Friday, September 21, 2012

Apa Yang Boleh Membantu Kita Bekerja Dengan Gembira..


Ini pendapat aku...Mungkin pendapat orang lain berbeza... Pada aku, untuk bekerja dengan gembira, yang paling penting adalah keselesaaan tempat kerja dan jugak orang atasan dan bawahan dan setara dengan kita menggembirakan kita.. Mungkin ada yang tak sekepala dengan kita tapi boleh dikatakan cuma segelintir je..Jadi, tak mengganggu sangatlah kan...

Aku pernah dibebankan dengan kerja yang sangat-sangat memerlukan masa dan komitmen yang tinggi... Boleh dikatakan setiap minggu perlu memberi laporan kepada pihak atasan mengenai status kerja dan laporan baki peruntukan... Setiap minggu nak kena ada progress yang melampau-lampau dekat tapak.. Setiap minggu ditekan.. Setiap hari bergaduh dengan kontraktor yang degil..Setiap hari mengadap pelanggan bagi memastikan kerja mengikut kehendak dia...Dan memastikan pelanggan bagi kerjasama dekat kontraktor...Bekerja dengan tentera melibatkan kawalan keselamatan yang agak ketat dan kadangkala function-fuction yang tiba-tiba diadakan yang menambahkan lagi punca-punca kelewatan kontraktor.

Tapi waktu tu aku tak rasa terbeban pun...Tapi eksaited.. Dengan team yang sangat-sangat best dan membantu..Dari staff dekat kem sampailah dekat ofis.. Buat kerja memang menyeronokkan betullah... Walaupun beban kerja yang sangat banyak..Yang kadang-kadang kena stay dekat ofis sampai tengah malam, hari sabtu kena datang.. Tapi takpe.. Semua orang yang best2 tu ada..So buat kerja dengan gembiranya...

Tapi sekarang..Lepas 3 tahun.. Dah ramai yang bertukar... Setiap keputusan yang dibuat oleh orang yang sepatutnya membuat keputusan bukan lagi membantu tapi lebih menyesakkan pemikiran...Benda yang jadi sesimple ABC cara penyelasaiannya disesakkan dengan penyelesaian sesusah buat kira-kira berformula... Yang bila kita bagi pendapat...Pendapat kita dianggap macam sampah...Padahal pendapat dia lagi ditolak bulat-bulat oleh semua orang dan akhirnya pendapat kita diguna pakai semula...

Aku tau...Aku yang sebenarnya kena berubah... Jangan terpengaruh dengan sekeliling.. Buat kerja seikhlas mungkin...Tak kiralah apa yang berlaku.. Kita kena jadi yang terbaik...Tapi aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai tahap kebosanan tersendiri...Kiranya dah sampai maksimum... Dan sebelum banyak lagi dosa umpat umpatan yang dibuat, biarlah aku berlalu pergi...haha..

Nota kaki : Tinggal satu minggu.... Satu habuk pun aku tak kemas lagi barang-barang dekat ofis ni... Banyak sangat..Taktau nak mula dari mana.. -_-"

Friday, September 14, 2012

Nasrina Si Jurutera...

Assalamualaikum...

Tinggal lagi 2 minggu....Jumaat depan n Jumaat satu lagi... N insyaallah haritu adalah hari last aku dekat JKR nih... N mungkin memang rezeki aku dekat JKR ni takde langsung atau lambat lagi.... Sebab interview untuk ditempat kan oleh SPA haritu aku tak dapat pun panel JKR tapi kementerian yang lain.. Jadi, mungkin jodoh aku dengan JKR jauuuuhhhhhh lagi atau mungkin tak ada langsung....

Sekarang ni sebab-sebab untuk aku amek master haritu tercapai jugak.. Iaitu kalau tak dapat tetap aku akan move on ke tempat lain... Alhamdulillah... Aku dapat offer Geotech Engineer dekat satu consultant ni... Consultant yang dah agak establish and insyaallah akan aku rembat ilmu secukup-cukupnya dalam tu nanti...

Terus terang aku sendiri tak pernah dengar nama consultant ni... Tapi kalau siapa-siapa yang pernah buat project melibatkan environment atau water yang combine dengan consultant-consultant besar macam Zaidun Leeng, Minco mungkin pernah dengar.. Contoh nye Ila opismate aku pernah kerja dengan Zaidun Leeng dia kata opis yang bakal aku masuk ni memang dah lama n buat project besar..Memang antara kompeni yang disebut sebut..Shahril pulak ex-Minco dia kata dulu project dia memang ade join dengan opis tu jugak.. Okei, sekurang kurangnya taklah masuk kompeni yang kokak sangat kan..(ayat penyedap hati...hehe)

Kenapa aku amek Geotech... Sebab pengalaman aku jadi engineer structure sedikit membosankan aku.. Kiranya aku mengharapkan Geotech ni memberi aku pengalaman yang tak membosankanlah kiranya nih... Ke aku sendiri yg memang taknak buat design lantas menganganggap semuanya adelah bosan... Adoiiii...Dah nak dekat 4 tahun dekat JKR... Jadi agensi pelaksana merangkap pemantau... Wohooiii cmne kehidupan aku lepas ni yang lebih menjadi golongan pemikir yang sebenanye aku ni memang malas memikir... Ahdoi laaahhh...

Takpelah... Kalau Allah dah kata itulah tempat aku walaupon dah berpuluh tempat aku hantar dan cuba nasib,   munkin inilah jawapannya.. Doa aku, mana yang terbaik dapatlah.. Kalau tak terbaik jangan dapat langsung... Sebab aku taknak berbelah bagi... Terus terang aku akan amek mana yang akan bagi benefit paling banyak tanpa memikirkan apa yang aku nak jadi sebenarnya..huhu... Jadi kalau inilah jawapan yang Allah nak bagi untuk masa depan aku, grab sajoh... DAN! Nasrina!!! Sila berubah menjadi orang yang lebih rajin...!!!! Udah-udah la menjadi golongan yang pemalas..!!! -_-"

Ohh yee... Berita baik di bulan Syawal yang ingin dikongsikan lagi satu adelah.......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

GAJI PEGAWAI CONTRACT NAIK RM300!!!! Wiieeehuuu!!!Alhamdulillah... ^_^

Untunglah sapa yang still sambung tuh... Aku insyaallah dapatlah merasa dari bulan Jun sampai bulan September je... Sebab diorang akan back date dari bulan Jun... Rezeki jugak tu kan? Yeyyy! Yeeyy!! \0/
Perkara ni takkan jadi jadi kalau Allah tak kata Kun Fayakun.. Dah 5 tahun gaji pegawai kontrak tahap tu jeh.. Kerja melampau..Kadang2 tu mengalahkan yang tetap..Aiihhh..Ok stop bebel... =p Mana aku tak happy..Berita ni dapat betul-betul dua tiga hari lepas aku hantar resign letter... Merasa jugaklah rezeki ni... Apa-apa pun, gaji kat tempat baru lagi masyuk...hehe...

Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat pengalaman aku dekat sini.. Daripada tak reti handle meeting.. Alhamdulillah... Dah Beratus kali jadi chairman walaupun melibatkan ranking-ranking tinggi tentera... Takut nak bercakap dengan beratus-ratus kontraktor..Alhamdulillah kalau tiba-tiba diorag tanya soalan on the dot pun masa lawatan tapak dah boleh jawab insyaallah... Betul ke aku boleh jadi leader..? Alhamdulillah staff bawahan ada dekat 80 orang n boleh dihandle dengan jayanya setakat ni.. Alhamdulillah kerja-kerja dekat kem semuanya dapat disettlekan dengan baik setiap tahun..Alhamdulillah hubungan baik bukan dekat bahagian aku je tapi melibatkan Mekanikal, Elektrikal n sampai ke HQ..Kalau tak takkan bos dekat HQ yang rekemenkan jodohkan? kehkeh...(Ok poyo...)

Alhamdulillah pernah dapat Anugerah Pekerja Contoh daripada Ketua Pengarah JKR Ir. Judin...

Kenapa tak dapat tetap? Munken tahap kehampehan aku menjawab masa inteview gagal menunjukkan yang aku ni boleh buat kerja... kehkeh... Apa-apa pun, rezeki dekat tangan Allah... Kita buat sajoh kerja kita... Selebihnya, biar Allah yang tentukan.. We Do The Best... Let Allah Do The Rest... Allah Maha Tahu apa yang sesuai untuk kita... ^_^v


nota kaki : Ohhhh...Tiada lagi jalan-jalan ke Jalan TAR selepas ini..... Bermulalah episod Nasrina Si Jurutera Skema.........


Thursday, September 13, 2012

Merdeka Raya JKRWPKL

Jamuan raya opis ^_^ Tema tahun ni warna biru..

Tahun last sambut jamuan raya dekat JKR Wilayah..

Sent from Blackberry

Monday, September 10, 2012

Homestay di Temerloh, Pahang

Homestay di Temerloh Pahang

Anda nak cari rumah penginapan untuk kenduri kahwin? Melancong? Atau berjalan-jalan untuk mencari ikan patin yang super duper lazat di Temerloh?

Family aku ada menyediakan perkhidmatan homestay....

Rumah teres dua tingkat di Taman Bahagia Makmur.
Berdekatan dengan Bandar Temerloh, Mentakab, Pasar Tani Temerloh...Kesimpulannya dekat tengah bandarlah... 

Kelengkapan dalam rumah :
- Mempunyai 4 bilik
-TV
- Mesin Basuh
- Kelengkapan katil dan almari di setiap bilik
- 3 Tandas
- Dapur
- Pinggan Mangkuk

Satu malam berharga RM200 sahaja...! Murahkan?Murahkan? 

Sila hubungi Rafar/Linda (pakcik dengan makcik aku selaku penjaga homestay) :                            012-9493818/01119436534 

atau contact aku direct SMS 019-3613164 atau email nashoney27@yahoo.com... ^_^v







Wednesday, September 5, 2012

Cerita Raya Aku...

Eh eh... Tahun ni tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri... Lambat pulak nak mengupdatenye ye... 

Di pagi 1 Syawal, beraya dekat Setapak dulu... Petang baru balik Temerloh.. Beraya kat Temerloh sampai raya ke-3..Wiihhuuu \0/ Raya ke 4 pulak balik Seremban... Kampung Shahril..

Di malam raya, Shahril bakar satay kat belakang rumah... Satay  ayam n daging yang diperap sendiri bahan-bahannya..Sodap gak...Rasa macam kat kedai..Nyum nyum...Terer terer.... Lepas bakar satay, plan asal untuk merayap ke jalan TAR ditukar kepada merayap ke JJ Wangsa Maju... Aku malas naik LRT..huhu...

Dua malam dekat Temerloh, aku dengan Shahril tak tido rumah nenek aku.. Tapi kitorang tido dekat Hotel Sri Malaysia.. Gedik tak? Gedik tak? hehe.. Makcu aku belanja.. Katanya, "Kan makcu tak bagi hadiah  kawen lagi... Makcu belanjalah tido dua malam dekat hotel. Pengantin baru lagikan..." Yeeyyy!! Kata orang rezeki jangan ditolak... \0/

Oh ye..Tiada sebarang gambar sebab nak tengok ke gambar sorang pakai baju hijau, sorang pakai baju biru?Gila tak sedondon di pagi raya..Kehkeh.. N tangkap gambar pun dalam henpon je... Tak save dalam komputer pun lagi...Sempoiii...

Raya aku tahun ni amatlah berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni... Si Pemalas telah menjadi Si Rajin. \0/ Bayangkanlah..Sebelum ni mana lah ada sangat orang datang beraya dekat rumah aku.. N kitorang pun bukanlah jenis rajin sangat beraya dekat rumah orang.. Tahun ni? Gulp...! Orang datang tak putus-putus...
Orang putus je datang, kitorang pulak pergi rumah orang lain... Famili Shahril memang jenis yang beraya n menyambut/meraikan tetamu gila-gila punya.. Kalau orang datang pagi atau petang? Siap lah mee goreng/Mee kari/Mihun 2 3 bungkus siap terhidang... Kalau orang datang tengahari atau malam? Siaplah nasik putih dengan lauk yang pelbagai.. Belum lagi segala kuih, kek, kerepek, air pelbagai perisa yang dihidangkan... Gulp! Agak kejutan budaya aku... Kenapa kejutan budaya? Sebab tahun-tahun sebelum ni mana korang rasa watak aku? Dalam bilik tengah tido... zzzZZZzzzz....~ Atau pun tengah main komputer... =D

Tahun ni agak berbeza... watak aku banyak dekat dapur... Pewwwiitt... Bangga ngan diri sendiri.. Masak air.. (Paling hebat pun teh o je) Masak lauk pauk yang setakat ni kalau lauk yang aku masak mesti licin n dipuji kesedapannye.. :"> Adoi riak lak... N kadang-kadang standby pizza dalam peti ais.. Kalau orang datang, bakar je... Sebagai tambahan menu...Hihi genies tak aku...?

Apa lagi eh cite aku? Dah lah... Sekian cerita raya aku... 


nota kaki : Ada tak lebih kurang cerita raya Aaron Aziz..kehkeh....




Sambungan cerita....
.
.
.
.
.
Minggu lepas, pergi beraya dekat rumah kawan-kawan Shahril... Ramai betul yang tegur kata muka kitorang ni masuk... Yeke? Ada adik kawan dia siap tanya.. Korang ni adik beradik ke sepupu ke ape eh? Bila cakap husband n wife dia tanya kenapa sama sangatttttttt!... Yeke???? Tang mana yang samanye? Ramai yang kata kalau muka serasi, jodoh nya panjang... Insyaallah...Doakan ye... Semoga panjangggggggg hingga ke syurga... ^_^v


Ok dah abes dah cerita.... ^_^

Eh ada lagi satulah..... Alhamdulillah...Mencurah-curah rezeki Ramadhan dan Syawal aku... Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur... Terima kasih Ya Allah... Nanti aku akan bagitaulah eh berita gembira tuh... Belum tiba masanya untuk dikongsikan dekat sini...

Apa yang aku pelajari buat waktu sekarang ni... Bila kita berniat yang baik-baik untuk mak dengan ayah kita... Rezeki yang Allah bagi memang mencurah-curah... Subhanallah... Alhamdulillah....^_^ Siapa yang takde mak ayah, cari lah adik beradik mak ayah kita atau atuk dan nenek kita... Janji Allah itu PASTI... =) 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails