Thursday, April 29, 2010

Lepas Ni Apa Pulak???

Tengah nak cari idea...Lepas telekung..Nak jual apa pulak? Adeh..Pening-pening...Stok telekung habis..Tutup kedai la kejap aku..Kesian butik aku ni..Baru je bukak..dah nak kena tutup..kehkeh..Takpe2..Akan dibuka lagi selagi telekung-telekung dari pasar baru bandung ni masih tak terhabis dijual.. ^_^


Ada idea tak nak jual apa? Ohh Yee..Aku juga menjual anak kucing untuk disembelih.. Kak Die pelanggan pertama.. ^_^

Tuesday, April 27, 2010

Kau Tak Layak Jadi Ir!!

Apa beza engineer dengan indon yang buat rumah tu?

Engineer adalah orang yang ada ilmu tentang teknikal, yang mementingkan 3 aspek. Kos, Masa, dan Kualiti... Sebab tu ada pelbagai software sekarang ni yang membolehkan kita produce lukisan struktur dalam masa yang singkat n lukisan yang terhasil tu, adalah daripada struktur-struktur yang economical. Bukannya hentam kromo bagi maximum design yang akan melibatkan pembaziran secara melampau... Kualiti means, setiap material yang diguna pakai, perlulah long lasting dan kalau boleh, free maintenance..
Ok..Dah cukup section skema..meh dengar aku nak bebel secara panjang lebar...

Macamana seorang yang ada title Ir. boleh cakap "Ala, you approve je la drawing ni..Tak payah tunggu calculation report. Itu cuma administration je..As long as dah ada cop Ir. dekat sini, dia akan responsible semua nya.." Terus terang aku cakap..Kau pergi jual Ir kau tu...Kau TAK LAYAK! Kalau itulah standard seorang Ir. bercakap, aku tak ngidam pun nak ada Ir...!

"No!As Built Drawing memang bukan consultant yang keluarkan. As Built Drawing kontraktor yang akan keluarkan!" Itu ayat dari seorang Ir. yang nak lepas dari tanggungjawab! Taknak mengaku setiap perubahan dekat tapak!! Semua nak lepas tanggungjawab!

Dua minggu ni aku masak kena tipu dengan kontraktor..Alhamdulillah, sampai sekarang Allah masih selamatkan aku.. Allah tunjukkan aku jalan. Allah tunjukkan aku cara. Allah mudahkan urusan aku.. Kalau aku nak cerita dekat sini, terlalu panjang lebar.. Dua minggu ni aku penat otak. Aku penat fizikal. Aku penat mental.. Terlalu besar untuk pegang tanggungjawab meluluskan dan mengawasi..

Yess!!Esok, lusa, tulat aku pergi kursus..Aku nak rehat!Aku nak lari! (walaupun aku tau tak mungkin) Sekurang-kurangnya aku tak jumpa orang yang cuba memperbodoh-bodohkan aku.. Bagi sample yang salah!Bagi drawing yang takde tunjukkan sikit pun detailing! Tipu item dalam BQ! Tipu sample! Asyik nak tambah item yang tak ada! Mungkin aku muda..Mungkin aku baru.. Ingat!Aku ada Allah tempat untuk aku berlindung. Aku ada malaikat yang akan membisikkan dan mengingatkan aku setiap kali kau bodohkan aku.. Mungkin sekali-sekala aku terlepas pandang.. Tapi insyaallah..Kalau yang melampau..Allah akan selamatkan aku..




Nota kaki: Aku tetap suka dan sayang kerja aku... Insyaallah..Dua tahun yang penuh dengan ilmu dan pengalaman...

Sunday, April 25, 2010

Pelancaran NAS BOUTIQUE...!

Assalamualaikum...

Busy...Sangat busy... Sekarang ni busy dengan pemasaran untuk butik pulak (lap peluh).. Aduuhh.. Kau ni Nasrina.. Macam-macam..Lepas satu, satu nak buat..Jangan hangat-hangat chicken shit sudah.. Baik!!Saya akan berusaha!!(Asal macam ada dua watak nih -_-")

Baik..Pada 25hb April 2010, dengan rasminya, saya mengumumkan pembukaan butik saya yang dinamakan NAS BOUTIQUE yang pada peringkat awal ini akan menjual telekung-telekung dari Bandung dengan harga yang MURAH dan penjualannya TERHAD!

Telekung-telekung ni tak diperhargakan dengan harga yang melampau keuntungannya.. Cukuplah sekadar dapat pulang modal dan tiket kapal terbang tambang murah untuk saya ke Bandung mencari bekalan yang baru..(Perghh..jujur beb)

Telekung ni dijual dengan harga yang sangat murah dan anda semua tak perlu berpanas hujan berembuuunnnn(asal nyanyi lagu tomok pulak ni) untuk ke Jalan TAR atau terbang sendiri ke Bandung.. Jahitan sulamannya yang halus, kainnya yang sejuk, selesa serta tidak jarang akan membuatkan anda puas hati...

Untuk melihat sendiri.. Sila ke NAS BOUTIQUE ^_^

Tudung Kepala Keras

Ini tudung kepala keras pertama aku..Semalam aku pakai pertama kali.. Muka aku bulat.. Rasa tak sesuai pakai tudung ni...Tapi sebab dah beli, aku memaksa diri aku pakai semalam..

Ayah aku paling kuat komplen kalau aku pakai tudung ni..Sebab dia ckp tak sesuai dgn muka aku.. Tapi yang ni, dia yang tolong bayarkan..Tapi tu pun dia cakap, 'ok la'...huhu

Aku bukan nya apa..Nak try jugak sesuaikan muka aku dengan tudung ni..Sebab senang.. Kalau tiba-tiba kena pakai tudung, rembat je yang jenis ni..Tak yah gosok..Aku tetap rasa muka aku sesuai dengan tudung bawal SAHAJA!

Ini gambar yang aku ambik semalam... Puas dah cari angle terbaek..dari 18 snap, satu ni je yang berjaya nampak sudut yang ok... Yang lain, delete sepantas kilat (sendiri pun taknak tengok..) -_-"


Macam dah jadi mak orang la kalau pakai tudung ni..Hilang wajah keremajaan..(remaja ke??) :p



nota kaki: warna perlu disephiakan bagi tak menampakka jerawat yang sedang mengular besar-besaran..

Saturday, April 24, 2010

Hari Yang Ditunggu Tiba Jua..

Wahhhh!!!!!! Panjang pun umur aku untuk ke hari Sabtu.. Dari hari rabu aku nak hari sabtu! Celik je mata, mengharapkan nak hari sabtu..Rupanya kena pergi kerja.. Penat gila!! (nangis)
Banyak sangat kerja yang urgent dan nak kena buat keputusan cepat.. Lepas dah buat keputusan, bukannya tak payah fikir dah.Kena fikir jugak.. Kang dibuatnya runtuh atau tak berfungsi satu-satu benda yang aku lulus tu, tak ke mati??? T_T
Akhirnya hari Sabtu tiba juaaaaaa...Tapi oleh sebab dah biasa bangun awal, paksa diri nak tido, tak boleh jugak!!!!So, terima lah bebelan aku di pagi hari.. ^_^
Bila bz ni,jangan kan update blog, nak balas komen pun tak sempat. Bila bz ni, jangankan nak makan tengahari, makan pagi dan minum air pun tak sempat. Pergi toilet?Dah melampau sangat tak tahan baru pergi....
nota kaki: Kalau tak bz, cari aku kat JAKEL...haha!

Wednesday, April 21, 2010

Wujud jugak orang macamni..

Ada sorang hamba Allah ni.. Nak dapat kerja.. Duk push-push orang..Duk paksa-paksa orang entertain dia. Tak larat aku.. Cal berpuluh kali dalam sehari... Tanya soalan yang sama berulang-ulang.. Mintak lukisan yang memang jadi rahsia.. Aduhh.. TAK LARAT!!!!

Jumpa orang atas tiba-tiba. Kutuk-kutuk kita tak beri kerjasama..Mujur orang atas pun ala-ala loya tengok dia..Dia siapa? Tiba-tiba muncul. Dengan surat perlantikan pun takde!

Jumaat ni nak kena hadap muka si annoying ni..Alasan??Orang atas yang lain suruh entertain.. Dah la bercakap pun macam sok tau.. Eiii..geram la...PERHATIAN KEPADA SEMUA KONTRAKTOR! Jangan la sampai kacau waktu orang macam kausorangjenakdapatkerja. Jangan nak buruk-burukkan orang yang kau nak kerjasama dari dia. KALAU ADA REZEKI TU TAK KEMANA..Kalau macamni, dah tak pasal-pasal aku doakan kau tak dapat!



nota kaki: Geram sangat ni..!

Tuesday, April 20, 2010

3 Kem...

Sekarang jaga 3 kem.. Untuk 3 minggu ambil alih satu kem lagi sementara tunggu engineer baru sampai.. Kalau jaga je lepas tu boleh lenggang kangkung ok je.. Tapi masalah dekat kem baru ni lagi menimbun...

Kepada engineer baru..Cepat masuk!! Kerja dekat kem sendiri pun tak terhintung banyak nya..huhu...

nota kaki: penat otak...

Monday, April 19, 2010

Project Alpha Di Nuffnang (Minta Tolong!)

Nampak tak iklan Project Alpha yang bersepah sepah dekat tepi blog aku ni?

Aimi bagi semangat dekat aku suruh join projek ni.. Tapi, banyak gila aku tak paham..haha! Twitter pun aku takdek..Semalam semangat la daftar.. Lepas tu aku blur.. Macamana nak guna Twitter ni? -_-"

Rummz..Ape pulak Rummz tu? Adeh..Mintak tolong!Mintak tolong! \0/ Aimi, mungkin task untuk minggu ni aku baca je ko punya.. Lembab betul kepala otak aku nih.. Mungkin kena amek master la.. Baru berjalan sikit otak ni.. kuikuikui...


nota kaki: kerja bertimbun dekat depan ni..Tangan berjalan. Tapi berhenti kejap update blog untuk mintak tolong pasal Project Alpha ni.. -_-"

Sunday, April 18, 2010

Info : Cara Membuat Link Di Dalam Entry


Assalamualaikum..

Baca tajuk ni, mesti ada yang cakap "hakeleh..ini pun taktau ke".. Ye..Aku tak tau dan aku baru tau.. huhu.. Itu pun baru tau kelmarin.. Adik aku bagitau. Dia tanya dekat kawan dia, Maze yang memang sifu blog aku dari dulu..haha

Sebelum ni, aku edit dekat HTML.. Memang payah. Kena copy dari entry-entry lama. Edit pulak tajuk dengan alamat blog orang yang nak dilinkkan tu.. Aduh..Memang leceh. Sampaikan, selalu jugak la aku skip je.. Tak buat terus link tu.. Bukannya apa.. Link ni penting bagi mengelakkan kita copy paste je dari orang lain tanpa bagitau mana kita dapat info tu. Kita kena bagi kredit dekat siapa yang bagi ilmu dekat kita. Betul tak?

Tak sangka la pulak.. Senang betul nak buat link ni. Dan ada dekat atas blok post tu je.. Aduh.. Tapi takpe, sebab taktau la kena belajarkan?(Bak kata Aimi..hehe)

Ok..Jom belajar cara-cara untuk buat link dalam Blogspot ni...kalau Wordpress atau yang lain, aku taktau la pulak. Sori ye.. Mungkin ada jugak orang yang taktau lagi macam aku ni.. Sebab sebelum ni aku try search dekat google tak jumpa..Yang jumpa pun, macam apa yag aku buat sebelum ni lah.. Edit dekat HTML..huhu

Mula-mula sekali, boldkan perkataan yang nak di linkkan. Dan klik simbol link yang memang dah ada dekat atas kotak post ni..


Nanti akan keluar kotak hyperlink ni, dan tuliskan alamat blog atau link blog lain tu dekat column URL.


Tadaaa... Dah siap dah...




Ini lah rupanya selepas di postkan..Senangkan?Senangkan?

Selamat Membuat Link Dengan Mudah.. ^_^



Nota Kaki: Tengah gila nak linkkan blog orang lain..hehe..

Saturday, April 17, 2010

Dah Ada Blog Baru!!\0/

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari dalam kepala aku ni, asyik fikir pasal nak tambah bilangan blog.. Dah macam-macam idea keluar. Tapi taktau la kenapa..Asyik bayangan makanan je yang keluar dekat depan mata ni..

Ada jugak bayangan aktiviti jalan-jalan dan melancong yang keluar. Tapi aku rasa, aktiviti tu tak dapat diupdatekan selalu dibandingkan dengan aktiviti makan-makan yang boleh membuatkan aku update 5 minit setiap hari..Yee yee..Tidak dinafikan aku sangat suka makan disamping sentiasa berharap berat badan akan turun..(Gila tak sedar diri!)

Sila lah singgah-singgah ke blog makanan aku ye.. Dekat blog ni nanti, aku bukan je akan update makanan-makanan kedai yang aku suka dan tak suka..Malah juga makanan yang di masak oleh mak aku dan makcik-makcik aku yang wallaweh sedapnya.. Ahha! Mungkin juga akan masukkan resipi jika aku berjaya risik merisik dari famili aku. Almaklumlah..Aku tau makan je.. Masak..Errr..Aku rasa last masak masa degree haritu..:'>


Thursday, April 15, 2010

Pelita KLCC Dah Tak Sedap!


Aku ni kurang sikit makanan mamak ni..Tapi kalau dekat Pelita KLCC, aku mesti makan tak ingat dunia punya. Makan nasi kandar lagi..Hebat tak?hebat tak?Wiieehhuuu!! Pelita dekat Ampang Point tak sedap! Sekali dua je pernah pergi situ. Itu pun minum air kosong je. Makanan dia tak best..Diulang, tak best!

Ayah aku terer sikit bab-bab mencampur-campurkan segala macam kuah dekat nasi aku tuh. N kalau pergi dekat Pelita KLCC tu, mesti dia nak mamak yang sama jugak dari dua tahun lepas kitorang start pergi situ sampai sekarang, dia yang akan campur-campurkan segala macam kuah untuk kitorang. Kalau orang lain ayah aku taknak. Dia cakap orang lain buat tak best. Aku ikut je..Sebab memang best pun...Sampai kan mamak tu tengah menggoreng ayam pun ayah aku panggil jugak dia suruh campur-campurkan kuah untuk kitorang..Muka mamak tu??Kompem la muka bangga sebab orang suka service dia.. :p

Semalam kitorang pergi lagi.. Puas tertinjau-tinjau mana mamak tu.. Tengah buat roti canai? Bukan.. Tengah mop lantai?Bukan...Tengah lap meja? Bukan..Sampai dalam toilet ayah aku g cari..Takde jugak!!Dengan muka yang hampa, dan longlai..Ayah aku oder jugak la dekat mamak yang dah sedia ada dekat situ.. Dan memang bukan terpsycho akibat mamak yang digemari takde..Tapi memang orang baru tu buat tak sedap!! Ada ke dia letak kuah ayam madu banyak-banyak? Kompem la manis! Aduuhhh... Memang reject la lepas nih...


PELITA KLCC DAH TAK SEDAP!!TANPA KEHADIRAN MAMAK YANG SERING MEMBUAT KUAH CAMPURAN YANG SEDAP!!!BOIKOT!KAMI MAHU MAMAK ITU!KAMI MAHU MAMAK ITU!

Sekian, terima kasih......

Wednesday, April 14, 2010

Percubaan pertama

Menjawab kepada soalan kembarku merangkkap cousinku.. Ini adalah percubaan pertama aku tulis blog menggunakan kekasih hitam..Sementara tunggu azan isyak..Yee.amat tak best buat entry menggunakan kekasih hitam.Nak bebel banyak pun tak boleh..
Okeh..Babai

Teringat Zaman Riang Ria~

Pagi tadi aku tulis pasal diari.. Pastu baca komen Teri, sebut nama Bhai.. Tiba-tiba ada kesinambungan kenangan pulak daripada dua benda ni.. Dulu, masa dekat TI, masa form 4. Aku tak ramai sangat kawan. Kawan aku, cuma kawan kelas aku. Dengan budak-budak dorm pun aku tak rapat sangat. Semua orang benci aku.. Ohh..amat kasihan pada diri aku.. T_T

Tapi aku ada kawan. Yang dari sekolah lama aku, lepas tu kitorang masuk TI sama-sama. Sekolah TI ni, mengalahkan sekolah agama. Nak berkawan dengan lelaki adalah pantang larang yang terbesar. Kalau lelaki tu datang nya dari kos mekanikal, lagilah.. Macam dah buat satu dosa besar yang seharusnya dihukum gantung sampai mati!

Memang aku takde kawan lelaki pun dari budak kelas lain. Lelaki je? Perempuan pun takde sebenarnya.. Kenal-kenal macamtu je.. Mawar?kenal..Maz? kenal..Am?kenal..Jue?kenal..Tapi tak rapat. Sebab aku tak pandai bergaul.. Sangat tak pandai. Acara-acara sukan yang mengeratkan hubungan atau persatuan-persatuan.Mana ada aku masuk..Kecuali masuk sebab terpaksa. Aku sangat tak aktif! Tak boleh nak bising kalau tak ramai kawan..huhu

Ok..berbalik kepada cerita pasal Bhai(selamba je reveal nama..lantak la) Dulu, kalau bosan-bosan.. Selalu tulis surat panjang lebar. Cerita masalah, cerita benda yang happy, kongsi cerita macam-macam.. Dekat hujung surat, buat tandatangan n simbol rama-rama. Bagi dekat posmen (yang aku tak ingat siapa.siapa eh..?). Lepas tu, nanti Bhai balas panjang lebar, ada tandatangan, dengan ada simbol kumbang..haha! zaman kanak-kanak yang cute gile.. :p

Banyak jugak surat yang kitorang balas-balas. Tanpa kekantoian sepanjang tahun.. Hebat tak?!\0/ Sebab bila terserempak dekat Taman Ilmu atau laluan jalan kaki untuk pergi lab.. muka kitorang muka selamba macam "Eh..aku kenal ko ke??"

Masa dekat sekolah lama, selalu gak aku dengar dia nyanyi-nyanyi dalam kelas. Selalu je rasa nak baling kapur dekat dia sebab perasan suara sedap. Tapi bila dah masuk TI, tak sangka pulak satu sekolah suka suara dia. Eleh..Macam sedap..(Memang sedap pun :p) Kalau tak, takkan tiap kali ada majlis dekat sekolah, muka ko je atas pentas tu kan? Sampai satu dewan jerit "we want more!we want more!" lepas ko nyanyi lagu yang ketiga. Yang aku sendiri pun menjerit sekali dan tak lama lepas tu baru aku tau yang ko dah berkomplot dengan budak-budak kelas ko untuk menjerit-jerit macam tu padahal korang memang dah standby satu lagu..hakeleh.. Aku tertipu!

Kepada kanak-kanak ribena yang masih di alam persekolahan, sila hargai waktu persekolahan ni sebaik mungkin..Tak kisah la pengalaman yang macamana pun. Ini cuma salah satu pengalaman persahabatan yang aku kongsikan dekat sini. Banyak lagi yang tak terkongsikan lagi.. ^_^








Nota kaki: Bhai, kalau awek ko terbaca entry ni dan mengamuk, sila bagi tau aku..Aku akan delete secepat mungkin!

Diari Untuk Diconteng~

Tengah gila idea nak menulis blog.. Tapi nak kata ada idea, tak jugak.. Tengah menaip ni pun still lagi berfikir nak cerita pasal apa.. Aku memang macam ni.. Dari kecil lagi, aku memang suka menconteng-conteng. Kalau dulu, habis la diari-diari aku atau buku-buku aku, aku conteng. Kalau jumpa kertas kecik-kecik pun kerja aku menconteng.. Sekarang ni, kalau benda yang aku rasa aku nak kongsikan dengan orang, aku akan menconteng dekat blog ni. Tapi kalau benda yang sangat-sangat personal, aku akan tulis dalam kertas kecik, tulis panjang-panjang lebar. Lepas tu buang...

Dari dulu lagi, dalam diari aku, aku tak suka cerita pasal kesedihan atau kekecewaan. Pelikkan? Aku akan cerita pasal yang happy aje.. Sebab aku taknak suatu hari nanti, bila aku baca balik diari aku, aku akan teringat balik kenangan yang sedih tu.. Selalunya dalam diari aku,kalau time sedih banyak harapan dan doa-doa versi sendiri untuk mohon kekuatan diri. Kalau rasa nak luahkan perasaan marah atau tak puas hati, tulis atas kertas kecik, simpan untuk seminggu.. Lepas tu,bila dah ok, buang kertas tu tanda nak buang kenangan tak best tu..Macam-macam cara orangkan..hehe

Kalau korang pergi kedai alat tulis, nampak pen yang berkenan dihati, untuk nak cuba dakwat pen tu ok atau pun tak, ayat apa yang selalu korang tulis? Ada orang yang akan cuba dakwat tu dengan buat tandatangan sendiri berulang-ulang, ada jugak yang buat 'Nama saya Nasrina', atau ada jugak yang buat ' saya ada kucing'.. Ayat yang sama dari kecil sampai besar setiap kali mencuba pen baru.. Betul tak? Cuba korang ingat-ingat balik.. ^_^ Menconteng memang dah sebati dalam hidup kita kan? Cuma apa yang pertama terlintas dalam fikiran kita ni yang berbeza-beza..

Dulu, aku ada diari yang berkongsi tiga orang dengan kawan baik aku.. Buku tu bertahan 2 semester kalau tak silap aku. Kitorang bertukar-tukar cerita dan diari tu akan bertukar tangan setiap hari @ setiap kali ada seorang yang ada cerita untuk dikongsikan.. Terjumpa lelaki hensem dalam lif! Terserempak dengan mamat yang selekeh tapi cute! Pengalaman keluar dating pertama! List keputusan peperiksaan. List berapa CGPA yang nak ditarget untuk sem depan. Cerita-cerita perihal keluarga. Cerita-cerita tentang harapan dan cita-cita masing-masing.. Semua tu ada dalam diari tu.. Sekarang semua pun dah ada kehidupan sendiri. Harapan aku, walaupun kita dah membuat jalan masing-masing, kita jangan lupa kenangan kita dulu.. ^_^
Ok!Dah nak pukul 8!!!Bye!!!





nota kaki: membebel sebelum bos masuk...bye!nak pergi jumpa bos!

Tuesday, April 13, 2010

Pilot @ Engineer Kapal Terbang..Mana satupilihan hati~

Kawan aku tanya..Mana lagi ok..Jadi Pilot or jadi Engineer Kapal Terbang.. Aku suruh dia buat solat istikarah. Mintak petunjuk dekat Allah mana yang terbaik..

Tapi sebagai seorang kawan, aku tetap bagi pendapat..Sila jadi pilot sebab pilot ada benefit yang tersangat best! Iaitu, boleh merayau-rayau seluruh dunia dengan tiket free.. Engineer dah biasa la. Lagipun aku engineer. Aku rasa engineer dah biasa sangat. Pilot agak luar biasa. haha

Bila difikir-fikir balik.. Terkantoi disitu ye... Kantoi aku bagi idea untuk bersuamikan pilot. hahahaha!! Yee..kantoi di situ..Dan dia menyedarinya.. Ok la, ok la.. Engineer kapal terbang pun ok.. Lagipun kapal terbang.. Bukan engineer biasa.. Gaji mantap gak beb.. Pengalaman pun lain dari yang lain..Apa pun yang ko jadi, dont worry, aku akan setia menunggu ko..kuikui...

Member aku ni kawan aku dari sekolah. Dia panggil aku Kak Lang dulu.. Sekarang ntah2 dah lupa panggilan tu.huhu.. Takpe..Aku maafkan.. Ada satu yang aku amat hargai sangat, time aku tengah sedih-sedih baru putus chenta dulu, dia ajak aku teman dia pergi Dinner.. Terasa jugak ada yang menghargai time tu.. Walaupun mungkin niat dia masa tu taknak berseorangan sebab dia pun baru putus.haha! Elleh..tak kesah..Janji aku pergi dinner pakai baju cun.. :p Kitorang berdua ni, takkan kesah sangat berapa banyak pun kad kahwin yang sampai dekat rumah. Jangan aku dapat dia punya, atau dia dapat aku punya. Masa tu..Masing-masing akan buat gerak gempur cari jodoh...

Ok..Kesimpulannya, sila jadi engineer kapal terbang. Nampak macho untuk ko..Pilot? Biarla budak-budak lain yang ambil.. Anggap je TIKL memang nak lahirkan engineer..hehe






nota kaki: Kekasih gelap tak baca blog aku...

Bebelan Di Waktu Senggang

Time rehat... Bosan.. Ila pergi site. Aku baru siap kan satu costing dekat drawing yang akan dibuat oleh TA aku yang aku sendiri pun tak reti buat.. Aku main buat je ikut drawing lama. Hentam je. Pastu makap harga lebih-lebih sebab ni baru peringkat nak mintak duit dari client. Biasa la kan, kita mintak lebih, dapatnya mesti kurang daripada tu..

Bila puasa ni..Waktu jalan lambat pulak. Yela, selalunya, asyik tengok jam je sambil dalam kepala pikir nak makan ape.. Ni memaksa diri jangan tengok jam sebab takut kecewa kenapa lambat sangat waktu ni berjalan.. -_-"

Lama dah tak jalan-jalan dengan Nakama. Rindu pun ade jugak. Tapi bila masanya hari minggu aku tak berisi sekarang ni.. Selalu ada je aktiviti dengan famili aku. Lagipun poket tengah kosong. Padan muka kepada diri sendiri sebab tak sedar diri habiskan duit gaji bulan ni sebelum gaji tu dapat lagi..Maksudnya, berhutang dengan jayanya menggunakan kredit kad.. Setakat ni, aku berjaya mendisiplinkan diri aku, untuk bayar semua hutang kad kredit aku sekaligus lepas dapat je statement. Bukan cuma bayar minimum payment. Sebab aku taknak bayar interest dekat bank tuh. Secara tak langsung, aku berjaya mendisiplinkan diri aku untuk tak pakai lebih-lebih kad kredit sebab takut aku takde duit nak bayar sekaligus.. Mujur duduk rumah sendiri. So, acara makan megi setiap hari takde lah..hehe..

Aku nak merepek pasal ape pulak ni eh..Jap..tengok dalam folder picture..Ada gambar nak dikongsikan tak..

*gambar masa dekat Thailand*

Ade ke pulak gambar ni yang aku uploadkan.. Ya Allah.. tak sedar diri puasa! Tengok makanan banyak-banyak ni rindu pulak kekasih gelap.. Tom Yam Ayam, Ayam Pedas, Telur Bungkus, Kerang Bakar.. Makanan wajib kitorang kalau pergi SS24, Shah Alam. Time study dulu.. Percaya tak? Rm 13 je semua ni.. Dan yang akan habiskan makanan ni, semestinya aku sebab dia pun tak larat nak habeskan.. Seronoknyee.. \0/ Aku still mencari orang yang boleh replace kekasih gelap aku nih, dari sudut ni je dulu.. Takde.. Semua lelaki pun nak perempuan yang makan sikit.. Eleh! Dia makan banyak boleh!Huh! Okei..Abaikan..

Dah la..Nak buat kerja balik lah.. (malasnyeehhh..nak tido) Berusahalah!!Ganbatte!!Jiayou!!!\0/







nota kaki: Ada 4 hari lagi cuti yang nak dihabiskan sebelum 17 Mei 2010..Nak g mane eh....Emmm....zzzZZZZZzzzz~

Monday, April 12, 2010

Kalau nak jadi dia, aku kena lebih dari dia!

Lebih Barat daripada Barat...Lebih Perempuan daripada Perempuan..Lebih Lelaki daripada Lelaki...

Emm..Aku dapat ayat ni dalam Majalah Solusi..

Lebih Barat daripada Barat.. Jom aku cuba cerita pasal ayat ni dulu.. Seseorang yang terikut-ikut dengan budaya Barat, lebih Barat daripada orang Barat tu sendiri.. Pada pandangan kita, budaya orang Barat itu maju,semua pun kita nak ikut..Dia ke pub, kita pun ke pub juga.. Dia buat budaya songsang, kita pun mengikut juga.. Malah kita lebih teruk daripada dia.. Dah banyak sangat dah sekarang, orang-orang kita dah tak malu nak tunjuk-tunjuk gambar pegang botol arak malah siap di letakkan dalam facebook yang satu dunia boleh tengok gambar kita dengan hanya tahu nama penuh kita.

Dah beberapa kali aku terserempak dengan couple yang pada pandangan aku, aku dapat rasakan yang lelaki tu, perempuan sebenarnya.. Sebab dia lebih lelaki daripada seorang lelaki.. Dengan kolar baju yang mesti ditegakkan tak berlipat. Dengan bahu yang ditegakkan tapi dibongkokkan sedikit..Dengan seluar besar dan takkan lepaskan girlfrennya yang seksi..Dengan muka yang konon-konon macho tapi ayu sebenarnya..

Apentah lagi seorang lelaki yang dah bertukar menjadi perempuan.. Lagaknya mengalahkan seorang perempuan. Berapa banyak kita jumpa perempuan sebenar larat nak jalan terkepit-kepit dan memanjang catwalk tanpa henti untuk nak pastikan lentok badan terliuk lentok depan lelaki. Ada berapa banyak perempuan sebenar yang bila bercakap je nak mencarut-carut tak tentu pasal macam itulah sifat azali seorang perempuan.. Ada berapa banyak perempuan sebenar yang cakapnya termanja-manja tiba-tiba dengan lelaki yang dia baru kenal..

Adoih...macam-macam la sekarang ni.. Dunia dah nak kiamat.. Kadang-kadang takut nak buat entry pasal agama ni..Sebab sendiri pun rasa tak layak.. Cuma kadang-kadang rasa nak berkongsi ilmu dan bahan yang baru dibaca.. Harap-harap diri sendiri tak lupa dengan apa yang baru dibaca.

Lagi satu ayat yang aku baca.. "Kita membaca doa atau berdoa kepada Allah"

Betullah...Selalunya aku cuma baca je doa yang aku hafal..Main baca je..Apa maksud doanya, dah lama lupa.. Contohnya, sebelum nak makan, kalau teringat nak baca doa makan, main baca je dengan otak sebenar dah tak sabar nak habiskan makanan tu.. Terlupa yang sebenarnya, nak makanan tu diberkati. Cuba kalau kita dalam dewan peperiksaan.. Nak menghadap satu kertas periksa yang susah sangat. Lama kita tekun berdoa mengharapkan dari Allah dilapang dada dan apa yang kita study sebelum ni, terlekat dalam kepala dan dengan mudah boleh jawab semua soalan yang ditanya.. Memohon dan terus memohon sampai dapat idea untuk menjawab dan rasa lega bila Allah tunaikan doa kita..


Bezakan baca doa dan berdoa? ^_^







nota kaki: kadang-kadang rasa rindu dengan hati yang tak tenteram dulu.. Selalu berdoa dekat Allah mohon sesuatu. Sekarang jangan kan berdoa..Nak baca doa pun malas.. Selalu rasa marah dengan diri sendiri yang tak bersyukur..

Thursday, April 8, 2010

Trip ke Bandung Day 2 & 3

Assalamualaikum..Setelah beberapa lama meninggalkan entry Bandung.. Ni aku nak sambung balik untuk pakej hari ke 2 dan ke 3 terus..Ade lagi untuk hari ke 4 dan ke 5..Lambat lagi la yang tu.. (-_-")

Hari kedua, kitorang dah bersiap pagi-pagi lagi untuk shopping dekat Pasar Baru... Sangat excited! Aku dah terbayang-bayang je benda-benda yang nak dibeli.. Telekung, jubah, kain batik, baju-baju blouse dan macam-macam lagi... Jom aku bercerita sambil tengok gambar.. Banyak dah lupa la perjalanan-perjalanan nya..hehe..

Ni salah satu kedai telekung dalam Pasar Baru.. Telekung yang cantik-cantik tu harga dalam RM40 je..Kalau RM80, dah cantek gile dah tu..Susah lah nak cakap..Sila pergi!


Lepas tu, kitorang pergi shopping kain ela pulak..gile meleleh...cantik-cantik betul..Banyak jugak borong sebab cantik dan murah..sayang la kalau tak beli..

Percaya tak? Dekat kedai lace ni je kitorang duduk separuh hari.. Setiap sorang beli kain lace.. Sebab cantik dan muraaahhh.. Kawan aku beli satu set lace dengan lining dengan kain baju melayu dekat Jakel RM1100..Tau tak dekat sini dapat berapa? RM350!!!!!Harus lah belikan? hehe

Dekat Heritage ni, kitorang tak beli apa-apa..Tapi, Heritage ni bersambung dengan Cascade. Dekat Cascade tu, aku beli banyak..Huhu..Sedap kain dia..Sangat berkualiti dan murah..Brand Omara..Aku taktau pun brand ape nih..Tapi aku rasa agak branded sebab tengok kain-kainnya yang ada kualiti.. Ok!Ini aturan barangan yang aku beli untuk hari kedua ni...Yippie!! \0/ Total harga pembelian? Aku pun tak ingat..Tapi percaya lah..Memang berbaloi-baloi.....

Ok...Kita teruskan untuk hari ke3.. Kitorang sanggup tak pergi Tangkuban Perahu yang pada awalnya ada dalam tentatif kitorang. Skip semata-mata sebab nak pergi shopping..Tak beli jubah lagi!!Pergi balik Pasar Baru meneruskan pembelian jubah..Cantik-cantik...Nanti kalau ada masa, aku upload gambar jubah ye.. ^_^ Oh yee..Gambar-gambar dekat atas ni, pemandangan biasa dekat Bandung n Jakarta. Sedih sangat.. Tepi-tepi jalan tu penuh dengan peminta sedekah.. Tepi-tepi jalan tu macam taman permainan je untuk budak-budak.. =(
Ini dekat dalam kedai kek dan biskut Kartika Sari..Kalau pergi sini, sila jangan teragak-agak nak beli..Takut tak sedap (macam aku)..Aleh-aleh, dah sampai Malaysia, rasa sedap gila..Haa..Amek kau. Bila nak pergi lagi??Kempunan la..
Aktiviti di atas adalah aktiviti untuk bakal pengantin..Mencari kad kahwin..Seperti yang kita sedia maklum, kad kahwin dekat sana memang murah gila.. Door gift? bersepah dekat sana.. Kalau siapa-siapa dalam persiapan nak kahwin..Pergi la sana.. Sambil menyelam, sambil minum air..hehe.. Nak tau kad yang aku suka? Yang kat bawah ni..Comelkan??^_^
Kalau nak pergi kedai beg dan kasut, pergi DIAZ..Banyak sangat pilihan...

Dekat Toko Tiga ni..Ada jual jeans Levis original.. Jauh gak murahnya.. ^_^

Mak aku pesan beli buah salak..Ini kedai buah yang supir tu bawak..Comel gila..Aku beli buah salak 2 kilo..Dalam RM14..
Ok!Ini taburan barangan aku untuk hari ke3 ni...


Kitorang pergi SPA..RM69,urut seluruh badan dan scrub seluruh badan..hee..(Wehh..asal malas gila nak bercerita nih!!)



Dekat Indonesia ni, keju murah sangat. Sampaikan semua benda pun diorang nak masak dengan keju. Jagung bakar + keju. Pisang bakar + keju + coklat.. Menarik jugak..Tapi biasa la aku tak suka manis..Aku makan sikit je..Diorang yang habiskan..Aku amek gambar je.. hehe..





Ok...Tunggu sambungan hari ke 4 dan ke 5..Diharap bersabar ye kawan-kawan.. ^_^ Terima kasih sebab sudi membaca..^_^


Monday, April 5, 2010

Keras Hati Mati (Padan Muka)

Aku sangat marah.. Kalau aku marah, aku suka diam.. Aku suka pendam dan pendam.. Dan last sekali mungkin menangis atau meletup sambil baling barang-barang ke dinding... (Huisshh..sangat psyco) Ok..Aku tipu je..Cuba menggempakkan intro..

Ada tak cara untuk melembutkan hati? Aku sangat keras hati.. Kalau orang buat aku marah, aku akan diam dan boleh tak bertegur sapa..Sampai hati aku lembut sendiri..Tapi masanya memang lama..

Aku sangat rindukan dia... Dia dah buat aku sangat sakit hati.. Rasa tak mampu untuk aku maafkan dia.. Berkali-kali dia memberikan kata maaf.. Tapi hati aku masih sakit.. Perlu masa untuk pulih.. Perlu masa untuk melembutkan hati...

Aku bagai kuat untuk dia tiada dalam hidup aku..Tapi sebenarnya tidak...
Mata aku asyik memandang telefon mengharapkan bunyi mesej atau deringan telefon dari dia..
Hati aku sentiasa mengharapkan perhatian dari dia...
Hati aku sentiasa menanti dia...


Alhamdulillah... Lembutnya hati dia untuk setia memohon penjelasan dari aku.. Aku tahu, sabar itu ada hadnya.. Tapi aku mohon.. Bersabar lah untuk aku.. Moga suatu hari nanti, termakbul doa ku: Aku Hanya Untuk Kamu...




nota kaki: Kesian kekasih gelap dapat kekasih terang yang hampeh..huhu... Sila banyak bersabar!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails