Pages

Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Resipi : Masakan Siput Lala

Assalamualaikum..
Lama pulak rasanya tak update resipi dalam blog ni.. Ecceh.. Ada rasa macam chef hebat pulakkan konon macam masakan sedap..Haha. Eh tapi aku rasa sedap..Aku tengok habis je tiap kali aku masak.. Sedap la tu kan? Haha. Ok2.. Korang boleh cuba je resipi2 yang aku share dekat sini, double confirm yang masakan aku sedap..supaya aku tak perasan sendiri.. Hihi.. :p
Haritu.. Emm.. Dua tiga minggu lepas jugak aku rasa ni.. Kitorang pergi Pasar Tani dekat Taman Melawati.. Hari Sabtu.. Ada satu gerai ni.. Memang fresh makanan laut dia.. Udang, sotong, macam-macam jenis siput ada.. Semua fresh.. Aku kalau teringin nak makan makanan laut memang beli dekat gerai ni.. Masa tu aku beli udang dengan siput lala.. Tengok cantik je.. Dah lama tak makan siput lala.Teringin pulak. Hehe..
Balik je rumah, macam biasa terus call mak aku mintak resipi.. Masakan mak masakan terlazat dekat dunia ni.. Perlu dipelajari dan ditiru bulat-bulat.. Dapat je resipi, laju-laju terus masak... Alhamdulillah tak perfect macam mak masak tapi dah nak hampir-hampir sama.. Hehe..
Meh aku share resipi.. Mudah dan ringkas sangat..
Bahan-bahan
Siput lala - semangkuk besar( basuh dgn air garam)
Bahan2 utk Sambal
Cili kering - 10 tangkai diblend halus
Bawang besar - sebiji (blend)
Bawang putih - 3 ulas (blend)
Halia - suku inci (blend)
Serai - 1 batang diketuk
Cili sos - 3 sudu besar
Tomato sos - 1 sudu besar
Cara2
1. Masukkan semua bahan yang dah di blend halus dalam kuali dan di tumis sehingga masak..
2. Masukkan serai
3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili sos dan tomato sos.. masukkan sedikit air jika nak berkuah..
4. Bila dah masak sambal nya, baru masukkan siput lala yang dah dibasuh bersih.. Masakkan sekejap je.. sebab taknak nanti terlebih masak siput lala tu..
5. Siap!!! Boleh dihidangkan dengan nasik panas..Nyum nyumm..heh
Selamat mencuba ye.. ^_^
Kalau dah cuba resipi ni, share lah dekat sini sedap ke tak.. Hihi..

Monday, December 2, 2013

Resipi Masak Asam Ikan Patin Emak

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku ada cerita pasal aku berjaya masak asam ikan patin versi mak aku kan? Aku share dekat FB ada kawan aku mintak resipi.. Jadi, marilah aku share dekat sini.. Biar berkongsi seantero dunia.. Kihkih...



Masak Asam Ikan Patin

Bahan A
4 ketul isi ikan patin
10 keping asam keping (besar setengah inci je.. kalau besar, kurangkan bilangan)

Bahan B
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Kisar bahan B dengan air yang banyak sebab itulah kuah kita nanti. Masakkan bahan yang dikisar dulu.. Dalam 5 ke 6 minit masukkan ikan dengan asam keping (Bahan A). Masukkan garam dan gula secukup rasa..Masakkan sehingga ikan masak...

Eh!Dah siap! Haha. Aku tak letak tempoyak sebab aku lagi suka masak asam kosong lepas tu makan dengan sambal tempoyak. Lagi meletop!

Nak resipi sambal tempoyak jugak?Ok nah..

2 ulas durian ( yang baru)
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Tumbuk semua bahan..siap!Makan dengan nasi panas..Adoi laaa... Sedapnyaa....

Ok.. Ikan patin ni ikan sungai... Ada sesetengah orang tak lalu makan ikan sungai sebab hanyir dan ada rasa lumpur kalau silap cara basuh dan dari mana ikan ni hidup. Sungai atau lombong.. Macam aku, aku boleh makan ikan patin ni kalau dari Temerloh aje.. Kalau yang jual dekat KL ni, memang aku tak makan.. Terasa sangat rasa lumpur.. Huhu.. Tapi ada sesetengah orang, dia tak tau pun ada rasa lumpur tu.. Dia makan aje.. Aku memang sensetip sikit rasa-rasa pelik dekat ikan patin ni.. Maybe sebab aku dari kecik dah biasa makan yang fresh dari sungai kot... Tu yang cepat je tangkap kalau ada rasa pelik... Kalau ikan patin ni fresh, bila korang masak, dan bila dah sejuk, tetap tak berlemak berminyak masakan korang tu.. Kalau korang perasan kalau ada jual dekat kedai-kedai makan, berminyak-minyak lemak-lemak ikan bertakung tu, mesti tak fresh sangat ikan tu..Mesti rasa lumpur sampai ke kuah-kuahnya...-_-" Macam terer sangat je aku kan? Haha.


Ha.. Kalau ada sesiapa nak ikan patin fresh dekat KL atau Selangor ni, contact je aku eh.. Sebab famili aku selalu je balik Temerloh jadi, sesiapa yang nak pesan ikan patin boleh sajoh pesan dekat aku.. Hepp hepp! Temerloh bandar ikan patin ok.. Tak boleh disangkal kesegarannya..Nyum nyum nyum... ^_^

Ok, selamat mencuba.. ^_^v





Friday, August 23, 2013

Homemade Lamb Chop

Assalamualaikum.

Semalam Shahril teringin nak makan ala-ala western. Orang puasakan.Terbayang yang sedap-sedap je. Hehe.. Dalam peti ais memang dah ada daging kambing yang dah diperap. Bukan buat sendiri ye. Beli je yang dah siap perap dekat AEON BIG Wangsa Maju tu. Hehe.. Dah banyak kali dah beli dekat situ. Sedap jugak diorang marinate. Tak payah susah payah nak buat sendiri dekat rumah.. Kehkeh.. Macam-macam ada tau. Ayam ada, daging lembu ada..Pilih je ikut tekak kita..

Haritu masa bulan puasa dah buat dah. Kambing bakar, whipped potato dan coleslow tapi black pepper sos tak buat sebab malas. Kihkih.. Malam tadi pulak, whipped potato pulak takde, tapi black pepper sos pulak aku buat. Ikut suka hati je kan? Haha!

Coleslow memang aku tak pernah buat. Shahril terer buat. Jadi dia yang buat.. Nyum nyum.. Sedap.. Haritu dia buat ayam cashewnut pun sedap.Ada rasa macam ayam cashewnut dekat Black Canyon. Paprik jangan cakap lah.. Dah banyak kali dah dia masak. Paprik dia lagi sedap dari aku buat. Dia tak masukkan pun sos nampla tu. Aku tanya dia mana dapat resipi-resipi ni? Soalan dengki tak?Haha! Dia kata dia search dekat TryMasak. Hamboi-hamboi.. Aku pun taktau kewujudan website tu. Bila dia tunjuk dekat aku, baru aku tau.. -_-"

Ok, jom aku share resipi black pepper sauce dengan coleslow tu ye.. Daging kambing dah siap marinate, jadi resipi ni bukanlah 100% homemade.. Separa homemade.. Hihi..Oh ye.. Daging kambing tu aku masak dalam pemanggang ajaib. Cepat empuk  daging kambing tu.. Sila beli ye pemanggang ajaib bagi sesiapa yang tak beli lagi. Sangat-sangat berguna. ^_^ Mak mertua aku, jangan kan masakan yang bakar-bakar..Kuih badak berendam, kuih bakar, semua pun dia masak pakai tu je... Melampau senangnya guna pemanggang ajaib nih..

Ok.. berbalik kepada resipi Homemade Lamb Chop tadi..

 


Coleslow

1 biji lobak merah
Kobis Ungu (Kobis biasa pun boleh)
1/2 biji bawang Holand
4 sudu Mayonis (lLagi banyak lagi sedap)
Lada hitam
1 biji Limau Nipis

Cara-caranya

Semua sayur dan bawang di parut memanjang.. Campurkan semua bahan. Garam dan gula secukup rasa.Gaulkan rata. Lepas tu masukkan dalam peti ais dalam satu jam. Nak bagi semuanya sebati..Kena masukkan dalam peti dulu tau. Kalau tak, tak berapa jadi. Siap! Yummeehh...
 
Black Pepper Sauce

3 sudu tepung Brown Sauce Mix jenama Knorr (beli dekat AEON BIG jugak)
Lada Hitam ditumbuk (kalau nak pedas, masuk banyak sikit)
1/2 biji Bawang Holand dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong nipis
3 sudu mentega (untuk dijadikan minyak)
2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan mentega (api kecil)
2. Tumiskan bawang putih dan bawang holand sampai naik bau. 
3. Masukkan lada hitam
4. Masukkan brown sos yang dah dikacau dalam air terlebih dahulu kalau tak, berketul-ketul nanti.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kalau rasa pekat atau cair, adjust antara nak tambahkan  brown sauce atau air. 
7. Siap!

Inilah rupa packet brown sauce tu. -Dari Pakcik Google-


Kalau nak resipi Whipped Potato, boleh cari dekat resipi pie daging aku nih.. Dekat kentang lenyek tu.^_^



 

Monday, July 15, 2013

Ketam Masak Cili Bertelur

Assalamualaikum.

Ada satu entry yang aku tak buat dulu. Entry hari ketiga dekat Penang. Entry hari pertama, hari kedua dah buat dah. Tapi malas lah nak sambung. Dah lama sangat.Hehe.. Aku nak cerita pasal makanan yang sangat sedap kitorang makan malam tu. Kitorang pergi makan ikan bakar. Idrus Ikan Bakar. Memang terbaik. Semua makanan laut dia segar segar. 

 

 Time aku pergi sana, aku tengah mengandung 4 bulan. Memang masa tu apa aku nak, semua famili aku oder je. Aku nak makan ketam. Sepinggan besar tu, aku paling banyak makan. Memang sangat sedap..Kihkih

 Nilah ketam yang aku makan haritu..Nampak pun dah tau sedapkan?

Tiba tiba semalam, teringin lagi nak makan ketam. Jadi, request dekat Shahril untuk beli ketam dekat pasar tani. Sambil sambil tu duk la pikir apa la resipi ketam yang aku makan kat penang tu agaknya. Apa bahan bahannya. Kompem la aku tak tererkan..Huhu.. Jadi, search je lah kat internet. Amek sana sikit, amek sini. Kebetulan Ketuk-ketuk Ramadhan semalam Shiela Rusly tunjuk cara masak ketam black pepper. Cilok idea sikit. Tapi masa search internet, yang lebih menyelerakan aku adalah ketam belada yang digaul dengan telur... Jadi, aku buat keputusan nak masak Ketam Masak Cili Bertelur. Tiba-tiba Ketuk- ketuk Ramadhan harini jemput Memey, dia masak masakan yang sama...Hehe..

Ok.. Ni resipi yang aku buat semalam. Resipi cuba jaya. Tapi aku bagitau bahan je eh.. Aku main hentam je lah banyak mana setiap bahan tu.. Huhu.. Tapi, yang aku tau, setiap masakan kalau lebihkan bawang dengan bawang putih adalah sangat sedap hasilnya nanti.. ^_^

Bahan bahan

Mentega
Ketam
Air rebusan ketam (sok ketam)
Cili kering dan cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Limau nipis
Cili sos
Telur
Daun kari ( taknak pun takpe)
Garam
Gula

Cara cara

1. Mula mula rebus ketam tu dulu sebab kita nak guna air rebusan tu nanti. Aku pilih untuk rebus. bukan goreng ketam ni sebab ketam, kalau kita goreng rasa macam tak puas makan isi dia nanti.

2. Blend halus cili kering, cili merah, bawang,bawang putih dan halia. Tumiskan. Aku tumis dengan mentega. Nak bagi rasa lemak masin.

3. Masukkan stok ketam. Lagi banyak lagi sedap.

4. Bila dah nampak masak bahan bahan yang kita tumis tu, perah sikit limau nipis, masukkan gulla dan garam.

5. Masukkan cili sos.

6. Masukkan telur. Kacau bagi sama rata.

7. Masukkan ketam.

8. Masukkan daun kari. Yang ni, taknak pun takpe. Aku saje je masukkan konon nak bagi rasa lain sikit. Hehe

9. Siap! Amek gambar..Hehe..


Ok, itulah resipi masakan ketam aku. Hehe... Rasa dia? Alhamdulillah.. Walaupun first time buat n tak dapat nak rasa sebab puasa, boleh tahan sedap jugak. Masa makan tu Shahril kata "Sedaplah habuk-habuk dia ni.. " Habuk??Habuk pon habuk lah.. Janji aku dengar perkataan sedap dekat depan tu.. Haha! Siap dia tanya aku resipi.Shahril tak tolong masak.Kena jaga Aisyah.Tapi, bahan-bahan yang nak diblend, cuci ketam, rebus ketam. Semua dia yang buat. Aku tinggal nak masak bagi jadi je. So, dia tak tau apa aku masuk dalam kuali tu. Kihkih..





Yeeeee... Aku tau rupa tak sama macam ketam yang aku makan dekat Penang tu.  Tapi jadilah menghilangkan ngidam aku nih..Hehe. Apsal tak sharp gambar nih? Adehh..


Ok..Sekian...Maaf jika membuatkan korang terliur di Bulan Ramadhan ni..Huhu...

 Selamat Mencuba ^_^v
 

Wednesday, January 23, 2013

Teknik Memasak Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum...

Perghh..Tajuk taknak kalah.. Hehe.. Harini pukul 6.15 petang dah sampai rumah... Shahril tak balik lagi.. Bukak tudung saji mak mertua dah masak gulai ayam... Mood masak tiba-tiba sampai... Tiba-tiba teringat hari minggu haritu Shahril ada beli sotong dengan udang dekat pasar tani.. nak masak sotong ke udang.... Sotong ke udang... Last2 ambik sotong dari peti ais n rendam...Taktau lagi nak masak apa...Termenung dulu...

Emmm.. Sotong goreng tepung lah... Teringat dulu masa awal-awal kawen, buat sotong goreng tepung tak jadi.. Hampeh.. Siap jadi kurus, garing sangat,tepung tak jadi.. Dengan tak sedapnye.. Cukup pakej untuk memalukan aku dihadapan suami...

So, aku keluarkan tepung...telur...sotong kasik potong... Mulalah tugas ku sebagai tukang masak amatur.. Ekceli resipi aku buat ni simple yang amat... Resipi reka sendiri tahap malas tahap bukak almari tengok apa yang ada je..

Nah nah..ameklah kalau sudi... Kalau nk yang lagi gempak, g search kat my resipi..hehe

4 ekor sotong
1 cawan kecik tepung gandum
1/2 cawan kecik tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Tepung2 tu sekalikan aje...Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa...

Ok, teknik rekaan aku setelah gagal haritu adalah.... Lepas potong sotong tu and basuh.. Tapis betul2 sotong tu bagi tak berair masa kita masak nanti...

Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi...kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.

Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup. (korang paham ke?)

Pastikan minyak dah betul betul panas n api sederhana... dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dkt luar je..

Bila dah kaler brown, angkat guna penapis n makesure dah kering betul minyak baru letak atas tisu... Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembikkkkk berminyak.... Gagal di situ..

Nak tengok gambar?



Masa Shahril rasa dia kata "Berjayalah! Sedapp!" yeyyyy!!! Suka suka.... Hee

Oh ye... Lagi satu yang aku masak, kacang panjang berlada.. Mak metua nampak aku tengah masak, dia g petik kacang panjang depan rumah.. "Nah Nina...sayur takdek lagi tu..." kata dia.. Okei, takdek idea nak masak ape.. Oleh sebab ada nampak cili besar depan mata, bawang putih, bawang besar dengan ikan bilis... Aku tumbuk je semua... Campak dalam kuali... Dah masak ladanya baru masukkan kacang panjang..Siap...



Eh eh..sedap pulak bila cincai cincai camtuh... Kalau buat sungguh sungguh tak jadi pulak...

Ok, sekian menu kami pada malam ini.. Practice make perfectkan.. ^_^




Wednesday, September 7, 2011

Resipi Pie Daging

Assalamualaikum..

Entry dulu-dulu aku ada janji nak bagi resipi pie dagingkan? Tapi sampai sekarang janji belum lagi aku tunai2 kan.. Raya ke 3 haritu Ppink n husband dia datang beraya dekat kampung aku..Fendi orang Kelantan yang membesar dekat Pahang..Tahun ni diorang beraya dekat rumah aku.. Nasib baik lah si fendi tu kaki jalan jugak.. Kalau nak harapkan Ppink si anti sosial? Penat aku memujuk taknak gak dia datang..Dan, akhirnya, sampai jugak diorang kat rumah nenek aku..hehe

Kebetulan memang dah plan nak masak pie daging dekat kampung.. Aku pun bagilah diorang makan.. Memang rezeki diorang..Diorang kata sedap! Yey! N Ppink nak resipi.. Haritu aku bagitau dah resipinya.. Tapi  kompem.. Dia mesti lupa.. Ok, Pink.. Nah amek resipi ni.. Jangan tak buat pulak.. hehe..Kepada yang lain jugak.. =)


Wajah Pie Daging

Oh ye.. Pie daging aku ni, bukan lah yang macam dekat kedai2 tu.. bertepung bagaikan.. Aku tak buat tepung dia, so, bila nak makan, kene amek pakai sudu.. =p

Ini resipinya....


Lapisan pertama– Pasta spiral
Air panas mendidih
Spiral pasta
Garam

Lapisan kedua– Daging Sos Tomato
Mentega – cukup-cukup untuk menumis daging dan bawang. Jangan banyak-banyak.
Bawang besar dipotong dadu 
Daging kisar 1 kg – awal-awal lagi dah rebus..so masak kejap je nanti
Sos tomato  – satu botol besar.
Sos cili - tak sebanyak sos tomato (setengah botol)




Lada hitam biji yang ditumbuk
Oregano – mesti letak penyedapkan resepi ni.
*garam dan gula tidak diperlukan sebab sos tomato tu dah sedap dah.

Lapisan ketiga – Kentang Lenyek
Kentang 2 kg – rebus dan lenyekkan.
Mentega satu bata – cairkan
Susu segar 1L
Garam



Lada hitam kisar
(aku tak reti nak bagitau ukuran yang sebenar korang ubah la bagi rasa sebijik macam mash potato kfc tu ye)

Lapisan keempat – Cheddar Cheese lebih kurang 12 keping.

Selepas siap semua bahan di atas, masukkan ke dalam bekas yang sesuai, ikut selera korang.

Kemudian bakar di dalam ketuhar. Takpun microwave. Terpulang. Suhu, terpulang. Masa, terpulang. Pasal aku pun tak tahu. Yang penting apabila aku bakar, aku tengok cheese. Kalau dah hangus kehitam-hitaman sikit, itu tandanya sudah boleh mkn. Tapi, aku selalu buat tutup dengan aluminium foil.. Cheese takkan hangus tapi akan mencair...Sedapnyeee!!!(ok, aku tengah pusa..kawal diri)



Kat bawah ni gambar-gambar yang aku tangkap di sekitar pembikinan pie daging...





Bahan-bahan asas..
Kentang lenyek..





Daging Sos Tomato
Melapis lapiskan bahan yang dah siap..
Acara meletak cheese..Letak sampai tak nampak kentang..
Tutup dengan aluminium foil..


Bakar sampai cheese chair... 

Series..Sangat sedap.. Terima kasih kepada officemate aku yang ajar makanan sesedap ini.. Korang mesti cuba.. Buat je banyak2..Lepas tu frozenkan.. Bila-bila orang nak, bakar je dalam oven.. Yumm Yumm.. 


nota kaki : Jangan tanya kenapa aku dah gemok balik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails