Tuesday, August 27, 2013

Contest: Family Potret Raya.

Assalamualaikum..

Haa..first time nih.. Nak join contest.Hihi.. Tengok caranya senang sangat ha..Marilah kita memasukinya.. Hehe.. Tak percaya senangnya? Jap aku kopipes...

Cara-caranya :
1. Buat satu entri tajuk dengan tajuk Contest: Family Potret Raya.
2. Tepek kan aje 1 gambar yang uols dah pilih untuk join contest.
3. Bawah gambar just letak Family Potret Raya yang di link ke entri ini.
4. Last, korang letak link contest korang dekat entri ini. 
 
Senangkan?


 Kalau korang nak join jugak, klik dekat link dekat atas tu ye..Atau pun KLIK SINI.Tarikh tutup 30 Syawal. ^_^

 
 

Monday, August 26, 2013

Boy ke Girl?

Assalamualaikum..

Setiap minggu ada je aktiviti pergi kenduri, open house, atau orang datang rumah beraya. Pertanyaan feveret orang adalah, Aisyah ni boy ke girl. Aku memang jarang nak pakaikan Aisyah ni skirt. Selalunya aku pakaikan rompers atau t shirt dengan seluar. Boleh dikatakan hampir semua yang kitorang jumpa, akan ingatkan Aisyah ni boy.. Walaupon aku dah pakaikan dia segala macam headband dah dekat kepala tu. Orang tetap tanya boy ke girl. Konpius akak..-_-" Mak akan usaha lagi \0/

Pilih gambar ni sebab terasa diri sendiri cun. Boleh? Haha..(muntah)  Aisyah, kita sekarang tengah berhari raya,bukan gong xi fa chai.. -_-"

Cepat teka saya boy ke girl... Emmm..





Sunday, August 25, 2013

Cara Mengatasi Kelumumur dan Rambut Gugur

 Assalamualaikum

Hari ni aku nak share sesuatu dengan korang semua. Produk yang membantu dalam mengatasi kelumumur dekat abah Aisyah. Oh, dan juga rambut aku yang tak berapa kuat ni. Rambut aku asyik la gugur. Kalau syampu atau sikat rambut, bergumpal-gumpal dapat. Kalau jual dekat pembuat rambut palsu, boleh kaya kot aku. Haha!

Shahril kata dah try macam-macam jenis syampu untuk hilangkan kelumumur kat kepala dia tu. Tak berjaya pun. Paling ok dia kata, Hair and Shoulder. Tahan la dua hari rambut tak gatal dan takde kelumumur. Haha! Dua hari je.. Takdek maknanya ok.. Kena syampu rambut sentiasa setiap kali mandi kalau nak hilangkan rasa gatal dan kelumumur tu. Panjang je sikit rambut dah rimas. Kene potong pendek macam askar tu. Kalau tak, memang merenyam la kepala dia.

Aku pun search la dekat internet kenapa boleh jadi kelumur ni. Sebab rambut aku, memang tak pernah ada kelumumur. Aku pun jumpa la yang ni:

Punca kelemumur dari Yun Nam Hair Care
  1. Tidak cukup tidur, bekerja lebih masa
  2. Keletihan
  3. Cara hidup yang tertekan, selalu berasa gelisah
  4. Kekurangan nutrien penting
  5. Produk penjagaan rambut yang tidak sesuai
  6. Ketidakseimbangan kelenjar endokrin
  7. Makanan yang terlalu pedas 
Emm... Keletihan sangat ke laki aku ni.. Stress? Emm.. Ada perangai aku yang stresskan dia ke? Haha. Makanan terlalu pedas? Rumah mak mertua aku ni, cili padi adalah makanan larangan. Emm.. Jadi, aku buat kesimpulan, mungkin kurang nutrisi penting dekat rambut dia. Selaku isteri mithali, aku pun beli la syampu yang cousin aku duk cerita-cerita kat aku. Marine Essence Bamboo Salt. Aku beli disamping untuk hilangkan kelumumur, nak jugak bagi rambut aku ni kuat sikit. Taknak la gugur dan cepat putus.Orang kata lepas bersalin rambut lagi senang dan banyak gugur.. Oh tidak.. Baik berjaga-jaga dari sekarang. Kang cepat pulak botak aku ni. Rambutkan mahkota wanita. Eiccehh.. ^_^

Alhamdulillah. Lepas aku cuba syampu ni, rambut aku tak senang putus dan gugur.  Aku perasan rambut Shahril dah takde kelumumur masa tengah jalan-jalan haritu. Lepas dua tiga hari aku beli syampu ni. Aku nampak macam rambut dia hitam sihat-sihat gitu. Aku tanyalah dia, dia pakai syampu aku beli tu ke. Dia cakap haah. Ada gatal-gatal lagi tak? Dah takde dah dia kata. Kelumumur pun hilang dah.. Fuyyyoooooooo! Cayalah! Haha! Aku sendiri takjub.Cepat betul kesan dia.. Ni dah 3 minggu pakai. Syampu rambut pun taklah tiap-tiap hari. Bila rasa nak syampu, syampulah rambut tu. Kelumumur dah takde dah. Alhamdulillah.. Si isteri adalah sangat hepi sebab berjaya mencari penawar.. Kihkih.. Weh, ingat tak bangga ke? Dari sekolah menengah dia cari syampu yang sesuai, lepas kahwin jugak baru ditemui. Haha.

Oh ye..Lagi satu, syampu ni sangat wangi. Bau dia fresh je. Syampu ni sesuai untuk semua jenis rambut. Yang tak ok, dia okkan.. Yang dah sedia ada rambut sihat, disihatkan lagi.Takyah la nak pening fikir rambut kita ni rambut jenis kering ke rambut jenis berminyak.. Pakai sajoh..Semua info ni menurut apa yang diberitahu oleh cousin akulah.kihkih..

Ok, terima kasih kepada cousin ku. Kini suamiku boleh poyo-poyo selak rambut pakai jari macam iklan syampu.. Haha! Aku pun tak payah nak susah hati tengok sikat rambut yang ada gumpalan-gumpalan rambut aku. \0/
 
Siapa-siapa yang berminat boleh contact direct cousin aku ni ye.. Nak tanya lebih-lebih pasal syampu ni pun dia lebih arif kot. Aku buat testimoni untuk diri aku sendiri je.. Sebab pada aku benda yang baik perlu dihebah-hebahkan. Hehe.. 

contact je aku terus
Nas
019 3613164 (sms/whatsapp)

Supaya aku boleh bagi korang harga special..Hehe... 





#####Update tentang syampu ni yang terbaru..####

Friday, August 23, 2013

Homemade Lamb Chop

Assalamualaikum.

Semalam Shahril teringin nak makan ala-ala western. Orang puasakan.Terbayang yang sedap-sedap je. Hehe.. Dalam peti ais memang dah ada daging kambing yang dah diperap. Bukan buat sendiri ye. Beli je yang dah siap perap dekat AEON BIG Wangsa Maju tu. Hehe.. Dah banyak kali dah beli dekat situ. Sedap jugak diorang marinate. Tak payah susah payah nak buat sendiri dekat rumah.. Kehkeh.. Macam-macam ada tau. Ayam ada, daging lembu ada..Pilih je ikut tekak kita..

Haritu masa bulan puasa dah buat dah. Kambing bakar, whipped potato dan coleslow tapi black pepper sos tak buat sebab malas. Kihkih.. Malam tadi pulak, whipped potato pulak takde, tapi black pepper sos pulak aku buat. Ikut suka hati je kan? Haha!

Coleslow memang aku tak pernah buat. Shahril terer buat. Jadi dia yang buat.. Nyum nyum.. Sedap.. Haritu dia buat ayam cashewnut pun sedap.Ada rasa macam ayam cashewnut dekat Black Canyon. Paprik jangan cakap lah.. Dah banyak kali dah dia masak. Paprik dia lagi sedap dari aku buat. Dia tak masukkan pun sos nampla tu. Aku tanya dia mana dapat resipi-resipi ni? Soalan dengki tak?Haha! Dia kata dia search dekat TryMasak. Hamboi-hamboi.. Aku pun taktau kewujudan website tu. Bila dia tunjuk dekat aku, baru aku tau.. -_-"

Ok, jom aku share resipi black pepper sauce dengan coleslow tu ye.. Daging kambing dah siap marinate, jadi resipi ni bukanlah 100% homemade.. Separa homemade.. Hihi..Oh ye.. Daging kambing tu aku masak dalam pemanggang ajaib. Cepat empuk  daging kambing tu.. Sila beli ye pemanggang ajaib bagi sesiapa yang tak beli lagi. Sangat-sangat berguna. ^_^ Mak mertua aku, jangan kan masakan yang bakar-bakar..Kuih badak berendam, kuih bakar, semua pun dia masak pakai tu je... Melampau senangnya guna pemanggang ajaib nih..

Ok.. berbalik kepada resipi Homemade Lamb Chop tadi..

 


Coleslow

1 biji lobak merah
Kobis Ungu (Kobis biasa pun boleh)
1/2 biji bawang Holand
4 sudu Mayonis (lLagi banyak lagi sedap)
Lada hitam
1 biji Limau Nipis

Cara-caranya

Semua sayur dan bawang di parut memanjang.. Campurkan semua bahan. Garam dan gula secukup rasa.Gaulkan rata. Lepas tu masukkan dalam peti ais dalam satu jam. Nak bagi semuanya sebati..Kena masukkan dalam peti dulu tau. Kalau tak, tak berapa jadi. Siap! Yummeehh...
 
Black Pepper Sauce

3 sudu tepung Brown Sauce Mix jenama Knorr (beli dekat AEON BIG jugak)
Lada Hitam ditumbuk (kalau nak pedas, masuk banyak sikit)
1/2 biji Bawang Holand dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong nipis
3 sudu mentega (untuk dijadikan minyak)
2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan mentega (api kecil)
2. Tumiskan bawang putih dan bawang holand sampai naik bau. 
3. Masukkan lada hitam
4. Masukkan brown sos yang dah dikacau dalam air terlebih dahulu kalau tak, berketul-ketul nanti.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kalau rasa pekat atau cair, adjust antara nak tambahkan  brown sauce atau air. 
7. Siap!

Inilah rupa packet brown sauce tu. -Dari Pakcik Google-


Kalau nak resipi Whipped Potato, boleh cari dekat resipi pie daging aku nih.. Dekat kentang lenyek tu.^_^



 

Thursday, August 22, 2013

Meniarap

Assalamualaikum..

Pukul 5 pagi tadi, tiba-tiba Aisyah bangun, ngamuk-ngamuk. Ingat nak nak nenen le apa.. Sekali dia pusing meniarap. Laju gila. Kepala dia terlepek je.. Aku dah cuak dah. Sekali muka dia tengah sengih sengih hepi... Mata tutup.. Ya Allah Aisyah mimpi Aisyah guling-guling dekat taman bunga ke sayang oii.. Hehe... Biar dia kejap lepas tu pusing kan dia terlentang balik.. Dia taknak tidur dah.. Segar bugar terus sampi pukul 7.30 pagi..

Ni gambar 5 minit tadi. Asyik nak meniarap tanpa henti dah sekarang ni... Eksaited betul dia belajar benda baru.. ^_^

Tuesday, August 20, 2013

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan

Assalamualaikum..

Semalam, ada check up untuk Aisyah. Cucuk 3 bulan. Alhamdulillah Aisyah tak nangis masa cucuk. Masa cucuk bulan pertama pun tak nangis. Tapi cucuk bulan lepas dia menangis. Aisyah ni dia berjangkit sikit bila dengar ada budak lain menangis. Kalau ada budak tengah nangis, dia mula lah buat mulut cembeng nak nangis.. Kalau lama lagi dia dengar budak tu menangis, dia pun join menangis sekali. Alkisah nya, masa masuk dalam bilik nak jumpa nurse bulan lepas, ada lah sorang budak ni menangis. Ah sudah.. Muka Aisyah dah sayu dah. Budak tu mak nya tanggalkan baju nak timbang je pun menangis. Kuat gila pulak tu. Dah setahun lebih dah aku rasa umur dia. Dah dengar budak tu menangis kuat gila. Aisyah pun terus menangis sekali. Berlanjutan sampai nak cucuk tu.. Bila kena cucuk, lagi la sedeh... Menangis lama jugak. Sampai  dalam kereta.. Pujuk-pujuk, bagi nenen baru diam.. Sayu sangat cara menangis nya.. 

Lepas balik dari klinik semalam, bukak IKIM.fm. Ada topik pasal rumah tangga. Alamak..Lupa lah pulak nama ustaz tu. Ala ustaz yang suka gelak tuh..Haha! Ok, aku memang tak ingat nama dia. Ustaz tu kata, nak kan kebahagiaan dalam rumah tangga, jangan ungkit perbezaan. Jangan cari perbezaan dekat pasangan kita. Dah Allah memang tetapkan. Lelaki sifatnya begitu. Perempuan sifatnya begini. Jangan nak paksa-paksa nak bebel-bebel kenapa dia tak macam kita. Kalau nak bentuk, bentuk perlahan-lahan.

Ustaz tu bagi contoh, kalau picit ubat gigi. Lelaki akan picit je ikut suka hati. Tapi kalau perempuan, dia akan picit teratur je dari bawah ke atas. Lagi satu contoh dia, kalau membeli barang. Perempuan punyalah lama dekat satu-satu tempat tu. Duk belek-belek sampai puas hati baru beli. Lepas tu akan ingat benda apa yang kurang dekat rumah, Kalau lelaki, dah target nak beli apa, beli tu je lepas tu balik..

Ok, seriesssss... Senarai yang ustaz tu cakap, perangai yang dekat lelaki tu adalah perangai aku. Yang perempuan tu ada dekat abah Aisyah. Picit ubat gigi? Aku lah yang picit ikut suka hati tu. Bila Shahril yang masuk toilet, elok je ubat gigi tu kembung kat atas kempis kat bawah. Haha

Kalau beli barang? Aku lah orang yang target nak beli apa. Dah jumpa balik.. Selebihnya cari barang yang saja-saja nak abehkan duit. Memang aku tak pernah nak pikir apa yang kurang dekat rumah tu. Minyak dah nak habis? Pencuci kain? Syampu? Sabun? Aihhhh... Semua Shahril yang tukang ingat. Dan cerewetnya dia masa membeli.. Aduih la... Sangat-sangat teliti. Kalau membeli barang dapur, selalu sampai ngantuk-ngantuk aku tunggu dia membeli.


Tengok la haaaaa... Ini masa dekat IKEA haritu, Nak beli simple rak je pon kot. Lama gile.. Dah la aku pakai kasut yang tak best masa tu (Ok, ketat sebenanye sebab dah gemok.Hihi). Aku dah tahap bukak kasut tu, pijak je lepas tu jalan seret je kasut tuh.. Besar ok IKEA tu..-_-"

Tengok tu, macan-macam jenis support untuk rak tu. Bersusun..Haha! Dia susun macamtu sebab nak tanya pendapat aku. Aku jawab "Tak kesah. Saya ok je yang mana pun.. " Haha! Baik tak yah tanya kan? Tapi Shahril memang macamtu. Apa pun mesti nak bincang. Termasuk lah hal kecik nak beli support rak tuh.. Beli je lah abang ooii.. Kaki saya dah sakit nih... Kalau aku tak sakit kaki pun, tutup mata je kot beli tu..  Ada masalah, datang balik IKEA beli baru..Haha! 

Itulah dia kan.. Sorang perangai macamni, sorang perangai macamtu.. Untuk mengcompletekan each other.. Kalau aku dengan dia perangai sama macam perangai aku? Kompem! Kompem tambah kelam kabut jadinya..Haha. 

Jadi, kesimpulannya, semoga suami saya bertabah dengan saya... Nak bentuk saya perlahan-lahan ye.. Kuikui..




Syahid di sisi Allah..


Assalamualaikum..

Laju je air mata aku baca cerita yang Wardina kongsikan dalam Facebook dia harini. Seorang isteri yang suaminya syahid dalam menegakkan kebenaran di Mesir.Semua orang pasti akan menemui mati.. Semoga kematian kita, dan orang yang kita sayang mati di dalam redha Allah.

Nak kongsikan cerita ni terutama sekali dekat kawan aku Ppink.. Mungkin cara mereka menemui Allah dalam keadaan yang berbeza.. Tapi mungkin ada sesuatu yang hampir sama..Kebaikan seorang suami, kekuatan seorang isteri dan kenangan yang baik-baik sahaja yang diceritakan oleh orang di sekeliling..  ^_^

Ni aku sharekan kisah tu ye. Semoga menjadi kekuatan untuk semua orang.. Ya Allah jemputlah kami ketika kami benar-benar dalam keadaan beriman kepadaMu..


Sister Asmaa Hussein

Teaching myself how not to lose hope: Amr Kassem 1987-2013

"Think not of those who are killed in the Way of Allah as dead. Nay, they are alive, with their Lord, and they have provision. They rejoice in what Allah has bestowed upon them of His Bounty and rejoice for the sake of those who have not yet joined them, but are left behind (not yet martyred) that on them no fear shall come, nor shall they grieve. They rejoice in a Grace and a Bounty from Allah, and that Allah will not waste the reward of the believers." (Ale Imran; 169-171)

My husband, Amr Mohamed Kassem who was 26 years old, returned to his Lord on Friday after Asr. He was shot through his chin and the bullet exited the back of his neck. He was at a protest in Alexandria, calling for justice for all those who had been killed mercilessly by the army in the previous days and weeks all over Egypt.

Yesterday morning I went to the morgue at a nearby hospital in Alexandria to see Amr before he would be washed and buried in the next few hours. When I arrived, there were many people waiting outside the doors to see their own family members as many people were killed the same day as Amr. Some of Amr's friends and relatives were there, too. After waiting for a while, I entered the room where his body was lying on a table, covered by a long blanket. I stood beside him and uncovered his face, and there he was, my love, lying there cold even though I had seen him strong and happy and smiling less than 24 hours before that moment. I stroked his beard, part of it was still soft, but part of it felt hard because of the dried up blood. His nose was bloodied and he had a cut beside his eye but he was beautiful, even in death - silent as though sleeping. I touched his lips and his cheeks, they were cold.

I stood there for some time looking at his face, feeling as though my heart was being repeately run over by a truck. I refused to cry loudly but tears were streaming down my cheeks, and I told him "I love you Amr, I know that you always wanted to die for the sake of Allah, and you got what you always hoped for inshaAllah, and I'm so proud of you. Ya Allah forgive his sins and accept him as a shaheed and reunite me with him in the hereafter. Ya Allah make me patient in knowing that it was his appointed time and that, by Your will and Grace, he is alive with his You as a shaheed." I didn't leave him until I was ready, I'm not even sure how long I was standing there. At the end, I kissed his cheek and told him that I would see him later inshaAllah, then covered his face and left the room.

The janaza was after Asr, there were hundreds of people there - his friends, his colleagues from school, extended family. He was a very beloved person to many. There was no dry eye, but everyone was speaking only good words and saying Alhamdulillah that Allah took him in the best way anyone can die in this world. We prayed on him, and I went outside to see a crowd of hundreds of men carrying his shrouded body towards the cemetary. The women didn't follow, we were waiting until he was buried to go to his grave and make duaa. After some time, his mother and I and some female relatives walked towards to cemetary and were making our way to where he was. Suddenly I notice all the men around me yelling for us to go out the side door, to run. I didn't understand what was happening but I started hearing loud bangs behind me, rocks being thrown at us and all the men telling the women to run. So I ran and ran without looking behind me, I was hit on my cheek by a large rock while I was running, but alhamdulillah, some of Amr's friends saw me and told me to run ahead of them so they could be behind me and make sure nothing happened to me. The people who attacked us were thugs who had heard there was an "ikhwani" funeral (although my husband was not from the ikhwan, he was just a religious man who believed in something called right and wrong). Many people were injured, some with stab wounds, but as far as I know, there were no causualties alhamdulillah.

Even in death, Amr's enemies hated him and all those around him! But their hate means nothing to me, after all if an enemy of God hates you, then that is a sign that you are, God-willing) on the right path.

Dear friends, my heart aches in a way I never knew a heart could ache. I miss him whenever I am awake and dream about him when I'm asleep. He was the best kind of husband a woman could ever hope for, kind, generous, soft and loving, but also strong and brave. His clothes are still hung up on the hooks in our room, as though he's going to walk through the door and change into his pyjamas before he sleeps. His friend gave me Amr's wallet and cell phone at the janaza, but his wedding band was missing, we still don't know where it is...I wish that I had it.

But through all this, I can't say anything except innalillahi wa inna ilayhi raji'un, and continue to make duaa for him. I refuse to dishonour him or myself by asking God "why" he took him or thinking "if only he hadn't gone to the protest on Friday, he would be alive." No, it was Amr's time to return to Allah, I know that beyond a shadow of a doubt. And although I wish I had more time with him in the dunya, I sincerely look forward to reuniting with him and being his wife, if God allows me, in paradise. In jannah time does not end, there is no fear of being separated from your loved ones. I believe with every inch of my that our love was truly a love that can last from this world to the next.

Ya Allah, You reunited Musa's mother with him after she put him in the river, ya Allah You reunited Yaqoub with his beloved son Yusuf after many years of painful separation. Ya Allah You are the Only One who can reunite me with my beloved in the hereafter, so Allah I ask you to not prevent me from being with him again.

Last night after we came home, we received a call from a friend of a relative - someone who had witnessed first hand what happened to Amr after he was shot. She told us that he didn't die right away, he was alive for a few moments. His left hand was holding his chin where the bullet had entered, and his right index finger went up, and he said clearly "ashhadu anna la illaha ilAllah, wa ashhadu ana Muhammadun rasoolullah" and he had a huge smile on his face, as though it was his wedding day. When I heard this, I couldn't help but cry that Allah had honoured me just by letting me know this wonderful person and allowing me to have his child.

My friends, your words of encouragement have not gone unnoticed. I have nothing but love and respect for you all, and I know now so much more than before that as Muslims, although we have many faults in our community, when we come together we are truly a force to be reckoned with. Your support and love and duaa have touched me greatly. I will undoubtedly need your continued duaa and support when I return to Canada inshaAllah.

I ask Allah to let me never stray from His path, for my own sake and my daugher's, and also for Amr's sake - to honour him in the way that Allah chose for him to die.

Ya 7abibi ya Amr. Ya 7abibi ya Amr. Ya 7abibi ya Amr. I hope that right now your soul is in a green bird, and you are flying through Jannah, eating and drinking from its provisions and are close to the throne of Allah, where you will never shed another tear or ever feel any sense of loss or suffering. You are my love in this world and the next inshaAllah, you are in my heart always, you are in my prayers always.


Amr with our daughter, Ruqaya.

Sunday, August 18, 2013

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum..

Dah seminggu lebih raya, baru nak update cerita raya.. Selamat Hari Raya semua! ^_^v Maaf Zahir dan Batin ye... 

Tahun ni Alhamdulillah.. Beraya bertiga.. Eksaited nya lebih sikit. Tahun lepas tak kesah pun tak sedondon. Tahun ni seboklah aih nak sedondon. Kaler ape tau? Kaler pink pekat. Haha! Shahril la ni. Dia yang pilih kaler tu. Aku hip hip hurey aje... Hehe..

Tak plan nak pakai raya pertama sebab raya dekat KL kan. Rumah mertua aku. Lebih kepada duduk rumah tunggu tetamu datang. Lebih dekat dapur atau kalau takdek orang datang, tebongkang melepak depan tv je. Kehkeh.. Jadi, kitorang buat keputusan nak pakai dekat Temerloh nanti. Boleh tangkap gambar cun cun gitu..

Dengan semangat membara, hari last puasa aku dah gosok baju. Baju aku, baju Shahril, baju Aisyah... Gantung... Sekaliiiiiiiiiiiiiiiii... Boleh tertinggal pulak! Adeh... Aku ingat dekat mana tau? Masa tu dah dekat Bentong dah. Alahaiiii... Duk eksaited sangat nak balik kampung.. Dah lama sangat tak balik. Rindu gila kat kampung. Last balik masa aku mengandungkan Aisyah 7 atau 8 bulan kalau tak silap. Lagi satu sebab kenapa boleh lupa, duk kelam kabut risau barang-barang Aisyah ada yang tertinggal ke tak. Barang Aisyah je dah penuh bonet kereta. Yang tak perlu pun aku angkut jugak. Haha! Maka, tiadalah kami memakai baju sedondon pink pekat tu.. Mujurlah aku memang saja gedik-gedik masa nak balik tu aku pakai warna biru, dan suruh Shahril pun pakai biru. Aisyah je baju baru kot. Aku dengan Shahril baju yang dah beli 2 tahun lepas..

Inilah gambar keluarga cumil aku.. Baju Shahril tu ada belang biru.Jadilah kan..Hehe. Sampai Temerloh masa tu dah tengahari dalam pukul 12 lebih semua orang dah kelam kabut nak pergi solat Jumaat. Shahril balik je masjid, terus suruh ambil gambar.Semangat nihhh...

Aktiviti raya aku dekat Temerloh biasa-biasa je.. Selain menjoyahkan diri, makan sampai penuh perut, aku masih lagi dipaksa untuk mengajar anak saudara aku add math. Diorang nak SPM tahun ni. Tapi kali ni banyak kali gak berhenti mengajar. Sebab Aisyah nangis nak susu.. Yey! Masa tu boleh ngelat tak mengajar. Kuikui..


 Tekun aku studikan? Sendiri punya Master ntah bila nak habes. -_-". Anak saudara aku tu, time aku seminggu sebelum bersalin pun datang rumah aku suruh ajar Add Math lagi. Mujur lah aku memang suka. Kalau tak, mau terberanak jugak aku time tu kot sebab tension pikir jawapan. Haha

 Tengok la haaaa.. Dah la dia memang suka buat latihan. Banyak la yang nak ditanya.. Aku dulu pun malas gile nak buat latihan... (nguap)

Muka Aisyah macam kata "Kenapa Kak Arina ni sengih lebih-lebih pulak? Mak nak ambik gambar saya lah." Kehkeh.. Arina ni anak saudara aku. Memang rajin tahap gaban. Ada sekali tu bunyi mercun kuat gila. Aisyah tengah tido dalam bilik. Dia berlari laju gila nak tengok Aisyah bangun ke tak. Lepas tu ada satu masa tu dia nampak aku tengah menyusukan Aisyah. Dia tanya aku, aku haus ke tak. Dia nak ambilkan air. Baikkan? Sejuk benau hati aku dengan dia nih.. Semoga Aisyah macamtu jugak nanti.. ^_^

Haaaa.. Nilah mak kepada anak saudara aku yang aku ajar Add Math tu. Arina tu pun anak dia jugak lah..Anak bongsu. Aisyah hadiah dapat dua helai baju dari Mak Ngah dia ni.. Yiippee! Mak Aisyah sangat hepi! \0/

Ni gambar time nak balik..Hari Ahad. Habis selongkar beg. Cari baju yang warnanya seakan-akan sama. Jumpa pun.. Hehe.. Baju Aisyah tu hadiah daripada sepupu aku, Nadia. Headband, hadiah daripada Anne.. Yeyyey! Emak Aisyah hepi lagi.. \0/

Tangkap gambar dulu dengan Atuk Aisyah.. Abah aku yang super duper sensetip kalau Aisyah taknak main dengan dia. Boleh merajuk dengan Aisyah. Haha! Sebab selalunya antara mak aku dengan abah aku, Aisyah lagi selalu nak borak-borak dengan abah aku. Kalau mood Aisyah taknak layan siapa-siapa, agah la macamana pun. Dia buat muka toya dia je.. Haaa... Time tu lah atuknya nak merajuk.. Mana tak merajuk. Kalau dekat rumah asyik duk Aisyah Aisyah aje.. Tak sabar nak jumpa.. Bila jumpa Aisyah tak nak layan dia, dia nak merajuklah.. Haha.Atukk atukk.. Manje sangattttt...


Aisyah dengan atuk dan neni.. Cucu sulung keennnn.. Itulah intan tulah permata.. Tak boleh aku buat silap sikit... Adehhh...

Masa ni dalam kereta.. Duk busy main air liur.. Habes lencun leher baju..

Adik aku yang ikut aku sekali masa nak balik KL.. Padahal mak aku pun balik sama jugak masa tu. Nak naik kereta aku jugak. Dari sebelum aku kahwin, sampai lah dah ada anak ni.. Asek ngiiikuutttt je mana aku pergi.. Baguih la baguih... Sile tolong jaga Aisyah ye.. Hihi


Jalan balik dari Temerloh, Alhamdulillah tak jem. Oleh sebab sampai awal, singgah KL Festival kejap. Pergi makan Ayam Penyet. Dah konyang baru balik rumah lalu terus zzzZZZzzzz...

Esoknya, hari Isnin, Shahril still cuti, kitorang pergi beraya dekat famili belah Shahril pulak. Dekat Seremban dan Port Dickson. Berjalan sakan lah Aisyah.. Aisyah memang suka dalam kereta. Masuk kereta memang tak meragam. Kena je aircond terus tido.. Macam perangai aku pulak. Haha! Arwah Pak Long aku dulu selalu jugak ambil aku dari Sekolah Teknik Cheras, lepas tu hantar aku balik rumah. Tiap kali tulah, bila sampai rumah, arwah Pak Long aku akan bagitau mak aku, " Nina kalau masuk kereta, kena je aircond.. Terus tak nampak bijik mata dia dah..Nak borak pun tak sempat.." Haha! Alahai... Dah ke anak aku pulak perangai aku tu..

Aisyah sedap tidur.. Ni tumpang katil rumah sedara Shahril dekat Seremban tu. Tengah sedap-sedap tido, POMM!! Bunyi mercun meletup. Super duper kuat dekat luar rumah. Menangis le kawan ni terkejut. Dah la kalau siang, Aisyah ni tidur sekejap-sekejap je. Sebab malam baru dia tidur lena betul. Geram jugak lah aku dekat siapa yang main mercun tu.. Dah susah dia nak tidur balik.. Kena la pujuk sampai tenang..

Ok, itu je cerita raya aku.. Hehe... Beraya Bertiga.. Biasa je kan? Tapi luar biasa untuk aku.. Sebab semangatnya lain macam.. Sebab apa tau? Sebab hepi kumpul duit raya Aisyah.. Haha! $_$








Wednesday, August 7, 2013

Baby Suka Masuk Tangan Dalam Mulut

Assalamualaikum...

Sabtu haritu genap umur Aisyah 3 bulan. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah.. Macam-macam benda yang dia nak cuba. Best tengok gelagat dia.. Comelll lah sangat! Ok, puji anak sendiri.. Haha!

Untuk 3 bulan ni dah 4 kali meniarap sendiri. Duk sebok sebok nak mengiring, tiba-tiba dah meniarap. Mula-mula tu panik jugak. Takut dia tersembam ke apa. Sekali tengok dia angkat-angkat kepala muka senyum abeh nampak semua gusi.. Menjejeh jejeh air liur sebab eksaited sangat... Alahai lah Aisyah.. Tangan tu tak kuat pun lagi.. Kena lah aku betulkan kedudukan tangan dia kalau tak, terselit je bawah perut tu..Memang kena selalu ada dekat dia sebab dia sangat suka buat aksi-aksi yang kita tak sangka untuk umur dia.

Baring pun tak nak lama.. Kejap je dah jerit-jerit suruh kita angkat. Ke depankan badan dia. Bila kita angkat, dudukkan dia.. Kemainlah muka hepi sangaatttt! Kalau berdirikan dia.. Lagi dia suka..Duk tolak tolak kaki. Bagi berdiri tegak..Kepala pusing pandang kiri kanan.. Takde lagi gambar die berdiri nih.. Tak sempat amek lagi.. Hehe...

Lagi satu perkembangan Aisyah yang super comel.. Masukkan tangan dalam mulut.. Sluurrppp slluurrppp bunyi dia.. Hamboi! Boleh haus kita yang tengah puasa ni dengar.. Haha! Macam sedap sangat tangan dia tu.. Baby masukkan tangan dalam mulut ni salah satu perkembangan baby. Dia nak explore tangan dia.. Dalam buku yang aku baca pasal perkembangan baby (nanti aku share buku yang sangat bagus tu ye), salah satu cara untuk baby mengenal sesuatu adalah melalui lidah dia. Sebab tu baby suka masukkan benda dalam mulut. Dan sebab tu jugak banyak mainan untuk baby boleh masukkan dalam mulut.

Semoga Aisyah sentiasa sehat dan dirahmati Allah ^_^








Tuesday, August 6, 2013

Dengan Siapa Kita Boleh Bersalam?

Assalamualaikum..

Awal kahwin haritu cousin aku Nadia, sharekan gambar ni untuk aku. Dengan siapa kita boleh bersalam dan wajib menutup aurat. Kadang-kadang kita rasa boleh je ngan pakcik kita yang ni, boleh kotttt dengan sepupu kita yang ni... Tapi rupa-rupanya tak boleh. Ni bila dah kahwin ni, lagi bertambah orang yang boleh dan tak boleh salam dengan kita.. Jadi, sebagai perkongsian dan rujukan aku semula nanti, aku tepekkan carta ni.

Kesimpulan yang paling senang untuk belah suami adalah.... Yang kita boleh bersalam dan tak perlu bertudung litup hanyalah dengan AYAH dan ATUK suami kita SAHAJA. Anak-anak saudara, sepupu sepapat suami yang lelaki dont ever ever kita bersalam ye...

Tapi tulahkan... Kadang-kadang tu, budaya kita ni dah terbiasa sangat yang muda mesti salam yang tua. Dah terbiasa sampai dah lepas akhil baligh pun kita masih salam sebab nak tunjuk hormat. Acaner tu? Ili kata pakai sarung tangan.. Emmm...gud idea....hehe

Monday, August 5, 2013

Gandakan Tabungan

Assalamualaikum..

Tahun lepas, waktu bulan puasa, aku still lagi dekat JKR Wilayah.. Aku masuk ofis pukul 8 pagi. Sempat la aku dengar tazkirah pagi dekat Ikim.fm tiap-tiap hari. Aku still ingat lagi tazkirah dari sorang ustaz ni. Tapi err.. nama dia aku dah lupa. Dia bagitau pasal sedekah dan gandaan pahala yang berlipat kali yang kita boleh dapat di bulan Ramadhan ni.Dia kongsikan tips menambahkan pahala dengan cara bersedekah yang kita memang selalu buat sebenarnya tapi tak terfikir pun pasal gandaan pahala ni.hehe

Antara pahala yang paling mudah sekali untuk kita dapat adalah melalui perkara yang dah biasa masyarakat kita buat. Iaitu, bagi duit raya dekat ahli keluarga, saudara mara, jiran dan tetamu. Tapi, sedekah @ bagi duit raya tu dah masuk bulan Syawalkan? Jadi, pahala yang kita dapat tu bukan lah berganda ganda macam yang kita akan dapat kalau kita bersedekah di bulan Ramadahan.

Macamana cara nak dapatkan ganjaran berlipat ganda tu? Kita buat list awal-awal. Dari bulan Ramadhan ni, kita buat list dekat siapa kita nak bagi. Jadi, dari niat kita tu, Allah dah bagi berlipat kali ganda dengan pahala niat. Jangan risau andai kata bila tiba hari raya nanti kita macam dah terover budget. Dari nak bagi rm5 dah jadi rm2 je... Allah tetap akan kira niat awal kita tadi tu.. Satu niat untuk buat kebaikan, Allah dah bagi kita pahala sebelum kita buat kebaikan kita tu. Bila dah buat, Allah tambah pahala lagi untuk kita..

Jadi, kepada sesiapa yang belum buat list duit raya lagi, jom buat! Hehe... Aku dari dulu memang dari awal akan buat senarai nama sepupu sepapat, anak-anak saudara, pakcik makcik yang akan dapat duit raya daripada aku. Tapi, masa tu niat aku untuk taknak budget burst je. Haha!

Kepada sesiapa yang asyik tangguh je nak bagi sedekah dekat masyarakat yang susah, dekat orang yang memerlukan, dekat Syria, dekat Palestin. Jom! Jangan tangguh lagi.... Tinggal 2 hari je lagi untuk kita menambahkan tabungan akhirat kita jadi berganda...




Thursday, August 1, 2013

Besarkan Matamu Semasa Bangun Sahur

Assalamualaikum...

Selamat Bersahur! Kemain lagikan, update pepagi ni ha... Jangan makan sambil tidur yeeee.. Besarkan mata anda... Kalau tak boleh, sila ambil mancis, sangkut kat mata tu. kihkih... Kalau tak boleh jugak... Lawan besarkan mata dengan Aisyah, tengok sape menang...Go Aisyah go!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails