Tuesday, December 29, 2009

Harijadi

Ada hutang satu aktiviti..belum update lagi dalam blog...
Esok nak cuti..Cuti ade lagi 14hari yang kena habiskan sebelum 18 May 2010..
Dah macam-macam cara nak mintak cuti kat bos..
Untuk habiskan cuti..Tapi sehari je pernah lepas..
Tu pun sebab raya ketiga...
Tapi esok tak kire..nak cuti jugak...




Nak cari hadiah harijadi~



Masa yang diluangkan bersama
Adalah satu hadiah yang istimewa
Hanya yang terbaik dihargai.....

Tuesday, December 22, 2009

Nakama ke Bukit Broga!!

Alhamdulillah..Aktiviti terakhir Nakama untuk tahun 2009 berjaya dilakukan dengan sukses..\0/Kami ke Bukit Broga!!! \0/ Terima kasih kepada Ila, opismate aku sebab bagi idea yang sangat best ni.. ^_^

Bertempat di Rinching,Exit 1201A kalau lalu Lekas Highway.Kitorang dah keluar rumah dari pukul 615pagi..Tapi aku lewat pukul 645 pagi baru sampai kat Petronas Ampang..haha! Kitorang berempat kumpul dekat situ dulu..N teruskan perjalan.

Sampai dekat kaki Bukit Broga pukul 730 pagi.Berbekalkan nasi lemak 4 bungkus, air mineral botol besar, roti pelbagai jenis..Kami mula mendaki...

Wahh!!!Aku 3 kali pancit!!!!Si Sanji dengan Kapten tak nak rehat langsung!! Diorang nak rehat betul-betul dekat puncak bukit tu..Nak mampos???Aku wat tak tau..Aku berenti gak..Oleh sebab semangat nakama yang kuat..Diorang layan je aku..hee..^_^

Masa kitorang mendaki tu, kumpulan-kumpulan orang berbangsa cina dah nak turun dah..Pukul berapa la diorang naik agaknye..Tapi diorang best..Sambil turun tu bagi semangat kat kitorang cakap "Boleh!Lagi sikit je!".."Jiayou!!"...Wahh!!Sangat bersemangat aku nak teruskan..\0/

*****Gambar Perjalanan******


*****Gambar Konon Comel****



******Gambar Pemandangan Atas Bukit Broga******




*****Gambar Nakama*****

nota kaki: sangat best!korang kena cuba!!

Saturday, December 19, 2009

Apa aku kena buat ni??

Pukul 10.30 pagi baru bangun!huh!Sungguh gemok!

Ok..Nak cerita pasal semalam..Sebelum berjalan-jalan memulakan aktiviti melawat seluruh shopping mall dekat KL ni, aku pergi la cucuk duit dulu dekat ATM Maybank Medan Mara..Almaklumlah, baru dapat gaji..Dengan semangat berkobar-kobarnya, aku bukak purse untuk mengeluarkan kad ATM..

huh!!Takdek!!Mana pulak perginya kad aku nih??Setelah mengambil nafas dan berfikir secara tenang sambil terus melepak dekat gerai mamak dekat medan mara sambil oder maggi goreng dan air kosong..Baru aku teringat!!!!Kad aku ada dekat mak aku!!Macamana nak keluarkan duit nih!!!(-_-")

Aku terus telefon mak aku..Fuuhh!!Nasib baik ayah aku rajin dan memberi semangat untuk anaknya bershoping dengan menawarkan diri untuk hantar dekat sogo..Yey!Yey!(Eleh..sebab diorang dah pow kaw2 punya duit aku guna kad tu..=p)

Lepas lepak-lepak makan dengan adik aku n Aiza, mak aku pun sampai tepi jalan Sogo tu sambil tak sabar-sabar nak baling je kad tu kat aku sebab diorang dah lambat nak kena pergi beli barang untuk catering..Cepat-cepat aku ambik kad tu n buat-buat tanye, "Mak nak handbeg ke???Sogo sale nih!" Tapi dengan harapan mak aku akan cakap takpayah la..Tapi dengan laju nya dia jawab,"Beli la apa-apa yang cantik!!!" Sambil ayah aku tak sabar-sabar nak bawak kereta dengan kelajuan kuda...

Ok..Kembali kepada cerita sebenar yang aku nak cerita dekat korang.. Lepas dapat kad tu, aku pun pergi la ATM Maybank Sogo..Sebab memang takde duit langsung dalam poket dah.. N aku tau duit aku dalam tu cuma lah bulat-bulat duit gaji aku je..Takde lebih,takde kurang...Aku memang konfiden sebab tepat pukul 6 pagi hari gaji masuk, aku dah cek dkt Maybank2u..ngee~

Tapi, lepas aku keluarkan duit...Aku tengok, baki yang ada dalam bank..BERLEBIH RM200!!!
Aku duk pikir-pikir..macamane pulak boleh terlebih ni..Sebab memang yakin betul...Takde siapa-siapa yang bayar hutang dekat aku dalam masa terdekat ni..Emm...Takpe-takpe..Cool.. G jalan-jalan dulu..

Sogo.....Medan Mara....Time Square..Jumpa Ruby n pergi Pavilion pulak...Tengok Ninja Asassin yang boleh dikatakan 70% dari cerita tu aku tutup mata dengan tisu n tutup telinga sebab geli pulak tengok darah-darah pastu bunuh-bunuh.Yek yek!Ok la ok la...30% aku bukak mata tu sebab nak tengok Rain yang ehem ehem..:'> Sebab Aiza dah cakap jangan lepaskan peluang!haha! Tapi jalan cerita dia best!Korang kena pergi tengok!

Kembali kepada cerita duit berlebih RM200 dalam bank..Pagi tadi lepas je bangun tido, aku terus cek..Memang betul la!! RM215.60 Tulis dekat description "SAVING GIRO CR" Ape tuh???

Boleh guna ke tak duit nih??Rezeki dari Allah ke? Ujian dari Allah ke??Boleh beli jam tak sebab jam seploh ringgit yang beli 6 bln dulu dah putus? Baju ke..Semalam banyak baju cantik2..Buat isi minyak?

Aku tanya adik aku..jawapan dia.."Ahh!bosanlah!Asyik benda yang sama je" Sebab sepanjang keluar semalam aku asyik tanya dia soalan yang sama.Elleh..dah tak bagi jawapan..huh!

Tanya Epal Hijau, dia kata.."Takyah la guna.Sedekah je kat Masjid..Tak pun bagi je la sini..Boleh tambah duit untuk sport rim kereta" (-_-")


Wehh korang.....Apa nak kena buat nihh???????? T_T

Thursday, December 17, 2009

Jom..

Jom bersiap-siap,duduk atas sejadah..Bersedia untuk baca Yassin, doa akhir tahun,solat maghrib,lepas tu baca doa awal tahun..

Berdoa untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat, di panjangkan umur sendiri+kawan2+keluarga, di murahkan rezeki harta dan bagi yang bujang diberikan rezeki jodoh...

Doa ditambahkan iman.Dikurniakan suami yang soleh,anak-anak yang soleh dan solehah...

Doa dapat kerja tetap supaya ada can nak beli rumah sekarang ni nak beli rumah kos rendah pun loan tak lepas (-_-"),kerja yang best,yang boleh buat dengan seikhlas hati dan gembira.

Doa dapat kumpul duit untuk bayar hutang opis lama, dan ptptn..

Doa calon suami dapat kumpul duit cepat-cepat untuk masuk meminang..

Doa cukup duit pertengahan tahun depan dapat sambung master.

Doa dikuatkan iman

Doa dikuatkan iman

Doa dikuatkan iman

.
.
.
.
.
.

Doa dimasukkan ke dalam syurga dijauhkan api neraka di jauhkan hutang dijauhkan bala bencana...



nota kaki: nak listkan doa memang tak cukup..Terlalu banyak nak diminta kepada Yang Maha Pengurnia..


Wednesday, December 16, 2009

Lelaki Idaman Kalbu~


Lelaki tu perlu bersabar dengan kerenah aku yang kuat jeles.Jeles aku bukan sikit tapi sampai tahap ko+takkan+boleh+ada+kawan+perempuan.Sebab lelaki tak boleh dipercayai..Pull stop!

Lelaki tu perlu tau macamana kerenah aku.Aku memang suka mengamuk tak tentu pasal tapi dia kena cool tak boleh emo balik sebab aku bukan jenis yang marah lama-lama.

Lelaki tu perlu sama-sama ikut aku membeli-belah..Pilih sama-sama baju apa yang sesuai untuk aku..Warna apa yang sesuai, design apa yang sesuai..

Lelaki tu perlu suka bawak aku sekali masa dia nak shopping & tanya pendapat aku apa yang cantik, apa yang buruk..

Lelaki tu perlu kelakar..Yang boleh buat aku gelak walaupun muka dia tengah series..

Lelaki tu kena suka berjalan-jalan masuk kedai yang aku window shopping, even kedai yang menjual barang-barang warna pink & permainan kanak-kanak ribena..

Lelaki tu kena rajin mengemas sebab aku memang tak suka mengemas..

Lelaki tu kena tau jalan & buat muka selamba kalau tersesat jalan.Sebab aku memang buta jalan & akan gelabah kalau tersesat..

Lelaki tu tak boleh ada aktiviti dengan kawan perempuan tapi dia mesti bagi aku ada aktiviti dengan kawan-kawan lelaki aku..Kesimpulannya, dia tak kuat jeles sebab percaya aku nak dekat dia je..

Lelaki tu kena wangi sebab aku busuk!

Lelaki tu tak payah metroseksual sebab aku geli tengok lelaki yang suka bergaya.Cukup Jeans & t-shirt..

Lelaki tu haruslah tak kesah untuk berbincang dengan aku pasal kewangan dia dan bersedia untuk menerima nasihat aku dalam cara penyimpanan dan pengagihan duit gaji/belanja..

Lelaki tu haruslah sayang famili aku sepertimana dia nak aku sayang famili dia..

Lelaki tu tak payah kaya sangat cukup sederhana tapi tak kedekut.Aku sangat benci orang kedekut & berkira!

Lelaki tu perlu sangat baik dengan kawan-kawan dia dan menjaga hati kawan-kawan dia..

Lelaki tu haruslah layan adik beradik perempuan dia dengan sangat baik.Contohnya, jadi driver untuk adik beradik perempuan dia. Supaya dia menyayangi/menjaga awek dia sama macam dia menyayangi/menjaga adik beradik perempuan dia..

Lelaki tu perlu jaga yang wajib..Andai kata nak jadi pemimpin aku..Sebab aku hampeh..

Lelaki tu masih boleh oder makanan yang banyak untuk aku dengan ikhlas+tersenyum walaupun mulut dia membebel-bebel cakap aku dah bulat..

Lelaki tu tak perlu berayat-ayat manis..Sebab aku benci lelaki yang suka bagi harapan dekat perempuan..Kecuali aku dah confirm milik kau..

Lelaki tu perlu sama tinggi/lagi tinggi dari aku..

Lelaki tu perlu suka kucing?Aku tak suka kucing tapi mak kata lelaki yang suka kucing penyayang.Jadi kena masukkan ciri-ciri nih..

Lelaki tu perlu rendah diri, pandai bergaul..Tak suka cari gaduh dengan orang..Sangat-sangat cool, gentlement, dan berfikiran positif..

Ciri-ciri terakhir... tak banyak, sikit nak macam perangai ayah aku..Perangai apa??Semua yang baik ada dekat ayah aku..Abah adalah lelaki yang terbaik untuk seorang perempuan, suami yang terbaik untuk seorang isteri dan ayah yang terbaik untuk seorang anak...^_^

Korang pun mesti rasa ayah korang macamtukan? ^_^




nota kaki: harap-harap akan/dah jumpa...

Monday, December 14, 2009

Kenapa hati Gumbira~

Assalamualaikum...

Untuk entri ni..aku nak bercerita pasal aktiviti aku dua hari terus...

11 December 2009, ada dinner dekat ofis aku..Aku diamanahkan untuk jadi ketua kumpulan persembahan untuk departmen aku.. Ada 6 department semuanya..Dalam masa 3 minggu,kitorang diberi masa untuk menghasilkan satu persembahan untuk malam tu..3 minggu bukan masa yang banyak untuk waktu hujung tahun macamni, sangat2 terhad masa yang boleh diambil oleh unit aku untuk buat latihan..

Lepas buat mesyuarat, kitorang setuju untuk buat dikir barat malam tu..dan tempoh latihan yang boleh diluluskan oleh bos cuma sepuluh jam dari 3 minggu tu...huhu..

Tapi, Alhamdulillah...Dengan staff2 yang sangat sporting n supportive, kerja aku sebagai ketua kumpulan jadi sangat mudah..^_^ Dari KPP,PP,TA,Technician,PRA,Pemandu,Tukang..Semua pun masuk..Wakil-wakil dari 6 kem..Bergabung jadi satu kumpulan ^_^

Yang menariknya, semua lelaki jadi 'awok-awok' dan pemuzik-pemuziknya perempuan..Aku main Canang..Yang menentukan tempo untuk muzik ni..^_^

Akhirnya, department aku menang Persembahan Kumpulan Terbaik \0/
.
.
.
.
Gambar-gambar sekitar Persiapan Dikir Barat

Cikgu Dikir Barat ^_^.
.
.
.

Esoknya, hari Sabtu 12 December...3 orang kawan aku buat majlis kahwin..Perjalanan aku untuk haritu..Ampang Indah,Bangi, lepas tu Shah Alam.Selamat Pengantin Baru ye kawan2..^_^


Ni kawan aku dekat Ampag Indah,Fazleen..Kawan masa Sekolah Men. Kosas

Ini pulak dekat Bangi, Azfar.Kawan aku masa dekat Teknik Cheras n Uitm..

Ini pulak dekat Shah Alam...Mawar Kawan aku dekat teknik Cheras jugak..
Tak dapat gambar depan la..hee..Sori Mawar (-_-")



nota kaki: sangat puas hati...

Saturday, December 12, 2009

Ntahapahapantahentribektakyahtulis





Tak sabar nak update blog...
terlalu banyak nak diceritakan...
Tapi mohon tidur dulu...
Nak tidur dalam senyum....







Sunday, December 6, 2009

Kahwin n Sungai

Hari Ahad..Aku balik Temerloh..bukan untuk balik kampung..Tapi untuk pergi kenduri kahwin senior aku masa dekat Uitm dulu..Bukan senior Civil pun.Tapi Mekanikal.. Rapat jugak la dengan Fatah ni..Tiap kali raye,dia mesti datang beraya rumah nenek aku.. Untuk mengeratkan silaturrahim..hehe..

So,bila dia kahwin ni,aku agak excited gak la nak pergi dan memang kena pergi.Sebab dah 5 tahun berkawan dgn dia..kalau tak pergi,mau kene pancung aku nih..Aku g berdua dgn Matun yang merupakan bekas ehem ehem dia..haha!




Balik dari kenduri, singgah rumah nenek aku jap..Kena singgah untuk peluk cium dan balik ke KL balik..On the way balik..singgah Hutan Lipur Lentang untuk merilekkan badan sambil makan aiskrem..hehe..


nota kaki: Selamat Pengantin Baru Fatah..Bulan 5 ni Matun pulak.. ^_^

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti keluarga: Teater Natrah


Subhanallah..Alhamdulillah..Itu yang hanya bermain-main dalam hati aku sepanjang teater Natrah ni..Alhamdulillah kerana dilahirkan Islam dan Insyaallah dan seyakin-yakinnya aku takkan berpaling dari jalan yang lurus ini..Amin..^_^

2hb November..Aku n adik beradik dan cousin pergi tengok teater Natrah..Aku sangat excited nak pergi n nak tau cerita ni selepas disound oleh mak aku bila aku perlekehkan pasal Natrah ni masa semua orang duk sebok2 heboh pasal kematian dia sebelum ni..(-_-") Mak aku kata, kita ni bukan kena pertahankan akidah kita je..Akidah orang lain pun kita mesti pertahankan, itu pun salah satu tanggungjawab kita..Insaf insaf..huhu.. Kebetulan, Erma Fatimah pun nak buat teater pasal Natrah ni, so aku gunakan la peluang ni sepenuhnya untuk tau cerita yang sebenar..

Untuk naktau siapa Natrah ni yang sebenar n jalan cerita hidup dia,boleh masuk blog baby. Takyah aku taip panjang2 dah..hehe..Adik aku dah copy paste dari blog orang lain..huhu..Plesurerisme tol..(Ok..aku dah lupe ejaan plesurerism,aku hentam je..) (-_-")

First of all, terima kasih banyak2 kepada Diana Danielle sebab tolak tawaran berlakon dalam teater ni..Sebab Maya Karin best dan sangat comel!!berlakon sebagai budak kecik pun jadi sangat cute..Sofea Jane sangat CANTIK.And Umie Aida, sangat sangat pandai berlakon.Pada aku,tone suara dia pun dah boleh menghibakan hati penonton...(thumbs up!) ok2..Remy Ishak pun best..^_^

ok,jom tengok gambar-gambar sepanjang perjalanan..

Dalam kereta harus posing dulu..

Apekan lagi bile dah sampai..


Ok,adik n akak aku buat2 mengisi mase lapang yang banyak sebab datang awal sejam setengah..Tengah tengok the making of teater Natrah..

Ini cousin aku yang akan sentiasa bersama suaminye walau kemana pun dia pegi..

yey!yey!dah nak start!

ok,belum start lagi..ambik gambar puas2 dulu..
dan lagi...dan bersedia untuk off handfon...! kerusi2 ni pun mula dipenuhi orang ramai..Takde satu pun kerusi yang kosong..Fully booked!

Teater dah habes!Cepat2 keluarkan kamera onkan hp..hee

bergambar lagi untuk mud selepas habes teater..ngee~


nota kaki: aku meamng minat gile tgk teater.Tapi ini adelah teater kedua selepas teater nyiur gading yang aku tgk masa form 5 dulu.haha!Aku taktau cara nak beli tiket..Tapi oleh sebab semangat Natrah ni, aku g sendiri IB untuk beli tiket ni..n berjaya!!\0/ Yey!lepas ni..kalau ada teater best....IB!tunggu kedatangan aku!!!\0/

nota kaki2 : ok tak aku pakai selendang n skirt? first time nih..kehkeh..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails