Monday, March 29, 2010

Kekasih Hitam Yang Baru....

Assalamualaikum.. Malasnya nak update cerita pasal Bandung..Berhenti dulu jap ye..Nak cerita pasal cerita lain dulu.hehe..
Jumaat lepas, 26 Mac..Dapat hadiah harijadi merangkap hadiah membantu keluarga berbisnes+abah dapat duit pencen..haha!(gile jujur).. Tak tau kenapa dapat hadiah ni Ini yang dipilih oleh keluarga mungkin sebab diorang nak mengelak belikan aku laptop yang amat aku nak dari 26 tahun yang lepas.. -_-" Tapi memang kakak aku yang beriye suruh mak belikan aku handfon..Ye..Dia memang amat sayang dekat aku..Kasut Crocs pun dia beli untuk aku yang Ori..Dia beli yang RM20 dekat Tesco tu..Kenapa??Boleh tak korang tanyakan dekat dia, kenapa dia sayang sangat kat aku..hehe..

Aku takkan mengabaikan Pink Berry aku ni walaupun selepas mendapat Black Berry ini.. Dua-dua ni dah jadi salah satu barang yang ada sentimental value dekat aku.. Pink Berry ni, aku beli guna duit gaji masa jadi cikgu tuisyen + duit jual handfon lama. N ada banyak kenangan dengan kawan-kawan aku..Habis satu Shah Alam kitorang pusing untuk cari handphone ni yang warna pink. Dah banyak habis n kalau ada pun, harga mahal.. Ingat lagi macamana susahnya nak kumpul duit deposit untuk beli handfon ni.. Kumpul-kumpul duit sorang sikit sebab ATM Machine jauh n kalau tak booking cepat, takut dikebas dek orang lain..Kenangan kenangan... ^_^
Black Berry ni pulak..Aku akan tukar nama, jadi Kekasih Hitam..Akan ku jaga Kekasih Hitam aku ni sepenuuhhhh hati... ^_^ Thanks to my famili..Luv u all very very much.. ^_^



Nota kaki: Sebab kenapa amat malas untuk update cerita Bandung..

*Gila nak habiskan tengok dvd semua ni yang murah gila beli dekat Bandung hari tu.. :p *

Thursday, March 25, 2010

Trip ke Bandung Day 1

Lama pulak aku nak update cerita pasal jalan-jalan oversee aku ni.. Aimi yang pergi kemudian dari aku pun dah update dah cerita Bandung dia. Bukan apa..Lembab no komputer ni nak upload gambar..Banyak gambar nak dikongsikan ni..Ok..Aku start bercerita ye..Untuk entry ni, aku bercerita dulu pasal hari pertama aku di Indonesia.. Tanah kelahiran datuk dan nenek aku.. ^_^ Yup..aku bukan la berdarah daging pure Malaysia.. Kedua-dua datuk dan nenek aku belah ayah dan mak aku..Keempat-empatnya berasal dari Indonesia.. Ya Allah..Dah meleret-leret pulak aku ni..Bercerita pasal asal usul pulak..Ok, abaikan!

Aku pergi berenam..Dengan ofismate aku..Kitorang keluar rumah pukul 3.30 pagi hari Selasa, 16hb Mac.. Kitorang berkumpul dekat KL Sentral n pergi ke LCCT naik bas transit yang berharga RM9 sekali perjalanan. Kitorang sampai dekat airport pukul 4.30pagi dan buat check in awal sebab nak bagi senang masuk je subuh, terus solat sementara tunggu flight kitorang yang sedia menelan penumpang pukul 7 pagi.




Ini cop kedua pada pasport aku tapi pertama kali untuk aku merasa naik kapal terbang. Sangat teruja! N sangat saspen.. Minat aku untuk tengok awan dan langit dari bawah jadikan aku sangat teruja untuk melihat awan dari atas.. ^_^

Telinga aku berdengung dari masa nak mendarat sampai lah dekat Bandung, yang mengambil masa 2 jam dari airport Jakarta. Member aku kata, tips untuk tak berdengung, kunyah chewing gum dari dalam kapal terbang lagi..huhu..Ni dah turun kapal terbang dah ni.. Tapi lama pastu dah ok..^_^
Kitorang sampai pukul 8 waktu Indonesia dan pukul 9 waktu Malaysia. Kitorang dijemput oleh Pak Supir. Solihin nama dia.. Tanpa berlengah lagi, perjalanan diteruskan ke Bandung tanpa berhenti..Sebab agenda terHEBAT adalah di Bandung..Agendanya adalah SHOPPING!!!\0/


Kitorang tinggal dekat Topaz Hotel. Hotel ni adalah kepunyaan Ahmad Dani (Dewa). Sangat best. Condition hotel yang sangat cantik dan selesa..^_^

Lepas check in hotel, kitorang ambil masa untuk mandi dan membersihkan badan je..Sebab nak kejar masa untuk pergi bersiar-siar sekitar Bandung. Lupa nak cakap..Aku cuma bawak sehelai baju tidur, dua helai jeans(termasuk yang sedang dipakai) dan dua helai baju berjalan (juga termasuk satu yang sedang dipakai) sahaja! Sebab nak meringankan beg dan memang dah tekad akan mencari baju dekat sini untuk dipakai pada hari-hari seterusnya..

Aktiviti pertama adalah pergi makan dulu. Lapar bangat sihhhh..Tempat yang kitorang pilih adalah kedai masakan padang. Simpang Raya. Sangat sedap!!Hingga menjilat jari sedapnye..

Lepas makan, kitorang pergi Rumah Mode. Yang banyak jual baju-baju branded dengan harga yang murah..Dekat sini je..3 helai aku beli baju..Cantik gileee..harga satu baju, 89,000 rupiah sama dengan RM33.00..Memang aku terlompat-lompat kegirangan dalam kedai tu...hepi sangat dengan pilihan yang ada.Tapi tak boleh beli banyak sangat.Ni baru hari pertama..hee

Kedai-kedai dekat bandung ni, semuanya macam rumah banglo yang dinaiktaraf jadi butik yang superb.Dengan landskap yang cantik..Oh ye..Lagi satu, semua kedai-kedai dekat Bandung ni, akan sediakan tempat duduk/sofa yang empuk dan selesa dekat customer dia. Kalau penat je, boleh la lepak-lepak dulu ambik kekuatan untuk tawaf semula ^_^

Dekat Donatelllo ni, aku beli sandle untuk ayah aku.. Kasut-kasut dalam kedai ni cantik-cantik..Tapi kasut tak tersenarai dalam list yang harus dibeli..Jadi, cuma beli satu untuk ayah aku je.. Seperti jugak dekat Hatyai, benda yang wajib aku beli adalah Simcard baru.Bagi memudahkan aku miscal je mak aku untuk dia cal balik..hehe..

Lepas dah berjalan-jalan mengeluarkan peluh dan duit, kitorang pergi makan pulak..Kali ni dekat Gampoeng Acheh. Aku makan nasik goreng istimewa+ayam+telur..Sedap!Yum yum!


Lepas makan, kitorang balik hotel untuk tido..Penat sangat..Kena kumpul tenaga untuk shopping dekat Pasar Baru esok..Lupa nak bagitau..Kitorang bukan berjalan dekat Rumah Mode dengan Donatello je..Banyak lagi. Blossom, Riau, dengan adalah hampir 10 kedai..Tapi biasalahkan..banyak gambar yang terskip..Sebab terlalu eksaited melompat masuk dan keluar kedai..

Ok,tunggu aku update untuk Trip ke Bandung Day 2..Tengok macamana gilanya aku menghabiskan duit dekat sana dalam masa satu hari aje. Tengok kualiti kain yang ada dekat dekat sana dan harganya yang sangat-sangat jauh beza dengan Malaysia..Boleh jadi gile! -_-"







nota kaki: nasrina yang tak sedar diri tukar duit rupiah sikit je!!!

Wednesday, March 24, 2010

Aku Tak Suke Kerja Aku!!


Penolong Pengarah JKR Kedah bebas
2010/03/24

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaskan Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur daripada tuduhan menerima suapan iaitu seutas jam tangan berjenama berharga RM6,831, lima tahun lalu. Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Salihin Abd Rahman, 33, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie. Mengikut pertuduhan, Salihin didakwa menerima jam tangan jenama Tag Heuer bernilai RM6,831 daripada Tan Eng Tik iaitu kontraktor E T Tan Enterprise.

Ia adalah untuk diri tertuduh sendiri tanpa apa-apa balasan apabila tertuduh mengetahui ada hubungan dengan tugasnya iaitu 'sub labour kontraktor' kepada syarikat SM Builder bagi projek pembinaan masjid di Taman Sri Segambut. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kedai Kopi Segambut pada 14 September 2005.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah manakala Salihin diwakili peguam Azuan Abdul Wahab. Seramai 10 saksi pendakwaan di panggil sepanjang perbicaraan.

Ketika di luar mahkamah, Salihin yang terharu dengan keputusan hakim melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan semua yang menyokongnya.

Jawatan nya? SAMA DENGAN AKU

Tempat betugasnya? SAMA DENGAN AKU

Alhamdulillah dia terlepas dari tuduhan tersebut.. Dan aku tau, kalau kita tak buat..Kita tak perlu takut..Dan kalau kita menjaga intergriti kita..Kita tak perlu risau..Tapi macamana kalau ada orang nak sabotaj kita? Macamana kalau ada orang nak mengKAMBING HITAMkan kita?

Sebab tu aku tak suka kerja aku!!!!
Tapi aku akan berusaha buat sesuatu benda hanya yang diberkati Allah..

Nota kaki : Nasrina yang tak sedar diri bahawa jalan-jalan pergi jalan TAR waktu kerja adalah satu benda yang salah.. -_-"

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Pengantin Baru Iliy & Koben ^_^


My BFF aka My Sifu No. 1 dah kawen..huhu..Series..masa dia tunang dulu, aku takde perasaan pun. Even masa Ppink tanya, aku tak sedih ke Ili dah nak kawen. Aku tak sedih pun. Sebab dia dapat Koben. Aku tau Allah janjikan orang yang baik untuk orang yang baik. Tapi.. Bila waktu yang dia hampir-hampir nak kawin tu.. Lebih-lebih lagi masa dia YM aku kata nak aku jadi pengapit dia..Aku rasa lain sikit..Macam sayu je..Bagi aku, kalau orang tu nak ambik kita jadi pengapit dia..Maknanya, kita salah seorang orang yang dekat dengan hati dia..Yela, orang yang akan ada dekat sebelah dia masa hari bersejarah dia. Orang yang akan semak sekali dalam album gambar dia..Li, bek mengaku ko sayang aku cepat!!! :p Tapi..Itu pendapat aku la..Bagi pengantin yang main rembat je pengapit dia, no komen.hehe..

Untuk majlis Ili ni, aku beli tudung and baju kurung khas untuk dia..Tudung pun special dedicated untuk dia. Gosok sendiri beb manik ni.. Design pun reka sendiri ni.. Sebab Ili suka bintang :p Tapi, corak bintang takde..Bentuk Bunga ala-ala bintang pun jadi lah ye li.. Kalau ada bentuk love dalam bintang mesti lagi menarikkan..hehe..



Aku dah sebok-sebok dekat rumah Ili dari masa dia mekap lagi.. Kena datang awal sebab akad nikah dia aku tak datang.. Sori ye Li..N terima kasih banyak-banyak sebab amek catering aku untuk akad nikah n tahlil ^_^

Bercerita pasal catering..Ili ni orang yang buat logo catering aku..Kalau nampak lambang pokok dengan tulisan oleander tu, idea dari budak ni lah.. ^_^

Ini lah Ppink nya..Yang buat-buat cool.. Tapi Li, aku rasa dia tahan bergenang je tu... :p

Tiba-tiba pulak ada bebola api ni dekat koridor depan bilik dia..cantik..Bergemerlapan pulak kejap..Ok!Pengantin lelaki dah sampai!!!! Asal aku pulak cuak n peluh lebih-lebih dari Ili nih..Dia tak berpeluh langsung!Tisu tu abes basah sebab peluh aku pulak..Cet!Wat malu je.. -_-"








Ok...Adalah amat tidak sesuai bila aku pun duduk meja beradap..haha! Ok..mengalahkan pengantin,aku pulak kontrol cun..Poyo gile..





Lepas acara tetamu salam dengan pengantin, pengantin nak pergi outdoor.. Ili tanya aku haritu, apa pandangan aku kalau dia nak buat outdoor dekat satu tempat ni..Aku sokong seratus peratus sebab idea tu sangat cute! Dia cakap, aku je sokong idea pelik dia.. Aku rasa tak pelik tapi cute dan sangat nostalgia.. ^_^

Ok..Cuba teka dekat mana tempat ni?


Tak dapat tangkap lagi?... Tempat ni?


Haha! Sekolah Teknik Cheras @ TIKL! Oleh sebab diorang berdua ni satu kelas kat zaman sekolah ni..Diorang nak mengabadikan kenangan dekat sekolah ni.. Comel kan? Kawan aku ni memang tak betul sikit.. Tapi dia tak berani sangat nak buat benda jahat. Tapi kalau ada je orang yang support dia.. Insyaallah dia jadi sama tak betol..haha! Tempat ni memang best..Sekolah yang terBEST sekali..Biarla banyak kenangan baik atau buruk..Sekolah ni yang jadikan aku apa yang aku(kita) jadi sekarang...Aku pun rasa macam ni..Apakan lagi orang yang bertemu jodoh dekat sinikan? ^_^

Kepada Ili & Koben.. Selamat Pengantin Baru. Semoga Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat.. Aku doakan korang akan dapat anak yang soleh dan solehah. N sentiasa jadi anak yang baik.. Luv u my fren.. ^_^

Monday, March 15, 2010

Pengalaman menjaga booth pengantin..

Penatnyee..Semalam sehari suntuk dekat PWTC. Dari pagi..Aku berdua je dengan kakak aku jaga booth.. Pagi-pagi lagi kakak aku dah brief apa yang nak dicakapkan dengan customer..Sebab ada special promotion untuk customer yang booking masa pameran ni..

Untuk customer pertama dan kedua, aku menggigil masa bagi broucher n terangkan pakej-pakej kitorang..Untuk customer yang ketiga dan seterusnya sampai pukul 9 malam, mulut dah laju je bercerita sambil paksa orang rasa dan ambik pakej kitorang..hee..

BG (kawan aku dekat TIKL) n Ila (housemate dekat uitm), pasangan tunang ni call aku hari Jumaat haritu untuk bertanya khabar, n secara tak langsung, aku mengajak diorang datang tengok pameran ni..Kelmarin diorang datang berdua n semalam diorang datang balik bawak sekali parent BG. N tup tap tup tap..Konfim nak amek full pakej kitorang lengkap dengan makanan, pelamin bagai..Yey!Thanks BG n Ila ^_^

Best jugak..Tambah lagi ilmu n pengalaman.. Pengalaman bercakap.. Pengalaman macamana nak yakin kan orang..Best best..hee..Lagi satu, kakak bagi gaji!Yey!\0/ N akan dapat komisen untuk customer yang berjaya aku tarik..tadi dah ada sorang yang aku berjaya dapatkan deposit (bukan Ila n Bg). Sorang je! haha! kakak aku dah dapat 6..Yee..Yee..Aku tak sampai hati nak cakap "Saya bagi masa esok untuk konfirmkan untuk dapat harga promosi ni.." Aku cuma cakap dekat customer.."Takpe..balik,fikir dulu..saya bagi last sampai Jumaat untuk dapatkan harga promosi ni.." hee..Gila aku takleh jadi bisnes woman :p Tapi takpe..Dalam minggu ni, kalau ada lagi customer aku yang akan call n confirmkan nak ambik pakej kitorang, kakak aku akan tetap bagi komisen..yey!tambah duit poket \0/

Ini booth kitorang..Ijab Kabul/Oleander Catering..

Kitorang bagi food testing dekat customer

Ini pulak salah satu pelamin yang disediakan dalam pakej kitorang Kakak aku tengah layan customer..

Ok..Sebenarnya, banyak lagi gambar..Tapi internet buat hal..lambat sangat nak upload gambar.. Dah la tengah kelam kabut ni..Barang-barang tak packing lagi..Doakan aku selamat pergi selamat balik ye..^_^

nota kaki: Terskip Ili nye hari bersejarah..Akan update selepas selamat sampai ke Malaysia ^_^

Friday, March 12, 2010

Pameran Pengantin 2010


Jom ke sini ^_^ Nak try rasa masakan catering kami? Jom ke Pameran ni..Salah satu booth tu adalah booth kami..^_^ Catering kami menyediakan Pakej lengkap dengan pelamin dan baju persalinan untuk bersanding. Nak tau lebih lanjut, kita jumpa di Pameran Pengantin Malaysia 2010 ni.. Selamat Bertemu.. ^_^

Saturday, March 6, 2010

Makeover (Nas Buang Tebiat!)

Bila tiba gila..Bila cakap ok tanpa berfikir panjang..Tak sangka pulak ini hasilnya... Lantak lah..Tiba-tiba otak nak jadi tak betul..Layankan aje..








Ini dah jadi gamba feveret..hee..^_^ v

nota kaki :Nak jugak?Pergi je jalan-jalan dekat KLCC, kalau nampak ada banyak booth Lancome dekat situ, pergi je masuk..Lancome tengah buat contest sebelum dan selepas make up. Kalau menang, dapat hadiah ribuan ringgit.. Aku masuk semata-mata nak buat skin analysis..Taktau pulak rupa-rupanya ada 3 stage..Stage kedua perfume. Stage ke 3 make up. Aku memang nak beli produk dia. Taktau pulak kalau dah beli, entitled untuk masuk contest ni.. Lantak la.Redah je..Tapi best jugak kadang-kadang..hehe..Oh ye..Lepas ni MidValley pulak diorang pergi..Tunggu aje..hehe..


Friday, March 5, 2010

Trip ke Hatyai Day 2

Lambat betul nak update hari ke dua dekat Hatyai ni. Banyak sangat gambar. Konfius nak letak yang mana. Nak cari angle yang terbaik. Supaya tak nampak gemok dan jerawat.haha

Ok, lupa nak bagitau. hari pertama dekat Hatyai ni, yang pertama sekali yang aku cari adalah sim card Thailand. Senang nak berhubung antara satu sama lain. N senang misscal je mak nanti pastu mak cal balik.hehe.. Lagi satu sebab kenapa aku mesti cari line Thailand ni, sebab hp aku tiba-tiba pulak hang. Tak nak masuk network Thailand. Padahal kalau prepaid, tak ke automatik roaming..Tak pasal-pasal, masuk je boarder Thai, terus hp tak boleh guna. Kalut-kalut pinjam hp kawan nak bagitau dekat mak. Takut pulak dia fikir yang buruk-buruk je sebab tak dapat call. 
Nampak tak nombor 49.-? Itu 49 Bath sama dengan RM4.90. Murah tak? Berapa harga simcard tu, banyak tu jugak lah nilai prepaid dalam tu. Nak beli simcard ni, senang je. Ada macam-macam jenis dekat 7 eleven. 7 eleven pulak, memang merata-rata dekat Hatyai tu. senang gituuu..^_^

Untuk hari kedua, pagi-pagi lagi, dalam pukul 7 aku dan Ila dah keluar untuk mengambil angin n tengok kedai-kedai yang dah dibuka dekat area hotel tu. Memang hotel ni tengah-tengah bandar. Semua kedai ada dekat sini..Tapi tak beli apa-apa pun. Cuma posing-posing ambil gambar je..Lepas tu, pergi sarapan pagi dekat Hamid Restoran. Dekat je dengan Hotel ni.Kitorang jalan kaki je pergi.Tak sampai 5 minit. Kitorang makan nasi lemak sambal ayam, roti bakar,meehun goreng, roti canai..Roti canai dia sedap gilee..Adui, terkenang-kenang..:p


Lepas makan, kami naik bas n mulakan semula aktiviti jalan-jalan tepi pantai dan jalan-jalan shoping sakan..


Duyung ni, menurut orang-orang dekat sini, dia tengah tunggu jodoh dia. Kalau dia jumpa jodoh dia, dia akan hidup balik,n terjun semula dalam laut... berkurun la ko tak jumpe jodoh..



Dekat tepi pantai ni, adalah tempat yang paling sesuai untuk beli cenderahati. Sebab dijual byk dan murah. Kalau dekat tengah-tengah bandar Hatyai, kita kena beli fridge magnet 100 Bath untuk 1 atau 2 biji..Dekat sini korang boleh dapat 3..Berbaloi-baloi..hehe..


Dekat tepi pantai ni, jangan beli sangat makanannya. Sebab kita tak tau tahap keHALALan dia. Akan ada yang jual sotong goreng dan udang goreng.Kita tak tau dia guna minyak apa..Bak kata pemandu pelancong aku, kalau boleh, nak membeli makanan dekat Hatyai ni, beli dekat yang pakai tudung. Insyaallah, memang confirm islam sebab sini negara yang extrimis sikit kan.So, diorang takkan saje-saje pura-pura mengaku islam..^_^


Ni dekat dalam Nora Plaza. Kedai menjual barang-barang kulit. Tak beli apa-apa pun.Tak berminat n mahal sikit. Banyak je jual dekat kedai-kedai tepi hotel, n boleh tawarkan harga jauh lagi murah.Lepas tu, kami pergi Big C pulak. Series.Sebijik macam Tesco.Susunatur dalam nya pun macam Tesco. Dekat sini aku borong banyak sikit untuk anak-anak sepupu. Sebab murah-murah.. Bayangkan..Satu baju Mickey Mouse yang comel harganya 99 Baht je..^_^
Dalam pukul 330 petang, kami habis lawatan dan shopping yang mengikut jadual. Geng-geng perempuan nak pergi merasa spa. Sebab diorang cakap, kalau datang sini, jangan lupa pergi rasa urutan thai n harga untuk satu pakej spa yang lengkap jauh lagi murah dari dekat Malaysia. Tapi aku dengan Dewi tak pergi. Sebab kitorang kesuntukan masa untuk beli barang untuk bawak balik. Tentatif shopping untuk trip ni adalah hari Sabtu. Kitorang tak dapat join.huhu..So, kitorang balik ikut budak-budak lelaki dan pergi makan tengahari..

Dalam pukul 4 petang, setel makan semua..Kitorang balik hotel untuk solat n aku dengan Dewi dah kena packing semua barang.Bas pukul 8 malam. Staff aku suruh turun pukul 430, sebab nak bawak kitorang pergi Night Market n merasa naik tut tut.Terharu sangat..Walaupun kitorang yang sebab kan benda ni jadi kelam kabut sebab kena balik awal, dia tetap nak bagi kitorang merasa benda yang mesti merasa dekat Hatyai ni..^_^ Pergi 5 orang je..Yang lain tak ikut sebab budak-budak yang pergi spa tu tak balik lagi.

Naik Tut Tut..^_^ Masa ni Tut Tut ni bawak laju gila sebab kitorang kejar masa. Kitorang suruh dia cepat. Best.. hehe
Dalam pukul 6, bas mula bergerak untuk pergi ke Floating Market. Jalan jem pulak..Sampai-sampai je dah pukul 7. Aku dan Dewi diberi masa 10 minit je untuk bergambar n beli apa-apa yang berkenan.huhu..sedih sangat...Tapi takpelah.. Semangat nak balik kampung lagi tinggi..hehe..Dekat sini, boleh dikatakan 99% peniaga islam. Ini tarikan pelancong yang sangat terkenal dekat Hatyai ni..Siapa yang datang Hatyai, kena datang sini. Buka pukul 6 keatas tak silap..


Bagi duit balance dekat Ila..Supaya dia boleh tolong belikan apa-apa kalau dah sampai Malaysia nanti menyesal tak beli kat Hatyai ni..hehe..
Ini bekas air yang dijual dekat sini. Harga satu, 20 Baht. Dekat sini, setiap makanan paling mahal pun 30 Baht je..Mesti cuba!^_^ Lepas 10 minit, aku n Dewi pun berlari-lari naik kereta orang yang akan menghantar kitorang pergi stesen bas..

Bukan stesen bas pun..Macam agensi pelancongan macamni.N bas tu berhenti tepi jalan je..



First time naik bas double decker.N nombor kerusi, nombor 1..Depan sekali n atas.. Agak jakun sikit..Tak sangka..Aku bayar RM52, boleh dapat bas yang macamni..Dari Hatyai ke KL pulak tu..Best2..Siap bagi selimut dengan bantal lagi.. Dalam hati rasa "Boleh pergi lagi ni..Naik bas je.." hehe..


Lupa nak bagitau..Orang-orang Thai ni sangat hormat n sayang dekat Raja dia..Merata-rata pelosok ada gambar raja dia..Contoh nya gambar ni..Dekat tengah-tengah jalan raya tu..Ada jugak gambar raja dia..
Sampai Pudu dalam pukul 3 pagi..Mak dah tunggu dekat situ..Sekejap je masa dah berlalu.. Ada satu perasaan dalam hati ni..Nak pergi lagi tempat orang..Banyak berjalan, banyak pengalaman,banyak pengetahuan..Insyaallah..^_^
nota kaki : tak sabar nak terer duit rupiah pulak..^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails