Thursday, June 30, 2011

Omelan Sewaktu Orang Lain Sedang Makan..

Assalamualaikum...

Sekarang ni tengah dengar taklimat untuk pendaftar aset dekat HQ.Nak kena daftar online pulak aset-aset kat ofis tu. Adoi..Macam sotong dah aku keje skarang ni..Ok, takpe.Kena kerja tanpa bebelan kan..Baru hepi..

Dah rehat dah..Semua orang pergi makan.. Aku puasa. Ada yang kata rugi je aku puasa time kursus ni..Makan free.. Tapi, hari ni la aku sesuai nak puasa pun. Selalunya banyak sangat alasan aku ni nak puasa. pergi site la, busy ke hulur ke hilir la, panas la..Macam-macam la.. Jadi, sila puasa hari ni! (Sambil merenung orang-orang yang tengah beratur nak makan)

Malam ni insyaallah nak pergi Masjid Bukit Indah. Ade forum kata ayah aku. Ada Sham Kamikaze dengan Wardina.. Ada artis baru aku nak pergi masjid. Boleh terima kan?kan? =p Kalau tidak, sembahyang terawikh la baru nampak batang idung aku ni kat masjid atau surau.. Tak berubah ubah umur dah lebih suku abad.. -_-"

Esok pagi nak pergi Langkawi insyaallah.. Harap-harap perjalanan berjalan lancar.. Dah lama terliur dah nak pergi Langkawi ni.LAst pergi darjah 4. Kanak-kanak ribena sangat tu. Kalau tengok tiket murah dekat Air Asia tu, melonjak lonjak perasaan nak tempah tiket. Tapi sebab fikir kene sewa kereta lah, nak ajak siapa lah..Duit nak kena save berapa byk lah..Mesti terbantut.. Kali ni, pergi dengan ofis!!Yeyy!!Perjalanan n tempat tinggal free!\o/ (Nasrina..Jangan eksaited..Jangan..)

Aku ni tak boleh nak eksaited dekat satu-satu perkara tu sangat..Nanti ada yang tak kena.. Bahasa kampar kata 'Tangkok di induk' Paham ke?haha.. Maksudnye macam kalau kita duk bercakap-cakap secara eksaited benda yang kita nak buat, selalunya benda tu takkan jadi.. Jadi, biar kita cool je. Insyaallah mesti jadi.. Jadi nasrina, sila diam!

Ok tukar topik..Aku nak buat list tempat-tempat yang aku dah lawat dari bulan 7 tahun lepas sampai bulan ni.. Tak terupdate-update.. Gambar dekat tepi ni pun asyik gambar Pulau Perhentian je.. Dah setahun tu..Okeh.. Mula dari sekarang... Start!


Julai ,Ogos,September, Oktober
-

November :

Johor Baru - 3 hari 2 malam -Mesyuarat

Felda Trolak - 3 hari 2 malam - Kursus

Kalumpang Resort - 3 hari 2 malam - Hari Keluarga Kem


Disember:

Port Dickson & Melaka- 3 hari 2 malam - Percutian Keluarga

Suria Beach Resort Cherating - Hari Keluarga CPUM


Januari:

-


Febuari:

-


Mac:

Lumut Country Resort : Kursus Risk Management


April:

-


Mei:

Selesa Hotel Port Dickson : Kursus CPM

A'Famosa Hotel, Melaka : Mesyuarat Pengurusan


Jun:

Glory Beach Resort Port Dickson : Kursus Asas Kaunseling


Julai :

???



Hee..Buat pengetahuan korang, kursus-kursus tu aku tak mintak pun.. Bahagian pengurusan atau bos yang pilih nama aku. Mungkin ada buat rotation siapa yang akan pergi kot. N aku selaku yang memang gila suka berjalan ni, ini adalah rezeki yang tak terhinggaaaaa untuk aku. Walaupun kalau pergi kursus atau mesyuarat ni takde lah dapat berjalan pun tapi best apa asal dapat jejak kaki kat negeri orang lain tanpa perlu kan duit disamping tambah ilmu pengetahuan...on the nak balik tu barulah kita nyinggah la mana2.. hee.. \0/


Target tempat yang akan aku pergi kalau diizinkan Allah ialah :

-Langkawi-

-Sarawak-

-Guongzhou, China-

-Sabah-

Semoga Allah permudahkan ^_^

nota kaki: Berjalan selagi ada peluang..


Wednesday, June 29, 2011

Bayi lelaki israk mikraj.

Alhamdulillah. Slmt melahirkn baby boy 2.8kg pd 3.16a.m..normal delivery.

*Msg dari ili (mungken koben yang taip) pukul 5.53 a.m 29 jun 2011 persamaan dgn 27 rejab *

Semoga baby ili n koben membesar dgn cergas, bijak n jd anak yg soleh.. 1st Oompa Loompa Baby \0/ Lahir pada 27 rejab.. Tarikh yang penuhhh hikmah.. \0/

Nota kaki : cepat gile mase berjalan.. Rase baru je kot ngipas illi..kuikui..


Sent from Blackberry

Monday, June 27, 2011

Halwa Telinga (lagu)

Wootttt...Video klip lagu HambaMu daripada Mawi dengan Akhil Hayy dah keluar.. Seronoknyeee... Lebih-lebih lagi ada imam-imam muda 1 dalam tu... Cuci mate! *Ting ting* @_@



Ini pulak nasyid yang Imam Muda 2 nyanyi lagu Raihan..Lagu Nabi Kita.. Ya Allah..merdunya suara.... -_-" Jadi comel sangat lagu ni bila melodi nye ditukar jadi lagu Bujang Lapok.. Sangat sedap!!


nota kaki : Sejuk nye hati mak diorang dapat anak2 yang beriman mcmnikan...Sejuknye hati, mate dengan tinge kita nengok kan..ngee


Saturday, June 25, 2011

Forum We Are Beatiful Allah Loves Us

Tengah menghadiri forum We Are Beautiful, Allah Love Us.. Topik sepenuhnya mengenai pemakaian hijab. Insyaallah menambah ilmu untuk diri sendiri dan orang sekeliling :)

Wardina menjadi moderator utk forum hari ni..
Sent from Blackberry

Tuesday, June 7, 2011

Mimpi menjadi kenyataan!

Aku selalu mimpi makan nutella kecik mcm ni..(Huduh tak mimpi makan?gile buruk lantak)

Last aku mkn nutella kecik ni masa sek rendah dulu. Masa aku belum tadika, inilah jajan aku. Kanak2 comel bermain teng teng melompat lompat sambil tangan kanan menyuap nutella..kehkeh..gediks..

Nota kaki : tak sabar nak post
Sent from Blackberry

Monday, June 6, 2011

Mana dengar lagu-lagu ni?


Anya..mane dengar lagu ni??


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IKIM...




Anya..mane anya dengar lagu comel ni??


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

IKIM

And lagu yang paling aku suka..Yang aku dapat dari IKIM..(Jadi macho bile dengar lagu ni..) MAcam ada tangan-tangan ghaib membantu untuk menjadikan aku macho dari hari ke hari.




nota kaki: Di atas perbualan di antara adik dan kakak..



Wednesday, June 1, 2011

Jom Kita ^_^


Jom kita... Jumaat ni dah mula 1 Rejab.. Taktau lagi umur panjang ke tak untuk jumpa 3 bulan yang sangat istimewa ni tahun depan..Jom..Kita tambahkan apa yang kurang.... ^_^v

Moh tengok apa dia fadhilat-fadhilat untuk amalan kita dalam bulan Rejab dan Syaaban ni.. Orang melayu ni (aku lah tu..) semangat sikit nak buat sesuatu benda kalau tau apa habuan yang bakal kita dapat.. Jom!Kita buat sama-sama.. Puasa..Mengaji..Solat malam.. N cita-cita aku yang masih gagal lagi ialah solat awal waktu.. Susah sangat ke tau je azan masuk terus solat..susah sgt ke????(tumbuk diri sendiri)



nota kaki: mohon ampun..perbaiki diri..untuk diterangkan hati dan jwa..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails