Tuesday, August 25, 2009

NAk Balik Kampung!!!

PANG!!!GEDEBUSH!!

Macam kena tumbukan keramat..Masa bos aku panggil, bagitau kena ada sorang wakil pegawai dekat ofis masa cuti raya nanti.. T_T

Taktau kenapa..Walaupun empat2 engineer yang ada dekat bahagian aku ni semua nya xdek komitmen lagi,tapi aku rasa,aku lah calon yang perlu ade dekat ofis..Sebab..Diorang dah bg alasan yang ala2 kukuh utk kenape diorang kena bercuti straight seminggu masa raya nanti.. T_T

Nak nangessss.. T_T Tapi,bila aku ngadu kat mak aku..Mak aku cool je..Dia ckp..Dah kena kerja..Nak wat cmne..ekk????PElik nih.. (-_-") Pastu aku mengadu dekat Kak Ani..Cousin aku..Dia bagitau, "Alaa...Kak Ani pun tak cuti..Raya ketiga dah kena balik..Sebab kena kerja.." (-_-")

Ehh..Rilek nye sume orang...huhu...Aku nak lepak2 lame kat kampung T_T Pastu terkenangkan aku sorang2 je dekat dalam opis ni..wuuuaa!!! T_T

Sape2 yang ade dekat KL masa seminggu raya tu..Sila lah cal aku yeee... ^_^ Aku nak mengular..hee... =p

Thursday, August 20, 2009

Percintaan jarak jauh~

Orang kate,percintaan jarak jauh tu bahayae~
Orang kate,percintaan jarak jauh tu lagi kekal~
Aku kate,percintaan jarak jauh tu MENGUJI~

Percintaan jarak jauh ni ade baik ade buruknye..

Yang Baik

Zina mata pun tak sempat..Ahaks~

Yang Tak Baik

Mata akan terbukak luas untuk pompuan yang lagi CUN!!!Ceh!! (-_-")

Walauapepun~ Jom makan STEAK!! Tengah bersiap siap nak g makan Sizling Steak kat Kampung baru..Yummy..\0/

Tak de mase nak pikir cinte jarak jauh..Tekak aku dah seminggu tak makan makanan BEST..T_T

Wednesday, August 19, 2009

Kelebihan Dan Fadhilat Solat Terawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".


Sumbangan Oleh: Menara Optometry Centre Sdn. Bhd.

Ramadhan~

Alhamdulillah~

Aku beransur sehat ^_^ Walaupun belum lagi mendapat kekuatan 100% tp aku semakin sehat..Alhamdulillah..^_^

Aku semakin risau bila kesihatan aku belum pulih sepenuhnya lebih2 lagi memikirkan 1 Ramadhan dah semakin hampir.Sayu rasa hati bila memikirkan aku tak dapat sama sama dengan semua orang untuk sambut 1Ramadhan sebab di uji Allah dengan kesakitan yang belum pulih ni..

Bila memikirkan faktor Ramadhan ni, otak aku jadi lagi tension..Lagi menambah nambahkan sakit aku..Dapat ke aku berpuasa macam orang lain..T_T

Tapi alhamdulillah menjelang dua hari lagi nak 1 Ramadhan, Aku berjya menguatkan diri aku..Dan harap2..Esok,lusa..Aku dah mencapai kesihatan yang TOTAL.. \0/

Aku rindu dengan bulan Ramadhan..Rindukan kemeriahan berbuka,bersahur kalau kat kampung,jalan raya yang sesak sebab org berpusu pusu untuk ke Pasar Ramadhan, Surau-surau dan masjid yang meriah di malam hari,orang bertadarus sana sini..Bestnyeee...Rindu sangat..^_^

Semoga Ramadhan kali ni lebih meriah dan lebih banyak amalan yang dapat kita kumpulkan... Insyaallah..Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita kumpulkan amalan..Jom!! ^_^

Friday, August 14, 2009

Nikmat Allah~


Bila nikmat Allah tarik....

Kalau tengok entry2 aku sebelum ni..Kalau bab makan..Aku lah juara..Memang tak ingat dunia..Bila Allah uji dengan demam yang takde selera makan....Padan muke aku... T_T Hari ni merupakan hari ke 4 aku MC n hari ke 4 jugak aku tak jamah sedikit pun makanan..Tapi untuk makan ubat..Aku paksakan jugak diri aku jamah roti atau biskut atau bubur yang kalau ditotalkan mungkin sesudu je jumlahnya.....

Bila sakit macamni...Baru la terfikir..

Kalau la aku sihat,diberikan kekuatan, aku nak solat betul2..nak hargai waktu solat aku..berdiri,duduk dan sujud aku sempurna untuk Allah...

Kalau la aku sihat,diberikan kekuatan,aku nak menghargai ape yang ade di sekeliling aku..

Kalau la aku sihat,diberikan kekuatan,aku akan menghargai tulang empat kerat aku yang aku selalu gunakan di jalan yang salah..

Menghargai semua di sekeliling kita selagi ada....

Abah kita yang akan bawak kita pergi klinik bila sakit..

Mak kita yang akan letakkan kain basah dekat kepala kita untuk kurangkn panas..

Kakak kita yang akan masak kan bubur dan buatkan air milo utk kita walaupun kita makan n minum sesudu je..

Adik kita yang asek jerit jerit "pakai topeng Anya!!"
Maze yang amat menyayangi diriku dgn membeli jam n brooch :">

Kekasih gelap kita yang akan msg suruh mkn ubat n pergi jumpa Dr lagi dan lagi (walaupun bru je jmpe Dr (-_-") ..

Pojie yang terus cal bila tau aku demam n di akhir perbualan, "betul la nas ko demam!dulu powerful skang dah 90% turun!" (-_-")

Aiza yang bila tau je aku demam terus "Nas!kompem ko denggi!!" (-_-")

Ppink Si Pencopet Caller Ringtone aku... =p

Kapten yang nuffnang die still RM0..kehkeh..

Parzila yang sangat2 caring...T_T

K Zam sumber cerite best...\0/


Aku suatu mase dahulu

Aku bile saket (-_-")

Tuesday, August 11, 2009

Degil~

Assalamualaikum..

Hari ni rehat kat rumah..Demam (-_-") Dah rasa tak sehat dr hari Ahad lagi..Dah mula sakit tekak..Tapi gagahkan diri jugak pergi ofis semalam..Sekali aku pegi,ramai gile yang MC..Technician aku siap masuk wad..Kalau aku tau la..aku rehat kat rumah...huhu..

Aku gagahkan diri jugak nak pergi,sebab ada inspection bumbung utk satu kerja dekat site aku..Masa inspector bumbung tu cerita dekat aku pasal design dia..Aku dah rasa terhuyung hayang..Aku gagahkan jugak untuk dengar (walaupun aku tak dengar ape pun..Telinga aku mcm berdengung)..

Lepas inspect bumbung,Aku, TA aku dgn Technician aku (technician yang lain..bkn yg masuk wad tu..sile pikir logik..hihi) pergi check kerja2 dekat tempat lain pulak...T_T Wuaaa!!!Rase nak pitam... Byangkan..Aku cek kerja longkang sekeliling padang kawad yg BESAR..Aku cek kerja extend bangunan.Aku cek kerja paip dekat atas bukit yang kena jalan jauh utk naik..Nak nangis.. T_T

Mesti korang pelikkan?dah tau demam,balik je la...Lepak kat ofis je..Utuk Kem Sungai Besi ni,Aku dapat TA yang sangat2 betanggungjawab dalam membuat kerja..Walaupun aku bos die,tapi aku lagi banyak belajar dari dia..Dia takkan buat kerja sambil lewa..Setiap kerja kontraktor,dia akan cek sampai dia puas hati..Aku selaku Engineer yang baru nak belajar dan agak lembik (-_-")..Aku follow la mane2 yang dia nk pergi,sambil bole tau site yang aku jaga,aku leh tau problem dkt site...N mcmane nk solve..

Dah dekat atas bukit tu...Aku dah tak larat..Jalan tengah2 panas..Aku rasa nak pitam.. T_T Ada satu walkway, aku duduk situ..TA aku terus ckp.. "Ya Allah Cik Nas!Saya lupa Cik Nas demam!!" Aku senyum je...Tak larat dah nak ckp byk..

Lepas dia cek kerja2 paip air tu,dia n technician aku suruh aku duduk ctu.Diorg akan ambil kereta sampai ke tempat yang aku duduk tu..Lama jugak masa yang diorang ambil utk amek aku..(-_-") Rupa2nya diorang singgah kedai belikan dua air badak n panadol... T_T

Diorang trus bawak aku pegi hospital dekat kem tu..utk pegi cek secara free.. =p N Itulah hasilnya...Aku dapat MC harini \0/ Eh...Hepi pulak.. (-_-")

Masa aku pergi hospital tu..Ramai gile yang DEMAM!!Aku tanya doktor tu..Mcmana nak tau org tu kene H1N1?Dia ckp,sekarang ni..semua org pun kita suspect (-_-")

H1N1 ni nak uji kita..Nak kita muhasabah diri..Aku bagi satu contoh je...Kita mengaku kita ikut sunnah Nabi kan?Bila orang cakap kita tak ikut,kita akan melenting..Tapi cuba kita kaji,adakah kita ikut sabda Nabi yang satu ni?

Rasulullah s.a.w dalam satu hadis sahih yang mafhumnya;
"Jika kau mendengar di sebuah negeri ada penyakit merbahaya dan berjangkit (seperti taun) maka janganlah kamu pergi ke negeri itu dan jika kamu sedang berada di sebuah negeri yang merebak penyakit itu, maka jangan lah kamu keluar daripadanya"

Kita dah tau,kerajaan kita lemah untuk menguat kuasakan tiada keluar masuk ke luar negara sebab lebih mementingkan ekonomi dari kesihatan rakyat sendiri..Jadi,kita sebagai individu sendiri yang perlu peka..Macamana tanggungjawab kita kepada individu lain... Dah ramai yng meninggal...Dan yang meninggal tu,semua orang yang yang tak bersalah cuma berjangkit dari orang lain yang degil...Janganlah sampai satu hari nanti kita di soal oleh Allah utk kesalahan yang di luar sedar kita.. Kesalahan yang kita buat dalam sedar pun dah byk.. =(


Sama2 kita muhasabah diri...Dan berdoa agar dijauhkan dari malapetaka dan bencana...

Tuesday, August 4, 2009

Nisfu Syaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Saturday, August 1, 2009

Tangisan Seorang Teman..

Hidup selepas menghadapi kematian seseorang...

Alhamdulillah..
Aku belum pernah rasa kehilangan yang total~
Maksud aku..Kehilangan yang disebabkan kematian seseorang....
Kehilangan dari orang yang sangat rapat dengan aku..
Aku belum pernah lagi merasakan perasaan orang yang aku ingin mengadu nasib,tempat bermanja, tak lagi wujud untuk aku...

Kematian adalah perkara yang amat hampir dengan kita..Kita harus brsedia dengan segala kemungkinan..Iaitu kita akan kehilangan orang yang amat rapat dengan kita,pada bila2 masa saja...Kalau lah perkara ni terjadi pada aku dalam masa yang terdekat ni,aku rasa aku memang tak mampu...Aku belum bersedia...

Kenapa aku tiba2 bercerita pasal kematian? Kalau kita asyik nak berfikir pasal kematian, tak maju lah kita hidup dekat dunia ni..Betul tak?Tapi kalau kita asyik berfikir pasal dunia,macamana dengan persediaan mati kita?Kita hidup di ahirat lebih kekal abadi..Bersama sama dengan amalan baik atau jahat kita..

Ya Allah..Kalaulah aku ditakdirkan panjang umur..Lebih dari umur orang2 yang rapat dengan aku...Macamna aku nak menghadapi hidup aku seorang diri?Aku sentiasa berdoa semoga perkara ni terjadi,bila aku benar2 bersedia..Allah menguji seseorang apabila orang tu betul2 bersedia.. Dan Allah tau orang tu benar2 kuat untuk menghadapinya...Insyaallah...

***********

"Hari ni aku nak beli roti lah...Beli untuk mak aku...Mak aku suka roti dekat King's Bakery tu.."

"Ko tau Nas...Mak aku cakap untung mak kau dapat ayah kau...Ayah kau sayang sangat kt mak kau kan"

"Aku suke tengok mak aku senyum...Comel je"

"Nas..Aku beli buah strawberry ni..Nanti nak masuk dalam peti ais..Mak aku mesti suke"

"Mak aku sakit la Nas..Aku risau..Kalau aku amek kerja JKR..Aku dapat jauh macamana?Siapa nak hntar mak aku pegi hospital?Takpe lah aku tolak..Rezeki dekat mana2 kan Nas?"

.

.

.


.


.

"Nas...Mak aku Nas...Mak aku dah takde........"

.

.

.

.

.

"Nas....Aku dah takde Mak....Aku anak yatim Nas..." (Air mata dia dan aku jatuh sama laju...)


***********


Aku tau...Aku kalah untuk jadi kawan yang terbaik..Seorang kawan yang baik, dia boleh menenangkan hati kawan dia..Aku gagal...Aku menangis sama dengan dia..Maafkan aku...

Dari tahun 2002 aku kenal dia..Dari mula aku jejakkan kaki di UiTM..Memang tak pernah lekang ayat dan cerita yang menunjukkan betapa rapatnya hubungan seorang ibu dan anak...Betapa dia cuba sedaya upaya menjaga dan menghiburkan hati mak dia supaya dapat kebahagiaan dari seorang anak yang tak mampu menghulurkan kebahagiaan wang dan ringit tapi hanya kasih sayang...

Tahun 2009....Kini...Apa yang aku dengar cuma cerita mengimbau kenangan...Cuma tangisan kerinduan dari seorang anak kepada ibunya...Aku tahu dia kuat..Aku tahu dia mencuba sedaya upaya untuk tak menjadi orang yang lemah...Tapi aku juga tau..Memang mustahil kasih sayang selama 25 tahun dari seseorng yang bergelar IBU..Boleh hilang dalam masa beberapa bulan...

Percaya lah...Kawan2 kau sentiasa doakan kau kuat menghadapi segala kerinduan..Insyaallah...



note: Walaupun kau cuba menghilangkan diri..Aku takkan biarkan kau pergi macam tu je...

Pilihan Untuk Bahagia~

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya


note: Nak bahagia di akhirat..Tapi rasa takut untuk susah di dunia... T_T Moga-moga bahagia di dunia dan di akhirat.. T_T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails