Thursday, June 10, 2010

Pengalaman Di Kota Suci Makkah 1

Assalamualaikum..

Tak sabar rasanya nak kongsikan pengalaman aku sepanjang dekat Tanah Suci Makkah dan Madinah.. Insyaallah aku akan kongsikan pengalaman aku sekali dengan ilmu-ilmu yang aku tau dan pengalaman aku sepanjang mengerjakan umrah..Sebab sebelum aku pergi menunaikan umrah, aku sendiri tertanya-tanya apa beza haji dan umrah..Aku memang cetek ilmu..Masih mencari-cari ilmu untuk ditambah..Puas aku search dalam internet. Banyak menceritakan pengalaman sendiri dekat sana atau pun banyak bercerita tentang rukun-rukun haji..Mungkin ada tentang umrah..Tapi biasalah..Satu pengalaman dan pembelajaran tu kita akan lebih faham bila kita dah buat sendiri..Insyaallah..Aku akan cuba buat satu entry yang lengkap dengan ilmu dan sekaligus menceritakan pengalaman aku dekat sana...
Ini detik-detik akhir dekat depan rumah aku..Kitorang sewa van besar ni untuk angkut kitorang 7 orang sekali dengan beg2 yang banyak untuk pergi KLIA. Kereta sendiri tak muat. Ada jugak saudara mara yang offer untuk hantar..Tapi tak sampai hati nak menyusahkan.

Singgah dekat rumah Mak Long untuk ambil sepupu aku suami isteri yang ikut sekali dan peluk cium mak long n cousin-cousin yang ada..

Ini masa taklimat sebelum check pasport semua. Kitorang join Irna Yakin Travel & Tours. Alhamdulillah, ahli rombongan seramai 29 orang dan disertai sekali oleh Dato' Hj. Zuhir satu keluarga yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah dalam agensi ni yang merupakan jiran kitorang sebenarnya..Ahaks..Alhamdulillah..dapat special diskaun..Murah rezeki dia.. ^_^
Kitorang dah siap-siap dalam ihram dari dekat KLIA lagi.. Lelaki je ada pakaian ihram khas iaitu kain putih dua helai n perempuan boleh pakai apa sahaja yang menutup aurat. Bagi perempuan, penutup muka dan sarung tangan tak boleh dipakai..Itu salah satu larangan ihram.. Untuk kita yang datang dari luar Mekah n naik kapal terbang, kita akan Niat Umrah dekat Qarnul Manazil. Pramugara akan annaunce bila kapal terbang sampai dekat kawasan tu.. Bila kita dah niat umrah, bermula lah pantang larang ihram kita...Memang agak cuak jugak masa ni..Yelah..Risau, kalau-kalau dah terlanggar pantang larang.. Masa ni kita dah mula bertalbiah tanpa henti..(Kalau tak tidur la.Aku banyak lagi tidur..hampeh..huhu)

Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu
Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu
Tidak ada sekutu bagi Mu
Ini masa dekat Airport Jeddah.Kitorang sampai dalam pukul 7.30 ptg waktu Jeddah atau 12.30mlm waktu Malaysia.. 8 jam perjalanan dari Malaysia ke Jeddah..Penat jugak duduk dalam kapal terbang lama. Tapi MAS memang best.Nanti akan buat satu entry kebestan MAS..hee..Dari Jeddah, kitorang terus ke Makkah.. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih.. Dalam bas..Setiap masa diisi dengan bertalbiah sebanyak-banyaknya..
Semakin dekat dengan Tanah Haram, hati semakin sayu..Hati semakin teruja..Hati semakin ternanti-nanti.. Bas turunkan kitorang betul-betul depan Masjidil Haram..Kitorang sempurnakan umrah kitorang yang pertama malam tu jugak..

Masuk-masuk je dalam Masjidil Haram.. Subhanallah..Tersergam indah Baitullah.. Subhanallah.. Air mata tak berhenti-henti mengalir..Terasa diberi anugerah sebegitu indah di usia begini..Subhanallah..Subhanallah..Aku insan yang hina diberi ganjaran sebegini rupa..Menyahut seruan Ilahi di kali usia sebegini muda sebegini kuat..Terima kasih Mak, Abah..Semoga Allah membalas segala jasa mak dengan abah..Menyimpan hasrat sebegitu lama untuk bawa kitorang pergi sana. Alhamdulillah dikabulkan dalam waktu kita sekeluarga masih sihat..Alhamdulillah...
Kitorang mulakan dengan rukun yang ke2 iaitu Tawaf 7 pusingan. Setiap bacaan doa aku, aku cuba untuk menghentikan deraian air mata yang jatuh..Tapi tak berjaya.. Setiap doa-doa aku laju bersama air mata.. Air mata kesyukuran..Air mata kegembiraan..Air mata terima kasih Ya Allah... Masa tawaf ni, kita perlu jaga air sembahyang kita sebab tawaf ni hukumnya dan ibadatnya sama macam kita melakukan solat..

Hijir Ismail (Ni gambar pancur emas..Aku ambil masa dekat dalam Hijir Ismail)Hadapan Multazam
Sesudah tawaf, kita kena buat solat sunat tawaf..Tempat yang sebaik-baiknya adalah di dalam Hijir Ismail atau di depan Multazam atau di belakang Makam Ibrahim..Tempat-tempat yang mustajab doa..
Selesai je tawaf, kita sempurnakan rukun yang ke3 iaitu Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali pergerakan ulang alik.. Perjalanan ni dianggarkan sejauh 3.8 km... Selain daripada melakukan rukun umrah, kita jugak buat eksesaiz secara tak langsung.. Jauh tu 3.8 km..Tapi bila tengok nenek2, datuk2, budak2 kecik lagi laju berjalan dari kita.. Jadi tambah semangat nak habiskan saie ni sambil baca doa-doa.. Saie ni adalah bagi mengenang peristiwa Siti Hajar mencari air untuk Nabi Ismail yang masih lagi baby masa tu..Subhanallah..Kasih sayang dari seorang ibu untuk anak..Sanggup berlari berulang alik dari satu bukit ke satu bukit yang lain untuk mencari air..Kalau kita? Tak ditamponye anak tu suruh diam??

Alhamdulillah..selesai je saie..Kita pun bercukur atau bergunting atau bertahalul.Memadai menggunting 3 helai rambut..Bercukur ni menandakan kita dah selesai satu umrah dan dah terlepas dari larangan ihram..Haa..dah boleh buat dah apa yang korang suka..Sila-sila..

Masjid Tana'im
Masjid Jaranah
Masjid Hudaibiah

Selesai je buat satu umrah..Kita boleh buat umrah lagi dan lagi selagi kita masih diberi kekuatan oleh Allah Taala.. Untuk niat ihram semula, kita perlu lah pergi ke Masjid Tana'im atau Masjid Jaranah atau Masjid Hudaibiah. 3 Masjid ni berada ni Tanah Halal yang terletak di sempadan Tanah Haram..Ketiga-tiga Masjid ni ada kisah-kisah Rasulullah yang tersendiri.. Masjid yang paling dekat dengan Masjidil Haram ialah Masjid Tana'im iaitu 7km. Kalau naik teksi 10 riyal satu kepala (RM10) pergi dan balik...

Buat lah Umrah sebanyak mungkin kita tak tahu bila lagi kita diberi kekuatan untuk ke sana.. Lagi satu, jangan buat untuk diri sendiri je..Ustaz masa kursus umrah tu bagitau, arwah mak, ayah, nenek dan moyang kita sangat eksaited bila tau kita nak pergi umrah. Diorang mengharapkan ada hadiah umrah untuk diorang.. Peruntukkan beberapa umrah untuk dihadiahkan untuk diorang.. Umrah ni dikenali sebagai Umrah Badar. Satu umrah untuk satu arwah sahaja.. Pahala bagi orang yang membuat umrah badar adalah 10 kali ganda dari pahala umrah untuk diri sendiri..

Dekat Masjidil Haram..Semua orang berlumba-lumba membuat ibadat dan kebaikan sebab satu pahala digandakan 100 ribu..Subhanallah...








nota kaki 1: Gambar ni merupakan koleksi aku sendiri..Setiap gambar yang diambil membawa cerita tentang aku di sana...

nota kaki 2 : Warna hijau merupakan Rukun Umrah. Rukun yang ke 5 adalah TERTIB iaitu mengikut turutan

nota kaki 3 : Kalau ada salah dan silap dalam memberi penerangan dekat atas, sila bgtau aku.Akan dibetulkan..

nota kaki 4: Nonet, aku ada belikan untuk ko..Ko YM aku ye.. nashoney27

nota kaki 5 : Banyak lagi cerita bakal menyusul...Entry ni makan masa 2 hari..sob sob..
nota kaki 6 : Sori kalau entry ni tak lengkap mana..

7 comments:

  1. salam..selamat kembali...bukan ke ada byk signboard "no photography" kat area masjidil haram...ko main langgar je...:D

    nazmi

    ReplyDelete
  2. salam..selamat kembali...bukan ke ada byk signboard "no photography" kat area masjidil haram...ko main langgar je...:D

    nazmi

    ReplyDelete
  3. dah takdek dah..tu maybe zaman dolu2..sekarang ni, video cam pun dah boleh bawak masuk..Masjid nabawi je yang still x boleh bawak masuk camera.. Aku takkan langgar arahan kat Masjid beb.. :p

    ReplyDelete
  4. ko rs sejak balik dr Makkah ni ko byk berubah tk?

    Eh ni..Cik awe keje mana skrg?

    nazmi

    ReplyDelete
  5. ko rs sejak balik dr Makkah ni ko byk berubah tk?

    Eh ni..Cik awe keje mana skrg?

    nazmi

    ReplyDelete
  6. berubah atau tak,biarlah aku je yang tau..Biarlah Allah je yang menilai..

    Hawe keje consultant

    ReplyDelete
  7. Salam sis, nk tya. Mula2 sya tgk sis just pkai tdg biasa masa dlm flight. Bla ye blh tkr pakai tlkg tu? Sblm miqat ke?

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails