Monday, February 16, 2015

RINDU

Allahuakbar..

Tak terungkap dengan kata-kata..

Sampai saat ini, kalau ada sahaja perkongsian mengenai Tok Guru dalam FB pasti air mata aku tak putus-putus..

Allahurabbi..

Mungkin sebab dari kecik lagi buku-buku, kaset dan cd ceramah,poster, keratan surat khabar, gambar-gambar Tok Guru ada dekat mana-mana di sudut rumah.. Terasa dekat betul di hati.. Sampaikan panggilan untuk Tok Guru adalah ATOK.. Mungkin sebab tak pernah rasa ada ada datuk, mak suka membuatkan kami adik beradik rasa itulah atok kami.. ^_^

Ingat lagi dulu masa tingkatan 2.. Cikgu sejarah suruh lukis potret tokoh yang kita sayangi.. Aku lukis gambar atok.. Bukan aku yang lukis.. Aku suruh pakcik aku yang terer lukis potret lukis kan.. Masa aku hantar, cikgu senyum je.. Dia kata, cantik potret ni.. Tapi kita taknak potret parti pembangkang.. Cikgu suruh aku tukar gambar tokoh lain..Haha! Aku minta pakcik aku lukis potret Dr. Mahathir..Terus kena tampal dekat dinding belakang kelas..

Ingat lagi dulu.. Aku pernah melalui waktu susah hati yang teranat sangat.. Aku macam hilang arah... Allahuakbar.. Penguat aku adalah di bahagian Fikrah dalam suratkhabar Harakah.. Setiap minggu kalau abah beli, aku akan ambil bahagian Fikrah dulu untuk baca tulisan Tok Guru.. Aku terasa bagai ditarbiyah secara perseorangan..Setiap minggu, lepas baca artikel dari atok, bagaikan melahirkan semula aku yang baru.. Seorang yang kuat semangat dan percaya dengan janji-janji Allah bahawa ketentuan dan perjalanan kita amat cantik jika kita redha dan beriman kepada Allah..

Aku potong dan aku simpan..

Setiap doa yang di ajar aku semat rapi di dalam hati..

Aku antara pembeli pertama buku catatan Datin Tuan Sabariah untuk aku kenali lebih dekat tokoh yang aku sangat-sangat sayangi ini..Allahuakbar.. Carilah buku tu.. Akan membantu kita menjadi isteri yang terbaik untuk suami.. Ingin melakukan yang terbaik untuk suami demi Allah..

Allahuakbar.. Teringat kata-kata kawan aku dulu.. "Aku tak faham macamana orang sebaik ini boleh dikutuk dan hina."
Betul..Aku jugak rasakan benda yang sama..

Kalau lah orang seperti ini pun kita masih doakan Allah ampunkan dosa-dosanya agar dapat masuk syurga bersama-sama rasulnya.. Apakanlah lagi kita yang sengaja melakukan dosa dan maksiat.. T_T

Allah..Rasa kerdilnya diri ini... T_T

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh..

Aku sayangi dia.. Ulama adalah pewaris nabi.. Kita mengakui sayangkan Nabi kita..Kenapa susah untuk kita mengakui kita sayangkan pewarisnya?

Kita akan bersama-sama dengan orang yang kita sayang di akhirat nanti.. Mari kita periksa bagaimanakan ciri-ciri orang yang kita sayang..Dan dimanakah kita dan dia nanti...

Allah..Bantu kami Ya Allah.. T_T

Monday, February 9, 2015

EMO....EMOSI...

Teringat masa menghadiri kelas Dr. Azizan tahun lepas.Kelas MMM.. Pelajaran pertama yang di ajar oleh Dr. Azizan berkenaan dengan EMOSI.

Topik EMOSI ini memakan masa yang agak lama.. Pada mulanya aku rasakan penting sangat ke topik ni sehinggakan Dr. Azizan mengatakan "Kalau kamu tak dapat faham apa yang saya ajarkan sekarang ni, kamu akan susah nak berjaya dalam perniagaan kamu. Malah akan membuatkan pengaruh negatif lebih banyak mempengaruhi hidup kamu"

Pada mulanya aku tak faham.. Aura positif keluar aura negatif masuk.

EMOSI TERGANGGU DUIT TERGANGGU.

EMOSI TERGANGGU PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA TERGANGGU

Apa kena mengena EMOSI dengan semua ni?

Cuba kita bayangkan  situasi ini.

EMOSI GEMBIRA ketika bangun pagi, kita bersemangat untuk memulakan tugas harian kita.. EMOSI GEMBIRA ini membuatkan kita sentiasa tersenyum..Pelanggan mesej bertalu-talu dijawab dengan penuh ceria.. Kerana hati dan jiwa kita sedang tenang dan mempunyai cas cas postif..

Bayangkan tiba-tiba kita yang penuh keterujaan ingin memperkenalkan produk kita kepada seseorang tiba-tiba produk kita dipandang sinis. Dianggap tidak boleh pergi jauh. TAK SEDAP! TAK KENA DENGAN SELERA! Apa yang jadi dengan emosi kita ketika itu?

SEDIH?
MARAH?
KECEWA?

Secara tiba-tiba terasa malap dunia.. Terasa down untuk berniaga. Terasa kita susah untuk berjaya..

Ketika EMOSI NEGATIF inilah perhubungan kita dengan orang lain akan terganggu..Kita mula beremosi dengan semua orang. Ketika inilah produk kita tiada pembeli kerana kita sudah tiada semangat untuk membuat promosi. Pelanggan yang datang pun kita jawab endah tak endah. Bukan cuba memujuk dan menyatakan keunikan produk kita. Malah dibiarkan berlalu pergi dan menambahkan tekanan emosi lagi di dalam diri kita..

Sudah nampak PENTINGNYA MENJAGA EMOSI?

Marilah kita bersama-sama menjaga EMOSI kita. Jika terasa ingin marah, kecewa, sedih, cuba mengawalnya dengan mengingati Allah.. Segala yang berlaku takkan terjadi tanpa izinNya.. Segala yang terjadi adalah untuk kita mempelajari sesuatu dan menjadikan kita lebih kuat.

Bagaimana ingin menjadi Jutawan dunia akhirat jika cubaan yang sedikit pun terasa menggunung cabarannya?

BERFIKIR SECARA POSITIF.JAGA EMOSI. JAGA PERHUBUNGAN.

Sering menasihati diri sendiri juga agar tidak terlupa.. ^_^

Sambal Ketuk By Nas

Friday, February 6, 2015

Beg Aisyah [Kulit Babi Ke Ni????]


Assalamualaikum...

Nak cerita pasal beg Aisyah.. Aisyah daripada kecik memang minat betul pakai beg..Tak kira la beg silang ke beg kecik-kecik sangkut kat bahu, lengan lepastu dia akan salam semua orang lepas tu cakap byeeeeee macam nak pergi jalan-jalan..Haha

Semalam pergi jalan-jalan dekat Kenanga Wholesale City sebab nak beli sticker harga untuk pistol harga tu. Jalan-jalan, ternampak ada beg comel.. Memang dah lama tercari-cari beg untuk Aisyah pakai..Memang nak beli beg sandang belakang sebab nak bagi dia ralik nak berjalan sendiri kalau tidak asyik nak berdukung aje,..

Susah nak cari yang berkenan dekat hati aku ni..Aku tak minat sangat beg frozen yang bersepah dekat pasaran tu.. Aku tak minat dengan benda yang sama je dengan semua orang.. Takde kelainan.. Hehe..

Jadi semalam, ada lah satu beg ni yang berkenan dekat hati aku.. Macam beg sekolah kita dulu-dulu tapi versi budak kecik..Comel sangatttttttt.. Pada aku lah..Korang suka frozenkan? Ok takpe..Haha

Beli je beg tu, syok gila Aisyah berjalan sendiri.. Macam dah besar sangat lagaknya.. Send gambar dekat Shahril.. Dia bagi ayat sayu  "Dah besar dah anak kita kan?" Ke hint kata nak nombor dua dah? Hahaha! 



Mula-mula ingat nak beli baju merah dekat atas ni sekali dengan beg tu..Tapi mak aku kata cantik memang cantik tapi kainnya kejung.. Tak terletak.. Jadi, aku pun beli je lah beg disamping aku memang nak save duit pun taknak beli macam-macam..Kehleh..


Inilah gaya Aisyah semalam.. Aisyah nak gi school ke? Haah! dia kata sambil angguk beriya.. 


Pagi ni, adik aku duk belek-belek beg tu.. Adik aku tanya "Anya, kompem ke yang bawah ni bukan kulit babi? Ni ada 3 bintk ni.."



Ni ha.. Bintik 3 macamni ha.. Kulit babi ke weh?


Tu dekat base beg tu...

Kulit babi ke???  Gulpp..Aku pun laju-laju bukak internet untuk search.. Alhamdulillah apa yang aku jumpa, diorang kata kalau bentuk segi tiga nya sekata itu baru kulit babi.. Kalau tak sekata, bukan..  Dekat beg ni ada yang satu titik satu titik lepas tu sesetengah bahagian 2 titik dan tiga titik..Lagipun material yang dekat beg ni macam kain baldu murah tu..  Kan?kan? Aku yakin sangat bukan kulit babi ni.. (Walaupun cuak jugak..Hihi)


Meh aku share sikit info yang aku dapat..

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.
Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalahkulit babi.
Perhatikan bintik-bintik yang dibulat
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.
Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. tiga titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan padabahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Nota kaki : Semoga sentiasa dilindungi Allah daripada setiap benda yang terlindung dan tak nampak jelas ni..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails