Thursday, May 27, 2010

Kuatkan Hati Hamba-Hamba Mu Ya Allah..

Assalamualaikum..Ini entry terakhir aku sebelum aku berangkat ke Tanah suci...

Sebelum pergi ke HQ semalam, aku pergi solat zohor dekat surau ofis. Aku jarang solat situ.Aku selalu solat dalam bilik kecil dekat department aku atau solat dalam bilik..Ikut mood..Tapi semalam laju pulak kaki nak solat dekat surau ofis..Masa dah ambil air sembahyang, aku ternampak Fatin, kawan pertama aku masa aku mula masuk sini. Dia engineer dekat department lain so kitorang memang jarang jumpa..

Gembira aku tegur dia yang dah masuk kerja selepas bersalin anak sulung..

Aku : Eh, Fatin...Cepat betul eh dah 3 bulan...

Fatin: Orang ambil cuti 44 hari je..

(Aku ingatkan Fatin memang sengaja ambil cuti pendek je.Sebab kitorang berdua kontrak dekat sini. Kalau cuti bersalin kena ambil unpaid leave.Satu dugaan untuk memanjangkan cuti tanpa gaji..)

Aku : Dah sihat ye... :) Alhamdulillah..Baby girl ke baby boy? (Aku bertanya dengan eksaited)

Fatin: Baby boy..

Aku : Yeke..Sepasang pulak dengan anak Awin ye..Best2... :)

(Tiba-tiba aku dengar suara dia perlahan)

Fatin : Baby hidup 42 hari je....

(Aku terdiam...)

Aku : Apa Fatin?

Fatin : Baby dapat hidup 42 hari je..Sebab tu orang masuk kerja hari ni..Orang tak kuat nak duduk rumah..

Ya Allah...Laju air mata aku mengalir... Aku tak sangka besar dugaan yang kawan aku tengah tempuh sekarang dengan muka dia yang baru aku tengok tersenyum manis tadi..Sekali lagi, aku gagal menjadi orang yang kuat untuk orang yang sedang bersedih..

Fatin : Baby lemas..Sepatutnya due date dia hari ni..Tapi masa pergi check up bulan lepas, untuk bulan ke 8, tiba-tiba doktor tanya kenapa jantung baby awak dah tak berdenyut..Doktor terus suruh deliver hari tu jugak..Operation..(Air mata dia mula bergenang)

Aku : Fatin..Fatin kuat eh..Allah sayang Fatin..Sayang anak Fatin..Untung Fatin, sorang dah tunggu Fatin dekat sana..(Ayat yang keluar dari mulut aku tersekat-sekat.Laju lagi air mata aku..Ayat yang aku rasa kalau kena dekat aku, aku tak tahu adakah aku mampu sekuat Fatin..)

Fatin : Insyaallah..Tu yang orang datang kerja ni..Tak mampu duduk rumah..(Air mata dia dah mula sama bergenang..Minta maaf Fatin..Orang buatkan Fatin lagi sedih..)

Aku : Fatin, InsyaAllah esok orang nak pergi umrah...

Fatin : Doakan orang eh..Doakan cepat dapat baby...Baby kembar..(Sebak)

Aku : Insyaallah..Insyaallah..Orang akan doakan..Orang doakan cepat-cepat dapat pengganti..

Fatin : Bukan pengganti...Adik dia...(Tersenyum sebak dan tahan sendu)

Aku : Ya..Pengganti dia..InsyaAllah..Fatin kuat ye...

Lama juga aku cuba mengeringkan air mata aku yang turun laju lebih teruk dari tuan empunya diri..Mungkin dia sedang melawan perasaan sendu dan menerima takdir dan hikmah Allah yang anaknya sedang bermain-main di syurga Allah... Mungkin ada hikmahnya hati aku tergerak untuk solat disitu..Untuk membawa doa dan harapan seorang Ibu...Insyaallah..Jika diberi rezeki, akan aku doakan untuk Fatin. Semoga cepat diberi cahaya mata baru dan tabah menghadapi dugaan dari Allah..

Kepada cousin aku yang pernah mengalami peristiwa yang sama, baby boy juga.. Yang tidak sampai beberapa jam baby dapat hidup dan melihat dunia. Kerana lemas juga..Semoga tabah menghadapi dugaan dan bersedia untuk memasuki syurga untuk menemui anak yang telah sedia menunggu di sana..Buat masa sekarang, berusaha menjaga dengan baik anak perempuan 3 orang yang comel-comel agar solehah.. ^_^

Kepada kawan-kawan dan cousin yang sedang mengandung..Aku doakan agar mendapat baby yang sihat, cukup sifat, dan cergas. Juga bakal menjadi anak yang soleh dan solehah..

Dah pukul 8 pagi..InsyaAllah lagi 2 jam akan berangkat..Jika umur panjang, kita jumpa lagi..InsyaAllah..Doakan aku dan keluarga dapat beribadat dengan baik dan dipanjangkan umur. Juga dipanjangkan umur untuk keluarga dan kawan-kawan yang kami tinggalkan di sini..Jumpa lagi.. Assalamualaikum...


Nota kaki: Sengaja published pukul 3.15 ptg..Mengikut jadual kapal terbang berlepas...

Wednesday, May 26, 2010

Peristiwa Sehari Sebelum Umrah...

"Ok Nasrina..Petang ni awak ada meeting ye dekat HQ..Pukul 2.30 petang" bos aku bagitau lepas nampak muka aku pagi tadi... (Terasa macam ada petir sabung menyabung pulak.Dah la kat luar memang gelap nak hujan nih!)

Baru nak half day..Banyak lagi benda yang tak prepare nih..Takpe-takpe..Dugaan penuh liku...Lazimnya kan berlalu...(nyanyi pulakkkkkk) Harap-harap segala persiapan berjalan dengan lancar..Jiayou Nasrina! \0/

Kepada semua yang mengirim doa, Insyaallah..Saya akan berusaha untuk menunaikan amanah yang korang bagi..Kepada yang menitipkan sedekah untuk saya dan adik saya..Alhamdulillah..Terima kasih banyak-banyak..Semoga dimurahkan rezeki dan dibahagiakan dunia dan akhirat..


Nota kaki: Sepanjang aku takde..Tengok-tengokkan kekasih gelap aku ye.. ^_^

Tuesday, May 25, 2010

Jika Ada Yang Ingin Dikirim...

Assalamualaikum...
Kepada pembaca blog aku..Tak kira lah kawan, saudara mara, atau kawan di alam maya..Insyaallah hari khamis ni, pukul 3 petang aku dan keluarga beserta dua orang sepupu aku akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah..Semoga perjalanan kami diberkati dan dirahmati..

Aku nak menggunakan kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada membuat kesalahan tak kiralah disengajakan atau pun tidak..Insyaallah aku ingin memohon ampun dan maaf daripada Penciptaku di rumahNya nanti untuk segala dosa yang aku buat..

Tetapi aku juga masih mempunyai banyak kesalahan sesama manusia yang hanya kalian jugalah yang dapat membersihkan dosa-dosa tersebut..Mungkin aku pernah terkasar,tersalah cakap,menipu,mengecilkan hati,perasan bagus,perasan cun yang+buat+korang+loya+tekak, perasan segala-galanya sepanjang korang kenal aku.. Kita sesama manusia senang memaafkan manusia bila dia sudah meninggal dunia..Tapi aku mohon..Maafkan aku sementara aku masih bernafas..(Nasrina yang mengharapkan lepas balik umrah nanti menjadi manusia yang baik sikit..Dah la suka mengumpat!!huh!!)

Di sini juga aku ingin bertanya kepada sesiapa yang ingin mengirim doa atau mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w.. Insyaallah..Aku akan usahakan segala amanah yang korang bagi dekat aku..Insyaallah aku akan print segala permintaan korang..Dan bacakan didepan kaabah mohon doa dan permintaan korang dimakbulkan..Aku akan cuba yang terbaik untuk berdoa apa yang korang hajatkan..Doakan juga aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk beribadat dekat sana..

Oh yee..Kalau boleh,sebelum pukul 12 tengahari esok ye..Aku nak print dekat ofis.Sebab dekat rumah takde printer..Aku half day esok..(Kepada sesiapa yang dah kirim dekat entry yang dulu insyaallah aku akan print dan doakan juga)



Nota kaki: Mencari yang terbaik untuk diri sendiri dan semua orang...

Monday, May 24, 2010

Peristiwa sebelum Umrah..

Selongkar satu rumah!Hishh takdek jugak!Okehh..cuba lagi cari dalam almari ni...Alaaa..Takde jugak..!!

"Adiikkk!!!" Mak panggil... "Mak takdek telekung putih ni!!"

Aduh! Aku sendiri pun takdek telekung semua putih ni.. Nak bawak pergi umrah nanti..-_-" Baru perasan, kalau boleh, tawaf nanti elok pakai semua warna putih..

Haa..tengok dalam plastik telekung yang untuk dijual tepi almari ni, ada lagi dua helai telekung yang semua warna putih, dah dibooked pun...Jalan terakhir adalah...

"Boleh tak aku tak jadi jual telekung ni kat ko?Aku takde telekung nak bawak pergi umrah la..huhu" (Dengan lajunya aku hantar mesej dengan nada minta dikasihani..) Send terus dekat dua orang kawan aku yang dah booked dua telekung ni...

Tak lama lepas tu dua-dua pun balas, "Ok"

Yippiee!!!\0/ Tak payah beli dah telekung..yey!yey!!\0/






nota kaki: thanks Hawa n Bhai.. ^_^


Thursday, May 20, 2010

Perasaan Aku Semenjak Dua Menjak Ni..

Teruja....
Takut....
Gembira...
Terharu...
Tak Sabar...
Saspen...
Terkenang Dosa..
Terkenang Maksiat...
Terkenang Syurga..
Terkenang Neraka..
Membayangkan diri menjadi lebih baik atau lebih buruk..

Menjadi Tetamu Allah..
Menyahut panggilan Allah..
Membersihkan Diri..
Menundukkan Diri..

Terasa diri kotor dan hina..
Terasa diri tak layak menerima rezeki ini..
Terasa Allah masih menerima diri ini walaupun telah melakukan banyak kesalahan dan dosa..

Semoga selama 12 hari aku di Tanah Suci, Allah menerima doaku dan doa yang dikirimkan kepadaku..Semoga amanah yang dibawa dapat dilangsaikan..Semoga aku diberi kekuatan malakukan amal ibadat..Semoga aku diberi kekuatan iman..Semoga aku suci dari segala keuzuran..Semoga Allah menerima taubat ku..Semoga Allah menerima doa aku dan keluarga..

Lagi seminggu dari tarikh hari ini.. Mohon dan terus mohon kekuatan dari Allah.. Semoga diberi rezeki dariNya menjadi insan yang bahagia di dunia dan akhirat..Moga diberi rezeki menjadi tetamuNya dikala usia masih muda dan kuat..




Nota kaki: Hati aku senang je sayu semenjak dua menjak ni...

Wednesday, May 19, 2010

Genap Setahun..

Semalam...18 Mei 2010..Genap setahun aku dekat JKR ni..Banyak yang aku belajar..Dari bidang teknikal sampai la ke bidang tak teknikal sampai la ke bidang perlancongan antarabangsa.. :p

Banyak kenangan dekat sini selama setahun ni..Cuti pun berjaya aku habiskan..Yippiee!!\0/

Ada lagi setahun untuk aku tempuh..Pahit,manis..Aku akan memaksa diri untuk tempuh.. Kadang-kadang memang tak sabar nak tunggu bulan 5 tahun depan..Tapi kadang-kadang sayang untuk bulan 5 tu tiba..

Kita akan menghargai sesuatu bila benda tu hilangkan?Aku akan berusaha menghargai sesuatu yang aku telah ada..

Andai aku berjaya dapat tetap atau disambung..Itu memang rezeki yang sudah tertulis..Andai Masa aku telah ditetapkan..Aku redha dengan hikmah yang Allah janjikan..


Nota Kaki: Sentiasa doakan yang terbaik untuk diri..

Sunday, May 16, 2010

Perkahwinan Melengkapkan Agamamu..(Kisah Benar)

Beberapa hari lalu, saya dihubungi kawan lama Naim, seorang lelaki berusia pertengahan 40an. Naim adalah seorang yang baik budi pekerti, berjawatan tinggi, berpelajaran, punya perawakan yg baik, memiliki kereta berjenama, 2 buah rumah....boleh kata lengkap serba serbi namun jiwanya belum berteman....tiada ratu yg mengisi ruang hatinya. Soalan pertama saya kepada Naim "eh...kau call ni, nak jemput makan nasi minyak ke?" Itu adalah antara soalan yang sering saya tanya setiap kali berkomunikasi dgn beliau. "Mana ada, dah umur mcm aku ni...mmg tak de jodohlah" jawapnya ringkas.

Apa yg ingin saya sampaikan bukanlah perbualan telefon saya dgn Naim, tapi saya ingin berkongsi pemerhatian saya (mungkin tak tepat) berhubung seorang sahabat yg saya amat kagumi tetapi memilih utk hidup bersendirian sehingga ajal menjemput diri.

Saya kenali Naim kira2 15, 16 tahun lalu. Ketika itu beliau sedang hangat mengulit cinta dgn Ima, yg amat beliau cintai. Saya ikuti perjalanan cinta mereka...cukup akrab, bagai belangkas...paham2lah orang mudalah katakan. Mereka berdua ke sana ke sini bersama, tak ubah bagai pasangan suami isteri memadu cinta setiap detik bersama. Perjalanan cinta mereka juga turut diketahui ramai rakan sekerja serta keluarga....namun kesemua yg menilai hubungan mereka bagai memahami yg mereka berdua tidak mungkin disatukan....ntah kenapa??? There's something ackward about the whole relationship....terlalu rapat mengalahkan suami isteri.

Tiap kali Naim bertugas luar kawasan, Ima akan dibawa bersama. Begitu juga bila Ima bertugas luar, Naim akan menurut ke mana sahaja di setiap kesempatan yg ada. Di sebalik hubungan yg rapat bertahun2 lamanya, kira2 selepas 3,4 tahun bersama, kedua2 Naim dan Ima seolah-olah merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menguji cinta yang disulam bersama. Kata Naim "apa kata kita rest the relationships for a while....kita berkawan dgn semua org...kata org, if we meant for each other, am sure kita akan disatukan". Ima bersetuju....mungkin kerana ingin memberi peluang pada diri sendiri berkenalan dgn ramai org sebelum memutuskan berkongsi hidup dgn the 1 and only Naim.

Sedikit pelik, selepas 6 bulan disebalik keakraban Naim dan Ima, Naim memutuskan untuk bertunang dgn Suraya yang merupakan kenalan Ima, malahan Ima sendiri yang memperkenalkan Suraya kepada Naim, dan merestui hubungan dan akhirnya menguruskan pertunangan antara Naim dgn Suraya. Malahan Ima turut hadir semasa majlis pertunangan di rumah Suraya....everything went smooth...cukup lancar tanpa sedikit cacat celanya. Saya masih teringat bila Naim sendiri berbincang dan membeli belah hantaran pertunangan utk Suraya dgn bekas kekasihnya, sedikit pun tidak terlihat api cemburu atau kemarahan atau kehampaan pd kedua mereka walhal percintaan mereka menjangkau melebihi 3 tahun. Saya sendiri KAGUM.

6 bulan slps pertunangan Naim dan Suraya, Ima pula memutuskan untuk bertunang dgn jejaka pilihan hati. Naim tenang bila Ima memberitakan perihal pertunangan Ima dgn jejaka yang sebenarnya turut dikenali Naim. Ima, seorang yg workacholic terus fokus dgn kehidupan sebagai tunangan org disebalik kerja2 pejabat....begitu juga Naim...hubungan mereka seolah2 terputus, drifted apart memandangkan masing2 sudahpun menjadi tunangan org. Bg saya yang mengenali kedua2 mereka, ini adalah senario biasa...malahan ianya adalah perkembangan yg baik dlm menyiapkan diri kedua2 melayari kehidupan berumahtangga dgn pasangan yg ditunangkan.

Masa berlalu, bulan berganti tahun, tarikh pernikahan Ima kian menjelang. Ima, menghubungi Naim dan menyatakan yg beliau akan diijabkabulkan 2 bulan akan dtg. Pada ketika itu saya di pejabat Ima. Lenggok intonasi suara Ima, tidak sedikit pun bernada ceria ataupun hampa....mungkin beliau mengawal rasa dan berhati2 tidak ingin melukakan Naim, wp tahu Naim sudah pun mempunyai Suraya. Drpd speaker telefon pejabat Ima, saya terperanjat dgn kata2 Naim, beliau berkata "Ima...I WILL NEVER LET YOU GO, apa nak jadi dgn hubungan kita....dont tell me that its means nothing to you, Ima mesti bertanggungjawab, Naim tak boleh hidup tanpa Ima, tanpa Ima....Naim rasa baik Naim mati, kalau Ima nikah...percayalah Naim akan dikebumikan keesokkan harinya"

Mendengar luahan hati Naim, bukan kata Ima, saya terkujat dgn luahan hati Naim, saya dengar Naim menangis, saya lihat Ima turut terduduk di lantai pejabat menangisi kasih mereka yang tak kesampaian. Ima, menguatkan diri dan menjawab "Naim....bukan ke Naim yg dulu nak test our relationship, bukan ke Naim yg bertunang dulu....bila Naim dah bertunang, takkan Ima nak terus menunggu Naim. Naim, bukan ke dah ada Suraya....Suraya baik, kahwinilah Suraya. Ima dah nekad dgn ketentuan jodoh Ima. Jgnlah Naim kisahkan semula kisah2 cinta kita, bagi Ima, ianya kenangan termanis dlm hidup Ima...dan tak mungkin ada lelaki lain yg dpt memenangi hati Ima selain Naim. Tp Naim, kini Naim tunangan Suraya...jagalah hati Suraya. Ima tetap akan bernikah....Ima tak boleh terus mengharap kasih Naim, byk hati yang perlu kita jaga, cukuplah hati Ima merana...Ima tak mau Suraya, tunangan Ima, emak bapak Ima, bakal mertua dan bakal mertua Naim sama2 kecewa dgn keputusan kita nanti. Naim segerakanlah pernikahan Naim dgn Suraya ye....insyaAllah kita sama2 bahagia dgn jodoh yg ditakdirkan"

Naim segera membalas, "Ima....Ima tau tak sebenarnya Naim dah putuskan pertunangan Naim dgn Suraya.....Naim tak boleh hidup tanpa Ima...tak mungkin Naim kahwin selain dgn Ima. Kalau Ima teruskan jugak pernikahan Ima dan tinggalkan Naim.....Naim tak rasa Naim akan hidup lagi" jawapan Naim dgn isakan airmata.

Saya dan Ima terperanjat dgn kata2 Naim yg sebenarnya telah putus tunang dgn Suraya. Namun Ima terus memujuk Naim, kata2 Ima takkan saya lupa "Naim, if u really love me and wants nothing else but my happiness....please for once be happy with my decision. Naim sayangkan Ima kan....kalau betul tolonglah jgn porak perandakan lagi hati Ima. Keputusan telah Ima buat, kasih sayang Naim tak de maknanya jika Naim akhiri dgn dendam memutuskan harapan Ima utk bernikah dgn jodoh yg ditakdirkan. Ima redha Naim, Allah pinjamkan Naim kepada Ima utk tempoh 3 tahun....cukuplah memadailah, melalui Naim, Ima kenal erti cinta suci seorang lelaki.....tapi jika Naim tidak dapat menghormati keputusan Ima kali ini....cinta Naim kpd Ima jelaslah bukan cinta suci cuma cinta yg mementingkan diri sendiri...itu bukan cinta sebenar Naim.....cinta sebenar perlu merentasi jarak masa, melewati segala ujian dan takdirnya, berkorban apa saja harta atau pun nyawa....Naim, Ima pohon buktikanlah cinta suci Naim tidak dinodai walau sekelumit cuma....doakanlah Ima bahagia dunia akhirat dgn bakal suami" bicara Ima tersekat2 disulami curahan airmata. Aku terduduk melihat segalanya, betapa aku ingin keluar segera dr pejabat Ima, namun aku dihalang Ima yg meminta aku berada bersama untuk memberi sokongan moral kpdnya.

Naim diam tiada bicara dan terus meletakkan gagang telefon. Beribu kali Ima cuba hubungi dan aku sendiri mencuba memujuk Naim....namun hati Naim begitu terluka bagai tiada pengubatnya. 2 bula kemudian Ima bernikah....dan kini sudah lebih 10 tahun hidup bersama suami tercinta, Ima bahagia, dikelilingi 4 orang zuriat pengikat kasih mereka sekeluarga, sedangkan Naim masih hidup sendirian tanpa cinta.

Pernah beberapa kali Naim luahkan pada saya "Imran...hidup aku KOSONG, terlalu KOSONG" Aku sebagai seorang yg jauh lebih muda dari Naim, tidak tahu apa yg perlu aku ungkapkan. Sesekali aku pujuk Naim untuk mencari cinta, aku cuba memperkenalkan Naim dgn kenalan2 wanita, namun tembok pertahanan Naim cukup kebal....katanya "macam aku kata dulu, kalau aku tak dpt hidup dgn Ima, aku takkan kawin dgn siapa2 sampai bila2"

Saya nasihat juga "alah bunga bukan sekuntum....what is done is done, the real forgiveness is letting go....takkanlah kau nak hidup mcm ni sampai tua....kita perlu perkongsian hidup. Naim, kau jgn terlalu mementingkan diri, dont be selfish...org yg tak nak kawin ni, lupa yg pernikahan adalah sunnah, Allah dan Rasul sayang pada org yg melaksanakan sunnah" Namun kata2 ku bagai fall into deaf ears....penat menasihat namun tak berkesan. Berbuih mulut, tak didenagarnya. Sedikit hampa sebenarnya.

Ima, yg hidup bahagia turut prihatin pada kelangsungan hidup Naim, melalui saya, Ima merisik khabar bertanya. Jelas Ima turut hampa dgn pilihan hidup Naim utk terus bersendirian. Ima pernah berkata, "Imran, I rasa bersalah disebabkan I, Naim jadi begitu, terus menutup pintu hati utk hidup berumahtangga....I bersalah ke Imran?" sering juga Ima bertanya, jwpn saya tetap sama "Ima...jodoh tangan tuhan, kalau ada jodoh, kawinlah Naim tu...bukan salah u Ima...blm ada jodoh Naim tu kot" jwpn klise saya, but deep inside saya tertanya2, mengapa begitu angkuh cinta seorang bernama lelaki sehingga merelakan diri merana bertahun2, membiarkan jiwa menderita dan terus ingin hidup tanpa cinta.

Buat Naim, jika membaca catatan ini, ingin saya khabarkan...cinta yg kekal hanya milik Allah. Serahkanlah dirimu bulat2 kepadaNya, cintailah yg maha esa dgn sepenuh hati...insyaAllah segala rasa cinta akan bertakhta di hati, luputlah segala kekosongan diri....Naim bebaskanlah diri mu dr penjara cinta, runtuhkanlah tembok penjara yg kau sendiri bina demi memberi erti kehidupan sebenar di dunia sebelum kita sama2 dibangkitkan di alam kemudiannya.

Sahabat ku, jgnlah kau buta kerana cinta yg sememangnya buta...moga kau bebas dr penjara cinta mu itu......


kisah dari sini

Saturday, May 15, 2010

Mari Menambah Ilmu


Tak berkesempatan nak update blog..Selain tersangat sibuk dekat ofis dan sibuk menghabiskan cuti yang berbaki..Aku juga sibuk menambah ilmu di dada..Sibuk membaca..Hobi dari kecil dan Alhamdulillah sampai sekarang hobi tu berterusan lagi..

Ada beberapa buku yang baru je aku beli yang lepas selak sehelai dua mukasurat, terus bawak ke kaunter dan bayar.. Novel yang aku tengah baca adalah novel ni..

Syahadah Gadis Ateis..Oleh Imran Haaz. Kisah seorang gadis Islam yang tak percaya dengan kewujudan Tuhan. Bertemu dengan seorang lelaki yang pada mulanya dianggap seorang kutu jalanan tetapi akhirnya menerangkan tentang Islam secara sempurna..

Cara penulis menyampaikan gaya penceritaan yang santai dan mudah tetapi sangat menakjubkan cara penerangannya tentang Islam, Iman dan Allah buatkan aku tak berhenti membaca..

Penulis membuat perbezaan antara Bible dan Al-quran..Menceritakan sejarah Bible dan sejarah Jesus sebagai anak Tuhan. Menceritakan bagaimana bermulanya campurtangan manusia didalam menukar isi kandungan kitab-kitab Allah selain Al-Quran..Menceritakan perbezaan kejadian langit dan bumi yang diceritakan didalam Bible dan Al-Quran dan juga fakta Sains yang juga selari dengan apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran..

Subhanallah..Terus terang aku katakan..Aku pernah membaca sedikit isikandungan Bible suatu masa dahulu untuk melihat perbezaannya dengan Al-quran dan ingin melihat kelemahan didalam Bible. Alhamdulillah, setelah membaca beberapa ayat di dalam Bible, hati aku yakin, kuat dan teguh dengan Al-Quran dan terus terlihat kelemahan isikandungan di dalam Bible walaupun di dalam beberapa ayat itu..Utuk membaca secara terus, aku takut dan tak berani..Ilmu aku tentang Islam masih cetek..Cukuplah Allah telah berikan aku kekuatan Iman dan aku yakin padanya seluruh hayat aku..

Alhamdulillah..Allah masih beri peluang untuk aku menambah ilmu dengan menemukan aku dengan buku ini.. Jalan cerita yang mudah dan meyakinkan..Semoga Allah membalas segala jasa penulis yang telah berkongsi ilmu yang beliau ada.. ^_^

Tuesday, May 11, 2010

Berjayakah Aku Kali Ini?

Baik! Sekali lagi..Aku berkobar-kobar nak kurus!Tadi timbang dekat Tesco, 64.4kg!!Asal makin berat!! T_T
Dengan bersemangatnya, cari tips-tips diet dekat blog..N jumpa ada blog ni suruh kurangkan kalori.. Oleh sebab aku pun tak tau berapa banyak kalori aku kena makan tiap-tiap hari, aku pun search lagi intenet sampai jumpa site ni. Dan try target untuk turun 60kg..(sebab tau itu pun susah!) Selepas kira-kira, keputusannya keluar macamni >>>>

Calories Needed for Goal Weight

Results

You should consume about 1,200 calories a day to reach your goal weight of 60 kg. This is at a reasonable weight loss average of 0.41 kg per week, which should be reached by August 05, 2010.

Experts recommend weight loss at the rate of 0.25-1 kg/week. Remember that this estimate is based on your body weight, height, age, gender, and activity level. It may vary slightly depending on other factors.

Generally, women should not consume any less than 1,200 calories per day, and men should not consume less than 1,500 calories per day.
********

Sekali lagi..Aku berusaha nak kurus..Dan sekali lagi..Tak tau berjaya ke tak.. -_-"

Ada ke bulan 8 boleh kurang 60kg ke..Lama gila!Lamanya nak kena mengira kalori makanan..Lamanya nak kurus... T_T





nota kaki:Tampal dekat blog makanan senarai makanan dan kalori-kalorinya...supaya boleh beringat..

Sunday, May 9, 2010

BENCI 10 kali sebenarnya..

Esok aku cuti sepatutnya..Nak habiskan cuti..Tapi aku kena hadir miting yang tiba-tiba dibuat oleh bos punya BOS...Ish!!Tension betul!! Kenapa la aku susah sangat nak cuti??? Kalau orang lain aku tengok elok je bercuti sakan. Kalau aku..Ada je yang tak kena..BENCI!BENCI!BENCI!

Okei..dah lega selepas cakap BENCI berulang kali...-_-"

Aku takde mood, sampaikan nak update blog pun malas.. Malas nak bercerita..Takde idea nak bercerita..Takde idea nak meconteng...

nota kaki: aku selalu rasa ada hikmahnya Allah tak bagi aku dapat permenant terus dalam gomen ni...

Friday, May 7, 2010

Les Ke Aku?

Menyampah tengok Farid Kamil rapat-rapat dengan Lisa Surihani.. Tak suka tengok dia. Sebab semua perempuan cun yang jadi artis semua pun dia nak sapu..Lisa Surihani yang takde gosip buruk-buruk pun boleh terapat dengan dia.. Mujur la dalam AdamMaya, dia dengan Syed Hussein.. Semangat tengok tiap-tiap hari..Gila cute bersama Amani ^_^

Lagenda Budak Setan? Akan tengok sebab Que Haidar dengan Fazura ada...Best2..Tapi agak tak puas hati kenapa la mesti Farid Kamil??? Kadang-kadang dia over la..-_-"



Nota kaki: Tajuk takde kena mengena dengan entry...

Tuesday, May 4, 2010

Aku Memang Pemalas..

Yiipiie!!!\0/ Insyaallah esok engineer baru nak masuk..Akan lepas kan satu kem..Yey!!!\0/
Tapi, akan jaga jugak untuk minggu ni kot..Peralihan tugas..Cewahh.. :p

Jumaat depan last untuk aku habiskan cuti aku yang 4 hari tu..Sempat ke???? Aduhhh..Tension aku..Aku nak cuti!!!!!!!!


nota kaki: Kan best, kalau banyak duit boleh pergi Bandung bila-bila je..

Sunday, May 2, 2010

Perkahwinan Su & Aiman..

Wahhhhh!!!!! (Eh..Assalamualaikum..Terlalu eksaited sampai lupa bagi salam) Waaahh!!!(sambung balik) Tulah perasaan aku masa mula-mula masuk dewan MBSA Shah Alam yang tengah berlangsungnya perkahwinan Nik Suriani & Aiman.. Grand jugak budak ni buat..

Nik Su ni, kawan aku masa degree Uitm Shah Alam. Kitorang start baik n rapat gila-gila sebab kitorang kat bawah satu supervisor untuk thesis.

Dalam 3 sem jugak la rapat. Bukan rapat yang sikit-sikit. Rapat yang tidur sebantal, makan sepinggan.. Oh yee..Ini jugak la first kawan perempuan aku yang berketurunan Kelantan dan purely Kelantan. Ili, Aini dengan Naj dah ala-ala lupa asal usul dah.. Sebelum ni aku tak boleh masuk sangat dengan orang Kelantan yang pure ni..Kenapa? Ntah..Taktau dan takde jawapan..Tapi memang susah sikit nak masuk.. Tapi dengan Su ni, memang satu kepala betul.. Tak kenal maka tak cinta kan.. Gila-gila sikit dia ni..Jap lagi ada gambar bukti dia ni tak betul sangat..haha

Dia start bercinta dengan Aiman ni dari masa diorang ambik diploma dekat Uitm Arau lagi.. Macam-macam dugaan dah diorang tempuh. Alhamdulillah..Kalau dah jodoh memang tak kemana kan..^_^

Sebenarnya aku tak dapat pun kad kahwin dia ni..Sampai la hari selasa lepas aku mesej dia tanya dia jadi kahwin ke tak.. Laju je dia terus telefon bagitau dia dah pos lama n tak kira aku kena datang jugak.. Of course la aku datang..tak dapat kad pun aku datang. kekasih Gelap pun memang dah awal-awal beli tiket flight sebab kitorang ni satu geng masa degree dulu.. Mana boleh tak datang. Memang dah kena sound awal-awal dari time belajar dulu, kalau tak datang kenduri kahwin salah sorang siap la..Putus Kawan! Punya la dia risau aku merajuk tak nak datang sebab tak dapat kad, pagi-pagi sebelum pergi dewan tu pun dia call tanya datang ke tak.. :p

Pemandangan dari sudut hujung dewan..

Pada aku..Sangat comel dia angkut semua adik beradik dia jadi pengapit hari tu.. Tak payah ada pengapit lelaki.. Dah macam dayang-dayang dah adik beradik dia dekat atas tu.. Sweet sangat ^_^

Kekasih Gelap menawarkan diri untuk merayau-rayau pergi ambik gambar dekat meja beradap ni sambil terus hilang sekejap sebab jumpa geng-geng lama..Takpe-takpe.. Aku pun memang duduk dengan geng-geng Oompa Loompa aku pun :p
Ini geng Oompa Loompa yang datang..

Ini hantaran daripada Aiman untuk Su.. Aku ambik gambar celah-celah kaki orang..Yee..Aku memang penyebok -_-"

Haaaaaa...!Ini lah bukti yang budak ni tak betul.. Boleh tak dia panas, dia ambek kipas tu..Dia kipas sendiri..haha!Su..Su..Ko memang cute..!

Acara mengambil gambar beramai-ramai...^_^

Kepada Su dan Aiman.. Semoga Bahagia ke anak cucu..semoga bahagia sepanjang hayat di dunia dan di akhirat..semoga dapat anak yang cute-cute soleh dan solehah.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails