Thursday, January 30, 2014

Fuuhh.. Nasib Baik..

Assalamualaikum..

Semalam aku dengan family aku pergi shopping dekat satu shopping complex ni.. Oleh sebab nak cepat, banyak lagi tempat lain nak pergi, aku dengan adik aku je yang turun.. Mak dengan ayah aku jagakan Aisyah dalam kereta.. 

Aku dengan adik aku pun cepat-cepat je lah beli barang.. Pilih barang cepat, bayar, lepas tu terus pergi dekat kereta.. Ehhh.. tak jugak.. Ada jugak usha 4 5 buah kedai cari barang-barang yang menarik untuk dibeli.. kira setengah jam jugaklah..Haha.

Dah sampai dekat kereta, ayah aku tanya dah bayar tiket ke sebab awal-awal tadi ayah aku dah siap-siap bagi tiket dekat aku suruh bayar.. Aku kata belum sambil seluk-seluk poket.. Ekk!! Hilang!! Wuwuwuwwwww.. Mana pulak tercicir ni.. Dah terbayang dah dari harga parking yang sepatutnya RM2 tu dah boleh jadi RM20 sebab kena bayar denda... 

Habis dah segala poket aku cari dengan harapan jumpa lah tiket tu.. Namun kehampaan yang jumpa.. Aku pun decide nak patah balik pegi kedai-kedai yang aku pergi tadi..Huhu... 

Sambil baca-baca doa mengharapkan jumpa lah tiket tu.. Aku terus pergi dekat kedai yang aku beli barang mula-mula tu.. Aku cari dekat lantai takde.. tiba-tiba aku terpandang macam ada satu kertas empat segi tepat terselit dekat salah satu barang yang dia jual.. Eh tu macam tiket.. Kata ku didalam hati.. Aku ambek, aku tengok tarikh n jam masuk.. Eh sama dengan time aku masuk tadi.. Masa tu orang yang jaga kedai tu datang.. Oh.. Akak punya eh? tercicir tadi dekat lantai.. Wuwuwuwww.. Aku macam nak lompat bintang dkt situ jugak..

Alhamdulillah.. Lega sangat... Tak membazir duit macamtu je sebab kelalaian sendiri.. Hihi... 



Nota kaki : Tengah menaip ni.. Aisyah duk bz mengemas almari sebelah aku ni.. Habis di keluarkan semua barang... T_T

Wednesday, January 29, 2014

PHASE 2: PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA BERSAMA BLOG KASIH ALEEYA

Assalamualaikum..

Akhirnya, habis dah 30 paket Ephyra yang aku dapat hasil dari aku menang Phase 1 Contest Ephyra haritu... Alhamdulillah.. Aku sangat berpuas hati dengan hasilnya.. Aku ada share dalam beberapa entry aku yang lepas..

Banyak kebaikan yang aku perolehi daripada Ephyra ni.. Aku akan kongsikan kesemuanya dalam entry ni.. Yang paling buatkan aku sangat berpuas hati adalah.. Kesan lubang-lubang, parut jerawat dan warna kulit tidak sekata dekat muka aku ni semakin berkurang... Selama 30 hari aku minum Ephyra ni, memang takde satu jerawat pun yang naik.. Allah.. Hepi nya! Pada hal sebelum ni.. Tempat yang menjadi kegembiraan jerawat, memang muka aku nilah.. Huhu.. Sedey..

Aku sharekan gambar aku dekat FB..Saja nak tengok apa komen kawan-kawan aku.. Ini antaranya :-





Yang mula-mula tu bekas technician aku masa aku kerja JKR dulu.. 4 tahun duk ngadap aku jadi engineer dia.. Kompem la dia tau macamana muka aku sebelum ni sehingga dia bersetuju yang muka aku dah ok dari sebelum ni.. Huhu..  Dulu muka aku memang selalu sangat jerawat naik..Kalau sekali naik yang besar-besar.. Adeh.. Memang segan jugaklah nak mengadap client atau kontraktor..

Yang kedua tu pulak kawan aku Siti Hawa.. Jumpa aku untuk ambik shawl yang dia beli... Nak tanya depan-depan segan.. Dalam Whatsapp baru aku tanya.. Hehe.. Dia pun perasan muka aku dah semakin ok.. ^_^

Dan ada beberapa kawan aku yang dah join beli Ephyra ni bila tengok perubahan yang agak cepat dekat aku.. Alhamdulillah.. Benda baik perlu dikongsi bersama.. ^_^ Jom cantik sama- sama! Hehe

Meh aku share gambar sebelum dan selepas aku minum Ephyra ni...



Agak teruk jugak bekas-bekas jerawat dekat muka aku ni.. Dan jerawat kecik-kecik suka lah tumbuh menambahkan lagi sakit di hati ini.. hehe.. Gambar yang aku ambik ni aku tak pakai mekap tau.. Memang aku saje je.. Secalit bedak atau lipstik pun aku tak pakai.. Alhamdulillah.. Dah banyak sangat dah perubahan positif dekat muka aku ni.. Yang best ape tau? Kita rasa muka kita lembab-lembab bila pegang macam melantun lantun gebus gitu...Haha. Betul wehh... Tak caye pulak korang eh...

Ok la ok la.. Meh aku sharekan macamana muka aku sebelum ni... 




Jerawat besar-besar... Dan muka agak kusamkan! Wuuaaa! Nangis.. T_T Nampak kat pipi tu.. Hitam-hitam sebab parut jerawat.. Saket hati.. Kalau rajin nak cari lagi gambar aku penuh jerawat, g search dekat entry lama-lama aku.. Cukuplah dua ni je aku kongsikan.. Buat apa dikenang barang yang lepas.. Hehe..

Ok..Sekarang nak share kebaikan yang lain pulak.. Dekat entry sebelum ni aku ada bagitau yang bila aku membuang memang senang lawaskan? Bila dah consume dalam 20 paket macamtu, aku perasan yang Aisyah pun senang nak membuang.. Aisyah sekarang dah start makan bubur nasik yang pekat-pekat tu.. Roti, sayur semua aku bagi.. Selalu la jugak najis dia keras.. Yelah dah makan solid food, macamtu lah pulak hasilnya kan.. Tapi... Alhamdulillah makan la nasi ke, roti ke banyak mana pun.. Senang je dia membuang.. Lancar je.. Najis dia pun tak keras dah.. Hip hip hurey! Wehh.. Cuba tanya mak-mak mana yang tak rasa kesian bila tengok muka anak berkerut-kerut susah nak membuang? Haaa.. Sila jangan geli dengan kegembiraan ku ini.. ^_^

Lagi satu kegembiraan adalah, susu badan banyak.. Alhamdulillah.. Rezeki untuk Aisyah.. Aku memang bukan macam orang lain yang sampai bengkak-bengkak breast sebab penuh dengan air susu.. Mungkin badan aku produce susu cukup-cukup je untuk Aisyah..Aku direct breastfeed Aisyah dan 24jam depan mata dia.. Selalunya tengahari ke petang tu dah rasa kosong dah breast aku.. Alhamdulillah lepas consume Ephyra ni.. Memang tak pernah dah rasa kosong.. ^_^

Oh ye... Betul ke Ephyra ni memberikan tenaga dekat kita.? Pada aku ye.. Aku boleh je tidur lewat dalam pukul 1 lebih, bangun pukul 5.30 sebab Aisyah memang akan kejutkan dan satu hari pulak tak tidur sebab nak uruskan rumah dan Aisyah.. Alhamdulillah.. Takde pulak badan rasa penat.. Takde pulak rasa mengantuk yang melampau... Kalau sebelum ni.. Pukul 9 Aisyah dah tidur, aku join tidur sekali..Haha! 

Ramai jugak kawan-kawan aku tanya kebaikan Ephyra ni.. Dan memang aku bagitau apa yang aku rasa.. Alhamdulilah diorang percaya dengan testimoni aku ni.. Pada aku, kenapa produk ni sangat-sangat berkesan, sebab berasaskan bahan-bahan yang ada antioksida.. Memang badan kita ni bertoksin.. Kita perlukan makanan yang sihat untuk menyahkan toksin dari dalam badan kita.. Bila toksin dan bahan-bahan tak baik dah takde dalam badan kita, tu yang semua pun bersih aje.. Sampai muka pun jadi gebus-gebus..Hehe..

Nak share bahan-bahan dalam Ephyra ni dan kebaikannya. :-

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida 
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


Haaa.. Banyakkan? Betulkan aku cakap semuanya menyihatkan dan banyak bahan antioksida..

Ok, tulah perkongsian tentang pengalaman aku minum Ephyra selama 30 hari ni.. Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku berusaha masuk 3 kali semata-mata untuk mencuba produk ni.. Ada hasilnya.. Nak nangis happy.. T_T

Semoga ada rezeki menang phase ke 2 ni.. Andai kata takde rezeki menang, aku bersyukur menang Phase pertama ni.. Allah bagi aku peluang untuk mencuba produk yang sangat bagus.. Sesuai untuk aku dan insyaallah sesuai jugak untuk semua orang..Secara tak langsung, dalam nak mempromosikan produk ni dengan membuat contest, pada aku bos produk Ephyra ni nak memberi sedekah dan berkongsi kebaikan produk ni kepada orang lain secara percuma. Tak mengeluarkan sesen pun.Allahuakbar Semoga Allah memberkati usahanya dan melimpahkan rezeki yang tak terhingga untuk dia..Diam tak diam pasti ramai yang mendoakan dia... ^_^ 

 Boleh tengok banyak lagi testimoni di Oceanlife2u.com

Harga untuk Ephyra :-

1 kotak 30 sachet + 1 Recycle Bag + Shaker = RM197/Semenanjung
                                                       =  RM 207/SS

1 Kotak Trial Pack = RM 68 / Semenanjung
              = RM 78 / SS



Ok.. Sekian entry untuk Pengalaman Menggunakan Ephyra ni selama 30 hari.. ^_^v

Aku dah jadi dealer Ephyra untuk kawasan Ampang.. Jadi, yang duduk area Ampang, wangsa maju, keramat, setapak boleh contact aku ye.. Aku buat COD.. Dan untuk pos seluruh Semenanjung Malaysia, aku buat free postage.. ^_^

Jom beli Ephyra dengan aku dengan harga promosi.. ^_^

Tuesday, January 28, 2014

Minta lah...

Bergenang air mata aku bila baca poster ni..

Kadang2 bila kita rasa selesa, kita lupa nak menadah tangan berdoa..

Tapi Allah selalu akan mengingatkan kita untuk meminta balik dekat DIA tatkala kita semakin leka... DIA berikan kita satu ujian kecil untuk kita tersedar yang kita perlukan DIA untuk mendapat apa yang kita inginkan..

Terima kasih Ya Allah.. Kerana selalu melontarkan batu-batu kecil kepada ku.. ^_^

Tatkala rasa ingin meminta.. Tiada siapa yang mampu memberikan apa yang kita inginkan kecuali Allah...

Jom baca Al Ma'thurat.. ^_^

Monday, January 27, 2014

Nasrina Dah 3 Series..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Di panjangkan usia ke umur 30 tahun.. Alhamdulillah..Diberikan rezeki yang melimpah ruah dari segi kasih sayang.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...





Kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa bersama-sama dengan aku tak kira susah dan senang... Alhamdulillah mereka jugak Allah berikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik..

Alhamdulillah dipinjamkan kepada aku seorang puteri yang sangat sihat, lincah dan bijak.. Insyaallah dipermudahkan Allah dalam membesarkannya dan cita-cita aku untuk dia menjadi pejuang agama Allah termakbul.. Insyaallah...




Alhamdulillah.. Dipertemukan dengan produk yang amat serasi dengan aku.. Iaitu Ephyra.. Alhamdulillah.. Boleh dikatakan supplement yang lengkap untuk aku... Untuk kecantikan dalam dan luaran.. Semuanya dengan kehendak Allah aku dipertemukan dengan produk ni... ^_^


Ok.. Antara matlamat yang aku nak cuba kejar dan praktikkan dalam kehidupan seharian aku :-

  1. Memastikan dalam sehari sekurang-kurangnya SATU SOLAT SUNAT dan SATU HELAI membaca Al-Quran dan MESTI membaca Al Mathurat setiap hari..
  2. Cuba untuk menjaga aurat sebaik mungkin...
  3. Menjaga keluarga aku sebaik mungkin.. Berusaha membahagiakan keluarga aku dari segi masa, tenaga, kasih sayang dan kewangan insyaallah.. (Ini di antara usaha memantapkan kekuatan hati, fizikal dan kewangan)
  4. Menjaga alam sekitar.. Akan cuba mempraktikkannya dari dalam rumah dan aktiviti seharian..Antaranya pengurangkan penggunaan plastik..
  5. Menjaga penampilan diri.. Untuk suami dan kepuasan diri sendiri.. 
  6.  Menjaga kesihatan.. Sekurang-kurangnya bersukan sekali seminggu..
  7. Kurus! 5 kilo je pun nak turunkan untuk berat sebelum mengandung.. Tu pun liat sangat.. Huhu..
  8. Memberikan komitmen sepenuhnya dalam perniagaan.. 
  9. Menjadi suri rumah yang berjaya menjaga rumah, suami dan anak..Menjadi seorang yang tersusun jadual hidupnya...
  10. Menambahkan ilmu kekeluargaan dan perniagaan.. Tak kira dari segi pembacaan, melalui tv atau pergi ke kelas..
Ok.. Sebelum ni banyak yang berlegar dekat fikiran.. Tapi tak dicatatkan.. Lupa.. Sebab tulah kena catatkan? Bak kata Dr. Azizan Othman.. Matlamat yang dicatat mempunyai potesi untuk lebih mudah dicapai berbanding matlamat yang hanya ditulis dalam kepala.. Berlegar-legar akhirnya hilang... Huhu..

Ok.. Insyaallah.. Aku akan cuba mencapai cita-cita aku ni.. Aku akan walk the talk.. Bukan hanya talk the talk.. Eiiccehh... Dan mungkin dari masa ke semasa list ni akan bertambah.. ^_^


nota kaki : Semoga aku dimatikan dalam keadaan yang beriman... 




Sunday, January 26, 2014

Wideshawl Preoder Dah Sampai!





Assalamualaikum!

Kepada customer yang dah order Wideshawl ni, kami akan buat penghantaran Isnin ni insyaallah.. Awal daripada expected date yang kami janjikan.. ^_^

Terima kasih kerana membeli belah di Nur Aisy Shoppe.. ^_^v


Thursday, January 23, 2014

Tak Nak Mengaku Rindu Rinduan...

Assalamualaikum..

Tengahari tadi tiba-tiba dapat mesej dari kawan aku Aiza..

Aiza : Assalam Nas.. Ko sehat ke? Ada apa-apa cerita ke?

(Aku  blur....cite ape eh? Tapi aku balas je...)

Aku : Assalam... Sehat Alhamdulillah.. Cerita baru Aini dapat baby girl semalam..

Aiza : Ohh yeke.. Alhamdulillah.. Bukan apa.. Aku mimpi ko malam tadi.. Tu yang tanya ko sehat ke tak...

(pastu borak macam biasa)


***********

Petang tadi jugak, Shida tiba-tiba yang boleh dikatakan hampir setahun tidak berkeep in touch telah Whatsapp aku..

Shida : Assalam Nas! Ko sehat kan? Aku tiba-tiba teringat dekat ko tadi dalam toilet.. (Ok, perlu ke dalam toilet?)

Aku : Assalam.. sehat.. Nape weh?

Shida : Tak de.. Tetibe teringat dekat ko.. Aku ada hutang apa-apa lagi tak dengan ko..

Aku : Rasa nya takde pape dah.. Semua dah setel dah..

Shida : Ohh.. Ok...

(Perbualan berterusan)


*************

Ok... Dah kenapa budak berdua ni bersatu hati nak ingat-ingat dekat aku? Rindu merindu la tu.. Tapi tak nak ngaku...kuikui..

Hmmmmm... Wahai kawan-kawan.. Ketahuilah.. Aku memang akan menghantui kehidupan korang sama ada dalam tidur mahupun dalam tandas setiap tahun pada bulan Januari... Muahahahhahahaa!!

Siapa mangsa seterusnya? Tungguuuuuuuuuu...









Nota kaki : Lepas ni, kalau ingatkan aku.. Hadiahkan aku Al-Fatihah ye.. ^_^...




Tuesday, January 21, 2014

Review Ephyra : Tinggal 5 Paket Je

Assalamualaikum..

Ingat taknak update lagi pasal Ephyra ni.. Nak tunggu habis 30 paket baru nak buat fully testimoni.. Tapi eksaited pulak nak share dekat sini lepas borak-borak dengan kakak and adik aku dekat group Whatsapp tadi..


Abaikan lah ayat penapis teh tu ya.. Cukuplah dengan kesimpulan yang dapat diambil dari ayat-ayat mereka bahawasanya gambar tu telah diedit menggunakan apps 360 atau sebagainya..Haha. Gambar tu aku ambik semalam.. Memang tak berbedak tak berlipstik.. Sebelum ni parut-parut jerawat agak ketara jugak.. Warna kulit pun tak sekata.. Jerawat? Huhu.. Jangan cakaplahkan.. Tenggelam timbul aje dekat muka aku ni ha.. Alhamdulillah.. Selama aku minum Ephyra ni memang takde sebutir pun jerawat naik.. Alhamdulillah.. Nasrina is hepi.. Hihi


Update ringkas je ni.. Eksaited sangat nak share dengan korang.. Campur sedihnya tinggal 5 paket je.. Dah jadi rutin minum tiap-tiap pagi lepas subuh... Dah macam satu kemestian pulak.. Hehe.. 

Insyaallah nak teruskan minum Ephyra ni.. ^_^

Monday, January 20, 2014

Beriadah Di Taman Tasik Titiwangsa...

Assalamualaikum..

Ini cerita hari Ahad.. Dah lama dah bercita-cita nak pergi jogging dekat taman hari Sabtu atau Ahad.. Dulu-dulu terbayang je nak joging dekat taman sambil tolak stroller anak.. Omputeh sangatkan? Selagi takdek stroller untuk ditolak, selagi tu taknak jogging.. Alasan si gemok..Haha!

Lama dah plan dengan Shahril nak pergi jogging.. Tapi selalu je tak jadi..Sebab selalunya dekat rumah aku ni lepas je solat subuh, terus sediakan sarapan.. Lepas tu sarapan, lepas tu pergi pasar terus..Kali ni aku nekad.. Aku nak jugak.Sampai bilakan? Tak boleh tak boleh.. Mari kita ubah aktiviti pagi kita...Pagi-pagi lagi aku dah semangat.. Aku bangun terus buat sandwich simple..Janji ada je.. Aku bungkus..Last-last tak makan pun..Balik jogging baru makan..Buat standby kalau lapar je.Hehe..

Macam biasa Aisyah pukul 5.30 pagi tu memang dia dah bangun.. Dah main-main.. Tak payah mandi, jommm! Hehe.. Haaiippp.. Mesti la tukar pampers dia dulu, cuci muka, pakai kan topi.. Selalunya laju je dia tarik topi dia bila aku pakaikan.. Ni elok pulak dia diam.. Semangat nak jogging la tu...Hehe.. Dalam pukul 7.20 macamtu kitorang pun keluar.. 


Pergi jogging dekat Taman Tasik Titiwangsa.. Dalam 10 minit macamtu je dari rumah aku ni.. Dengan jalan tak jem nya.. Wiieehhuu.. Seronok betul..^_^ 


Pukul 7.30 kitorang sampai tu, dah penuh dah parking.. Orang pun dah ramai.. Pukul berapa lah diorang sampai agaknya kan? Budak-budak pun ramai.. Enjoy je lari sana sini.. Aisyah nampak budak-budak ramai.. Kemain riuh lagi dia..


Cantikkan? Ni first time ni aku jogging sini.. Aku dah terfuuyyyoooo! Tinggi nya air pancut! Haha! Kems sangat... =p



Tengok lah Aisyah.. Dah pandai tunjuk-tunjuk dah.. Asyik lah tunjuk dekat air pancut tu... Sama kagum macam mak dia.. Kihkih



Mata dekat situ je tak nak lepas..Kalau ada burung terbang tunjuk burung pulak.. Ada budak-budak lari tunjuk budak-budak pulak.. Macam nak join lari sekali.. 


Dah pusing satu round... Ni Aisyah dah malas nak tunjuk-tunjuk.. Ngantuk dah la tu.. Haha! Asyik duduk senget macamtu je.. Kita nak betul pun dia tak bagi.. Pastu cuba nak capai tayar stroller tu..Tersenget-senget badan.. Haha.


Ehh!! Dah kosong dah stroller die.. Mana Aisyah?


Ni ha dia.. Taknak duduk dah dalam stroller.. Muka pun taknak senyum dah..Layu je muka.. Meh mak dukung.. Bagi lemak-lemak dekat badan ni cepat sikit pecah.. Hehe..


Halololoo...Terlepek dah dia tuuu... Memang dah ngantuk sangat dah...


Taadddaaa!! Akhirnya... Hehe.. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca pun redup aje.. Laju la dia tido sambil kita berjalan.. Dapatlah mak dengan abah mengeluarkan kalori selama 45 minit... Hehe.. Ok lahkan? Selalunya weekend pergi pasar kali ni tukar aktiviti pulak.. Hihi...

Insyaallah nak jadikan aktiviti ni aktiviti weekend kitorang kalau takde aktiviti lain yang lagi penting.. Paling lama pun sejam je.. Kitorang sampai rumah dalam pukul 8.45 pagi.. Awal lagikan? Nak pergi pasar lepas tu pun boleh lagi..Hehe.. 

Jom beriadah!! ^_^



nota kaki : Gambar-gambar di atas adalah gambar bacin tanpa bedak dan lipstik.. Haha!




Saturday, January 18, 2014

Jangan lah marah Aisyah, Abah....



Abah : Aisyah... Mana remote aircond?

Aisyah : Err.. Alamak abah.. Aisyah terjatuhkan belakang katil..


Abah : Haah la ade dekat belakang katil ni lah...

Aisyah : Ade kan bah?



Aisyah : Abah jangan marah eh....


Aisyah : Meh Aisyah tolong.....

Abah : Takpe.. Biar abah je ambik..


Aisyah : Abah... Abah tak marahkan? kan?

Abah : Iye.. Abah tak marah... Nanti abah amek remote tu...Sayang dia....





Haha! Tengok gambar ni.. Aku bayangkan tulah yang dua kesayangan aku ni cakapkan.. Hihi.. Tapi muka Aisyah memang muka serba salah betullah.. Sebelum tu, dia berdiri mengintai dekat tingkap tu.. Siap bawak remote aircond tu sekali.. Lepastu die lepaskan jatuh ke belakang katil tu.. Start tu dia dah buat muka cuak.. Haha! Pandai betul...Buat muka kesian takut kena marah la tu..Macam la penah kena marah..Haha! 
Aisyah.. Aisyah... =p




Friday, January 17, 2014

Jom Kitar Semula!

Assalamualaikum...

Dah lama aku nak bercerita pasal aktiviti kitar semula ni tapi asyik la tak tershare.. Ok, ni dah ada gambar, marilah kita share cerita ni..Hehe..

Semenjak aku kahwin ni, famili Shahril memang suka kumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula.. Plastik, besi dan kertas memang kitorang takkan buang.. Setiap 3 minggu sekali atau bila-bila rasa barangan terpakai ni dah banyak, memang terus hantar dekat pusat pengumpulan barangan terpakai..



Gambar ni aku amek 2 minggu lepas kalau tak silap.. Pusat Kitar Semula ni pun dekat je dengan area rumah aku. Dekat Danau Kota. Masa mula-mula kahwin dulu, aku agak tak biasa jugak dengan aktiviti ni.. Laju je buang bekas-bekas plastik lepas minum.. Aku ni memang pembeli setia air mineral..Jadi, memang banyak lah botol-botol air ineral tu kalau kumpulkan..Hehe.. Lama-lama aku dah terbiasa dah kumpul.. Lepas minum, aku tak buang terus dalam tong sampah.. Bawak balik and kumpul..

Dulu sebelum kahwin aku pernah baca dalam majalah Solusi.. Tak ingat ustaz mana.. Dia ajak kita semua amalkan aktiviti recycle ni.. Galakkan famili kita jaga alam sekitar.. Disamping tambah-tambah duit poket.. Walaupun sikit, duit tetap ada nilainya.. Tapi masa tu duk simpan dalam hati je lah.. Cita-cita tu ada tapi tak terbuat.. Alhamdulillah.. Cita-cita kesampaian.. ^_^

Mak dengan ayah aku pun sekarang ni dah terbiasa dah kalau ada bekas-bekas kosong bagi dekat aku.. Kalau taknak bagi dekat aku pun, aku suruh ayah aku hantar dekat pusat kitar semula yang terdekat dekat Ampang tu.. Bukan apa.. Bila kita ada ilmu sikit-sikit tentang penjagaan alam sekitar, apa salahnya kita praktikkan kan? Moga-moga kita tinggalkan alam yang sihat untuk generasi akan datang.. ^_^

Banyak kebaikan kitar semula ni..Nah baca dekat sini... Tolong baca ye.. Plisss.. Artikel dari Wardina.. ^_^ Aku macam biasa lah.. Nak buat ayat tak reti ngat.. Hihi...

Oh ya, aku dah daftar jadi ahli untuk WWF.. Boleh kumpul barang Panda yang comel.. Hihi...Jom daftar jugak jom.. ^_^v

Okei.. Jom kitar Semula! \0/

Semoga ada rahmat Allah dalam setiap perbuatan kita sebagai pemegang amanah Allah di muka bumi ni.. ^_^


Nak daftar untuk WWF tu klik SINI ye.. ^_^


p/s  Alhamdulillah...Sedang dalam usaha untuk Recycle.. Akan datang akan berusaha untuk Reduce dan Reuse pulak.. ^_^


Tuesday, January 14, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul... Jom pertingkatkan jumlah selawat kita untuk Rasulullah s.a.w untuk hari ini dan hari akan datang... ^_^

Sunday, January 12, 2014

PRE ODER WIDESHAWL (Cantik dan Murah!)

Assalamualaikum... Nak buat iklan kejap.. Nur Aisy Shoppe sedang membuka PRE ODER untuk pelbagai corak Wideshawl yang terbaru.. Detail seperti berikut :-


Material :100% rayona
Size :90cm×180cm

Price :
RM25/pcs
RM21/pc -3 pcs
RM 19/pc -5pcs and above
(postage Excluded)

Last Date to Pre Oder : 10.00 pm 15 Jan 2014
Estimation Time Arrive : 5hb Feb 2014

Dekat bawah ni antara corak wideshawl yang ada.. Untuk lihat corak yang lain, boleh tengok dekat Album WIDESHAWL PREODER 




Place your order now! SMS/Whatsapp 019-3613164



Sunday, January 5, 2014

Review Ephyra : Selepas 10 Hari..

Assalamualaikum...

Sekejap je kan? Rasa baru je melompat-lompat happy parcel Ephyra sampai..Ni dah nak update testimoni selepas 10 hari pulak dah..Cepatnya masa berjalankan...

Ok, aku nak cerita untuk hari pertama aku minum Ephyra ni.. Aku minum sebelum sarapan.. Aku sarapan awal.. Pukul 7 pagi.. Macam nak pergi kerja je kan? Haha. Jadi, aku minum Ephyra ni awal pagi la.. Dalam pukul 6 ke 6.30 macamtu..Eksaited sangaaatttt...Kihkih.. Ok, apa yang aku perasan.. Lepas je aku sarapan, makan tengahari dan dinner, lepas makan je mesti aku nak ke toilet terus.. Membuang balik segala yang aku makan tu.. Ahkak agak hip hip hurey di situ.. Sebab ini menunjukkan kadar metabolisma aku dah tinggi..Sistem pencernaan agak baik di situ.. Selalunya makan lah aku banyak mana pun.. Tunggulah pagi esok nak membuangnya.. Bila perut penuh, tu yang badan macam cepat letih dan asyik nak membaringkan diri je.. Betul tak? Selama aku makan Ephyra ni terasa ringan sikit badan.. Takla macam ular sawa kekenyangan..Hehe..

Dalam 10 hari ni jugak aku sangat berpuas hati dengan Ephyra ni sebagai milk booster aku.. Aku tak dapat nak tunjukkan perbezaan secara berapa banyak aku pam sebab aku direct breastfeed Aisyah. Cuma apa yang aku boleh bagitau, terasa susu penuh sampai ke petang.. Selalunya, tengahari dah terasa kosong sebab Aisyah agak kuat jugak menyusu dan aku kenalah minum Horlick untuk menambahkan susu dibadan ni ha.. Sebelum ni memang aku jadikan Horlick sebagai milk booster aku.. Jadi, bila dah ada Ephyra ni, aku minum Ephyra awal pagi dan Horlick waktu sarapan..Sangat-sangat boleh membuatkan Aisyah kenyang seharian..Haha.Isshh.. Puas hati sangatlah.. Tak tau nak cakap macamane..^_^

Haaa.. Lupa nak cakap.. Aku cepat lapar kalau tiba masa yang Aisyah kuaaatttt sangat nak menyusu dalam satu-satu masa tu.. Alhamdulillah lepas aku consume Ephyra ni, tahap kelaparan tu tak melampau sangat macam sebelum ni..Kalau sebelum ni, kalau lambat je sikit aku makan, aku pening, jalan pun terhuyung hayang.. Huhu.. Sadiskan? Macam tak makan seharian..

Takde gambar lah nak share dekat korang untuk entry ni...Emm.. Untuk muka, aku belum nampak lagi perbezaan yang ketara sangat..Maybe sebab nak menghilangkan lopak-lopak di wajah ku ini mengambil masa yang lama. Haha! Cuma, apa yang aku perasan... Ada satu jerawat nak tumbuh betul-betul dekat atas bibir hampir dengan hidung. SAKIT GILE!! Tapi... Ehhh.. Tiba-tiba kecut dengan sendirinya.. Aku tak letak apa-apa krim pun.. Selalunya aku tepek jugak OXY10.. Ni tiba-tiba kecut sendiri.. Hip hip hurey \0/
Mungkin keberkesanaan dari Ephyra...Hihi..

Ok.. Itu je dulu Review aku untuk Ephyra ni.. Insyaallah nanti aku share lagi ye.. ^_^


Friday, January 3, 2014

Pembayaran Gaji Tahun 2014 Untuk Sektor Kerajaan..

Assalamualaikum..

Dulu, masa aku kerja JKR, memang ada je tampal Jadual Pembayaran Gaji Bulanan ni dekat bilik aku.. Senang nak budget untuk gaji tiap-tiap bulan.. Yelah, gomen ni cara bayaran gajinya ikut musim perayaan. Ada masa tu, dalam bulan yang sama dapat dua kali gaji.. Nak tunggu gaji akan datang, punyalah lama.. Kalau tak pandai nak uruskan kewangan time tu, memang sesak la nak menunggu gaji akan datang tu.. Silap-silap boleh tertangguh hutang kereta, atau hutang-hutang yang kita dah memang kena bayar tiap-tiap bulan..Bahaya bahaya..

Walaupun aku dah tak kerja gomen, sumber kewangan aku bekerja di gomen..Hehe.. Jadi, marilah aku tampal dekat sini Jadual/ Tarikh Pembayaran Gaji untuk pekerja kerajaan ni ye.. Senang aku nak manage pendapatan bulanan aku..Kihkih..



Bulan Januari 2014
Hari Khamis 23/1/2014 (Tahun Baru Cina 31/1/2014 - 1/2/2014)

Bulan Februari 2014
Hari Selasa 25/2/2014

Bulan Mac 2014
Hari Selasa 25/3/2014

Bulan April 2014
Hari Khamis 24/4/2014

Bulan Mei 2014
Hari Khamis 22/5/2013 (Pesta Keamatan 30 - 31/5/2014)

Bulan Jun 2014
Hari Rabu 25/6/2014 (Hari Gawai 1 - 2/6/2014)

Bulan Julai 2014
Hari Selasa 22/7/2014 (Hari Raya Puasa 28 - 29/7/2014)

Bulan Ogos 2014
Hari Isnin 25/8/2014

Bulan September 2014
Hari Khamis 25/9/2014

Bulan Oktober 2014
Hari Khamis 16/10/2014 (Deepavali 23/10/2014)

Bulan November 2014
Hari Selasa 25/11/2014

Bulan Disember 2014
Hari Khamis 18/12/2014 (Krismas 25/12/2014)


Terima kasih dekat Blogger Mialiana sebab share jadual ni ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails