Friday, August 29, 2014

SAMBAL KETUK DI SHAH ALAM DAN DAMANSARA

Assalamualaikum..

Nak update pasal sambal ketuk harini..Selain daripada aku, korang boleh dapatkan sambal ketuk dari ejen-ejen dibawah ye.. Mungkin kena preorder jugak dulu atau kalau kebetulan diorang tengah ada stok, boleh la korang dapat terus sebab selalunya ejen-ejen aku kata tak sempat simpan stok ni lama sebab laju je habis dan selalunya diorang pun order atas preorder jugak... Jadi, kalau korang nak save dekat postage,boleh hubungi ejen-ejen dekat  bawah ni:-

Senarai Ejensambalketuk

Wangsa Maju : 0122533571 (noni)       

Selayang : 0126702502 (Siti)

Sentul : 0105417031 (Mas)

Bangi/ Seri Kembangan : 0179394226 (Wani)

Klang : 0129071713 ( Noor)                 

Shah Alam : 0132649391 (Ummi)

Putrajaya : 018919126 (ummi)
                     : 0192390204 (Anne)

Nilai/Salak Tinggi : 0169468009 (Die)

Seremban : 0173540528 (ira)

SESIAPA NAK JADI EJEN SAMBAL KETUK, BOLEH WHATSAPP AKU 0193613164.. EJEN DIPERLUKAN!


Selain daripada ejen, aku jugak ada letakkan sambal ketuk ni dekat dua butik terkenal..Terkenal dikalangan onlineshopers..Aku letak dekat butik bagi memudahkan customer yang berdekatan dengan butik-butik ni untuk dapatkan sambal ketuk secara walk in je..Sambil-sambil tu boleh cuci-cuci mata tengok baju, kasut, dan barangan comel yang lain yang selalunya boleh jumpa orang jual secara online...

 Yang pertama BAJUFOUNDRY & CO.

No. 41 & 43, 1st Floor Jalan PJU 5/21
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor

Ini suasana dalam butik..




Menarikkan? Aku masuk je dalam butik ni eksaited tengok barang-barang yang terjual.. sangat menarik hati!

Ok, ini yang kedua..

BIE COLLECTION BOUTIQUE CONCEPT
No. 22 Ting 1, Jalan Singa D,
Seksyen 20, Shah Alam
Selangor


Bie Collection Boutique akan buat GRAND OPENING 31 Ogos ni.. 10 pagi sampai 6 petang.. Ada goodies bag dan pelbagai aktiviti yang akan dilakukan.. Jom lah datang beramai-ramai memeriahkan keadaan.. 

Untuk sambal ketuk, aku akan edarkan 50 voucher untuk pengunjung semasa grand opening tu nanti.. Datang cepat2 tau.. Jadi 50 orang terawal.. Nanti dapat voucher ni... Voucher ni sah digunakan dekat Bie Collection ni je nanti tau.. Jangan lupa datang!  ^_^

Tuesday, August 26, 2014

Cerita Hari Raya di Hari Terakhir Syawal

Assalamualaikum...

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa betul nak update cerita raya tapi tak update2.. Kesan daripada internet yang dah melebihi kuota.. Lepas tu lari2 pergi bukak maybank2u nak bayar laju-laju supaya dengan harapan internet terus laju.. Tapi, harapan je lah.. Rupa-rupanya walaupun dah bayar, Celcom tetap akan open kuota baru setiap 24hb setiap bulan... Errgghh..Kalau lah ku tahu, 23hb baru ku bayar...Haha.

Ok, sila tengok gambar dan baca...




Kami berjaya berpakaian sedondon!\0/ Kain untuk baju ni Shahril belikan..Dia suruh ofismate dia belikan dekat Vietnam.. Kain baju melayu Shahril ada lebih, buat baju peplum untuk Aisyah..Reben dekat baju Aisyah tu, amek sikit dari baju aku... 

Tudung yang aku pakai, shawl daripada ShawlbyAnne. Best gila shawl ni..Lebar, dan panjang..Tak jarang pulak tu..Tak payah pakai inner dah boleh bentukkan muncung kat muka.. Satu hari fefeeling cantik. Haha. Kalau korang nak tengok2 shawl ni, boleh whatsapp Anne terus.. Sebab mungkin korang akan sedikit frust tengok blog yang korang klik tu ala-ala sendu gitu.. Hahaha! Dia engineer super bz... Tapi nak bisnes jugak..I likeeee.. Haaa nah amek nombor die 019-2390204. 

Masa aku bukak booth Pra Ramadhan dengan Pra Raya dekat dekat JKR haritu, dalam 60 helai shawl ni aku bawak, tinggal dalam 9 helai je.. Melampau pulak lakunyakan..Sama laju pulak dengan sambal ketuk.. Orang datang booth aku, kalau bukan sebab shawl, sebab sambal ketuk kalau bukan sebab sambal ketuk sebab shawl... Seronok2.. Yang best nya, orang siap mesej2 dekat rumah suruh bawak stock shawl dengan sambal lebih2 sikit sebab nak beli banyak.. Alhamdulillah.. Memang best!! Ehh, sambung balik.. Whatsapp dia tau! Rugi kalau tak beli sebab memang best.. Orang yang sama beli berhelai-helai dekat booth tu.. Harini datang esok nya datang lagi.. Ok dah.. Ini iklan tak berbayar apekan lagi mendapat komisen..Kehkeh..




Saje je nak buat iklan EPHYRA jap kat sini..Haha. Kalau dulu, jangan harap aku nak letak muka gedabak aku dalam blog nih..

Alhamdulillah.. Rezeki mak aku... Kitorangkan ada homestay dekat kampung..Homestay penuh daripada 3 hari sebelum raya straight seminggu selepas raya.. Tapi orangnya bertukar-tukar.. Bila bertukar penghuni je.. Terus pergi homestay beramai-ramai untuk kemas.. Tukar cadar, cuci toilet, sapu sampah.. Mujur ada tenaga buruh yang rajin..



2 orang pekerja yang super rajin.. Mujur bawak diorang.. Laju kerja siap..Hehe..

Raya ke 3 tu Ppink dengan Hawa datang kampung aku beraya.. Semangat aku orang datang rumah beraya.. Aku masak masakan special orang Pahang la kan.. Apa lagi kalau bukan masak asam ikan patin.. 


Hawa dah pernah datang dah sebelum ni.. Meman arwah nenek aku dan famili aku semua dah kenal dia.. Ppink ni pun kali kedua datang kampung aku.. Tengkiu ye korang sudi datang menyinggah beraya rumah uwo aku ni.. ^_^


Tadaaaa..Inilah lauknya.. Sayur feveret aku la kan yang mesti aku buat..Hehe.. Ikan patin dengan sambal tempoyak mak aku yang masak.. Aku masak Ikan bilis dengan kentang berlada tu je.. Inilah menu yang memang selalu kawan-kawan aku makan masa denganhostel dulu.. Memang diorang pun yang request ni.. Terkenang-kenang katanya..Hehe..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dihari terakhir Syawal ni, aku nak memohon sepuluh jari, nak minta ampun dan maaf di sepanjang korang berkawan dan membaca blog aku ni, aku ada terkasar bahasa dan tersinggung mana-mana pihak..Sesungguhnya tidak disengajakan.. ^_^

Terimalah kad hari raya dari Nur Aisy Shoppe dan modelnya.. ^_^





Wednesday, August 20, 2014

Sila sayangkan RM17 anda..

Assalamualaikum..

Nak update pasal Ephyra jap tengah2 malam buta ni..hehe..Ehh..baru pukul 11.30 rupanya belum buta lagi..:p

Setelah sekian lama Ibu Pejabat Ephyra bagi harga promosi dari RM197 menjadi RM180 sahaja, akhirnya akan berakhir juga harga promosi Ephyra yang pada aku, rugilah kalau tak kumpul stock awal2..Sebab, sekotak boleh jimat RM17.. Kalau beli lebih dari dua kotak, akan dapat diskaun lagi. Postage pun free. Shacker dengan beg Ephyra wajib dapat. Ishh.. Sayang sangat lah kalau korang masih terpikir pikir nak beli ke taknak sebab tinggal 10 hari je lagi harga promosi ni.. Kalau beli dengan aku, akan dapat percuma hadiah misteri lagi. Saje nak bagi sempena bulan kemerdekaan ni..

Ephyra dah terbukti keberkesanannya dekat hampir kesemua pengguna setia Ephyra.. Rasa pun sedap..Rasa oren..Tak perlu nak kerut2 muka macam kena makan jamu...hehe

Ephyra bukan hanya untuk cantik..Sebab ade je yang pertikaikan macamni, "saya xnak cantik xnak glowing2 ni, pelik dengan orang Malaysia ni..Asik pikir nak glowing2 aje.."Ada orang yang marah dengan orang yang beauty conscious. .dah dia nak cantik..Biorkan lah dia..Awak taknak, duduk diam2.Bila belek muka kat cermin asek bising nape muka kusam. Tapi tak sedar yang awak tu tak suke tgk org lain nak cantik..

Ehhh..Melalut dahh... Ok, sambung... Ephyra ni bukan untuk kecantikan je malah untuk kesihatan. Betulkan hormon..Beberapa customer aku yang ada masalah period, 4 bulan tak datang bulan, minum Ephyra terus lancar period dia..Ada yang susah nak lawas, minum Ephyra senang nak membuang.. Ada jugak yang asal gosok gigi je mesti gusi berdarah. Tapi bila minum Ephyra dah tak pernah berdarah dah..Alhamdulillah.. Kita usaha cari penawar, Allah yang menyembuhkan kan...

Jadi, grab cepat2 ye.. Tarikh akhir untuk harga promosi RM180 ni 31 Ogos 2014.. Whatsapp 0193613164 untuk pembelian. COD Ampang dan Wangsa Maju..

Korang tetap boleh beli Ephyra dengan harga murah dari aku selepas 31 Ogos ni. Tapi 2 kotak ke atas dan masih tak boleh lawan harga murah masa harga promosi ni..

Whatsapp 0193613164!

Tuesday, August 19, 2014

Mari kita mulakan!

Assalamualaikum..

Hujung tahun bakal tiba tak lama lagi.. Jom lah mulakan aktiviti menabung untuk berjalan-jalan.. ^_^

Aku dah buat 3 tabung.. 1 tabung FFA untuk bisnes aku, 1 tabung FFA untuk mak dgn ayah aku, lagi 1 tabung jalan2 aku dengan Shahril.. Tabung FFA ni tabung Financial Freedom Account. Tabung yang takkan diusik walau sesulit mana pun keadaan.. Tak banyak pun kalau simpan dalam ni.. 10% drpd jualan.. Contohnya kalau terjual Ephyra yang harga RM180 tu, aku masuk la rm18 dalam tabung tu..Kalau sambal ketuk mak aku yang botol harga RM10 tu orang beli, aku masuk la RM1 dalam tabung mak aku.Nampak sikit kan? Tapi kalau tak buat macamni, memang tak menyimpan. Duit keluar macam air..Huhu..

Yang untuk tabung jalan2 tu, RM2 sehari sampai lah kitorang rasa cukup untuk pergi mana2..Tahun ni dgn tahun lepas kitorang belum lagi pergi holiday..Sedihkan? Uhuukk..Tapiiiii kitorang pergi holiday secara free!! Yeay!! Mana Shahril pergi kursus/miting aku ikut..Muahaha. Dah pergi Kuantan, Johor, Sabak Bernam, PD... Cheap Holiday on Government Money kata bos aku dulu..kihkih... Cheap tahap cheap betul tau sebab aku angkut rice cooker, beras, bawang, sardin, sayur, cili, minyak sume dari rumah..Haha! Untuk aku makan di siang hari dengan Aisyah... Tak nak aku membazir berpuluh puluh ringgit dalam masa sehari je.. Sayang duit wooo... Malam baru makan luar.Takkan nak masak jugak untuk malamkan..Malam je la aktiviti jalan2 melihat tempat orang dan merasa masakan orang lain. Siang dah satu hari suntuk terperap dalam bilik tunggu 

Shahril abes miting/kursus..Berjimbalah pula di malam hari.. ^_^v

Jadi, marilah kita berjalan-jalan dengan duit sendiri pula selepas penat lelah bekerja.. Kumpul duit dari sekarang! Nak bawak si comel ni berjalan \0/

Monday, August 11, 2014

Menu Berbuka Puasa

Assalamualaikum..

Bila bukak galeri handphone aku ni, banyak jugak gambar-gambar yang dah diwatermarkkan tapi tak upload2 pun dalam blog..

Ok, meh aku share dalam satu entry ni..Antara menu berbuka aku masa Ramadhan yang lepas. Mana tau boleh bagi idea nak masak apa harinikan? Hehe..

Ini signature dish arwah nenek aku. Kalau kitorang, kitorang panggil masak ompok ikan tenggiri tempoyak.. Masak ompok ni orang Kampar je yang tau..Hehe.. Tak kisah la Kampar dari Pahang atau dari Perak..Sebab ex opismate aku dulu orang Kampar Perak dia tau masak ompok ni..Mak aku kata nama glemer masakan ni masak asam kering.. Ok, korang tak payah nak ompok-ompok sangat..Haha

Masa ni aku tiba2 teringin nak makan masak ompokyang nenek aku masak. Bila bukak peti ais, ada belimbing buluh dengan tempoyak..Apa lagi..Pukul 11 pagi aku dah ke dapur masak untuk berbuka..Punyalah semangat..hehe..



Yang ini makanan feveret aku.. Ikan bilis petai berlada.. Kalau lah petai ni wangi dan tak berangin, kompem! Akan jadi menu harian aku..Hehe..


Ini pulak Sayur campur bertauhu telur.. Kalau masakan sayur, memang inilah masakan aku.. Shahril siap pernah cakap.. Aik..Dah dua hari sayur yang sama..Haha. Aku memang takde idea lah kalau sayur lain.. Masakan ni paling simple dan sedap kat tekak aku.. Jadi, redhailah ye makan makanan yang sama tiap hari..Hehe..


Ini Masak Lemak Ketam..Tiba-tiba teringin nak makan ketam, pergi beli ketam dekat JJ pagi tu.. Buka puasa terus buat..Nyum nyum...Tak sesedap mak aku buat, tapi ok lah...Hee..


Shahrilkan.. Makanan feveret dia kari.. Suka sangat dia kalau dapat makan kari.. Mak mertua aku punya kari Ya Allah sedap gilaaaa.. Kari ikan dia.. Adik aku si Sapikah tu, mana makan kari even kalau mak aku buat kari ikan pun dia tak makan sangat.. Tapi, kalau datang rumah aku ni, mesti dengan tak malunya dia request dekat mak mertua aku nak makan kari ikan.. Shahril dah banyak kali suh aku buat kari.. Aku tak pernah buat sekali pun sepanjang 2 tahun kahwen ni.. Bukan apa..Segan la nak masak masakan yang mak mertua kita hebat nak masak.. Kang sedap sangat kang.. Kecik hati dia..Haha. Ok bukan, aku segan sebab... Ntah, sebab segan kot..Haha. 

Aku masak je kari ikan haritu, puluh kali Shahril duk ulang.."Akhirnya selepas 2 tahun baru dapat." Haha. Aku tau tak berapa sedap..Tak sesedap mak mertua aku masak tapi dia makan licin jugak.. Sedap jugak la tu kan? kihkih..


ok.. Sekian entry throwback.. Ni sebenarnya nak menghabiskan masa nak pergi masak untuk berbuka puasa.Hehe..Jom puasa 6! 

Menu aku harini ayam paprik daaannnnnnnnnnnnnnnnnn sayur campur sebijik macam dekat atas tuh! Haha




ok daaa... ^_^

Friday, August 8, 2014

Aisyah Demam Campak dan Ulser

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Bintik-bintik campak Aisyah dah semakin surut.. Dekat tapak kaki je ada satu dua yang besar sikit tu still merah.. Yang lain, dah semakin hilang.. Syukur Alhamdulillah.. Lega sangat.. 

Aisyah demam Sabtu malam Ahad.. Tepat Umur dia masuk 1 tahun 3 bulan.. Pagi Sabtu tu dah perasan dah kenapa kaki dia merah-merah. Ingatkan ruam, sebab tengok dia sehat je.. Malam tu baru dia mula merengek dan badan dah start panas.. Malam tu kitorang still beraya lagi..Rumah ex schoolmate Shahril. Merangkap customer baru Ephyra..Hehe.. Liyana namanye.. Liyana ada anak nama Amir. Umur 2 tahun..Sangat-sangat ramah. Excited dia keluarkan semua mainan nak bagi Aisyah main. Aisyah taknak.. Pelik jugak sebab selalunya Aisyah ni pantang nampak budak sebaya dia.Nak menegur ajak main aje.. Kali ni asyik nak melekat aje.. Rupa-rupanya tak selesa.. Badan tak sihat...

Malam tu suhu badan dia naik.. Hari Ahad pagi-pagi terus bawak pergi Klinik Dr. Ong dekat Ampang.. Dr. check memang campak lepastu dalam tekak dia merah dan ade ulser.. Memang merah betul masa aku tengok tu..Huhu.. Dr. kata maybe sebab panas dalam.. Dr. bagi Calamine losyen untuk sapu dekat bintik-bintik campak, antibiotik untuk 5 hari dan ubat demam. Dr. Ong kata, kalau hari Rabu demam lagi, bawak untuk check darah sebab sekarang ni denggi berleluasa.. Tapi kalau bintik-bintik denggi, kita tak boleh rasa dekat kulit..Merahnya tu dekat dalam kulit..Kalau campak, bintik-bintik timbul... Nauzubillah..Mintak jauh dari penyakit bahaya...


Muka hepi masa sebelum masuk bilik Dr...Dah masuk meraung macam nampak ape.. Aisyah ni penakut dengan lelaki.. Takutnya macam dipukul-pukul... Kalau orang luar ok je lagi kalau dia buat perangai macamtu.. Tapi kalau sedara mara takut diorang kecik hati je.. Mana tak kecik hati.. Kalau lelaki tu hensem, dia layan elok pulakkkkkkkk.. Boleh?? Shahril selalu kata, ni mesti Aisyah ikut perangai aku.. Nak dekat orang hensemmm aje..Memula aku rasa macam, Alamak! Shahril dah tau rahsia zaman remaja remaji aku.. Tapi bila pikir-pikir balik....Ekkk.. Laki aku nak cakap die hensem ke sebenanye.. Haha!  


Ni bila bintik-bintik campak tu dah makin banyak..Aku tanya kawan-kawan aku apa ubat-ubat yang selalu diorang guna untuk anak diorang.. Anne share letak bawah bantal atau mandikan dengan daun semambu.. Ili share link blogger yang share maklumat tentang demam campak ni.. Alhamdulillah sangat-sangat berguna.. ^_^

Dari blog ni, aku dapat tau ada ekstrak daun semambu yang dijual dekat farmasi. Aku beli solution Pinetarsol ni.. Aku mandikan Aisyah dalam bath tub dia, letakkan air suam dan satu penutup Pinetarsol ni..


Ada satu malam tu Aisyah terjaga sejam sekali.. Jaga je nangis garu-garu.. Aku dah sapu Calamine losyen tu  pun dia still lagi garu-garu.. Minum susu taknak sebab sakit tekak.. Dah la lapar agaknya.. Badan pulak gatal merenyam.. Aku sediakan air mandi ni pukul 2 pagi..Aku mandikan dia dengan air ni terus dia diam.. Terus dia seronok je rendam-rendam tengah-tengah malam tu..Kalau mandikan dengan air ni takyah bilas dengan air biasa dah.. Lap je terus.. Lepas mandi dia tak mengaru dah.. Tidur nyenyak dah dia.. Tapi taknak tidur atas katil..Nak dekat dada aku.. Agaknya tak dapat menyusu tapi dapat tidur berdukung pun jadilah.. Makanya, tidur berdukung lah dia sepanjang malam.. Takpe lah Aisyah.. Janji Aisyah sihat.. Mak bukan kena punch card pun esok nak kena tidur cukup satu malam...(Ni kata-kata penyedap hati bila tak dapat tido yang cukup.Haha)


Dalam bibir tu ada ulser besar.. Mana lah dia tak sakit bila nak menyusu atau makankan..Kita yang dah besar ni pun kalau kena ulser duk terkulat-kulat jugak..


Untuk ulser ni, aku beli oral gel ni untuk sapu. Aku sapu time dia tengah tidur nyenyak... Akak dekat kedai farmasi tu yang rekemen kan.. Dia kata memang untuk baby dan kurang pedih. Tapi mahal sikit dia kata, dalam RM30 utk 1 tube kecik.. Dalam keadaan macamni, dah takde benda yang mahal dah.. Takde duit, boleh g korek tabung..Hehe..

Alhamdulillah hari Selasa demam Aisyah dah kebah sepenuhnya.. ^_^ Lepas sapu oral gel tu, nampak dia macam dah berani-berani nak cuba menyusu.. Itupun aku try sua masa dia mamai-mamai nak tido.. Kalau dia segar, dia duk telan-telan air liur dengan muka berkerut.. Kalau dia lapar, dia pegang je makanan.. letak kat mulut lepas tu tarik balik tangan.. Hari Khamis pagi, aku umpan dia dengan timun.. Makanan kegemaran dia. Kalau sebelum ni, bagi sepinggan pun dia boleh habiskan..Ni aku nak try time dia sakit.Dia nak tak.. Aku tunjukkan dia timun.. Laju je dia ambik.. Lepas tu dia tengok je.. Dia try gigit sikit lepas tu telan.. Dia rasa tak sakit dah terus habis satu timun tu.. Lepas tu aku bagi dia nasi pulak..Habisssss dia makan...Yeay!!! Alhamdulillah.. Terharu gila aku masa tu.. Dari Ahad taknak makan..Padahal Aisyahkan macam mak dia.. Pantang nampak makanan.. Hehe


Yeay!! Breakfast!!

******************************************************************

Raya tahun ni, aku dengan Shahril bercita-cita nak beraya sakan.. Bukan dengan baju baru ke apa.. Tapi nak berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.. Saje je nak memenuhi aktiviti hujung minggu dan mengeratkan silaturahim dalam masa yang sama cuba untuk meningkatkan networking..Jangan risau kitorang tak jual insuran dan berMLM..Jadi, networking kami tiada unsur-unsur menceritakan keuntungan berpiramid kepada tuan rumah..Jadi, terima lah kami sebgai tetamu yang ingin mengeratkan silaturahim dengan penuh keikhlasan.. Tapi kalau nak tanya pasal Ephyra, brochure Ephyra sentiasa ada dalam handbag..Kalau nak tgk pelikat pants, ada   je dalam kereta.Hahahaha! Lebih kurang je perangai kan? Kihkih.. 

Aku duk la berpuluh puluh kali kata kat family aku.. Tahun ni adik nak beraya sakan.. Nak pergi beraya semua rumah.. Mak aku dari kecik selalu pesan.. Cuba hujung-hujung ayat tu cakap Insyaallah.. Taktau lagi hidup ke tak esok.. Kalau aku terlupa je cakap Insyaallah, dah dapat jelingan tajam dah.. Kadang-kadang tu baru je cakap.. "Mak, nanti kalau adik kaya, adik nak gi bulan.. (Telan air liur...) Insyaallah".... Masa tengah telan air liur tu, tak sempat kita nak cakap Insyaallah tu dia dah bebel " Ha! Takde pun mak dengar Insyaalllah bila bercakap tu.. Cuba lah cakap Insyaallah.. Kalau sakit ke mati ke.. Takde sape yang boleh bagi benda-benda tu kalau bukan Allah yang bagi..Susah sangat ke nak cakap Insyaallah tu.. Dengan izin Allah semua benda baru boleh dapat"...Ya Allah..Sabau je lah...Ayat lepas telan air liur tu dah dibawak lalu dek angin dahhhh...

Mungkin aku terlebih yakin sangat yang aku akan dapat beraya gila-gila punya tahun ni.. Walaupun setiap ayat aku rasa tak pernah terlepas dari ucapkan Insyaallah..Tapi mungkin tak sungguh-sungguh dalam hati.. Terasa diri ini mampu.. Tapi tak sedar kalau Allah tak izinkan, makanya duduk kat rumah je la ko jaga anak yang kena demam campak.. Haaa..gitu.. Makanya, terleburlah 2 buah rumah yang buat open house satu dekat Ampang, satu dekat Mantin untuk aku dan Aisyah berhari raya hari Ahad lepas...Hehe.. Itulah kisahnya.. Jadi, marilah kita bersungguh-sungguh bila meletakkan satu-satu harapan tu dengan segala bantuan Allah.. Jangan lafaz dekat mulut je..Pastikan dari hati jugak... (Ingatan untuk diri sendiri juga) ^_^


 Sharing dari IG Mawar.. Memang tengah nak cari semula ayat berkenaan lafaz Insyaallah ni dari dalam Al-Quran.. Kebetulan dia share pagi tadi.Laju  je screenshot..Hee..





Nota kaki : Bercinta nak siapkan entry ni..Dari pagi sampai petang ni baru siap..-_-" Internet slow dan Aisyah asyik tekan butang shut down.. T_T





Wednesday, August 6, 2014

Tak Nak Makan..

Assalamualaikum..

Kita ni dah la bercinta kalau nak update blog.. Bila semangat nak update blog tu sampai, selalulah tersiput siput Blogger Apps dekat handphone ni nak upload gambar.. Dah berapa kali cuba, still tak boleh.. Makanya, selalulah berkubur je semangat nak update blog ni..

Ok, sesi tulisan tanpa gambar je lah kejap eh..Hehe...

Tempahan sambal ketuk, Ephyra, Camishaper (Tinggal 5 6 helai je..Sila habiskan cepat) dah dibuka ye... Customer pun macam tau-tau je.. Masa aku dekat kampung, takde pun tempahan masuk.. Bila aku dalam kereta je, otw nak balik KL, laju je tempahan masuk.. Alhamdulillah.. Nak bagi reminder udah-udah la beraya mari bekerja pulak la tu..Hehe..

Packaging untuk Sambal ketuk dah lain tau..Dalam botol.. Haaa.. tengok, nampak tak kesukarannya bila nak update tanpa gambar.. -_-" Dalam botol ni lebih mudah disimpan, lebih tahan lama dan lebih elegan.. Haha. RM10 je sebotol.. Jom order jom.. Memang mendapat tempat di hati ramai pelanggan..Alhamdulillah.. ^_^

Ephyra pulak.. Jualan Amal Ephyra Ceria Aidilfitri dah selesai.. Alhamdulillah dapat sedekah RM170 kepada rumah anak-anak yatim, Palestine dan di kawasan Pedalaman Sabah program usahasama Imam Muda Asyraf..Dengan ini, jualan amal ceria Aidilfitri telah pun tamat.Ribuan terima kasih kepada semua pembeli yang membeli dengan kami..Semoga Allah menerima amalan kita.. ^_^

Oooh ye.. Aisyah kena demam campak start malam Ahad haritu.. Sekarang dah beransur baik..Pakej dengan ulser dalam tekak.. Masa raya haritu badan dia dah rasa padat2 tembam dah..Ni dah susut sikit. Dari 8.2kg dah jadi 7.9kg sebab dia takut nak makan.. Nampak makanan telan2 air liur je.. menyusu pun malam tadi baru nak minum banyak..Aisyah kan suka makan kan.. tengok makanan dia terliur je.. Sampaikan bila dia nampak je makanan, dia mintak.. pastu dia pegang2.. Letak kat bibir dia..Pastu try telan air liur.. Sakit. Tarik balik tangan.. Huhu..Sedih je aku tengok..Doakan Aisyah cepat sehat, ye..^_^

Ok, nanti update lagi.. ^_^


Friday, August 1, 2014

Cara Mudah Cari Duit...

Assalamualaikum..

Ni cerita hari terakhir Ramadhan haritu... Aktiviti penting sebelum hari raya adalah mengemas rumah.. Malas macamne pun, kena jugak kemas.Hehe..Yelah nak bagi ada lah beza sikit kalau tetamu nak datang berbanding dengan hari-hari biasakan? Walaupun perabot maintain guna yang lama..Hehe..

Rumah mak mertua aku ni biasalah.. Penuh dengan barang2 yang tak berapa boleh nak dipakai dah tapi sayang nak dibuang dan banyak jugak barang yang tunggu untuk dikitar semula..Ehh..Nak salahkan mak metua je kan? Tak sedar diri barang jualan aku lagi sakit mata nak dipandang..Haha. Kotak Ephyra yang utk isi sekaton ephyra tu ada 3 buah.. Kotak besar untuk isi berpuluh puluh helai Camishaper ada 2 buah.. Belum lagi plastik2, beg2 kertas yang lepas habis je booth aku main letak je satu sudut.. Ok, harus setelkan semua harini! Sebelum mak metua aku yang sakit mata tengok barang-barang aku..Haha

Pagi-pagi subuh aku dah start mengemas.. Shahril macam biasa aktiviti Hari Raya dia.bakar sate. Jadi, masa aku mengemas, aku letakkan Aisyah dekat atas kerusi dapur, sila lepak dengan Abah dia.. Tengok la abah dia sediakan bahan untuk buat sate..

Elok je pulak dia diam aje dengan Abah dia.. Aku memang jenguk dari jauh je.. Taknak bagi dia nampak aku. Nanti kalau dia nampak, mesti nak ikut aku..


Haa..Nampak dua beranak ni elok je lepak bersama? Aku ambik gambar ni pun nyorok2.. Taknak mengganggu perbualan mereka..Hehe..

Tak lama lepas tu, Shahril bagi Aisyah makan yougurt.. Lihat lah hasilnya....


Haaaa... Hamek ko..Yogurt dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Lama gila dia ralik main yogurt ni.. Aku kan tak suka bau-bau susu ni..Geli geleman aku tengok Aisyah main yogurt ni. Tapi sebab Aisyah diam aje seronok main n explore texture yogurt tu aku redhakan aje.. Tapi lepas tu, memang aku terus angkat dia masuk bilik mandi, mandikan... Eeiiii.Tak sukeee bau susu tuuu.. Kerusi meja tu, kusyen semua tu Shahril yang cuci..Jangan suh aku..Leh muntah aku nanti geli..Huhu..

Berbalik kepada tajuk dan topik asal, inilah hasil buangan yang aku dapat daripada mengemas haritu...





Penuh satu kereta.. Banyak plastik je.. Habis penuh kereta tu dapatlah dalam RM10..Hahahaha! Sikit gilakan? Tapi inilah caranya untuk dapat duit cara yang mudah.. Iaitu menjadikan bahan buangan di rumah anda menjadi duit... Tapi banyak jugak apa RM10 tu..Nak tunggu iklan Nuffnang naik RM10 pun mau kena up 7 ke 8 entry..Itupun kene tunggu berapa minggu.. Haaa.. Kan?kan? Jadi, marilah kitar semula.. Disamping rumah anda bersih dari segala sampah sarap, anda juga mendapat duit terpijak..Hehe..


nota kaki : Punyalah lambat buat entry.. Ini baru cerita sebelum raya.. Cerita raya ntah bila agaknyeeeee....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails