Saturday, October 31, 2009

Bila Tiba Musim Hujan~

Kerja kerja dekat site mesti tertangguh.Sudah la hujung tahun waktu kritikal untuk menghabiskan peruntukan.Waktu inilah banyak kerja-kerja di site.Kerja-kerja konkrit lebih-lebih lagi yang akan menjadi kritikal..Kritikal sewaktu dan selepas mengkonkrit dan juga sewaktu tempoh curing.Aduhh...Risau nya.Sempat ke semua kerja siap sebelum 31 Dec dengan penuh berkualiti... (-_-")

Bila musim hujan, perancangan untuk joging di pagi sabtu juga terpaksa ditangguhkan.. Walaupun malam tadi dah tibai makan sebanyak mungkin sebab rasa esok akan ada aktiviti yang menguruskan badan..Aku gagal lagi...

Bila musim hujan tiba..Aku mula berfikir kuat ke struktur bangunan-bangunan yang di bawah pengawasan aku?Kalau terjadi apa-apa..Orang yag memonitor dan inspect kerja yang akan di cari dulu..Ya Allah..Harap-harap semuanya selamat...Besar nya tanggungjawab..Kadang-kadang terfikir aku tak layak dan tak mampu duduk kedudukan ni..Sebab ilmu masih senipis kulit bawang...Tapi bila fikirkan pengalaman juga merupakan salah satu cabang ilmu yang terbaik, aku mesti berani dengan tanggungjawab ini..

Bila musim hujan...Selimut susah nak dibuang walaupun alarm handfon sudah menjerit-jerit betul-betul 1mm di tepi telinga selama hampir dua minit berulang-ulang lebih dari lima kali....Mesti ada yang gagal menunaikan yang wajib..

Bila musim hujan tiba...Ramai yang berlumba-lumba berdoa dan sujud kepada yang SATU kerana ini salah satu waktu pintu langit terbuka...

Bila musim hujan tiba..Pasti ada yag gembira..Pasti ada yang sedang menari-nari di bawah hujan menelan air dari langit sebanyak-banyaknya..Supaya dapat membesar dengan sempurna..

Bila tiba musim hujan~

Thursday, October 29, 2009

Jom Main teka teki...

Ni Gambar Raye hari tuuu!!!!!!
.
.
.
.
.

Cuba teka berat aku masa ni berapa?????
clue: berat aku sentiasa sama tak berubah

Wednesday, October 28, 2009

Hari Pertama Yang GAGAL!

Pukul 7 pagi sebelum pergi kerja---> Emm..Nasik emak semalam ada lagi nih..Makan pagi dulu la..Makan awal-awal..Kat ofis tak yah makan dah...Okey..Nasik sepinggan...

Pukul 3 petang.Pegi site untuk cek besi---> "Cik Nas, Jom pegi makan..Kitorang semua tak makan lagi ni.Kite makan sekali ramai-ramai..Ada tempat ikan bakar best..," kata technician aku..(Emm..makan je la..kat rumah tak yah makan dah..)"Ok,Jom!".....(Pergghh!Banyak gile nasik die..satu mangkuk penuh..Nak habiskan ke tak eh?Taknak habiskan sayang..Habiskan je lah...Sodap nihh.Ok,malam ni diet!!)

Pukul 630 petang.Sampai rumah..--->Eh...Ada roti..Makan Jap la..Mak pun tak masak ape-ape malam ni..Cantek la..Boleh diet nih..Makan roti ni je..Erk!!Alhmdulillah...(Roti yang ketiga..)

Pukul 830 malam. pergi rumah kawan dekat depan rumah.Ada produk baru nak diperkenalkan.Aku yang joyah ni,pergi la tengok apa produk tuh...

Pukul 1030 malam.Still dekat rumah kawan ---> Mak cal,"Dik,Abah nak pegi kedai ni..Nak oder makanan apa-apa tak?"..."Ala mak ni...Adikkan nak diet malam ni..Takpe la..mak beli la apa-apa...Emmm...Chicken Chop pun bole..." Mak,"Okey"

11 malam sampai rumah...---> Yey!!Makan chiken chop!!!(Ehhh..Sedap pulak kakak punye tomyam..Rasa sikit la... Nasik goreng kampung baby ni sedap gak...Lima sudu..Emm..dah la..cukup.. Abah suap pulak nasik dengan sambal tumis yang mak masak semalam.. Sedap-sedap..) Erkk!!Alhamdulillahhhhhh....Habis pun chicken chop aku nih...Makan sorang-sorang tanpa gangguan..Best-best....

1130 malam..Perut kenyang tak dapat bergerak..---> Perasaan menyesal...Mengenang nasib sambil baring kesedihan...

1131 malam...--->>>ZZZzzzzzZZZZZZzzzzz....

27 Oktober ------> Kegagalan yang TOTAL



Monday, October 26, 2009

Nak Kurus!!!

Bila tgk cermin,muke aku dah ada rupe bola bowling dah macam..haha! Haish..Tak baik tak baik.Ok,insaf..(-_-")

Berat aku dah naik berganda dah ni..Tapi alhamdulillah,Allah ada bagi kelebihan dekat aku, aku ni senang kurus tapi senang jugak gemuk..Janji aku ni ha jee nak dengan taknak je tahan nafsu makan aku yang macam sepuluh orang kalau sekali hadap makanan..

Kadang-kadang tu, aku konpius,macamane aku boleh makan banyak sekali gus..Lupe nak baca bismillah?Rasanya dah baca dah..Perut lapar gile?Rasenye baru lima minit tadi makan 3 pinggan nasik..Aku punye nafsu makan ni...Perut aku tengah kenyang pun,aku boleh makan lagi macam biasa..Macamane nak ikut sunah nabi??Berenti sebelum kenyang pun dah fail.. =(

Boleh tak kalau aku nak target turun berat 5 kilo sebelum 31 December ni? Berapa berat aku sekarang?Aku pun tak tau..haha!Nanti nak g timbang la..hehe..Tapi Aku nak target 5 kilo sebelum 31 Dec ni...

Leh caye ke aku ni?Tadi mak baru cal,bagitau nak masak sambal tumis petai malam ni..Aku dah asyik telan air liur je nih..Padahal mak aku cal dah 10 minit tadi..(-_-")

Ok,aku nak try la...Nak try diet n workout!Dari tarikh hari ni 26 Oktober 2009 - 26 December 2009 bagi genap2 dua bulan..hehe...

p/s Doa kan lah aku weh..Aku nak kurus tanpa makan ubat2 kurus nih...Harap2 berjaya...hee..Ntah2 malam ni aku pulun habis-habisan gak..Adehh..


p/s korang rase berat aku berape?sila jawab dengan jujur~

Sunday, October 18, 2009

Catering untuk Majlis Perkahwinan Adik Pojie

Assalamualaikum..

Rasa tak terlambat lagi kalau nak post pasal wedding yang family aku jadi caterernya minggu lepas untuk aku updatekan dalam blog ni..

Wedding kali ni untuk adik si pojie.Awal tahun aritu kitorang buat untuk abang dia ..Dengan konsep warna yang sama atas pilihan pengantin,kitorang hasilkan props yang lebih menarik.. ^_^

Famili Pojie ni, tak menekankan adat sangat..Takde pelamin, takde pengapit bagai..Simple gile.. Cukup la cuma ade meja beradap..So, akak aku n staff-staff dia, berusaha nak menghasilkan meja beradap yang berlatar belakangkan props yang menarik hati nurani orang yang datang. ^_^


Ini untuk meja VIP

Meja dan latar belakang yang dah siap di touch up

Meja beradap

Dari sudut lain pulak...

MAjlis bermula...

Ni la Si Pojie nye..Ko kahwin nanti tak amek catering kitorang siap!(ugut dah nih..hee) Masa ni majlis tak mula lagi.Tengah bertungkus lumus siapkan dewan..Aku paksa pojie tolong..hee


p/s asek duk tolong-tolong majlis kahwin orang ni yang aku nak kahwin gak nih!!haha!

Friday, October 16, 2009

Majlis Hari Raya Ofis ^_^

Alhamdulillah...setel dah satu tanggungjawab aku... Aku jadi salah sorang ajk untuk Jamuan Raya JKRWPKL ni... Tiga tugas sekaligus aku kena handle untuk majlis ni iaitu Makanan, Plak dan Sijil untuk Penyampaian Anugerah yang akan berlangsung serentak masa jamuan raya ni, dan juge penyediaan Angpau untuk sesiapa yang berani untuk bersendaloka atas pentas bersama artis jemputan..Gile r..siap ade artis jemputan..haha!

Pada mulanya, majlis raya ni dirancang untuk dibuat secara besar-besaran macam tahun-tahun yang lalu..Iaitu kami akan jemput pelanggan, tetamu-tetamu dari luar dan jiran-jiran yang berhampiran.Tapi,dua tiga hari sebelum majlis berlangsung,dapat arahan untuk buat internal sahaja..huhu..Order makanan dah byk sangat ni..(-_-")

Makanan yang ada untuk hari tu adalah Nasi Beriani,Kambing Panggang, Sate, Lemang, Laksa, Roti Jala, Cendol, Aiskrim ..Ishhhh..Banyak lagi lah..Banyak gile lebih..huhu..Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

Anugerah ni dibuat untuk meraikan bahagian Tentera yang berjaya melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan jaya nye yang dibantu oleh bahagian mekanikal, elektrik, ukur bahan, dan kewangan...Yey!!dapat kumpul sijil n plak yang pertama dekat JKR! \0/

Okey..Jom tengok gambar..^_^


Suke tengok gambar nihh.. ^_^

Posing dulu sebelum Majlis mule..=p Cantik tak backdrop? Bahagian Arkitek yang buat...^_^ Yang hijau mcm bentuk ketupat yang nampak separuh tu pulak, angpau yang akan di cabut oleh orang yang berani bersendaloka atas pentas..

My Big Boss...Untuk unit Tentera..(Yang sorang lelaki tu) Ha..Nampak sikit sijil n plak kat belakang tu..

Props yang agak gempak..

Gerai yang belum dikerumun..

Adehh..Takde pulak gambar Plak..Sijil je ade..


Ini lah Pengarah JKRWPKL... ^_^

Gambar sijil lagii...(-_-")
Yang tiga ni Penolong Jurutera..Yang baju pink tu bekas TA aku dekat Kem Kinrara..Dah diganti dengan yang baju oren. Yang tudung putih tu TA dekat Kem Sungai Besi. We should have a good assistant to be a good bos..Alhamdulillah.. Allah bagi diorang dekat aku.. ^_^

Haaa...Ini lah artis jemputan nye...^_^

Ini AJK Induk

Ini dah campur AJK Kecil

Meja santapan sayeeeeee....

Meja aku lagik..

Ahha..Kan bos aku dah nyanyi...(-_-")

Tuesday, October 13, 2009

Nasihat untuk Seorang Teman

Cinta boleh dicari,tapi jangan mencari sampai boleh mengguriskan hati orang lain.

Dunia ini bulat,tak mustahil kita juga akan merasa sakitnya bercinta.

Sakitnya bila orang yang kita jaga sepenuh hati, tak memberikan kesetiaan yang setimpal dengan kesetiaan yang kita beri.. Mungkin Allah nak uji..Mungkin Allah nak kita kaji balik apa salah kita..Betul ke selama kita setia kepada dia, kita tak pernah menyakiti hati dia?Kita mengharapkan seorang yang setia..Tapi betul ke kita setia?

Dunia sekarang ganjil..Dengan cerita sedih, perkongsian masalah, diskusi bersama, sudah boleh mengundang rasa cinta dalam hati... Kalau bujang, itu boleh dikatakan jodoh..Tapi kalau sudah berpunya,bukan kah akan mengundang pengkhianatan?

Selagi belum berkahwin, cuba kekalkan sikap begini agar yang tak baik tak melarat selepas berkahwin...:

Padatkan masa kalau dia bukan orang nya...
Beratkan tulang empat kerat kalau dia bukan orang nya...
Tulikan telinga kalau dia bukan orangnya...
Beratkan mulut kalau dia bukan orangnya...
Jangan mengundang sayang orang kalau dia bukan orangnya...

Tak salah perasaan ingin bercinta dan ingin dicintai..Tapi bila diri betul-betul dah bersedia..Kalau belum bersedia,sebab takut dengan kisah cinta yang lalu,Ingatlah satu.. Allah itu adil.. Kita akan dapat seseorang yang sepertimana diri kita... ^_^ All Da Best My Fren.. ^_^

p/s juga utk aku n kksh gelap...

Saturday, October 10, 2009

WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita.Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dr kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia&jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah.Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih- sayangnya terhadap kita.Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan... maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?"

Beliau bersabda:

Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya(hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yg berkepala spt kepala cat & kaldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu.

" Rasulullah s.a.w bersabda,"Wahai Fatimah, adapun tentang :

Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata
Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yg kepalanya spt kepala cat & badannya spt keldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu.

Diantara sifat buruk mereka:

Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
Isteri nabi Lut suka bertandang ke rumah org.
~Kepada para wanita sekelian, sayangilah diri anda

" Berdiam diri lebih baik, jika berkata hanya dusta, berdiam diri lebih baik, jika berkata menghiris rasa, berdiam diri lebih baik, jika berkata menghampa jiwa."


p/s aku yang dah memang dilahirkan byk mulut ni macamane.. T_T Bestnye jadi pendiam... =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails