Monday, April 30, 2012

Menghina

Tergamak orang menghina ulamak...siapalah kita yang berzikir pun pun payah nak menghina ulamak..sedih sgt...masing-masing ada pendapat sendiri tapi jangan lah sampai menghina waris Nabi...

nota kaki : sedih la cmni!!

Sunday, April 29, 2012

Tak Cukup Korum

Salah pilih tarikh ke?huhu...Masa aku pilih tarikh tu, aku tak tetapkan pun nak tarikh best ke apa ke..Janji mana-mana tarikh yang kosong, aku book je..

Sekali, rupa-rupanya tarikh tu budak-budak sekolah menengah tengah pekse..huhu..Sian anak-anak murid aku yang dua orang tuh tak dapat tengok cikgunya naik pelamin insyaallah...huhu

Diorang ni antara yang eksaited duk selalu tanya bila aku nak kawen siap nak rekemenkan cikgu kat sekolah MRSMnya..Tapi ujung ayat, "Tapikan auntie, cikgu kite tu dah tunang.." Huh! Apo ko...Nak kenalkan tapi dah not available pulak...

Diorang ni jugaklah yang aku nak harapkan dan bercita-cita untuk melenjankan untuk buat semua benda nanti.. Untuk siapkan taging2 untuk door gift, untuk bagi doorgift kat tetamu dan sebagainya..Kompem takleh melawan punya.. Malas je, aku bagi lah ayat keramat aku "Jangan derhaka ngan cikgu!" Kompem buat..Muahahaha...! Kalau tak buat jugak? Aku report kat mak diorang..Muahaha!

Tak pelah eh...Mungkin ada hikmahnya..Walopon sedih macam tak cukup korum.. =(


nota kaki : Tak dapat markah elok..Siap!

Thursday, April 26, 2012

Seri dah naek kononnye...


"Amboiiiii....Kemain berseri muka nihh.."

" Tak lama lagi kan? Dah nampak dah seri kat muka tu.."

" Sori eh nak tanya..Awak nak kawen dah eh? Sebab nampak berseri-seri muka ni" (Padahal aku datang nak suruh dia urut kaki aku yang bengkak nih)

***********

Ok...Memang kalau nak kahwin, Allah akan jadikan muka kita ni berseri-seri eh?Walaupun bila kita tengah masam dan tengah memikirkan 1001 masalah dan cabaran dalam tempoh pertunangan nih? Seri tu tetap ada eh? 

Atau mungkin sebab sebelum ni jerawat bertepek-tepek kat muka aku ni macam butir jagung tapi Alhamdulillah sejak lepas tunang hari tu memang dah surut jerawat dekat muka aku nih, mungkin sebab tu diorang nampak muka aku lain kot lantas anggap je seri pengantin..*bling bling*

Atau mungkin sebab psycology... Semasam dan sekelam mana pun muka kita nih yang tengah memikirkan 1001 masalah dan cabaran tuh, tapi dalaman hati kita yang super duper eksaited nak kawen dan tak sabar nak ade laki ni, keceriaan tu terpancar dekat muke...eh?...Huh!

Atau yang memang dah tau aku dah nak kawen tu, taktau nak cakap ape, cakap je ayat
" Amboiiii...semenjak nak jadi pengantin niiiiii berseri seri muke haaaaaaa..."(gaya joyah ye....)

Waloapepun punca nya, apa yang aku tau, kalau ada je orang yang tegur aku macamtu, secara otomatiknya muka aku yang tengah masam macam orang kalah judi ni terus senyum meleret..Woh woh..Tanda taknak menghampakan mereka lantas terus menunjukkan senyuman paling manis ala-ala pengantin tersiput siput..Secara otomatiknya juge sangat mengappreciate kata-kata mereka itu...(Padahal memang malu-malu pun bila orang kate mcmtu.. :'>) 

Sekian entry ini dari saya... Jika diizinkan Allah, bakal pengantin dalam tempoh kurang dari 30 hari.. Bakal pengantin yang baru tahu, dugaan bertunang tu tak semestinya datang dari tunang kita sendiri...

Tapi macam biasa..Sebagai seorang yang cekal menghadapi segele gelenye.. Redah sajoh dan anggap je ni semua sebagai cabaran untuk mematangkan diri kita sendiri...Dan yakin Allah sentiasa ada dan akan membantu hambanya yang nak buat perkara yang Dia suka.. Dia akan menghantar bantuan yang kita takkan sangka-sangka..Insyaallah ^_^v


nota kaki : mata dah pedih, hidung asek mintak tisu, tekak perit bile menelan... gulp...


Thursday, April 19, 2012

Doa untuk anak..

Tadi dapat email..Ada ilmu yang menarik untuk dikongsikan..Untuk kamu, saya, kita semua..Ibu-ibu dan bakal ibu.Insyaallah...
Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.
Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

1- ASSALAM : SEJAHTERA.Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAHKita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
 Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =)


Sent from Blackberry

















Monday, April 16, 2012

Piknik Dengan Yang Tersayangssss....

Assalamualaikum..

Semalam.. 15hb April 2012.. Aku dengan separuh dari  8 delapan pergi berpiknik dekat Taman Tasik Perdana. Sama tempat dengan Piknik DIY dengan Nakama haritu.. Kitorang berkumpul pukul 10 pagi..

Kitorang buat potluck.. Aku bawak nasik goreng..Mak yang masakkan..ngehngeh.. Aiza bawak air, Ruby bawak lasagna..Hawa bawak macaroni goreng, Ili bawak choc ball, Anne bawak cheese cake dengan popia.. Azrol pon ade..Tapi dia tukang makan je.. 

Nyum nyum nyum..Sodap!Makan sampai kenyang... Jom tengok gambar jom..


Nyum nyum nyum...


Anne's Family


Si celungap memang paling laju bab-bab makan nih..Tak sedar diri itu gemok!


Ili's Family


Aiza ngan sapik..Eh eh..dua-dua baju merah


Ruby n Hawa... Pengantin to be jugak.. ^_^v

Ok, diantara tujuan untuk membuat piknik ni adalah untuk bagi kad kahwin merangkap nak bagi tau skop kerja masing-masing time majlis aku nanti. Almaklumlah,jika diizinkan Allah, diorang nilah orang-orang kuat aku time majlis tu.. Aku sangat-sangat memerlukan kawan-kawan aku di hari itu nanti dari awal majlis sampai lah habis majlis.. Bagi memastikan diorang tak lari, aku bagi masing-masing skop kerja..Ok tak? hee.. 

Ppink, Khairul dengan Wanie pun ada tugas jugak hari tu nanti tapi diorang tak dapat datang. Skop kerja n kad diorang di holdkan dulu...

Idea untuk mengumpulkan diorang ni dah lama dah aku nak buat.. Tapi masih berfikir-fikir tempat mana yang sesuai untuk mengumpulkan diorang nih.. Dapat je mesej dari Ili aritu yang mencadangkan berpiknik sambil berpotluck, lepas dia baca entry aku berpiknik dengan Nakama. Aku pon hip hip hurey lah sebab aku ni bukannya apa..Nak mikirkan idea memang senang tapi nak mengumpulkan tu yang agak payah sebab pikir ada yang dah ada komitmen dengan famili and baby kecik. Tapi, kalau dah mak baby yang lagi menyapot.. Ape lagi kan...\0/



Pembentangan skop kerja

Ok, sekian... ^_^ Lepas nih kita buat aktiviti macamni lagi nak?nak?

nota kaki : Asal ayat aku cam tunggang langgang nih...

Thursday, April 12, 2012

Kata-kata Pujangga

Kata-kata pujangga yang aku dapat pukul 12 tengah malam tadi..

"Untuk kita menghadapai peperiksaan, tidur yang cukup dan hati yang tenang adalah lebih penting daripada menambahkan ilmu di dada.." -Ppink..


Nota kaki : Kata-kata pujangga tu dikeluarkan bila aku kata dekat Ppink, aku nak tido dah walaupun esok ada test..(Selepas 1 jam setengah bergayut..)...

Nota kaki 2: Harap-harap dengan hati yang tenang dan tanpa ilmu di dada yang banyak nih, dapatlah aku jawab dengan ok test nanti..haha.. Adoiiiiii....

Monday, April 9, 2012

Sakit Hati

Kita merasa sakit hati bukan krn dihina, tapi karena ingin dihormati/dihargai orang lain - Aagym

Nota kaki : dihargai = disayangi..kan?
Sent from Blackberry

Thursday, April 5, 2012

Bekal Dari Emak

Mak bekal kan naget tok g kelas..Comel tak bungkusan ni.. Dlm plastik yg siap ade yg macam zip tuh..Tah yah beli tupperware.kuikui :p

Kisah Baju Akad Nikah

Tak puas hati!
Tak puas hati!
Tak puas hati!

Tak cantek!!!!!!!!!!

Nak g oter!

Nak kurus!

Ntah hape-hape jadi baju tuh!


Gerammm!!!

Pikir cara...Macam mana nak oter jadi cantek...dengan badan bentuk pear nih.. Lagi la..Jadi macam mak bonda..Tau tak mak bonda tu hape? Mak bonda tu adelah makcik gemok yang pedepek....Wuuaaaa!! Nanges kang..haaa... 

Aku ni pon satu..Tak reti-reti ke nak kurus??? Dah lah salah pilih design..Gemok..Cukup pakej nk jadikan baju tu lebih buruk.....Nak oter balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Baju akad nikah tuhhhh... Bukan baju biasa..Wuaaaaa!!! =((


nota kaki : ok..itu hanyalah jeritan di dalam hati.. Muka aku cool je depan komputer ni..Sambil menatap assignment yang nak kena hantar malam nih...Hati gundah gulana...


Monday, April 2, 2012

Ini kisah aku...


Macam poyokan? Tapi percayalah..Dalam tempoh aku single dan mencari jodoh aku dulu.. Aku memang berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. Macam-macam yang aku buat..Semoga aku termasuk dalam kategori pompuan yang baik-baik. Sebab aku percaya untuk mendapatkan jodoh yang baik, aku perlu menjadikan diri aku antara yang terbaik..Kalau belum menjadi yang terbaik pun, sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik..

Satu masa dulu, aku berfikir..Di mana kah jodoh aku..Cara bagaimanakah Allah menemukan jodoh aku..Andai kata aku menerima salam perkenalan menggunakan orang tengah, orang tengah tu perlu dari kalangan orang yang baik-baik juga sebab aku percaya bagaimana kita,begitu jugalah kawan-kawan kita..Perangai yang hampir sama..

Perkenalan aku dan dia adalah diperkenalkan oleh bos aku merangkap bos dia di HQ.. Dalam masa yang sama dia berkawan lama dengan sepupu aku suami isteri..Semenjak sekolah menengah.. Dalam masa yang sama, berkawan dengan kakak ofis aku dan kawan-kawan aku di ofis..Ramai yang berikan jawapan yang positif.. Antara sebab kenapa hati aku tak ragu-ragu untuk memilih dia selain istikarah kepada Allah...

Bukanlah aku nak kata dia terlalu perfect terlalu baik macam dah takdek lelaki lain yang baik..Bukan..Cuma, sikap dia yang hormat orang tua, jaga solat, cara percakapan yang sopan dengan rakan sekerja dan keluarga dia, bertanggungjawab dalam kerja.. Dah cukup menenangkan hati aku.. 

Semoga jodoh kami dipermudahkan...Semoga jodoh kami hingga ke syurga... Semoga dengan perkahwinan ni nanti aku dapat membaiki lagi diri aku menjadi orang yang lebih baik untuk mendapat keredhaan Allah..Semoga dia membahagiakan aku dan seluruh keluargaku hingga ke syurga..


nota kaki : memang bila kena buat asignment, mood nak tulis blog datang eh? Hampeh aku nih...Ok sambung buat asignment! (zzZZzzzz)



Sunday, April 1, 2012

Piknik DIY

Assalamualaikum...
Semalam aku dengan Nakama yang lain iaitu Azrol,Khairul, ngan Aiza berpiknik sakan dekat Taman Tasik Perdana..Okei, memang semalam adalah pertama kali aku menjejakkan kaki dekat taman nih.. Padahal belakang JKR HQ je..-_-"

Piknik ni adelah idea aku..Idea dari seorang bakal pengantin yang bercita-cita nak buat banyak props untuk wedding dia secara DIY tapi rasa tak mampu nak buat seorang,,So, aku mesej Nakama yang lain untuk tanya sudi tak kiranya membantu aku menggunting,menampal,mengecat,dan me me yang lain.. Diorang setuju..Yey! Ok, memang aku paksa rela diorang sebenarnya untuk tak boleh cakap taknak.Termasuklah Kerol yang datang cuma untuk 20 minit gunting sikit-sikit pastu balik sebab ada event opis katanya..aku appreciate sangat 20 minit ko tuh =)

Aiza bawak makaroni goreng..Mak dia yang masak.Time kasih makcik!\0/ Makanan untuk santapan pagi sampai lah tengahari kitorang. Pukul 8 pagi sampai pukul 3 petang kitorang berpiknik sambil DIY..Seronok jugakkan..Dengan angin sepoi-sepoi..Mujur cuaca tak panas, tak hujan..sedang-sedang..nyaman je..



Ini gambar aku tengah mengecat frame kayu.. Ok, tak berapa jadi sebab aku tersalah beli cat.. haha.. Sepatutnya belilah cat kayu.Ini aku beli cat apentah. Tak cantek jadi nye..Adoi..


Selepas mengguntung-gunting stiker nama untuk door gift akad nikah (Ini pun aku DIY okeh..save n boleh ikut selera aku..=p) aku kerah tenaga Aiza untuk tulis nama-nama dekat kad kawen pulak.. ngee..Dia paling banyak keje sebenarnya.. Thanks Aiza! Banyak betul jasa ko kat aku yang memang tak terbalas.. Bak kata Ppink..Aiza tu sayang sangat kat ko Nas..Semoga kalau aku tak terbalas semuanya, Allah akan bantu aku balas jasa-jasa ko dengan perkara lain..Amin..


Azrol tengah menggunting props untuk meja Photo Booth..Puas hati dengan props nih..Oh ya.. Takleh tunjuk props apa yang aku buat..Tak seprais la nantikan..Insyaallah akan tunjuk jugak. Biar 1 2 3 sepraisssss! (ala2 eric)

Hiburan pada hari semalam adalah lagu-lagu dari laptop Azrol.. Tak lah sunyi sangat ada jugak lagu sambil-sambil tengok pemandangan bebudak sekolah tengah marathon keliling taman tuh..

Dengan berakhirnya aktiviti semalam, boleh dikatakan banyak jugak benda yang dah setel..Alhamdulillah..Terima kasih sangat dekat korang.. Semoga perkahwinan aku nanti tak menjarakkan persahabatan kita. 

Semoga dengan perkahwinan, kita dapat menambahkan sahabat bukan dengan perkahwinan kita akan kehilangan sahabat. Ramai yang aku tengok, lepas kahwin, kawan-kawan mula dilupakan..Kita minta pasangan kita tak berkawan dengan kawan-kawan dia..Mungkin kerana cemburu.. Insyaallah, kalau kita tau jaga batas-batas pergaulan, tiada tawa mesra +gedik tiada tepuk tampar antara kawan-kawan berlawanan jenis..Cemburu itu tak perlu. Pokok pangkalnya, diri sendiri.. Semoga aku dan pasangan aku tau menjaga diri dalam bersahabat.. Atau, sebab lain kenapa kawan dah tak perlu mungkin juga kerana merasakan diri telah cukup sempurna sebab dah dapat suami...Kawan dah tak perlu sangat dah dalam hidup kita ni.. Suami adalah segala-galanya..Ooooo..Bila ko ada masalah tau pulak nak cari kawan balik!?? (ok, emo tetibe..hehe)

Ayah aku pernah pesan lama dulu.. Jangan dengar masalah rumah tangga kawan lelaki kita.. Macam tu jugak kalau kita ni lelaki, jangan dengar masalah rumah tangga kawan perempuan kita.. Kata abah, bunyi memang macam kejam.. Tapi kalau itu yang dapat menjauhkan kita dari benda-benda yang tak elok..Jauhkan lah.. Kata abah, mula dari kesian, lepas tu cuba menyelesaikan lepas tu rapat..Masa tu syaitan mula bertindak..Aku memang pegang pesan ayah aku ni dari dulu sampai sekarang. Mungkin sebab tu aku takde kawan lelaki yang dah kawen.. Aku lebih suka tak amek port.. 

Okei..Tetiba dah sesi berpesan-pesan dah aku nih..Tadi cerita pasal piknik..hehe..Okei, itu saja..Sekian.. =)

nota kaki : Allah bagi aku orang yang tak jauh dari keluarga aku n kawan-kawan aku.. Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails