Sunday, November 29, 2009

Pramugari Koma di Mekah


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;


"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa ...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.

sumber:iluvislam.com

Saturday, November 28, 2009

Kempunan

Benci Kapten~

Dia taktau ke Nakama semua mengidam nak makan Sup Kebahagiaan mak dia?Perlu ke buat di hari raya nih..Kan wujudnya kampung untuk Nakama berhari raya..Benci Kapten!!

Ok..Takpe..Untuk Raya Haji ni aku maafkan sebab mungkin byk daging korban yang mantap dan menggiurkan rasanya tak boleh ditangguh tangguh untuk masak Sup Kebahagiaan tu..

Tapi tolonglah...Raya Puasa tahun depan!Sila set kan masa yang semua Nakama available...


nota kaki: bergelimpangan baring sambil tunggu mak masak nasi ayam..\0/

Tuesday, November 24, 2009

Perkahwinan Farhana & Faiq (this entry special dedicated for you my BFF) ^_^

Nama : Farhana Bt Jamil aka ANNE (cara menyebutnya.. AN+NE ala...cam sebutan india tu..=p)
Tempoh persahabatan : lebih dari 5 tahun
Keistimewaan :


  1. Bergabung tenaga dengan sifu no.1 untuk menjadikan aku salah seorang student yang pandai..Pukul 3 pagi aku cari diorang,pukul 3 pagi la diorang akan bertungkus lumus mengajar aku..Semua soalan yang aku tanya,aku takkan dapat jawapan yang menghampakan..^_^
  2. One of my best friend forever..
  3. Rajin baca buku tahap GABAN..semua orang dah tido..dia mantain lagi dekat meja..Semua orang tido lagi,dia dah ada dekat meja...(-_-")
  4. Nampak aku tengah lipat baju yang bertimbun, dia join skali lipat baju sambil ajar aku cara lipat baju dengan kemas..(boleh dikatakan semua baju tu dia yang lipat lepas tu..hihi) Memang patut pun dia kahwin awalkan?hee..=p
  5. Kenapa aku duk ngipas si Anne nih???Dia boleh naikkan gaji aku ke????Tak lain tak bukan..Sebab 20hb Nov lepas..Cik Farhana dah bertukar menjadi Puan Farhana..\0/

Entry ni mungkin panjang sikit..Sebab banyak yang aku nak cerita..Jangan tengok gambar je!Sila baca!Penat aku taip!!!
*******
Aku,Ili,Aiza,Ppink bertekad tuk menyemak-nyemak dekat rumah Anne dari hari jumaat..Hari dia akad nikah n tidur sekali dekat rumah dia malam tu untuk ada dari awal hari persandingan dia esoknya... Aku direct dari ofis, naik lrt,n komuter untuk pergi midvalley jumpa Iliy n Ppink n barulah pergi rumah Anne..

Dari ofis...Aku pergi sorang2!!!!!!Cuaksaspengilenakmam...Nak nangissss T_T Berusaha Nasrina!!\0/ Aku dah tahap macam makcik2 dengan beg kiri kanan..Dengan bawak beg baju sangkut dekat bahu kiri.Beg kamera slr ngan handbeg sangkut kat bahu kanan..tangan kanan pegang kamera digital tangan kiri pegang hp..Huduh siot!! Ok2..tabah nasrina..tabah... Naik lrt cool..sebab dah biasa.Tapi nak naik komuter..Takooootttt...!!Kalau ade peragut macamane?Kalau ada penghembus pukau macamane??uhuk uhuk..nak balik...T_T

Mulut terkumat kamit baca segala ayat pelindung..Cuak gile nih..Sampai dekat komuter..kene tunggu 30 minit untuk train sampai..30 MINIT!!!Lamenyeeeeeeeeeeeeee.....!! Setelah lama menunggu dan bersesak dalam komuter...Dengan perlindungan dari Allah,aku dan barang2 yang boleh membuatkan nafsu perompak membuak-buak utk melakukan aktiviti sucinye,aku telah selamat sampai dekat midvalley lagi cepat dari Ppink yang tersesat sampai ke brikfil..YEY!! \0/

Sampai-sampai je..Iliy trus cakap.."Nas,bacinnye ko.." (GEDEBABOMMM!!!) *Bunyi guruh* (-_-")

Ok..Kita abaikan ayat Iliy..Anggap je dia dengki sebab dah lama ngidam nak muka bacin tapi tak dapat..:'>

bukti barangan di bahu..uhuk uhuk..

Sampai-sampai je Mid trus melantak.. Lapar weehhhh...

Aiza direct pergi rumah Anne dari ofis.Aku,Iliy n Ppink lepas makan terus pecut pergi rumah Anne..Sesat jangan ckp la..Dah la maghrib, hujan turun lebat..Tiga-tiga taktau jalan...Jalan-jalan rupa-rupanya dah terlepas jauh simpang masuk rumah Anne..Belum lagi Ppink yang tiba-tiba nak buat U-turn mengejut semata-mata nampak kubur cina..Mencabar gila (-_-")



Gelap..Lampu jalan takde..Hujan lebat mencurah-curah..

Ni kedai yang ke2 kitorang berenti tanya jalan.. Bersungguh-sungguh pakcik tu terangkan..Tq pakcik..^_^

Sampai-sampai je masjid tempat diorang akad nikah,Faiq betul-betul baru nak lafaz akad..Kitorang dah tak ingat malu dah..terus berlari sambil keluar kan kamera..campak beg kiri dan kanan terus g tangkap gambar..sayang beb kalau tertinggal scene2 yang sepatutnya..Terlupa dah tengah dalam masjid (-_-") Alhamdulillah..Sekali lafaz je..Anne dah jadi isteri orang ^_^

Lepas tu,Kitorang pergi rumah Anne,makan..Sedapnyaaa!!!\0/ Sangat sedap orang-orang kampung Bangi masak..Yum Yum\0/ Lepas bergambar dan bergosip..Kitorang tido bilik pengantin..\0/ (jgn jeles)

Tido secara bergelimpangan beramai-ramai termasuk pengantin perempuan..haha! Ok..Jom tengok gambar...Anne sangat cantik haritu..Sangat-sangat cantik pada aku... Hope you always happy my dear friend n cepat-cepat dapat baby...^_^



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa...Hidup Oompa Loompa \0/


kata hati: Ini wedding pertama my BFF (best friend forever) Semua orang pun sangat excited ^_^ Kami kumpul duit secara beramai-ramai untuk beli hadiah Anne..Anne,terima lah cermin sakti tu untuk diletakkan di rumah baru..hehe.. (harap-harap Anne tak tau kitorang ada letak kamera dalam cermin tu) Peace.. (^_^)v

Thursday, November 19, 2009

dalam hati ada~

RINDU~

Wednesday, November 18, 2009

Sedang belajar sesuatu~

Yeyy!!!\0/ Dapat sesuatu yang berguna untuk kerja dan aktiviti senggang yang menarik hati.. Hati melonjak lonjak untuk meggodek-godek dan belajar sesuatu yang dah lama diidamkan....\0/ Jom tengok gambar yang aku dah tangkap n edit2 bagi nampak poyo.. ^_^








cukuplah...kena banyak belajar lagi...malu la nak tunjuk lebih2....=p Jom belajar sama-sama.. ^_^


Tuesday, November 10, 2009

Conteng~

Nak Menconteng~
Tapi idea takde........
.
.
.
.
.
.
.

Masih blur~
.
.
.
.
.
.
.
Sedang berusaha mengejar misi~
.
.
.
.
.
.
Setiap hari~setiap malam~
.
.
.
.
.
.
.
.
Rindu epal hijau~




kata hati: misi setiap hari ada kena mengena ke dengan epal hijau...?(-_-")

Friday, November 6, 2009

Aku Gagal Lagi Walau Selepas......

Yee...Makan adalah satu kemestian..Kalau tak makan kite akan saket....Tapi..Kalau makan secare berlebihan dan tanpa insaf...Kite akan.............................................................................

Makan KFC tanpa riak-riak menyesal kat muka..... Walaupun sebelum makan tu,pergi timbang...(-_-")

Ahha!Dengan KFC di tangan...Aku pergi menimbang berat...

61.8kg!!!!!Wuaarrgghh!!!Malunyeee!!! (tapi,asal lak cm kurang sikit nih?dua bulan lepas 64kg..HAruskah aku berbangga????) :'>
Tapi..!!!Berat still tak normal kalau ikut BMI!!!Kalau penimbang tu boleh jerit.. Dia akan jerit.. Anda Gemok!Sile turun!
Berat yang sepatutnya dengan tinggi aku..55kg (-_-")
Lagi sebulan setengah untuk berusaha ke 55kg!!!\0/


Ok bye!!Mak masak sotong...ok...ok.....Esok start diet!!!!

Tak Mengikut Arahan~

Bos suruh pergi Langkawi...
Untuk meeting JKR tentera satu Malaysia..
3 hari..Sorang-sorang...



Ape????Sorang-sorang???




Ok ByE!Aku dah ckp kat bos taknak pegi..muahaha!!





p/s tunggu la bile aku dah betul2 bersedia nk kemana-mana sorang2..

Thursday, November 5, 2009

Bersyukur & Menghargai..

Alhamdulillah...Kehidupan aku semakin hari, menjadi semakin baik..
Pada aku, rasa selesa macamni lagi membuat kan aku risau..
Rasa selesa macamni buatkan aku malas untuk berdoa menadah tangan..
Malas untuk bangun sepertiga malam memohon sesuatu dari yang ESA..

Waktu begini aku mula bersyukur didatangkan rasa kecewa dan mengharap suatu masa dulu..
Allah sayangkan aku..Beri aku ujian untuk aku hampir dengn dia..

Aku cuba..Untuk menadah tangan di waktu selesa...Tapi diri telah cukup..Terasa puas..
Rasa tiada apa yang ingin diminta..Sedangkan kalau hendak dihitung kekurangan diri, diberi seribu tahun masa untuk berdoa pun belum cukup untuk mendapatkan syurga bagi mendapatkan keselesaan yang hakiki..

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Jika hendak disenaraikan rasa syukur aku, terlalu banyak.. Alhamdulillah, Allah berikan aku segala yang terbaik di dunia ini..Alhamulillah..Allah berikan aku segala yang aku harapkan didunia ini..Alhamdulillah..Semoga aku sentiasa menjadi orang yang bersyukur..


p/s Dengan bersyukur, aku belajar menghargai segala disekeliling aku...Sebelum segala nya hilang...Hilang sebelum aku benar-benar menghargainya..

Tajuk tiada hanya ayat





bila cinta itu hadir~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails