Monday, September 30, 2013

Miki and mini mouse

Assalamualaikum. .

Jumpa artikel ni dalam Kosmo harini.. Comel je kan..Hihi... Alam kartun bercinta, yang dunia nyata pun bercinta.. ^_^

Friday, September 27, 2013

Ron 95 naik lagi 10 sen...?

Assalamualaikum..

Baru je entry tadi aku kata kalau jadi blogger ni, dapat doploh sen tu pun dah rasa hip hip hurey.. Besar sangat dah nilai doploh sen tu.. Ayat ni adalah untuk sesiapa yang rasa minyak naik doploh sen tu apelah sangat..Sekali, harga minyak dikatakan naik lagi harini.. Naik 10 sen.. Makanya, tahun ni je Ron 95 dah naik 30 sen..

Sebelum ni sekali aku isi minyak RM 50 je.. Sekarang dah RM 60.. Start malam ni dah bertambah la nilainya..,

Orang yang kata 'doploh sen je' tu, macam la korang isi minyak kete 1 liter je...-_-"

Tapi, kerajaan menafikan ada kenaikan harga minyak malam ni..

Hmm...tunggu je lah kan..

Kalau minyak naik,Naik moto je lah gi mana-mana..Hehe..





Nuffnang : Status Glitterati tukar jadi Non-Glitterati

Assalamualaikum..

Nampak tak dekat keliling blog aku ni ada iklan Nuffnang? Aku adalah salah seorang blogger berdaftar dibawah Nuffnang. Rugi lahkan kalau kita boleh dapat income dari jadi blogger ni tapi kita sia-siakan kan? Hehe..

Aku ada 3 buah blog. Semuanya aku daftarkan bawah satu akaun Nuffnang. Minggu lepas, masa aku tengah buat rutin harian aku, iaitu menyemak duit dalam akaun Nuffnang, Macam takdek keje lain aku ni.Aku terkejut kenapa status aku dari Glitterati dah jadi Non Glitterati. . Kalau bertukar status je takpe lagi.. Ni, duit yang tengah dalam status ongoing pun dah jadi separuh.. Contohnya sebelum ni RM 3.00 dah jadi RM 1.50..

Ohhh tidakk..Dalam menjadi blogger ni, nampak duit masuk seploh sen pon dah melompat hepi.. Haaa.. sape kata minyak naik 20 sen tu tak banyak? Try la jadi blogger.. Nak dapat 20 sen tu pun payah.. Haha!

Ok, sambung balik... Aku pun tanya la dekat Nuffnang atau nama glemernya hantar tiket, kenapa status aku boleh berubah. Sangat efficient diorang ni..Kejap je soalan aku dah terjawab. Tak sampai setengah hari pun. Ini soalan dan jawapan nya : 


Ohhh..Ok, memang 2 lagi blog aku, iaitu Alam Makanan Nasrina dan Nas Butik dah lama jugak tak berupdate. Takkan pengiklan baik hati sangat nak letak kan iklan diorang dekat blog yang tak aktifkan? Hehe.. Jadi, aku buat keputusan untuk remove dulu iklan-iklan dekat dua-dua blog ni dan tengok bertukar balik tak status Gliterrati aku tu..

Tak lama lepas aku remove iklan dari dua-dua blog ni, status aku dah tukar jadi Glitterati balik dan duit yang terkumpul tu pun dah berganda semula.. Yiipiee! \0/ Setel masalah..Hehe..

Oh ye..Tanya soalan/hantar tiket dekat Nuffnang ni jugak, boleh bantu pengiklan nampak kewujudan blog kita ni tau. Series aku baru tau dari blog Yumida. Bila pengiklan tau kewujudan blog kita ni, barulah blog kita ni dapat banyak iklan. Jadi, rajin-rajinlah hantar tiket dekat Nuffnang ni ya. Banyak tips nak dapatkan CPUV  dari Nuffnang ni aku belajar dari blog Yumida.. Blogger yang sangat-sangat membantu...Terima kasih daun keladi.. ^_^





Thursday, September 26, 2013

Bercuti Bertiga?

Assalamualaikum..

Wiken lepas ofis Shahril ada buat Family Day. Yey!! Bawak Aisyah pergi bercuti! \0/ Agak cuak jugak, macamanalah Aisyah nanti.. Dah la dekat Sabak Bernam.. Macamanalah environment dekat sana.. Tepi laut ke.. Hutan ke... Banyak nyamuk ke tak.. Sesuai bawak baby ke tak.. Macam-macam pikir.. Dari beberapa hari sebelum pergi, dah bagitau dekat Aisyah,"Kita nak bergi jalan-jalan, Aisyah elok-elok ye.." Alhamdulillah.. Semuanya berjalan denga lancar ^_^

Family Day ni buat dekat Institute Perakaunan Negara. Sangat sangat sangat berpuas hati. Bilik macam taraf hotel 3 bintang. Selesa sangat. Persekitaran bersih, besar. Ishhh..Tak tercakaplah kepuasan hati ini.. Yang paling berpuas hati,  kalau sektor kerajaan jugak yang nak buat event dekat sini, bilik adalah free. Bayar untuk makan je.. Perghhhhhhhh... Kalau lah aku tau tempat ni masa aku kerja JKR dulu..Kompem! Tiap tahun ada family day..Haha! Kalau aktiviti lagha macamni memang kerja aku dulu..Haha.

Banyak kali dah kitorang nak buat Family Day tapi tak jadi. Budget tinggi la nak buat family day.. Nak balik hari macam tak puas. Tak syiok.. Sebab kekangan budget. maka asyik tak jadi je nak buat Yela, dengan makan lagi,bilik, hadiah, transportation.. Berapa pulak nak kena keluarkan duitkan? Sponsor? No sponsor sponsor okeh.. Marilah bekerja dengan integriti yang tinggi. Ewahhh! Haha! Kepada kakitangan kerajaan yang tercari-cari tempat yang murah untuk buat apa-apa acara, tempat ni adalah highly recommended oleh saya.. ^_^ Orang luar pun boleh kalau tak silap. Tapi kena bayau ye..


 

 
Ok kan bilik dia? Bersih...Dan sojuk..



Aisyah hepi gila. Terus guling guling.. Tau sangat dia mood bercuti..  

 Dapat bilik bawah..Senang nak angkut barang...Ambik dari balkoni ni je..Hehe..

Abah dengan mak ambik la barang-barang ye.. Aisyah nak tengok tv.. 
Sampai tertido budak kecik ni.. Selimut abah kena bawak jugak..  Bagi dia rasa macam dekat rumah sendiri.. Hehe..

Malam tu ada BBQ..  Lekatkan pelekat ubat nyamuk dekat baju Aisyah dengan dekat stroller dia. Kuat gila bau serai wangi.. Pening kepala aku bau.. Kompem.. Nyamuk pun pening..Haha.

Lepas makan, bawak Aisyah jalan-jalan keliling tempat makan tu. Aisyah mengantuk gila... Dah kuyu-kuyu dah mata dia.. Nguap dah banyak kali..Bawak jalan-jalan kejap..Terus tido atas bahu...Walaupun speaker sangat-sangat kuat, nyenyak jugak dia tido.. Aisyah ni memang macamtu. Bising boleh tido. Kalau sunyi sangat, taknak tido...
Esoknya sukaneka pulak.. Shahril kumpulan biru.. Aku menyebok jugak dekat situ. Meramaikan orang..Hehe..

Tengok, punya lah bising dengan orang bersorak. Elok je dia tido nyenyak. Ni aku berdiri sebelah speaker ni.. Macam takde apa-apa berlaku je.. 
Tapi tak boleh lawan baby girl ni la.. Haha! Kemain selesa lagi dia tido atas tikar tu sebelah orang lari-lari.. Aisyah ada pesaing.. !Haha.
Ok, tu je cerita bercuti bertiga tapi beramai ni.. Hehe..





Weh, betul tau.. Aku sangat-sangat mempromosikan tempat ni.. Puas hati...\0/




 

Wednesday, September 25, 2013

Jangan Pandang Belakang.

Assalamualaikum. .

Selalunya aku akan update blog atau buat apa-apa kat laptop masa Aisyah tengah tidur atau pun dia tengah ralik je atas katil..

Selalu jugak la bila aku pusing je belakang, mesti dia dah meniarap,tengok apa aku buat.. Diam je dia tanpa sebarang bunyi... Ngintai apa aku buat...

Tengok muka dia ngintai comel ni..Tak jadi nak duduk lama depan laptop..terus pergi dekat dia..Cium lantun-lantun kat pipi tembam dia tuhhhhh...

Tuesday, September 24, 2013

Mainan Gapai-gapai..

Assalamualaikum...
Dah ada cara untuk bagi Aisyah ralik je main..Kalau tidak, memang tak lepas la aku nak buat keje siang hari.
Pantang takde depan mata, dengar la suara dia panggil-panggil suruh berdirikan dia, dia nak timang timang...
Keluarkan mainan ni balik..cousin aku bagi masa Aisyah baru lahir. Haritu dh keluarkan dah. Tapi Aisyah banyak tenung je, gapai-gapai tak reti lagi. Tadi try keluarkan balik..  tak sabar sabar dia nak capai semua.. Clever girl.. ^_^
Ok, main elok elok ye..  Mak nak jemur kain...

Saturday, September 21, 2013

Rambut gugur bila baby start menyembur? Betul ke?

Assalamualaikum..

Ye betul... Aku mengalami nya sendiri.. Nangis...T_T Haritu masa pergi kenduri, masa Aisyah duk menyembur-nyembur, ex ofismate aku dah bagitau dah.. "Baby dah start menyembur? Gugurlahhh rambut lepas ni.." Masa tu perasaan aku macam.. Err..Yeke? Rambut aku bukan jenis gugur tiba-tiba tapi bila sikat, bila syampu, haaaaaa...Time tulah banyak gila tercabut. Kiranya rambut aku ni tak kuat lah...So aku abaikan je ayat tu...

Sekali! Selang dua tiga hari lepas kenduri tu, gila banyak rambut aku gugur kottttttt... Memang Aisyah makin aktif menyemburnya.. Rambut merata-rata..Melekat dekat bantal, jatuh dekat lantai. Huhhhhh..Dah kenapa nak gugur tiba-tiba..? Takkan tarikan elektrostatik dekat rumah ni tiba-tiba meninggi bila baby start menyembur..?Tensi tensi.. Tensi bila tengok bersepah rambut di mana-mana. Mengadu dekat Shahril.. Mengadu cepat-cepat supaya dia tak sakit mata tengok rambut tu.Kiranya sebelum dia tegur, kita mengadu dulu la..Maka, kes ini terjadi bukan disengajakan.. Haha! Shahril kata cuba pakai syampu yang beli dekat Nadia tu tiap kali mandi.. Tengok ada kesan tak.. Aku memang tak syampu rambut tiap kali mandi. Bila rasa nak syampu, baru aku syampu..Haha.

Aku pun syampu la tiap kali mandi.. Memang ada beza la.. Dah berkurang dah kadar kegugurannya..Kalau nak kata 100% tak gugur dah macam tipu sangatkan..Hehe.. Aku baru syampu dua kali pagi petang masa tu.. Dah nampak kesan dia..Series..Sebelum ni aku ingatkan rambut aku yang tak kuat tu adalah masalah keguguran rambut. Rupanya rambut gugur adalah rambut yang jatuh tiba-tiba..Ohoi..Seram... Rambut jatuh tanpa penyebab..

Entry ni aku buat sebab Anne bagitau rambut dia pun gugur jugak bila Zafry start menyembur. Haihh..Ni yang terpaksa promote syampu ni lagi ni..Haha.  Buat iklan tak berbayar lagi...Kihkih.. Sebelum ni aku dah bagitau pasal syampu yang aku dengan Shahril pakai. Cousin aku jual...

Ok,Amat berpuas hati sebab rambut aku dah tak gugur secara melampau lepas aku pakai syampu ni secara kerap.. Alhamdulillah.. Setel masalah sakit mata akibat rambut bersepah merata tempat.. wink!wink! *_*



Thursday, September 19, 2013

Baby sitter Aisyah

Assalamualaikum...

Dah dua hari Shahril pergi Kelantan. Jadi, aku tidur dekat rumah mak aku. Aku akan lepak rumah mak aku tiap kali kalau Shahril outstation sebab time tu je lah aku boleh tidur dekat rumah mak aku. Sebab rumah mak aku full house takde bilik. Aku akan sebilik dengan baby( adik aku)...Takkan Shahril nak tidur sebilik dengan adik aku pulakkan..hehe

Dari aku dalam pantang, adik aku akan teman aku dekat rumah mak mertua aku. Lepas mak mertua aku dah masak, adik aku akan tolong hidangkan. Kalau nak mandikan Aisyah, dia siapkan semua benda yang patut disiapkan n aku akan mandikan Aisyah. .Lepas habis pantang pun adik aku akan datang lepak dengan aku untuk main dengan Aisyah.. Aisyah kan taknak tidur siang sangat. Kalau adik aku ada, boleh la dia jaga Aisyah n aku buat kerja lain...

Aisyah pun kenal sangat dengan Tisya dia ni.Tisya singkatan untuk Auntie Sya. Gedikkan dia? Haha.Kalau diorang tak jumpa berapa hari pun, dia cepat kenal. Kalau orang lain dia ambik masa jugak nak mesra..

Dah 4 bulan dah baby tolong jaga Aisyah.....Dia dapat sambung belajar dekat UPM.. Wuuaaa!!! Aku yang terasa lebih.. Takdek geng dah nak jaga Aisyah..kihkih.. Lepas tu kengkonon dah ada plan nak buat something..Dah sambung stadi, kena tukar plan..huhu..

Semalam pergi hantar baby dekat UPM.. Sayuuu je dia..hehe..

Tak mo cakap lebih lebih jom tengok gambar...


 Abang-abang ipar, buat hal masing-masing ye... Kakak kakak saya nak hantar saya pergi daftar..


Bz isi borang... Eceh eceh mak aku..Muka redha padahal bila sampai rumah, masuk  bilik adik aku, nangesssss...


Tisya dengan Aisyah..

Aisyah pun masa dalam keta, duk pegang je tangan Tisya dia.. Macam paham sangat Tisya dah tak lepak kat rumah macam selalu dah.. Upload gambar ni dekat Fb nangis adik aku tengok.Haha





Ok... Itu sahaja... Kepada Nursyafiqah Binti Amarudin.. Sila belajar rajin-rajin.. Jangan sedey-sedey... Apa yang tertulis, itu yang terbaik untuk kita...Tahniah! ^_^v Dekat je kot UPM tu.... Tak yah nak homesick sangattt....







Sunday, September 15, 2013

Lama tak pergi kenduri kahwin

Assalamualaikum..

Lama tak pergi kenduri kahwin.Ni kenduri pertama bawak Aisyah.. Alhamdulillah dia tak meragam.. Ngengek sikit je sebab panas berpeluh peluh.. Dukung, bawak tempat berangin sikit. Lena dia tidur.. Sekali tiba-tiba bunyi kompang kuat gila masa pengantin sampai.Terkebil-kebil dia bangun cari dari mana datang bunyi tu..kehkeh..

Share gambar je la eh.. Itu pun gambar kitorang je.. Gambar pengantin sayupp sayupp atas pelamin tu.haha. Gambar dari dekat, dalam kamera pulak. Mana ntah cable.hihi..malas nak cari..











Friday, September 13, 2013

segmen ayu : UPSR oh UPSR

Assalamualaikum..

Join segmen UPSR oh UPSR jap... Segmen ni dah bermula dari sebelum UPSR lagi.. Hari ni dah nak tutup pun segmen ni. Baru nyibuk nak join.Haha!



Kene jawab 3 soalan :
a) tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
   -1996

b) apakah keputusan UPSR anda?
   - 3A 1B (B aku PENULISAN ok.. Jadi, dah terjawablah persoalan korang sepanjang menjadi pembaca blog aku ni, kenapa penceritaan aku agak tunggang tebalik selama ni..Haha! )

c) apakah subjek yang anda paling suka?
  - Matematik.. (Inilah subjek hidup mati aku dari tadika sampai sekarang ni.. Kalau takde Matematik, aku taktau subjek apa yang aku boleh score dengan baik..-_-")

Ok, segmen ni akan tamat pada : 13 SEPTEMBER 2013 jam 10 malam. Iaitu malam ni! Nampak tak betapa last minitnya aku.. Kihkih..

Ok, sesiapa yang nak berkongsi result UPSR, jom join segmen Cikgu Ayu ni.. Bestnya jadi cikgu...^_^





  

Wednesday, September 11, 2013

Cukur Bantal

Assalamualaikum...

Sedapnya tengok Aisyah tido dekat sebelah ni.. Lepas mandi petang tadi, terus tido. Penat sangat berjalan agaknya. Siang tu kitorang keluar dengan atuk dan neni. Dia tido dari pukul 6 petang sampai pukul 6 pagi. Bangun dalam 3 kali tu pun dengan mata terpejam mulut je nyotnyot...

Aisyah memang waktu tido dia malam. Siang memang waktu aktif dia.Alhamdulillah..Sebab tu waktu tido malam aku pun cukup je. haha! Tapi siang buat keje memang kena ikut waktu dia. Dia tidur kejap, masa tu la aku g masak. Dia terjaga, main dengan dia. Bila dia tido balik, masa tu la nak lipat baju ke, gosok baju ke,buat la apa-apa yang patut..

Rambut Aisyah dekat depan dah mula nak panjang.Yang belakang, susah betul nak naik.. Dah 4 bulan dah lps cukur. Orang kata cukur bantal. Asyik baring je sebab tu rambut lambat tumbuh. Semalam bawak Aisyah pergi Ampang Point ada makcik tu tegur, "Hemsemnyaaaa" haha! Pastu baru dia perasan Aisyah pakai baju pink. Baru dia tanya aku laki ke pompuan.. Kihkih...

Eh eh..Aisyah dah gerak-gerak. Ok bye...





Jom Jalan-jalan Hujung Tahun



Assalamualaikum..

Akhir tahun lepas, aku ada pergi Penangkan? Ingat tak aku ada buat tabung? Tahun ni aku nak buat lagi.. \0/Tabung ni baru je dilancarkan..Dengan penuh bersemangat nak berjalan-jalan, aku pun pikir lah berapa yang patut dikumpul dan berapa kerap duit perlu masuk dalam tabung ni. Malas nak buat kotak dah. Aku pinjam tabung Aisyah.Hehe.. Nah, tengok la betapa huduhnya tulisan aku.. -_-"



Kalau dulu, kitorang setkan setiap hari kena simpan RM2 dalam masa 3 bulan. Masa tu dapatlah kitorang kumpul nak dekat RM300. Kali ni kitorang ubah strategi sebab nak kumpul banyak sikit kononnya. Bukan kumpul tiap-tiap hari dah, tapi setiap kali ada je duit warna hijau dalam purse, iaitu RM5, kitorang akan masuk tabung ni. Atau pun, agak-agak semua duit hijau dalam purse tu nak pakai jugak, setiap hari Ahad bermula minggu ni, sekurang-kurangnya 3 keping duit hijau kena masuk dalam tabung ni. 3 keping sorang.. Seminggu RM30. Cepat sikit duit jadi banyakkan? Kan?Kan? Tak pun sebenarnya, jangan tertipu dengan diriku ini. Sebenarnya lebih RM2 je pun berbanding  kalau kumpul hari-hari RM2. Haha! Tapi, kalau kitorang ikut strategi masukkan duit hijau dalam tabung ni setiap kali ada duit hijau dalam purse mungkin bezalah sikitkan... Memang cepatlah banyaknya.Kena cekalkan hati tak guna duit hijau dan terus masuk dalam tabung ni.. *kamiakanberusaha*

Nak pergi mana dan bila tarikh yang betul-betul nak pergi belum tetapkan lagi. Kumpul je dulu. Bila dah sampai masa, duit pun ala-ala dah banyak kumpul, baru pikir..Tapi yang kompem, dalam Malaysia je. Haha!
 
Korang dah plan nak pergi mana-mana hujung tahun ni? Tak yah kumpul duit? Untung laaaaaaaaa.... Haha! Ayatdengkisangat.. Yang rasa-rasa duit tak cukup, jom menabung! Sempat lagi ni.. Sekali sekala berehat, tengok tempat orang aka hanimun..Kihkih.. Aku tak terfikir idea ni masa belajar dulu.. Kalaulah aku terfikir, akan ku rancang percutian bersama 8d8...Kumpul duit dari awal sem. Dapat je duit PTPTN, tabung perlu dilancarkan dulu. Haha!



Monday, September 9, 2013

Apa nak dibuat dengan susu badan yang dah tamat tempoh?

Assalamualaikum..

Selama ni aku duk la fikir-fikir apalah boleh dibuat dengan susu badan yang aku duk pam lepas tu duk terperam je dalam deep freezer rumah mak aku tu. Aisyah sampai sekarang taknak susu botol. Yelah, mak asyik depan mata je agaknya kan? Bila aku bagi je botol, dia punya menangis.. Ya Allah... Macam nangis kena pukul.. Tak sampai hati, sua je terus nenen.. Huhu.. Orang kata kena kuatkan hati.. Tak mampu laa nak biarkan dia menangis lama... T_T

Dulu aku rajin la mengepam. Tu yang banyak stok-stok lama dalam peti tu. Aisyah lahir bulan 5, sekarang dah bulan 9.. Anggap je lah dah tamat tempoh dan dah tak sedap..Baki susu yang aku ajar Asyah pakai botol tu, mana yang tak habis,aku sedekahkan kat pokok buat baja..Kihkih.. Nak buang terus sayang..

Kadang-kadang terfikir je ada tak sesiapa sudi nak jadi anak susuan aku atau apa laaaaa yang aku boleh buat dengan susu-susu yang ada dalam peti ais ni. Artikel dalam KOSMO harini agak memberi sinar harapan dekat aku..Eccehh.. Dekat ruangan Rencana Utama, muka surat 22 ada info pasal Kitar Semula Susu Badan.

  • Sabun daripada susu badan dibuat dan diajar cara-cara pembuatannya di sebuah kediaman dua tingkat di Kota Kemuning, Shah Alam yang dikenali sebagai Bonda Villa. Susu-susu ibu yang tamat tempoh diberi peluang kedua. Ia menjadi bahan penting dalam pembuatan sabun.
  • Bahan-bahan lain yang digunakan seperti susu kambing, kunyit, serai, minyak sayur sayuran, seperti minyak zaitun, kelapa sawit serta minyak pati.
  • Adunan tersebut akan menghasilkan sabun dengan berat lebih kurang 900 gram.
  • Maklumat lanjut boleh didapati di FB:Lavensoap atau emel ke lavensoap@gmail.com.Keuntungan jualan disalurkan ke The Breastfeeding Advocates Network (TBAN) untuk kegunaan kumpulan sokongan itu. 
 
 
 

Tapi, KOSMO ada jugak minta pendapat dekat Ustaz Haslin Baharin tentang sabun susu badan ni. Ustaz Haslin kata, pembuatannya perlu ditelitikan. Susu ibu yang dibiarkan lama sehingga rosak, boleh bertukar menjadi darah. Justeru, boleh atau tidak susu badan dijadikan sebagi sabun memerlukan banyak perbincangan dan perlu diperhalusi pada peringkat jabatan agama atau majlis fatwa. Beliau memberi contoh pembuatan gincu daripada uri yang tidak dibenarkan.

Ok, kalau aku nak bagi dekat diorang ni untuk buat sabun boleh tak? Tapi aku was-was la nak pakaikan selagi fatwa kita belum putuskan boleh ke tak orang islam guna sabun ni. Emmm...Kalau kita tak pakai, tapi kita kitar semula untuk orang yang boleh pakai.. Aci ke tak aci macamtu?



Sunday, September 8, 2013

Review Blog 2.0



Assalamualaikum

Dijemput oleh Sheila untuk join segmen dalam blog dia.  



Sesiapa yang join segmen ni, blog kita akan di review oleh beliau..
 Ok cuak.. Ntah-ntah ayat first pasal blog ni adalah,
tuan punya blog ni suka perasan masakan dia sedap.Haha!

Jom join jom.. Dengar pendapat blogger lain tentang blog kite..Hihi..
 

 Nak join jugak? Jom KLIK SINI. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails