Saturday, November 30, 2013

Berjaya Masak Ikut Resipi Mak...

Assalamualaikum...

Sebagai anak jati Pahang, ikan patin adalah ikan kegemaran aku.. Buat bakar ke, goreng ke, masak asam ke, semua aku makan.. Nyum nyum nyum....Semua pun sedap.. Nyum nyum nyummm...

Sepanjang setahun aku kahwin ni, masakan berkuah memang aku tak masak.. Gulai ke, masak asam ke, asam pedas ke,kari ke, mahupun masak singgang.. Memang aku tak pernah masak..Kalau konsep berlada, masak kicap haaa.. Tu aku masak.. Ohhh ade masakan berkuah yang aku masak, tom yum.. Kihkih... Itu je lah pun.. 

Tapi semenjak dua menjak ni, aku dah mula nak belajar masak masakan berkuah.. Mula-mula haritu aku buat gulai ketam.. Cayooorrrrrr aje..Haha! Boleh tak Shahril tanya aku tak letak santan ke.. Haha. Nampak benar cairnye..  Lepas tu esok-esok nya aku buat gulai udang pulak.. Ok, Shahril kata sedap dah tak cair dah.. Haha! Berjaya di situ... Minggu lepas mak aku bagi ikan patin fresh dari kampung.. Aku belah bahagikan dua.. Yang bahagian pertama aku masak minggu lepas.. Aku buat masak asam.. Kebetulan masa tu ayah aku datang.. Aku bagi ayah aku makan.. Aku tanya sedap ke tak.. Nak dengar ayah aku cakap tak sedap? Memang tak lah kan... Kalau aku tak letak garam dalam masakan aku tu pun ayah aku akan cakap sedaapppp jugak. Kena paksa cakap apa yang kurang baru dia nak bagitau.. Yang ni pun aku tanya ayah aku.. 

aku : Abah, sedap tak?

Abah : Sedaaaap.bestt. (sambil tunjuk tangan good)

aku : Tapi ada kurang kan bah kan rasa dia tu

Abah : Takdelah ok je semua...

aku : Ada lah bah.. Macam kurang masam dia.. Tak kick sangat..

Abah : Haah.. Kurang masam sikit.. Adik letak asam keping apa? Sebab memang ada sesetengah asam keping tu dia tak masam sangat.. Kena letak lebih sikit..


See!!! Haaa... Baru nak ngaku... Kena kita listkan baru abah aku nak cakap apa kurang dia.. Siap bagi tips lagi.. Abah aku memang.. Dia takkan buat/cakap benda-benda yang boleh mengguriskan hati isteri dan anak-anak dia ni.. Semua perempuankan.. Kang abah takdek geng kalau semua merajuk.. kihkih..Oh ye...Korang belum baca cerita pasal macamana ayah aku jaga hati mak aku eh? Meh baca meh...

Ehh.. Dah cerita pasal abah pulak.. Padahal nak cerita pasal ikan patin..Haha! Makanya, hari ni aku masak lagi ikan patin.. Selalunya aku akan tanya Shahril nak masak apa.. Harini aku diam je.. Aku terus je masak sebab aku nak masak asam ikan patin jugak! Aku dapat rasakan dia takkan nak aku buat masak asam sebab baru sangat aku masak.Haha!Oleh sebab aku nak jugak, jadi aku masak senyap-senyap biar dia makan aje.. Kihkih..

Kali ni hamek ko.. Mau 10 keping asam keping aku letak.. Puas hati aku..Sebelum ni 4 keping je kalau tak silap... Alah.. Kecik-kecik aje asam keping tu.. Hasilnya.. Aku sangat berpuas hati! \0/ Shahril? Tak yah tanya sedap ke tak.. Kalau dia diam je sambil makan ok la tu.. Tak sedap dan tak tak sedap.. Paham ke ayat aku? Kihkih... Kalau terlampau sedap, dia akan tanya resepi.. Kalau tak sedap dia akan tanya resipi jugak.. Jadinya, bila dia tak tanya apa-apa bermaksud dia redha dengan makanan tu..Haha.

Nah tengok gambar.. Rupa dah sama dengan masak asam ikan patin mak aku.. Rasanya pada aku dah hampir menyerupai.. Yippie!\0/



Sekian cerita ikan patin... Kalau dapat makan ni tiap-tiap hari pun aku redha..Haha

Ok, cerita pasal si kenit Aisyah pulak.. Siang tadi pergi Aeon Big Wangsa Maju.. Beli barang dapur.. Aisyah Ya Allah riuh giler duduk dekat stroller tu... Memula sampai, habis semua orang ditegurnya..Pantang orang lalu sebelah dia semua dia nak tegur.. Lepas tu ngamuk-ngamuk.. Salah aku jugaklah.. Sebelum keluar tadi dia tido.. Lepas tu dia makan bubur nasi aku buat.. Lepas tu dia kenyang aku tak bagi dah la nenen... Aku terus je bawak pergi jalan..Haaa..Bila dah lama tak berisi perut tu ngamok lapar + dahaga la kot...

Masa dia ngamok-ngamok tu ada akak promoter tu datang.. Dia tanya Aisyah lapar ke.. Aku kata mungkin jugak lah kak.. Dia kata nak cerelac tak.. Rupanya dia promoter cerelac.. haha! Aku kata boleh jugak.. Sambil mata bercahaya mintak simpati.. Haha. Nak bagi nenen ntah kat sudut mana pulak aku nak bagikan.. Dah la takde baby room kat situ.. Akak tu pun terus lah bancuh cerelac perisa beras perang.. Siap tanya Aisyah suka cair ke berketul.. Aisyah suka berketul-ketul sikit kalau cair memang takde la dia nak makan.. Siap ngunyah-ngunyah konon macam ade banyak gigi..

Siap je cerelac tu, Aku rasa sikit dulu.. Emm.. Sedap jugak.. Lepas tu baru aku suapkan Aisyah.. Adalah dalam 4 suap sudu cinonet tu dia makan.. Terus layu mata... Terus nak tido... Alahai.. Sian anak aku.. Maknya membeli belah tak ingat dunia.. Huhu... 



Sebelum ngamok-ngamok tu Aisyah duk main-main dengan stokin tu.. Masa ngamok pun tak lepaskan stokin tu.. Dah tido pun pegang jugak lagi stokin tu..Sayang sangat dengan stokin tu... Singgit je pun..Haha. Tengah ada sale.. Beli banyak sikit.. =p 





Tuesday, November 26, 2013

Rumah ke playground, playground ke rumah?

Assalamualaikum..

Entry ni sepatutnya update 2 minggu lepas.. Tapi asyik la tangguh..2 minggu ni asyik kena karang thesis..Supervisor dah suruh hantar. Kalau tak hantar, dia suruh extend lagi.. Woihh! Bila aku nak abeh kalau macamtu.. Makanya memaksa diri untuk buat jugak..Haha!Bila dah buat thesis,nak karang entry baru tak keluar-keluar pun ideanya.. Sebab asyik la terbayang graf yang nak di analisiskan. Haha!Yo yo o je kan? kononnnn sangat!

Ok, macam biasa, kita akan ceritakan perkara-perkara yang menarik berlaku dekat kitakan..? Macam aku, perkara yang sentiasa menarik dekat aku mestilah pasal Aisyah.. Hehe.. Jadi, korang yang baca pun terpaksalah buat-buat menarik jugak cerita pasal Asyah ni.. Haha. Sebab kalau nak cerita pasal benda lain, tak terkeluar pulak idea nak mengarang ni ha..

Entry lepas-lepas aku ada bagitaukan yang Aisyah dah tak boleh tinggal sorang dah atas katil. So, kitorang dah pasang balilk playpen aka katil dia tu.. Ingatkan bila dah pasang balik, selamat lah nak tinggalkan dia sorang-sorang dalam tu.. Rupanya tidak! Kita kena duduk jugak sebelah dia doplohpat jam.. Kenapa? Ok nanti aku cerita pasal dia dalam katil dia tu.. Korang tengok dulu macamana Aisyah bila atas katil dalam bilik aku dulu..



Boleh pulak dia nak main hujung-hujung tepi katil tu ha... Badan laju gerak ke depan ke belakang ke depan ke belakang.. Seriau gilee




Dah takde dah nak statik je kat belakang bantal tu.. Habis dilangkaunya bantal-bantal tu nak pergi dekat aku.. Tengok muka dia tu.. Sengih sengih.. Intai aku solat..Time ni aku  baru habis solat.. (Kantoi pulak aku habis je solat terus capai fon..Haha!) Sepanjang aku solat ok je dia tinjau-tinjau belakang bantal tu.. Dia tau aku dah habis baru dia langkau.. Fuuhhh.. Nasib baik...!


Berbalik kepada cerita Aisyah dah tak boleh duduk atas katil dah.. Ha... Tengok gambar ni...



Alaaa.. Takat tinjau je.. Apa lah bahaya sangat kannn...


Tak bahaya punnnn.... Boleh je pergi tempat lain tinggalkan je Aisyah dalam tu... Dia main tinjau-tinjau jeee...



Kalau lah betul dia tinjau-tinjau je..

Tapi tidak..



.


.


.


.


.


.


.


.


.


Haaaaaaa......... Dia nak berdiri ok..! Lepas tu gelak-gelak hepi gile.... Kita tak pandang dia, dia duk "hey!hey!" Bila kita pandang kemain gelak sampai telinga.. Lepas tu boleh pulak nak lepaskan dua2 tangan! -_-" Bedebush jatuh pun ilek je.. Kalau nangis pun kejap je buat lagi...

Mak mertua aku memang dah cuak gila dah tengok Aisyah macamtu.. Akhirnya dia pergi selongkar barang-barang dalam bilik dia... Nak cari ada tak apa-apa yang boleh dijadikan tempat yang selamat untuk Aisyah...


Akhirnyaa......










Tadaaaaaaaa.....







Duduk lah Aisyah dalam kelambu khemah tu... Haha! Dah rupa playground dekat shopping kompleks dah rumah ni...Haha!

Bila masukkan Aisyah dalam kelambu ni..Aisyah hepi ke tak eh? Duduk terkurung aje....Kesian jugak kat dia...


Tengok muka dia ni...Rasa-rasanya dia hepi ke tak?











nota kaki : Alhamdulillah..Membesar dengan sihat ye anak mak...

Monday, November 25, 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Wednesday, November 20, 2013

Usaha tangga kejayaan

Assalamualaikum...

Nak update ringkas je ni..Untuk sesiapa yang rindukan Aisyah.. Ade ke? Haha. Ok aku je yang perasan sendiri..haha

Nah gambar budak yang kuat semangat ni... Dah berapa kali gedegang terjatuh.. Dah berapa kali kepala terhantuk.. Tetap maintain nak jugak amek pelekat ubat nyamuk tu yang memang dia dah aim lama...



Ok tu je... ^_^


Nota kaki : Mak kena pinjam semangat Aisyah untuk habiskan study mak ni...



Tuesday, November 12, 2013

Anak lelaki dan perempuan




Mengajar anak perempuan seperti ini supaya dia tahu lelaki bagaimana yang tak akan mensia-siakan hidup dia, menyayangi dia dan ingin membawa dia ke syurga...

Mengajar anak lelaki begini supaya tidak mensia-siakan wanita di sekeliling dia dan dalam masa yang sama menghormati dan membimbing dia hingga ke syurga..


Semoga kerisauan seorang emak dalam membesarkan anak-anak dalam dunia yang semakin mencabar ini dimudahkan Allah.Semoga dipertemukan dengan orang yang baik-baik.. Semoga dijauhkan dari orang-orang yang tidak baik..



Monday, November 11, 2013

Hip hip hureyy

Asaalamualaikum..

Harini Aisyah cucuk 6 bulan..6 bulan akan datang pulak insyaallah cucuk lagi..Hip hip hureyy! Rehat untuk dicucuk..hehe..

Malam tadi pukul 10 baru dia tido.. Pagi ni pukul 4 lebih dah bangun.. Ajak main aje.. Pergi cucuk tadi, habis semua orang ditegurnya.. Masa jarum terbenam dekat kaki pun rilek je.. Cuma masa nurse nak tarik jarum tu jerit kejap lepas tu rilek tengok pemandangan dalam bilik nurse tu.. Alahai anak mak..Kuatnya lah awak ni.. Neni kata mak masa kecik, baru masuk bilik nurse pun dah menangis.. Bila kena cucuk meraung terus. .Haha!

Habis dekat klinik kesihatan dalam pukul 9.30 pagi. Masuk kereta, kena aircond baru lah nyenyak tido..

Dah pergi pejabat pos hantar barang2 yang customer oder, dah pergi Cimb nak bukak akaun bank baru sebab ramai jugak customer yang ada cimb takde maybank, dah pergi Wangsa Walk  Aisyah maintain tido. Ngantok sangat la tu..Hihu..

Nak cerita pasal wiken haritu..Ili datang rumah hantar barang. Jumpa lah Aisyah dengan Abg Faqeeh yang amboi kemain pandai mengorat siap senyom meleret nak ajak Aisyah borak (panjang tak?haha) Aisyah tau pulak selaku seorang gadis saya perlu jual mahal dan malu-malu..Dia diam je masa Faqeeh ajak borak..Selalunya kemain riuh suara.. Dah lama sikit tu baru keluar suara.. Baguih la baguih.. Malu-malu sampai besar ye Aisyah. ^_^


Tangkap gambar sebelah Ili adalah harapan yang terkubur je untuk kelihatan kurus..HahaFaqeeh : Awak nak borak sebenarnyekaannnn!!

Aisyah : Saya akan cuba untuk menyembunyikan suara saya yang macam speaker ni...


Haha!


Sunday, November 10, 2013

Ephyra Idaman Saya

Assalamualaikum..

Umur dah semakin meningkat ni.. Mula lah rasa nak mencari sesuatu yang boleh membantu aku dalam menyihatkan kesihatan aku luar dan dalam.. Di samping nak sihat, nak jugak cantik berseri-seri.. Dulu sebelum kahwin selalu jugak lah pergi buat rawatan muka nak bagi buang segala macam yang menempel dekat muka ni.. Tapi bila fikir-fikir balik, kecantikan luaran akan cantik bila dalaman kita di jaga dengan baik.. Emm.. Aku perlu cari sesuatu produk kesihatan/kecantikan yang boleh membantu aku untuk cantik dalam masa yang sama menyihatkan badan aku ni..

Selama aku rajin berblogwalking ni, aku asyiklah nampak ramai betul blogger yang cuba produk Ephyra ni.. Aku duk usha-usha jugak kebaikan Ephyra ni.. Blog Filla Mama KasihBlog Aku Bukan Bidadari memang dah lama aku baca and menceritakan kebaikan minum Ephyra ni.. Emm..Tertanya-tanya jugak.. Betul ke bagus sangat produk ni..

Sekali dua tiga hari lepas Blog EYRIQAZZ, ada buat contest untuk produk Ephyra ni.. Ok, selama aku menjadi pembaca tegar Bro EYRIQAZZ ni, dia takkan promotekan sesuatu produk tu sebarangan.. Rupa-rupanya dia juga salah seorang yang mengamalkan minum Ephyra ni.. Patutlah dia yakin dengan keberkesanan produk ni..Oleh sebab itu, aku nak join contest ni! \0/



Mana tau kalau ada rezeki, dapatlah aku rasa kebaikan Ephyra ni sendiri secara free.. Ni hadiah-hadiah untuk contest ni :

1) 10 Pemenang @ Reviewer Terbaik akan memenangi Sekotak Premium Pack (3o sachets) yang bernilai RM197 setiap satu
2) 20 Peserta terawal yang menepati syarat dan entri yang “tidak melepaskan batuk di tangga” akan memenangi sekotak trial pack (1o sachets) yang bernilai RM68 setiap satu ( Sekiranya 20 peserta terawal ini turut menjadi pemenang No. 1, hadiah No. 2 ini akan diberikan kepada peserta seterusnya).
3) Peserta 20+ ke atas layak untuk membeli sekotak trial pack + free postage pada harga RM60 setiap satu . E-mailkan ke info@oceanlife2u.com dengan tajuk ” Harga Istimewa Trial Pack Contest Eyriqazz.com” . Tawaran ini hanya terbuka kepada Peserta Contest.
4) 7 Pemenang bertuah akan dipilih secara lucky draw akan memenangi RM10 each setiap seorang
Ok, antara kebaikan yang aku baca tentang Ephyra ni yang membuatkan aku teruja nak mencubanya ialah, hilangkan kesan parut jerawat..Aku nakkkkk sangat hilangkan parut jerawat dekat muka aku ni.. Wuwuwuuuuwww.. Jerawat Alhamdulillah dah takde dah tapi parut jerawat banyak lagi lah.. Nak jugak muka tuluss mulusss suci dan murni.. Hehe.Lagi satu, Ephyra ni adalah energy booster dan juga boleh membuatkan sistem pembuangan menjadi lawas.. Sangat-sangat diperlukan oleh orang yang nak kurus macam aku ni yang kononnya nak kurang makan tapi dalam masa yang sama nak bertenaga. Selaku suri rumah, emak, bisneswoman kecil kecilan dan pelajar, kekal bertenang untuk 24 jam sehari adalah sangat diperlukan..Oh ye.. Ephyra ni jugak boleh dijadikan milk booster tau..Sangat sesuai untuk aku yang breastfeed Aisyah ni..Suke!suke!^_^ 



Cantikkan? Memey ni aku minat tengok dia berlakon dalam cerita Dunia Baru dulu..Sekarang makin cantekkkk.. Tengok badan die tu.. Alahai.. Dah ade anak sorang still ramping.. Uhuk.. Memey guna Ephyra jugak.. Nak cantik dan kurus sebegitu rupe..Perlulah nak cuba apa yang dia makankan..Hihi..

Ok, itu aje..Banyak lagi kebaikan Ephyra ni.. Korang boleh google-google atau klik je link-link yang aku sharekan dalam entry ni.. Doakan aku berjaya.. ^_^



Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com 




Homestay di Temerloh, Pahang

Homestay di Temerloh Pahang

Anda nak cari rumah penginapan untuk kenduri kahwin? Melancong? Atau berjalan-jalan untuk mencari ikan patin yang super duper lazat di Temerloh?

Family aku ada menyediakan perkhidmatan homestay....

Rumah teres dua tingkat di Taman Bahagia Makmur.

Berdekatan dengan Bandar Temerloh, Mentakab, Pekan Sehari/Pasar Tani Temerloh...Kesimpulannya dekat tengah bandarlah... 

Rumah 2 tingkat 
Kelengkapan dalam rumah :
- Mempunyai 4 bilik
-2 bilik beraircond
-TV
- Mesin Basuh
- Kelengkapan katil dan almari di setiap bilik
- 3 Tandas
- Dapur
- Pinggan Mangkuk

Rumah 1 tingkat 
Kelengkapan dalam rumah :
- Mempunyai 3 bilik
- Master bedroom berAircond
-TV
- Mesin Basuh
- Kelengkapan katil dan almari di setiap bilik
- 2 Tandas
- Dapur
- Pinggan Mangkuk


Sila contact aku direct SMS/Whatsapp 019-3613164  ^_^ Sesiapa nak tidur lebih dari 5 malam, kami bagi diskaun 50%.. Ni promo ni... Promo ni tamat sehingga diberitahu..







 



Dah ramai dah yang sewa dekat homestay famili aku ni.. Dari tahun 2010 lagi kami dah mulakan bisnes ni.. Alhamdulillah.. Semua orang berpuas hati dengan keadaan dalam rumah ni dan juga layanan mesra dari pakcik dan makcik aku ni.. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.. Moto pakcik dan makcik aku selaku tuan punya homestay dan menjaga homestay untuk rumah mak aku...Haha!

Moh ke Pahang Kite! ^_^


Friday, November 8, 2013

Macam kurus je..macam kuruss jee..

Assalamualaikum...

Nak keluar dengan atok, neni dengan Tisya Aisyah.. OOTD dulu depan cermin..

Ehhh..macam kurus jee.. Macam kurus je..Macam perasan jee...Haha!

Ok tu je.. still kalori in kalori out.. berat dah sama dengan Shahril \0/ Tapi nak terus kan lagi sampai dapat berat asal sebelum mengandung.. Alang2 dah mula ni kan..

Semangat!!!


Tokei pakai Hana Brooch ^_^


Wednesday, November 6, 2013

Jalan-jalan Naik LRT

Assalamualaikum..

Semalam cuti, aku dengan Shahril tak plan nak pergi mana-mana pun.. Tapi kena memenuhi kehendak perot budak sorang ni.....Yang nak sangat makan Tapayaki dekat KLCC tu, jadi kitorang pun bawaklah dia..Budak sorang ni itu adalah adik aku..Hep korang! Yee korang.. Ade calon pakwe untuk adik aku ni tak? Kalau ada sila hubungi aku.. Asyik la nak mengekori aku dari belom kawen sampai dah kawen ni ha.. Dapat pulak Shahril yang rajin nak melayan dia.. Lagi lahhhh dia selamba mamba nak ikot kitorang pergi mana-mana.. Tapi baguih la dia ikut.. Boleh tolong jaga Aisyah di kala Aisyah ngamok-ngamok taknak duduk dalam stroller.. Kehkeh..

Ok, jom cerita pasal semalam.. Bawak Aisyah naik LRT..Tapi kalau korang ada calon untuk dia, boleh terus contact aku ye! Ok sambung balik.. Hihi.. Mula-mula sekali kitorang plan nak naik kereta pergi KLCC.. Tapi bila dah separuh jalan, tiba-tiba rasa nak naik LRT.. Terus parking dekat Setiawangsa, naik Putra LRT pergi KLCC.. Saje kononnye nak bawak Aisyah naik LRT.. Kihkih.. Aisyah kan suke sangat kalau berjalan.. Meh rasa naik LRT pulak..


Bergambar dulu... Semangat ni.. Nak naik LRT.. Disamping aku sekarang ni tengah nak menguruskan berat badan yang super duper berat ni.. Kalori in kalori out! Haha! Itu je mulut aku sekarang ni.. Taktau apa kalori in kalori out? Pergi beli Kevin Zahri punya E-Book.. Aku beli masa aku nak kawen dulu.. Dua minggu je aku ikut.. Sebab aku beli dua minggu sebelum nak kawen.. Memang sangat mendadak pengurangan berat badan..

Lepas kawen.. Babai lah kurus-kurus ni...Makan aje keje.. Sekarang ni bila aku timbang.. Aku lagi berat 4 kilo dari Shahril! Arrgghh!!Aku kena berubah!! Jom ramai-ramai! KALORI IN KALORI OUT!

Lagi semangat aku nak kurus bila pergi kenduri, orang tegur "Ehhh Nas.. Dah berisi eh sekarang" Woottt woottt.. Ini adalah mengguris hati,perasaan dan perut ku.. Nak boikot kenduri jom! Haha. Takyah nak boikot sangat.. Diri sendiri yang kene kurus..

Oleh itu...Jom! Naik LRT.. Lalalaa~


Uhuk... Nyorok belakang stroller..


"Aisyahhhh..Aisyahhh pandang makkk senyummmmm.... "


Aisyah ni ikut mood die je.. Kejap nak duduk dalam stroller tu kejap taknak.. Bila dia taknak tu, ngamok-ngamok.. Bila dukung terus diam.. Nak tengok pemandangan luar dengan lebih jelas agaknya..

 Haaa.. Ni tengah ngamok lah ni..

Gambar dalam LRT takdek sebab ramai betul manusia berjalan-jalan di hari cuti.. Jadi, mari nyorokkan hp dan pegang stroller Aisyah dengan kuat takut berjalan pulak stroller tu.. Hehe..

Dah sampai KLCC..Jom ambik gambar dekat meja makan.. Tapi makanan takdek..Yang ada Aisyah..Hihi..




Baju ni Farhana yang bagi, lama dah dia bagi.Masa aku dalam pantang kalau tak silap.. Ni la first time pakaikan.. Suke!Suke! ^_^ Thanks Anne.. ^_^ 

Ok sekian.. Sikit je gambar.. Ini je yang ada.. Ok lahkan.. ^_^






Nota kaki : Kalori in kalori out.. Babaii..

Sunday, November 3, 2013

Kenapa Asyik Join Contest Je Ni?

Assalamualaikum...

Menjawab kepada persoalan dekat atas.. Meh aku nak cerita sikit kenapa aku rajin-rajin nak join contest sekarang ni. Blog ni dah bermula dari tahun 2009.. Kenapa baru sekarang nak join? Dah 4 tahun.. Why? Why?Emm.. Sebabnya adalah...Sebab aku nak ada  peningkatan dalam dunia blog aku nih.. Hihi..

Dah 4 tahun.. Aku takde pun kawan di alam maya ni.. Nak-nak nya sekarang bila aku dah takde ofismate.. Lagi la buat aku rasa aku perlu ada kehidupan kat luar.. Kalau tak, hidup aku ibarat katak dibawah tempurung.. Bebel-bebel dalam blog ni pun pasal anak, dengan laki aku je.. Haha! 

Macamana dengan join contest dengan segmen ni boleh menambah kenalan dengan ilmu aku? Bila aku join contest ni, kita akan rajin sikit nak berblog walking n orang pun rajin nak berblog walking dekat blog kita.. Dan kita jugak akan 'terpaksa' nak like dan follow blog/fb penganjur contest dan sponsor-sponsornya.. Mula-mula aku rasa agak semak jugakkan. Sebab penuh pulak aku punya home fb dengan update-update dari blog ntahsape-sape ni.. Tapiii...Bila dah lama-lama, aku rasa banyak pulak ilmu yang aku tau..Dari apa yang diorang selalu update dekat fb diorang, aku dapat ilmu tentang isu semasa, ilmu macamana nak menjana pendapatan dalam dunia blogging ni, tambah kenalan, dan tambah networking.. Melalui join contest/segmen ni jugak aku tau apa tu Doodle Art, tau kompeni mana yang ada buat sistem jualan kad top up melalui sms/internet untuk menjana pendapatan, blogger yang boleh buat logo kompeni, macamana nak cantikkan blog kita dan cek blog kita ni ringan ataupun berat dan BANYAK LAGILAH..  Nak tulis satu-satu panjang sangat pulak perenggan ni nanti.. Haha

Aku nak cuba untuk bejaya dalam dunia blogging ni. Ada orang boleh menjana pendapatan yang tinggi melalui blog. Kalau nak harapkan Nuffnang je, mungkin mengambil masa yang agak lama.. Sebab aku tak rajin lagi nak join aktiviti luar diorang. Aku nak jugak rasa ada pengiklan luar yang nak tumpang iklan dekat blog picisan aku ni.. Kihkih.. Cita-cita aku ni akan berhasil kalau aku rajin upate blog dan yang paling penting, FOLLOWER KITA RAMAI..Sebelum aku join contest, follower aku cuma 60 orang. Dalam 2 bulan, terus meningkat jadi 150.. Dan insyaallah kalau aku aktif, akan naik lagi dan lagi.. Aku bukan Filla Mama Kasih, Sepet, atau Ceeramoon yang cerita pasal famili sendiri pun kita dah addicted nak tau lagi dan lagi pasal diorang.. Dah macam drama bersiri, mesti nak tau cerita pasal diorang sebab gaya penceritaan diorang yang santai dan menarik.. Aku jugak bukan Hanis Zalikha yang terer gila susun ayat masa bercerita. Ayat yang sangat mudah kita nak faham dan terkesan di hati.. Aku cuma aku,yang nak bercerita tentang apa yang aku nak cerita yang ntah ada orang nak baca ke tak.. Hihi..

Jadi, itulah sebab kenapa aku rajin join contest.. Di samping kalau ada rezeki, boleh menang hadiah yang ditawarkan.. Nak-nak nya haritu aku dah pernah menang sekali.. Mestilah lagi bersemangatkan.. Hehe.. Menjawab persoalan korang tak? Err.. Ke takde sape kesah pon.. Haha! 

Ok la ok la.. Jom la cite pasal Aisyah.. Alhamdulillah.. Harini Aisyah dah 6 bulan \0/ Macam biasa, pagi tadi bangun pukul 6 pagi.. Selalu nya tengok je kitorang breakfast. Harini dia breakfast sekali.. Aku bagi dia bubur nasik yang aku dah lenyek-lenyekkan campur dengan susu badan sikit.. Banyak jugak dia makan.. Lepas tu terus layu mata dia.. Terus tido.. Haha! Kenyang sangat kot.. Ni dah bangun dah... Busy main dengan abah dia..



Manja atuk dengan neni dia ni.. Asyik kena cium, berdukung aje.. Sanggup tu atuk neni dukung walaupun stroller ade.. 




Go Aisyah go! Inilah aktiviti Aisyah yang terbaru.. Asyik nak on your mark get set go aje..


Terus pasangkan balik katil.. Sebab aku dah tak berani dah nak tinggalkan dia sorang-sorang dikelilingi bantal.. Bantal tu pun dia dah boleh tolak sampai jatuh ke bawah katil.. Bantal dah tak boleh dibuat benteng..


Semalam bawak dia pergi Aeon Big Wangsa Maju.. Awalnya nak pergi Pasar Tani. Aku cari topi dia tak jumpa.. Tu yang aku pakaikan scarf untuk elakkan panas terus ke kepala.. Elok pulak dia pakai tak tarik-tarik, aku biarkan aje sampai dekat Aeon tu.. Hehe..


Fuhhh.. Panas sangat.. Aisyah payungkan mak dengan abah..Haha!


Ok, itu aje.. ^_^








Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.







Dengan ini shida menganjurkan Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 30.10.2013 dan akan tamat pada 12.11.2013 (2 weeks). Pengumuman pemenang untuk Part 2 akan shida umumkan setelah mendapat keputusan dari pihak penaja. Untuk Part 2 pilihan pemenang sepenuhnya dipilih oleh penaja dan juga berdasarkan Unique Click (jadi affliate) Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :




  syarat-syarat wajib :  


  1. Like  Page Penaja dan Share (klik pada button share dalam entri ini)  :  

  2. Like, G+ entri ini  dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

  6. Wajib Daftar menjadi Affliate www.reddelima.com dan letak banner Affliate dalam blog (akan disemak oleh Penaja) : klik cara Daftar Affliate dengan 7 langkah mudah!








Senarai Hadiah  |  Senarai Peserta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails