Tuesday, April 29, 2014

Suka Sangat Silang Beg..

Assalamualaikum..

Aisyahkan, dia pantang nampak tali.. Mesti nak sangkut dekat leher dia, lepastu keluarkan tangan sebelah.. Kalau tali beg, memang dia suka.. Beg berat-berat maintain je dia nak angkat..


Yang ni gamba lama..Gigih aku cari dalam phone tadi..Mujur jumpa.. Nampak muka sedih tu? Puas kecek mak aku nakkan beg mak aku..Mak aku malas nak bagi sebab berat..Macam-macam mak aku isi dalam beg tu.. Dia nak jugak.. Lepas dah sangkut macamni baru diam.. Senang la mak aku..Ada orang bawakkan beg berat dia tu..Haha


Yang ni gambar pagi tadi.. Aku tengah bungkus Ephyra dalam plastik pos laju. Dia ambik dulu beg tu..Lepas tu sangkut dia sangkut sendiri macamni lepastu joget-joget ikut lagu dekat tv lepas tu kejap-kejap pergi  dapur intai wan dia..(banyaknye lepastu) Ada video aku ambik tapi tak reti nak share dekat sini..Video Aisyah joget-joget..Haha.



Aisyah pergi dapur..Tiba-tiba dia datang balik dekat aku, dah beg lain pulakk.. Beg silang yang berat ni ha.. Dia ambik dekat hall tengah tu la agaknya..Dia datang sambil tunjuk roti.. Yang kelakarnya, agaknya berat dia nak kehulur kehilir dengan beg berat terseret dekat badan dia, sambil dia jalan dia angkat beg tu. Pegang dekat tali beg tu..Haha! Duk gelakkan dia lupa nak ambik gambar..Hahaha.




Entry ni nak share gambar ni je..Kihkih.. Ohh.. Alang-alang.. Esok hari lahir Shahril.. Nak wish dekat sinilah.. ^_^




Selamat hari lahir suamiku..Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat..Semoga kita bahagia sehingga ke syurga.. Semoga menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak kita.. Semoga sentiasa bersabar dengan karenah isteri yang super cute(haha).. Amin..









Monday, April 28, 2014

Kotak Gedabak, Nak Dijual Sayang dan PROMO EPHYRA

Assalamualaikum..

Ingat tak haritu aku ada bagitau yang aku sekarang dah rajin-rajin nak kitar semula barang-barang? Sekarang ni, dekat rumah aku memang penuh dengan kotak-kotak besar. Mana taknya, bila order Camishaper dengan Ephyra, memang dapat sekali dengan kotak gedabak besarnye.. Shahril memang asyik tanya je, ni dah boleh jual ke? Haha. Aku still lagi guna kotak-kotak tu, aku letak barang-barang jualan dalam tu. Memang agak semak jugak la mata menengoknya.. Sampailah minggu lepas, Shahril nak kumpul barang-barang untuk recycle. Habis kotak besar untuk bungkus Camishaper sebelum ni dia ambik. Lepastu dia tanya aku kotak Ephyra ni nak lagi ke..Dia standby je nak angkut pergi jual. Laju je aku kata nanti dulu! Ada 6 kotak Ephyra dekat rumah.. Dua selamat dah jadi tempat letak barang-barang terpakai.. Ada lagi 4 kotak.. Aku ambik pisau dengan selotape, aku Zap!Zap!

Jadilah begini.....

.

.


.




Almari untuk simpan bahan jualan.. \0/




Settle! Dapat dua almari..Satu untuk Camishaper satu lagi untuk Ephyra..Yeay!\0/

Mujur dua kotak dah terlunyai dan harus dikitar semula. Kalau tidak, dapat aku 3 almari kotak free. Boleh aku letak untuk wideshawl yang aku jual pulak.. Takpe, next project..Hehe..

Petang tu mak aku datang rumah.. Bangga je aku bagitau mak aku, "Mak, Tengok! Adik dapat dua almariiii" dengan nada bangganya, sambil tangan tunjuk dua.. Mak aku dengan nada menyampahnya dia kata," Kejap je tuuuu. Nanti kena air lembik lah jadi kotak-kotak tuuu" -_-"

Mak aku memang pantang dia kitar-kitar semula nih dan penuh-penuhkan rumah dengan kotak bagai ni..Sebab dia terbayang anai-anai.Haha. Pernah dulu kotak-kotak buku aku habis kena makan anai-anai.. Haaa.. Panjang gila bebelan mak aku.. "Mak dah cakaaaapppp jangan letak dalam kotakkkk! Anaii-anai datangggggg!" Perghh terbayang aku jeritan bebelan tu..Hahaha.

Mak aku buat-buat la nak psyco aku yang idea aku tu tak bermakna.. Terbayang je aku, mak aku saja renjis-renjiskan air dekat almari yang aku bangga-banggakan ni supaya misi aku gagal.. Haha. No no no.. I is duduk rumah mak mertua yang menggalakkan kitar semula.. Kihkihkih..Dengan harapn, semoga takdelah anai-anai nak hancurkan almari aku ni.. Kang mak mertua aku pulak berubah tone suara jadi suara mak aku.Hahahaha! Seremmmm...


*****************


Sempena Ulangtahun Ephyra yang ke 2 ni, Ephyra ada buat harga PROMO! Dari RM197, sekarang boleh dapatkan Ephyra dengan harga RM180 je... Jualan ni terhad. Tempoh tamat promosi ni bila-bila je.. Tunggu arahan dari HQ kata stop promosi, maka stop teruslah promosi ni.. Cepat dapatkan ye.. Kalau beli  sekotak aku akan bagi FREE SQUARE HIJAB. 
Tapi kalau nak harga diskaun melantun-lantun dan korang taknak pun SQUARE HIJAB tu, boleh beli dua kotak ke atas.. Memang murah sangat-sangat aku bagi..

COD area KL/Ampang.. Seluruh semenanjung, Postage adalah percuma.. Jom beli! Whatsapp 0193613164..


p/s : Mulai 30hb April, sempena 1 Rejab, sesiapa yang beli Ephyra dari aku(Nur Aisy Shope), setiap RM2 daripada setiap pembelian Ephyra, akan didermakan kepada anak-anak yatim/pelajar tahfiz. Sumbangan ni akan aku kumpulkan sehingga bulan Ramadhan insyaallah dan akan didermakan dalam bulan Ramadhan juga. Supaya pahala kita berganda-ganda sempena bulan Ramadhan insyaallah.. ^_^ Semoga aku berjaya dengan misi jualan amal aku ini.. Doakan ye! ^_^ 




Friday, April 25, 2014

Testimoni Ephyra [6] : Membuatkan Badan Segar Sepanjang Hari

Assalamualaikum...

Harini aku nak share testimoni yang ke 6.. ^_^  Customer aku ni merupakan senior engineer aku masa dekat ofis lama aku dulu. Ofis lama, sebelum aku masuk JKR. Jom kita baca testimoni senior aku ni ye.. ^_^

**********************

Salam semua.
Saya bekerja di syarikat swasta dan hampir 85% kerja –kerja saya berada di meja kerja  dan banyak penggunaan computer.  Hanya lebih kurang 15% saya perlu outstation. Kerja di pejabat memerlukan tumpuan penuh dan berada dalam sekitaran yang berhawa dingin. Mungkin ini antara sebabnya saya mudah rasa letih dan lesu ditambah pula  diet seharian saya sering buat-buat lupa nak masukkan sayuran dan buah buahan.

Saya terjumpa entry Nasrina Amarudin mengenai Ephyra yang mana dapat membantu saya dengan masalah saya itu dan yang lebih menarik ia juga mengandungi Kolagen yang boleh membantu dari segi penjagaan kulit dan kecantikan.  Pada saya produk ini seperti 2 in 1.

Pada mulanya saya hanya mencuba trial pack (10 Packet). Itu strategi saya kerana risau dengan rasa Ephyra. Apabila sudah mencuba, ternyata  rasa Ephyra sangat sedap seperti minum jus orange.

Belian kedua,  saya membeli 2 kotak premium pack (30 packet). Yang mana 1 untuk saya dan 1 lagi untuk mak.
Setelah saya mengambil  40 packet Ephyra setiap pagi sebelum sarapan:-

      1)      Saya rasa segar apabila terjaga di pagi hari. Yang mana sangat berbeza, sebelum ini keadaan saya seperti tidak cukup tidur di awal pagi. Dengan Ephyra tenaga seperti ditambah. Tidaklah 100% tetapi cukup mengembirakan saya.

     2)      Inginkan kulit muka yang cantik dan flawless; bagaimana pun jerawat-jerawat kecil  muncul di muka saya setelah mengambil Ephyra mungkin saya kurang mengambil air putih. Agak mengecewakan tetapi saya akan terus kan kerana penerimaan system badan  setiap individu tidak sama. Bagaimanapun, bahagian tangan dari siku ke pergelangan tangan yang agak gelap akibat terkena sinaran matahari, semakin cerah menghampiri warna kulit bahagian atas lengan dan terasa kulit seperti lebih lembab (tangan saya berkulit agak kering).

    3)      Satu lagi, saya tidak pasti sebab saya minum Ephyra ataupun secara kebetulan, sebelum ini mata kiri saya mempunyai selaput nipis berwarna merah yang dikenali sebagai pterygium. Yang mana menurut doctor selalunya terjadi pada orang yang sering terdedah kepada pancaran matahari (pelik kan kerja banyak di dalam pejabat). Bagaimanapun selaput merah itu seperti hampir hilang.
Setelah mak saya (70 an) mengambil  30 packet Ephyra setiap pagi sebelum sarapan:-
     1)      Sebelum ini mak pernah mengalami gangguan didalam telinga yang paling dalam yang mana ia berfungsi sebagai mengimbangkan badan kita. Keadaan mak agak serious, selama 3 hari hanya boleh baring dikatil dan mengalami kesukaran untuk bangun apatah lagi jika perlu ke tandas. Ini kerana dia terasa  seperti keadaan keliling berpusing sekiranya mengangkat kepala dari bantal. Setelah sembuh, mak masih terasa pening, tidaklah kuat tetapi seolah-olah rasa pening itu sentiasa ada sepanjang masa. Bagaimanapun, mak perasan, keadaan pening berpusing-pusing itu semakin beransur sembuh setelah mengambil Ephyra.


Apa yang boleh saya katakan Ephyra membantu dari segi kesihatan kami berdua. Tidaklah 100% pulih. Tetapi ia membantu. Pada saya produk mana sekalipun, yang kita amalkan, yang pertama harus rasanya serasi dengan tekak kerana kita perlu minum secara berkala dan perlu sabar menunggu keputusan positif kerana masalah (kulit/kesihatan) yang dialami sudah berbulan atau bertahun. Tak mungkin boleh dipulihkan 100% dalam masa yang singkat.


******************

Alhamdulillah..Sykur sangat bila ramai yang dapat kebaikan dari apa yang aku jual.. ^_^ 

Banyakkan kebaikan Ephyra ni? Jom cuba Ephyra. Ephyra boleh dijadikan sebagai Vintamin lengkap untuk badan kita..

Mulai 28hb April Ephyra akan buat PROMO secara besar-besaran sempena Ulangtahun Ephyra. RM 180 je untuk sekotak premium. Harga asal 197.. Isshh...Baik grab sekarang.. Berbaloi-baloi.. Kalau beli lebih dari dua kotak, aku akan bagi diskaun lagi.. Jadi, pergi tanya kawan-kawan sahabat handai siapa yang nak join korang beli sekali.. COD untuk Ampang dan KL.. Untuk semenanjung Malaysia, postage percuma.. Whatsapp/SMS aku ye 0193613164.. ^_^



Wednesday, April 23, 2014

Bergantung Sepenuhnya Kepada Allah

Perkongsian dari Facebook pagi ini.. Menitik air mata baca... Bila kita bergantung harap 100% dekat Allah, benda yang kita rasa mustahil pun pasti akan terjadi...

************************

Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."

Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."

Jangan berputus asa untuk berdoa.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com


********************

nota kaki : Aku memang cengeng.. Jangan pelik kalau setiap entry aku selalu aku bagitau aku sebak, menitik air mata, mata bergenang, aku nangis.. Tu memang aku... Huhu...



Tuesday, April 22, 2014

Buat baju raya..

Assalamualaikum..

Aktiviti hari Ahad, macam biasalah.. Jogging atau lebih kepada beriadah dekat Taman Tasik Titiwangsa.. Boleh dikatakan dah berminggu-minggu jugak stop aktiviti ni. Sejak kes jerebu yang terbaru ni.. Berlarutan sebab ada kenduri dan aktiviti-aktiviti lain di pagi Ahad.. Jadi, semalam kitorang pergi semula sebab takde apa-apa urusan lain dan cuaca Alhamdulillah ok..

Semangat nak pergi.. Sebab Aisyah dah boleh jalan.. Nak bagi bawak dia jalan-jalan n main gelongsor dekat situ.. Tengok bird, tengok pokok, tengok kakak-kakak, abang-abang main lari-lari..Mesti Aisyah hepiiiii..


Nampak muka semangat dia bila turun kereta? Habis semua orang dia tegur...

Aku masukkan Aisyah terus dalam stroller sebab jauh jugak dari tempat parking nak ke taman permainan dekat situ.. 5 minit je masuk dalam stroller, kitorang intai Aisyah, dia dah...

.

.

.

.

.

.

.

.


TIDO!!

Sedap dia tidur.. Habis satu pusingan besar Taman Tasik tu kitorang jalan, Aisyah maintain tido.. Haha. Masuk je dalam kereta, dia terus bangun pastu muka sedih pandang luar..Hee..

Balik je dari jogging, terus nak pergi tempah baju raya..Semangat sikit nak buat awal tahun ni. Selalunya beli dah siap je.. Ni nak sedondon kononnye..Hee..

Habis aku call tailor yang biasa aku buat , semua tak angkat phone. Malas nak tunggu-tunggu lagi, aku dengan Shahril buat keputusan pergi Medan Mara.. Masuk je dalam kawasan tukang jahit tu..Gelaapp aje.. Pukul 10 pagi..Ramai yang tak datang lagi.. Kitorang terjah je mana-mana yang bukak..Tawakal je harap2 buatannya best.. Rezeki akak tu, dia je yang bukak pukul 10 pagi.. Terus tempah baju melayu, 
baju kurung, baju untuk Aisyah.. Setel.. Malas pikir dah.. Semoga buatannya memuaskan hati insyaallah.. ^_^


Aisyah jumpa pembaris kayu ni terus buat main.. Mainlah..Biar mak ngukur badan..


Ni lah kedai yang aku tempah...Semua ungu kedai akak ni..Hehe..

Saspen jugakkan nak tunggu baju siap? Aku jarang tempah baju ni.. Dah lama sangat tak tempah baju.. Kena tempah jugak sebab aku nak ada zip dekat dada..Senang nak menyusukan Aisyah.. Laburkan sikit duit untuk memudahkan yang perlu...Tang yang nak warna sedondon tu..Tak perlu sangat sebenarnya..Tapi lebih kepada nafsu.. Ohh kadang kala tewas juge.Haha. 


Nota kaki : Kadang2 kena hadiahkan sesuatu untuk diri sendirikan? (Ayat pujuk hati ikut nafsu)


Promo Ephyra! Boleh Whatsapp 0193613164 untuk tempahan. Harga runtuh sangat2 ni.. Semua tunggu gaji hujung bulan kan? Memang harga promo ni pun untuk hujung bulan ni.. Ada free square hijab lagi.. ^_^

[Video] : Penjelasan Lengkap Ustaz Don Mengenai Isunya dan Wardina..

Assalamualaikum
Semoga mendapat kebaikan bersama...^_^

Monday, April 21, 2014

Penjelasan Dari Ustaz Don

Assalamualaikum..

Pukul 9.30 malam ni.. Rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di Tv Al Hijrah.. Penjelasan lengkap daripada Ustaz Don.. Jom tengok!

Friday, April 18, 2014

Fungsi Blog...(Ehh..Terselit Testimoni [5])

Assalamualaikum..

Lama dah tak bebel-bebelkan.. Sebenarnya, terciptanya blog aku ni dulu khas untuk membebel di dalam hati lalu diluahkan secara menaip..Haha. Siapa rajin, pergi baca balik entry tahun 2009..Semua bebel..Bebel..Bebel..Dan bebel... Korang taknak carikan?Ok takyah...

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ni... Masih tengah cari idea ni sebenarnya..Haha. Series..Tangan je laju jalan..Emm.. Cerita hot sekarang, isu Wardina dengan Ustaz Don kan? Siapa NPD? Errghhh..Ntah sape-sape ntah..Di sebalik tabir je penulisan dia.. Semoga isu ni cepat selesai dan aku harap sangat nama Ustaz Don segera dibersihkan dan Wardina, dia cuma nak tahu benda yang dia rasa dia keliru.. Itu je aku  rasa.. Cuma tak payah lah share dari NPD tu kottt... Yang aku rasa tak hormat pun masa sebut nama Don je.. Buang terus panggilan ustaz tu.. Baik kalau Wardina terus je bagitau pendapat dia tanpa share video tu.. Ini pendapat akulah.. Aihh... Ntah lahkan.. Semoga Allah Maha Memberi Pertolongan membantu dalam menyelesaikan masalah ni secepat mungkin.. Kita ni manusia yang sentiasa dahagakan ilmu.. Takut jugak termasuk ilmu-ilmu yang salah...

Aku kan..Suka sangat dengar ceramah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.. Selalu aku dengar dekat IKIM.fm.. Kalau status-status FB Ustaz Pahrol, semuanya yang menggentar rasa.. Sama macam nama blog dia.. Gentar Rasa.. Apa yang Ustaz Pahrol cakapkan, selalu terkesan dekat hati.. Macam, "Ehh..Betullah".. Pastu tetibe termenung kejap.. Pastu tetibe bergenang air mata ni.. Huhu..

Kawan aku kata, kalau kita dengar percakapan/sharing daripada seseorang, lepas tu percakap/sharing orang tu sangat-sangat memberi kesan dekat orang yang mendengar percakapan tu, maknanya orang yang share cerita tu mesti mengamalkan apa yang dia cakapkan.. Sebab dia bercakap dan dia amalkan..Jadi, mesti apa yang dia cakapkan tu datang dari lubuk hati dia yang boleh memberi kesan dekat hati orang lain.. Allahuakbar.. Aku rasa Ustaz Pahrol mesti mengamalkan apa yang dia buat, sebab aku tau ramaaaiiii sangat yang pasti terkesan dengan apa sahaja perkongsian dari dia.. Cubalah dengar ceramah/tazkirah dia.. Mesti korang akan suka nak dengar lagi... ^_^

Ohh..Nak share cerita.. Dulukan..Dulu dulu..Dari tahun 1998 aku pakai cermin mata sampai sebelum kahwin, power mata aku belah kiri 100 belah kanan 100 jugak.. Tapi belah kanan ada silau 25.. Minggu lepas aku pergi cek mata,sebab aku selalu rasa pening and sakit kepala.. Doktor kata power cermin mata aku turun..Belah kiri jadi 75 je dan silau dah takde.. Sebab tu aku selalu pening.. Aku pakai cermin mata yang power lagi tinggi daripada sepatutnya. Pagi-pagi ok, bila petang mata aku dah stress.. 

Ohh, ye..Aku memang suka pergi cek mata dekat Dr. Anwar. Doktor mata yang bukak kedai cermin mata dia sendiri.. Kedai dia dekat Keramat.. Aku dah pergi dekat dia dari aku form 4 lagi.. Memang doktor mata keluarga lah kiranya..Aku suka pergi dekat dia sebab dia memang check mata kita betul-betul..Siap ada macam torchlight kecik nak teropong dalam mata kita.. Dia teropong mata aku dia kata mata aku bersih.. Aku tanyalah bersih macamana, dia kat takde bintik-bintik..Selalunya, bintik-bintik tu yang mengganggu mata kita.. Dia kata, power aku dah takde silau langsung dah.. Dia pelik sebab selalunya kalau lepas bersalin power akan naik mendadak .. Doktor tu tanya aku aku ada amalkan makan apa-apa ke sampai power mata aku boleh maintain elok, bahkan semakin elok walaupun baru lepas bersalin.. Muka aku biasa la blur.. Lepastu aku kata, makan apa ye doktor.. Takde makan apa-apa yang luar biasa pun... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Weehh!! Series.. Tengah-tangah aku menaip ni baru aku terfikir.. Sebab Ephyra ke????? Adehhh..Asal saat ini baru aku teringat! Kalau tak dah boleh buat marketing dekat Doktor Anwar dah..Suruh dia promote Ephyra dekat customer dia..Haha. Adoih lee.. Aku memang la macamni.. Aku asyik la fikir, sebab aku banyak makan nasik ke (tak logik).. Sebab aku banyak makan telur ke(feveret sangat)..Sebab aku banyak minum air kosong ke.. Hahaha! Tak terfikir pun nak kempen Ephyra.. Padahal itu jelah supplement yang aku amalkan sekarang.. Emmmm..

Ada hikmah jugak bebel-bebel tanpa arah tujuan ni kan? Tiba-tiba dah terbuat testimoni sendiri..Haha. Ephyra memang banyaaaaakkkk sangat bahan-bahan yang baik.. Untuk sesiapa yang malas macam aku nak makan vitamin ni, memang elok lah consume Ephyra ni. Minum pagi-pagi.. Buat macam kita breakfast air oren..Hehe..

Okei.. Sampai disini sahaja bebelan saya.. Nak buat iklan kejap...






Aku ada buat HARGA RUNTUH EPHYRA dan ADA FREE GIFT SQUARE HIJAB untuk pembeli Ephyra..SQUARE HIJAB ni untuk nak habiskan stock yang ada ni je.. Siapa cepat, dia dapat.. Memang hot product.. Aku malas nak iklankan dah.. Nak bagi hadiah untuk pelanggan Ephyra aku pulak..Hehe.. Jom Whatssapp aku ye.. Aku bagi list harga baru.. 0193613164.. Jangan malu-malu untuk Whatsapp untuk dapatkan harga terbaik dari ladang.. ^_^









Thursday, April 17, 2014

Testimoni Ephyra [4] : Luka Cepat Sembuh..

Assalamualaikum..

Ini antara testimoni terbaru yang aku dapat.. Customer baru minum 6 hari, dia dah perasan luka di badan dia cepat kering.. Alhamdulillah..Hanya dengan 6 sachet sahaja dah nampak perubahan yang ketara.. 


Rasa ephyra yang sedap memang dah jadi komen yang paling selalu didengar.. Ramai yang tak nak consume supplement walaupun tahu badan kita perlukan supplement sebab takut lepas dah laburkan duit yang banyak, supplement2 tu tersadai je atas meja.. Tak mampu nak minum hari-hari sebab terbayang rasanya yang tak sedap.. Jangan risau dengan rasa Ephyra.. Rata-rata customer akan memuji rasanya yang sedap dan tak sabar nak minum setiap hari.. ^_^

Jom cuba Ephyra.. Whatsapp/sms 0193613164.. Harga memang terbaik dari ladang dengan ada free gift lagi... ^_^




Wednesday, April 16, 2014

Ok Ke Jadi Suri Rumah? Ini pendapat ikhlas dari hati aku...

Assalamualaikum..

Hari Isnin haritu.. Pertama kali aku keluar dengan Aisyah tanpa Shahril atau pun dengan mak dan ayah aku.. Aku keluar dengan kawan aku.. Dia jemput aku dekat rumah dan kitorang keluar.. Ada hal bisnes yang nak dibincangkan.. Kawan aku ni engineer dekat consultant.. Dia sangat minat berniaga tapi masih perlu bekerja sebab masih sayang nak lepaskan jawatan sebagai engineer.. Jadi, insyaallah kalau projek kitorang jadi, dia akan produce barang untuk dijual dan aku sebagai ejen jualannya... Insyaallah.. Moga-moga jadilah projek ni..

Lepas dah bincang-bincang, kitorang singgah AEON Wangsa Maju kejap.. Biasalah mak-mak kan.. Mesti nak pergi beli sayur.Haha. Masa tengah jalan-jalan tu kawan aku tanya.. Ok ke Nas duduk rumah? Mesti duit tak banyak keluarkan? Mesti boleh save bykkan?

Emm.. Korang rasa macamna? Ok meh aku share pendapat aku dkt sini..hehe

Sebenarnya, banyak mana pun duit kita. Takkan cukup sebenarnya.. Tahun ni gaji kita RM3500, tahun depan gaji kita naik jadi RM4000 tetap takkan cukup untuk tahun tu.. Tahun bertambah gaji pun bertambah, harga barang semakin naik, anak-anak makin membesar keperluan semakin tinggi, sampai bila-bila pun takkan cukup duit kita sebenarnya.. Aku pernah duduk berbincang dengan Shahril apa yang kitorang nak sebenarnya.. Apa yang dia harapkan dari aku.. Shahril banyak serahkan keputusan untuk apa yang aku nak jadi dekat aku sendiri. Bila aku tanya dekat dia, ok ke kalau aku berhenti kerja dan buat bisnes dari rumah dia kata dia akan support apa je yang aku nak.. Cuma, kalau berbisnes adalah keputusan aku, dia harapkan aku buat dengan sepenuh hati.. Bukan separuh jalan, bukan hangat-hangat tahi ayam.. Sebab dia taknak dengar esok-esok aku nak kerja balik sebab bosan duduk rumah.. Dia nak aku tetap dengan pendirian aku dan cuba usahakan impian aku..

Alhamdulillah aku takde bebanan hutang yang melampau kecuali hutang PTPTN waktu diploma dan hutang kereta.. Alhamdulillah dengan bisnes yang aku buat sekarang, aku boleh bayar hutang-hutang aku dan dalam masa yang sama, duit bulanan yang Shahril bagi dekat aku lebih dari cukup untuk aku gunakan setiap bulan.. 

Dulu, masa aku bekerja.. Shahril akan belikan aku baju setiap bulan.. Mesti beli.. Aku tak pernah mintak tapi dia kata memang dia nak bagi setiap bulan.. Lepas aku berhenti kerja aku kata aku dah tak perlukan baju baru setiap bulan.. Sebab aku rasa membazir.. Jadi, dia tukarkan dalam bentuk cash sebagai ganti pembelian baju bulanan untuk aku.. Aku boleh menyimpan lagi dekat situ..

Kalau waktu bekerja dulu, laju je aku belanjakan duit gaji sewenang-wenangnya dengan alasan bulan depan dapat lagi gaji.. Semua benda rasa nak beli.. Asyik cari hotel-hotel yang menarik untuk pergi bercuti.. Intai tiket flight paling murah untuk ditempah.. Macam-macam idea datang untuk nak habiskan duit gaji.. Sampai gaji berapa puluh ribu baru aku rasa gaji aku tu akan cukup? Itu yang aku fikirkan..

Pada pendapat aku, bila jadi suri rumah, kita akan boleh menguruskan kewangan kita mengikut sekadarnya yang kita ada.. Kita takkan nak menambah bebanan suami yang sedia ada merangkap kita takkan nak keluarkan duit simpanan kita yang kita cuba simpan hasil dari pemberian suami/bisnes kita.. Rasa sayang sangat nak gunakan.. Kita akan nak berbelanja mengikut keperluan.. Bukan mengikut hawa nafsu.. Berniaga sendiri dan bekerja makan gaji sangat berbeza perasaannya.. Bila beniaga sendiri, aku akan berusaha tak bazirkan sewenang-wenangnya duit keuntungan aku  sebab kepuasan dalam membeli stock baru adalah lebih tinggi daripada membeli barangan lain untuk aku bazirkan..hee..

Ini pendapat aku dan pengalaman aku selama dah nak hampir setahun aku jadi suri rumah.. Ada kawan aku tanya, tak bosan ke duduk rumah? Terus terang aku katakan.. Mustahil aku tak rindu waktu kerja aku.. Waktu rehat dengan kawan-kawan.. Waktu sibuk bekerja dalam pejabat.. Waktu berjalan dekat site.. Waktu jumpa client.. Waktu cari gaduh dengan contractor bermasalah.. Waktu kecut-kecut perut nak chair meeting.. Waktu gosip-gosip hal pejabat.. Kadang-kadang rindu tu memang datang.. Tapi, bila ada tempahan masuk dari customer, bila tengok gelagat Aisyah depan mata.. Aku tahu pilihan aku ni memang tepat... ^_^ Bila kita dah serahkan keputusan kita kepada Allah, bila kita membuat keputusan berdasarkan istikarah kita kepada Allah.. Takde apa yang ragu-ragu lagi dalam hati ni.. 

Aku percaya.. Dalam 10 orang isteri dekat luar sana, sekurang-kurangnya 8 orang pasti bercita-cita nak menjadi suri rumah.. Nak mendidik anak-anak sepenuh masa.. Andai kata Allah dah tetapkan kita kena bekerja, teruskanlah bekerja.. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.. Masyarakat perlukan ilmu yang korang ada.. Bekerjalah dengan sepenuh hati.. Tapi, andaikata hati korang meronta-ronta nak menjadi suri rumah, percayalah.. Rezeki Allah pasti cukup jika kita hidup berkadar dengan kemampuan kita dan rezeki Allah dimana-mana.Walaupun dari dalam rumah, rezeki Allah pasti akan datang..


Nasihat aku kepada sesiapa yang ada cita-cita nak jadi suri rumah,BERNIAGALAH! Jangan terlalu mengharapkan 100% duit suami.. Dengan berniaga, kita boleh tolong suami kita meningkatkan ekonomi keluarga.. Keluarga boleh jadi lebih ceria tanpa sebarang masalah ekonomi.. Allah berikan kita tenaga, Allah berikan kita tulang empat kerat.. Gunakan... Disamping dapat menjaga anak-anak depan mata kita sendiri, kita juga boleh susun waktu bekerja kita mengikut kehendak kita..Banyak cara untuk dapatkan rezeki Allah.. Allah sukakan hambaNya yang berusaha.. ^_^



Tetapkan misi dalam diri.. Menjadi surirumah jutawan.. \0/ Jutawan dunia, jutawan akhirat insyaallah.. ^_^




Jom Berniaga Bersama-sama.. Agent Dropship Diperlukan!




Tuesday, April 15, 2014

Testimoni Ephyra [3] : Ephyra Boleh Buatkan Suami Happy?

Assalamualaikum..

Lagi testimoni Ephyra untuk dikongsikan.. ^_^ Testimoni kali ni dikongsikan oleh salah seorang customer aku yang mintak namanya dirahsiakan.. Kenapa nak dirahsiakan? Korang baca sampai habis testimoni dia nanti ye.. Kihkih... Aku mintak full testimoni daripada dia selepas sebulan dia consume Ephyra.. Dengan semangat wajanya dia bagi aku full testimoni ni ikut Whatsapp.. Ok, jom baca..

***********************

Testimoni Ephyra tulus dari Hati..

Main reason beli ephyra sbb terpengaruh dgn tokei NAS & nak kulit muke flawless mcm memey..hiks..Sblm ni pakai skincare biase je...itupun just cleanser..xde toner, cream, moisturizer ke ape..muke xde problem jerawat..tapi large pores kat area hidung dan blackheads mmg mengganggu ketenangan jiwa :(
Tangan ni selalu je gatal nak picit2 blackheads whiteheads semua tu..dan kulit muka agak kusam..


Since consume ephyra, belum habis lagi sekotak, tapi da boleh rase difference..blackheads, whiteheads da kurang..da jarang da nk picit2 clogged pores..tp tangan tetap gatal nak picit2 muke sendiri..rasa mcm pejal2 je..hahaha..dan kulit terasa moist walaupun x pakai moisturizer..sukeeee...

Tumit kaki pulak sblm ni kering pecah2..now x rase dah kasar2 kat tumit kaki dah..

Ephyra pun buat lawas. Senang nak membuang..tiap2 hari confirm membuang. Dulu kdg2 membuang berselang hari..skg tak lg..

Tanya kat husband, ada ape2 perubahan tak sejak wife die ni consume ephyra..harapan nak husband puji kite cantik..tp die ckp wife die mmg dah cantikk...hahaha...cume dia kata die rase lain je..ape yg lain? Husband kate sejak amik ephyra energy wife dia lain macam bila bersama. Die suh tanya kat dealer, ephyra mmg bagi kesan masa ehemm ehemm ke? Adehhhh.. susah nak menjawab tu..tapi mmg terasa lebih energetic..mungkin mmg penangan ephyra sbb xde consume other products/supplement pun..                    best lah ephyra !!! Happy bila husband appreciate..Alhamdulillah...semuanya dengan izin Allah..

**************************

Dah habis baca? Dah tau kenapa nama perlu dirahsiakan? Ok good! Haha. Masa customer aku ni tanya soalan yang boleh ke ephyra ni bagi kuasa luar biasa.. Terus terang aku agak blur nak bagitau apa.. Selalunya aku akan refer HQ terus kalau dapat soalan-soalan daripada customer.. Tapi soalan yang ni aku segan nak tanya.Hahahaha. Jadi, aku terus je buat kesimpulan.. Ephyra memang akan bagi kita extra tenaga.. Kita akan kurang mengantuk dan sentiasa bertenaga untuk melakukan aktiviti harian kita.. Tapi extra tenaga untuk itu, terpulang kepada individu.. Aku cuma bagitau dekat customer aku ni, bila kita rasa badan kita sihat, cantik, bertenaga... Dekat siapa lagi kita nak hadiahkan pelaburan kita ni kalau bukan dekat suami kita.. Betul tak? Hehe.. Ok cukup! Aku lak segan topik macamni..Bye!



Sesiapa nak beli Ephyra, nak merasai apa yang customer-customer aku rasa, mari beli Ephyra dengan aku.. Contact aku terus.. 0193613164.. Setiap persoalan korang aku akan cuba jawab dengan sebaik mungkin..Insyaallah.. ^_^







Mencari Nahas di MIHAS


Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang plan nak pergi MIHAS.. Dari hari Selasa plan nak pergi.. Saje je nak tengok apa produk-produk makanan terbaru yang menarik merangkap nak rasa semuanya..Haha..Semangat lah kitorang bangun awal, siap-siap apa yang patut sebab nak pergi KLCC, naik Putra je..Senang..Tak payah nak pikir parking, dengan mahalnya lagi..


Aisyah memang lepas mandi dia selalu tidur balik.. Jadi, masa dukung dalam baby carrier ni die tidur je..


Ada budak perempuan tengah duduk dalam train tu, dia nampak Shahril dukung baby tengah tidur dia bagi Shahril duduk..Terima kasih dik ye.. Memang penuh train time tu.Aku berdiri jauh sikit sebab nak menyandar.. Sambil-sambil tu aku intai Aisyah dia tengah sedap tidur..Tiba-tiba aku dengar budak kecik nangis..Aku intai Aisyah rupanya.. Aku suruh Shahril datang dekat aku bukak baby carrier tu and aku dukung pujuk dia..Aku tanya Shahril kenapa Aisyah tiba-tiba jaga and nangis..Dia kata ada dua orang perempuan berdiri depan dia berborak kuat gile tahap nak bagi orang dekat gerabak sebelah dengar..Ayat tu aku tambah..Haha. Sebab memang aku yang duduk jauh tu pun dengar suara diorang sebenarnya..Huh! 

Dah pujuk-pujuk Aisyah, letak dia dalam stroller.. Bagi dia main kipas merangkap sila kipas diri sendiri kalau panas..Haha.



Nasib baiklah Aisyah ok je duduk dalam stroller sekarang ni.. Senang nak bawak berjalan...

Sampai KLCC, semangat lah kitorang terus ke KL Convention Centre.. Sekali, dari jauh aku dah nampak banner ni..


Ehh ehh..Ko dah kenapa budak bawah 18 tahun tak boleh masuk.. Aku anggap bukan untuk aku..Dengan muka eksyen kitorang jalan terus nak masuk MIHAS tu..Sekali, kene tahan.. Staff yang jaga laluan masuk tu tanya, nak masuk MIHAS ke..Kalau nak masuk, baby tak boleh bawak masuk.. Ekk?? Dah kenapa? Aku tanya dia alasan sebab tak boleh bawak baby.. Dia kata sebab pernah ada kes baby hilang.. Dengar je perkataan HILANG.. Baik dik.. Akak REDHA.. Haha. 

Staff tu bagitau kitorang..Akak dengan abang boleh masuk secara bergilir.. Muka eksyen aku laju je cakap "Takpelah dik..Kitorang tak jadi nak masuk" Sukati je kan? Padahal aku tau Shahril nak masuk..Haha!

Kitorang pun patah balik..Aku bagitau Shahril kalau dia nak masuk pergilah..Aku ok je jaga Aisyah kat luar.Tak yah masuk pun takpe tapi SETENGAH JAM JE YE *Dengan muka sedih...* Shahril pun ok aje sambil meninggalkan kitorang dekat Kenny Rogers.. Ok, i like tempat yang ditinggalkan ni..Hehe..


Senyum Aisyah.... Kita dapat makan Kenny Rogers..Yeay! (Lama aku tak tempek muka aku dekat blog ni kan? Yang dekat dahi tu jerawat baru tumbuh yang dah tinggal parut..Nyah kau dari situ!Sejak makan Ephyra ni, semua jerawat yang naik cepat je kecut.. Eh, iklan pulak..Haha)



Tau tak? Banyak betul Aisyah makan macaroni cheese ni.. Shahril yang order..Aku tak berkenan sangat sebab rasa susu.. Agaknya sebab tu Aisyah suka.. Shahril join makan sekali..Lepastu baru dia masuk dekat MIHAS.


Dekat meja belakang kitorang ada segerombolan budak-budak tadika..Standby nak masuk Aquaria..Aisyah kalau dengar suara budak, dia memang automatik jadi hepi je.. Jadi, aku pun boleh jaga dia sorang dengan senang hati..


Dia tengok budak-budak tadika tu sampai berpusing macam ni ha.. Pusing ke depan sebab nak ambik makanan je..


Nak minum air sendiri pulak.. Habis lenjun...Semua nak buat sendiri.. Memang kena spare baju banyak kalau berjalan... Dah makan semua, aku terus tukar baju Aisyah yang basah lenjun dengan bau susu, cheese bagai tu.. Dalam Kenny Rogers tu jugak.. Malas nanti bau-bau susu dekat baju aku atau stroller.. Kang aku pening..Aku dengan susu ni memang tak boleh la..huhu..

Sementara tunggu Shahril keluar, kitorang pergi jalan-jalan dekat taman..Punya lah ramai budak-budak dekat luar tu..Mesti sama kes macam kitorang taktau tak boleh bawak masuk budak..


Muka kenyang + dah ngantuk + redha kena tinggal.. Aku tanya Aisyah, "Aisyah ok ke? Ok ke jalan dengan mak je dekat luar ni?" Dia angguk-angguk sambil muka masam.. Haha! Aisyah memang menggangguk aje keja dia sekarang.. Aku tanya apa-apa semua dia angguk je.. Tanya mak cantik tak? Lajuuu je angguk.. Budak-budak mana reti menipu kan? Hahaha. *ok abaikan*

Tak lama lepas tu Shahril pun keluar.. Aku tengok jam tepat-tepat 40 minit..Haha. Sian dia.. Dia kata dia jalan laju je.. Tak sempat nak tengok sangat.. Ada lah dia bawak beberapa sample makanan untuk dirasa.. Aku yang tak terasa 40 minit tu..Sebab baru je lepas makan, pusing-pusing dekat luar dengan Aisyah.. 

Kitorang pun terus balik.. Shahril terus pasang baby carrier and Aisyah pun tidur.. Aisyah tak reti tidur dalam stroller dia suka kena dakap macamtu baru dia boleh tidur..Kalau dia dah tidur kita nak letak dalam stroller dia mesti terus terjaga.. Sebab tu kalau nak pergi mana-mana kena bawak dua-dua alat pengangkutan ni..Baru selesa nak berjalan lama...


Tu dia..Aisyah tidur terus dah..









Monday, April 14, 2014

Kuasa Minda Positif

Sharing dari blogwalking di Blog Ibu Ainul N Alif.. Tertarik dengan perkongsian ni.. Sebab aku memang sangat-sangat percaya dengan kuasa minda kita seperti yang selalu dikongsikan oleh Prof. Muhaya.. Aku sangat percaya bila minda kita positif, segala-galanya akan berjalan dengan baik.. Bila kita sucikan hati dan niat kita, Allah akan bagi apa yang kita inginkan.. Ok, jom baca perkongsian yang menarik ni... ^_^


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”




 2) Berkomunikasi dengan minda ke minda Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

 3) Daya magnet dalam fikiran beremosi Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya. 

 4) Mengawal minda untuk lebih berjaya Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya. 


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

 6) Minda teransang melalui solat dan doa Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.




 p/s: berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Fikiran menjadi emosi. Emosi menjadi tindakan. Tindakan menjadi tabiat. Tabiat menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kita. Jadi, bangsa melayu perlukan revolusi minda. Mengejar kemajuan dan nama tidak mendatangkan kebaikkan bahkan kita menuju kehancuran. Kita perlukan suatu anjakan paradigma yang positif.


Sunday, April 13, 2014

TESTIMONI EPHYRA [2] : Ephyra Produk Kecantikan dan Kesihatan Menyeluruh

Assalamualaikum..

Nak share lagi satu testimoni daripada kawan aku Shida.. Pembeli kedua Ephyra dari aku..Hehe...  Aku share terus ceritanya ye.. Shida ada share testimoni ni dalam blog dia..

**********************************

Bismillah..

Post kali ni aku nak sembang pasal satu produk kesihatan yang tengah aku amalkan sekarang. So far, baru dua bulan aku consume, dan Alhamdulillah aku sangat-sangat-sangat berpuas hati! Maklumlah, umur pun nak makin hari makin bertambah.. Nak-nak pulak aku ni kemain laaa ‘rajin’ kalau dalam bab-bab menjaga kesihatan ni. heww heww heww.. Sebelum aku pilih produk ni, memang aku ada survey beberapa produk supplement lain. Tapi, disebabkan kerajinan aku memerlukan satu produk yang ada semua dalam satu. Daaaaaannn haruslah berbaloi dengan duit yang perlu aku belanjakan..


And produk yang aku amik ni, tak lain tak bukan, is EPHYRAAAAA!! :D


Aku tau pasal produk ni dah lama, sebab aku follower blogger Diana Ishak tu. Dia pun consume Ephyra jugak. Tapi, masa tu hati aku ni tak la melonjak sangat nak try, sebab aku rasa kulit dia memang dah sedia cantik kot. And, aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Hehehe.. Sekaaaaliiii...nak dijadikan rezeki aku untuk pilih Ephyra la kot. Satu hari ni aku bukak blog bestfriend aku since dari TIKL. Si Nasrina yang becok ittewww!~ Rupa-rupanya cik kak tu pun dah mula consume Ephyra! Aku dok perati lagi nih. Tapi, bila mula nampak keberkesanan produk ni kat dia, memang aku rasa sangat-sangat-sangat teruja nak try! Hahaha! Oh, yesss.. Sebab aku kenal Nas dah lama, and aku memang tau masalah kulit makcik tu cemana dulu. Tapi, Alhamdulillah lepas dia guna Ephyra kulit dia jadi gebus dan nampak sangat glowing!! I is became jelesss! hahaha!


So, aku pun gegatal kan la tangan wasap cik kak tu. Dalam masa yang sama, kengkonon berlapik nak tanya pasal satu produk baju dalam (yang ni nanti aku cerita post lain!) yang dia ada jual. Hehe! Sebab segan la tetiba nak tanya pasal Ephyra, kan? *Nas, kalau kau baca ni, maka terkantoilah rahsia aku! hahaha!!* Then, dari cerita baju dalam tu, melarat la sampai ke Ephyra. Daaaaaaann.. rupanya Nas ada jual jugak Ephyra nih! Maka, gembira lah aku dan bermula lah episod meng-consume Ephyra dalam hidupku. Ehehe!


So, ini testimoni bergambar aku lepas aku amalkan Ephyra ni tak sampai 2 bulan,

Kuku jadi tak mudah rapuh, kaler pun jadi pinky cantik. Tak payah pakai inai lagi nak tutup kaler kuku pucat lepasni.. Hehe!



Parut jerawat jadi pudar, kulit jadi pinkish gitteww! Tak payah apply blusher dah! *aku pun memang takde mekap-mekap pun. hewwhewwheww!~*


Sama jugak lah. Kulit muka jadi gebus gebas lah! *fefeeling jelita sangat, tau!*




Tang bibir ni yang aku saaaaannngaaattt puas hati! Sebab aku ni memang jenis kuat minum air masak, but still bibir aku akan kering dan menggelupas macam gambar atas tu/ Tapi, Alhamdulillah lepas guna Ephyra, bibir jadi moist, dan kaler pun jadi pinky-pinky gittew! Jimat duit beli lipstick uollsss! Haha!

So, kalau ada sesapa yang rasa teringin nak cuba Ephyra ni sama, memang aku sarankan sangat-sangatlah. Benda yang baik, memang bagus untuk dikongsi bersama! :)

**************************************

Alhamdulillah..Lagi sorang customer yang berpuas hati! \0/ Ephyra bagi penjagaan kesihatan dan kecantikan secara menyeluruh.. Ephyra boleh dijadikan supplement lengkap untuk kita.. Korang belum cuba? Dan masih teragak-agak nak cuba? Jangan tunggu lama-lama baik cuba sekarang..Hihi..

Boleh contact aku direct..Whatsapp je aku 0193613164.. Untuk follower Blog,IG, dan FB aku, aku bagi special price..Sesiapa berminat nak jadi ejen dropship aku pun boleh..Tak perlu keluarkan sebarang modal pun.. Contact je aku.. Nanti aku bagitau details.. ^_^








Friday, April 11, 2014

Semuanya Kerana Lagu Anak Nora dan MH 370

Assalamualaikum..

Jom! Cerita pasal Aisyah lagi..Hehe.. Blog ni dah jadi blog diari perkembangan Aisyah pulak.. Hee... Aisyah kan.. Semenjak dari dalam pantang lagi aku suka bagi dia dengar lagu Erti Al-Fatihah dari Voices of Ummi..Alah, lagu yang anak Nora nyanyi tu... Haha. Kakak aku bila dia tolong jagakan Aisyah masa aku pergi mana-mana, dia taktau macamana nak cari lagu tu, dia search dekat Google "Lagu yang anak Nora nyanyi" Hahaha! Keluar pulak tu.. Adeh..Kelakar betul..

Ok, ini lagu dia..Aku share dekat sini..




Selain lagu ni, aku selalu pasangkan juga lagu Bismillah Alhamdulillah.. Dua-dua lagu ni aku selalu dengar masa aku anak dara dulu lagi.. Ikim.fm selalu pasang pagi-pagi.. Otw nak pergi JKR dengar lagu ni.. Memang dah aim, insyaallah aku dah ada anak, lagu ni lah aku nak pasang..Hihi..Alhamdulillah.. Diperkenankan...^_^

Aisyah kalau aku pasang lagu ni dia pun mula la joget-joget.. Mulut nyanyi-nyanyi "emmm..emmmm" Bila penyanyi bukak tangan dia pun bukak tangan.Kemain lagi..

Lepastu, dekat rumah aku ni, kalau aku tak pasang cerita kartun dekat TV Al-Hijrah tu, aku biarkan je channel TV 1 sebab ayah mertua aku suka tengok TV 1.. TV 1 kan sekarang ni selalu ulang-ulang doakan untuk MH 370, sejak MH 370 hilang... Aku pun mesti join doakan sekali... Ada sekali tu, aku tengah main handphone..Aku tak join pun doa sebab busy layan customer..Sambil-sambil tu aku jeling jugak tengok Aisyah buat apa..Sekali, aku tengok dia tengah berdiri menyandar dekat kerusi, sambil mata dia pandang tv, tangan dia berdoa..Dari awal doa tu dibaca sampai habis..Itulah first time aku nampak..Nak nangis aku rasa.. Alhamdulillah..Sebab selama ni kalau lepas solat, kita tadah tangan pastu suruh dia tadah tangan sekali dia sengih-sengih je sambil main.. Kali ni dia buat terus tanpa disuruh... Alhamdulillah.. T_T

Lepas tu aku baru perasan lagu Voices of Ummi tu banyak yang tunjuk tadah tangan.. Mesti belajar dari situ jugak..




Gambar ni aku ambik masa dekat Baby Room dekat Tesco.. Suruh dia baca Bismillah.. Dia tadah tangan lepas tu sapu dekat muka..









Ni masa makan... Aku kata.."Aisyah kita nak makan..Baca Bismillah dulu.." Ikut mood dia jugak..Nasib baik time aku pegang kamera ni mood dia ok..haha. Laju le mak ko snap gambar...



Masa ni aku dengan mak aku tengah duduk dekat kerusi sementara tunggu ayah aku bayar barang-barang yang nak dibeli.. Tiba-tiba aku dengan mak aku pelik..Kenapa Aisyah tiba-tiba "emmm..emmm" Sambil tangan dia tadah tangan... Aku dengan mak aku diamlah..Nak dengar bunyi apa..Rupanya kedai sebelah tengah bukak cd bacaan ayat Al-Quran..Ohhh...Patut lah.. Aisyah memang automatik akan "emmm..emmm.." Bila dengar ayat Quran atau tengah azan..Tangan pun automatik berdoa...

 Alhamdulilillah... ^_^









Thursday, April 10, 2014

TESTIMONI EPHYRA [1] : Ramai Perasan Muka Semakin Berseri..

Assalamualaikum...

Harini aku nak share testimoni daripada salah seorang customer Ephyra aku merangkap BFF aku.. Farhana atau lebih dikenali sebagai Anne... Farhana ni orang pertama yang terus beli Ephyra ni daripada aku.. Aku baru bagitau yang aku nak jadi dealer, dia dah cop dulu sekotak.. Ada dua orang kawan aku dah booking awal-awal sebelum aku jadi dealer..Anne dengan Shida.. Nak taknak, laju je la aku jadi dealer dengan semangatnya.. Sebab nak memenuhi tempahan dua orang sahabat aku ni, aku kena order sampai berbelas-belas kotak Ephyra untuk melayakkan aku untuk jadi dealer Ephyra ni.. Alhamdulillah.. Dalam masa tak sampai seminggu, habis licin berbelas-belas kotak tu.. Nampak tak? Bila kita jual produk bagus.. Stock kita banyak macamana pun mesti habis.. Alhamdulillah.. Suka! \0/ Terima kasih jugak dekat Anne dengan Shida yang jadi pembuka rezeki aku untuk jual Ephyra ni.. ^_^

Ok, ini testimoni Anne...Kisah benar ni tau! Hihi...

Pagi2 smlm dtg opis, gi beli breakfast...
tetibe ade opismate tegur "hai, makin cantik la die ni" sorang lg nyampuk "aah...makin cute, sweet je"
aku? gelak je..."jujur btol kenyataan itu"
tetibe kembang setaman jap
pagi ni jumpe lg..."hai si cantik"
erkkk...amin.
kalo aku sendiri ckp mesti mcm perasan kan... 
ni bile org yg cakap aku dlm hati syukur jela.. Alhamdulillah.
maksudnye ade perubahan gak la aku consume EPHYRA ni kan
Yup, aku consume EPHYRA ni dah 2 bulan... ni nak masuk bulan yg ke3.
Tq NASRINA sebab promote & share testimoni produk ni.
2 kotak yg setiap kotak ade 30 sachet aku telah abiskan dengan jayanya.
Aku minum pg2 1 sachet sebelum breakfast... kalo aku puase, aku sahur 1 sachet EPHYRA dan minum air kosong banyak2... xde la nak mkn ape2 sbb x sempat pon nak prepare mknn nye. tp puase kene ganti juge. Maka 1st time tu mmg tawakal jela...jgn la x larat aku nnt, dgn nak pam susu lagi.
Tp alhamdulillah aku mampu bertahan. pam susu pon ok... dpt la 8-9oz utk adik Zafry. Kalau tak puase dapatla 9-10oz sehari. Air masak mmg aku minum banyak la.

Badan aku mmg susut banyak jugak la... aku x sure start bile, selain consume EPHYRA aku amalkan jogging setiap ahad, 2 round tasik titiwangsa tu dah jd kemestian. 
Kalo tak dpt jogging aku jd frust giler...
Baju lama2 semua dah muat balik. ade baju dah longgar. shopping baju pon dah bleh cari saiz M. 
Pg smlm time gi keje sarung la baju raya 2010... apahal kain ni longgar amat kat pinggang...aku cakuk mcm biase la, tp longgar. Musykil, 2010 blom ade anak, time tu aku rase aku kurus lg dr sekarang... perasan =p
tp angka kat penimbang tu x banyak beza...tu yg aku rase aku tetap gemok! mmg masih gemok pon ;p

Dari segi kulit muka dan badan... aku rase makin lembut, lembab... x kering. parut2 jerawat makin pudar, parut kat badan pon... tapi idak ler flawless sgt... maka akan setia consume EPHYRA nih. Pelaburan yg berbaloi so far. InsyaAllah.



Aku ringkaskan kebaikan yang Anne alami ye kebaikan yang dia alami selepas consume 2 kotak Ephyra..

1. Ramai yang perasan muka semakin berseri/glowing..Selepas consume 2 kotak Ephyra.
2. Ephyra mengenyangkan.. Badan masih kuat bertenaga dan tak lapar walaupun hanya bersahur dengan Ephyra. 
3. Susu badan masih banyak walaupun hanya bersahur dengan Ephyra. Ini adalah kerana Ephyra juga boleh dijadikan sebagai milk booster..
4. Disamping bersenam mengikut jadual yang telah ditetapkan, Ephyra membantu meningkatkan metabolisme badan yang mana ia boleh membantu di dalam mengurangkan berat badan..
5. Parut di wajah dan dibadan semakin pudar, kulit semakin lembut dan lembab..


Alhamdulillah... Aku sangat bersyukur bila customer aku dapat kebaikan dari apa-apa sahaja produk yang aku jual.. Macam Ephyra ni, ramai yang berpuas hati.. Walaupun harganya agak mahal kata orang, tapi kesannya sangat cepat dan rasanyanya yang sedap membuatkan ramai pengguna ephyra ni nak terus minum ephyra ni sebagai supplement lengkap diorang..

Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk melaburkan sedikit duit untuk kecantikan dan kesihatan kita.. Insyaallah Ephyra sesuai untuk semua orang.. ^_^


Boleh Whatsapp aku 0193613164 untuk tempahan.. Follower Fan Page/IG/Blog aku akan dapat harga diskaun dan PERCUMA TSHIRT EPHYRA sepanjang bulan April ni.. ^_^



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails