Saturday, May 25, 2013

Cukur Rambut Aisyah

Assalamualaikum....

Hari jumaat 24 mei 2013 genap Aisyah 22 hari... Dah tiga minggu Aisyah dilahirkan... Alhamdulillah.. Hari ke 21 selesai buat aqiqah untuk Aisyah.. Shahril minta EZ Qurban untuk sempurnakan aqiqah untuk Aisyah.. Masih belum berkesempatan nak buat kenduri...

Pagi tadi, aku dengan Shahril cukur rambut Aisyah sendiri... Amek berkat hari Jumaat dan kebetulan cuti dan semalam Aisyah 21 hari.. Nak kejar hari ke 7 takde rezeki sebab aku dengan Aisyah kene tidur dekat HKL... Aisyah kene tidur bawah lampu biru... Huhu..

2 jam jugak kitorang cukur rambut Aisyah.. Berpeluh peluh jadinya.. Dengan cuaknya lagi.. Yelah..kepala baby lembut lagikan.. Paling mencabar rambut dekat belah belakang..

Yang bestnya, masa sesi mencukur ni, macam macam gaya Aisyah buat.. Dia pun bagi kerjasama dekat mak dengan abah dia... Terhibur betul hati tengok gelagat Aisyah...

Kitorang gunting dulu rambut dia.. Bila dah pendek, baru cukur pakai gillette.. Memang saspen.. Gigil gigil tangan nak buat.. Tapi kitorang kuatkan hati jugak.. Taknak hantar kedai.. Mulut tak putus putus selawat n doa moga Allah mudahkan.. Akhirnya berjaya! Alhamdulillah... Dah takde dah rambut Aisyah yang dari dalam perut tu.. Hehe

Lepas ni sesi menimbang n sedekahkan dekat anak anak yatim insyaallah... ^_^



Thursday, May 9, 2013

Hadiah Termahal

Alhamdulillah.... 3 Mei 2013 aku selamat melahirkan seorang puteri.... Pada pukul 9.34 pagi dengan berat 3.03 kg.... Syukur ke hadrat Allah... Semoga dengan lahirnya anakku ini, bertambah Umat Nabi Muhammad s.a.w yang beriman dan melakukan segalanya berlandaskan agama Allah insyaallaah....

Mengambil berkat nama isteri kesayangan Rasulullah, Tengku Nur Aisyah Binti Tengku Mohamad Shahril nama yang kami berikan. Semoga Aisy membesar menjadi hamba Allah yang solehah dan beriman....

Semoga kami dapat mencorakkan Aisy selari dengan kehendak Allah insyaallah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails