Tuesday, June 30, 2009

Temuduga Terbuka JKR

Assalamualaikum..

JKR buat temuduga terbuka lagi untuk pegawai kontrak J41...Kontrak selama 2 tahun.Walaupun dalam hati aku ni, ada rasa macam.."Diorang ni nak berapa ramai!!!!" Tapi aku still galak kan korang mencuba.

Tapi pastikan apa yang JKR janjikan untuk korang ni,lagi berbaloi dari tempat kerja korang sekarang.Kalau korang dah kerja kat tempat yang stabil, n saja saja suka2 nak tukar angin..Elok la lupakan....Sila bersyukur dengan apa yang ada bagi mengelakkan menyesal di kemudian hari..

JKR buat semua ni sebab nak membantu menaikkan taraf ekonomi yang tengah down sekarang ni..Dalam masa yang sama,otak aku still berfikir.. "Lepas dua tahun,kitorang beramai ramai termenung rumah ke????!!" (-_-") Tapi aku still berfikiran positif..Rezeki dimana mana...Mana tau lepas dua tahun aku dapat husband kaya..duk rumah lepak2 pun dah masyukk..(huh!berangan) @_@

Jom masuk JKR ramai2!!(hanya utk orang yang rasa tak hepi dkt kompeni sekarang je ye masuk..) Diorang dah start panggil dah ni..All the best utk sape2 yang dh dipanggil n kalau sape2 yang tak dipanggil,sila updatekan SPA tu...Jgn degil mcm Nobita!(bukan nama sebenar)...

p/s inteview ni dari 7/7/2009 sampai 10/7/2009 saje ye.... ^_^

Monday, June 29, 2009

Fadhilat Berpuasa di bulan REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sunday, June 28, 2009

Kanpai yang sehat ^_^

Assalamualaikum....

Penat nyeee...baru balik dari Bukit Cerakah (tukar tempat dari Taman Botani ke Bukit Cerakah di saat2 akhir atas sebab2 tertentu). Walaupun Shah Alam tu tempat kitorang belajar dari diploma sampai la ke degree,dah kerja ni baru la kenal Bukit Cerakah tu.Tengok!Nampak sangat kami student yang penuh bertanggungjawab dan tak main2 masa belajar...hehe...

Kitorang dah sampai awal pagi lagi..Pukul 8 dah masuk dalam Bukit Cerakah tu n terus sewa basikal sorang satu..Ada 6 orang semua nya.. Aku,Naj,Aiza,Khairul,Azrol n lagi sorang Aidi(yang bukan ahli Kanpai,tapi nak join jugak kitorang.Takpe,kehadiran dia dialu alukan sebagai kamera man..hehe)

Posing dulu..Jap lagi penat tak larat dah nak senyum...

Dapat2 je basikal,Aktiviti pertama kitorang adalah MAKAN!!!Nasi Lemak yeee.....Aduiii...Belum sempat berpeluh ni,terus makan..Alasan nak makan dulu adalah utk kumpul tenaga...(-_-")

Selepas tenaga dikumpulkan.Kitorang terus menuju ke arah kawasan kayak..Dekat je sebenanya tp ala2 berliku2 sikit n berbukit.Amat menyeksakan bagi kitorang yang tak pernah exersize ni.. Setiap gerak kayuhan kitorang ni di paksa oleh Khairul yang sangat2 suka bersukan tu.Nak rehat sesaat pun,dia dah bising2 pasal kalori nasi lemak yg kitorang makan sebelum tu...Lalu kitorang tanpa henti pun mengayuh basikal sebab taknak dia membebel lama...Adoihh...

Betul tak aku cakap...Si Kerol tu asek paksa orang kayuh.. (-_-")

Lepas dah berbasikal dengan agak lama,ktorang singgah dekat rumah (4) empat musim yang tengah beriklim panas.Alaa...ada sikit frust sebab mengharapkan musim salji.Baru tau yang rupa2 nya rumah 4 musim ni bukan la tunjukkan empat empat musim kat dunia ni,tapi satu musim je dalam satu2 masa,ikut musim negara yang beriklim 4.



Dalam Rumah 4 musim...

Keluar dari rumah 4 musim, kitorang lepak dekat Taman Padi sementara tunggu Naj n Aidi keluar pergi beli kek untuk sambut birthday Aiza n Khairul.

Tak pernah merasa balik kampung ada padi...huhu..Kalau tipu gamba ni dekat tepi bendang orang percaya tak?hehe...

Sebelum upacara tiup lilin, Azrol bagi kitorang cenderamata yang dia beli dari China.Rantai Jed..Comel!!!Aku dapat tali warna pink ^_^ Azrol tau aku suka pink..yey!! \0/ Thanks Azrol..^_^

Cute tak? ^_^

5 Star for Kanpai Kesihatan!! \0/

p/s Nakama...Lepas ni kita jumpa dekat restoran steamboat yee... ^_^

Saturday, June 27, 2009

Blog Layout Dah Bertukar

Yey!!! \0/ Akhirnyaa!!Layout baru!! \0/ Pink n Butterfly..Luv it sooo much...hehe....

Adakah aku akan kembali aktif berblog? Berusahalah Nasrina!! \0/

Esok pagi pagi lagi akan keluar rumah.Ada aktiviti Kanpai untuk raikan harijadi Aiza dan Kerol. Dah lepas dah harijadi diorang. Memang sengaja nak combined harijadi budak berdua ni untuk disambut masa aktiviti Kanpai..

Lokasi esok adalah dekat Taman Botani, Putrajaya. Memang tak pernah jejakkan kaki lagi dekat situ.So,esok baru la nak merasa.Aktiviti yang bakal dijalankan adalah berbasikal,berjoging, mungkin jugak berkayak???Naj yang cakap ada kayak dekat situ..Kitorang yang taktau apa apa ni,mengiyakan aje..(munkin tu tempat dating Naj ngan Aidi..kehkeh..)

Ohh yee..Aktiviti Kanpai kali ni agak ke arah kesihatan sikit sebab dah bosan dengan aktiviti yang stereotaip iaitu shopping n makan secara besar besaran.Huh!! tak sihat betul..So, esok..Adakah kitorang akan berjaya dengan plan kesihatan kiorang nih??? Keputusan nya akan diupdate pada entri yang akan datang... ^_^

Bercerita pasal kesihatan..Tengahari tadi,aku dapat call dari sorang mamat ni n perkenalkan diri dia sebagai Fairus dari Fitness First The Curve..Dia bagitau,Kerol dah bagi senarai nama dekat dia dengan pesanan "Suruh diorang excersize" n Si Fairus yang memang nak mencari mangsa pelanggan seterusnya pun call la senarai2 yang diberi oleh Kerol. Huh!!Siap ko Kerol!Ko ckp aku gemok ye...!!(mujur suara Si fairus tu sedap n terautomaik, terborak lama pulak dengan dia..haha!)

Tapi..Tetap jugak akan belasah Kerol esok sebab tersenarainya nama aku tu bermakna, aku gemok di mata dia..huh! Tapi...nama Kapten pun tersenarai..haha!Kapten yang cekeding..=p Sekarang,dah terjawab la kenapa Kerol bagi msg minta maaf dua minggu lepas n bila kitorang tanya kenapa, dia senyap seribu bahasa... (-_-")



Aku akan buktikan!!aku akan excersize Kerol!!!\0/ Malasnyeehhhh (-_-")

Penukaran Nama Blog

Assalamualaikum...

Hehe..Aku dah tukar nama blog aku ni.Sebab rasa kelakar pulak Cahaya Merah Jambu... Teringat pulak Power Rangers, Mask Rider ngan Gaban...haha!Ye ye..Mungkin korang pun dah lama rasa benda ni..Aku la yang lambat insaf (-_-")

Aku tukar dari Cahaya Merah Jambu ----> NasRina..Agak mencapapkah? hehe...Takpe la kan.. Takde idea ni..Fikir punya fikir, last last nama sendiri yang menjadi pilihan dihati... =p

Ada lagi satu penukaran yang aku nak buat...Layout blog ni...Aku sendiri ala ala dah sakit mata tengok warna blog ni..Ok,aku akan berusaha mencari layout yang org takkan sakit mata dan dala masa yang sama mata aku pun tak sakit...hehe

Nasrina menahan Nafsu...*_*

Assalamualaikum...

Uiisshhh..betul ke tajuk post aku nih??? Dah lama tak berblog, sekali post cerita pasal nafsu pulak..Adehh..

Ok..yang sebena benanye...AKU TAK DAPAT GAJI LAGI!!!!!! dah dua bulan keje nih...

Hutang dah bertimbun timbun..

Pengejar hutang dah betanya tanya..

Kereta perlu diservis....

Muka yang dah semakin byk bintang2 ni pun perlu diservis... *_*

Baju dan seluar yg dah semakin lusuh mintak diganti..

Kasut kerja yg die pakai tiap2 hari mintak dicarikan kwn sebab katanya, dia tak mampu lagi terkena percikan simen dan lumpur sebab die dicipta bukan utk aktiviti lasak dan kasar... @_@

Aktiviti kanpaii dah semakin dekat (ESOK!!) kapten n chopper akan cover utk aku dulu..yey!!\0/

Ramai kawan2 yg kawin bulan 6 n 7 semua pun aku x dpt pegi..(Mintak ampun dr ujung rambut smpi ujung kaki...Nak tongtong minyak ngn kwn2 pon rase x mampu,apekan lg nk menghulurkan hadiah...uhuk uhuk...)

Takpe takpe...sebulan lg nasrina..Jiayou jiayou!! \0/ Mujur kekasih gelap sudi jadi Along versi no interest..Leh la aku wat loan secare besar besaran... ^_^ Hidup Kekasih Gelap!!! \0/

Jangan salahkan aku bile byk yg aku nk bershopping nnti...dah termaktub nafsu pompuan ade 9 kannnn..Emmm..Silap haribulan satu OU aku borong...^_^ (Nafsu org pompuan yang tak sedar diri duit 0 (kosong) dlm poket *_*)

p/s : wujud lg ke blogger2 yg akan menyinggah membace blog aku yang dah sekian lame menjadi tukun nih?huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails