Thursday, December 31, 2015

Hadiah di Penghujung 2015


Alhamdulillah.. Di penghujung 2015 menerima hadiah yang selama ini di nanti-nantikan dan dihajati. Hadiah dari Allah melalui Program Agropreneur Mardi..

Memang antara wishlist 2015 adalah untuk mempunyai kedai dan mempunyai 2 orang pekerja. Syukur Alhamdulillah hajat dimakbulkan Allah.. ^_^

Ini rupa kedai yang diterima. Dekat je dengan rumah..Hee.. Semoga tahun 2016 memberi lebih banyak  lagi peluang dalam membesarkan perniagaan Sambal Ketuk Nas Choices ni..




Selamat Tahun Baru 2016! Mantapkan matlamat dan azam kita dari segi kewangan dan hubungan kita dengan Allah ^_^ Semoga Allah merahmati kita semua..




Friday, July 10, 2015

Setahun Dah Sambal Ketuk NAS CHOICES

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Bulan puasa ni bermakna dah setahun sebulan Sambal Ketuk NAS CHOICES dijual. Daripada bekas plastik bulat ke botol kaca. Label pun berubah ubah. Daripada seorang ejen sekarang dah berpuluh ejen. Alhamdulillah..





Hee..Ini transformasi pakaging untuk Sambal Ketuk NAS CHOICES

Banyaakkk sangat ilmu yang aku dapat selama 1 tahun buat produk sendiri ni. Dari segi ilmu marketing, ilmu kualiti produk, ilmu packaging dan juga ilmu dalaman yang membantu membuatkan jualan kita laris selaris-larisnya.


Ramai yang tanya apa Sambal Ketuk ni sebenarnya. Sambal Ketuk ini adalah Sambal ikan bilis kisar pedas. Senang nak describe, macam Sambal Hitam Pahang tapi tak letak belimbing.Haaa.. Senang kan.. Terus boleh bayangkan macamana Sambal Ketuk ni kan? ^_^


Buat masa sekarang Sambal Ketuk NAS CHOICES masih dibuat di rumah. 100% Homemade. Masih bertungkus lumus di dapur sendiri. Hehe. Masa awal-awal dulu, mak yang akan masak, abah buang tangkai cili. Aku masukkan dalam botol, tampal label dan buat marketing. Alhamdulillah sekarang dah ada dua pekerja. Mak dengan abah dah boleh rehat sikit..Hehe..

Tempahan awal-awal dulu, 50 bekas dalam masa seminggu pun Ya Allah gembiranya tuhan je yang tau. Sebab terasa produk kita ni boleh pergi jauh. Insyaallah.. Sekarang sehari 100 botol production. Semoga makin banyak dan semakin banyak. Harapan aku, Sambal Ketuk NAS CHOICES mendapat tempat di hati ramai orang.

Impian aku adalah untuk memudahkan orang ramai dalam mencari masakan yang sedap-sedap untuk keluarga di rumah..

Insyaallah doakan production semakin bertambah sebab kami dah dapat kedai! Untuk memantapkan lagi pengeluaran dan mendapatkan pensijilan untuk lebih mudah menembusi pasaran.. Impian saaaaangat besar dengan produk ni. DOAKAN YE ^_^






Kalau sesiapa berminat nak cuba Sambal Ketuk NAS CHOICES, boleh whatsapp 0193613164 ^_^ Bagitau dapat tau daripada blog ni kita bagi special price khas untuk pembaca blog..Hehe..

























Sunday, June 21, 2015

Meminta Kepada Allah

Ingat lagi ustaz dekat rancangan hadis TV9 minggu lepas. Dia kata,

"Allah sangat suka kita minta pada Dia. Minta lah apa sahaja. Kalau rumah kita dah kehabisan garam, Ya Allah, aku nak garam Ya Allah. Walaupun sebenarnya kita kena pergi kedai beli. Takpe minta je dekat Allah. Selalu meminta. Selalu becakap cakap dengan Allah. Allah suka hambaNya begitu"

Memang dah lama Ummi dekat kampung pun pesan macamtu. Ummi kalau penyewa lambat bayar sewa rumah pun Ummi doa dekat Allah. Ummi kata penat nak cakap dengan manusia ni. Lebih- lebih lagi nak minta duit. Mintak je dekat Allah. Biar Allah lembutkan hati dia, mudahkan urusan dia untuk bayar sewa rumah cepat-cepat. Dalam masa yang sama kita kena usaha juga mungkin salah satu usaha kita tu jalan yang terbaik yang Allah dah tunjukkan..

Kadang-kadang kita rasa sesuatu perkara tu mustahil akan terjadi. Mustahil kita akan dapat. Tapi letakkan kepercayaan dan harapan dekat Allah.. Segalanya tiada yang mustahil..

Sekarang dah bulan 6. Impian nak kahwin hujung tahun ni. Bayangan calon jodoh pun takde lagi. Bulan Ramadhan ni.. Doalah dekat Allah.. Insyaallah semua akan termakbul..Ini pengalaman peribadi.. ^_^

Ingat lagi Ramadhan 4 tahun lepas. Masa tu uwo(nenek) baru je meninggal. Taktau kenapa rasa macam sedih sangat sebab Uwo tak sempat nak tengok anak-anak mak kahwin. 6 bulan sebelum Uwo meninggal memang pulun doa nak jodoh dan amalkan solat tahajud, dhuha, taubat, hajat setiap hari. Al Mathurat tak tinggal. Sebelum tidur mesti baca Al Waqiah dulu. Ayat 1000 Dinar memang selalu bermain dekat bibir.

Tapi, bila Uwo meninggal. Rasa perlu buat dengan lebih hebat lagi. Ntah la..Taktau kenapa. Sebab rasa kehilangan sangat agaknya.

Alhamdulillah. Bulan Syawal diperkenalkan dengan Shahril oleh bos di tempat kerja. Hujung tahun bertunang. Pertengahan tahun depannya kahwin.
Semuanya telah diatur cantik dan cepat rupanya. Alhamdulillah..

Oh ye.. Ramai yang tanya dekat aku kenapa semudah itu saya terima jodoh aku. Percaya tak? Aku buat solat istikarah setiap hari selepas solat sunat dhuha. Biarkan setiap apa urusan aku hari itu biar Allah yang putuskan. Dalam kita tak sedar, membuat keputusan adalah perkara yang selalu dilakukan oleh kita. Kenapa hanya soal yang besar baru nak beristikarah? Istikarahlah walaupun perkara yang kecil. Insyaallah apabila menemui sesuatu perkara yang besar, Allah akan putuskan dalam masa yang singkat ^_^

Mencari jodoh memang nampak payah. Tapi serahkan pergantungan 100% kepada Allah semuanya akan jadi mudah.. ^_^

Salam Ramadhan...

Tuesday, June 2, 2015

LA TAHZAN

[Sedih Itu Hadiah Dari Allah]

Nabi kita juga pernah bersedih. Untuk mengubati kesedihan Rasulullah s.a.w, Allah telah membawanya melancong. Itulah peristiwa Israk Mikraj.

★Hikmah dari peristiwa ini ★

Kepada yang sedang bersedih, jangan terlalu lama mengikut perasaan. Memendam rasa dan terkurung menyendiri. Keluarlah melihat dunia.Bersilaturrahimlah.Cari kawan-kawan yang boleh memberikan kita energi yang postif dan mengingatkan kita tentang DIA.

Terlalu banyak nikmat Allah untuk disyukuri dan dinikmati.

Ingatlah.Kesedihan itu HADIAH DARIPADA ALLAH. Allah mahu kita dekat dengan DIA ^_^

*Tanyalah Ustazah TV9

#SambalKetukbyNas
#IndahnyaBerniagaKeranaDia
#RahsiaKeenakanMasakanIbu

Thursday, March 12, 2015

Kenapa..

Assalamualaikum..

Banyak yang terjadi dalam hidup dan keluarga aku dalam masa terdekat ni.. Sangat-sangat banyak.. Di berikan cabaran yang pelbagai.. Sampai rasa malas nak menulis..

Nanti lah bila rajin aku tulis satu persatu eh.. Malam ni nak bercerita pasal Aisyah.. Nak catatkan perkembangan dia 1 tahun 10 bulan ni.. Bukan untuk berbangga banga tapi untuk aku kenangan aku sendiri nanti..

Alhamdulillah.. Dah banyak cakap.. Sangat-sangat banyak.. Dah boleh buat sambung ayat contohnya.. " Atokkkk!! Dijah...angiss..Cepattt..!" Lambat-lambat dia sambung ayat untuk.jadikan ayat lengkap..Masa ni Dijah anak akak aku tengah nangis dalam kereta..Tunggu ayah aku masuk keta lambat sikit..Kereta panas sebab tak pasang aircond.. Tu yang Aisyah suruh atok cepat tu..Hehe..

Sangat suka makan seafood.. Semua seafood dia panggil uden( udang) sebab dia suka udang mula-mula dulu jadi pada dia.semua seafood tu udang.. Sotong pun dia makan, lala pun dia makan, kerang pun dia suka..Nak tau apa yang paling feveret seafood dia? Siput sedut masak lemak.. Memang boleh habis dia nasi kalau dia makan siput sedut tu..Tukang sedut mak nya ni lah ha..Tukang sedut je..Isi suma dia makan..Sabau je lah.. Tapi memang suka tengok kalau dia berselera makan.. Memang biar je dia makan apa yang dia suka.. Sebab kalau tiba dia taknak makan, suruh la macamane pun memang taknak lah...

Dah pandai makan pakai sudu cedok2 elok je dalam sudu..Lepas tu makan.. Makan dengan tangan ambik lauk letak dekat nasi suap sekali.. Yang ni memang dari umur tak sampai setahun dah pandai.. Pasal makan memang awal sikit perkembangan dia..Mungkin sebab dikelilingi orang yang suka makan.. Haha

Apa lagi eh.. Pandai jaga diri.. Kadang-kadang tu aku rasa kaki dia sakit sebab ada luka.. Bila aku tanya..Aisyah sakit tak? "Tak" dia jawab.. Bila ada gatal ke luka2 sikit dia akan cakap "Mak, inyak(minyak)" Mintak aku sapukan..
Dia terlebih berdikari mungkin tau maknya lembik..kihkih..

Tapi kuat nangis!! Adehhh..Tak boleh hilang sikit.. "Makkkkk!Makkk!" "Makkkk ane? Ane(mana)? " Abes dia tanya semua orang.. Memang tak boleh berenggang langsung... Lepas tu kalau nangis tu bukan nangis sikit2 tahap 5 buah rumah boleh dengar suara dia..Haha!

Tapi pernah jugak..Aku nak pergi kursus ke seminar ke..Aku akan bg tau dia beberapa hari awal.. Bagitau dia elok-elok duduk dengan atok dengan neni..Jangan lasak lasak.. Jangan nangis2.. Makan kenyang-kenyang sebab nenen takde.. Tunggu mak balik baru nenen.. Alhamdulillah dah beberapa kali dia memang akan ok je satu hari.. Sampai mak ngan ayah aku memang takjub sungguh lah..Sebab sebelum hari kejadian mak aku mesti akan risau cuak dan sebagainya..Macamane kalau dia duk nangis 24jam cari aku..Hehe..Allah mudahkan..Sebab nak mencari ilmu kan? Allah mudahkan..

Mak aku kata dia boleh tengok je aku masuk kelas.. Tanya jugak mak mana..mak aku kata pergi belajar..Dia ok je sebab kita dah bagitau awalkan.. Lepas tu satu hari dia main, makan, tido dengan baik nya..Alhamdulillah...

KENAPA?

Ya Allah aku tak sangka seawal ini untuk aku besedia untuk menjawab 1001 soalan kenapa dia... Mak kenapa..Semua dia nak tanya.. 2 3 kali..Bila dia dah puas hati panjang oooooooooooo dia..

Sangat-sangat menghiburkan keletah Aisyah ni..Memang penghibur hati kitorang semua.. Dah la semua dialog upin ipin dia dah hafal.. Semua watak dah kenal.. Semua tu dia boleh sebut satu-satu..

Ada sekali haritu dia teraburkan gula-gula..Aku suruh dia kutip balik masukkan dalam bekas.. Boleh tak...Dia tunjuk dekat gula-gula tu lepas tu cakap "Pimmm pimmm pomm!" Hahahahhahaha! Terkejut aku..Pandai pulak dia mengaplikasikan upin ipin jadi ahli silap mata tu dengan dunia sebenar.. Adeh..Bijak betul...

Ok nak cerita apa lagi? Oohh..lagi satu.. Kalau dia nak ngaji.. Dia akan bukak quran.. Tak jumpa tulisan jawi dia akan cakap..Makk..ngaji abishh(takde) aku suh dia cari sampai dapat..Bila dah jumpa dia akan duduk betul-betul..Sedia nak ngaji...Sambil jari telunjuk tunjuk dekat bacaan.. Lepas tu dia pun dengan muka berkerut dan bersungguh baca "Ngaaaaaajjiiiiiiiiiiiiiìii" Hahahahahhaahaa! 100 kali aku dengar pun 100 kali la aku gelak.. tingat lawak qunut tu..hahaha.

Ok, tu je cerita nya tentang Aisyah.. ^_^

Nota kaki : Abang ipar aku baru je meninggal petang Ahad lepas... 1 Mac 2015.. Tak mampu nak bercerita lagi.. Air mata turun laju.. Bila kenangkan kakak dengan Dija yang baru berumur 9 bulan.. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al Fatihah...

Monday, February 16, 2015

RINDU

Allahuakbar..

Tak terungkap dengan kata-kata..

Sampai saat ini, kalau ada sahaja perkongsian mengenai Tok Guru dalam FB pasti air mata aku tak putus-putus..

Allahurabbi..

Mungkin sebab dari kecik lagi buku-buku, kaset dan cd ceramah,poster, keratan surat khabar, gambar-gambar Tok Guru ada dekat mana-mana di sudut rumah.. Terasa dekat betul di hati.. Sampaikan panggilan untuk Tok Guru adalah ATOK.. Mungkin sebab tak pernah rasa ada ada datuk, mak suka membuatkan kami adik beradik rasa itulah atok kami.. ^_^

Ingat lagi dulu masa tingkatan 2.. Cikgu sejarah suruh lukis potret tokoh yang kita sayangi.. Aku lukis gambar atok.. Bukan aku yang lukis.. Aku suruh pakcik aku yang terer lukis potret lukis kan.. Masa aku hantar, cikgu senyum je.. Dia kata, cantik potret ni.. Tapi kita taknak potret parti pembangkang.. Cikgu suruh aku tukar gambar tokoh lain..Haha! Aku minta pakcik aku lukis potret Dr. Mahathir..Terus kena tampal dekat dinding belakang kelas..

Ingat lagi dulu.. Aku pernah melalui waktu susah hati yang teranat sangat.. Aku macam hilang arah... Allahuakbar.. Penguat aku adalah di bahagian Fikrah dalam suratkhabar Harakah.. Setiap minggu kalau abah beli, aku akan ambil bahagian Fikrah dulu untuk baca tulisan Tok Guru.. Aku terasa bagai ditarbiyah secara perseorangan..Setiap minggu, lepas baca artikel dari atok, bagaikan melahirkan semula aku yang baru.. Seorang yang kuat semangat dan percaya dengan janji-janji Allah bahawa ketentuan dan perjalanan kita amat cantik jika kita redha dan beriman kepada Allah..

Aku potong dan aku simpan..

Setiap doa yang di ajar aku semat rapi di dalam hati..

Aku antara pembeli pertama buku catatan Datin Tuan Sabariah untuk aku kenali lebih dekat tokoh yang aku sangat-sangat sayangi ini..Allahuakbar.. Carilah buku tu.. Akan membantu kita menjadi isteri yang terbaik untuk suami.. Ingin melakukan yang terbaik untuk suami demi Allah..

Allahuakbar.. Teringat kata-kata kawan aku dulu.. "Aku tak faham macamana orang sebaik ini boleh dikutuk dan hina."
Betul..Aku jugak rasakan benda yang sama..

Kalau lah orang seperti ini pun kita masih doakan Allah ampunkan dosa-dosanya agar dapat masuk syurga bersama-sama rasulnya.. Apakanlah lagi kita yang sengaja melakukan dosa dan maksiat.. T_T

Allah..Rasa kerdilnya diri ini... T_T

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh..

Aku sayangi dia.. Ulama adalah pewaris nabi.. Kita mengakui sayangkan Nabi kita..Kenapa susah untuk kita mengakui kita sayangkan pewarisnya?

Kita akan bersama-sama dengan orang yang kita sayang di akhirat nanti.. Mari kita periksa bagaimanakan ciri-ciri orang yang kita sayang..Dan dimanakah kita dan dia nanti...

Allah..Bantu kami Ya Allah.. T_T

Monday, February 9, 2015

EMO....EMOSI...

Teringat masa menghadiri kelas Dr. Azizan tahun lepas.Kelas MMM.. Pelajaran pertama yang di ajar oleh Dr. Azizan berkenaan dengan EMOSI.

Topik EMOSI ini memakan masa yang agak lama.. Pada mulanya aku rasakan penting sangat ke topik ni sehinggakan Dr. Azizan mengatakan "Kalau kamu tak dapat faham apa yang saya ajarkan sekarang ni, kamu akan susah nak berjaya dalam perniagaan kamu. Malah akan membuatkan pengaruh negatif lebih banyak mempengaruhi hidup kamu"

Pada mulanya aku tak faham.. Aura positif keluar aura negatif masuk.

EMOSI TERGANGGU DUIT TERGANGGU.

EMOSI TERGANGGU PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA TERGANGGU

Apa kena mengena EMOSI dengan semua ni?

Cuba kita bayangkan  situasi ini.

EMOSI GEMBIRA ketika bangun pagi, kita bersemangat untuk memulakan tugas harian kita.. EMOSI GEMBIRA ini membuatkan kita sentiasa tersenyum..Pelanggan mesej bertalu-talu dijawab dengan penuh ceria.. Kerana hati dan jiwa kita sedang tenang dan mempunyai cas cas postif..

Bayangkan tiba-tiba kita yang penuh keterujaan ingin memperkenalkan produk kita kepada seseorang tiba-tiba produk kita dipandang sinis. Dianggap tidak boleh pergi jauh. TAK SEDAP! TAK KENA DENGAN SELERA! Apa yang jadi dengan emosi kita ketika itu?

SEDIH?
MARAH?
KECEWA?

Secara tiba-tiba terasa malap dunia.. Terasa down untuk berniaga. Terasa kita susah untuk berjaya..

Ketika EMOSI NEGATIF inilah perhubungan kita dengan orang lain akan terganggu..Kita mula beremosi dengan semua orang. Ketika inilah produk kita tiada pembeli kerana kita sudah tiada semangat untuk membuat promosi. Pelanggan yang datang pun kita jawab endah tak endah. Bukan cuba memujuk dan menyatakan keunikan produk kita. Malah dibiarkan berlalu pergi dan menambahkan tekanan emosi lagi di dalam diri kita..

Sudah nampak PENTINGNYA MENJAGA EMOSI?

Marilah kita bersama-sama menjaga EMOSI kita. Jika terasa ingin marah, kecewa, sedih, cuba mengawalnya dengan mengingati Allah.. Segala yang berlaku takkan terjadi tanpa izinNya.. Segala yang terjadi adalah untuk kita mempelajari sesuatu dan menjadikan kita lebih kuat.

Bagaimana ingin menjadi Jutawan dunia akhirat jika cubaan yang sedikit pun terasa menggunung cabarannya?

BERFIKIR SECARA POSITIF.JAGA EMOSI. JAGA PERHUBUNGAN.

Sering menasihati diri sendiri juga agar tidak terlupa.. ^_^

Sambal Ketuk By Nas

Friday, February 6, 2015

Beg Aisyah [Kulit Babi Ke Ni????]


Assalamualaikum...

Nak cerita pasal beg Aisyah.. Aisyah daripada kecik memang minat betul pakai beg..Tak kira la beg silang ke beg kecik-kecik sangkut kat bahu, lengan lepastu dia akan salam semua orang lepas tu cakap byeeeeee macam nak pergi jalan-jalan..Haha

Semalam pergi jalan-jalan dekat Kenanga Wholesale City sebab nak beli sticker harga untuk pistol harga tu. Jalan-jalan, ternampak ada beg comel.. Memang dah lama tercari-cari beg untuk Aisyah pakai..Memang nak beli beg sandang belakang sebab nak bagi dia ralik nak berjalan sendiri kalau tidak asyik nak berdukung aje,..

Susah nak cari yang berkenan dekat hati aku ni..Aku tak minat sangat beg frozen yang bersepah dekat pasaran tu.. Aku tak minat dengan benda yang sama je dengan semua orang.. Takde kelainan.. Hehe..

Jadi semalam, ada lah satu beg ni yang berkenan dekat hati aku.. Macam beg sekolah kita dulu-dulu tapi versi budak kecik..Comel sangatttttttt.. Pada aku lah..Korang suka frozenkan? Ok takpe..Haha

Beli je beg tu, syok gila Aisyah berjalan sendiri.. Macam dah besar sangat lagaknya.. Send gambar dekat Shahril.. Dia bagi ayat sayu  "Dah besar dah anak kita kan?" Ke hint kata nak nombor dua dah? Hahaha! 



Mula-mula ingat nak beli baju merah dekat atas ni sekali dengan beg tu..Tapi mak aku kata cantik memang cantik tapi kainnya kejung.. Tak terletak.. Jadi, aku pun beli je lah beg disamping aku memang nak save duit pun taknak beli macam-macam..Kehleh..


Inilah gaya Aisyah semalam.. Aisyah nak gi school ke? Haah! dia kata sambil angguk beriya.. 


Pagi ni, adik aku duk belek-belek beg tu.. Adik aku tanya "Anya, kompem ke yang bawah ni bukan kulit babi? Ni ada 3 bintk ni.."



Ni ha.. Bintik 3 macamni ha.. Kulit babi ke weh?


Tu dekat base beg tu...

Kulit babi ke???  Gulpp..Aku pun laju-laju bukak internet untuk search.. Alhamdulillah apa yang aku jumpa, diorang kata kalau bentuk segi tiga nya sekata itu baru kulit babi.. Kalau tak sekata, bukan..  Dekat beg ni ada yang satu titik satu titik lepas tu sesetengah bahagian 2 titik dan tiga titik..Lagipun material yang dekat beg ni macam kain baldu murah tu..  Kan?kan? Aku yakin sangat bukan kulit babi ni.. (Walaupun cuak jugak..Hihi)


Meh aku share sikit info yang aku dapat..

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.
Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga.
Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalahkulit babi.
Perhatikan bintik-bintik yang dibulat
Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.
Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. tiga titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan padabahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Nota kaki : Semoga sentiasa dilindungi Allah daripada setiap benda yang terlindung dan tak nampak jelas ni..


Friday, January 9, 2015

Banjir dan Prasangka Manusia

Dekat berita tv3 tadi.. Interview mangsa banjir dekat Kelantan..Makcik tu kata (aku translatekan)

"Tak pelah..Air naik lagi kita balik rumah cuci..Naik lagi, kita cuci lagi..Semua ni keje Allah memang kita tak boleh nak kata apa"

Sambil senyum gelak2 hepi..

Allah... Jangan nak cakap Allah turunkan musibah dekat sana sebab diorang banyak buat dosa. Tapi percayalah Allah turunkan musibah dekat diorang sebab diorang layak diberi ganjaran  syurga..

Kaji diri sendiri betul ke suci dari segala dosa sebelum sibuk menuding jari menuduh orang lain berdosa..

Nota kaki : Geram.. Bila orang bercakap macam takde iman..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails