Monday, June 30, 2014

Resipi Sambal Ketuk [The Power of Giving]

Assalamualaikum..

Semalam dapat request daripada Tengku Butang untuk nak tau resipi sambal ketuk yang kami jual..

Ok, siapa nak resipi sambal ketuk angkat tangan!! \0/ Hehe.. Pada aku, berkongsi resipi bukanlah satu masalah untuk kita takkan berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Tak kiralah resipi makanan mahupun resipi kejayaan mahupun resipi ilmu. Contoh resipi ilmu, korang dah nak final exam, kawan-kawan aka sifu korang yang terer merangkap rajin study bersengkang mata nak mengajar kawan-kawan dia yang jenis malas belajar dalam kelas. Tanpa rungutan diorang ajar dengan harapan kawan-kawan dia berjaya sekali dengan dia dan hasil daripada perkongsian ilmu tu sifu-sifu aku punya result super gempak memang tak mampu dikalahkan..Mesti ramai yang korang nampak macamni kan? Bila dia bagi, dia dapat lebih.. Ini dinamakan The Power of Giving.. Sama macam konsep sedekah.. ^_^

Aku memang suka cerita berpusingkan? Ok, sambung balik..Hehe

Berapa banyak resipi sambal ketuk yang korang boleh search je dekat internet andaikata aku tak share dalam blog aku harini.. Banyakkan? Jadi pada aku, takde apa yang perlu disorokkan sebab resipi ni resipi yang sangat mudah. Yang korang sendiri boleh buat sebenarnya. Cuma, aku dan famili aku mengambil jalan untuk memasarkan produk ni bagi memudahkan semua orang dalam proses mendapatkan makanan yang enak dan ringkas tanpa dia perlu ke pasar, atau bertungkus lumus di dapur. Hanya perlu godek-godek handphone, dan makanan sampai ke depan pintu.. Mudahkan? ^_^

Meh aku share resipi meh.. Semoga menjadi salah satu ilmu yang berguna untuk korang.  Mana la tau, resipi turun temurun famili aku ni boleh jadi makanan kegemaran korang seisi keluargakan.. ^_^

Bahan-bahan
1. Ikan bilis (semangkuk)
2. Cili Padi  (setengah mangkuk)
3. Bawang besar (setengah mangkuk)
4. Garam 
5.Gula

6. Asam keping (sekeping)

1. Ikan bilis, cili padi, bawang besar di kisar atau ditumbuk.  Kalau nak pedas menyengat macam yang kitorang jual tu, lebihkan cili padi. Lagi pedas lagi sedapkan?Hehe

2. Masukkan bahan yang dah dikisar dalam minyak yang panas. Masukkan gula, garam, asam keping. Balancekan rasa dengan sesuaikan apa yang lebih dan kurang.

3. Masak sehingga garing. Lebihkan minyak sewaktu memasak kalau tidak, bahan-bahan akan melekat dekat kuali. Masak dengan api yang sederhana. 

4. Tips ** Sambal yang sedap adalah apabila cili dimasak sempurna. 

5. Ok siap!! Percayalah..Memang semudah ini.... Hehe.. Selamat mencuba. ^_^


Wajah sambal ketuk sewaktu dimasak...

Ok, sekarang nak cerita pasal perniagaan sambal ketuk ni pulak.. Alhamdulillah, dah ada ejen kawasan Putrajaya, Shah Alam, Selayang dan Batu Caves. Nama-nama ejen akan aku updatekan dalam instagram sambal_ketuk. Jadi, sesiapa yang nak beli secara COD, boleh contact terus ejen kawasan masing-masing. Aku masih mencari ejen di kawasan Perak, dan Pantai Timur sebab sambutan amat menggalakkan.


Sambal ketuk ni, jarang sangat orang order sebekas dua.. Mesti paling sikit pun 3 bekas. Ramai yang kata tak sempat nak simpan untuk hari kedua. Hari pertama dah habis licin.. Alhamdulillah.. ^_^


Ini sticker sementara..Sekarang dah buat sticker baru..Hehe


Comel tak sticker baru? Macam jual gula-gula. Padahal sambal menyengat..Haha


Ini gambar terbaru.. Total 110 bekas..Untuk diedarkan dekat ejen.. Lagi 80 bekas, tengah dalam sesi masak dan pembungkusan lagi masa gambar ni di ambil..


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak rasa sambal ketuk dari kami ni, atau nak jadi rakan niaga kami, boleh whatsapp 0193613164 (nas) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Nak rasai bahang kesedapannya? Follow IG sambal_ketuk.. Aku banyak share dalam tu.. 


Orait... sekian.. Selamat mencuba sekali lagi.. ^_^ Selamat menunaikan ibadah puasa.. Semoga sentiasa didalam redha Allah.. ^_^

Perkongsian Sahur

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapakan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

* Catatan ini tulisan
Dato' Roslan Ab Hamid...

PROMO DAN JUALAN AMAL EPHYRA

**STICKY POST**


Assalamualaikum..Seperti yang aku bagitau sebelum ni, aku akan buat jualan amal sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma. Setiap RM2 drpd pembelian ephyra, akan didermakan kepada rumah kebajikan anak yatim/tahfiz. Insyaallah jualan amal ni akan dimulakan 30hb April 2014 sempena 1 Rejab dan akan tamat dalam bulan Ramadhan insyaallah.. Duit2 yang aku kumpulkan ni pun insyaallah akan di dermakan pada bulan Ramadhan supaya pahala yang kita dapat, berganda ganda ^_^
Jualan amal ni dinamakan #ceriaaidilfitri. Semoga dengan sumbangan dari kita ni, dapat menceriakan hati mereka yang memerlukan..

Aku juga ada buat HARGA RUNTUH kalau sesiapa beli lebih dari 2 kotak. Ini adalah sempena bulan Mei akan datang yang banyak kisahnya.. Ini antaranya :

30hb April - Birthday Shahril
3 hb Mei - Aisyahturn1
11hb Mei - Master Convocation
18hb Mei - 2ndWeddingAnniversary

Ada banyak tarikh penting bulan Mei ni..Jadi, sempena tarikh penting ni.. Jom buat harga terjunam!!  \0/ Kongsi kegembiraan dengan semua orang.. ^_^

Dengan harga terjunam ni, sumbangan RM2 tetap diteruskan...

JOM BER#EPHYRA!!

Whatsapp 0193613164..


***Harga dah tercatat diposter.. ^_^

COD area Ampang/KL.. Untuk luar kawasan, free postage! ^_^



kredit : tq ili untuk poster ni.. ^_^

Friday, June 27, 2014

Pengalaman 4 Hari Tinggalkan Aisyah

Assalamualaikum..

Rindu aku tak?Rindu tak??? Lama gila tak update blog tanpa mempromote barang jualan.. Dah kenapa blog peribadi jadi blog bisnes pulakkan? Haha. Sabar jelah..

Macam biasalah..Nak throwback.. nak cerita pasal 3 minggu lepas.. Pengalaman aku dengan Shahril tinggalkan Aisyah 4 hari... Selama setahun, mana pernah tinggalkan Aisyah lebih daripada 5 @ 6 jam.. Ekceli bukanlah 4 hari full aku tinggalkan Aisyah. Malam aku ada. Tapi kelas kitorang ni start pukul 8 pagi, habis pukul 1.. Selama 4 hari macamtu.. Balik-balik rumah, Aisyah dah tidur. Nasib baik Aisyah memang jenis bangun pagi. Pukul 5 dah bangun. Boleh la main-main kejap pagi tu.. (Kalau mak dengan abah Aisyah tak ngantuk..Kihkih)

Ok, mana kitorang tinggalkan Aisyah? Semestinya dekat mak dengan ayah aku. Hehe. Memang selama ni kalau tinggal kejap-kejap tu pun dekat mak dengan ayah aku lah. Sebab diorang dah tau macamana nak handle Aisyah yang super aktif tu dan macamana nak menghadapi Aisyah yang bergantung 100% dekat direct bf. Aku dah cuba berkali-kali ajar Aisyah minum  ikut botol sebelum tarikh seminar tu. Memang harapan je lah.. Sayu je lah hati nak membuang susu-susu yang memang dia taknak langsungsedut tu.. Penat mak ko pam Aisyah oiii...

Macam-macam aku fikir. Agak serabut jugak kepala aku ni sebulan sebelum seminar tu. Boleh ke mak dengan ayah aku handle dari pagi sampai malam. Sebab kakak aku pun baru bersalinkan. Dua cucu nak kena jaga dalam satu masa. Dah la Aisyah tu memang jenis tak nak duduk diam.. Asyik tarik tangan ayah aku suruh ambik kunci kereta yang tergantung nak ajak pergi jalan.. Taknak duduk rumah...Aku siap dah booking maid untuk 4 hari. Untuk tolong apa-apa yang patut dekat rumah mak aku. Jadi, mak aku boleh jaga Aisyah dan Dijah dengan senang hati. Tapi sehari sebelum seminar tu, mak aku kata tak payah panggil maid. Sebab mak aku boleh je handle. Mak aku kata, budak-budak ni kadang-kadang tu dia faham situasi. Budak-budak ni dia boleh sesuaikan keadaan dia dalam satu-satu situasi tu. Kita je kena keep ingatkan dia yang dia akan kena tinggal kejap dengan neni dengan atuk, mak dengan abah nak pergi tuntut ilmu..Yup2.. Memang aku sentiasa bagitau Aisyah macamtu tapi hati aku tetap risau. Yelah, taknak susahkan mak dengan ayah akukan..Takut diorang kelam kabut...Akhirnya aku ambik maid tu untuk sehari je.. Sebab dah booking lama and dah berjanjikan.. Kesian dia kita bagi dia harapan untuk bagi job, lepas tu kita tak bagi.. Ni apa yang aku rasa bila aku berbisnes.. Haha. Hancur hati bila ada back out buyers. Kalau stock memang ada takpe lagi kita tak keluarkan modal awal semata-mata sebab dia. Yang geram tu bila kita kata stock kita dah habis lepas tu dia nak kita cepat2 restock sebab kompem nak beli. Sekali bila kita dah beli, dia kata tak jadi pulak..Ergghh.. Geram je.. Yelah, aku kan jual macam-macam produk mungkin modal aku time tu aku kumpul untuk produk lain. Tak pasal-pasal aku dah gunakan modal aku tu untuk beli barang yang ko taknak pun.. Tak baik lah macamtukan..Kena la faham perasaan penjual.. Walaupun ye memang insyaallah dengan kuasa Allah mesti akan ada orang nak beli barang tu tapi... Ishhh paham2 je lah boleh? Malas nak cite panjang..Haha. Ehh..Melalut pulakkk..Ok, cerita pasal Aisyah balik..Hahahaha. 

Ok, aku dengan Shahril pergi mana sebenarnya? Kitorang pergi menambahkan ilmu tentang perniagaan.. ^_^ Kitorang pergi kelas IMKK kelas Dr. Azizan Osman. Allahuakbar..Kelas yang sangat luar biasa. Pada aku, kelas ni bukan untuk orang yang nak berbisnes je.. Semua orang wajib pergi. Kelas ni banyak mengajar kita tentang fitrah semulajadi kita. Kembali kepada fitrah.. Ini kesimpulan yang aku boleh dapat daripada kelas IMKK ni.. Nak tau sikit-sikit kelas dia macamana? Haaa..pergi kelas free Dr. Azizan tu.. Jualan aku meningkat haritu, hanya dengan gunakan ilmu daripada kelas free Dr. Azizan sahaja.. Alhamdulillah.. ^_^

Hari pertama IMKK,kelas mula pukul 2 petang. Habis pukul 12.30 malam.. Petang, pukul 6 macamtu akan rehat untuk maghrib, masa tu lah mak dengan ayah aku akan datang untuk aku menyusukan Aisyah. Bagi dia minum kenyang-kenyang jadi bila malam, dia penat main dia akan terus tidur. Hari seterusnya start pukul 8pagi sampai pukul 1 pagi. Sama jugak, mak aku akan datang pukul 6 petang. Menyusukan Aisyah sekaligus pergi makan malam sama-sama.. Mak aku kata Alhamdulillah Aisyah senang dijaga. Bagi je makan. Dia pandai, asyik cakap air air bila lapar atau haus.. Banyak minum air masak.. Kejap-kejap mintak air masak.. Nak nangis aku rasa. Pandai dia uruskan perut dia.. Supaya tak menyusahkan atok dengan neni dia.. Mak aku kata, kadang-kadang ada la tiba-tiba Aisyah cebir mulut dia ingat kat aku agaknya. Kalau naik kereta, cari-cari aku kat tempat duduk..Huhu..Sedih je..

Nampak? Rilek je lepak bilik Tita (Aunty Nita) dia minum-minum 

Sepanjang kelas, ada jugak la aku keluar-keluar kejap sebab nak telifon mak aku tanya Aisyah ok ke tak.. Mak aku asyik la bagitau jangan risau.. Elok  je Aisyah main-main.. Huhu..Risau campur rindu sebenarnya. Nak-naknya Aisyah tengah demam n selsema sepanjang minggu tu.. Lagilah bertambah-tambah sejuta rasa dalam hati ni..

Tapi betullah kan.. Budak-budak ni faham situasi..Bila lepas menyusukan setiap petang tu, dia ok je lambai-lambai dekat aku dengan Shahril..Kira dia taknak pun ikut kitorang. Sama jugak pagi-pagi.. Lambai tepi kereta takde pun ngengek2 nak ikut. Siap bagi flying kiss bertalu-talu lagi..


Alhamdulillah... 4 hari berkursus dengan jayanya.. Berjaya sedut ilmu dari Dr. Azizan dengan banyaknya. Tambah networking dengan ramai orang yang sangat-sangat baik dan mempunyai corak pemikiran yang sama. Allahuakbar.. Syukur sangat Allah bagi kesempatan untuk aku tambah ilmu.. ^_^ Insyaallah inilah kelas-kelas yang aku akan pergi selepas habis kelas master aku haritu..Syukur Allah sentiasa menjadikan aku orang yang sentiasa dahagakan ilmu..Dulu dalam bidang yang lain. Sekarang dalam bidang lain pulak.. ^_^ 

Ok, sambung..Sepanjang kelas 4 haritu, aku dengan Shahril tidur Ampang. Kelas dekat Mines Convention Centre. Dekat sikit nak ulang alik dan Aisyah maintain duduk satu rumah je.. Selesai je 4 haritu, bermula lah perangai manja kededek Aisyah yang tak pernah terjadi sebelum ni.. 24 jam nak aku dukung taknak dekat orang lain. Pantang aku jauh semeter je dari dia. Melompat terus nak ikut aku. Menyusu pulak, daripada celik mata sampai tutup mata, asyik nak bergayut je 24 jam.. Tau berapa hari dia macamtu? 3 hari!!!!!! Wuaaaaa.. Pembalasan dendam ke Aisyah? Haha.Tak dapat aku buat kerja 3 haritu.. Baju tak berlipat bertimbun. Beg-beg tak berkemas lagi. Mujur lah 3 hari lepas kelas tu, aku ikut Shahril kursus dekat Kuantan. Aisyah kalau berjalan suka sangat la dia.. Menikmati percutian sangat... Jadi, aku pun legalah segala sendi aku ni dari 24jam nak berdukung melekat dengan aku..Haha.







Tuesday, June 17, 2014

Mencari Ejen Di Kawasan Anda

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, lagi beberapa hari dah nak masuk Ramadhan kan? Ok, memang dah berniat akan buat promo tentang perniagaan yang aku cipta khas untuk mak aku ni bila nak dekat2 bulan Ramadhan.. Perniagaan ni berkonsepkan rezeki untuk emak, memudahkan orang lain..Haaa..Apa maksudnya tu? Meh aku cerita..

Sesiapa yang rapat dengan aku dan dah baca blog aku ni dari dulu, memang dah tau la family aku buat bisnes catering.. Bulan puasa selalunya abah akan masuk tender mana2 masjid atau kompeni yang nak kitorang sediakan juadah berbuka puasa atau moreh.. Tapi, dah 2 tahun sebelum ni, abah dah kurang nak ambik sebab rasa terkejar kejar dengan aktiviti beribadah yang sepatutnya kita fokuskan sepanjang bulan Ramdhan..Jadi, tahun lepas..Mak dengan abah decide untuk buat atas orang order je.. Alhamdulillah.. Ramai jugak yang order lauk pauk untuk berbuka dan mak abah akan hantar dekat ofis dan rumah diorang.. Antara lauk-lauknya Gulai Lemak Ikan Patin, Masak Asam Ikan Patin Tempoyak, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Ayam, dan macam-macam lagilah..ikut request dari customer.. Tapi kali ni, aku nak fokus kepada satu lauk je.. Sambal Ikan Bilis Tumbuk atau sambal ketuk yang memang menjadi makanan kegemaran kitorang sekeluarga dan nak orang lain menikmatinya jugak..

Aku dah mula bukak intsagram @sambal_ketuk.. Korang boleh follow dekat IG aku untuk tau update terbaru.. Alhamdulillah mendapat sambutan hangat.. Aku nak bukak peluang untuk ramai orang berniaga sambal_ketuk ni.. Boleh dijadikan makanan yang mudah untuk berbuka puasa dan sahur.. Makan dengan nasi panas atau roti.. Memang membuka selera..

Jom jom jom.. Pendaftaran ejen dibuka sekarang.. Boleh Whatsapp aku 0193613164 untuk tahu cara menjadi ejen.. 

Testimoni dari customer yang dah pernah makan sambal_ketuk dari kami...




Kak Filla, mama Kasihs pun makan sambal ketuk kitorang tau..hehe..



Customer area Ampang 

Customer merangkap member sendiri yang tengah mengandung
 

Customer dari Johor


Customer dari Wangsa Maju.. Dah kenapa water mark aku atas ayat tu..Cett.. dia kata confirm repeat Ramadhan nanti..Paksa mata anda untuk membacanya..Haha. 

Ok, jom jom!! Jom jadi ejen dekat kawasan korang... Insyaallah nanti akan update nama setiap ejen dekat instagram untuk memudahkan customer yang nak COD.. ^_^

Sambal ketuk ni tahan 2 minggu kalau diletakkan di tempat yang bersuhu bilik dan tertutup rapat dan terjamin kebersihannya.. Nak lagi lama, masukkan dalam peti ais.. Bila nak, keluarkan dan panaskan untuk dimakan.. 

Ok, untuk maklumat lanjut boleh hubungi aku ye.. 019-3613164.. Whatsapp atau mesej aku.. Kalau emel memang agak lambat aku balas.. ^_^





Monday, June 16, 2014

Testimoni Ephyra [8] : Puji Diri Sendiri?

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari tak update blog dan tak blogwalking langsung.. Menyendiri kejap sebab pergi menuntut ilmu.. Sangat-sangat full kelas tu dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 pagi.. Ulang alik dari Ampang ke Serdang.. Aisyah tinggal dengan Neni dengan atuk dia.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan mudah.. Allah mudahkan segala-galanya proses aku dan Shahril mencari ilmu.. ^_^

Tadi baru bukak internet dan blogwalking.. Bukak blog Kak Die, housemate aku masa Uitm dulu.. Kenapa pulak tajuk dia promo Ephyra sebab haritu dia beli 2 premium pack Ephyra daripada aku.. Adakah Kak Die telah mula menjadi ejen Ephyra? Bukak-bukak je, rupa-rupanya Kak Die promote Nur Aisy Shoppe!! Wahhhh!! Tengkiu Kak die! ^_^

Ok, Meh aku copypaste..

Ini adalah promo merangkap jualan amal Ephyra oleh Nur Aisy Shoppe. 

Untuk pembelian bermula 1 Rejab - 30 Ramadhan (1 Mei 2014 - 27 Julai 2014), RM2 dari pembelian sekotak Ephyra premium/trial akan didermakan kepada rumah anak yatim/tahfiz.

Premium pack (30 sachet)
1 kotak = RM180
2 kotak = RM340
3 kotak = RM480

Trial pack (10 sachet) = RM68


Nur Aisy Shoppe ni ialah online business by Nasrina Honey, salah sorang ex-housemate kesayangan masa degree dulu. Nas ni ialah seorang budak baik yang gila belajar dan suka makan. Paling tak tahan suka tiba-tiba menggelabah. Nak test menggelabah, bangun lambat menggelabah, lapar pun menggelabah. Haha comel gila awak ni Nas. Tak sangka dah jadi mak sekarang.

Nas juga ialah pengguna Ephyra. Masa belajar dulu memang Nas ada masalah jerawat. Bukan jerawat kecik tu, tapi jerawat besar seketul-seketul. Kulit muka dia pun tak berapa smooth akibat jerawat durjana itu. Tapi haritu jumpa dia setelah sekian lama terpisah kemain glowing muka dia. Tak tau lah glowing sebab Ephyra atau sebab dia dah makin bahagia sekarang tapi yang pasti memang glowing berseri-seri. Jerawat pun dah kurang banyak, parut jerawat pun dah makin pudar.

Btw Nur Aisy Shoppe ada juga jual benda lain macam Camishaper, Pelikat Pants for kids by Afdlin Shauki, princess dress for kids, tahapa2 lagi lah. Tapi yang yang paling best ialah sambal ketuk.

Aku tak penah try lagi sambal ketuk dia, tapi kalau ikut pengalaman 2 tahun jadi housemate Nasrina ni memang tak diragukan lagi sambal ni mesti sedap. Family dia masak memang sedap ok. Kakak si Nas ni pun ada business catering sendiri. Nas pulak walaupun malas tapi kalau dia masak memang sedap. Hehe.

Untuk maklumat lanjut sila ke Facebook: Nur Aisy Shoppe atau boleh WhatsApp Nas terus di 0193613164



Eh eh! Ada ayat puji aku la kat atas tu..Haha! (ok, memang itu pun motif aku buat entry ni..haha) Alhamdulillah.. Walaupun masa jumpa Kak Die ni ada jugak jerawat kecik tepek, dia nampak keglowingan muka aku ni..Kihkih...

Ohh ye.. Jap, nak share lagi satu.. Yang ni lama dah.. Alang-alang buat entry puji diri sendiri ni baik tepek sekali..Haha


Alhamdulillah... Orang-orang terdekat aku memang nampak perubahan ketara dekat diri aku ni.. Kiranya bukan lah aku syok sendiri..Hehe.. 

Ok, sesiapa nak order Ephyra boleh whatsapp aku ya... 0193613164.. Jualan amal ni masih berlangsung.. Kenapa aku nak buat jualan amal ni? Nanti insyaallah aku sharekan dekat entry konvokesyen aku ya.. ^_^


Jom jadi ejen dan dropship ephyra bawah aku.. Jadi rakan niaga aku.. Insyaallah aku akan share apa sahaja ilmu yang aku ada untuk sama-sama tingkatkan sales..Jom jom.. ^_^

Thursday, June 12, 2014

Nilai Hidup


"Haihh..semua benda harga dah naik.. "
"Ok la ko boleh berniaga..Aku takde masa lah nak berniaga"
"Duit gaji selalu tak cukup la.."
"Aku suri rumah..Yang kerja husband aku je..Mana nak cukup duit nak membeli barang yang kita nak.."

Siapa yang akan meningkatkan nilai hidup kita sendiri kalau bukan kita sendirikan? Rasa orang lain banyak masa kita tak cukup masa..Rasa orang lain boleh buat kita tak boleh buat.. Rasa orang lain berpunya kita tak punya apa2..

Berapa ramai dari kita ni punya masa yang banyak untuk invite friend main game..Berapa ramai dari kita ni ada banyak masa untuk lebih memviralkan lagi sesebuah video yang negatif..Hmm..Kenapa tak gunakan masa tu untuk cuba meningkatkan nilai hidup kita..

Andai waktu kita di Fb dan IG ini kita gunakan untuk tingkatkan nilai hidup kita:-

1. Lebihkan selawat(nilai rohani)
2. Lebihkan zikir(nilai rohani)
3. Ceritakan sesuatu produk/servis yang kita rasa baik/beri manfaat untuk kita.. Pasti akan ada yang tertarik dengan produk tersebut. Orang mula bertanya boleh beli dimana..Waktu itu baru kita perasan sistem jual beli sedang berlangsung..(nilai kewangan)
4. Sharing tentang perkara positif untuk tingkatkan kualiti hidup.(nilai hidup)

Bila kita tengok ada yang berjaya dalam hidup, secara tak langsung boleh jadikan pembakar semangat untuk kita lebih berjaya..

Nukilan rasa pagi-pagi ni.. Hehe.. Semangat nak pergi seminar tentang meningkatkan perniagaan..

Kadang-kadang aku kesal..Berapa ramai orang melayu yang suka meruntuhkan bisnes orang melayu.. Tapi bila kita tengok orang cina boleh bukak kedai tayar sebelah-sebelah.. Mentaliti kita perlu berubah.. Rezeki Allah itu luas.. Bak kata sifu aku, kalau semua orang di Malaysia ni berniaga pasti semua orang tetap akan berjaya..Sebab apa? Sebab kita sendiri sememangnya pembeli.. ^_^

Jom tingkatkan nilai kualiti hidup kita.. ^_^

Saturday, June 7, 2014

Aisyah dah ada sepupu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Kelmarin, 4hb Jun, kakak aku selamat melahirkan seorang baby girl dekat Hospital Ampang.. Gambar takde lah sebab bateri aku habis masa dekat hospital.. Siang tu aku bukak booth dekat JKR.. Habis je event, terus pergi hospital, tengok baby..

Kakak aku operate.. So, dia tak larat nak gerak banyak..Dengan batuk nya..Kesian aku tengok, kerut-kerut muka tahan sakit.. Baby nya dah ter'poo'.. Mak aku memang tak berani nak pegang baby halus macamtu..Seriau katanya.. Haihh..Mujor aku datangkan. Aku la yang kena basuh 'poo' dia.. Aunty Nina kan hebattttt..(perasannnnn) Padahal geli-geli hujung jari aku nak angkat baby sehalus itu.. Berdoa aje banyak-banyak jangan lah tersalah angkat... Lembut lagi tulang-tulang dia..

Comel nyaaaa diaaaa..Geram tengok..Suara kecik je..Bila haus, jelir-jelirkan lidah.. Nangis sikit je.. Maknya bagi nenen, seminit je terus tido..Alahai bagusnya.. Tingat Aisyah masa first day dulu tu... Kemain kuat suara masa mintak nenen.. Siap kalau lambat sikit, tarik-tarik rambut.. -_-" Tak caya? Silalah percaya sebab aku sendiri tergelak-gelak takjub masa dia dah boleh tarik rambut sendiri masa umur sehari..Haha.Macam-macam perangai Aisyah ni..

Nanti ada gambar anak kakak aku uploadkan ye.. Ohh yee..Nama baby, Nurqhadijah Zahra.. Comelkan namanya.. ^_^ Akak aku kata, panggil Dijah.. Nak dekat nama uwo aku Lijah..Hehe.. Mungkin saja nak amek aura nama uwo...

Semoga Dijah membesar jadi anak yang solehah, beriman.. Kawan baik-baik dengan Aisyah... Semoga hati sentiasa disatukan oleh Allah... ^_^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails