Thursday, October 31, 2013

Jadi Cikgu Tusyen Add Math

Assalamualaikum...

Korang pernah ada cita-cita nak jadi cikgu tak? Aku pernah..Masa zaman sekolah dulu.. Aishh.. Kalau nak cerita pasal zaman sekolah, banyak kot cita-cita aku ni.. Cikgu lah, doktor lah, tapi yang paling tak boleh blah aku nak bukak kilang perabot jalan. Kilang tu buat sign board, mata kucing, signage jalan, rail jalan.. Sebab tu jugak tangan aku ni pergi tick dekat Kejuruteraan Awam masa isi borang Sekolah Teknik dulu. Haha! Nampak sangat aku tak tau kursus kejuruteraan awam tu apa.. -_-"

Berbalik kepada nak jadi cikgu, aku agak suka jugalah nak mengajar orang. Selalu bercita-cita konon-konon dapat kelas yang nakal gila budak-budaknya lepas tu aku budget jadi cikgu yang dapat mengubah diorang jadi insan yang berguna lepas tu diorang semua terharu sangat lepas tu sayang gila dekat aku hujung tahun nangis-nangis sebab persekolahan dah tamat.. Drama sangatkan? Haha!

Realitinya, aku adalah sangat garang.. Badan adik aku habis lebam-lebam kena cubit semata-mata dia tak dapat jawab soalan matematik yang super senang padahal lagi dua tiga hari je nak PMR!! Bila SPM, tobat dah dia nak tanya aku satu soalan pun.. Haha!

Aku pernah jugak jadi cikgu tusyen dekat taman perumahan aku dulu.. Masa tu nak tunggu result dari sem 1 ke sem 2 degree. Aku ajar Add Math dengan Math. Fizik dengan Kimia aku ajar jugak tapi sikit je.. Sekadar menjawab soalan apa yang diorang nak tanya sebab aku agak malas nak bukak buku rujukan balik untuk nak study satu-satu.. Kehkeh.. Haaa.. Anak jiran tak boleh nak garang-garang.. Berbayar okay.. Takkan sesuka hati ko nak cubit anak orang. Kang tak pasal-pasal gaji tak dapat, siap kena masuk balai polis kes cikgu cubit murid sampai lebam... Haha

Tapi... Ada anak saudara aku ni dengan sepupu aku.. Diorang ni aku tak tau lah.. Hati besi ke hati kering.. Maintain je kalau kena jerit kena bebel tahap mak tiri dengan aku.. Dari UPSR, PMR sampai dah nak SPM dah pun diorang mggu depan insyaallah. Masih tabah belajar dengan aku.Yang sepupu aku tu, Amira nama dia.. Dia dekat sekolah asrama penuh dekat Kuantan. Dia tinggal dekat kampung aku. Bila aku balik kampung baru lah aku pulun ajar dia.. Tu pun sebab kena paksa dengan mak ngan ayah dia.. Haha! Bercuti adalah untuk cutikan? Kena belajar dan mengajar pulak.. Adehh.. Tapi takpe.. Akan ku curahkan segala ilmu yang ado.. Hehe..

Yang anak sedara aku ni pulak dekat MRSM Kuantan.Ain nama dia. Rumah dia dekat Wangsa Maju ni ha.. Memang dekat je lah dengan rumah aku..Asal dia balik je dari asrama. Aku akan dapatlah call dari mak dia suruh aku ajar Ain ni.. Haritu aku dah sarat mengandung pun dia datang jugak suruh aku ajar.. 3 ke 4 hari lepas tu aku bersalin.. Tekanan dapat soalan Add Math yang susah dan kena jawab jugak.. Haha. Cikgu kannn... Kena la berusaha jugak menjawab.. Dia bawak balik soalan-soalan exam MRSM dia..  Soalan-soalan MRSM memang susah gila okeh.. Dulu masa aku kat Teknik.. Dapat je soalan MRSM memang malas gila nak buat sebab susahnya yang macam tak mungkin akan keluar dekat SPM nanti.. Kihkih.. 

2 minggu lepas Ain balik rumah dia.. Beberapa hari sebelum tu cousin aku yang aku panggil Angah tu cal aku tanya aku available tak nak mengajar Ain.. Last sebelum SPM.. Refresh apa-apa yang patut.. Setelah berfikir-fikir aku pun on sajoh.. Tapi belajar dekat luar.. Mana-mana restoran yang ala-ala boleh study dan sila jaga Aisyah! Haha.

So, kitorang pun pergilah Kenny Rogers dekat KL Festival.. Makan sambil belajar...


Ehh..Berapa kali nak tunjuk gambar time ni..Haha


Inilah Ain.. Dah besau dah.. Tanya cita-cita nak jadi apa? Nak jadi bisneswoman.. Baguih la baguih.. Kiranya die dapat sedut ilmu aku skali dengan minat jiwa dan raga aku..Haha




Aisyah ok je dengan Mak Ngah dia.. Siap tak layan aku.. Sebab Mak Ngah bawak dia pergi jalan-jalan satu shopping kompleks tu...Suka la dia berdukunggg..

Bab makan la yang best.. Aku terus oder ayam.. Lalala~ Angah nak belanja.. Kompem la yang mengenyangkan cikgukeennn...


Puas hati.. Melimpah ruah side dish dia...Mungkin sebab harga dah naik.. Selalunya alahai... Kedekut betul nak bagi banyak-banyak..








Yang dekat atas ni makanan mereka.. Ada lagi sebenarnya.. Ada sosej, aiskrim, ayam.. Tapi aku tak snap... Sebab terus NGAP!


Dah habis stadi, bergambar dulu...




Jumpe anjing besau ni ha... Haha! Aku takuttt... Biar aku ambik gambar je...Aisyah pun rilek je.. Takdek perasaan takut lagi la tu..Hehe.. Jangan bila dah besar jadi macam aku.. Nampak je clown ke, naga tahun baru cina ke, costume2 katun ke.. Semua mendebarkan hati aku.. ntahpapentahkan..



Ok, itu aje... Kepada sepupu aku dan anak saudara aku juga kepada semua yang bakal ambik SPM, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM yang bakal menentukan dekat mana masa depan korang nanti... Keputusan yang baik, akan membawa korang selangkah ke alam yang lebih baik.. Kalau agak-agak kurang bernasib baik dengan keputusan SPM, jangan risau... SPM bukan penentu segalanya.. Ingat, sebelah kaki aje akak ko ni cakap tadi.. Untuk nak dapatkan kejayaan, perlu ada dua-dua belah kaki.. Yang penting, usaha.. Jangan putus asa..Allah tu adil..  DIA menyedikan seribu satu macam punca rezeki untuk kita.. 

Oh ye.. Selagi tak dapat keputusan SPM, solat hajat banyak-banyak mohon rezeki yang terbaik dari Allah.. Semoga ada keajaiban selepas kita berusaha berhempas pulas... Jiayou!! \0/



Wednesday, October 30, 2013

Dah Mula Nak Serius Dahhh...

Assalamualaikum..


Kepada yang dah like fan page Nur Aisy Shoppe (N.A.S) aku nak ucapkan beribu-ribuan terima kasih.. Sori kalau barangan yang dijual tak banyak mana sebab still lagi dalam proses klik!klik! nak ambik gambar.. Hehe.. Pagi tadi aku ada upload brooch bentuk bunga yang aku jual.. Nak beli satu pun boleh.. Nak beli borong pun boleh.. Lawat lah Fan Page N.A.S atau boleh pergi dekat blog N.A.S.. Borang tempahan aku still linkkan dengan blog Nas Butik aku yang lama.. Aku belum tukar setting lagi ke blog N.A.S.. atau nak mudah, WhatsApp/SMS je aku ye.. 019-3613164... Lagi senang..Hehe

Aku dah nak mula serius dalam berbisnes ni... Insyaallah.. Doakan aku ye.. Semoga keputusan aku untuk berbisnes ni dipermudahkan Allah dan diberi rezeki yang cukup untuk aku dan keluarga aku..

Ingat nanti nak buat contest.. Hadiah yang ditawarkan barangan dari N.A.S.. Hehe.. Insyaallah.. Agak-agak ramai tak yang nak join? Buat sementara ni, biar aku penuhkan barangan yang nak dijual.. Buat sementara ni jugak, biar aku join contest orang lain dulu.. Haha!

********

Tadi baca blog Ceeramoon dia ada buat mini contest... Hadiah dia? 3 helai Genie Bra.. Censored ke? Ok, pembaca wanita je yang baca.. Yang lelaki, sila tamatkan pembacaan anda disini! Haha!

Dulu harga bra ni mahal jugak..Mau RM200 untuk 3 helai.. Haritu ada promotion RM99 untuk 3 helai.. Aku dengan adik aku duk pelik sangat apa yang bestnya bra ni, kitorang pun try la beli.. Memang best la! Takde besi, takdek pencangkuk semua tu.. Pakai macam kita pakai singlet tu.. Tapi memang elok je terletak, dan rasa support elok dari depan sampai belakang.. Kain dia pun best.. Lembut je.. Aku breastfeed kan? Takde masalah pun masa nak menyusukan Aisyah.. Ok sajoh pakai bra ni.. ^_^

Sebenarnya contest ni tak payah promote pun pasal bra ni.. Kena tepek gambar je.. Tapi sebab aku pengguna bra ni jugakkan.. Alang-alang, mari kita buat testimoni terus.. Hehe..


Lelaki pun baca sampai habis? Takpe.. Hadiah kan untuk isteri yang tersayang.. Hehe...




Saturday, October 26, 2013

Punca Aisyah Manje Kededek Ditemui!

Assalamualaikum...

Aku mulakan penceritaan aku dengan gambar menu untuk malam ini..


Nasi putih dengan sup ayam..Hihi.. Shahril tak sedap badan.. Balik dari Johor semalam terus selesema. Tadi ada kenduri pulak dekat Ampang. Dengan cuaca panas nya, makin tak sedap badan lah dia. Aku pun masakkanlah sup ayam, letak halia banyak-banyak...Kasi panas keluar.. Biar berpoloh-poloh.. Hehe..

Ok, sekian mukadimah yang konon nak menunjukkan isterisolehahsangat!Haha.

Jom cerita pasal Aisyah pulak.. Budak yang manjeeeee sangat dua tiga hari ni.. 


Tengok.. Duk nak angkat-angkat punggung dah.. Kalau aku letak dia dekat kepala katil, aku lepak main hp dekat hujung kaki katil, tiba-tiba dia dah sampai tepi aku, muka ngadap aku tolak-tolak aku dengan tangan atau kaki dia sambil sengih-sengih... Amboi-amboi... Oleh sebab geram tengok perangai dia yang macam dah besar sangat tu, dia harus terima balasan.. Ciuman bertalu-talu dekat pipi sampai merah.. Muahaha!

Harini ada pertemuan terbaru dekat Aisyah... 


Ok Aisyah, sila baring.. Mak nak tengok gusi..




Mak nak tengok gusiiiiiii bukan suruh gelak! -_-"


Tak berjaya baring, meh berdiri!




Ada dua anak gigi!Alhamdulillah... \0/ Bila tekan-tekan dah tajam.. Esok insyaallah mak rebus carrot ye untuk Aisyah kunyah-kunyah.. ^_^ 

Jika diizinkan Allah, Ahad depan Aisyah dah masuk 6 bulan.. Aisyah nak makan nasik dah \0/

Atuk dengan Neni yang super duper excited Aisyah dah boleh nak makan, terus belikan Aisyah macam-macam barang. Barang yang menghepikan mak Aisyah ni..Hihi...


 Tadaaaa \0/


 Khas untuk Aisyah je barang-barang ni.. Tak boleh guna untuk masak benda-benda lain pesan Neni..Hihi.. Baeklahhh!! \0/

Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com



SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


Wednesday, October 23, 2013

Wide Shawl Yang Best..(Memperkenalkan tokei kedai)

Assalamualaikum...

Ada siapa-siapa dekat sini berminat dengan Wide Shawl? Meh cuci mata dekat Nur Aisy Shoppe ^_^.. Haritu dah ambik batch yang pertama. Alhamdulillah dapat sambutan bila aku jual secara offline.. Kali ni aku nak ambik pre-oder. Last sebelum hari Khamis ni pukul 12 tengah malam. Sebab hari Jumaat aku dah nak ambik stok.. Insyaallah hari Isnin depan aku akan pos dekat semua.. Siapa yang berminat boleh terjah Fan Page Nur Aisy Shoppe ni ya.. Silalah like sekali..Hehe..

Shawl ni dari material polyester.. Sangat best. Tak panas, tak jarang dan paling penting selesa walaupun panjang dan lebar.

Ok, sekarang aku nak kongsikan cara aku pakai selendang ni...

Aku memang peminat setia bawal.. Bila pakai shawl pun aku nak gaya bawal jugak.. Hehe..


Haa.. Kiri gambar kawan aku pakai style lilit selendang.. Kanan.. Ehh, sama pulak dengan gambar kat atas.. Haha! Layan je lah dua kali eh..Kihkih..


Taknak kalah, aku lilit jugak macam pakai selendang... Nak cun jugekkk.. Hihi..Aku suka shawl ni sebab aku boleh tajamkan dekat kepala tu.. Muka aku tak sesuai kalau tak ditajamkan nanti bulat macam bola.. Hihu


Ok.. Sesi memperkenalkan tokei Nur Aisy Shoppe..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Jemput lah ke kedai saya!! \0/


Ini lah Tokei kedai ni.... Haha! Dia pun nak bergaya jugak... ^_^v

Jemput Like dan membeli belah ye.. ^_^v

Tuesday, October 22, 2013

Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim

Assalamualaikum...

Join contest lagi... ^_^

Cara-caranya :-

*Buat entri bertajuk "Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim"
*Follow blog Ruang Monolog dan Sheila Salim
*Like page ZazaRuang Monolog dan Sheila Salim
*Tampal banner GA dan  linkkan kepada entri giveaway ini. Tulislah apa-apa atau copy je syarat-syarat GA ni.
*Tinggalkan url entri anda ke ruangan komen entri :- http://sayazaza.blogspot.com/2013/10/karikatur-giveaway-by-zaza-ruang.html

Hadiah lumayan menanti anda :-
karikatur by Ruang Monolog (gambar anda) x 2 orang pemenang (1 lelaki & 1 perempuan)
shawl x 2 orang pemenang (Zaza)
3 biji keychain x 1 orang pemenang (Zaza)
RM10.00 topup x 2 orang pemenang (Sheila Salim)

Berminat? Klik gambar dekat atas tu ye ^_^


nota kaki : nak cepat, ada kelas..hihu..




Monday, October 21, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Aisyah manje kededek...

Assalamualaikum..

Update laju-laju.. Huhu... Agak kelam kabut sikit lately.. Sebab Aisyah super manja dua tiga hari ni.. Selalunya kalau aku duduk dekat meja ni mengadap laptop dia ok je janji aku ada depan mata.Nak pergi masak ke, jemur kain ke, bagi je mainan, dia ralik la kejap. Sekarang ni tak.. Asyik nak berpeluk je.. Munkin nak beralih bulan kot.. Sekarang ni asyik bizi nak mengangkat punggung dan mengengsot ke belakang aje.. Aku pun risau nak tinggalka dia lama.. Bantal berat pun dia boleh menyusup bawah tu dah.. Dah nak kena bukak balik katil dia. Haritu dah pasang tapi simpan dalam kotak balik sebab rasa dia ok je terkepung tengah-tengah bantal.. Sekarang tak boleh dahhhhh... Nak pergi toilet pun risau..

Assignment berlambak.. Thesis dah nak kena hantar. Barang nak jual bertimbun sebelah ni belum di update dalam blog dan fanpage.. Ok tu je.. Entry ni pun dah berapa kali terberhenti nak post.. Nak update blog sendiri pun tak sempat apakan lagi nak blogwalking. Huhu..Blogwalking tanpa tinggalkan komen mungkin sempat..Hihi... 

Ha lagi satu! Nak join contest/segmen yang tahap kopipes tu je mungkin sempat jugak.Haha! #sempatlagitu..

Ok nak mandikan Aisyah... Aisyah dah bangun selepas tido hanya 10 minit... Oh ye..Aisyah dah pandai dah sekarang.. Kalau nampak aku pakai tudung, dia dah nangis-nangis macam kena pukul sambil depakan tangan suh angkat.. Kaki jalan anak aku ni...Pergi tempat baik-baik je ye bila dah besar nanti.. ^_^

Friday, October 18, 2013

Menang GA

Assalamualaikum..

Malam tadi tiba-tiba dapat email..Tahniah anda seorang pemenang..Menang apa pulak ni kan? Ohh..rupa-rupanya GA yang aku join dekat blog EYRIQAZZ. Senang je cara nak join GA tu.. Share je link yang dia bagi dekat FB kita.. Oleh sebab terlalu senang, maka aku pun join lah.. Hihi.. Tak sangka pulak ada rezeki.. Dapat Top up RM10.. Free-free dapat RM10 untuk broadband aku ni. Haha. Alhamdulillah..

Ni kemenangan pertama nih.. Ni semangat nak join GA dengan Contest banyak-banyak ni. Haha. Insyaallah satu hari nanti mungkin aku pulak nak buat GA..Wink wink.. *_*v



Thursday, October 17, 2013

Ekor korban

Assalamualaikum.. 

Hari raya haji kali ni aku tak balik Temerloh.. Raya dekat KL je.. Sebab Aisyah ada check up sehari sebelum raya dan sehari lepas raya, Shahril dah kerja pulak.. Mak, abah dengan adik aku balik kampung.. Kakak aku tak balik. Jadi, aku suruh dia datang rumah aku beraya.. 

Aku masak mee kari sebab kakak aku request nak mee kari. Dah berbulan-bulan dia nak mee kari yang aku masak.. Aku tak buat-buat pun.. Kali ni aku paksa gak masakkan untuk dia.. Ada sekali dulu tu, dia dah beli bahan dah. Tinggal aku masakkan je, pun aku tak buat jugak. Aku masak benda lain. Korang jangan jadi adik yang tak mithali yeh.. Tak baik..Kakak aku kalau aku request apa-apa, sehari dua mesti dah ada depan mata.. hihi..

Aku masak seperiuk besar. Standby kalau ada tetamu lain yang datang... Jadi, menu raya aku haritu mee kari yang aku buat, rendang daging dan pulut kuning yang mak mertua buat.. Tengahari ada nasik pulak dengan kari ayam.Kakak aku datang bawak laksa..Malam tu aku dah tak lalu makan dah..Kekenyangan tahap jalan pun kene seret kaki. 

Perasan tak takde daging? Padahal raya hajikan? Kawan-kawan aku duk Whatsapp kata duk makan daging.. Pulun daging sume orang.. I is jeles.. Sebab daging dapat petang.. Jadi, takdeklah kenduri daging korban time raya tu.. Simpan untuk kemudian hari..

Mak aku balik dari kampung semalam, bawak ekor lembu panjang yang belum dipotong.. Lembu yang dikorbankan dekat kampung aku. Mak aku tanya, nak ekor ke tak.. Belum pun habis perkataan 'tak' tu aku dah jerit naakkkkkk! haha! Yiippiee!! Jom makan daging korban! Ekor lagi.. \0/

Ayah aku potong dulu siap-siap ekor tu jadi 3 bahagian sebab dia tengok aku seram tengok ekor tu panjang sangat.. Makan tau pulak kan? Potong ekor panjang-panjang tu serem pulak.. Haha! Malam tadi Shahril potong lagi bagi kecikkan bahagian ekor tu.. Bagi senang nak masak n makan..

Ni aku tengah rebus ekor tu bagi empuk..Nak masak sup petang ni.. Haritu pernah dah masak sekali.. Nyumm nyummm.. Aku ikut resipi dekat sini.. Kali ni pun nak ikut resipi yang sama.. Sebab memang sedap..Ada pulak telur dadarkan..Perghhh..Dah feeling-feeling kat kedai tom yam dah..Hehe..

Ok itu aje. Dah lama tak bebel tanpa letak gambar.. Hehe..

Tuesday, October 15, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini











Sunday, October 13, 2013

Penipuan Internet..

Assalamualaikum..

Makin menjadi-jadi penipuan dekat internet ni.. Cakap menang itulah, inilah.. Suruh update akaun maybank2u dah tak yah cakap berapa kali dah.. Ada pulak tu kata dia orang luar,terkandas dekat Malysia nak mintak tolong kita selamatkan dia.. Kuat betul semangat si penipu ni nak menipu orangkan? Macam-macam pulak tu idea diorang nak perangkap orang.. 

Ini yang terbaru.. Siap ada letter head Google lagi nak bagi kita percaya yang kita dah menang awareness award dari google. 

Haihhhh... Ni mesti sebab ramai yang terpedaya ni.. Sebab tu diorang sentiasa bersemangat nak buat kerja-kerja macamni.. Kepada kawan-kawan semua.. Jom lah kita berdoa agar janganlah sesekali kita terlalai dan terjoin benda-benda yang akan merugikan kita ni.. Semua rezeki akan datang selepas usaha.. Takkan ada yang bergolek macamtu aje... Nauzubillah...




Thursday, October 10, 2013

Doodle Emak dan Aisyah..

Assalamualaikum

Eksaited eksaited! Selama ni aku asyik tengok je kartun-kartun comel dekat blog orang lain.. Semanjak aku rajin berblog walking sekarang ni, macam-macam benda baru yang aku jumpa. Aku baru tau nama kartun comel ni Doodle.. Haha! Ok.. Aku lambat.. -_-"

Aku dah tempah satu doodle, gambar aku dengan Aisyah.. Malam tadi dah siap! \0/ Yeyy!!Seronoknyee!! Kini saya dah ada.. Anda bila lagi? Ecceh..wat iklan pulak.. Haha!

Aku tunjuk dekat kakak aku..Dia kata kartun ni tak layak untuk aku sebab comel sangat..(Jogettt hepiii) 

Thanks Deno... Buatkan doodle yang comel untuk akak dengan Aisyah.. Aisyah maintain muka boy walaupun muka kartun..Haha..Takpe.. Nanti Aisyah dah nampak ggirl kita tempah lagi..Hihi..

Sesiapa yang berminat jugak nak kartun comel macamni, boleh contact Deno ye.. Eksaited aku tak hilang lagi ni.. \0/


Comelkan? ^_^

Di kala hujan

Assalamualaikum..

Di kala hujan berdentum dentam di petang hari.. Ada horlick panas dengan cucur ayam segera ni.. Alahai nikmatnye...

Wednesday, October 9, 2013

Nyamuk oh nyamuk

Assalamualaikum. ..

Rumah korang banyak nyamuk tak? Rumah aku ni banyak betul nyamuk.. Risau betul aku.. Semua tempat yang boleh jadi tempat nyamuk membiak, dah kitorang cuci.. Aiihhh.. Ubat nyamuk elektrik memang dh pasang dah.. Tapi aku tengok, elok je nyamuk melintas tepi tu.. -_-"

Masalah yang paling besar adalah, aku dengan Shahril tak nak pulak nyamuk ni gigit. Aisyah je yang asyik jadi mangsa.. Bintat sana bintat sini.. Kesian dia..

Bila aku dah geram..Nampak nyamuk melintas, mula lah aku kejar sampai dapat..
 

Haaa..Ni lah hasilnya.. Nampak tak? Punyalah banyak darah dia dah hisap.. Ni dapat tangkap pun sebab dia dah terbang rendah..Dah gemok sangatttt!!!

Tuesday, October 8, 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Monday, October 7, 2013

Review By Sheila

Assalamualaikum...

Haritu aku ada join segmen Review Blog 2.0 anjuran Sheila Shahfiekry.. Ramai jugak yang join. Dalam 100 orang macamtu.. Tunggu punya tunggu bila lah giliran aku, akhirnya tibalah juga giliran blog ni untuk direview..Hehe.. 

Ini yang direview oleh Sheila: 

Nas merupakan seorang isteri yang mempunyai seorang puteri. Salah seorang blogger yang rajin singgah sini. Sampai terasa lah keakraban kami. heee. Background nas dah cukup comel. Ditambah pula gambar tumbesaran puteri sulung nas. Aduhaii sungguh sweet la mama ni!

Widget follower tu bagi sheila kena letak atas segala widget supaya pengunjung senang follow bila BW. Bloglist nas patut digabungankan dalam tabber widget, dan buat scroll box untuk blog archieve supaya nampak lebih kemas. Dua widget traffic dibawah sekali rasanya tak perlu kot. Nas boleh tengok kat stats blog atau pageviews di Nuffnang kan? Kalau ada tutorial nas nak cuba, boleh klik sini ->tutorial percuma

Hihi.. Memang aku rajin singgah blog dia pun. Sebab aku rasa dia sangat ramah dan rajin tinggalkan jejak dekat sini. Dalam hati aku kata "Best buat kawan budak ni nih..." Haha! Memang ye pun.. Tak salah tanggapan diriku ini.. Kalau ada yang aku tak tau pasal edit-edit blog ni pun, aku tanya dia. Dia sangat-sangat membantu. 

Benda pertama yang aku buat masa aku baca review ni ialah buang widget traffic tu.. Sebab aku pun rasa semak. Haha! Yang lain-lain dalam tindakan lanjut..Hehe.. Sheila siap bagi aku link tutorial lagi.. Bila aku bukak link tu.. Hamek ko..Punyalah banyak tutorial yang Sheila buat sendiri rupanya.. Alahai rajin nya lah..  
Kepada sesiapa yang nak edit-edit blog, klik tutorial dekat atas tu.. Banyaaaaakkkk sangat tutorial yang boleh membantu korang..

Thanks Sheila.. Insyaallah akan blog ni akan dikemas nanti..Hihi..


Friday, October 4, 2013

Practise make perfect..


Assalamualaikum..

Harini nak cerita pasal masakan yang aku selalu buat tapi tak berapa nak menjadi sangat pada tekak aku ni.. Tapi....Makin lama, makin berjaya meniru resipi turun temurun dari keluarga aku..Masakan apa? Terung telunjuk masak toco taucu dengan sambal tumis petai dan ikan bilis. Haha!Macam la masak rendang keenn.. Padahal masakan yang simple je.-_-"

Ini la antara makanan kegemaran aku yang dah banyak kali aku cuba buat, tapi asyik ada je kurang tang sana sikit, tang sini sikit. Kalau tanya Shahril dia memang kata sedap aje. Yelah, sebab dia taktau rasa original untuk setiap masakan tu. Rasa sebenar yang aku cuba nak tonjolkan dalam masakan tu.. Jadi, aku pun terus cuba dan cuba lagi... 

Akhirnya setelah berkali-kali mencuba, bak kata orang, practise make perfect dalam belajar taknak pulak rajin macamni. Berjaya jugak aku masak dua-dua masakan ni dengan jayanya.. Seperti yang aku mahu.. Hip hip hurey! \0/  

Aku tengok gambar ni je aku dah terasa nak masak lagi masakan yang sama esok. Haha! Padahal baru je buat beberapa hari lepas. Over sgt..




Terung telunjuk masak toco taucu (famili aku panggil masak toco.kihkih)


Sambal tumis ikan bilis + petai 


Macam tak best je tak share resipi.. Nah resipi untuk sambal tumis tu..Hehe..

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis
Segenggam petai
Belacan 1/2 inci blend bersama cili kering
Secawan santan (tak pekat sangat, tak cair sangat)
2 biji bawang besar di potong bulat
3 ulas bawang putih ni cincang halus
10 tangkai cili kering diblend halus.
3 sudu air asam jawa
Gula dan garam


Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan diletak tepi.
2. Goreng petai. Angkat dan diletak tepi. Aku suka goreng petai dulu berbanding letak mentah-mentah dalam sambal tumis ni. Kalau ada yang suka tak masak dulu petai tu, takyah goreng petai tu. Ikut selera masing-masing.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan cili blend dan belacan. Masak dengan api perlahan. 
4. Masukkan air asam jawa dan santan, gula dan garam. Masukkan juga ikan bilis dan petai yang dah digoreng tadi..
5. Teruskan masak dengan api perlahan sehingga naik minyak. Balance kan rasa masam, manis masin seperti yang kita mahukan.
6. Siap! \0/

Selamat Mencuba ^_^ 







nota kaki : Rasa sambal tumis ni.. Sebijik macam nenek aku pernah buat dulu-dulu.. Tu yang aku rasa macam berjaya sangat nihhhhhhhhh.... *nangis* T_T



Aisyah 5 bulan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam Aisyah genap 5 bulan. Sekejap je rasa waktu berjalan. Insyaallah bulan depan dpt la Aisyah merasa makanan lain yang Aisyah idam-idamkan tu.. Mak aku dengan mak metua aku asyik mengira hari bila boleh bagi Aisyah makan. Tak puas hati betul diorang bila aku kata start 6 bulan.. Mesti diorang akan cakap "Haihhh macam-macam betul skarang ni. Budak dulu-dulu dalam pantang dah bagi makan.." Haha. Nak buat macamanakan Aku dengan Shahril skema nak ikut aturan.. Kihkih...


Aisyah pun makin berselera mukanya bila tengok orang makan. Meleleh leleh air liur dia. Lepas tu buat muka sedih sayuuuuuu... Macamana la nenek-nenek nya tak mengira hari kan.. =p Aku rasa aku nak start bagi Aisyah rasa sikit-sikit makanan. Macam madu ke, buah ke.. Apa-apa makanan je lah.. Yang aku rasa selamat untuk dia rasa.Bagi die jilat sikit. Antara sebabnya, aku taknak dia terkejut sangat bulan depan. Sebab kompem.....Nenek-neneknya akan masak macam-macam untuk Aisyah.. -_-"

5 bulan.... Aisyah dah nak belajar angkat bontot dah.. Buat pusingan helikopter bukan main laju skarang.. Baru letak, tiba-tiba kang posisi dah lain.Tak sampai seminit dah bertukar lain dah.. Dah nak mengengsot kebelakang. Paling suka tengok sekeliling.. kalau environment baru, orang baru, dia tengokkkk je..berpusing-pusing kepala nya nak tengok sekeliling.. Dah pandai nak berjalan. Aktiviti wajib tiap-tiap minggu ialah keluar dengan atuk, neni dan Tisya. Nampak je diorang dekat luar pintu rumah, dah melompat lompat hepi.. Tapi, katakanlah kalau atuk dengan neni datang rumah sebab nk lepak je bukan bawak pergi jalan. Mood sendu je muka Aisyah.. Taknak main sangat dengan atuk ngan neni. Muka tak puas hati...Macam, "kenapa tak keluar-keluar lagi nihhhh". Woih,tau sangat budak kecik nih nak berubah-berubah mood.. -_-


Alhamdulillah. ..Bila tengok anak sihat.. Aktif.. Dekat Allah lah yang harus aku ucapkan syukur. Allah Maha Pelindung yang menjauhkan Aisyah dari segala penyakit dan perkara-perkara yang tak diingini.. Alhamdulillah.... Semoga Aisyah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah...

Kebetulan semalam Tita Aisyah.. Tita tu sape? Kakak aku.. Nak Aisyah panggil dia Tita.. Pendek untuk Aunty Nita.. Haha. Macam-macam.. Mak metua aku menten panggil kakak aku Mak Long,adik aku Makcu.. Idok di layan name-name omputeh ni..Haha! Eh sambung balik... Semalam Tita bagi Aisyah baju.. Neni pun bagi Aisyah baju.. Abah Aisyah balik kerja, belikan Aisyah buku.. Hadiah untuk harijadi Aisyah 5 bulan.. Alhamdulillah... ^_^  Mak la hepi lebih keennnn.. Kihkih..




Pantun dari mak Aisyah...Terima kasih daun keladi.. Bulan depan bagilah lagi...Kihkih...

Thursday, October 3, 2013

Pencarian Baby Carrier Berakhir Dengan Jayanya..

Assalamualaikum...

Nak cerita pasal Baby Carrier untuk Aisyah. Ingat tak sebelum ni aku ada buat entry pasal aku buat sendiri baby sling untuk Aisyah guna pashmina je? Lepas tu, aku ada bagitau yang aku dah beli dah pun baby carrier untuk Aisyah, tapi macam tak sesuai lagi untuk Aisyah pakai. Baby carrier tu brand Sweet Cherry.

Setelah marasakan Aisyah dah sesuai pakai, kitorang pun pakailah baby carrier tu masa nak bawak Aisyah jalan-jalan.. Tapi, kitorang pulak yang tak sesuai pakai.. Sakit-sakit pinggang, bahu lenguh-lenguh. Adeh.. Bahu kita tertarik ke depan sebab berat baby hanya disupport oleh bahu kita yang tak berapa nak kuat sangat ni. Baby carrier ni pulak takde support dekat pinggang dan bahu. -_-"


Nampak tak? Takde support dekat belakang. Tali yang berikat tu pun, lebih tali yang dekat bahu tu aku ikatkan dekat pinggang bagi selesa Shahril pakai. Dah la Shahril pakai masa membeli belah untuk hari raya dekat Jalan TAR haritu..Ini kes malas nak bawak stroller, nak tolak celah-celah orang ramai. Akibatnya, tahan je lah Shahril pakai baby carrier ni sambil tunggu aku memilih barang.Haha!


Aisyah maintain happy je.. Borak-borak. Dia suka la duduk macam ni.. Berpeluk aje.. Satu hari pun dia tahan..



Tido maintaiiinnnnnn... Walaupun tengah panas, janji dengar degup jantong yang menenangkan.. Aisyah boleh tido dengan lenanya..

Aisyah memang selesa.. Mak dengan abah sakit badan. Jadi, Marilah kita mencari baby carrier yang baru.. \0/

Dulu ada baca entry pasal baby carrier yang Ili beli untuk anak dia, hati ini terus jatuh cinta nak beli yang sama jugak. Masa tu aku mengandung lagi. Lama aku simpan niat nak beli yang tu, sebab nampak selesa dan bercorak-corak. Jadi, aku pun pergilah Fabulous Mom, memang niat nak beli yang sama. Ada pulak sebijik macam dekat gambar bawah ni.. Cun nye! Yey!! Nak beli \0/



Tapi.....Tapi tapi tapiiii... Aisyah pulak yang tak nak..*nangisssss* Baru je nak pasang dekat badan dia, dia dah nangis. Aku try baby carrier brand Baby Nari sebab lain daripada yang lain sikit. Ada tempat duduk. Bila pakaikan yang Baby Nari tu ok pulak dia. Hamboi hamboi..Pandai pilih yang mahal ye..*Nangis lagi* Mujur aku ada kad VIP Fabolous Mom ni. Dapat diskaun 20%.. Hip hip Hurreeyy! \0/

Aku assume dia suka yang Baby Nari ni sebab dia selesa duduk terletak macamtu. Dua kali kitorang tukar-tukar antara Boba dengan Baby Nari. Tetap dia nangis masa pakaikan Boba dan senyap je bila pakaikan Baby Nari. Alahai anak.. Kecik-kecik dah pandai pilih...






Antara sebab kenapa aku pun suka nak beli brand Baby Nari ni adalah, kita boleh jadikan dia tempat untuk baby duduk dan kita support dengan tangan kita belakang badan dia je. Macam gambar dekat atas ni. Kalau nak sekejap-sekejap dukung baby, boleh la pakaikan tempat duduk dia ni je. Tangan kita pun tak sakit sebab baby pun makin lama makin berat kan.. Takdelah lenguh-lenguh lengan kita nak tahan berat baby.


Ini pulak support dekat pinggang dan bahu dia.. Selesa sangat.. 




Poket pun banyak.. Aku sumbat je handphone, duit dalam poket ni.. Tak payah aku bawak handbeg dah.. Hehe..




Aisyah kompem la hepi dan selesa yang amat.. Dah dia yang pilih keeennnnnnn....


Boleh jalan-jalan dekat Jalan TAR lagi.. Berjam jam pun takpe.Haha! Nak tido time panas pun takpe ada penutup kepala.. Tak payah mak nak pegang payung. Kuikui..

Yang paling aku suka?

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.





Kerusi dia tu boleh support badan Aisyah masa menyusu.. \0/ Tangan tak lenguh-lenguh nak support badan Aisyah yang makin bam bam. Hehe.. Happy Breastfeeding ^_^v  



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails