Friday, October 24, 2014

Mencari ejen dan wakil jualan sekitar Lembah Klang

Assalamualaikum...

Anda ingin mencari pendapatan sampingan?

Anda tercari-cari produk yang mudah untuk dijual?Tahukah anda? Produk makanan adalah salah satu produk yang paling mudah untuk dijual kerana mendapat permintaan yang tinggi setiap hari?

Kami ni Nas Choices ingin membuka tawaran untuk sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan...

Hanya MODAL SERENDAH RM85 diperlukan...

Berminat? Boleh whatsapp NAS 0193613164 untuk pertanyaan lanjut..

Hanya 20 orang wakil jualan yang diperlukan..Siapa cepat dia dapat!^_^

BOLEH FOLLOW IG @nas_choices atau Like page sambalketuk untuk maklumat lanjut..

Thursday, October 16, 2014

Foodgasmfest dan Foodhuntersfeastival

Assalamualaikum..

Ahad lepas 12 Oktober, aku join jadi salah seorang vendor dekat Foodgasmfest.. Pertama kali join festival makan-makan ni.. Baik sebagai tukang makan mahupun penjual.. Aku join booth Thepisangcheese dan Tauhubakar_Alymann..Korang boleh search dekat instagram ye nanti.. 

Diorang punya marketing sangat luarbiasa.. Mana taknya.. Boleh jadi jem teruk dekat area TTDI tu dari pukul 10 pagi sampai la petang.. Orang sentiasa ramai.. Perghh.. Tapi event ni memang sangat happening.. Korang memang takkan menyesal kalau join.. Banyak aktviti yang ada dan terlalu banyak booth-booth yang jual makanan yang best-best..

Foodgasmfest ni event ala-ala piknik.. Meh tengok gambar ni..


Menarikkan? Bentangkan tikar..Lepak sambil borak-borak dan makan.. 


Ini booth yang aku join.. Ambik satu slot je.. Tinggalkan je sambal dan tokei kedai yang akan jual dan promotekan barangan kita... Tapi awal-awal masa aku ada lagi dekat event ni, aku promotekan jugak.. Malam baru aku ambik baki jualan yang tak terjual dan barang-barang lain..


Tadaaaa.. Ini slot aku..Aku letakkan juga sikit tester untuk orang rasa sambal ketuk ni..Barulah customer berminat nak belikan? Hehe..


Ini suasana dekat booth yang sempat aku tangkap.. Alhamdulillah.. Pelanggan memang tak putus-putus datang..



Pisang cheese ni memang sedap.. Aisyah memang suka.. Banyak jugak dia makan.. Haa..Korang kena try tau.. Kejap lagi aku bagitau event akan datang yang aku akan join lagi sekali dengan Thepisangcheese team ni..


Dekat event macamnilah kalau nak jumpa makanan lain sikit..Contohnya aiskrim buah dekat bawah ni.. Menarikk... Berebut rebut orang beli..



Makanan yang tersangat sedap sampai dua kali aku pergi beli adalah Grilled Chicken Burger daripada Bob Republic..Sedaaaappp!!!!!! Terkenang-kenang wehh...


RM10 je.. Berbaloi-baloi...


Ok..Sekian sudah cerita dekat event Foodgasmfest ni...Untuk event akan datang, aku akan join event Foodhuntersfeastival.. Korang boleh search dekat IG untuk tau new update daripada diorang..

Pastikan korang pergi booth The pisang cheese tau.. Ada sambal ketuk dekat situ..Hehe

Booth No 28 (The pisang cheese)
Taman Rimba Kiara, TTDI
25 & 26 Oktober 2014
10 am - 10 pm

Jangan lupa datang tau! ^_^


Ok... Sekian.. Tata! ^_^

Tuesday, October 14, 2014

Kelas FB Ads bersama Ephyra

Assalamualaikum..

Lamaaaaaanya aku tak updatekan... Asyik update dekat Intagram aje..Duk bebel2 dan bercerita dalam tu sampai blog terabai walaupun sangat banyak cerita yang nak di ceritakan antaranya Aisyah yang dah banyak sangat perkataan yang dia dah mula pandai cakap.. Mengarahkan semua orang nombor satu..

Bangun ke duduk ke mesti sebut Allah.. Tiru Neni dia.. "Epii Epiiii" suruh kita ke tepi.. Nampak kereta swift duk tunjuk sambil sebut "Abahh abahh" Tau sangat kereta abah dia..

Kalau solat, complete takbir, qiam, rukuk sujud salam walaupun satu rakaat je semua waktu.. Ikut mood nak solat berdiri ke atau duduk atas kerusi macam Wan dia, atau nak solat duduk macam Neni dia.. Semua dia terer tiru..Haha.

Kalau dia lapar, nanti dia cakap "Mamam" sambil tangan tunjuk ke mulut macam suap tu.. Kalau haus "Aiiirrr".. Suka sangat minum air masak.. Bagi banyak pun boleh habis..

Ok, cerita pasal Aisyah memang takkan habis..Jom cerita pasal kelas Ephyra dulu ^_^ Nanti2 sambung balik..Hehe..

3 minggu lepas dapat jemputan daripada Ephyra untuk join kelas FB Ads secara PERCUMA.. PERCUMA ok..Melompat kegembiraan sebab kursus2 fb ads ni memang selalunya menjangkau ratusan ringgit tau..
Alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati dengan ilmu yang aku dapat haritu.. Walaupun percuma tapi ilmu macam berbayar.. Memang boleh dipraktikkan secara mudah dan dapat faham dengan lebih baik apa itu fb ads.. ^_^

Manalah aku tak makin sayang dengan Ephyra ni kan? Semuanya serba lengkap bantuannya untuk peniaga2 macam kami ni.. Dan langsung tak memikirkan duit yang perlu dilaburkan untuk bagi kemudahan dan ilmu untuk kami ejen2 ni..Semoga Ephyra terus maju ^_^

Ok, jom tengok gambar...Walaupun aku selebet.. Agak sayang kalau tak disimpan dalam blog ni.. Tengok je la eh..Kihkih..


Bersama Puan Amiza.. Series.. Masa dia sampai dan bagi sikit ucapan dekat depan, aku macam terkesima sebab CANTIKNYA! Manisss nya mukanya..Sejuk mata memandang..


Ini antara ejen-ejen dan stockis yang hadir untuk kelas ni.. Tak panggil ramai-ramai lagi.. Kitorang ni first batch Mungkin nanti akan ada kelas macamni lagi untuk ejen-ejen yang lain..


Ini blogger Mialiana.. Taknak lepaskan peluang..Aku ajak dia bergambar.. Sebab banyak ilmu pasal blogging ni aku belajar dari blog dia secara senyap..Hee.. Tq Kak Mia.. ^_^


Ok, Ini meja kecik untuk aku tuntut ilmu FB Ads ni.. Kene tulis nama.. Bagi senang penceramah nak sebut nama kita untuk nak tanya apa yang kita tak faham.. Memang banyak yang aku tanya saaammmmmpai aku puas hati sebab aku taknak mensia-siakan hari tu sebab aku taknak bazirkan duit pergi kelas berbayar..Yelahkan, Dah ada rezeki depan mata..Pulun!Hehe..

Ok, ini je perkongsian untuk kelas ni.. Alhamdulillah sangat berpuas hati.. Kalau korang tanya kenapa aku kejap nampak cun dalam gambar kejap nampak huduh..Jawapannya... Superman dengan Clark Kent memang berbeza kehensemannya bila pakai cermin mata dan tak pakai cermin mata...Begitulah juga diriku...Hahaha!(Ke dalam hati korang, pernah cun ke?Haha!)

Ok... Nanti bila rajin aku update lagi.. ^_^


Jom la follow IG @nas_choices... Hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails