Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan utk semua ^_^

Salamun Qaulan Min Rabbir Rahim
Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan
''Ya Allah Abaikanlah Puasa Umat Nabi Muhammad SAW Apabila Sebelum Ramadhan Dia BELUM :
1.Memohon Maaf Kepada Kedua Orang Tua Jika Kedua nya Masih Hidup,
2.B'maafan Antara Suami-Istri,
3.B'maafan Dengan Keluarga,Kerabat Serta Jirannya.
Maka Saat Itu Doa Malaikat Jibril Diaminkan Oleh Rasulullah SAW Sampai 3X.

Oleh Itu, Saya Memohon Maaf Zahir Bathin Jika Ada Salah Dan Khilaf
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan. Semoga Amal Ibadah Kita Diterima Allah SWT. Amin .


Ikhlas dari Nasrina Hanim Amarudin sekeluarga..
Sent from Blackberry

Tuesday, July 26, 2011

Berjaya!! \0/

Alhamdulillah...Target tercapai.. ^_^ Terima kasih kepada yang sudi membeli-belah di booth Nas Butik.. ^_^

Jom Ke Booth Nas Butik ^_^

Assalamualaikum..

Kalau free hari ni, singgah lah ke Dewan Mahfuz, Ibu Pejabat JKR.. Puspanita ada anjurkan jualan sempena Ramadhan (agaknyelah..) aku sewa satu booth dekat situ.. Datanglah.. Boleh tengok secara dekat Shawl Istimewa Nas Butik.. Di design khas dari Nas Butik..Dekat luar memang takkan dapatlah..



Ini lah booth Nas Butik.. ^_^



Cantik tak shawl dekat atas ni? Sangat istimewa untuk Hari Raya kan? Jangan lupa singgah ke Dewan Mahfuz nanti.. Booth ni dibuka semalam dan hari ni sahaja..dari pukul 9 pagi sampai 3 petang.. Oh ye..Aku tak jaga sebab kena pergi kem..Miting sana sini.. Maze and wani yang akan jaga.. Nak diskaun? Sebut je tau dari blog Nasrina Honey..Insyaallah kami akan bagi harga special!!\0/

Datang la beramai-ramai.. ^_^

Tuesday, July 19, 2011

Juvana Versi Hepi..

Assalamualaikum..

Aku suka tengok cerita Juvana.. Best sangat pada aku.. Tapi bab2 pukul2 tu aku agak takut sikit..Mesti mata aku pandang kat dinding..Ala-ala dah takde bunyi pukul2 baru aku pandang tv balik...Malam tadi abeh dah cerita ni..Sapa-sapa yang tak tengok n teringin nak tengok.. Boleh tengok dekat Tonton..

Jom kita tengok Juvana versi cute miut.. Terus ilang gengsternya... ^_^


Special dari blog Daim



Dua video dekat atas ni aku tengok dari 3 @ 4 minggu lepas...Tengok je yang cut-cut ni terus rasa tak lah cuak sangat tang gaduh tu..Comel je kot aku tengok..haha



Korang tengok muka botak..Gila ah boleh tahan gelak..aku yang tengok ni pun dah guling2 gelak..haha


nota kaki : comel lah nadia tu..sape eh die..

Sunday, July 17, 2011

Berjaya!!\0/




Berjaya menghabiskan semua sandwich dan nasi ayam!!!\0/ Haa..korang tak taukan aku jual nasi ayam jugak..hehe...Alhamdulillah..Baru letak atas meja, habisss..Rezeki untuk hari Sabtu..wee!\0/

Terima kasih dekat korang-korang yang sudi mengundi dekat poll sebelah ni...Oleh sebab undian untuk buat semua paling tinggi..Aku buat semua sekali sama banyak..Thanks tau! ^_^ Aku sangat2 hargainye..

Petang lepas habis berbisnes, drive pulak pergi tengok anak Ili. Dia dekat rumah mak mertua dia dekat Gombak...Sebelum tu pergi Annakku dekat Ampang point dulu..Cari baju untuk Faheem..Memang gile kalau beli baju budak2 ni.Semua cantik2! Tema? Biru merah..Beli seluar, baju dengan stokin 3 helai..Semua untuk saiz 6 bulan ke 12 bulan..Mak aku kata jangan beli saiz baby baru lahir..Membazir kejap je boleh pakai.Aku pun belilah yang besar..hee

Jumpa geng-geng Oompa Loompa..Sempat pulak aku menjual shawl..Aini ambik satu shawl, Hawa ambik satu, Ruby ambik satu.. Yeyy!!\0/ Rezeki di hari Sabtu lagi..Alhamdulillah.. \0/ Shawl Istimewa Hari Raya daripada Nas Butik..Tapi tak masuk lagi dalam blog..Tunjuk kat diorang dulu.. Nanti nak suruh diorang pakai lah..Pastu aku upload dalam ni.. ^_^

Mommy Ili dengan Faheem..Ok lah tu insyaallah lagi tua dari anak aku..leh berbesan..Untung-untung dapat cucu bijak bestari..haha


Geng Oompa Loompa yang datang..Sebelah tu Anne yang insyaallah bulan depan lawat dia pulak n insyaallah satu geng bola sepak dengan Faheem..So cute!



nota kaki: Sempurna kan hajat orang insyaallah Allah akan mudahkan hajat kita - IKIM FM




Thursday, July 14, 2011

Kenapa aku suka dengar IKIM FM

Assalamualaikum..

Sedang-sedang semangat untuk menjadi penjaja Sabtu ni.. Aku rajin pulak nak bercerita dekat korang kenapa aku suka sangat dengar IKIM FM...

Bila aku mula dengar radio IKIM ni eh..?Tak silap aku bulan 8 atau 9 tahun lepas.. Masa tu aku masuk kerja pukul 7.30 pagi..So aku dah keluar rumah pukul 6.45 pagi.. Selalunya aku dengar Sinar tapi dah beberapa hari aku rasa bosan..Asek gelak je aku nih..Keluar kereta kang rasa tak ceria jugak..

Ada masa tu..Aku beli banyak-banyak cd ceramah Ustaz Azhar Idrus (series terer gile aku dah paham bahasa tengganu..best ceramah2 dia..tu yang usahakan jugak nak paham..kehkeh) dengan Ustaz Kazim.. Ada satu pagi tu..cd2 tu suma aku dah habis dengar..Aku bukak radio..Tukar-tukar channel..Memang dah ade dah IKIM dalam keta aku.Yang aku setkan aje tapi x pernah nak dengar pun.. Masa tu tengah DJ Siti tu bercakap-cakap..Tak tau kenapa aku rasa suara dia ceria..Ngam pulak dengan telinga aku nih..Selama ni kalau aku bukak IKIM mesti suara DJ yang akan buatkan aku nguap sepuloh kali..

Waktu tu segmen pagi IKIM ni tengah nak pilih siapa DJ lelaki yang akan digandingkan dengan DJ Siti ni.. Diorang buat undian..Aku macam tertarik nak dengar terus.. Pukul 7 pagi pulak ada doa pagi..Lepas tu zikir.. Terasa sangat pagi aku ada pengisian n bersemangat pulak..

Lepas tu, hari-hari aku bukak IKIM.. Sampai lah DJ Pian tu yang menang.. Series.. Gabungan suara diorang aku suka..Aku rasa ngam aje..Korang mesti pernah dengar dekat radio ERA ade caller perempuan tu ckp kalau dia tak dengar suara Aznil pagi-pagi dia rasa tak semangat hari diakan? Aku pulak rasa kalau aku dengar suara Siti dengan Pian ni aku akan rasa semangat pagi2..ngee..

Yang paling aku suka pasal diorang ni..Pagi-pagi diorang akan bagi teka-taki..Mula-mula dulu diorang bagi saja-saja je..Last-last dah jadi kuiz pulak sebab ada yang nak menaja.. Nampak sangat ranking pagi dah naik.. ^_^

Haa..Ada lagi yang aku suka..Percakapan diorang ni..Asek la nak naikkan semangat orang aje.. Tiap-tiap hari diorang akan suruh pendengar semua senyum..Kalau tak boleh senyum pun paksa jugak senyum..Sebab kalau kita senyum, automatik hati kita kan tenang n hepi je... Aku yang tengah masam pagi-pagi tu pun paksa la senyum..Betullah! Terus aku rasa hepi je hati aku..macam takde masalah...Hebatlah! Sile cuba pagi esok!

Pukul 7.30 pagi ada motivasi pagi yang lengkap..Walaupun 15 minit tapi sangat-sangat menaikkan semangat untuk bekerja dan meneruskan kehidupan seharian yang memang Allah dtgkan dugaan tak menentu waktu dan ketika..(lama la tu kan 15 minit? Radio lain tak sampai seminit kot..)Korang mesti dengar..Rugi tau kalau tak dengar..Takde radio? Dengar je online dekat IKIM FM. Ce try dengar ce try ^_^

Kalau nak dengar nasyid best2..Dengar la masa segmen pagi ni.. Memang superb..Ada aje nasyid yang sedap telinga ni mendengarnya..



Selawat dekat atas ni antara nasyid yang buatkan aku terus dengar IKIM sebab nak tau apa tajuk dia.. Mau berbulan-bulan jugak..Last-last aku tau lagu ni masa Imam Muda 1 nyanyi time Pelancaran Imam Muda 2...-_-"

Ok..Tiap-tiap hari Rabu pukul 10 pagi jangan lupa dengar Prof. Dr. Muhaya..Pakar mata yang Allah anugerahkan ilmu agama dan kepakaran dalam memotivasikan orang.. Atau, korang boleh je pergi dekat website IKIM download segmen Prof. Muhaya..Aku buat macamtu..hee..Senang..Boleh dengar bila-bila je..

Ok..kenapa aku nak buat entry ni eh..Sebab 6 Julai 2011 hari tu IKIM FM genap 10 tahun.. Ramai pendengar yang call bagitau apa yang diorang dapat dari IKIM ni and macamana diorang boleh terus melekat dengan stesen radio ni.. Hati aku melonjak-lonjak gak nak bagitau macamana aku mula dengar and terus melekat nak dengar.. So, aku rasa sinilah tempat untuk aku bagitau.. =p

Walaupun waktu aku dengar IKIM ni dalam sehari taklah lama.. Antara pukul 7 pagi ke 8 pagi dan 5 petang ke 7 petang.. Tapi pengisian ilmu yang aku dapat...Subhanallah...Terlalulah banyak...

Semoga Allah terus bagi diorang idea-idea yang lebih kreatif untuk membawa pendengar mendidik jiwa agar lebih bersih.. ^_^v


nota kaki : Memang membesar dengan lagu-lagu nasyid..Lagu omputeh? banyak yang taktau.Kena gelak? banyak kali...





Wednesday, July 13, 2011

Kawan-Kawan..Tolong aku..Plis plis plis...


Assalamualaikum..

Hari Sabtu ni aku dan office mate aku nak bukak gerai sempena Karnival Sukan JKRWPKL.. Aku still lagi terfikir-fikir nak jual apa..Setakat ni dalam kepala aku ni nak jual sandwich..Yelah..Paling senang dan ringkas.. Orang beli, n terus makan.. Yang player pun boleh berhenti kejap main, dtg beli sandwich, makan, n sambung balik main..Haha.. Ok.. TAK -_-"

Yelah, takkan aku nak jual laksa, mihun sup, spaghetti, or steak bagai.. leceh2..Ngee.. Tudung?? Taknak lah..Nak jual makanan jugak! =p

Nak mintak tolong boleh? Undi dekat sebelah ni.. Sandwich mana yang korang suka..Please please please... (muka merayu..) Jawab sebelum Jumaat ni eh?Sebab Jumaat malam tu aku dah nak start buat dah.. Aku nak tau la.. Sandwich yang mana aku kena buat lebih, yang mana aku nak buat sikit je... Boleh eh?eh? Pleaseeeee....

Kerjasama dari anda saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih... ; )


nota kaki: mintak tolong ye..^_^


Friday, July 8, 2011

Shawl Terbaru..


Ada Shawl baru di Nas Butik.... Singgah jangan tak singgah.. ^_^v

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails