Monday, February 22, 2010

Semangat Kami Dibawa Pergi..

Masa aku sekolah rendah, aku gemuk..Tapi kalau aku tertido rumah Pak long, Pak Long dukung jugak aku bawak masuk dalam kereta. Dia tak bagi kejutkan aku.Biar aku terus tido nyenyak. Sampai aku darjah 6. Pak Long akan angkat untuk alihkan tido aku..

**********

Mak Long sikat kan rambut aku cantik-cantik. Ikat kemas-kemas. Dah pakai baju sekolah, Pak Long bawak aku pergi sekolah dia. Pak Long Guru Besar. Sekolah dia haritu ada buat penggambaran iklan untuk Sukan Komanwel. Pak Long suruh aku join sekali. Itulah first time aku masuk sekolah yang Pak Long mengajar..

**********

"Pak Long..Nina takut mesin tak terima kertas Math Nina tadi la..Nina Conteng conteng belakang kertas objektif tu..Habes la result Math PMR Nina nanti..Macamane ni Pak Long..Takutnyaa..." T_T

"Ish, takde lah..Takde masalah apa pun..Mesin tu baca yang depan je..Apa-apa yang tulis dekat belakang tu,mesin tu tak baca..Kalau tak boleh baca pun, nanti ada orang cek manual.."

"Yeke??Yey!!leganyaaaa.." \0/

**********

"Nina, macamane?Dah dapat kerajaan ke belum?"

"Belum la Pak Long..Takde iklan keluar pun..Semuanya taknak orang.."

"Tu lah awak..Yang nak pergi mintak jawatan yang semua orang ramai-ramai nak pergi ambik tu kenapa.Ada jawatan yang satu je post dia..Pergi mintak cepat.."

"Yeke Pak Long??Ada ke?Meh la adik try mintak"

"Tu...Perdana Menteri.."

**********

Terus terang aku katakan, Pak Long bukanlah muhrimku. Tetapi kerana rasa hormat kepada orang yang rapat denganku dan sentiasa ada bersama denganku, tangannya aku cium setiap kali waktu berpisah. Teringat kali terakhir aku berjumpa dengan Pak Long. Dia panggil aku untuk bersalam.Pipinya aku cium.

Hari esoknya aku singgah ke rumah Mak Long. Dia hanya memandang aku dari atas beranda rumah. Aku melambai dan menegur Pak Long. Tapi dia hanya memandang aku dan tersenyum. Pandangan Pak Long sangat lain. Pandangan Pak Long bagai menembusi aku. Senyuman Pak Long manis sekali.

Aku tidak tahu, itulah kali terakhir aku menatap senyuman Pak Long. Dan kali terakhir Pak Long memandang muka aku.

**********

Banyak sangat cerita-cerita Pak Long yang tak boleh aku lupakan.Pak Long tak suka bercerita pasal hal orang lain. Pak Long lagi suka menyakat, dan bercerita pasal dia zaman dulu-dulu. Banyak kali di ulang-ulang pun memang takkan jemu. Yang memang takkan lupa, cerita pasal naga dan cerita tentang kampung. Rindu nya nak dengar cerita-cerita Pak Long buat kali yang ke seribu.

Alhamdulillah, dengan gaji pertama aku bekerja kerajaan, aku telah belanja Pak Long KFC. Seperti yang dia inginkan. Tiada hutang aku kepada Pak Long. Hati aku tenang bila mengingatkan aku telah sempurnakan hajat aku kepadanya..Pak Long antara orang yang menggalakkan aku masuk JKR walaupun kontrak dan sentiasa mendoakan aku dapat tetap didalam kerajaan.Sebab hanya Pak Long satu-satunya saudara aku yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Semangat kami sekeluarga bagaikan hilang dengan pergi nya Pak Long. Tangisan dan keluhan kami yang takkan ada nokhtah nya ini pun takkan dapat kembalikan Pak Long kepada kami. Hanya kenangan gelak tawa dan kenangan senyuman Pak Long yang akan kekal dalam hati kami.

Sudah seminggu aku bermalam dekat rumah Mak Long. Memang aku tak sampai hati nak biarkan Mak Long termenung mengingatkan kenangan bersama Pak Long. Semoga dengan adanya aku menyebok dekat rumah Mak Long, Mak Long ada kawan untuk berbual dan bercerita, memujuk hati sendiri. Memang anak-anak dia masih ada bersama dekat rumah Mak Long. Tapi masing-masing punya hati untuk dipujuk.

Ini pengalaman pertama untuk aku. Pengalaman pertama orang yang rapat dengan aku pergi untuk selama-lamanya. Separuh semangat aku hilang. Pandangan aku dibayangi oleh gurau senda Pak Long. Dari kecil hingga dewasa aku tak pernah lelah dengan karenah Pak Long.

Semoga roh Pak Long dicucuri rahmat. Semoga segala dosa Pak Long diampunkan oleh Allah s.w.t. Semoga tiada sesiapa pun menyimpan dendam kepada Pak Long. Semoga Pak Long ditempatkan ditempat orang2 yang beriman.Terima Kasih Ya Allah.Kau permudahkan segala urusan Pak Long sewaktu di hospital sehingga ke perkuburan. Alhamdulillah...Segala-galanya dapat diuruskan dengan sempurna diatas keredhaanMu Ya Allah..

Apabila perkara sebegini terjadi pada orang lain, hanya ucapan sabar yang boleh diberikan.Tapi bila diri sendiri menghadapinya, tak tertanggung rasanya hidup ini. Terlalu besar dugaan dari Allah. Semoga Allah menguatkan semangat kami sekeluarga.

~AL-FATIHAH~

Monday, February 15, 2010

Tolong Doakan Pak Long..

Manusia merancang, Allah jugalah perancang yang Maha Agung...sepatutnya hari ini aku dan famili aku yang lain, 5 famili semua nya dah merancang untuk balik kampung selepas dua hari, bercuti-cuti dekat Janda Baik. Tapi, sabtu malam tu, kami dah rushing balik semula ke KL. Semua bayaran bilik terpaksa burn sebab terlalu risaukan Pak Long yang sakit dekat rumah.

Pagi ni, Pak Long kena masuk ICU sebab wad biasa dah tak sesuai untuk Pak Long..Pak Long belum sedar lagi. Doktor cakap Pak Long kena stroke. Ada bendalir block saluran dekat otak.Alhamdulillah bukan darah beku yang sangat-sangat merisau kan kami semua. Pak Long dah bertahun-tahun dialisis.Sebab ada masalah buah pinggang.Minggu ni dia lemah sangat lepas dialisis.Mungkin sebab dia pergi jugak dialisis walaupun dia tengah demam.

Ya Allah..Panjangkan lah umur Pak Long..Nina tak tahan tengok Pak Long susah sangat bernafas..Tengok cucu-cucu Pak Long yang manja sangat dengan Pak Long termenung tengok atok diorang terbaring dengan wayar sana sini, tapi bila keluar, bermain-main semula sebab diorang kecik lagi, tak tau apa-apa..Pak Long, sehat la balik..Nina nak dengar cerita Pak Long..Pak Long kan penglipur lara Nina..Nina tak dapat bayangkan macamana kalau pergi rumah Pak Long, Pak Long takde..Siapa yang nak jadi penguat semangat Nina untuk dapat tetap dalam kerajaan..Dari dulu Pak Longlah supporter Nina..

Kawan-kawan..tolong doakan Pak Long aku sembuh ye...Ya Allah..Ampun kan lah segala dosa-dosa Pak Long...

Friday, February 12, 2010

TIKL AWAM 1 :Walimatul urus~

Kepada semua student 4 Awam 1 TIKL @ Teknik Cheras @ Teknik Kl..Kawan kita dah nak kawen, n aku ditugaskan untuk mencari rakan-rakan lama, dan mengajak ke majlis perkahwinan dia..Jemput2 la pegi..^_^


*klik untuk besarkan kad*
nota kaki: Kepada sesiapa yang berkenaan,dan mengenali dia,sila jangan malu,jangan segan..Sila welcomekan diri korang ke majlis Isa... Ohh ye..Bhai,Pojie..Korang pun dijemput..^_^



Saturday, February 6, 2010

Info: Cara mengedit gambar menjadi saiz lebih besar


Kat atas ni adalah saiz gambar yang paling besar boleh diupload mengikut normal uploading dalam blogspot nih ...Dan dibawah ni pulak gambar yang telah diedit untuk dibesarkan saiz gambarnya.Wah!!dah lama dah sebenarnya mencari-cari macamana cara nak besarkan gambar ni.Bila tiap kali usha-usha blog orang lain, gambarnya besar-besar n terang sikit nak tengok..Ok, dah tau teknik!hee..ilmu di pagi hari ni..^_^


Ok,untuk nak bagi kredit dekat blogger yang bagi aku ilmu ni..Aku takkan ajar cara mengeditnya dekat sini. Tapi, korang boleh klik kat sini(littlemishkah) . Dan selamat berkongsi ilmu yang lain.Banyak info lain yang blogger ni kongsikan..^_^


Dan last sekali..Tengok video bawah ni..Mentality perkahwinan zaman sekarang... Asyik duit aje..Bukan untuk yang sehidup semati tapi untuk persandingan yang sehari...

Friday, February 5, 2010

Kanak-kanak sekarang semakin bijak

Sangat pandai menggodek laptop atau handphone tanpa mendelete apa-apa dokumen penting. Tau aje mane nak cari kamera dekat handphone dan save lepas tu patah balik untuk tangkap gambar yang kedua. Sangat pandai jugak untuk cari yang mana satu icon game n terus cari satu persatu game mana yang best dan menang berkali-kali sampai hilang high score aku.Sangat pandai jugak bila bagi laptop tanpa mouse, dan arah-arahkan anak panah untuk kesana kesini dan tekan pad ok...Ohh..kanak-kanak sekarang sungguh cepat bijak dan genies!

Harap-harap dah besar menjadi semakin bijak dan tak menyusahkan orang lain..Teruskan hidup dengan comel..^_^

Gambar-gambar sepupu (lelaki) n anak saudara(perempuan) yang tengah asyik main game dekat laptop tanpa diajar pun macamana cara nak main...


nota kaki: gambar last..muka yang eksaited menang dan yang lain takjub dan ada yang pasrah!

Wednesday, February 3, 2010

Bila Hati Disakiti..

Aku baru terima email ni..dan aku baru tau yang Si Aduka tu tahap kurang ajarnya melebihi tahap neraka..Ok, baca sampai habis..N ada sumthing yang aku nak kongsikan dengan korang...

Artikel atas hina sultan …artikel seterusnya hina agama. Baca sampai abis

"Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk
Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang.
Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan
spesis stupid" ~ Aduka Taruna

* * * * * *


Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia .
Oleh : AdukaTaruna

Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan
muslim Malaysia .

Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri
sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh
rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas
keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.

Dah mampos buat cara mampos la.

Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar
tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan
yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri
akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan.

Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada
blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya
saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan
menasihati saya.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi
membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan
sisi untuk Islamic State.

Jadi dengan ini.

1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor
khasnya atas keterlanjuran saya.

2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya
sebagai tanda saya akui kesalahan saya.

Yang benar,

AdukaTaruna

Salam all ,
Sedikit catatan mengenai Aduka Taruna , sebelum beliau tersasul menghina Almarhum Sultan Iskandar . Membaca catatan dibawah ternyata beliau memang benar benar terlampau dan terlajak . Jika Saidina Ali dan Aisyah Isteri kesayangan Rasulullah disifatkan sebagai "bangang nak mampus " apatah lagi komen beliau mengenai Almarhum Sultan . Apapun bak kata Pepatah melayu " Terlajak Perahu boleh berundur ....Terlajak berblogging ...buruk padahnya ...sama samalah kita mengambil iktibar ....Wasalam..

Bukan saya tidak kasihankan Aduka Taruna ini, saya rasa sejak artikel dia menghina Sultan Johor itu, maka bagaikan HUKUM KARMA sudah jatuh ke atasnya. Saya merasakan beliau di dalam tekanan jiwa yang hebat, lebih hebat dari terkena badai tsunami. Namun apabila membaca beberapa lagi AYAT-AYAT INDAH" beliau yang turut menghina isteri RSAW, sahabat-sahabat RSAW dan ulamak-ulamak, maka saya merasakan memang ADIL beliau ditimpa musibah sedemikian rupa kerana melihat cara dan gaya beliau menulis dan menghina sungguh melampau batasan.

Yang pelik, blog beliau mempunyai ramai follower juga, dalam 200 lebih. Saya terfikir apakah follower blog beliau juga menyokong dan bersekongkol dengannya kerana mendiamkan diri sahaja malah bersama-sama menjadi penyokong blog yang suka menulis kutukan dan hinaan ke atas sesama muslim. Mentaliti apakah yang terhasil dalam masyarakat kita pada hari ini hingga tidak ada sedikitpun sensitiviti terhadap perkataan-perkataan yang sedemikian rupa.

Mari kita sama-sama nilaikan tulisan sang ADUKA TARUNA yang terlampau ini.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama'-Ulama' Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk "Wahabi Perlis", beliau menulis;

"Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia. " dan;

"Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. "

Dalam tulisan bertajuk "Sembang Mazhab" dia menulis;

"Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb... refresh sket."

dan; "Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga .

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

"Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran."

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai."

Sungguh biadap kan?Aku taknak cerita pasal hina sultan tu. Tapi aku nak kongsi pendapat tentang Aisyah isteri Rasulullah s.a.w.
Ilmu aku tak banyak untuk berkongsi hal tentang sejarah Nabi ni.Tapi hati aku tetap meronta-ronta nak menaip dan mengharap akan ada yang sudi membaca.. Sebelum ni, aku ada membaca satu buku khas tentang Aisyah isteri Rasulullah s.a.w. Dari situ jugak, baru aku tau pasal peperangan Muawiyah ni. Memang betul. Perang ni memang disebabkan kesilapan Aisyah. Tapi ini semua disebabkan salah faham ketika itu. Dan Aisyah juga merupakan manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Aku taknak mengulas dengan lebih panjang. Takut tersalah dalam memberi maklumat dan cerita yang sebenar.


Jika nak mengenali siapa Aisyah yang sebenar, kita selaku pencinta Rasullullah, kita juga bertanggungjawab mengenali dan mencintai orang yang dicintai olehnya. Kalau lah kita baca bagaimana perjuangan sahabat dan keluarga Rasulullah, takkan berani kita mengutuk dan merendah-rendahkan mereka. Siapalah kita yang hanya umat di akhir zaman yang tak layak dan jauh sekali dengan dugaan didalam menegakkan islam.


Kita sebagai umat islam hendaklah memaafkan dan menerima segala kebaikan dan keburukan keluarga dan sahabat Rasulullah kerana Rasulullah sendiri memaafkan apa sahaja kesalahan mereka dan mereka juga telah Allah pilih sebagai ahli syurga yang abadi. Siapalah kita umat di akhir zaman ini hendak mengadili orang yang berjuang untuk kekasih Allah. Di akhir hayat Aisyah, dia hanya mengenang dan menginsafi tentang kesilapan keputusannya tentang peperangan tersebut.


  • Tahukah kalian Aisyah adalah isteri yang dipilih oleh Allah untuk Rasulullah kahwini selepas kematian Khadijah?
  • Tahukah kalian wahyu tidak pernah turun kepada Rasulullah ketika bersama dengan isteri yang lain kecuali ketika bersama Aisyah?
  • Tahukah kalian Hukum bertayamum adalah rentetan dari salah satu kisah Aisyah?
Entry ini sebagai renungan untuk rakan-rakan dan juga diri sendiri..Tak dapat menahan sebak ketika membaca tulisan orang yang berlainan akal dan pemikiran..Jangan sesekali menghina Ahlul Bait!

Mungkin Aduka berkefahaman Syiah. Disebabkan terlalu banyak kefahaman dalam Islam ni lah.Islam tak bersatu padu macam zaman Rasulullah dulu.Islam berpuak-puak dan berpecah belah..Walaupun di Malaysia, Parti Islam bernaung di dalam satu nama,pemikiran pengikutnya tetap berbeza-beza..
Semoga Allah melindungi kita dan menjadi umat akhir zaman yang diredhai..Semoga dirahmati.. ^_^



Buku yang boleh menjadi santapan rohani..Bacalah..Supaya kita tahu bagaimana susahnya perjuangan sahabat dan Ahlul Bait dahulu..



nota kaki:minta maaf kalau ada tersalah info yang menyebabkan kekeliruan.harap diberi teguran

Tuesday, February 2, 2010

Maafkan aku...

*klik gambar untuk baca dengan jelas*

Aku pun nak minta maaf dekat semua orang yang aku pernah terguriskan perasaan, terbuka keaiban.Aku selalu cuba untuk menutup aib orang lain.Sebab aku tau, tak musatahil aib aku pun akan terbuka kalau aku membuka keaiban orang lain..Tapi aku juga manusia biasa yang kadang-kadang tak dapat mengawal perasaan marah dan tak puas hati yang membuatkan nafsu amarah aku melebihi sifat sabar aku.Dan bila nafsu dah melebihi akal, laju je lah mulut nak berkata semuanya..

Dunia ini bulat.Aku percaya.Setiap apa yang akan kita hadapi satu hari nanti/sekarang adalah dugaan dari Allah. Allah nak kita insaf dan bagi peluang dekat kita untuk bertaubat dan menyedari kesilapan kita..Maafkan aku kawan-kawan, saudara mara, dan sesiapa sahaja yang membaca. Mungkin aku pernah membuat kesilapan tanpa sedar atau dalam sedar...Maafkan aku...

Kepada Ina dan Aida...Maafkan lah Natrah..Kalau kita maafkan seseorang, tentu ganjaran di akhirat kelak lebih besar..

Aku juga bukan seorang yang pemaaf.Tetapi aku akan belajar menjadi seorang yang pemaaf....Sebab aku percaya, selagi kita tidak memaafkan seseorang itu, selagi itulah dia akan hadir dalam hidup kita...

All da best...Semoga dirahmati Allah..^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails