Monday, July 26, 2010

Kenduri Kawen

Sabtu ni ada kenduri kawen...Gemuk..Takdek mud nak pergi...Asal makin meriah kilang lemak nih...

Nak pergi
Taknak pergi
Nak pergi
Taknak pergi..


Baju apa yang bile kita pakai, akan menunjukkan kita kurus?emm...

Ngantok lah!

Nota kaki: Perlu ke entry ni???? Nasrina, sila jangan bazirkan masa orang baca!!Sori sori -_-"



Friday, July 23, 2010

MALAS~

LEMAU
..
..
..
..
..
LEMAU
..
..
..
..
..
LEMAU




AKU MACAM BISKUT ARINI...BUKAN BISKUT YANG MASUK ANGIN..TAPI BISKUT YANG DAH KENE CELUP DALAM AIR..... -_-"




Thursday, July 15, 2010

Pengalaman Yang Mengujakan!!

Assalamualaikum
Apa la agaknya aktiviti yang mengujakan aku seumur hidup yang aku ada sebut dalam entry sebelum ni..Aktiviti tu adalah.... NASRINA PERTAMA KALI MENEMBAK MENGGUNAKAN PISTOL!!!

Wahh!!Sangat teruja!!!! Unit aku dekat opis ni adalah menyelenggara kem-kem tentera dekat Wilayah KL ni.. Aku dipertanggungjawabkan untuk jaga Kem Sungai Besi dengan Kem Kinrara.

Minggu lepas, client aku dari Kem Sungai Besi jemput team aku untuk menembak. Diorang dah sediakan satu tarikh dan masa untuk entertaint kitorang menembak..Sangat best!! ^_^ Ingatkan diorang buat jemputan ni sempoi-sempoi je..Sekali dengan khemah, sarapan dengan makan tengahari bagai.. Dan orang-orang yang dijemput selain dari kitorang??Takdek!!haha! Kitorang diberi peluang untuk menembak sampai puas..Sampai habis peluru berkotak-kotak..hee..

Kali ni kitorang diberi peluang untuk menembak gunakan pistol Glock jenis automatik. Mula-mula aku pegang pistol, menggigil satu badan..Tembakan pertama..Tembakan kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam..Fuuhh!!!Habis!!Lega rasanya...Pergi-pergi je tengok papan sasaran tu..Wah!!! 2 peluru kena tepat tengah2! Dan yang balance nya semua still kena board..Takde pun yang terkeluar dari papan tu..Suka!Suka!!\0/

Lepas dah buat aktiviti cuba-cuba menembak untuk hilangkan gigil dan geli geleman dekat tangan..Bermulalah Pertandingan Menembak! Aku dapat nombor 4 daripada 11!!!Hip hip hurey!!!\0/

Tapi untuk acara jatuh piring, aku dapat nombor last..haha!Tapi masa latihan untuk jatuh piring nih, aku dah jatuh kan 5 piring untuk 5 kali acara cuba-cuba..Bila pertandingan..Hampeh..Satu pun tak jatuh..Elleh..Saje nak bagi aku kalah la tu.. =p

Okei..Jom tengok gambar ^_^

Kontrol target...Kontrol Target...Kedebabom!!!Belajar skill menembak dengan otai ^_^ Yippiee!!!Semua peluru terkena!!\0/

Bukti nya! Haa...Korang ingat aku reka citekan?kan?
Tengok!Tengok! Jarak 20m ni...


Sila besarkan gambar ini bagi yang tak percaya saya dapat no. 4 Inilah barisan kita~Yang iklas berjuang~

Best sangat!\0/ Bukan semua orang dapat rasa pengalaman ni..Ada staff aku dah kerja puluh tahun..Belum ada rezeki lagi client panggil untuk menembak..Alhamdulillah.. Aku diberi peluang...\0/

Terima kasih kepada abang-abang ashkar yang membantu saye menjadi superwoman pada hari itu... ^_^v


Nota kaki: Apa lah lagi pengalaman yang bakal aku dapat sepanjang dekat JKR ni..^_^
nota kaki2: Adakah kah aku ada bakat jadi perompak???


Wednesday, July 14, 2010

Mengedit Warna Gambar Jadi Cantik

Sebelum edit

Selepas edit

Geram aku tengok orang edit gambar.. Aku tak tau la nape payah sangat aku nak guna fotoshop..sedih..huhu..Sebab belajar sendiri je..Nak g kelas tak mampu.. Nak belajar sendiri pun asek terasa macam lembab je nak buat gambar jadi cantik..huhu..

Rasa-rasa ok ke tak bila edit gambar jadi warna ni? Ok ke tak?Ke tak ok? Adehhh -_-"


nota kaki: nak cuba lagi sampai PRO..Ecehh.. ^_^v




Tuesday, July 13, 2010

Trip Ke Kelantan dan Terengganu

Assalamualaikum..

Minggu lepas adalah minggu yang sangat padat! padat dengan aktiviti yang baru..hee..Best best ^_^ Tapi, boleh tak nak cerita pasal aktiviti penutup hari minggu sebab aktiviti yang paling mengujakan seumur hidup tu tak ambik lagi gambar-gambarnya dari staff aku..

Ok, nak cerita pasal trip pergi Kelantan n Terengganu minggu lepas. Naik flight khamis malam 8hb Julai dan balik sini Sabtu malam 10hb Julai.. Trip ni disertai oleh aku dan Shida sahaja! haha! Sangat bestttt!! \0/

Kali ke3 naik flight untuk tahun ini \0/

Kitorang sampai airport Kota Bharu pukul 930 malam n terus pergi Wakaf Che Yeh. Emm..Macam Uptown dekat KL ni rupanya. Aku borong tudung 5 helai. Nak kata murah, tak jugak sama je macam KL tapi corak-corak dia menarik hati dan sanubari.. ^_^

Pagi-pagi esok nya, iaitu hari Jumaat, kitorang pergi Pulau Perhentian.. Sangat BEST!!!\0/ Kitorang pergi pusing-pusing pulau naik bot n snorkling 3 point. Ada check point yang memang penyu banyak n berenang-renang dekat situ. Ada check point yang banyak batu karang cantik-cantik. Ada jugak check point ikan yu.. Tiga-tiga tu kitorang pergi dibawa oleh instructor dekat pulau tu yang merupakan kawan kepada kawan aku.. ^_^




Apsal penuh lelaki kat sini!!!!!!(ok..aku saje cari port terbaekkk..haha!) Tengok air dia..Cantikkan? Memang sangat best..Kalau lah tak kejar masa, memang lama lagi nak berendam rasanya..Tapi masa terhad..Bot nak ke jeti pukul 4 petang.. 6 jam je dapat menghabiskan masa dekat pulau. Tapi tu pun sangat-sangat berpuas hati dengan layanan dan aktiviti yang diberikan.. ^_^


Dekat atas ni chalet yang disediakan untuk pakej ni. Kalau dah penuh, dia akan tanya-tanyakan dekat chalet yang lain. Janji korang tak tido tepi pantai..hehe..


Esok nya dalam pukul 10 pagi kitorang bertolak pergi Kuala Terengganu. Sebab flight pukul 930 malam yang aku tempah naik dekat Kuala Terengganu. Haa..Genies tak aku?Boleh pergi dua negeri sekali gus?hehe.. Dalm perjalanan ke KT, kitorang singgah tepi pantai untuk tangkap gambar. Pergi beli keropok yang femes dekat sana iaitu dekat Bukit Tok Beng. Beratur panjang beb..Macam nak cucuk duit kat ATM..Keropok dia..fuuhh!!Sedap gile..Rasa ikan yang mantap..Uisshh..Nak cerita pun telan-telan air liur nih..



Selaku engineer yang tergedik-gedik nak tengok kompleks sukan yang runtuh, aku pun pergi dekat situ. Perghh..memang menakutkan..Yang peliknya, takde tali merah yang untuk menghalang orang dari masuk dekat kawasan tu..Pelik-pelik..Takde ciri-ciri keselamatan..



Selepas itu kitorang solat di Masjid Kristal.. Sementara tunggu waktu berlalu untuk malam pula menjelma untuk pergi airport balik KL..Dah nak balik.. T_T




Pukul 1030 malam kitorang tiba di KL dengan hati yang sangat puas dan gembira.. Ok..Sekian diari untuk hari Khamis sehingga Sabtu...





Wednesday, July 7, 2010

Comelnye Baby ni!!!!!

Assalamualaikum...
Nak kongsi cerita hari Ahad hari tu yang tak terkongsi lagi dengan korang.. Cousin aku yang rapat gila dengan aku macam belangkas dari zaman aku kecik-kecik dulu sampai la sekarang ni walaupun dia dah kahwin. Dia sebaya kakak aku. Harus lah kitorang rapat bertiga. Cousin aku ni satu rumah dengan aku masa aku study degree dekat Shah Alam n dia pulak ambik ACCA masa tu. Aku habis je degree, dia keluar. Tak duduk situ dah.. Dia selalu jugak komen dekat blog aku ni..Yang nama Nad tu.. ^_^

Hari Ahad, persamaan dengan 4 Julai 2010, pukul 7.30 malam dia selamat melahirkan seorang baby boy yang cute gile!!!! Masa tu aku satu famili on the way balik dari kampung dan sampai lah ke hari ni aku belum berkesempatan lagi nak pergi jenguk dia dengan baby dia..Bangi la..Takde masa lagi..Huhu.. Insyaallah, aku balik dari Kelantan nanti aku akan jenguk.. ^_^

Jom tengok baby comel yang keluar dari perut ibunye yang tak comel.. =p Dia send MMS dekat aku malam Isnin haritu.. ^_^

Alo-alo comelnye tak nampak mate...^_^
Aloooo..Dah bukak mata lagi comel!!\0/

Mak dia yang sebelah budak poyo baju pink pakai cermin mata hitam tu.. Tak comel kan mak dia? =p Sebelah dia kakak aku dan sebelah kakak aku cousin aku yang selalu komen dekat sini aka kembar aku. hehe
Ni mak baby boy yang comel tuh... ^_^

Nota kaki: Nak ada baby jugaklah!!\0/

Tuesday, July 6, 2010

Mari Buat Tandatangan Dekat Blog~


Percubaan...Percubaan...Nak buat tandatangan nih...Selalu tengok blog-blog orang lain ada tandatangan ni..Macam comel je..Nak buat jugak lah..

Untuk buat tandatangan dekat email, akhir penulisan dalam setiap post blog kita, dalam facebook, twitter, dan sebgainya boleh ke sini :
Nak buat tandatangan dalam blog
.

Yipiie Yayyey!!\0/ Berjaya!!\0/
Akan ada di setiap kaki entry blog lepas ni..

Monday, July 5, 2010

Pengorbanan

Kawan aku bagitau dia tak dapat nak tumpangkan aku untuk pergi kelas..Huhu..Takpelah.. Taknak lah tau apa alasan dia.. Yang penting, aku kena pergi sendiri..Ayah aku akan tersedia ada depan ofis aku setiap hari Selasa dan Rabu tepat pukul 4.30 petang. Setiap hari Selasa dan Rabu jugak aku akan naik lrt pukul 6.45 pagi..Wahh!! Nasrina! Sangat bersemangat kamu! YaAllah..Bagi la aku kekuatan.. Jangan hangat-hangat tahi ayam je.-_-"

Kesian abah..Kena susahkan dia.. T_T Abah memang ayah yang terbaik yang Allah bagi dekat aku..Apa aku bagi untuk ayah aku? Takde.. =( Sedih la... Ok Nasrina..Takyah nak feelling lebih pulak pagi-pagi ni..Keja kerja!!




Nota kaki: Harap-harap keputusan aku sambung master ni bawa seribu Rahmat..

Thursday, July 1, 2010

Pemandangan Di Ofis(kelakar)

Hahahahahahaaa!!! Seiries wehhh~ Tergolek-golek aku gelak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails