Pages

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Ke2 di Hospital Kuala Lumpur





Assalamualaikum ^_^

Harini tengah rajin. Nak update tentang puteri kedua. Hehe.. Tengku Nur Adzra.

Nak cerita yang mana dulu ye? Proses kelahiran dia ke atau nama dia? Kelahiran dululah ye..

Alhamdulillah, waktu tahu mengandung lagi, memang happy sangat sebab dah sedia nak mengandung lagi memandangkan Aisyah dah 2 tahun. Dah boleh ada adik. Hehe. First trimester sangat-sangat melemahkan. Aku muntah-muntah tahap kronik. Tak lalu makan dan minum air.Apa pun yang masuk semua keluar. Apa je jenis masakan, semua aku rasa busuk. Nak bayangkan pun dah geli geleman dekat tekak. Sampai satu tahap, dah taktau nak muntah apa, aku muntah keluar darah. Padahal masa tu baru je masuk air dekat klinik untuk kali yang kedua. Doktor suggest untuk aku pegi hospital terus boleh dapat rawatan rapi. Aku pilih untuk pergi hospital Ampang sebab dekat dengan rumah mak, jadi senang kalau Aisyah nak datang.

Masuk hospital, alhamdulillah rasa segar sikit berbanding dekat rumah. Mungkin sebab non stop masuk air dan aku makan antibiotik. 4 hari dekat hospital sebab doktor detect kencing kotor. Lamakan? Huhu.. Tapi takpe lah.. Nak sampai sihat sebab balik rumah nanti nak kena handle banyak lagi benda.

Balik rumah, keadaan masih jugak sama tapi tak seteruk sebelum masuk hospital. Masih tak lalu makan tapi alhamdulillah tak muntah dah sebab aku asyik makan ubat tahan muntah. Haha! Tak larat la asyik muntah. Penatttt. Sampai berat masa 3 bulan pertama tu turun 10kg. Berat asal 75kg, waktu tu 65kg je.. Perghh.. Kan best kalau lepas bersalin ni 65kg balik..hihi


Alhamdulillah 16 minggu perasaan nak muntah tu terus hilang tapi selera makan still takde sampai lah bersalin. Memang perut pun tak nampak sangat sampaikan nurse dengan doktor selalu akan buat muka risau/pelik bila tengok buku dah 9 bulan. Sebab diorang ingatkan baru 5 ke 6 bulan. Risau gilaaa mak ni ha. Tapi setiap kali lepas check Dr. akan kata semua normal. Alhamdulillah..

Ok, jom cerita pasal bersalin pulak. Sama macam Aisyah, aku pilih Hospital Besar Kuala Lumpur untuk bersalin. Senang sebab dekat dengan Setapak. Setiap hari aku ulang alik dari Ampang dan Setapak, Malam 21 haribulan tu, dalam pukul 9 malam. Waktu tu Aisyah nak menyusu (ye..Aisyah still menyusu badan) aku rasa sakit sangat macam contraction. Masa tu dalam kereta dan JEM! Aku suruh Aisyah stop menyusu. Selalunya susah jugak tapi malam tu dia macam faham dia terus tidur. Aku tengok jam, contraction macam selang setengah jam. Aku dah pelik.. Contraction ke atau memulas je eh? Sebab tiba-tiba. Sebelum-sebelum tu tak pernah rasa apa-apa pun dan aku dah lupa sakit contraction tu macamana. Hee..

Pukul 12 malam, sakit makin kerap. kejap-kejap setengah jam, kejap-kejap 15 minit. Shahril tanya nak pergi hospital ke. Aku kata tak payah belum lagi rasanya. EDD 25hb. Konon-konon rasa lambat lagi la tu. Lagi satu sebab pagi 22hb tu aku ada last check up dekat KK so mungkin boleh tanya nurse nanti. Malam tu aku tak dapat tidur. Baru nak lelap, terjaga semula bila sakit tu datang. Pukul 3 ke atas makin sakit. Tapi aku boleh cool lagi fikir contraction ke bukan eh? Haha! Sebab aku rasa macam aku boleh tanggung rasa sakit tu. Sebab masa sakit contraction Aisyah dulu, aku jalan pun tak boleh. Siap muntah padahal bila Dr. check baru 2 ke 3 cm. Aku dah tekad taknak pergi awal-awal dekat hospital. Aku doa aku nak 5cm ke atas baru pergi hospital sebab nak terus masuk labour room. Taknak lama-lama sakit dekat hospital.Hehe..

Pukul 6 pagi, nak pergi solat subuh, ada darah keluar waktu aku nak buang air kecil. Ok dah keluar tanda! Terus bagitau Shahril terus pergi hospital tak payah pergi KK. 

Pagi tu, agaknya Aisyah dapat rasa yang adik dia dah nak keluar Ya Allah perangai dia sangat-sangat menguji kesabaran. Dia punya menangis dan mengamuk bergegar rumah. Tambah amukan mak dia ni bertambah macam nak runtuh rumah.Haha! Mak mertua datang dekat aku urut-urut belakang aku sambil kata "Banyak-banyak sabar Nina.. Istighfar banyak-banyak" haha! Mesti dia nampak aku macam dah naik hantu. =p


Gambar Aisyah masa nangis. Gambar lama.Hehe..

Shahril mandikan Aisyah, dan siapkan semua barang. Aku kemas sikit-sikit je sebab contraction datang dah selang 10 minit. 10 minit je masa aku boleh ke sana ke mari. Bila contraction datang aku akan berdiri sambil joget-joget goyangkan pinggul.Haha! Menjadi tau! Tips ni aku dapat daripada kawan aku Ayuni Zainuddin yang memang cikgu dalam hypnobirthing. Dia ada share video mat saleh ni joget-joget goyangkan pinggul untuk hilangkan contraction. Antara fungsinya selain hilangkan sakit, kita bagi baby tu turun elok je ke bawah. Ni pendapat aku la.Hehe.. Haa.. Inilah antara cara aku boleh handle contraction daripada pukul 9 malam sampai la nak bersalin tu. Kita sambil-sambil joget tu selawat dan zikir la ya. Jangan menyanyi pulak. =p

Alhamdulillah..Masuk-masuk je kereta Aisyah terus cool. Terus sifat kakak dia keluar. Terus dia risau tengok aku tahan sakit n boleh berdikari sendiri. Feeuhhh..Lega.. Sampai-sampai je dekat PAC, nurse check dah  5cm. Yeay! Alhamdulillah. Doa dimakbulkan..Hehe. Terus aku kena baring je dekat katil PAC tu. Dr. tak bagi aku jalan-jalan dah sebab ni anak kedua dia takut nanti baby keluar sendiri. Time ni nurse dah nak tolak aku masuk labour room tapi aku suruh tunggu dulu sebab call Shahril tak dapat sebab dekat PAC tu line takde.

                 

Gambar Aisyah sementara tunggu luar PAC

Tapi aku bangun jugak sebab nak pergi jumpa Shahril dengan Aisyah dekat luar PAC tu. Rupanya dia pergi makan nasi lemak dekat cafe ngan Aisyah.Haha!  Dapat call dia sebab dekat luar PAC baru ada line. Lepas tu nurse dah panggil suruh aku baring terus..Kihkih..Masa aku baring atas katil nurse nak tolak masuk labour room Shahril dengan Aisyah datang cium aku. Aisyah muka dia risaaaau sangat. haha. Dia memang macamtu perisau sikit. Lepas tu, Shahril hantar Aisyah dekat mak aku yang dah tunggu dekat kereta sebab Shahril nak teman aku dalam labour room. Mak aku kata Aisyah diam je dalam kereta. Muka dia risau je. Kihkih..


Pukul 9.15 masuk labour room, nurse check dah 6cm. Haa.. Ni lah part yang paling best.. Mula-mula tu ada la 3 orang nurse, 1 Doktor perempuan, 1 Dr. lelaki cina pelatih. Dr. lelaki cina tu masuk sekejap je buat-buat nota lepas tu keluar. Dr. perempuan tu keluarkan air kencing dan pecahkan air ketuban lepas tu keluar. Tinggallah aku dengan Shahril dan nurse yang aku rasa muda lagi tapi macam berpengalaman sebab dia yang banyak ajar Doktor. Hihi..Nurse lagi 2 orang tu dah pergi bilik lain kot sebab tiba-tiba keluar.

Tiba-tiba aku rasa sakit yang tak tertanggung dah dan contraction selang berapa minit yang saaangat singkat. Aku cakap dekat nurse sakit.. Nurse tanya macam nak berak ke? Haah aku kata. Lepas tu dia tekan-tekan dekat bawah sambil suruh aku teran. Dalam hati aku mungkin dia nak keluarkan berak ke apa kan. Sekali tiba-tiba dia panggil Shahril dan cakap "Cuba tengok ni..Dah nampak rambutkan? Guide isteri untuk teran" Haaaa??? Nurse sorang je yang jaga? Tak panggil kawan-kawan dia pun? Terasa macam bersalin dekat rumah bersama suami dan seorang bidan pulak.Hahahaha! Adoi..Terlalu banyak sangat baca pasal bersalin dekat rumah sampai terbawa-bawa. Aku tak ambik apa-apa ubat tahan sakit sepanjang tempoh tu sebab nak ada  pengalaman bersalin tanpa ubat dan sebab aku rasa aku boleh bertahan dengan sakit tu. Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun yang sambut seorang nurse je. Dengan kepakaran yang ada, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah pukul 10.15 Adzra dilahirkan. Pagi Jumaat. ^_^ Aku, Shahril dan Aisyah pun lahir hari Jumaat. Semoga kami meninggal pun hari Jumaat Insyaalah.. ^_^


Ehh..Dah panjang dah ni.. Nanti aku cerita pasal dari mana datangnya nama Adzra ni pulak eh..Panjang-panjang ada ke yang nak baca.Hehe.. Ok, sekian.. = )

                                 

Adzra fresh dari perut ^_^ Sebijik muka Aisyah. Rasa macam lahirkan kembar Aisyah pulak. Hehe







Thursday, March 20, 2014

Resipi : Masakan Siput Lala

Assalamualaikum..
Lama pulak rasanya tak update resipi dalam blog ni.. Ecceh.. Ada rasa macam chef hebat pulakkan konon macam masakan sedap..Haha. Eh tapi aku rasa sedap..Aku tengok habis je tiap kali aku masak.. Sedap la tu kan? Haha. Ok2.. Korang boleh cuba je resipi2 yang aku share dekat sini, double confirm yang masakan aku sedap..supaya aku tak perasan sendiri.. Hihi.. :p
Haritu.. Emm.. Dua tiga minggu lepas jugak aku rasa ni.. Kitorang pergi Pasar Tani dekat Taman Melawati.. Hari Sabtu.. Ada satu gerai ni.. Memang fresh makanan laut dia.. Udang, sotong, macam-macam jenis siput ada.. Semua fresh.. Aku kalau teringin nak makan makanan laut memang beli dekat gerai ni.. Masa tu aku beli udang dengan siput lala.. Tengok cantik je.. Dah lama tak makan siput lala.Teringin pulak. Hehe..
Balik je rumah, macam biasa terus call mak aku mintak resipi.. Masakan mak masakan terlazat dekat dunia ni.. Perlu dipelajari dan ditiru bulat-bulat.. Dapat je resipi, laju-laju terus masak... Alhamdulillah tak perfect macam mak masak tapi dah nak hampir-hampir sama.. Hehe..
Meh aku share resipi.. Mudah dan ringkas sangat..
Bahan-bahan
Siput lala - semangkuk besar( basuh dgn air garam)
Bahan2 utk Sambal
Cili kering - 10 tangkai diblend halus
Bawang besar - sebiji (blend)
Bawang putih - 3 ulas (blend)
Halia - suku inci (blend)
Serai - 1 batang diketuk
Cili sos - 3 sudu besar
Tomato sos - 1 sudu besar
Cara2
1. Masukkan semua bahan yang dah di blend halus dalam kuali dan di tumis sehingga masak..
2. Masukkan serai
3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan cili sos dan tomato sos.. masukkan sedikit air jika nak berkuah..
4. Bila dah masak sambal nya, baru masukkan siput lala yang dah dibasuh bersih.. Masakkan sekejap je.. sebab taknak nanti terlebih masak siput lala tu..
5. Siap!!! Boleh dihidangkan dengan nasik panas..Nyum nyumm..heh
Selamat mencuba ye.. ^_^
Kalau dah cuba resipi ni, share lah dekat sini sedap ke tak.. Hihi..

Monday, December 2, 2013

Resipi Masak Asam Ikan Patin Emak

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku ada cerita pasal aku berjaya masak asam ikan patin versi mak aku kan? Aku share dekat FB ada kawan aku mintak resipi.. Jadi, marilah aku share dekat sini.. Biar berkongsi seantero dunia.. Kihkih...



Masak Asam Ikan Patin

Bahan A
4 ketul isi ikan patin
10 keping asam keping (besar setengah inci je.. kalau besar, kurangkan bilangan)

Bahan B
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Kisar bahan B dengan air yang banyak sebab itulah kuah kita nanti. Masakkan bahan yang dikisar dulu.. Dalam 5 ke 6 minit masukkan ikan dengan asam keping (Bahan A). Masukkan garam dan gula secukup rasa..Masakkan sehingga ikan masak...

Eh!Dah siap! Haha. Aku tak letak tempoyak sebab aku lagi suka masak asam kosong lepas tu makan dengan sambal tempoyak. Lagi meletop!

Nak resipi sambal tempoyak jugak?Ok nah..

2 ulas durian ( yang baru)
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Tumbuk semua bahan..siap!Makan dengan nasi panas..Adoi laaa... Sedapnyaa....

Ok.. Ikan patin ni ikan sungai... Ada sesetengah orang tak lalu makan ikan sungai sebab hanyir dan ada rasa lumpur kalau silap cara basuh dan dari mana ikan ni hidup. Sungai atau lombong.. Macam aku, aku boleh makan ikan patin ni kalau dari Temerloh aje.. Kalau yang jual dekat KL ni, memang aku tak makan.. Terasa sangat rasa lumpur.. Huhu.. Tapi ada sesetengah orang, dia tak tau pun ada rasa lumpur tu.. Dia makan aje.. Aku memang sensetip sikit rasa-rasa pelik dekat ikan patin ni.. Maybe sebab aku dari kecik dah biasa makan yang fresh dari sungai kot... Tu yang cepat je tangkap kalau ada rasa pelik... Kalau ikan patin ni fresh, bila korang masak, dan bila dah sejuk, tetap tak berlemak berminyak masakan korang tu.. Kalau korang perasan kalau ada jual dekat kedai-kedai makan, berminyak-minyak lemak-lemak ikan bertakung tu, mesti tak fresh sangat ikan tu..Mesti rasa lumpur sampai ke kuah-kuahnya...-_-" Macam terer sangat je aku kan? Haha.


Ha.. Kalau ada sesiapa nak ikan patin fresh dekat KL atau Selangor ni, contact je aku eh.. Sebab famili aku selalu je balik Temerloh jadi, sesiapa yang nak pesan ikan patin boleh sajoh pesan dekat aku.. Hepp hepp! Temerloh bandar ikan patin ok.. Tak boleh disangkal kesegarannya..Nyum nyum nyum... ^_^

Ok, selamat mencuba.. ^_^v





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails