Thursday, July 24, 2014

Pertama Kali Cash Out Nuffnang

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama berblog dan mengumpul duit dalam Nuffnang, aku pun buat keputusan nak cash out untuk pertama kalinya.. Sebenarnya ingatkan nak kumpul lagi duit dalam Nuffnang tu tapi lepas aku Google2 ramai yang bila diorang nak cash out, tetiba-tiba tak boleh nak cash out. Dapat email cash out rejected due to click froud..Benda ni  boleh jadi bila Nuffnang dapat detect tuan punya blog atau rakan-rakannya yang duk klik iklan berkali-kali untuk mendapatkan duit.. Kalau Nuffnang dapat detect macamtu, automatik duit yang kita kumpul banyak-banyak tu, terus lebur macamtu je..

Harus lah aku terus risaukan.. Sebab selalu je dulu-dulu aku buat aktiviti macam tu.. Masa nak cuba-cuba betul ke dengan klik-klik tu duit kita bertambah.. Oleh sebab itu, laju je la aku tekan butang cash out tanpa berfikir panjang.. Sebab aku fikir, baik aku mula dari kosong balik daripada aku tunggu duit banyak, tapi nanti tak boleh nak cash out..Sayang je kan?

Aku cash out 22 May haritu.. Lama jugak aku tunggu sampai aku lupa dah aku ada cash out.. Sampailah masa aku blogwalking, ada blogger yang dah dapat check dari Nuffnang dan dia cash out 30hb May.. Harus lah aku terus teringat pasal aku ada cash outkan..Haha.

Bukak website nuffnang, tengok2 status check dah sent... Erkk... Mana check nya.. Takde sampai apa-apa surat pun dekat aku selain surat-surat bank statement untuk Nur Aisy Marketing yang memang aku tak pernah bukak, tapi laju je simpan dalam kotak..

Lalu, melompatlah aku menuju ke kotak tu untuk cek ada tak surat untuk Nasrina selain Nur Aisy tu.. Sebab tiba-tiba teringat 2, 3 hari lepas Aisyah ada bwk beberapa surat untuk aku.Penuh tangan dia..Kehkeh.. Belek punya belek, sekaliada satu surat untuk Nasrina.. Bila bukak..Yeay!!! Alhamdulillah.. Dapat duit raya! \0/

Alhamdulillah.. Check berjaya ada ditangan.. Berjaya jugak aku dapatkan duit dari hasil berblog ni walaupun ada jugak terajin klik iklan sendiri zaman tak mengerti dulu.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah nak bagi.. ^_^

Terima kasih Nuffnang! Ok..Saya akan rajin berblog lepas ni... ^_^ (Tolong percaya..Hehe..)



Jumlah terpaksa dirahsiakan.. Malulah sebab sikit je... Hehe.. 

Kalau nak diikutkan, banyak je cerita nak dibebelkan.. Tapi ishhh..susah benar nak duduk depan laptop sekarang ni.. 

Ok.. Nanti borak2 lagi ye insyaallah.. ^_^



Wednesday, July 23, 2014

KUIH RAYA 2014

Assalamualaikum...

***Ini adalah sticky post..Nak tau cerita ceriti baru pasal aku..Scroll bawah ye..^_^

Hari raya bakal tiba.. Marilah kita berbisnes kuih raya pulak..Hehe..
Tahun ni aku dah tak jual kuih buatan sendiri dah macam tahun lepas. Dah ada Aisyah..Masa adalah terhad..Hehe.. Jadi, aku buat keputusan untuk menjual kuih raya yang memang menjadi santapan aku n famili aku tiap-tiap tahun.. Banyak jenis sebenarnya yang kitorang selalu oder. Tapi aku decide untuk jual 5 jenis je yang menjadi faveret kitorang semua...




 Pernah makan kuih/biskut ni? Biskut kacang tumbuk nama dia kan?kan? Memang feveret famili aku dari dulu.. Feveret korang jugakkannnnn?Biskut ni bila makan mesti bersepah..Haha. Tapi bila masuk dalam mulut...perghhh sedapkan?

Yang aku jual bukan rupa macam biskut kacang tumbuk ni. Tapi rasa dia memang sama malah lebih sedap dan takkan bersepah kalau korang makan. Namanya Popia Kacang... Rasa sekali pasti nak berkali kali... Buat kudap kudapan dikala kebosanan kejap je dah habis sebalang...

 
 Popia kacang
100 biji
RM 23.00

Tart Nenas ni pulak masam-masam manis rasa jem dia...
 
Tart Nenas
50 biji 
RM 25.00

Coklat Cornflakes.. Kerapuhan cornflake dan rasa coklat yang sedap memang menggiurkan...


Coklat Cornflakes
50 biji
RM22.00

Ok..Ini memang feveret aku.. Ppink, kawan aku kata selera aku selera orang tua... Dia suka coklat cornflake tu.. Alaaa...Memang sedap laaa...Tak tipu niiii..


Sarang Semut
50 biji
RM 21.00

Popia Nestum.. Haaa..jujur..aku tak minat sangat nestum jadi aku kureng sikit yang ni.. Tapi ramai jugak yang oder popia nestum nih.. Selera orang lain-lain kan...Hehe..


Popia Nestum
300 gram
RM 14.00


Ok...Sekian..5 jenis kuih raya yang aku jual tahun ni...Nak aku poskan pun boleh..
Kalau berminat, boleh contact aku terus..
019-3613164 sms/whatsapp


ok sekian... Selamat memilih biskut yang sedap untuk santapan seisi keluarga dan tetamu yang datang!hehe..Sesiapa nak jadi ejen pun boleh.. ^_^

Thursday, July 10, 2014

Boikot

Assalamualaikum..

Allahuakbar.. Dah perang lagi dekat Palestine.. Hancur hati bila tengok gambar-gambar yang disharekan dalam facebook dan instagram..

Aku mula tulis blog ni beberapa tahun dulu pun memang untuk kongsikan apa yang aku rasa tentang peperangan antara Palestine dan puak zionis ni..Tak tersimpan dalam hati..Mesti nak diluahkan melalui penulisan jugak baru rasa lega..

Dari kejauhan.. Doa lah senjata utama kita disamping menyalurkan dana untuk perubatan, pakaian dan makanan untuk saudara2 kita di sana..

Walaupun tak besar usaha kita, sekurang kurangnya di akhirat nanti jika ditanya oleh Allah apa yang kita dah lakukan untuk membantu menegakkan agamaNya, mudah-mudahan usaha kecil ini diterima Allah.. T_T

Jom kita boikot Mc Donald, Coke dan Nestle. Antara penyumbang utama puak zionis membeli peralatan peperangan mereka untuk menyerang penduduk Palestine.
                    ***************
Bila di ingat ingatkan balik, kali terakhir aku makan McD masa Aisyah 2 bulan dalam kandungan.. Bulan pertama dan kedua yang aku memang tak lalu nak makan nasi.. Bau nasi pun aku nak muntah..Huhu

Jadi, boleh dikatakan setiap hari aku akan mintak Shahril belikan McD atau Pizza Hut.. Itu je yang aku boleh makan.. Ya..Setiap hari.. Sampailah waktu tu terjadi perang di Palestine.. Semua agensi minta untuk boikot McD.. Aku baru makan semalamnya.. Rasa nak jolok tekak nak muntahkan semuanya sebab aku taknak jadi darah daging anak yang aku kandungkan.. T_T

Mula dari saat tu, aku dengan Shahril dah tak jejak langsung McD dan x sentuh dah Coke. Antara produk yang kami usahakan untuk boikot..

Sampaikan dah tak terliur pun bila tengok burger McD yang memang jadi kegilaan aku sebelum tu..Kegemaran aku burger Mc Chicken.. Memang tak jemu makan tiap hari pun.Haha. Tapi betul lah.. Kuasa minda kita ni sangat kuat. Bila kita dah set untuk taknak sesuatu, seluruh tubuh badan kita akan menolaknya.  Subhanallah.. ^_^

Sekarang Aisyah dah setahun dua bulan.. maknanya dah hampir 2 tahun aku boikot. Alhamdulillah..Allah kuatkan semangat.. Bila terjadinya perang ni lagi, ada sedikit keyakinan bahawa aku tak membantu dalam pembelian senjata untuk laknatullah tu..

Kalau aku yang versi pantang tengok makanan ni pun boleh set minda untuk boikot, insyaallah korang pun boleh.. Jom boikot! ^_^

Nota kaki : oh ya.. Mohon kebenaran untuk semua pembeli ephyra.. sebelum ni aku dah sumbangkan rm100 ke rumah anak yatim dan tahfiz untuk batch pertama pembelian ephyra. Untuk batch kedua ni mohon kebenaran untuk aku sumbangkan ke saudara saudara kita di Palestine.. Semoga sumbangan kita yang sedikit ini dirahmati Allah... Terima kasih banyak2.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails