Thursday, February 27, 2014

(HARGA PROMO) Camishaper by Genie Memang Best!


Assalamualaikum..



Alhamdulillah 1st stock Camishaper by Genie yang aku beli haritu dah habis.. Laris macam goreng pisang panas.. Memang best sangat-sangat..Siapa yang biasa pakai Genie bra memang tau la macamana bestnya product Genie ni.. Camishaper ni 3 dalam 1, Bra + Camisole + Shaper.. Dengan Camishaper ni, bila kita pakai, akan mengecikkan badan kita 2 kali saiz asal.. Ok ok.. Aku buat list eh..Ini apa yang aku sendiri rasa dan feedback dari customer aku :-

  1. Mengecilkan badan 2 kali dari saiz asal
  2. Padding pad yang tebal dan tidak mudak kedut selepas dibasuh
  3. Kain lembut selesa dipakai sepanjang hari
  4. Kain tidak mudah terangkat 
  5. Tidak perlu memakai bra lagi dan terus membentukkan payudara dengan lebih mantap
  6. Sesuai digunakan untuk menyeorokkan lemak-lemak degil.. 
  7. Bukaan leher yang lebar dan dari kain spandex cotton, memudahkan untuk ibu-ibu menyusukan anak (Ini aku sendiri praktikkan..Tak melebar pun leher baju tu)
  8. Sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin yang lemak dekat perut tu degil gila taknak hilang-hilang sampai orang ingat kita mengandung lagi.. (Ni aku la tu.. Nangis!)
  9. Membetulkan posture badan 
Jom baca testimoni dari customer aku yang dah beli masa 1st stock haritu :-



Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5

Jom order! Ramai yang dah mengakui yang Camishaper ni best! Apa tunggu lagi? Rasainya sendiri..
Dapatkan harga terbaik dari aku dan insyaallah servis terbaik jugak.. ^_^ 

RM45 - sehelai
RM88 - 2 helai
RM125 - 3 helai

Harga termasuk postage!

Whatsapp 019-3613164 (Nas)


DAPATKAN HARGA PROMO RM35 SEHELAI (TIDAK TERMASUK POSTAGE) JIKA ANDA BOOKING SEBELUM JUMAAT INI 28 FEB 2014... 

BERMULA 1 MAC, HARGA SEPERTI DI ATAS.. 

Jom tengok video ni.. 



Insyaallah beli dengan Nur Asiy Shoppe, pasti akan dapat servis yang memuaskan ^_^



Friday, February 21, 2014

Klinik Kanak-Kanak Ong, Ampang Point..

Assalamualaikum..

Dua minggu lepas Aisyah demam lagi.. Kali ni naik sampai 38.9 darjah.. Ya Allah.. Bedebar betul aku.. Tak selsema n tak batuk pun.. Demam panas je.. Malam kedua tu, aku tido nak dekat pukul 2 sebab nak makesure badan dia selalu under control panas dia.. Aku tak sedar aku tertidur.. Aisyah kejutkan aku tolak-tolak aku.. Aku tengok jam pukul 3 pagi.. Aku rasa badan dia.. Panas macam api!! Melompat aku! Terus aku balut dengan kain basah terus bagi makan ubat demam.. Memang dah fikir nak bawak pergi hospital dah.. Tapi aku still cuba redakan panas dia tu dulu.. Alhamdulillah.. Turun sampai 37 darjah..

Pagi tu Shahril ambik cuti terus decide nak bawak pergi Klinik Dr Ong dekat Ampang.. Yang aku ada share dalam entry sebelum ni.. Dr tu cek tekak Aisyah merah maybe berjangkit demam dengan orang yang tengah demam dan sakit tekak.. Emmmmmmmm... Sape lagi.. Adik aku la.. Memang dia tengah demam n sakit tekak.. Keje nya asyik cium Aisyah aje demam-demam pun.. Podah cit..

Aku buat entry ni sebab nak tepek gambar jadual klinik ni bukak..Haha. Senang esok-esok aku bukak je entry ni nak tengok bila klinik ni bukak atau tutup.. Disamping share dengan orang lain jugak..Hehe..





Demam pun, kemain lagi gayanya bila tau nak ambik gambar..


Klinik ni dah lama.. Dari adik aku baby lagi memang kalau apa-apa hal, memang mak aku bawak adik aku pergi klinik ni.. Sekarang Dr. ni dah tua dah dulu muda belia je mak aku kata..Memang banyak pengalaman.. Sangat baik.. Suka bagitau satu-satu apa masalah baby and macamane penjagaan yang sepatutnya.. Dia taknak bagi aku ubat bontot. Dia kata taknak biasakan aku bagi..Elok lagi bagi ubat makan dia kata.. Kalau ubat bontot memang cepat kesan dia.. Ubat makan slow sikit.. Tapi biar lambat daripada bagi ubat dose tinggi katanya... Oleh sebab masa jumpa Dr. tu demam Aisyah 38.9 darjah balik, dia masukkan separuh ubat bontot dekat Aisyah.. Dia masukkan sebab dia nampak aku cuak..Haha. Baik dia..siap ajar lagi.. Dia kata mana la tau kalau-kalau aku nak beli sendiri ke nanti tapi dia memang taknak bagi..Kuikui.. Dia sapu veselin dulu dekat bontot Aisyah sebelum masukkan ubat tu...Katanya taknak bagi sakit.. Oooooo.. Baru tau... 

Dr. bagi ubat antibiotik untuk sakit tekak dengan ubat demam.. Keluar je bilik Dr, aku terus bagi Aisyah makan dekat situ jugak.. Antibiotik je.. Ubat demam takpayah lagi sebab Dr. dah masukkan ubatkan.. Wangi ubat antibiotik dia.. Bau strawberi.. Walaupun Aisyah nangis meraung bila bagi makan ubat tu, tapi dia telan habis.. Tak buang pun.. Sedap kot.. Aku tak puas hati, aku rasa sikit.. Haah.. Manis, rasa strawberi.. Haha. Patut la Aisyah telan aje.. Kalau sebelum ni siap muntah-muntah..

Alhamdulillah.. Lepas dua hari, Aisyah sihat.. Tapi keluar bintik-bintik dekat muka dengan dada dia.. Mak aku cakap macam campak.. Mak aku bawak sebijik kelapa muda.. Bagi Aisyah minum sesudu.. Selebihnya aku minum.. Beza tak nisbah dia?Hehe... Aku minum bagi jadi susu,nanti Aisyah dapatlah zat-zat dia Insyaallah.. Esok nya muka dah ok, keluar dekat kaki pulak.. Esok nya dah hilang terus..Alhamdulillah... ^_^


Ok, itu sahaja kisahnya.. Lama tak cerita pasal Aisyah yang sibuk mengemas sekarang nih.. Habis barang-barang dia keluarkan..Suara punyalah gamat kuatnya.. Dah pandai nyanyi-nyanyi.. Dia kan suka suara budak-budak.. Kalau aku pasang lagu-lagu daripada Voices of Ummi, kemain lagi gelak-gelak sambil nyanyi.. Insyaallah Aisyah cepat hafal maksud Al Fatihah ye sayang mak.. ^_^

********************************

Ok, nak cerita pasal Camishaper..



Aku ada ambik preoder sebelum ni dan aku ada ambik lebih untuk ready stock.. Sesiapa yang berminat, boleh order. Harini bayar, aku terus pos esoknya.. 

Saiz sangat Limited.. Saiz L dah habis.. 
Saiz S 2 helai
Saiz M  2 helai
Saiz XL sehelai,
Saiz XXL dua helai..

Kalau nak cepat, order cepat-cepat ye.. Kalau tak, tunggu aku open untuk preoder lagi.. Kualiti tahap A+++ Memang best.. Takkan menyesal punya.. ^_^

Harga tengah Promo.. 
RM35 sehelai
RM68 dua helai..

Harga tak masuk postage..Postage RM6 sahaja..

Apa-apa whatsapp aku ye..

019-3613164
NAS




CAMI SHAPER BY GENIE

PAKAIAN 3 DALAM 1. SHAPER + CAMISOLE + GENIE BRA! 
SALAH SATU PRODUK GENIE YANG MENJAMIN KESELESAAN UNTUK SEMUA WANITA..

✖ Sangat SELESA dipakai sepanjang 8 jam di pejabat/di rumah.
✖ Membantu MERAMPINGKAN PINGGANG DAN PERUT
✖ Memberikan POSTUR TUBUH YANG BETUL
✖ Sesuai dipakai sepanjang hari walaupun ketika TIDUR.
✖ Sangat SELESA dipakai,terasa NYAMAN dan TIDAK MENGGANGGU AKTIVITI SEHARIAN.
✖ Penggunaan setiap masa akan membuatkan anda KELIHATAN LANGSING DAN RAMPING.
✖ BERJAYA mengempiskan perut perut shingga 2cm dlm masa 7 hari.
✖ DIJAMIN HARGA TERENDAH dipasaran.
✖ Apa tunggu lagi? BUAT KEPUTUSAN SEKARANG

Thursday, February 20, 2014

Jom Join Give Away Birthday Akiff


Assalamualaikum...

Jom Join Give Away Birthday Akiff..



Hadiah dia sangat best.. 15 helai T-shirt yang korang boleh custome made sendiri.. Free ni.. Boleh feeling-feeling cantik pakai baju blog sendiri sambil buat pengiklanan.. Kan?Kan? Sekarang dunia di hujung jari.. Orang nampak je nama blog korang mesti terus nak search dekat hp diorang.. Haa.. Dah tambah follower tanpa diduga..Hehe..

Giveaway ni di buat sempena hari lahir anak Brother Careno, Akiff.. Selamat Hari Lahir Akiff.. Semoga panjang umur, murah rezeki.. Diberi kebahagian dunia dan akhirat.. Semoga menjadi anak yang soleh insyaallah.. ^_^

Oh ye.. Aku tak join contest ni.. Aku jadi sponsor untuk pemenang GA ni..

Join tau! Rugi tak join.. Klik Banner dekat atas untuk ke blog Abah Careno.. 


Good Luck korang! \0/


Tarikh GA 20hb Feb - 20hb Mac 2014




Wednesday, February 19, 2014

Bisnes Kad

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Dah ada bisnes kad.. ^_^ Tempah secara online je daripada Ayu.. Kenal melalui alam maya je.. Alhamdulillah dia dapat merealisasikan logo, dan design bisnes kad yang aku impikan.. Sangat kreatif..
Baik sangat Ayu ni.. Dah beberapa kali dah bekerjasama dengan dia.. Harga pun sangat berpatutan..

Kepada sesiapa yang berminat nak cipta logo sendiri tapi tak kreatif macam aku.. Haha. Serahkan aje kerja tu kepada yang pakar.. Boleh Contact Ayu di Blog dia.. ^_^


[KLIK GAMBAR UNTUK KE BLOG AYU CANDY]
Cantikkan? Aku sangat berpuas hati.. Siap dapat diskaun lagi sebab regular customer..Hehe..

Lepas ni senang la aku nak promote kedai Aisyah..Hehe.. Bisnes kad ni jugak akan diselitkan dalam setiap parcel untuk customer.. ^_^ Semangat nak berbisnes..\0/





Tuesday, February 18, 2014

Nuffnang.. Akhirnya Kau Muncul Jua...

Assalamualaikum... 

Aku je ke atau ramai yang sendu je iklan Nuffnang masa bulan lepas? Aku siap hantar tiket dua kali dekat Nuffnang minta checkkan apa masalah dengan blog aku ni iklan tak muncul-muncul..Haha. Jawapan yang Nuffnang bagi, teruskan menulis entry.. Iye lah tu.. Dulu-dulu sebulan dua tiga kali je aku upadate, tetap ada je iklan dekat blog ni.. Emm...Aku buat kesimpulan mungkin sebab awal tahun.. Nuffnang belum dapat banyak job untuk kompeni-kompeni besar nak mintak produk diorang diiklankan.. Masing-masing tengah kira budget.. Haha. Ok, tau tak logik..Abaikan.. Itu hanya pemikiran menyedapkan hati..

Tadi, aku bukak blog tiba-tiba keluar iklan Doraemon mengintai-ngintai dekat atas ni.. Ehh, Doraemon ni melawat aku pulak ke lepas aku melawat dia haritu.. Aku pun terus bukak akaun Nuffnang.. Yeay!!\0/ Dah ada 2 iklan CPUV Alhamdulillah.. Rezeki... ^_^


Nampak tak bulan Januari memang langsung takde iklan..Redha je la..Hehe..









Friday, February 14, 2014

100 Doraemon Secret Gadget, Viva Home KL...

Assalamualaikum..

Akukan.. Sangat suka baca komik Doraemon..Aku pernah ada setiap episod Doraemon tu dari episod 1 sampailah habis.Berpuluh puluh jugak episodnya.. Siri panjang Doraemon pun aku baca.. Nilah komik aku masa zaman aku sekolah rendah, menengah, dan sampai sekarang kalau-kalau aku terjumpa komik ni di mana-mana.. Ishhh...Memang minat sangatlah.. Kalaulah aku kumpul komik-komik aku dulu, kompem... Dah beralmari dah agaknya.. Aku tak dapat kumpul korang tau kenapa? Setiap episod tu, lepas je aku beli..Mak aku bagi aku masa seminggu kedua minggu je untuk aku baca berulang-ulang.. Kalau dia nampak je aku baca lagi, ke tong sampah la jawabnya komik tu.. Dah banyak kali aku nangis sebab komik aku kena buang.. Tapi mak aku kesah apa.. Janji dia tak sakit hati tengok aku baca ulang-ulang agaknya.. Haha. 

Sedih wehh.. Mak aku selamba je buang.. Pastu aku pun senyap-senyap kumpul duit belanja sekolah nak beli episod yang dah kena buang tu sebab kalau episod baru, mak aku boleh je bagi duit untuk beli dengan syarat baca kejap pastu simpan.. Tapi nan hadooo.. Kalau ada episod 1 sampai 10 depan mata aku, aku boleh hadap baca tu tiap-tiap hari dari pagi sampai petang.. Manalah mak aku tak hanginkan? Haha. Akhirnya, aku pun malas nak beli yang baru sebab tau akan kena buang.. Tapi simpan cita-cita nanti bila dah besar, dah banyak duit.. Nak beli semua episod Doraemon.. Hahahaha! Sampai macamtu sekali taksubnya..

Haritu Shahril balik-balik kerja terus bagi tau ada macam pameran Doreamon.. Aku dengar-dengar tak dengar je.. Yelah pameran Doraemon.. Dah selalu je ada dekat shopping complex.. Pastu dengar dia cakap hujung-hujung.. Pameran tu tulis 100 Barang Ajaib Doraemon.. Melompat aku hepi! Laju-laju tanya dia, dia tau dekat mana lepas tu terus search dalam internet.. Yeaayy!! Terbayang-bayang je semua barang-barang Doraemon nak tengok satu-satu... \0/

Terus terang aku cakap.. Walapun kartun Jepun ni ala-ala melalaikan.. Tapi percayalah.. Banyak ilmu dalam tu.. Diorang takkan buat jalan cerita tu bodoh-bodoh je.. Macam Doraemon ni banyak jugak daripada ilmu sains yang sebenar dia tukarkan jadi barang ajaib.. Contoh lagi satu cerita Conan.. Pelukis komik tu takkan ada beratus-ratus idea untuk menyelesaikan masalah jenayah tu kalau dia takde ilmu.. Betul tak? Wuwuwwwww.. Jadi, bagilah anak anda baca kartun yang ilmiah..Hehe...Hati-hati tau.. Kartun sekarang dengan dulu lain.. Sekarang banyak cerita cinta-cinta yang ntahape-hape lepastu seksi-seksi.. Mujur zaman komik manga tu famous aku dah sekolah menengah.. Dah boleh berfikir secara matang.. Maknanya tetap aku beli tapi boleh fikir baik buruknya.. Tetap berkotak-kotak dekat rumah..Haha! Ada lagi sampai sekarang.. Dah besar mak aku tak buang dah... Hihi...

Ohoi panjang nya cita.. Ok, 100 Barang Ajaib Doraemon ni atau 100 Doraemon Secret Gadgets Expo ni diadakan dekat Viva Home, KL.. Kena bayar tiket RM25 untuk dewasa, kalau kanak-kanak RM 15..

Ok, jom mulakan cerita sebenar..Hehe.. Macam biasa, adik aku mesti la ikutkan.. Mau ngamuk dia kang kalau tak ajak walaupun dia bukannya suka pun Doraemon tapi sebok suka ngikut je mana aku pegi.. Bagus la.. Ada orang tolong ambikkan gambar..Hihi..






Dekat Petronas Ampang.. Mak dengan abah aku dropkan adik aku dekat situ... Main-main dulu dengan cucu...


Ecceh Aisyah.. Kemain lagi ye.. (Dah kenapa watermark tu nyebok kat situ)


Tiket! Yeay!


Ni dekat luar sebelum masuk..



Macam dalam laci masa Doraemon... Uuuuuu..I likeeee...




Doraemon dulu warna kuning.. Tikus makan telinga dia.. Kilang terpaksa buang semua bahagian telinga dia..Sebab terlalu sedih, nangis banyak sangat.. Badan dia berubah jadi warna biru.. Aku dah macam pemandu pelancong.. Takyah baca ayat-ayat dekat belakang tu.. Bercerita dekat adik aku dengan Shahril.. Haha. Yang gambar last tu.. Doraemon dah hepi dengan warna biru dia...Dah boleh terima kenyataan..Hehe..





Sebelum periksa hari tu, aku duk cakap-cakap dekat Shahril.. Kalau lah saya ada roti ajaib Doraemon.. Saya nak makan sekarang.. Malasnyeee nak menghapal...


Ni lagi satu barang Doraemon yang aku nak.. Pen Ajaib.. Tak payah pikir apa-apa.. Tulis je..Pen tu terus bagi jawapan.. Hehe


Ni konon-konon dalam gereja.. Sizuka dengan Nobita kawen..






Tengah best feeling-feeling macam ada dekat padang diorang selalu main baseball tu, Nobita patung tu pun datang..


Ramai gila orang berebut nak ambik gambar.. Aku pun lari...Babai.. Malas nak berebut..


Aku ingat lagi masa episod Nobita pergi zaman dia kacik-kecik dulu.. Nenek dia kenal tau tu dia, padahal dia kan dah besar masa dia datang zaman dulu-dulu dia tu.. Nobita terharu sangat.. Dia rindu sangat dekat nenek dia.. Aku ingat lagi aku nangis gila masa baca part ni sebab aku terasa-rasa rindu dekat nenek aku yang ada dekat kampung time tu.. Huhu...Al-Fatihah..



Haha! Aisyah nak nangis.. Pelik je dia agaknya kenapa mak dia hepi sangat..





Mak dah la mak... Agaknya tulah Aisyah cakap..Haha (Ok, tetibe gambar dekat padang balik)







Seronok lah mak aih.. Terasa-rasa macam ada dekat alam komik Doraemon..


Ada jual barang-barang Doraemon.. Macam-macam ada..Aku beli 2 fridge magnet je sebagai kenang-kenangan.. Tak payah kot beli barang-barang lain tu dekat luar pun banyak...Hehe..








Kedai makan pun ada.. Siap ada dorayaki lagi..Makanan feveret Doraemon..Lepas tu, roti yang ada tulisan-tulisan bila kita makan terus hafal tu pun ada.. Siap boleh dimakan.. Aku usha je tapi tak beli pun.. Tak diyakini halalnya..


Gambar ni dah dekat luar tau..Aku saje je nak ambik  gambar berlatarkan biru Doraemon ni.. Masa tu baru perasan Aisyah ada pegang beg duit Doraemon tu.. Haha! Elok je dia capai agaknya masa kitorang duk usha-usha masa kat dalam.. Kena patah balik pulangkan.. Mujur tak dituduh mencuri..Kihkih..


Ok.. Itulah kisah pengembaraan Doraemon saya.. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pergi website 100Doraemon.com  Jom pergi! Tarikh akhir 23 Mac 2014.. ^_^










Tuesday, February 11, 2014

Alhamdulillah...Dapat No. 2...



Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah.. Menang contest Ephyra dekat blog Kak Filla... Terima kasih Kak Filla, terima kasih Oceanlife2u... Menang contest ni satu hal happy dia.. Lagi satu hal, hepi sebab menang under blog Kak Filla.. Ko bayangkan? Dari Kasih Aleeya tu kecik lagi aku dah baca blog tu.. Berangan-rangan ada anak comel macamtu.. Padahal pakwe pon nan hado masa tu..Haha.

Ingatkan dah putus asa dah nak try Ephyra ni.. Konon macam merajuk la kan.. Dah dua kali masuk asyik tak berjaya je.. Macam tak best je karangan aku ni..Kihkih.. Tapi rupa-rupanya Allah nak hadiahkan PELANGI! Hehe... Menang dua-dua Phase dekat blog Kak Filla... Phase 1 aku dapat 3 kotak trial pack... Phase ke 2 aku menang 6 kotak trial pack dan CASH RM100!! Mana aku tak kata PELANGIkan? Hihi... 

Oleh sebab gembira sangat, aku nak share kegembiraan aku dekat kawan-kawan yang nak rasa Ephyra ni.. Aku bagi free 1 sachet.. Postage aku tanggung.. Aku dah buat dekat facebook aku dan facebook Nur Aisy Shoppe.. Aku bagi dekat 6 orang.. Dah pos dah pun..Kongsi-kongsi rezeki..Hihi.. ^_^

Ohh ye.. Oleh sebab terlalu berpuas hati dengan Ephyra ni, aku dah jadi pengedar sah Ephyra.. So, korang boleh contact aku untuk harga terbaek dari ladang.. Aku tengah cari ejen dropship ni.. Sape-sape yang nak meniaga tapi takde modal besar, meh join aku.. Kita berniaga sama-sama.. ^_^


Nas 019-3613164


nota kaki : Kita usaha..Selebihnya kerja Allah... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails