Saturday, June 30, 2012

Wish Me Luck

Doakan aku ye..paper pukul 9 pagi ni.. Jom Anne! Anne dah terer xpe..huhu

Kat bwh ni mak metua tulis kat papan putih kecik kat umah..berderet aktibiti org kawen arini.sume kene pegi.tapi ade satu kenduri tetinggal kat situ. Kenduri Bhaihakki..tengahari lps pekse terus pegi insyaallah..Wiiehhhuuuu..

Ok byeeee..(Cuak balik..huhu)

Sent from Blackberry

Wednesday, June 27, 2012

Tips Menjadi Buah Hati Pengarang Jantung...


Bila kita malas-malas nak menulis blog, jom kita baca n pastekan ilmu-ilmu yang kita dapat masa kita blog hopping...Tajuk aku ubah kasik panjang... =p Jom baca.. =)
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Lelaki Dayus...


Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda..
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
 ”habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?”
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah….
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starzdan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8)  Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelakisedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
“ Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
nota kaki : Nauzubillah...huhu....


Monday, June 25, 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



Thursday, June 21, 2012

Pahala Seorang Isteri



  • Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  • Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
  • "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
  • Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.
  • Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
  • Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
  • Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
  • Memberi/membuat segelas air untuk suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
  • Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami fadhilatnya ibarat mendapat pahala haji dan umrah

Friday, June 8, 2012

Majlis Sanding 19.05.2012

Assalamualaikum...

Haa..Hamek ko.. Aku dah tukar template..Semata-mata nak bagi gambau besau-besau leh keluar..Pueh ati aku..hehe... Hari ni genap 3 kali Jumaat perkahwinan aku..Okeh, cam pelik pulak ayat tu.. 3 minggu lepas, hari yang sama, aku tengah berdebar-debar dekat Masjid, menunggu waktu aku bertukar status menjadi isteri orang.. ^_^

Ok, aku belum lagi update pasal Majlis Persandingan aku kan.. Majlis Persandingan aku dibuat keesokan harinya iaitu hari Sabtu, 19 Mei 2012. Majlis bermula 12 tghari sampailah 4 petang kalau ikut waktu dekat kad.. Oleh sebab Shahril cuma orang Setapak, dan aku orang Ampang.. Kitorang buat keputusan untuk buat satu majlis je.. Tak payah dua kali baju pengantin.Tak payah dua kali pelamin. Takpayah nak fikir nak buat macam-macam benda dua kali. N boleh save duit sikit kat banyak benda kecuali yang doublenya adalah dekat makan dan door gift sahaja..Kira ok lah tu kan..

Pada mulanya idea kitorang ni mendapat tentangan agak hebat jugaklah dari pelbagai pihak.. Ada yang kata kitorang ni sep sangatlah.. Ada yang kata alah, sekali je?Tak bestlah kawen sekali je kot...Rasa lah sikit majlis lain-lain..N tak kurang ada jugak yang menyokong dan memuji yang kata senang je kitorang ni tak banyak ragam. Janji kawen je..haha!

Alhamdulillah... Dengan rezeki yang melimpah ruah dari orang sekeliling, (kalau nak mengharapkan pengantin perempuan je memang agak hampeh..) Berjaya menjadikan majlis perkahwinan aku seperti yang aku impi-impikan...

Dihujung red carpet ada kawan-kawan aku yang dah menunggu untuk baling bunga..Aku perlukan diorang..Untuk aku boleh senyum semanis mungkin menghilangkan muka cuak ayam aku nih..kehkeh..

Majlis kahwin aku ni 100% adalah idea aku dan Shahril..Alhamdulillah, Shahril jenis follow je.. Setakat ni memang sepakat cuma..Aku yang terlebih nak budget tapi dia yang agak tak kesah sikit bab duit.. Oleh sebab kekedekutan aku nih, berjaya gak aku dapatkan semua pakej pelamin, make up, kad kahwin, door gift yang alhamdulillah memang ok sangat harganya...

Jom..Macam biasa..Biar gambar menceritakan segalanya...^_^

Thanks Nadia! Bertungkus lumus menyiapkan props untuk background photo booth.. Pukul 2 pagi datang dewan untuk siapkan backdrop..Cantek! Sangat suke..\0/ Gambar atas meja tu, aku cuci lepas akad nikah...Lepas tu terus tampal2 kad kadbod hitam.. Thanks Hawa sebab cantekkan meja yang tak sempat nak lantik sape2 untuk memperelokan meja tuh di siang hari..lupe..hehe =p




Buku Tetamu yang aku buat sendiri..Wiieehhuuu....\0/


Dalam VIP Room tengah siap2 untuk bermake up..


Orang-orang kuat... Di hari Majlis...dan ramai lagiiiiiii....


Korang ada tak kawan korang yang bila tengok bunga tangan yang korang dapat dari pakej pengantin dia rasa menyampah lepas tu nampak ada bunga lain yang korang beli untuk gubah dewan lagi cantek dari bunga tangan yang korang dapat free tuh. Lepas tu dia offer nak buat yang baru dari membiarkan korang buruk dihari perkahwinan korang dengan bunga tangan dari butik tu yang bak kata kakak aku macam sayur kobis..hahaha!

Thanks Ili!! Bunga tangan awak yang gojes tu menyelamatkan dan menambahkan kejogesan saya dihari itu... Yyyeeeeyyy!!Li, takyah nak buat2 terkejut aku pilih bunga yang ko buat..sah sah lagi cantek kot dari bunga lily ala2 kobis tuh...haha..

Bunga Lily yang Ili buat tuh, Ila ofis mate aku yang beli hari Jumaat semalam nya..Memang dia ditugaskan untuk pembelian fresh flowers...=p



Mak ngan Abah yang agak busy di hari itu...hehe...Mana taknya..Tuan rumah merangkap caterer tuhh...hebat lah Mak Abah!\0/



Masuk ke dewan....Dayang-dayang masuk dulu..Tunggu dekat hujung red carpet bila pengantin sampai baling bunga...Saja nak moment dalam gambar...



 Hamek ko...tak nampak muka...Hahaha!


7G..Geng-geng Baby...Tukang kcoh kat majlis orang...Maze (Baju Hitam silver) jadi photographer family secara tak official untuk hari tu.Selain Abg De..Abg De Photographer untuk Majlis Akad Nikah merangkap Majlis Sanding nih.Thanks Maze...


Keluarga belah Shahril..Ni baru suku ya...Ramaiiiiiiiii sangat lagi sebenanarnya family belah dia..Jauh beza ngan family aku..ciput je...


8d8....Sentiasa dihati...



Baby yang terlalu menyayangi aku...kuikui..3 kanak-kanak comel yang depan tuh, penghibur hati aku ngan Shahril hari tu..Dari mula acara tangkap gambar sampai lah outdoor session, ada je diorang...cousin-cousin aku...Kesayangan aku tuh...^_^


Famili saya \0/

Kakak aku yang make over dekorasi dewan, pelamin, meja pengantin, walk way..Mentouch up-touch upkan apa-apa yang patut bila dia tengok adik dia dah masam mencuka dah pagi tu bila ada dekorasi yang tak kene dengan citarasa dia.. Nak ngamuk dah weh aku pagi tuh..Mujo akak aku nih tangan dia hidup.. Dia borong banyak-banyak fresh flowers, dia ngan team dia mencantekkan apa2 yang patut...Kalau tak..Meletops dah aku bila tengok pelamin yang agak tak kene ngan citarasa aku tuh..(tapi orang pelamin tu datang gak lah bila aku cal suh touch upkan balik pelamin tu..seb bek) Tapi tetap jugakkk..Akak aku yang arah2kan apa yang patut n cantekkan yang lain2..

Fuuhhh..Alhamdulillah... Segala-galanya selesai dengan jayanya...\0/

Rindunya kat famili aku...huhu...(walopun tiap2 minggu jumpa n tiap2 ari cal..)


Famili baru saya..\0/ Saya dah berpindah rumah ke rumah keluarga mertua sekarang..Alhamdulillah... Allah tau perangai kita macamana..DIA bagi keluarga yang sangat sempoi n hepi go lucky n sentiasa tunjuk ajar menantu yang tak reti buat kerja rumah... T_T


Pensponsor kek kahwen tiga tingkat dan flower girl saya....\0/


Yang belah kanan gambar ni Nadia n suami dia Abg Bad... Nadia ngan suami dia ngan Shahril satu sekolah..Haaa... Diorang ni lah cousin yang aku duk bagitau dalam entry aku sebelum-sebelum ni yang memudahkan pemilihan aku dalam membuat keputusan calon suami nih..kuikui..Nadia ni jugak yang buat background photo booth yang aku dah bagitau kat atas tadi..

Belah kiri gambar ni pulak kak Ani n suami dia Abg Sharil..Ada dua pulak Shahril dalam famili aku..Nama apa nak dipanggil untuk Shahril versi suami aku, belum ditentukan lagi. Kak Ani sponsor apa??Wooo..gerun woo nak bagitau... Paling banyak nih setakat nih...Shhhh...Kalau tambah lagi separauh leh la aku dapat beli TV LED..kuikuikui...


Nampak tak bubble bubble tuh?Nampak tak? Dah lamaa dah aku memang teringin nak buat bubble-buble time potong kek..Tak sangka lak jadi kenyataan walopon tak lah menjadi sangat...

Ok, mana aku dapat bubble2 nih? Korang tengok gambar kat atas nih.. Tengok kat tangan kiri abg Badrul..Yang tangan dia atas lutut tuh..Pastu ke kanankan sikit mata korang..Nampak tak ada sesuatu berbentuk gajah? Dari situ lah bubble2 tu keluar..haha


Tadaaaa!!!Maze!Mujo ade awak yang sanggup melakukan pekerjaan sebeni rupe..Awak ngan anya je bersetuju untuk melakukan perkara ini tanpa merasakan "wehhh...malu la weh...gajah tuhhh" Thanks Maze!!!!

Sebelum ada yang merajuk aku tak tunjuk apa yang disponsor secara bertungkus lumus oleh kakak sedara aku selaku pembuat hantaran iaitu Along...Ni ha...Bunga pahar dari kertas tisu.. Hot gila bunga pahar ni haritu sampai aku paksa si Hawa cepat-cepat nyorokkan sebab aku nak bagi kat kawan-kawan aku takut tak sempat nak bagi dah abeh...Cantekkannnnnnnnn...


Ini dekat meja PA system...Azrol selaku orang paling kuat..Flow Manager untuk haritu..bersama-sama dengan kak ngah Shahril. Diorang yang pegang walkie talkie haritu..Walkie talkie disediakan oleh wanie n bahzme..^_^

Ppink n Kerol Jadi MC untuk haritu..Series..Aku memang main lantik je..dua bulan sebelum kenduri..Aku lantik je tanpa suruh pun diorang test nada suara...Sekali..Alhamdulillah...Terbaekkkk...kadang-kadang..Apa je keputusan yang tiba-tiba tu..Sebenarnya, Allah yang bantu kita buat keputusan dalam memilih...^_^



Okeh..Sekian..Dari pukul 9 pagi tadi lagi aku nak abehkan entry nih..Ni baru abeh... Sekian dari saya dan suami...Kalau ada sape2 yang tertinggal untuk aku bagi penghargaan..Insyaallah aku akan bagitau dekat entry yang lain..Tapi percayalah.. Memang ramaiii sangat pembantu aku untuk majlis nih... Pembantu yang Allah hantarkan secara tiba-tiba..Alhamdulillah...\0/ Insyaallah akan aku kenang dan balas jika diberi kesempatan...


Doakan kami ye...Bahagia hingga ke syurga ^_^


nota kaki : Semua gambar ni adalah gambar yang diambil daripada official photographer kitorang. Ministry of Moment. Gambar2 raw yang belum diedit...^_^



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails