Thursday, May 29, 2014

Cuti Sekolah Zaman Budak-budak

Assalamualaikum..

Korang kalau cuti sekolah masa kecik-kecik dulu buat apa? Aku dengan kakak aku, dari darjah 1 memang tiap kali cuti sekolah, akan di hantar balik kampung...Sampai lah aku tingkatan..Tingkatan berapa tak ingat dah.. Kitorang je tau.. Mak aku dengan ayah aku dekat KL.. Kitorang bukan berdua je, semua sepupu sepapat aku sekali duduk dekat kampung masa cuti sekolah.. Masa tulah nak main saidina, binggo, nama negeri, masak-masak bawah pokok jambu, main galah panjang, main baling selipar, main lompat getah.. Ehhh.Memang best lah.. Main masak-masak bawah pokok jambu tu, bukan main masak-masak yang tipu-tipu tu tau. Siap api sebenar, lepas tu bakar makanan sebenar.. Lepas masak, makan pulak... Sambil-sambil masak, sambil sambil bunuh kerengga yang penuh dekat pokok jambu tu.. Walaupun banyak kali kene gigit tetap gigih jugak main bawah pokok tu...

Ingat lagi dulu, kalau main galah panjang, lompat getah dengan baling selipar, aku lah paling kecik time tu.. Diorang dah tua 2, 3, 4 tahun atau lebih dah dari aku.. Diorang siap macam dah buat team sendiri je.. Selalu je bila aku sampai-sampai diorang dah start main.. Pastu aku kecek-kecek nak main diorang tak bagi.. Aku nak jerit la "Makkkkkkkkk!!Diorang tak bagi mainnnnn!!" Baru je nak jerit 'mak' diorang dengan muka menyampah kata "Yelah!yelah! main je lah!" Lepas tu aku dengar diorang cakap sesama sendiri "Takpe!Takpe! Nina main T.I.P.U je.." Diorang eja T.I.P.U tu... Masa tu manalah aku tau apa yang diorang ejakan.. Aku ingatkan diorang eja K.E.T.U.A... Sebab aku rasa aku kebal je sepanjang main tu.. Dah kenapa banyak kali selipar kena dekat aku tapi aku tak mati-mati.. Takpun main galah panjang, dah kenapa orang lain macam susah je nak lepas satu-satu orang, tapi aku senangggg je bolos ke orang belakang sekali.. Aku anggap je lah yang diorang lantik aku jadi KETUA sebab ketuakan selalu ada nyawa banyak.. Hoi. Kesiannya lah jadi budak yang tak reti mengeja ye..Haha. Budak dulu-dulu bukan macam zaman sekarang.. Umur 4 tahun dah pandai membaca..Aku dulu dah darjah 2 pun tak reti nak eja Hanim lagi.. Tau tulis nama aku Nasrina je..Haha. Siannya la hai..

Nenek aku jenis rilek je.. Korang nak main api ke, nak main kotor-kotor pegi kutip kelapa ke, buah mempelam ke, kejar itik dengan ayam ke.. Takde hal punya.. Takde marah-marah pun.. Yang marah kalau pukul 7 pagi tak ke dapur lagi.. Lambat-lambatkan solat..Malas mengaji.. Haaa.. Yang tu je lah yang kitorang cucu-cucu ni kena bebelkan..Yang lain, rilek aje...Pergilah korang bergembira.. 

Mak aku jenis tak suka orang tolong dia dekat dapur..Bukan dekat dapur je, semua kerja rumah.. Kalau kita buat-buat rajin nak tolong pun, bukan dapat pujian, tapi dapat bebelan lagi ada.. Cuci pinggan tak bersihlah, menyapu macam orang malaslah, masak tak sedaplah..Baik lah duduk dalam bilik baca buku..........................Komik!Haha. Dari saja-saja tadah telinga kena bebelan..

Tapi series weh.. Mak aku ni genies jugak... Dia taknak ajar, dia hantar kitorang balik kampung.. Pergi belajar sendiri dengan nenek aku.. Belajar masak, belajar jemur kain, belajar lipat kain belajar berdikari... Andaikata mak aku tak hantar aku balik kampung masa kecik-kecik dulu, aku rasa jangan harap la aku nak suka memasak sebab aku memang sampai sekarang jarang gila masak kalau dekat rumah mak aku.. Kalau nak tengok aku masak, memang aku akan masak dekat kampung... Kitorang dulu masa arwah nenek aku ada, boleh dikatakan 2 atau 3 minggu sekali mesti balik kampung.. Sampai mak aku tanya aku kenapa kat rumah taknak masak, dekat kampung nak masak pulak... Ellehhh..malas jawab!Haha

Minggu lepas cousin aku Nadia whatsapp aku..Tanya resipi gulai ayam nenek aku...Seingat aku nenek aku mana pernah buat gulai ayam..Rupanya dia nak resipi rendang ayam nenek aku yang sebelum dimasukkan kerisik.. Nenek aku punya rendang memang maveles.. Boleh nangis sambil makan sebab sedap sangat..Ada pulak sambal tumis ikan bilis dengan petai... 4 kali tambah pun pelik kenapa tak kenyang-kenyang lagi..(Ehhh..aku tengah telan air liur)






Aku terus bagitau dekat Nadia resipi rendang nenek aku tu...Nenek aku kalau buat rendang, memang akan asingkan dua bahagian..1 bahagian sebelum masuk kerisik, 1 lagi lepas masukkan kerisik..Yang dah masukkan kerisik tu jadi rendang tu..Dah kering dan berdedak... (Ok, aku tengah telan air liur lagi) Alhamdulillah aku ingat lagi resipi nenek aku tu..Walaupun aku tak pernah buat.. Aku double check dengan mak aku..Betul! Yeay!!\0/ Nadia terus buat malam tu jugak.. Tu memang ngidam betul tu..Masak gulai malam-malam..Haha.



Dua hari lepas tu, aku lepak rumah mak aku.. Mak aku kata dia nak buat gulai tu haritu..Teringin pulak nak makan lepas aku double confirmkan resipi haritu... Masa mak aku dah siap masak tu, mak aku panggil suruh rasa apa yang kurang..Sama tak dengan rasa gulai nenek aku buat.. Perjalanan nak ke dapur tu.. Bau dia..Perrgghhhhhhh!! Terasa suasana hari raya masa nenek aku ada... Bau rendang mencanak-canak mencucuk hidung... Bila aku rasa gulai tu..Sebijik! Sama macam nenek aku masak.. Terernyeeeee mak aku! Boleh buat sama..Terus aku capai pinggan kosong, letak nasik panas, ambik lauk dari kuali, makan sorang-sorang...Syurgaaaaa....





Aku tunjuk dekat Nadia gambar yang mak aku masak.. Lepas tu, beberapa hari kemudian, dia masak lagi lauk yang sama..Haha. Penangan rindu masakan nenek..Macamni la kan... Ohh ye... Kitorang panggil nenek kitorang uwo.. Tu yang dalam whatsapp tu korang akan nampak perkataan uwo..Bukan typo tau..Haha.


 Asyraf anak Nadia ni memang la sangat-sangat susah nak makan..Nangis-nangis macam kena pukul kalau suruh makan.. Mana la cousin aku ni tak takjub bila anak dia suka lauk-lauk macamni rupanya kan..dah la pedas ada lada hitam bagai.. Tau tak? Aisyah pun suka.. Habis satu peha ayam tu dia makan.. Aku jilat dulu la ayam tu bagi hilangkan kuah-kuah tu.. Laju je dia mintak lagi..Ke dia suka sebab ada air liur aku eh? Haha


Ok lah... Itu saje.. Perasan tak aku dah share dua jenis resipi gulai dalam entry ni? Resipi mak aku dengan resipi nenek aku.. Haaa.... Cuba jangan tak cuba.. Banyak-banyak mana, ikut kata hati sendiri..Haha. Aku tau hati korang terang dalam bab-bab memasak ni.. Berusahalah! \0/

















Thursday, May 22, 2014

Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir

Assalamualaikum..

Jom masuk laci Doreamon jom.. Aku nak cerita pasal weekend haritu.. Kembali ke masa lalu kononnya..hehe..

Haritukan, sebelum masuk dewan konvo, aku dah bagtau Shahril siap-siap.. "Jangan beli bunga tau. Saya taknak bunga, saya taknak hadiah apa-apa.. Jangan risau, saya tak kecik hati kalau keluar dewan ni tak dapat bunga.. Jangan beli.. Ingat tau!" Kemain lagi reminder aku dekat dia padahal ntah-ntah memang dia taknak pun belikan aku bunga..Haha! Pastu Shahril kata, "Ok, saya tak beli apa-apa..Nanti saya belanja makan..Tempat best sikit" Terus bersinar-sinar mata aku, terus cakap Ok! Dia dah tau hadiah apa yang aku mahukan..Bagus-bagus..Haha. Aku bukan apa.. Aku tak minat sangat bunga-bunga ni..Aku tak resti nak simpan-simpan..Nanti layu, sedih aku nak buang, dah nak simpan kelopak-kelopak kering tu konon sentimental value..Ergghh!Bersepah lah haiiiii... Kesimpulan, jangan bagi langsung bunga-bunga..Huhu.. Coklat pun tak suka. Nanti membazir aje sebab aku tak makan.. Bagi aku makanan, melompat bintang la aku..Hehe

Jadi, masa 18hb haritu, masa anniversary perkahwinan aku yang ke 2.. Shahril nak belanja makan merangkap nak celebrate untuk konvo sekali.. Dia nak bawak pergi Restoran Wangsa Grill by Chef Zubir. Antara sebab kenapa nak pergi situ, sebab dekat je dengan rumah dan nak rasa betul ke sedap sangat chef masterchef ni masak..Hehe..Ke dalam gebang-gebang je.. Kehkeh.. Kitorang pergi malam 18hb tu. Senang  sikit sebab hari tu hari sabtu malam Ahad..Esok nya cuti.. Boleh rilek-rilek sikit..

Ok, bercerita sambil tengok gambar ye..





Masuk-masuk je, dapat kudap-kudapan.. Sementara fikir nak order apa, ngap ngap dulu.. 


Aisyah makan banyak sekali.. Lapar sangat kot..Hehe..Tengok tu, duduk pun bersandar..Kemain menikmati sangat keadaannya tu..


Ni sebelum letak dekat baby chair.. Memang selalu tak letak awal sangat dekat baby chair sebab Aisyah ni cepat boring.. Nanti dia mintak angkat dah.. Baik makanan dah dekat nak sampai baru letak dalam baby chair baru kita boleh makan dengan tenang..Gaya dia macam busy layan order customer je kan?
Tu henfon Nokia Shahril... Nokia E71.. Dia memang suka main henfon Shahril yang tak up to date tahap Whatsapp pun takdek tu.. Suka sangat walaupun tak on pun henfon tu.. Taktau kenapa.. Henfon aku yang up to date sangat ni tak pandang pulak dia..Taknak pun dia main..Bagus-bagus dia tau henfon mak dia hefon bisnes kot..Hehe..


3 of us... Bacinkan aku? Sebab sebelum tu pergi amik barang dekat supplier dulu.. Dah comot-comot, malas betul nak tepek-tepek benda dekat muka lagi dah..



Ini susun atur dalam restoran ni.. Agak gelap sebenarnya..Aku setting dekat henfon ni kasik terang..Sebenarnya ala-ala romantik suasana dalam restoran ni..

Ok, apa yang kitorang makan malam tu? Kitorang order 3 set makanan.. Dengan Aisyah sekali dapat set orang dewasa padahal dia makan sikit je..Haha. Nafsu sebelum makanan sampai..Bila dah sampai, kenyang gila menyesal sebab order banyak..Haha. Sebenarnya nak rasa banyak-banyak menu.. Alang-alang dah datangkan..Hee..

Yang bawah ni menu Shahril, Australian Baby Lamb.. Sedap! Mash potato dia sedap.. Daging kambing tu pun lembut je..Senang nak makan... 



Fish and Chip ni untuk Aisyah kononnye.. Padahal masuk perut mak abah dia jugak.Haha. Yang ni sangat sangat sedap. Mayonis puth dia tu.. Ergghh.. Memang nak lagiiiiiii...



Yang ni pulak aku punya.. Mesti lah gedikkan nak makanan yang Chef recommend aje.. Aku amek burger ayam.. Roti dia tu garlic bread..Besar dan keras..Kena bukak mulut besar kalau nak makan ala-ala burger.. Aku nak control ayu, potong dengan pisau memula.. Lepas tu,jiwa kekampungan tu datang tak lama lepas tu, terus letak garfu dengan pisau, trus pakai tangan, mulut nganga tak ingat punya..Haha. Kata burger, dah kenapa nak pakai pisau. =p

Yang ni memang sedap!!! Sila order kalau datang..Ada pedas-pedas sikit dalam burger dia tu..Nyum nyum..Terkenang-kenang pulak..




Aisyah sebok nak makan sendiri, nak minum sendiri.. Semua benda nak dicapainya.. Bersepah gila meja.. Semoga waiter2 tu bertabah la mengemas.. Aisyah semua kedai dia buat macamtu.. Makan nya 1/10 je daripada apa yang ada dalam pinggan. 9/10 ada atas lantai.. Sabor je la...


Nah bukti... Proses pembelajarankan? Mak-mak kena selalu urut dada sambil senyum..Haha

Ok, jumlah harga dalam RM102.. Paling mahal tu ha si lamb tu.. Rasanya dalam RM43 kot.. Erghhh...Bapak mahai.. Tapi tukang bayar yang nakkan, biarkan aje.. Tu, yang kudap-kudapan Aisyah makan masa awal-awal sampai tu, ingatkan free.. Rupanya RM2..Kena bayar jugak. Hahaha! Haa..Kalau korang rasa taknak membazir RM2 tu dekat maruku ikan yang korang boleh dapat sepeket besar dengan RM2 tu dekat 7 Eleven, sila jangan makan... Dari awal nampak je maruku ikan tu, sila letak hujung meja sambil jeling maut...

Tapi series.. Memang sedap tiga-tiga menu ni! Berbaloi-baloi dengan harga dia.. Memang tak rugi cuba..Terkenang-kenang lagi burger tu... *_* 

*****************

Esoknya, bangun-bangun pagi, Aisyah terus mintak benda..Dia tunjuk-tunjuk atas almari..Selalunya dia mintak Yasin atau quran atas almari tu..Bila aku bagi dia taknak..Dia tunjuk-tunjuk lagi.. Aku try bagi dia gambar yang ada atas tu..Sebelum ni tak pernah mintak pun..Bila aku bagi, baru dia diam.. Pastu tengokkkk je gambar tu.Pastu cium-cium gambar tu..

Oooooooo..Nak cakap Happy Anniversary dekat mak dengan abah la tu.. Tq Aisyah.. Aisyah lah hadiah paling besar yang Allah bagi dekat mak dengan abah ^_^









*******************

Minat untuk berniaga? Jom jadi ejen dropship untuk barangan di Nur Aisy Shoppe! Ada Ephyra dan Camishaper... Jom Niaga sama-sama.. Boleh Whatsapp 0193613164 untuk maklumat lanjut.. 



Tuesday, May 20, 2014

Anak Korang Pakai Pampers Ape?

Assalamualaikum..

Aku kan.. Duk tunggu-tunggu la bila Baby Expo.. Asyik terlepas aje.. Hari Sabtu haritu aku bukak Facebook ade member aku update bagitau dia dekat Midvalley, ada Baby Expo.. Aku terus tanya Shahril nak pergi tak sebab stock pampers Aisyah tinggal sebungkus je ni ha.. Baik borong laju-laju kan...

Shahril kata ok je.. Pergi Ahad petang.. Lepas solat Asar baru pergi...

Aisyah dari kecik Alhamdulillah tak kisah pakai pampers apa pun.. Cuma antara pampers tu ok ke tidak je ketahanan dia.. Drypers, Huggies, Whoopie, Petpet,Diapex.. Semua pernah.. Kita try and error.. Drypers dengan Huggies ok, bagus.. Tapi perlu ke beli yang mahal kalau yang dah biasa pun memuaskan hatikan? So, try Petpet dengan Whoopie.. Aku tak suka sebab macam kuat bau kencing.. Padahal Aisyah baru kencing sekali dua je.. Ergghhhh..Membzir pulakkan? Ko nak beli yang murah sikit tapi dah kena tukar kerap.. Dah lagi merugikan  je... Ok, Diapex pulak pernah try yang sarung tu.. Senang dan sangat berpuas hati.. Tak mudah bocor  dan takberbau.. Jadi, aku decide kalau nak pergi beli borong, kita beli Drypers, Huggies atau Diapex.. Mana-mana yang kene dengan budget.. Nak beli 4 bungkus terus.. Tak yah fikir untuk beberapa bulan.. Hehe.. Stock sebelum ni mak aku yang beli.. Berapa tau tak? 6 bungkus... Hamekk..Agak-agak dah berapa lama kitorang tak pernah beli pampers..Hihi..



Kitorang keluar dalam pukul 5.30 petang macamtu.. Dalam pukul 6 dah sampai.. Ramai jugak orang walaupun dah lewat macamtu.. sampai-sampai memang terus pergi dekat tempat pampers je.. Sebab memang dah cakap nak pampers je! Jangan beli benda lain..Tengah-tengah duk survey tu, terlalu la jugak kedai jual sandle bunyi-bunyi.. Dalam taknak-taknak beli benda lain tu, sandle tu la yang dulu kitorang beli berbanding pampers..Haha. Apadaaa..Takleh tahan nafsu betul..


Aisyah nak bagi dia diam je taknak turun, bagi dia kertas.. Busy la dia membaca nanti..Kalau tak, meronta-ronta nak turun... Eh, ni gambar dengan kasut lama lagi.Hehe..

Akhirnya, kitorang pilih untuk beli DIAPEX berbanding Drypers dengan Huggies sebab ada free gift beg besar dengan pampers..Kalau Huggies die bagi beg je free..Kalau Drypers, nan hado... Jadi, mari kita membeli pampers yang lebih murah dan berfree gift bagai..

Tapi, target nak beli Diapex yang sarung je kan yang Wonder Pants tu.. Sebab itulah yang pernah pakai sebelum ni.. Tapi habisssssssssss..Licin licau kata promoter tu..Huhu.. Jadi, aku beli je lah yang berpelekat tu.. Tapi dia bagi free 12 keping yang wonder pants tu..Yeay!



Ini lah hasil tangkapan dekat Mom and Baby Expo Midvalley..

Sempat jugak rembat 2 pampers saiz New Born untuk kakak aku.. 2 cukup.. Sebagai cuba-cuba ok tak jenama ni untuk anak dia nanti... ^_^


******************************************

Camishaper by Genie size XL dah habis.. Size lain ada lagi tapi mungkin ada warna yang dah habis.. Kalau nak cepat taknak tunggu preorder, boleh order dari sekarang ye.. Beli lagi banyak lagi murah.. Tanya jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan keluarga siapa yang nak join beli... 

Camishaper ke, Ephyra ke.. Beli lah lebih dari satu ye.. Berbaloi-baloi diskaunnya.. ^_^

Apa-apa pun jangan lupa contact aku 019-3613164 untuk pertanyaan lanjut.. ^_^





Monday, May 19, 2014

Pertama Kali Dapat Jemputan Nuffnang..

Assalamualaikum...

First time wehh..Dari tahun 2009 aku berblog dan berNuffnang ni, ni la first time aku dapat jemputan dari Nuffnang.Haha. Pergi factory visit.. Kilang Mamee dekat Melaka nun..Uhukkk..Nak nye lah pergi.. Walaupun belum la confirm lagi tersenarai dalam 60 orang yang akan terpilih, tapi tetap excited nak pergi... Mana tau kalau aku bagi nama aku, terpilih dalam 60 orang tu kan? Nak tambah lagi ke'best'an nye, semua nya ditanggung, kalau nak bawak duit pun untuk berbelanja sendiri dekat Jonker Street lepas habis site visit tu..

Tapi..............Aku kuburkan je hasrat aku..Even bagi nama utk cuba-cuba nasib je.. Yelah, mana tau kalau dapatkan?Event dari pukul 8 sampai pukul 4 petang.. Sampai KL taktau pukul berapa pulak.. Huhu...Aisyah camne? Mampukah dia bertahan sehari tanpa nenen? Kesian pulak tengok dia nanti makan benda lain bukannya banyak sangat pun... 

Ok, babai factory visit.. Semoga adalah jemputan lagi dari Nuffnang..Area KL udah le kalau nak ngajak pun.. Nampak no ajak-ajak ayam..Haha. Salahkan Nuffnang padahal sendiri yang tak dapat pergi... -_-"





nota kaki : Kadang-kadang terfikir..Andai kata kalau aku kerja dan kena outstation.. Macamane agaknya ye.. Mesti Aisyah dah boleh berdikari minum nenen dari botol.... Kan?Kan?






Wednesday, May 14, 2014

Testimoni Ephyra [7] : Mencerahkan Kulit,Menghilangkan Minyak dan Bintik Hitam di Wajah

Assalamualaikum...

Hajat di hati nak update pasal konvo.. Tapi tunggu gambar siap dulu ye..Hehe.. Jom cerita pasal Ephyra. Dah berhabuk dah testimoni yang aku dapat dari cousin aku ni... Jom kita baca jom.. Sesiapa yang nak mencerahkan muka, nak hilangkan minyak-minyak berlengas dekat muka, nak hilangkan bintik-bintik hitam dekat muka, haaaa..testimoni ni untuk anda..Hehe..

Cousin aku share cerita ni dalam blog dia..Aku copy paste dekat sini... 

************************

Mesti korang nak tau kan asal tetibe Wani guna Ephyra ni? Ceritanya macam ni.. Aritu nampak Kak Nina nye status kat FB, cerita pasal anak die.. Tapi yang mengejutkan kita, muka die LAIN!!! Suci bak kata Nabil.. haha.. terus Wani cek blog die sume, rupenye Kak Nina ni consume Ephyra.. Dia pun memula terjebak sebab join contest.. Tapi setelah mencuba sendiri, maka Kak Nina tanpa segan silu terus mendaftar sebagai pengedar sah..

Tanpa membuang masa, terus pm Kak Nina kat fb nak order 1 kotak.. benda baik harus dipercepatkan.. hahaha... Ok, makanya lepas gaji masyuk terus bank-in and dapat minum Ephyra.. Yeay!!!

Muka Wani takdelah masalah jerawat yang teruk sangat, cuma macam ada parut hape entah kat hidung ngan tepi pipi.. tapi disebabkan pakai tudung tak nampak sangat kesan parut tu.. hehe.. :P Setelah separuh bulan guna Ephyra ni, rasa macam biase je, tapi tiba-tiba mak cakap, "Eh Wani, mak da tak nampak hitam-hitam kat bawah hidung awak la.." Wah!! ye ke? terus zuuppp masuk dalam bilik tengok cermin, haah la.. da hilang! Alhamdulillah.. dulu hari-hari mak tegur pasal bintik hitam bawah hidung tu.. anti betul mak Wani dengan mende alah tu.. haha.. tapi sekarang tidak lagi.. hihik..

Ok, disebabkan ada perubahan, maka terus promote dekat member-member ofis.. Diorang pon perasan kot dengan perubahan tu, so diorang pun join beli sekali.. Alhamdulillah, benda yang baik MESTI DIKONGSI bersama.. jangan kedekut.. tak baik.. biar semua sihat dan cantik.. barulah dapat bekerja dengan riang!! hihik...

Ok, nak tengok perubahan muka Wani tak?




                                            Sebelum                              



     Selepas


Yang gambar sebelum tu muka macam berminyak kan? nampak tak? ok gambar yang selepas pulak muka lebih licin dan putih.. tak payah nak make-up sangat pon.. gincu pon tak pakai tau! ha.. betul.. lebih berkeyakinan bila nak pergi kerja.. Wani pulak nak dikatakan hari-hari jumpa client, so penampilan harus bergaya.. haha.. macam kelakar pulak.. padahal simple je.. puuiii...


Itulah yang paling ketara kot pada diri Wani.. lepas tu rasa diri macam hyper gila.. haha.. kerja straight je tapi tak rasa penat.. tup tup da habis office hour.. biar betul.. kalau dulu rasa ngantuk je kat ofis.. Tapi Alhamdulillah sekarang da ok.. Minum Ephyra ni jugak buat Wani rasa dahaga air masak.. Dah tak lalu nak minum air manis-manis.. Entah ngape entah.. tapi elok la kan.. Sehari mesti berbotol-botol air masak Wani minum.. hihik.. Eh lupa pulak nak cakap, selalunye produk kesihatan ni rasa dia tak best (setakat yang Wani pernah rasa la).. tapi Ephyra ni best gila.. tak cukup sekali minum.. rasa nak minum banyak-banyak.. tapi tak boleh.. hehe..

***********************

Ok, cousin aku ni memang dah cun..Aku pun pelik kenapa dia nak consume Ephyra ni.. Bila aku tanya dia, dia kata nak jaga kesihatan dari awal.. Baguskan? sekarang ni dia dah minum 4 kotak.. Masih terus nak consume. Dia kata dah serasi dengan badan dia.. Kalau tak minum rasa tak best.. Dia pun terus jadi ejen dropship aku sebab disamping boleh dapat harga murah,dia berniaga dekat kawan-kawan dia yang memang dah nampak kesan positif yang sangat ketara dari dia.. Alhamdulillah.. ^_^


Apa tunggu lagi? Jom cuba Ephyra.. Boleh contact aku 0193613164 untuk maklumat lanjut.. COD area Wangsa Maju/Setapak/Keramat/Ampang/Cheras.... Untuk pos, aku bagi free postage...

Ada yang minat untuk berniaga? Jom jadi ejen dropship aku.. Setakat ni dah ada 9 ejen dropship dibawah aku dan sangat aktif.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi jadi ejen dan mempercayai aku.. Jom jadi famili Ephyra bersama Nur Aisy Shoppe! ^_^



Saturday, May 10, 2014

Kasut Konvo

Assalamualaikum..

Hehe..Saje je ni.. Nak jugak update walaupun taktau nak cerita apa.. Insyaallah esok aku konvo.. Lepas baca blog Farhana, member aku yang akan konvo sekali esok tentang pencarian kasut konvo dia, baru aku perasan yang aku takdek kasut untuk esok!! Ya Allah lupa betul..Dah la aku memang nak pakai baju recycle je esok ni..Confident je kasut pun dah ada..Rupa-rupanya yang ada hanyalah kasut biru muda yang memang aku pakai tiap haritu... -_-"

Maka, tadi habis aku selongkar almari kasut dekat dapur. Kalau almari dekat dapur, maknanya memang dah berkurun la tu tak pakai.. Semenjak mengandung, memang dah simpan dah semua kasut tumit tinggi yang tak berapa nak tinggi sangat tu.. Selongkar hingga susunan kasut yang paling dalam, akhirnya jumpa jugak kasut masa aku akad nikah dulu.. Bling bling ko..Haha! Biar je lah kan?Janji ada.... Nak pergi beli malam-malam ni?Memang tak la..Aisyah pun dah tido..Huhu..

Cuba-cuba la pakai tadi..Risau jugak terpeleot sebab dah lama tak pakai kasut tumit tinggi.. Emm..Agak bercelaru jugak cara aku berjalan.. Moga esok dapat balik skill lama..Hehe..







Okei..Selamat konvo! Kepada sesiapa yang akan konvo jugak esok atau hari-hari yang lain. ^_^

Friday, May 9, 2014

50 hari lagi..

Assalamualaikum..

Salam Jumaat.. Semoga dipanjangkan umur kita semua.. Dipertemukan dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat.. ^_^

Tuesday, May 6, 2014

BOOTH NUR AISY SHOPPE

Assalamualaikum.

Our booth are ready!! Mari ke booth kami. Boleh rasa kesedapan Ephyra sendiri. Kami tawarkan HARGA RUNTUH untuk #Ephyra di sini. Harga runtuh ni hari ni je tau.

Jom jumpa kami di Cafe Tingkat 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. Dari pukul 9pagi-3 ptg sahaja.

Jom grab #Ephyra HARGA RUNTUH ini!

#ephyra #twinklehandsocksbynas

Nota kaki : kopipes ayat dari fb dgn insta je ni..haha

Saturday, May 3, 2014

Aisyah 1 Tahun

Alhamdulillah... Harini Aisyah 1 tahun.. Diberi kesihatan yang baik dari Allah.. Dipermudahkan segala urusan dalam menjaga Aisyah..Rasa baru je lagi pegang Aisyah fresh dari dalam perut.. Dah berjalan laju dah dia.. Allahuakbar... 

Dah banyak yang dia faham apa yang kita cakapkan.. Dah tau mana depan, mana dapur, mana pintu,mana kunci mana handphone, mana remote, ehhh..banyak lah.... 

Haritu mak aku mintak Aisyah ambikkan tudung.. Mak aku letakkan tudung dia sebelah tudung aku.. Mak aku kata, "Aisyah, ambikkan tudung Neni, Aisyah.." Aisyah laju je pergi ambik tudung mak aku bagi dekat mak aku.. Tercengang kitorang tengok..Haha. Tau pulak dia mana satu tudung mak aku...


Dah pandai salam dengan orang nak-naknya kawan-kawan aku yang ada anak sebaya dia, sepuluh kali mintak disalam..Hamboi hamboi..Sampaikan kawan aku Ila kata, "Jangan risau Aisyah, memang Aisyah masuk dalam senarai calon menantu acik," Hahahahaha! Sampai macamtu sekali. Yelah duk salam banyak kali.. Tak disuruh pun, musykil jugak kawan aku tu agaknya...Haha.

Haritu dekat Masjid, tengah tunggu azan nak solat.. Aisyah duk merayau-rayau dekat bahagian perempuan tu. Tiba-tiba ada sorang makcik tu masuk dia salam aku dan mak aku.. Aisyah yang tengah main jauh sikit tiba-tiba datang dekat makcik tu sambil hulur tangan mintak disalam.. Makcik tu hulur tangan, terus dia salam cium tangan makcik tu.. Terharu sangat makcik tu, terus keluarkan duit dua ringgit sedekah dekat Aisyah..Hehe..Rezeki budak kecikkan..



Peramah memang tak ingat..Habis semua orang dia nak tegur.. Orang taknak main dengan dia, dia yang ajak orang bergurau, panggil-panggil orang.. Semoga peramah sampai besar, tak sombong dengan orang...

Ok, kalau nak cerita pasal Aisyah memang panjang sangat entry ni nanti.. Hehe..

Selamat Hari Lahir yang pertama Tengku Nur Aisyah.. Mak sentiasa nak jadi mak yang terbaik untuk Aisyah..Andai kata ada cara mak yang tersilap, percayalah mak sentiasa cuba dan akan terus memperbaiki diri mak..

Mak doakan Aisyah sentiasa menjadi anak yang baik, solehah, menjadi pejuang agama Allah tak kira macamana caranya... Mak doakan, sentiasa ada bantuan dari Allah untuk menolak Aisyah agar sentiasa berada dijalan yang lurus, jalan yang benar. Semoga Aisyah sentiasa lembut hati dan terang hati. Semoga Aisyah menjadi kesayangan ramai orang. Semoga Aisyah dipelihara kehormatan, dan tidak disia-siakan oleh orang-orang yang tidak baik. Semoga Aisyah sentiasa menghormati orang-orang disekeliling Aisyah. Semoga Aisyah sentiasa dalam lindungan Allah...


Friday, May 2, 2014

Dari Kesian, Jatuh ke Hati...

Assalamualaikum..


Ini iklan CPUV yang tengah berjalan dekat blog aku.. Alhamdulillah rezeki berblog.. ^_^ Haa.. Korang kalau nampak iklan dekat keliling blog aku ni klik klik la ya..Mana tau ada info berguna untuk korang.. Cewaahh ayat... Haha. Yelah kan.. Mana lah tau, dalam hati korang tu terdetik "Kesian Nas dah tak koje.. Nak beli barang jualan dia macam tak berkenan kat hati. Tapi rasa nak bagi duit dekat dia, bagi dia shopping hari-hari boleh beli menan untuk Aisyah.." Ha! Pegi klik iklan Nuffnang keliling blog aku ni laju-laju tiap ari kalau rasa nak menyumbang dekat aku.. Terima kasih banyak-banyak in advanced.. Kihkih...

Ada beberapa pembeli yang beli dari aku just untuk support aku berniaga.. Alhamdulillah, bila kita jual barang yang baik.. Dari kesian, jatuh ke hati, terus jadi regular customer... Itulah Ephyra dan Camishaper.. I likeeeeee!!!! TQ korang! \0/

Ada jugak yang sentiasa mendoakan perniagaan aku makin maju dan semakin maju.. Alhamdulillah.. Aku tak berdoa keseorangan... ^_^ TQ semua! \0/



Abang Pos Laju..

Assalamualaikum..

Korang pernah tak ada masalah dengan abang posmen? Haha. Ok, soalan betul adalah.. Korang pernah tak, barang yang korang order online, terstuck.. Berhari-hari tak dapat..Bila check, nuunn ada dekat PPL tu.. Padahal korang ada je dekat rumah. Takdek pulak dengar Abang Posmen hon hon datang hantar barang. Dah satu hal pulak korang kena pergi PPL ambik.. Kalau memang korang takde dekat rumah kes lain ye..Hehe..

Ataupun, kalau korang yang pos barang dekat orang..Korang dah hantar lama dah tapi customer duk bagitau tak sampai-sampai. Check tracking no dekat pos laju takde pun..Dah korang kena tuduh menipu customer..Padahal korang memang dah hantar lama dah tapi hanging dekat pos laju tu... Emmmm..Pernah tak?Pernah tak?

Ok, aku tak pernah.. Syukur Alhamdulillah... Baik aku nak terima barang mahupun customer terima barang dari aku... Jangan lah kena macamni.. Cuak sangat..Huhu.. Tang barang aku dapat lambat ok lagi..Kalau barang customer? Hihu.. Cuak-cuak.. Setakat ni Alhamdulillah..Aku tak pernah lagi deal dengan customer yang fussy.. Allah belum uji aku dengan tu lagi.. 

Aku sangat-sangat berterima kasih kalau customer whatsapp aku balik kata barang dah sampai.. Kelegaan yang amat dekat situ. Setel satu urusan.. Ada jugak kadang-kadang aku tanya customer balik barang dah sampai ke belum sebab nak makesure barang tu dah ada dekat tangan orang yang betul.. Alhamdulillah kebanyakannya sampai sehari selepas aku pos barang. Tapi, ada jugak yang bila aku tanya, diorang kata, "Belum lagi sis..Tak sampai lagi..Esok kot.." Rilek je kan? Haha. Aku yang cuak-cuak dah kenapa tak sampai-sampai barang dia.. Orang lain semua kata dah sampai.. Esok nya dia whatsapp bagitau barang dah ada.. Fuhhh..Baru aku lega..Hehe..

Alhamdulillah...Semoga Allah sentiasa temukan aku dengan orang yang baik-baik..^_^

Untuk kes aku yang tak terima barang, aku kan selalu je keluarkan? Boleh dikatakan macam hari-hari je.. Sebab nak pos barang/COD.. Kalau mak mertua aku ada dekat rumah untuk ambik barang dari abang posmen pos laju atau mana-mana courrier, selamatlah barang aku tu..Kalau tidak, aku memang redha je diorang tinggalkan kad untuk aku collect dekat PPL.. Tapi, percaya tak? Selama aku menunggu barang.. Baru sekali dua je aku akan ambik barang dekat PPL.. Aku adalah pembeli online tegar dan barang-barang yang aku order dari supplier jugak adalah melalui kiriman pos baik camishaper, wideshawl, Ephyra (Dulu..Sekarang pemborong datang rumah hantar sendiri.I likeeeeee..Sebab tu saya saaayyyanggg Ephyra..Hihi) eh macam-macamlah.. Boleh dikatakan dalam seminggu tiga empat kali posmen datang. Sehari dalam 3 4 kali datang.. Haa...Camno hubungan aku dan abg-abg posmen tak rapat..Bagai aur dengan tebing saling memerlukan.. Takdek kene ngena eh? Abaikan..Haha.  

Ingat tak aku pernah cerita pasal hadiah misteri merangkap tersalah alamat tu? Haaa... Kalau tak, ntah kemana ntah hadiah aku tu..Haha. Terima kasih Abang Posmen yang tak kedekut kredit..Hehe.. Ada jugak sekali tu.. Kotak camishaper seberat 23kg sampai dekat rumah.. Aku takde dekat rumah.. Biasa nye kalau ringan dan aku tau bende tu takkan pecah, aku suruh diorang campak je dalam rumah.HahaDia call aku tak dapat kot..Sebab sebelum2 ni diorang call. Rumah aku takde orang sebab mak ngan ayah mertua aku keluar.. Korang tau diorang letak dekat mana barang-barang aku tu? Diorang ketuk rumah jiran.Hahaha! Selamatlah barang-barang aku disitu.. Ok, part ni, inilah yang Rasulullah kita anjurkan..Pentingnya hidup berjiran.. Saling tolong menolong.. Nasihat untuk aku sendiri.. Jangan sombong dengan jiran NASRINA! Aku bukan sombong..I is pemalu..Hehe.. Tapi jiran-jiran dekat taman aku ni semua baik-baik..Rajin menegur.. Semua macam baya-baya atuk nenek.. Sini taman lama kan..Ayah aku kata kawasan rumah aku ni antara yang terawal dekat KL ni...Sebab tu kalau tengok jiran-jiran semua orang lama-lama.. Eccehh..Ayah aku nak kata dia duduk taman orang muda letteeeewwww...

Tang Abang posmen call aku untuk tanya barang diorang ni nak letak mana,memang dah banyak kali. Dan aku memang akan cakap," Encik, terima kasih ye sebab call saya..Thanks sangat" Nanti dia suara dia ceria je dari sebelum tu.. Sebelum tu suara garang je macam tak puas hati, ko dah kenapa tau barang nak sampai tapi pergi jalan.Haha. Tapi tulah..Sape-sape pun akan hargaikan kalau kita ucapkan terima kasih... Biar dia rasa bila dia telefon kita tu kita hargai sangat usaha dia tu.. Nanti-nanti biar dia buat perkara yang sama dekat orang lain.. Biar dia ceria dengan kerja dia.. Abang posmen pun manusia jugak.. Ada masa-masa boring nak jadi posmen...Ehh..Macam aku je...Haha.


Ok..Bye! Salam Jumaat semua.. Jangan lupa dhuha.. Umur dah makin tua.. Tambah rakaat jom.. ^_^



Nota kaki : sapa ade instagram? Follow kamibencikakitipuonline.. Banyak sharing pasal customer kene tipu atau seller kene tipu.mintak jauh..Huhu

Thursday, May 1, 2014

Tokei Kedai Tak Cuti

Assalamualaikum...

Selamat Hari Pekerja kepada semua.. Harini mesti duk lepak2 dalam rumah je kan? Atau jalan-jalan cuci mata sambil menambahkan bilangan kereta atas jalan raya. Haha. JOM! Penuhkan jalan raya..

Harini tokei kedai tak cuti.. Tokei kedai ngemas sudut mini kedai dia sambil-sambil kira stock yang tinggal.. Hee..

Haa..Nah tengok gambar lama..Gambar kotak gedabak sebelum dijadikan almari..Hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails