitam kisar
(aku tak reti nak bagitau ukuran yang sebenar korang ubah la bagi rasa sebijik macam mash potato kfc tu ye)

Lapisan keempat – Cheddar Cheese lebih kurang 12 keping.

Selepas siap semua bahan di atas, masukkan ke dalam bekas yang sesuai, ikut selera korang.

Kemudian bakar di dalam ketuhar. Takpun microwave. Terpulang. Suhu, terpulang. Masa, terpulang. Pasal aku pun tak tahu. Yang penting apabila aku bakar, aku tengok cheese. Kalau dah hangus kehitam-hitaman sikit, itu tandanya sudah boleh mkn. Tapi, aku selalu buat tutup dengan aluminium foil.. Cheese takkan hangus tapi akan mencair...Sedapnyeee!!!(ok, aku tengah pusa..kawal diri)



Kat bawah ni gambar-gambar yang aku tangkap di sekitar pembikinan pie daging...





Bahan-bahan asas..
Kentang lenyek..





Daging Sos Tomato
Melapis lapiskan bahan yang dah siap..
Acara meletak cheese..Letak sampai tak nampak kentang..
Tutup dengan aluminium foil..


Bakar sampai cheese chair... 

Series..Sangat sedap.. Terima kasih kepada officemate aku yang ajar makanan sesedap ini.. Korang mesti cuba.. Buat je banyak2..Lepas tu frozenkan.. Bila-bila orang nak, bakar je dalam oven.. Yumm Yumm.. 


nota kaki : Jangan tanya kenapa aku dah gemok balik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails