Saturday, June 22, 2013

Semak Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Assalamualaikum...

Harini ada akikah untuk anak kedua Farhana, Zafry. Dah eksaited dah nak pergi. Nak bawak Aisyah pergi jumpa kawan baru dia n aku pun nak jumpa 8d8... Tapi tadi tengah gosok baju, Shahril panggil.  Dia tengah jemur kain dekat luar dia suruh tengok dekat luar macam berjerebu n bau pun macam bau asap. Dia tanya nak pergi ke sebab risaukan Aisyah.. Aku pun tak tau nak cakap apa sebab sedikit keciwa terhadap cuaca yang mengganggu untuk aku nak pergi jalan-jalan. Haha

Aku terus jugak gosok baju dengan harapan kurang lah jerebu dekat luar tu dalam masa yang singkat. Hehe... Tapi hati tetap risau jugak. Sebab nak bawak budak kecikkan.. Langkah berjaga jaga kena ada jugak...huhu...

Aku pun bukak la website DOE untuk nak tau tahap IPU dekat area KL ni..Emmm 77 ke 79.. Moderate. Kalau udara yang tak sihat tu atas 100... Tapi aku pikir jugak.. Budak kecik tahap imun dia sama ke dengan orang dewasa... Haaiiisshhh ntah la.. Tapi awal-awal dah bagitau Anne kalau tak dapat datang mintak maaf sangat2... Asyik ada je halangan nak pergi kenduri yang dia buat....Anne, percayalah Aisyah dah siap.. Mak ngan abahnye je belom..Hehe..


Ok..kalau korang nak semak kadar pencemaran udara (IPU) dekat tempat korang, boleh check dekat website DOE ye.. Klik sini... Resultnya diorang akan update 3 kali sehari.. Pukul 7 pagi, 11 pagi dengan 5 petang...

Ok tak jadi g jalan, kita sambung packing sampel kuih...





Friday, June 21, 2013

Jom Ganti Puasa!

Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua aku ganti puasa... Total untuk ganti adalah 9 hari.. 2 hari berjaya masa mengandung haritu.. Lagi 7 hari perlu dihabiskan sebelum Ramadhan datang balik! Aduih la... Adalah dalam 17 ke 18 hari lagi je ni kan yang tinggal? Tolak Sabtu tolak Ahad...Hari yang dah kompem hari untuk makan-makan tak nak pose..Tinggal lah berapa hari je untuk aku paksa jugak diri ni puasa supaya tak la kena bayar fidyah n kene ganti jugak..Tak mo tak mo.. Allah dah bagi peluang nifas habis cepat, jadi marilah kita berpuasa...

Puasa semalam ok, alhamdulillah.. Aisyah pun baik je.. Kalau lapar, mintak susu lepas tu macam tak banyak pun dia minum dia dah tido balik. Memang dah bagitau dia maknya ni nak puasa.. Munken sebab tu dia minum sikit je kalau aku bagi direct dan baik je tido.. Aku pun memang dah standby susu dalam botol dalam 2 oz ke 3 oz. Memang untuk tengahari kalau dia nak minum ikut botol. Gigih pam pukul 4 pagi. Sebab Aisyah taknak susu yang dah lama dalam peti. Alhamdulillah.. Habis dia minum tengahari tu.. Lepas tu terlepek kekenyangan.. Kehkeh..



Gambar ni masa Aisyah belum lagi 14 hari. Nampak tak rambutnya banyak lagi.. hehe.. Tengok tu..Dah pandai nak pegang botol susu sendiri..Aku lepas kan tangan pun tak jatuh pun botol tu.. Aisyah Aisyah... Nak cepat besar ye...

Ok..Ni tips untuk berpuasa untuk mak-mak yang breastfeed kan baby.. Anne tag nama aku dalam fb.. Good info.. Memang pagi tadi aku pulun teguk air masak banyak-banyak. Sebab semalam petang dah terasa hauuuuusssss sangat tekak nih.. Semoga harini dan hari-hari akan datang dapatlah berpuasa dengan baik dan diterima Allah.. Dapat lapar dahaga je rugilahkan..Huhu...


Info dari fb : Tip Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu Bayi
11 Tip Kembali Berpuasa Selepas Bersalin
==========================

1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur hingga menjelang imsak.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik air daripada sel.

3. Ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu.

4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan dan oat.

7. Elakkan minuman berkafein dan bergas

8. Lebihkan direct feeding dan sesi mengepam pada waktu malam atau lakukan serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikanm, ayamm, itik daging. Pastikan juga pengambilan kalsium yang mencukupi.

10. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

11. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan.



Selamat Ganti Puasa! (untuk yang belom macam aku..Hehe)

Wednesday, June 19, 2013

DIY Baby Sling

Assalamualaikum...

Yeesss... Alhamdulillah dah habis pantang! Yang paling best? Boleh keluar bawak Aisyah pergi jalan-jalan. Jalan-jalan hirup udara segar sambil makan-makan... Hehe..

 Ok Aisyah, bangunnnn..!Jom kita mandii....

 
Aisyah sama eksaited dengan maknya dapat pergi jalan-jalan.. Tersengih-sengih hepi masa bersiap.. Macam paham je nak bawak dia pergi jalan..

Tapi mak dengan abah tak belikan Aisyah stroller lagi.. Jadi, jom mak dukung...

Keluarkan baby carrier yang kitorang dah beli tapi macam tak sesuai lagi untuk Aisyah pakai.. Aisyah kecik lagi, leher pun tak berapa kuat lagi..Sangat lah bahaya..

Nilah baby carier yang aku beli masa dekat expo dulu.. Tunggulah Aisyah besar dulu. Tengok ok ke tak kalau dia pakai.. Kalau tak ok, nanti aku jual kat Mudah.haha

Oleh sebab dukung terus tanpa alat penyokong macam agak lenguh gak tangan aku ni nanti..Jadi aku fikirkan alternatif nak menggantikan baby carrier yang dah dibeli tu.. Aku pun amek pashmina mak mertua aku selalu buat kain gendong/baby sling untuk Aisyah masa dalam rumah. Dia selalu ikat simpul mati  hujung pashmina ni untuk dukung Aisyah. Aku rasa mesti ada cara ikatan yang lebih sesuai. Aku search internet, untuk cari ikatan yang sebenar untuk baby sling ni. Yelah kan nak bawak berjalan dekat luar.. Nak cari ikatan yang kukuh sikit.

Cari punya cari jumpa blog Slingmemama. Yessss!Terus belajar cara mengikat n letak Aisyah dalam  pashmina tuh.. Teknik ikatan yang aku buat ni nama dia slip knot. Sangat senang. Nak adjust pun senang...

Aku belajar dari video ni...




Senang kan?kan? Jadi aku pun zap zap zap.. Buat slip knot ni. 

Tadaaaaaa! Dah siap...Nama baby sling ni rebozo and posisi gendongan aku untuk Aisyah ni nama dia cradle baby. Okei.. Boleh bawak Aisyah kemana sahaja dengan ringan..Hehe..


Nak makan Sushi pun boleh dah.. Nyum nyum..Bawak Aisyah jalan-jalan makan sushi..Aisyah tido dengan enaknya...

Tiba-tiba Aisyah bagi signal nak menyusu..Boleh boleh.. Sambil nyusu mak makan yeh...hihi..

Tengok tu... Kemain sedap Aisyah tido... Aisyah tido dari dalam kereta sampai la balik..Bangun kejap untuk menyusu..Lepas tu tido balik.Gedegang gedegang bunyi bising kat dalam Wangsa Walk tu pun Aisyah rilek je tido.Aisyah memang suka la kalau posisi ngepit je ngan mak nye nih..








Nampak tak? Dengan tangan terkeluar macam tu...Selesa sangat dia tido...

Okei..Itu jalan-jalan bersama mak dengan abah.. Ni sesi jalan-jalan dengan Atuk dengan Neni dengan Tisya (Auntie Sya) pulak. Abahnya tak ikut kena pergi kerja..Hehe.. Jalan-jalan pergi makan ayam penyet... Mak ko memang kenyang Aisyah... Aisyah minum susu mak je yeh..Hehe.. Sebelum pergi makan ayam penyet, bawak Aisyah pergi rumah Mak Long dekat Cheras..Alhamdulillah Aisyah tak meragam pun..





 Cuba cari mana Aisyah... ^_^


Sesi makan pun bermula... Tangan kiri kena sentiasa jugak support leher Aisyah sebab nak bagi posisi badan dia sentiasa selesa dalam sling ni... Dan aku pun selesa untuk makan penuh berselera..


Masa jalan-jalan dengan atuk dengan neni pun Aisyah sedap tido.. Alhamdulillah....

Jadi, buat sementara waktu ni. Aku agak selesa nak gunakan Baby Sling yang aku DIY sendiri nih..hehe...

Saturday, June 15, 2013

Aku dan coklat


Assalamualaikum

Entry ni aku dah buat masa aku tengah sarat haritu..Duk duduk dalam draft aku tak publishkan..Yeyyy!! Dah merdeka!Harini hari ke 44 berpantang..Yeyy!!

 Hamek muka hepi aku..Kehkeh... Ini gambar tengah tunggu hari...Tengah sarat..Aisy dalam perut lagi...

************* 

Perempuan dan coklat tak dapat dipisahkan kan…? Ramai betul yang suka makan coklat.. Korang pun mesti suka kan? Aku suka tengok rancangan-rancangan tv yang kalau bercerita pasal cara pembuatan coklat..Pastu hias-hias coklat tu jadi cantik..Perghh.. Memang best.. Lepastu tengok diorang makan-makan coklat kasik orang luar tv terliur… Perrgghhh lagik..

Tapi………… Aku adalah kureng sikit dengan coklat.. Kalau aiskrim, aku lagi suka vanilla.. Kalau kek, aku lagi suka yang rasa butter tu je.. Kalau kuih raya, aku tak amek pun kalau kuih tu bersalut coklat bagai..Kalau…Kalau apa lagi eh? Apa-apa je lah kalau berkisarkan coklat aku agak kureng sikit….

Masa sekolah dulu, biasa lah kan.. Konon-konon kalau ada orang nak kenal ke.. Nak bagi request ke.. Mesti nak bagi coklat.. Adeh.. -_-“ Tau ape aku buat? Aku amek je kad dia, simpan pembalut dia.. Coklat, tawaf satu dorm atau satu kelas… Tak kisah lah coklat tu kecik ke besar ke.. Memang tawaf jugak lah.. Tapi kalau dapat dari si ensem sikit penghantarnya, rasa lah secubit..Mana tau dari tekak turun ke hati..Haha.

Kenapa eh aku tak suka coklat? Mungkin sebab terlekat-lekat dekat tekak tu kot.. Jadi aku cepat haus.. Lalu aku tak suka perasaan itu..

Tapi, kalau nak diikutkan sejarah masa kecik, takdelah sampai tak makan langsungkan.. Kalau coklat tu rasa nyum nyum.. Aku makan.. Contohnya Nutella.. Ya Allah sodapnye! Dulu ingat lagi masa kecik-kecik.. Abah suka borong nutella dalam bekas kecik tu banyak-banyak..Makan tu je keje aku ngan akak aku. Sekarang dah takdek Nutella dalam bekas kecik tu kan.. Ada dalam macam bekas jem tu je.. Tak makan pun aku. Tak terliur pun.

Lepas tu, coklat Van Houten dulu.. Duk zaman femes Thunder Cat dengan Transformer katun dulu tu.. Banyak je jugak ayah aku borong.. Sejak bila aku tak suka coklat nih??Konpius…

                                                                          **************
Ok, kisah awal mengandung… Aku adalah taknak makan nasik… Aku adalah tak lalu nak 
makan nasik.. Tekak ni asyik loya je.. Air liur terkumpul dalam mulut ni tak tercakap byknye macamana.. Nak telan rasa nak muntah..Haiyyoo.. Dan aku adalah bukan penggemar asam.. Try jugak makan asam, ramai sangat bagi petua tu.. Tapi bukan untuk aku.. Tekak tak boleh masuk jugak..
Dah la time awal 3 bulan tu aku ada kelas 3 hari seminggu.. Allah.. Dalam kelas duk tahan loya je.. Tau apa aku buat? Borong coklat cadburry banyak-banyak.. Tekak aku boleh dengan coklat je.. Dari mula kelas sampai abes kelas… Tanpa mengosongkan mulut…Duk kemam coklat tu. Ada satu hari tu aku duduk sebelah Anne.. Time tu kawan-kawn aku semua taktau lagi aku mengandung… Aku dah cuba nyorok coklat tu dalam pensel case sebab aku agak Anne mesti pelik tengok aku kunyah coklat. Dengan muka pelik Anne tanya aku..

Anne : Sejak bila Nasrina makan coklat?
Aku: Errr… (muka kantoi)
Anne : Ko ngandung eh?
Nas: Hee… Err.. Haah Ne..
Anne: Dah agak dah..Tu yang pelik tu sejak bile ko makan coklat. Berapa bulan dah Nas?
Nas: Alhamdulillah..Dah 2 bulan..
Anne: Aku pun dah nak dua bulan…
Aku: Yeke…….???Haha!

Ok… Anne pun ngandung gak time tu rupenye.. Haha! Sama-sama nyorok rupanya.. Lepas tu, apa-apa je hal tengah pregnant ni Anne la mangsanya.. Ehh..Dah topik lain.. Haaa.. Time ngandung ni lah.. Yang tak suka jadi suka… Yang suka jadi tak suka.. Macam nasik tu lah.. Aku pantang nampak nasik sebelum ni..Tetibe time tu bau nasik pun boleh macam nak nangis sebab loya.


Dan…. Penemuan baru diwaktu mengandung ini adalah…. Makan kek coklat yang super berkerim dan disukai ramai… Extra Moist Chocolate Cake… Ada brader dekat ofis aku jual... Aku try la beli.. Nyum nyum memang sedap.. Coklatnya tak muak lepas tu manis dia tu dekat coklat je... Dekat kek rasa-rasa normal gitu... N kek dia pada aku lahkan.. Lembab-lembab bersarang tu.. Aku tak minat sangat kalau kek tu padat…Cepat muak pada aku..

Aku makan-makan dengan Shahril.. Bagi mak aku rasa, adik aku rasa, cousin aku rasa.. Semua cakap sedap.. Ahha! Apa lagilah yang tak timbul dekat kepala aku ni kalau bukan bisnes je kan… Aku pun buat keputusan nak jadi ejen jual kek ni.. N oleh sebab kek ni baruuuuuuuu sangat diperkenalkan, ramai la jugak orang taktau lagi dengan kesedapannya.. Benda yang sedap perlu dikongsikan kan? Hehe..
Sudu disediakan dalam bekas tu. Kiranya macam makan aiskrimlah.. Letak dalam peti ais lagi nyum nyum… Tapi kawan aku yang dah beli dari aku, lain pulak yang dicubanya.. Dia masuk balik kek tu dalam oven.. Bagi panas.. Lagi menjilat jari katanya.. Terus nak oder lagi.. Dia kata betul lah.. Asyik nak lagi nak lagi je..Haaa.. Kan dah cakap.. Orang tak suka coklat pun suka.. Apa lagi yang memang dah sangat suka coklatkan..Hehe..

Ok, inilah rupa Extra Moist Chocolate Cake ni..

 
Kek sebelum di letakkan coklat cair.. (Coklat cair didatangkan dalam bekas yang berasingan. Sebab nak ikut selera sendiri nak coklat banyak mana)

 
Ni lepas dah letak coklat... Yummehhh

 
Yummehhh lagikk. Bekas ni adalah saiz S..
 Sebelum aku bersalin haritu memang tiap minggu aku restock.. Bila aku berpantang aku stopkan dulu amek oder...Ni dah habis pantang.. Mulakan aktiviti! (Gambar ni masa restock yang ke 4)



Harga Kek Saiz S: RM 6.90 sebekas
Harga Kek Saiz Mini : RM 2.90 sebekas

Penghantaran percuma untuk sekitar Kuala Lumpur/Ampang/Batu Cave/Selayang
Minimum oder : 10 bekas untuk saiz S / 15 bekas untuk saiz MINI

**kalau nak sikit je,boleh datang amek sendiri.. Dekat area Kem Wardieburn, Setapak.


Penghantaran pos tak dibuat.. Sebab kek kan.. Kang berkulat lah apa lah..Susah jadinya.. ^_^
Untuk yang berada berdekatan dengan area atas ni, boleh lah calling-calling atau email ye…
019-361 3164 mesej/@whatsup
nashoney27@yahoo.com

















Wednesday, June 12, 2013

Pengalaman Bersalin (di Hospital Besar Kuala Lumpur) Part 2

Assalamualaikum..

Tarik napassss.. Jom sambung cerita..Hehe...

Tapi Allah nak uji aku lagi… Labour room penuh..Tapi masa ni aku takde sedih-sedih dah.. Redha n pikir positif je.. Moga apa je kesulitan Allah bagi kemudahan dekat hujungnya.. Aku ditolak guna wheel chair ke wad. Masa tu dah sakit.. Badan aku lemah.. Perut memulas.. Sampai je dekat wad aku cakap dekat Shahril aku nak muntah.. Aku dah tak tahan dah.. Aku muntah je tepi katil tu.. Shahril tak fikir apa dah dia amek kain baju aku yang aku dah tukar tadi sebab dah pakai baju hospital n tadah muntah aku.. Banyak siot muntah aku.. Tak tertampung dek baju aku tu memang kene tangan dia lantai abeh basah.. Time tu nanges lagi aku.. Bukan sebab sakit tapi sebab sedih tengok laki aku abeh lenjun tangan-tangan dia dek muntah aku..Haha. Macam-macam emosi weh orang nak bersalin nih…

Shahril tak boleh teman aku lama dalam wad.. Dia teman aku sampai pukul 5.30 je lepas tu nurse suruh dia tunggu dekat bawah.Standby bila aku dah masuk labour room nanti. Time tu baru aku suruh dia cal mak ngan ayah aku.. Sebelum tu memang tak bagitau lagi sebab taknak diorang risau n mengkelam kabutkan kitorang yang memang dah sedia kelam kabut.. Sebab mak aku kerisauan dia Ya Allah tuhan je yang tau… Tahap cal seminit sekali nak tau keadaan ok ke tak.. Jadi, better cal bila semua keadaan dah terkawal…Hehe

Aku tunggu dekat wad tu.. Bila contraction datang..Tahap gigil dari hujung rambut sampai hujung kaki..Aku genggam besi katil tu tahap boleh gegar katil tu.Tapi Allah tu Maha Kuasa..Tetap ada sela masa yang tak sakit.. Dulu aku ingat bila time dah nak dekat bersalin contraction tanpa henti.. Tak rupanya..Hehe.. Pukul 6 pagi macamtu aku dah tak tahan dah.. Aku panggil nurse dengan doktor yang memang sentiasa ada dekat situ. Aku bagitau aku dah tak tahan dah…Sakit sangat.. Doktor terus bawak aku pergi bilik untuk cek bukaan. Dah 5cm.. Doktor terus call Labour Room suruh standby.. Tapi Allah uji aku lagi.. Labour Room penuh lagi.. Lepas pukul 7 pagi baru kosong.. Ok… Takpe.. Aku dah semakin tabah.. Nak jadi mak kan? Apa la sangat menunggu sambil tahan sakit yang super duper ni.. Aku ni sebenarnya lebih nak masuk labour room tu cepat sebab aku nak Shahril ada kat tepi aku. Nak ada kawan masa tahan sakit…Hehe..

Pukul 7 pagi je.. Nurse dengan doctor dah kelam kabut.. Suruh bawak aku cepat.. Mesin contraction yang pakai dekat pinggang aku tu dah tunjukkan bacaan yang diorang rasa aku memang dah nk bersalin la tu agaknya.. Diorang pun tolak aku pergi labour room guna katil..Memang tak larat dah aku nak buat apa-apa.. Aku call Shahril suruh tunggu dekat luar labour room.

Aku masuk je labour room, Shahril pun masuk..Nurse yang ada dalam bilik tu ada la 5 ke 6 orang. Memang ramai.. Tapi semua baik-baik, muka manis-manis.. N Labour Room HKL sangat lah memuaskan hati..Bilik sorang n tak dengar pun bunyi dari bilik-bilik lain..Aircond kuat gila n sangat la puas hati. Haha. Masa Shahril masuk aku dah nanges dahhhhh.. Sayuhati ni..  

Nurse tanya nak Epidural tak.. Aku kata taknak..Nurse tanya lagi.. Aku kata lagi taknak..Lepas tu dia tanya aku, aku sedar kan apa yang aku cakap ni… Aku cakap sedar.. Nurse siap kata.. Banyak baca blog niii..Haha! Memang pun..Banyak yang aku baca bagi keburukan dari kebaikan epidural ni. N aku memang nak rasa macamana sakit nya bersalin ni yang Allah boleh cuci semua dosa-dosa aku ni.. Allahuakbar..

Nurse cek bukaan lagi dah 6cm.. Tak lama tu aku dengar nurse cakap contraction aku ni hyper.. Mungkin kejap je dah bukak 10cm..Tak yah nak tunggu 4 jam.. Aku duk la sedut gas Entonox tu bagi aku lega dalam kemamaian yang tak berapa nak mamai tu.. Aku dengar Shahril dah baca doa n kata-kata semangat kat tepi telinga aku.. Mulut aku tak berhenti bertasbih.. Doa Nabi Yunus pun dah terasa panjang dah waktu tu.. Berzikir je tak berenti mintak Allah ampunkan semua dosa n bagi kekuatan..

Nurse dekat keliling duk bagi kata-kata semangat..Bila tengok yang jaga aku tu semua cun-cun.. Lagilah sejuk hati aku..Haha. Tak lama lepas tu Doktor datang..Aku nampak dia duk pegang plastik keras kurus panjang.. Lepas tu nurse kata. Puan, kita nak pecahkan air ketuban ye..Aku ngangguk sambil dalam hati kata..”Sila buat cepat ye..” Memang tak rasa apapun..Sebab mamai ke atau sebab sakit contraction tu dah mengalahkan rasa sakit tu.. 

Nurse duk kata puan jangan teran ye puan…Nanti puan takde tenaga nak push.. Takdeknyeeeee..Bila dah rasa nak terberak tu datang.. Memang teranlah ubatnya..Legaaa..Memang tak mampu nak tahan pun..

Tak lama lepas tu.. Nurse cek bukaan aku dah 8cm…Time tu dengar diorang jerit "Ok jom!jom! tak lama je lagi!" 5 ke 6orang nurse yang tadi duk kejap keluar masuk tu semua dah masuk standby untukjadi kumpulan sorak.. Tak lama tu diorang cek, dah 10cm.. Masa tu sakitnya tuhan je yang tau.. Aku dah teran nak berak tu dah berapa kali dah kot.. Nurse suruh push baby tak keluar lagi.. Tapi rambut baby dah nampak..Nurse panggil  Shahril suruh tengok rambut baby dah nampak. Shahril pegi tengok n lepas tu aku dengar makin kuat doa dia.. Kehkeh..

Dua kali teran lagi lepas tu aku rasa legaaaaaaa sangat.. Macam gulpppppp…N aku nampak Aisy keluar n nurse terus bawak baby keluar dari bilik tu sambil jerit “ Baby tak nangis! Baby tak nangis…… Baby dah nanges!” Allah.. Dua ayat pertama yang mendebarkan.. -_-“ Dengar nurse bagitau 9.32 pagi masa tu..

Lepas tu, aku nangis tak berhenti henti.. Mulut duk syukur dekat Allah..Hilang rasa semua sakit tadi… Laju betul aku nangis teresak esak.. Rasa rindu dekat mak aku memuncak betul masa tu... Lama aku nangis..

Sesi keluarkan uri pulak.. Ada sorang nurse datang tanya nak tak dermakan sikit darah tali pusat Aisy untuk Pusat Darah Negara?Laju je aku mengganguk sambil doakan semoga Allah merahmati kami sekeluarga n semoga kehidupan Aisy bermula dengan sesuatu yang baik.. 

Sijil derma darah tali pusat.
Nurse bagi aku minum air milo.. Untuk tambah tenaga..

Lepas tu sesi menjahit pulak.. Masa ni Shahril dah kena duduk luar dah.. Lama jugak sesi menjahit aku ni. Sebab nurse tu jadikan aku tempat untuk diorang belajar dari sister diorang..

Dengar la ayat  “Sister ni nak cucuk sini ke dekat sini”… “Sister, benang ni dah pendek la sister buat la saya tak berani” Allah… Aku nak tergelak pun ada dalam sakit-sakit tu..Aku cakap kat diri aku mungkin ada sebab kenapa aku yang diorang pilih untuk nak belajar n sambil doa yakin takkan ada kemudaratan tanpa izin Allah… 

Aku tanya dekat nurse.. Nurse, banyak lagi ke..Dia kata kita ada tiga lapisan kene jahit.. Ni baru lapisan yang pertama..Allah..Sabau je lah..Lama betol..Sebab diorang tengah belajarkan.. Ada sorang nurse tu dia tengok aku dah bosan-bosan tahan sakit sambil sedut gas tutanpa henti dia duduk kat tepi aku borak ngan aku.. Cerita benda-benda yangpositif je.. “Puan, bulu mata anak puan panjang…Lentik lagi tau..” “Puan, sakit nak bersalin ni sikit je banding dengan tanggungjawab kita lepas nak jadi mak nanti..Puan sabar ye..” “Puan, tadi anak puan terbelit sikit tali pusatnya.. ndia dah terberak sikit dalam perut tadi sebab warna air ketuban tadi dah warna kuning, tapi kuning cair je la..Tak bahaya.. Alhamdulillah ni kami dah cek semua nya normal…” Syukur Ya Allah…
 
 Baru keluar dari labour room nak pergi wad.. Depan lif ni..Shahril mintak nurse yang tolak troli tu ambikkan gambar..kehkeh..

Ok…Sekian entry aku yang agak panjang berjela ni.. Oh ye.. Lupa nak bagi tau.. Dekat mata kiri dengan kanan Aisyah ada macam garisan darah beku..Bila tanya doktor, doktor kata sebab tekanan masa bersalinn maybe sebab terbelit tali pusat tu.. Jangan risau katanya nanti akan hilang..Harini Aisyah dah 40 hari..Yup..Dari minggu lepas darah merah tu dah betul-betul hilang.. Alhamdulillah.. Memang betul takde apa yang nak dirisaukan..Hehe..

Entry ni aku buat nak dekat seminggu..Sikit sikit aku buat tak habis-habis..Lama betul..Ok..Habis pun akhirnya.. Bukan apa..Kalau boleh memang nak bagitau secara terperinci sebab aku adalah orang yang akan mencari apa yang aku nak tau melalui pengalaman blogger lain.. Mungkin pengalaman aku berguna..Hee..

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat untuk bersalin dekat Hospital Besar Kuala Lumpur ni adalah OK sangat.. Dekat PAC, tang yang lama tunggu n toilet dia yang agak tak best tu je yang agak kureng sikit.. Tapi dekat wad, dari segi katil, toilet, pengurusan, dekat labour room semua perfect pada aku.. Takdek nurse garang-garang yang nak cakap kasar-kasar.. Takdek pun..N yang paling aku bersyukur sangat.. Dekat dengan rumah n kalau Shahril nak balik kejap, kejap je dah boleh datang balik.. Tak payah aku nak tunggu lama ngadap jem yang teruk… Walaupun waktu melawat 2 jam waktu tengahari n 2 jam waktu petang je.. Tapi suami mesti akan dapat special sikit.. Boleh lepak lama-lama. Cuma bila ada doktor nak buat rondaan baru kena balik.. Yelahkan nakselak sana sini pesakit-pesakit lain mana boleh orang luar tengok.

Aku ingat lagi Doktor Haizan, doktor dekat Klinik Taman Melati yang aku selalu pergi buat check up time mengandung haritu..Masa aku tanya dekat dia hospital mana yang ok.. Dia tanya aku pilihan hospital aku dekat mana.. Aku kata antara Hospital Selayang, Ampang atau KL.. Dia prefer Selayang atau Ampang sebab HKL selalu penuh n hospital lama.. Selayang n Ampang baru. Selesa sikit.

Dia kata "Hospital mana-mana pun sama je..Semuatu bergantung dekat rezeki kita.. Ada yang dah tempah mahal-mahal dekat swasta nakkan yang terbaik tapi kalau Allah nak uji jugak dengan susahnya waktubersalin, itulah takdir untuk dia.. Tapi kalau Allah dah takdirkan untuk kita mudahnya kita bersalin, hospital kerajaan yang kita takut tak selesa tu mungkin akan bagi yang terbaik untuk kita. Doa banyak-banyak…Fikir positif n doakan yang terbaik dari Allah.."

Yup yup… Bila ingat kata-kata Doktor tulah yang buatkan aku positif sangat. N aku tau antara sebab kenapa Shahril nak jugak aku dekat HKL ni sebab mana-mana hospital yang akan ada masalah dengan pesakitnya,semua refer dekat HKL jugak. Tu yang dia nak jugak HKL tu.. 

Alhamdulillah.. Semuanya Allah mudahkan n Allahmasih menguji tahap kesabaran aku waktu-waktu genting macamtu… Membuatkan akurasa Allah sentiasa ada dengan aku.. Bercakap dengan aku… ^_^



Aisy fresh dari perut...


Yey! Dah jadi emak!! Alhamdulillah...


nota kaki : sekarang bila fikir balik macamana rasa contraction tu.. Emmm... Ntah.. -_-"




Monday, June 10, 2013

Pengalaman Bersalin (di Hospital Besar Kuala Lumpur)



Assalamualaikum...

Jom cerita pasal pengalaman bersalin jom... Entry yang dah lama aku nak buat tapi tertangguh tangguh.. Hehe..Jom lah baca.. Memang panjang..Bertabah lah ye..

Due date untuk aku bersalin sepatutnya 6 Mei 2013.. Sehari lepas PRU 13.. Tapi aku dengan Shahril selalu doa-doa kalau Aisy nak keluar awal sama tarikh harijadi dengan Shahril, 30 April.. Hehe.. Tapi tidak.. Aisy nak keluar hari Jumaat jugak 3 Mei.. Nak sama hari dengan aku dengan Shahril rupanya.. Jadi, kitorang bertiga lahir hari Jumaat.. ^_^v

30 April tu, celebrate harijadi Shahril dengan tengok 2 movie.. Dengan jalan-jalan sambil makan-makan tahap lepas ni ko takkan dapat makan sedap dah masa pantang n sambil mengharapkan dengan jalan banyak,senang la bersalin..hehe

Muka penat tapi nak jalan jugak...
Aku duk terfikir macamana la rasa nya contraction tu.. Sebab boleh dikatakan aku takde lagi rasa sakit yang macam senggugut..Ke aku penah rasa tapi aku tak perasan? Penatlah aku duk tanya kawan-kawan dengan search kat internet..

2 Jun, aku dah tido n tiba-tiba aku terjaga..Dari pukul 12 sampai pukul 2 aku duk terpusing-pusing atas katil.Terasa sakit macam senggugut tu. Orang kata, kalau sakit contraction tu, kita dah tak boleh nak senyum dah.. Aku try senyum sorang-sorang atas katil.. Macam boleh senyum lagi.. haha. Tapi bila aku tengok selang masa sakit aku ni, dalam 10 minit..Aku bagitau Shahril.. Shahril ajak pergi hospital.. Aku taknak sebab aku seriau bila pikir pasal seluk-seluk tu.. Aku dah penat terpusing-pusing kiri kanan atas katil, aku nak bersandar pulak.. Bila aku duduk je.. Terasa ada macam air pekat mengalir keluar dari V aku.. Aku bagitau Shahril.. Melompat dia bangun sambil kata "Jom pergi hospital jom pergi hospital.." Aku boleh rilek2 lg sebab tak sakit sangat. Aku ingatkan air ketuban yang keluar rupa rupanya lendir darah yang boleh tahan banyak dia..

Beg baby dengan beg aku memang dah standby dariawal so tinggal capai je. Pepagi buta tu kitorang and mak mertua aku pergi hospital. Aku tanya Shahril nak pergi hospital mana. Dia kata HKL.. Aduuiii terus berdebar aku. Memang HKL paling dekat dengan rumah. Tapi aku nak Hospital Ampang jugak..huhu.. Tapi sebab aku tengok muka Shahril lagi cuak berbanding aku yang tengah contraction ni aku iyekan je sambil doa itulah hospital terbaik untuk aku...

Aku bukan ape..aku terbayang hospital lama.Dengan padatnya manusia. Lepas tu labour room agaknya menakutkan...Nurse yang otai dan ganas tahap xnak jaga hati orang....Aiihhh... Macam2 lah...Doa je lahkan.. Takkan jadi sesuatu perkara tanpa izin Allah jangan buat perangai n menyombongkan diri tahap nak dilayan diva.. Insyaallah kita pun akan dilayan baik..Pujuk aku kepada diri aku sendiri..hehe..

Dah sampai dekat HKL, terus pergi dekat PAC...Sampai sampai je nurse terus bukak rekod baru untuk aku.. Banyak gila soalannya n lepas tu cek kadar contraction, tunggu doktor datang untuk cek bukaan..Masa cek bukaan ni aku tahap gigil.. Yelah.. Dah la memang tengah darah keluar banyak kat bawah tu.. Nak seluk pulak..Seriau gila..  Sekali takde bukaan lagi! 0 cm.. Gulp.. Lepas die seluk tu, baru terasa sakit nyilu-nyilu kat bawah tu.. Tapi rasa contraction makin hilang.... Aku boleh lepak-lepak sambil tunggu doktor yang lain datang tanpa ada rasa sakit. Tapi sakit hati yang datang..haha! Yelah..bayangkan.. Dari pukul 2.30 pagi aku kat situ.. Pukul 6 pagi baru doktor datang untuk scan baby and bagi pelepasan.. Tunggu punya tunggu pukul 9 baru aku setel sumanya.. Ya Allah.. Hati aku dah gelisah gelisah.. Dengan darah lagi.. Badan berlengas.. Perut lapar.. Tuhan je yang tau..Mujurlah bawak roti dengan air boleh la alas perut.. Nurse dengan doktor siap dah tukar syif dah.Terkejut nurse yang bagitau aku yang aku dah boleh balik sebab aku tunggu 6 jam last-last kena balik jugak..Banyak kali dia minta maaf...Sejuk gak hati ni..

Tapi air mata ni dah nak ngalir laju dah.. Pikir nape lahhh aku datang HKL ni.. Nak nangis.. Ngadu kat Shahril jom la pergi Hospital Ampang nanti .. Dia kata sabar lah kan dah bukak rekod kat sini nanti mesti kejap je..Wuaaaaa!! Ok pikir positip...HKL ni dekat dengan rumah so senang kalau apa-apa jadi..N redha Allah ada dalam redha suami.. Baik!Saya akan bertabah...

Balik je rumah.. Mandi, qadha solat subuh yang dah terbabas tu,ngaji lagi satu surah, tidur. Lepas tu pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk.. Hehe.. Aku ajak Shahril jalan-jalan bagi senang bersalin. Lagipun dah takde contraction dah.. Darah memang ada.. Macam period..Lagi sebab dah kena seluk tu. Lagilah banyak keluar. Malam tu dah start rasa sakit. Dari pukul 11.. Aku tengah tengok tv dengan Shahril.. Aku tengok jam, sela sakit 10 minit.. Kali ni sakit yang tak senang duduk.. Kejap aku bangun kejap aku jalan kejap aku baring.. Nak pergi hospital balik, aku taknak sebab taknak keciwa jalan tak bukak lagi.. Aku nak bila aku pergi dah bukak banyak..biarla aku sakit kat rumah ni dari aku melanguk kat hospital tu..Sebab kalau dah 3cm akan kena tahan dekat wad. 4 cm terus masuk labour room. Aku doakan terus leh masuk labour room.Hehe..

Aku tahan sakit sampi pukul 2 pagi.. Time tu memang sakit yang sampai mengalir air mata ni.. Memang tak boleh naksenyum-senyum dah.. Ingat nak tahan lagi.. Tapi aku fikir kang aku tak larat nak jalan pulakkan.. Pukul 2 ke 3 pagi 3 Mei tu lagi sekali kitorang pergi PAC HKL.. Contraction makin kerap.. Bila datang sakitnya, nak bercakap pun takboleh..Doa je moga Allah kuatkan aku dan selamatkan semuanya.. Dah sampai PAC,procedure jadi senang sebab rekod aku dah ada.. Terus je cek bukaan.. Dah 4cm..Ya Allah Alhamdulillah.. Terus boleh masuk labour room…




Sambung entry lain eh... Panjang sangat nih.. Mesti korang dah penat nak baca.. hehe..

Saturday, June 8, 2013

Aktiviti yang paling menyeronokkan

Assalamualaikum..

Haaa...Nak tau tak apa aktiviti yang paling menyeronokkan sekarang ni?

Mandikan Aisyah.. Hehe... Dulu takut nak mandikan.. Sekarang badan dia dah padat. N dia pun tak nangis dah bila mandi.. Aisyah pun suka bila mandi.. Enjoy sangat dia.. Kadang kadang bila nak angkat, baru nangis.. Aku try letak balik dalam air.. Diam balik dia..haha

Hari hari sebelum ni lepas mandi, tak dan pakai baju mesti kena upah susu dulu.. Masa tengah nyusu tulah aku eklam kabut pakai kan pampers, minyak suma.. Dah kenyang baru diam n duk sengih sengih masa pakai baju. Ada kadang kadang tu dia nangis ngada ngada lepas mandi tu, tau tu je caranya nak dapat upah. Kalau baik je kompem mak nya ni nak pakaikan baju terus..kalau nangis ngada ngada tu, dua tiga kali sedut dahhh.. Lepas tu, hepi masa pakai baju..kehkeh.. Saja nak test skill mak dia..Bijak betul..

Tapi dah beberapa harini Aisyah dah makin baik... Enjoy mandi n kadang kadang je nak mintak upah sebelum pakai baju. Banyak kali dah terus je boleh pakai baju n lepas tu baru minum susu...

Kalau dia duk sengih sengih tu... Rasa nak gigit gigit je pipi tembam ngan mulutnya kecik dia tu...Kalau nangis? Sumbat je nenen terus diam..kihkih....

Eeehhh gamba Aisyah dengan abah pulak....



haaa ni gambar mandikan Aisyah....hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails