Saturday, January 30, 2010

Info: Mandi Sauna

Mandi sauna kini menjadi terapi yang amat popular masa kini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah kelebihan sauna dan di sini saya akan mengupas lima kelebihan utama dalam menjalani terapi mandian sauna ini.

1.Adakah anda tahu bahawa mandi sauna membantu melegakan stres? Mungkin anda mengetahuinya tetapi adakah anda tahu bagaimana proses ini berlaku? Mandi sauna dapat mengurangkan stres dengan dua cara. Pertama, rawatan mandi sauna merupakan satu rawatan yang secara semulajadi dapat melegakan dan menenangkan minda. Kawasan yang tenang dan hangat secara tidak langsung mengurangkan segala tekanan yang ada terutama selepas penat bekerja. Kedua, secara saintifiknya, semakin kulit kita menerima tekanan haba, kadar pembebasan bahan kimia daripada badan akan turut meningkat. Terdapat bahan kimia yang tertentu di dalam badan kita dan ini akan menyebabkan stres. Dengan rawatan mandi sauna, bahan kimia tersebut dapat dikurangkan dan secara perlahan stres akan beransur- ansur kurang.

2.Selain daripada itu toksin dapat dikeluarkan semasa peluh. Dengan mandian sauna, ia akan merangsang perpeluhan dan ini akan menyebabkan banyak toksin yang berada di dalam badan dapat dikeluarkan.

3.Bagaimana pula mandi sauna dikatakan dapat mengurangkan berat badan? Sauna bertindak meningkatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Keadaan ini sama seperti bersenam dan bersukan. Maka, duduk dan relaks di dalam sauna membantu meningkat kadar metabolisma badan seterusnya akan membantu membakar lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Adakah anda obes? Sauna merupakan salah satu cara terbaik untuk anda.

4.Selain itu mandian sauna juga membantu anda yang mengalami masalah kulit di mana ia mampu menyembuhkan masalah kulit seperti jerawat, dan sebagainya. Seperti yang anda ketahui sauna mampu meningkatkan kadar denyutan jantung dan ini seterusnya akan meningkatkan kadar aliran darah ke kulit. Pada kadar biasa, hanya 10 peratus kadar yang mengalir ke kulit dan apabila suhu meningkat, kadar aliran akan meningkat kepada 30 hingga 40 peratus. Kadar aliran yang tinggi akan membantu membekalkan kulit oksigen yang mencukupi untuk kesihatan kulit.

5.Tidak semua yang mengetahui perkara ini tetapi apabila seseorang mengalami demam panas, badan akan mula menghasilkan sel darah putih dan antibodi untuk melawan jangkitan. Sama seperti mandi sauna, suhu badan seseorang yang menjalani rawatan sauna akan turut mengalami sedikit peningkatan di bahagian-bahagian tertentu. Ini juga akan sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap keimunan badan terhadap sesuatu penyakit

Sumber




nota kaki: Aku yang tengah gila nak cuba sauna pulak...

Thursday, January 28, 2010

Pindah bilik...

Huhu..kena pindah bilik...Dah 9 bulan duduk bilik ni..Dah rasa selesa sangat.. Tapi kena berkorban. Nak bagi bilik kat bos besar department lain.huhu..Bilik baru aku ni lagi dekat dengan bos aku.Alaaa..takleh nak byorok-nyorok dah.Selalunya, ala-ala nak nyorok, boleh je tibe-tibe ting!! menghilangkan diri sehingga tak dapat dikesan sebab bilik aku paling hujung..=p

Bye bye bilik..T_T Dah la jauh dari bilik Ila..Sebelum ni kitorang panggil, jerit-jerit je.Takyah nak interkom.Sekarang ni kene interkom..=( Adakah aku akan menjadi skema?huhu..Cuma yang bestnya, bilik baru ni ada banyak sikit perabot dari bilik aku sekarang..Leh la aku sumbat-sumbat barang-barang aku yang banyak nih..Yippie!!\0/

Nak sambung mengemas balik la..Dah la ada masa dua hari je untuk pindah randah..Walaupun dekat je..Tapi kalau hati malas nak pindah, jadi lambat jugak pergerakan ni...=(


Bilik lama yang dah nak dekat kosong dah...

Banyakkan almari bilik ni..=p





nota kaki: Dah berpuluh kali berenti mengemas ni..Boleh pulak tulis blog jap..hee.. ^_^


Wednesday, January 27, 2010

Ingat lagi tak?

Ingat lagi tak korang pernah pura-pura suruh aku jalan dulu. Korang nak pergi beli barang apentah. Suruh aku pergi makan dulu dengan Su..Aku pun tunggu la kat KFC sambil marah-marah sebab dah lapar gila sebab korang hilang ntah pergi mana. Rupa-rupanya korang pergi beli kek harijadi untuk aku..Yang lamanya sebab taktau nak cari lighter dekat mana..Last-last pergi pinjam dekat Abag KFC...

**********

Ingat lagi tak yang aku ada bantal busuk...Warna hijau panjang..Korang pernah nyorok kan n buat muke selamba bila aku tanye mana bantal aku...Bila korang tengok aku dah tak tido malam, baru korang bagitau dekat mana korang nyorokkan bantal tu..Rupa-rupanya korang sangkutkan dekat ampai kain dekat blok sebelah..Patut la aku cari tak jumpa...Bantal tu tergayut dengan ada perkataan Hepi Besdei...Marah dah jadi suka....

Ingat lagi tak korang pernah tak tegur aku sehari suntuk.Aku sedih sangat..Sebab terasa terpinggir..Orang yang layan aku Ppink je..Yang lain semua buat muka sombong dengan aku..Korang keluar tinggalkan aku.Bila aku tanye korang nak pergi mana, korang dah la tak jawab..Lepas tu tinggalkan je aku terkontang kanting..Sedih sangat...Rupa-rupanya korang nak sambut harijadi aku malam tu.Keluar untuk beli kek dan tepung...

**********

Ingat tak dia pernah pusing satu loyat..Untuk cari thumdrive.. Thumbdrive orang baru hilang.Kebetulan harijadi orang dah nak dekat.Dia janji nak belikan thumbdrive. Masa tu thumdrive warna-warni still susah nak cari..Tapi last2 dia dapat jugak..Tahun tu orang dapat hadiah thumdrive warna pink dari dia..

Ingat lagi tak dia takut tak dapat sambut harijadi dengan orang tahun tu..Dia turun kl awal beberapa minggu.Untuk cari hadiah harijadi untuk orang..Dia tak reti suprise..Jadi orang kena pilih hadiah harijadi orang n dia tinggal bayar je..Tahun tu orang dapat jam tangan..Bila tengok jam..Walaupun dia jauh,orang tetap ingat dia..Taktau kenapa, orang asyik nak tau jam pukul berapa je lepas dapat hadiah tu...

**********

Ingat lagi tak yang kita pernah kekurangan duit. Tahun tu adik kena ikat perut dekat hostel.Kongsi duit biasiswa dengan mak ngan abah. Tahun tu kita kurang duit sangat. Kita semua terpaksa ikat perut. Tapi tahun tu adik dapat jugak buah rantai emas bentuk kunci.Halus je..Kecik..Tapi adik suka..Terima kasih mak, abah..Bagi adik hadiah untuk umur 21 tahun...

**********

Aku ingat lagi tadi aku jamu semua staf dekat ofis..Berkongsi rezeki di harijadi..Niat nak berkongsi gaji sendiri. Tapi mak n abah yang nak belanja..Aku ingat lagi tadi, lepas makan semua cakap selamat harijadi n doakan yang baik-baik..

Aku ingat lagi tadi aku dapat banyak mesej n panggilan telefon bagi ucapan selamat harijadi n doakan yang baik-baik..

Aku ingat lagi tadi aku bukak facebook ade 54 notification n semuanya bagi ucapan selamat harijadi n doakan yang baik-baik...
.
.
.
.
.
.
Entah bila aku nak rasa tak eksaited setiap kali harijadi aku...Aku still sama walaupun dah hidup selama 26 tahun..Masih mengharapkan harijadi yang ceria dan hari yang paling banyak mendapat doa yang baik-baik dari semua orang...Mengharapkan ada malaikat meng-aminkan doa-doa dari semua...^_^
.
.
.
.
.
Selamat Harijadi Yang ke 26 tahun Nasrina...Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..Ditambahkan iman..Dijadikan wanita solehah...Kaya di dunia dan diakhirat...dikurniakan suami dan anak-anak yang soleh dan solehah...Mendapat keluarga yang sempurna..Diberikan rezeki yang halal...Hidup bahagia di dunia dan di akhirat dan dijauhkan bala bencana....Amin Ya Rabbal Alamin....

Sunday, January 24, 2010

JBJB ke Zoo Negara!

Bila aktiviti yang melibatkan aku,kapten dan aiza..Kami panggil Aktiviti JBJB.. Aiza adalah J, Aku B dan Azrol adalah JBJB..Kami adalah 3 orang yang selalu rasa banyak sangat benda dekat luar tu yang perlu diterokai.. Sepatutnya, semalam pergi ke Sg Pisang lepas Kapten sangat terliur tengok blog Noni. Tapi atas sebab-sebab yang tertentu, kami tukar plan, n buat keputusan untuk ke Zoo Negara!!

Ok...Kenapa nak kene pergi Zoo Negara?Takde tempat lain ke? Ini adelah disebabkan Kapten yang sangat teruja nak test D90 yang baru dia beli. Aku dengan Aiza yang memang amat terliur nak tengok D90 Kapten, laju je setuju mana-mana tempat yang dicadangkan..hee.. Sangat suka+ terliur aku tengok D90 nih..Tapi takpelah..Tumpang kacau daun dulu ye kapten..hee...

Dah mahal masuk Zoo ni..RM20 sekali masuk..pastu, kalau nak masuk sekali taman rama-rama kena tambah RM5..Alang-alang dah pergi, n lama dah tak masuk Zoo ni.. Kitorang masuk taman rama-rama sekali.Dah la aku memang suka gila rama-rama..Jangan lepaskan peluang ^_^ Awal-awal lagi dah beli tiket train sebab tau akan lemah lutut jalan lama nanti.Tapi kitorang buat keputusan untuk jalan dulu n baru naik tren dekat check point ke dua..Semangat awal-awal je..Last2..lepas tengok aksi singa laut yang sangaaaat comel..Kitorang patah balik ke pintu masuk untuk naik tren..=p

Jumpa dengan parrot,ular n keldai kat tepi jalan tu..Dengan perasan takut-takut tapi mahu..aku pergi pegang tiga sekawan tu..Wahh!sangat berani..=p Masa dekat taman rama-rama..Ada rama-rama hinggap atas kepala..Adekah kepala aku manis? :'>




Ada jugak poster-poster yang cute..^_^ suka tengok..Comel je..Tapi ada jugak poster yang aku rasa nak menitik air mata tengok..kecik je tangan die...:( Mesti dia lapar.Dah la terkurung... :(


Pintu masuk Taman Rama-rama pun dah cute..^_^ Toilet dia pun cute..bersih pulak tu..hehe..Kalau tengok kiri, tengok kanan..Memang semua orang bwk anak kecik..Memang tempat untuk kanak-kanak yang membesar baru nak belajar kenal ilmu alam..=p

Dapat tangkap si zirafah yang tengah curi makanan kat luar kawasan!Kapten cakap, mesti makanan kat luar tu lagi sedap..Kita pon boring makan makanan dining..Zirafah pun same. =p

Kitorang gunakan D90 tu sepuas hati..Walaupun sorang je yang beli..Kapten tak kedekot..Die bagi jugak aku ngan Aiza belasah D90 tu..=p Thanks Kapten..^_^




nota kaki:Ayoh ke Zoo Taiping pulak!!!\0/

Saturday, January 23, 2010

Menghampiri angka 26...

Wahhh!!Sangat tua!!Boleh tak taknak mengaku umur?(-_-") Ok..Kena mengaku Nasrina..Baru ingat mati....huhu..

Ok..Sepanjang hidup dekat dunia ni selama 26 tahun, terlalu banyak yang aku belajar..Terlalu banyak yang berubah dekat diri aku ni..Apa dia eh..Nak cuba list lah...

1. Berjaya kawal marah..Dulu, aku pernah baling handfon ke dinding sebab terlalu marah..Sekarang..Istighfar,cuba pikir positif, n tarik nafas dua tiga kali....Aku dah cool!!Perghh!!hebat la..Boleh rupanya kalau kita nak kawal marah ni sebenarnya..

2. Dulu aku kaki skodeng..Hep!Bukan intai orang mandi la..Cume buat pusingan 360 darjah je bila nampak lelaki cuteputihchineselookyangbolebuatakungigaumalamkang..Ok..sekarang.. "Ha??Ada ke yang cute lalu??Tak nampak pun..."(Percubaan menundukkan mata berjaya!!)

3. Nasib baik pernah bercinta dua kali...Bila yang seterusnya..Kesalahan masa bercinta dulu takkan cuba dibuat balik...Ewahh..dua kali beb..Cinta monyet..Mujor tak jadi monyet..huhu..Dulu-dulu, aku sangat ego,tak nak kalah..Mulut asyik cakap clash!clash!clash! Patutla cerai bukan kat tangan perempuan..Cepat emo..

4. Dulu-dulu gemokkkkk..Pastu kurussss...Sekarang gemok balik...Ye..selama 26 tahun..badan aku berubah-rubah mengikut nafsu..haha

5. Dulu suka lelaki yang ketinggian sama. Sekarang rasa kalau dapat yang tinggi..Pergghhh..Rasa selamat...(ok,abaikan..)

6. Dulu suka membazir duit dekat barang-barang yang cute miut yang takde faedah pun beli..Sekarang membazirkan duit dekat beg,tudung,jalan-jalan cari makan,jalan-jalan tempat orang..Haishh..Makin teruk..

7. Ok,sama macam dulu..Tetap tak suka pakai cincin..(Tiba-tiba jeee...)

8. Dulu nak kawen umur 22 tahun..Sekarang dah berubah..Nak kawen umur 27 tahun..(padahal sebab tak laku...hahaha!)

9. Aku jahat..dari dulu sampai sekarang...

10. Dulu tak kumpul duit untuk kawen..sekarang dah ada satu akaun untuk kawen je..Cayalah!!Sehingga ke tarikh hari ini..Berjaya kumpul RM 58.00!!\0/ semoga dapat kumpul RM8000 hujung tahun ni.. \0/ Sila doakan berjaya!

11. Dari dulu sampai sekarang memang taknak ada title Ir. Ok, masih bukan engineer yang sejati..(-_-")

12. Dulu, pernah marah mak sebab masak sardin..Yela, bayangkan..Baru balik camping 3 hari 2 malam..Makanan selama tu, sardin sardin sardin! Balik rumah, mak masak sardin.. Aku mengamuk sampai terbalik kerusi meja periuk belanga semua..Mungkin mak sumpah aku..Makanan kegemaran sekarang, sardin...Kalau sardin yang mak masak, makan tiap-tiap hari pun boleh.. Terima kasih mak..sebab tak sumpah adik jadi ikan sardin....^_^v

13. Dulu nak sangat kerja JKR..Sekarang dah dapat..Sebok nak jadi suri rumah pulak..Kau ingat leh dapat laki kaya??Sila teruskan bekerja!!

14. Dulu, kalau nak sesuatu benda tu..Kalau tak dapat, aku akan sakit hati sangat-sangat..Sekarang,Aku pikir dulu baik buruk sesuatu benda tu..Kalau tak dapat..Takde rezeki..
Memang semakin matang dan bergaye..kehkeh..

15. Abah tanya, "Dik, nak blackberry ke?Abah belanja" Aku boleh cakap taknak..Waahh!!Aku sangat hebat!!

16. Abah tanya, "Dik, nak beli kereta baru tak?Abah bagi d/payment.Bulan2 adik bayar la.." Aku boleh cakap, "Takpe lah bah.Cat je kereta kancil tu.Adik pakai kancil je"

17. Untuk no 16&17..Kenapa dengan aku sekarang nih???Aku sendiri takde jawapan...

Takdapat nak berfikir dah..banyak lagi kot yang dah berubah selama 26 tahun hidup dekat dunia ni..Nanti kalau ada lagi,aku akan buat entry yang kedua utk tajuk yang sama..Perasan orang nak tau..=p


nota kaki: tengah pikir hadiah harijadi apa nak pow..=p Sesiapa yang membaca entry ini..Anda diwajibkan bagi saya hadiah!Sila jangan buat-buat tak baca...

Thursday, January 21, 2010

Engkaulah..Ratu hatiku...

Bila ku berduka...
Engkau hiburkan selalu....
Ibu...
Engkaulah..Ratu hatiku....
.
.
.
.
Selamat Harijadi Mak.. ^_^


Semoga mak dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.Di beri rezeki wanita solehah... Diberi rezeki anak dan cucu yang soleh dan solehah. Terus diberi rezeki mendapat suami yang penyayang dan sehidup semati...Adik sayang Mak....^_^

Monday, January 18, 2010

Hati Kita Sama~

Cita-cita kita sama....
Harapan kita juga sama...
Kita tak pernah rasa cukup...
Ingin menambah ilmu di dada...
Ingin menerokai dunia luar...
Ingin memiliki sesuatu yang tiada...
Ingin melakukan perniagaan maya dan nyata...

Sabah...
Bandung..
Kelantan..
Jepun...
Phuket..
Korea..
Makkah..
Madinah..
Ingin ditakluki....

Dalam masa yang sama...
Ingin meningkatkan angka di buku akaun...

Kereta...
Master...
Rumah...
Masih belum diperolehi...

Selaku watak kecil di dalam kumpulan...
Hanya mampu memendam perasaan...
Tapi jika ketua telah meluahkan...
Tiada ungkapan yang dapat diluahkan..
Tiada ekspresi yang mampu dimemekkan...

Hanya ucapan terima kasih kapten...
Bermain di fikiran...


Kapten...hati kita sama....


nota kaki: tapi ini bukan firasat buruk...cuma entah kenapa..perasaan tamak sama seperti kapten menebal di kotak hati..Takut...Yang dikendong tak dapat..yang dikejar berciciran...
Masa kita terhad...

Sunday, January 17, 2010

Aku takut...=(

Aku tengah saspen gile..Saspen aku sampai ke tahap aku ternangis sebab terlalu takut.....

Esok, pagi-pagi aku kena chair meeting untuk pra-pembinaan projek tender 2 juta..T_T sepatutnya bukan watak aku yang buat...sepatutnya bos aku...Tapi dia ada kursus n dia baru bagitau aku dia tak dapat chair, tepat pukul 5 petang hari jumaat...Nak nangis....T_T

Tak pernah ada pengalaman serah tapak projek...Nak kena cakap apa...Nak kena tekan kan topik apa...Aku jadi blur....Kompem aku akan dinampak macam watak-watak kartun yang bodoh2 je esok...Aku tak reti bercakap benda macamni... Gosip tau laaaaaaaaaaaaa......!!

TA aku cakap, takpe..mulakan ni sebagai one step ke depan lagi untuk aku..N dia bagi contoh-contoh minit miting dulu-dulu...Kalau aku ni orang yang terer bercakap, n ada idea yang banyak masa miting..Aku rasa aku taklah secuak ini...Tapi...aku sedar diri.....T_T

Doakan aku weh...Perasaan macam nak mati je nih....=(




nota kaki: nak jadi suri rumah...T_T

Friday, January 15, 2010

Shoping Sakan!



Pergghh..gile shoppoing aku...ada j card day dekat jj maluri semalam..Time rehat tu aku pergi n beli dua benda yang sangat aku idam-idamkan setelah sekian lama...dua benda je..tapi dengan harga yang mahal tiap-tiap satu benda yang aku nak ni, terpaksa aku menahan air liur selama setahun...(punye lah lame aku ngidam nak beli..)

pertama: ARENA swimwear..semalam ada 50% diskaun..jangan lepas kan peluang!!harga asal rm300 beb..jangan harap la nak beli..selama ni pun, kalau sale satu malaysia tu pun, tahap 20% @ 30% je..tu pun aku rasa mahal jugak...Alhamdulillah..dapat..^_^v


kedua : hand luggage..yeay!!!\0/ dah lameeeeeeeeeeeeeeeeee sangat aku nak beg akademi fantasia nih..yang aku berkenan, semua nya mahal gile!Seperti yang pertama tadi, jangan harap la aku nak beli yang melampau-lampau harga nya...Akhirnya berjaya beli =p harga asal rm 340.00.. Dengan 50% diskaun, n aku ada voucher jj rm50..Aku bayar rm110 je!\0/

Wahhh!!Bestnyaa!!!Terasa puas dah dapat beli benda yang kita idam-idamkan setelah sekian lama menahan nafsu tunggu sale yang melampau..N akhirnya berjaya!\0/


hand luggage merah ^_^

nota kaki: yang bestnya..Aku dapat pulak voucher jj lagi RM60.00...Best-best \0/

nota kaki 2: kita bahagia dengan cara kita sendiri.Ada yang bahagia bila shoping..Ada yang bahagia bila bercinta.Ada yang bahagia bila melihat ibu bapa bahagia.Ada yang bahagia bila melihat orang lain berduka,bahagia bila terasa diri bukan keseorangan berduka.. Semua orang berhak bahagia..Allah menciptakan kita untuk merasa bahagia didalam pelukan cintaNYA....^_^
Yang penting, cuba buangkan rasa tidak puas hati dengan kebahagiaan orang lain.. Satu hari nanti kita akan punya waktu bahagia yang teramat indah hadiah dari Pencipta... Selamat berbahagia semua ^_^

Wednesday, January 13, 2010

Selamat Tinggal...

.
.
.
.
Selamat tinggal kekasih gelap...
Mungkin tempat kita bukan disini...
Mungkin masanya bukan sekarang...
Tetapi di suatu masa nanti...
Selamat pulang ke ganggang...
Bermula kembali perhubungan jarak jauh....
Perhubungan yang menjadi pertaruhan masa dan pengorbanan...
Jujur dan kesetiaan menjadi pegangan....
.
.
.
.
.
.
.
.
nota kaki: entry sebelum ini bukan untuk kekasih gelap...
nota kaki 2: aku single di kuala lumpur...

Aku bukan budak kecil yang masih menagih cinta bagai terawang-awang di taman bunga... Tak perlu kata-kata cinta sehidup semati..Tak perlu dicanang seluruh dunia cinta aku dan dia... cukuplah sekadar hati kami jujur antara satu sama lain bersatu ketika direstu....

Tuesday, January 12, 2010

Benci Meluat...

Aku punya kuasa tapi kuasa tidak setanding engkau..


engkau terlupa ada kuasa lebih agung..
Mungkin juga terlupa engkau hanya sekecil hama disini..


Dunia hanya permainan...
Jannah dan Wil menjadi pertaruhan...


Kau dan aku diberi kuasa disini..
Diberi kuasa menjaga harta...


Cukuplah...Diri aku sendiri telah banyak dosa...
Jangan engkau tempah pintu Jahannam pula untuk aku..




Benci!bila bukan harta sendiri digunakan untuk kepentingan sendiri!Meluat!

Sunday, January 10, 2010

Info: Jom berenang...

Assalamualaikum..

Sangat lah susah untuk cari kolam renang yang selesa untuk seseorang yang memakai tudung n tak suka bersesak-sesak dengan orang ramai yang bila nak berenang je akan berlanggar-langgar dengan lelaki-lelaki yang agak menggelikan pemakaiannya yang membuatkan kita rase nak cepat-cepat je keluar dari kolam renang sebab nak muntah...

Aku dapat satu tempat baru untuk berenang yang pada aku sangat ok harganya..RM7 untuk dewasa n rm5 untuk kanak2 untuk sekali masuk dengan tempat yang agak privacy..Dekat KK club Taman Melawati..Haha! Sangat la tak glemer nama kelab ni..Dulu ayah aku pernah jadi member kelab ni tapi nama asalnya Kelab Century Park Paradise..Dulu, kelab ni sangat2 la macam tahap 4 star dengan service yang bagus n banyak kemudahan yang disediakan..

Semalam, Aku tiba-tiba macam nak pergi balik tengok kelab ni sebab taktau nak cari dekat mana kolam renang yang best..Sambil berenang-renang merilekkan minda dan mengasah bakat berenang..=p Ayah aku dah tak teruskan membayar monthly fees dia lepas kelab ni bertukar nama..Secara automatiknya, dah tak jadi member dah la..

Kolam renang dia ok lagi..N still best macam dulu-dulu...Cuma adalah sikit-sikit dah tak sehebat dulu...Contohnya bilik persalinan dia dah tak dijaga serapi dulu n sauna pun dah tak sepanas dulu..seolah-olah kelab ni tak berduit sangat untuk buat proper maintenance...

Tapi, aku tetap akan jadikan kelab ni sebagai port aku n famili aku berenang lepas ni..sebab tak ramai sangat orang ^_^

Kemudahan yang masih ade dekat kelab ni:
  • kolam renang
  • gym
  • squash
  • tennis
  • badminton
  • spa
  • paintball(baru)
  • japan martial art

Oh ye...sesiapa yang berminat nak jadi kelab member..sekarang ni tengah ada promosi RM1200 untuk jadi member selama setahun..Sebagai member, boleh guna semua kemudahan dengan free tapi kalau paintball taklah free..Dapat diskaun je...hee...

Boleh call : 03-41089933...KK Club....



nota kaki:boleh jadikan aktiviti keluarga setiap sabtu..

Saturday, January 9, 2010

Epi besdei ABAH ^_^

Alhamdulillah...Allah panjangkan umur abah.. Abah dah umur 55 tahun.. Terima kasih Ya Allah..Engkau panjangkan umur ibu bapa kami... Rezeki yang amat bernilai buat kami adik beradik..Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Moga Abah dipanjangkan umur bermain dengan cucu dan cicit..Dimurahkan rezeki untuk pergi haji kali kedua dan ketiga dan berkongsi rezeki dengan saudara mara seperti selalu..Dan dikurniakan syurga yang abadi...^_^

Tak celebrate apa2..Sebab kakak kena chicken pox...tak sampai hati nak makan sedap2 tapi die berkurung dalam rumah..hee...Cuma nyanyi lagu epi besdei tu yu je...^_^






nota kaki: andai satu waktu nanti kalian terserempak dengan aku di wil atau jahannam, bukan lah salah ibu bapa aku yang mendidik tapi salah aku yang ingkar dengan didikan mereka...

Wednesday, January 6, 2010

di manakah aku?(2)

aku kat opis lagi.....ok la ok la....terus terang..kerja-kerja ni bukan tugas aku..tapi aku mengofer diri nak tolong sebab.......



sebab diadakan aktiviti makan beramai-ramai secara free..semalam makan PIZZA harini makan KFC!!!









Ok...azam tahun baru utk kurus gagal dua hari ni...(-_-")





nota kaki: aku sangat suka aktiviti beramai-ramai yang riuh rendah lebih-lebih lagi ditambah dengan aktiviti makan...

Tuesday, January 5, 2010

di manakah aku?

ok...aku masih kat opis......

Percutian Keluarga

Kisah dua minggu lepas.....Baru nak update...

Wahh!!!Dah lama nya tak bercuti beramai-ramai dengan famili..Alhamdulillah..Satu aktibiti tiba-tiba diadakan oleh cousin aku..5 famili pergi...Terpaksa tak pergi kenduri kahwin dua orang kawan aku 26hb Dis..Padahal, siap dah prepare baju kurung dah untuk nak pergi kenduri kahwin Kak Ija dengan Jue..Selamat Pengantin Baru ye..Semoga bahagia ke akhir hayat..^_^ v

Balik-balik je ofis hari khamis, terus bertolak ke Teluk Kemang...N jumpa sedara mara yang lain dekat sana..Wahhh!!happening gile..Malam buat bbq, sebagai aku tukang idupkan api..(-_-") Tukang kipas baru cousin lelaki aku yang amek alih...Lepas tu,Makan..Makan..Makan.... Esok g main pensel...malam tu pergi Umbai makan lagi..esok nya pergi main pensel lagi..Begitulah aktiviti kami..
Nak tau tak?ada satu kedai bundle kat Teluk Kemang tu..First time aku g kedai bundle..Saje tengok-tengok ada pulak yang berkenan. Aku terus amek 5 helai baju!!haha!!Sebab...series, cantik2 lagi..Jahitan pun ok je..N branded!..Rembat je la...Kalau rasa tak ok, buat la kain buruk..Sebab sehelai rm5 je!!hehe

Ok...Jom tengok gambar....Malas nak taip...Tapi aktiviti sangat best! Sebelom ni asyik nak boikot je PD sebab macam tak best..sekarang nak pergi lagi..hehe





adik beradik yang saling tak menyayangi antara satu sama lain..

loving couple 4 eva...
jom naik pensel!!kate kakak sedare aku...hehe..
ketam ke..kuaci??

nota kaki: sebenarnya banyak lagi gambar..malas gile nak upload..baru balik kem.. jap lagi ade miting dengan pengarah pulak.. siap sedia untuk dimarah.... (-_-")

Monday, January 4, 2010

Tahniah Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar


Wahhh!!Sangat bersemangat aku...Hidup Engine!!\0/ (tetibe lak engine...hehe)

Pagi yang MALAS

Sangat tak suke..di pagi-pagi isnin tahun baru yang aku rase nak tido je dekat opis.. Tapi rupe-rupenye ada meeting...Huh!!Dah la perut memulas-mulas nih akibat mentekedarah secara melampau dekat kampung semalam...EEiii!!Tak suke!Tak suke!!Nak kene drive lagi..(T_T) Tak suke!!!
Ok,terus terang...Perut aku semakin tambah memulas bile aku pikir aku yang kena chair meeting nih...(T_T) Nak EL!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails