Tuesday, March 27, 2012

Checklist B2B..

"Nas..Doorgift dah setel?" 
"Nas..Ujian HIV dah pergi?Borang-borang dah isi?"
"Nas.. Baju dah pilih?"
"Nas..Pelamin dah confirm?"
"Nas..Kasut dah beli?"
"Nas..Hantaran dah setel?"
"Nas..Kad bila nak start hantar?"

(tido...zzZZZzzzz)
***********

Aku takde checklist ke? Ada.. Tapi kenapa banyak tak bertanda done lagi?...Arghhhh!! Macam-macam nak dibuat...Alhamdulillah..Baru balik buat test HIV..Keputusannya Negative... Tambah satu perkara yang boleh ditanda 'done'.. 

Nak kata stress tak stress sangat..Tapi risau memuncak sangat nihh! Cukup ke makanan untuk tetamu nanti?Cukup ke tempat duduk masa peak hour nanti..Dapat ke memuaskan hati tetamu dan sedara mara yang datang. Muat ke baju aku nanti. Cantik ke pelamin aku nanti? Cantik ke buku tetamu aku? Cantik ke photo booth aku? Cantek ke dewan aku? Sedap ke makanan? Ok ke door gift aku nanti? Hello Nasrinaaaa..Tak penting pun apa yang ko nak risaukan tu...Yang penting akad nikah je okey...Ye Yee..Saya tau...Saya over    -_-"

Dah lah..tu je nak cakap.. Baik tak yah updatekan..Takde isi pon..huhu

Insyaallah..Masa hari kenduri tu...Aku tau aku takkan sempat jumpa semua orang.. Boleh tak korang tinggalkan kenang-kenangan n doa dekat buku tetamu yang aku dah sediakan dekat photo booth aku yang 100% DIY tu..Taktaulah cantek ke tak..Aku ni tak berseni pon..Mujur cousin aku yang berseni nak tolong.Nak harapkan aku sorang..Hampeh kot hasilnya... =p Cari sampai dapat ye..Taktau lagi sudut mana nak letak photo booth tu..Harap-harap korang cari sampai dapat! ^_^v Tapi..Kalau boleh jumpa lah aku.. eh?eh?eh? 

Doakan segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar ye..

nota kaki : Banyak buat benda bukan-bukan dari benda yang penting...


Friday, March 9, 2012

Hiburan di pagi hari

Jom tengok apa yang boleh menggeletek hati anda untuk berketawa-ketawa pagi ini.. Ok, sila jangan ketawa berlebihan.Tak baik untuk hati...Jom tengok.. ^_^




Cerita lawak masa tengoh on air berita.. Astro Awani pon ade..kuikui..



Yang ni pulak JOZAN masa lawak ke der.. Aku sangat-sangat laaaaa suka diorang ni.. Nak-naknya Johan..Dia gelak pon aku dah adore sangat kot..haha.. Okei..Layannn....


Oppss...Lupa nak cakap..Aku cuti hari ni..Yihhaaaa... =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails