Wednesday, May 27, 2009

Kehidupan Terbaru Aku..



Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog ni..Banyak benda yg nak ditulis..Tapi bak kate Noni, cuma sempat membaca,menyinggah blog org lain tapi tak sempat mengarang..huhu..

Aku dah seminggu dekat JKR Wilayah ni..Aku dpt unit selenggara Kem Tentera.. Aku akan jaga dua Kem.Kem Sg Besi n Kem Kinrara..Ya Allah..Aku x tau aku mampu ke tak.. Aku xdek kelebihan dlm management..diri aku pun aku tak termanage, ape lg nk manage projek yg gunakan duit rakyat..Aku mohon kekuatan dari Allah..Moga2 mmg ini tempat yg terbaik utk aku,dan aku dpt pikul tanggungjwb aku ni dgn sebaik baiknya..

Banyak sebenanye aku nak cerita.Tapi aku mmg tak sempat kalau nk menaip pjg lebar sekarang ni.Walaupun xde la bz sgt pun lg sekarang ni..Cuma rasa tak sedap nk guna kan kom ni utk tulis blog..Mungken dh lame2 nnti biase la kot..hee..

Ok,doa kan aku ye..Moga2 dapat jadi org yg bertanggungjwb dlm bekerja menggunakan duit rakyat ni...Series..memang lain rasenye..Rase mcm kalau buat tersilap sikit, mcm membygkan duit berjuta2 rakyat aku terpaksa korbankan..(termasuk curi masa tulis blog nih.hehe..) Ok la..nnti2 aku cerita lg..

Thursday, May 14, 2009

Sesuai utk hadiah Kawen...

Semalam aku pegi jalan2 dekat JJ Wangsa Maju.. Dah jadi satu kemestian, kalau jalan dengan Mak n kakak aku,mesti nk kene pegi section yg jual barang2 dapur or decoration rumah...Aisshh...aku dgn adik aku,dah lari pegi tempat lain...Tapi..Dah lepas setengah jam..Diorg tak keluar2 lagi dr section tuh,aku dgn adik aku tepakse la mengalah...Ktorang pusing balik..pergi ke section dapur yg pada aku amat membosan kan tu...(mungken sebab takde umah sendiri lagi..hehe..)

Tapi..Bile aku jalan2...ternampak pulak ade satu set cawan ni..Mcm mmg dijual utk tujuan bg hadiah dekat org je...Jap eh..Aku upload gamba...

Satu set ni,die akan sumbat dlm kotak kt bawah ni

Yeee..Jangan tanye aku muat ke tak..sebab kitorg pun masih tertanye2..

Taadaaaaa!!!Berminat?haa..kawen cepat2..nnti aku bg.. =p

Haaa...nampak tak?diorg dah siap2 packing dalam satu kotak yg agak menarik bagi aku..Senang utk bagi hadiah utk org kahwin..hee...Harga complete set lepas dh tebungkus RM100...Emmm...kalau tong2 ngn kwn2 mmg bebaloi gak la...Kalau sorg2..tak..haha!!

Pssstt...Nak tau x?Salah satu sebab kenapa aku ye ye sgt kata comel kat set cawan ni? Sebab corak nye!!\0/ byk je corak laen..tp corak ni yg paling wat kan aku ala2 nk beli tuk diri sendiri kalau ade umah sendiri nanti..=p


Aku ada mmg akan berubah jd shopaholic kalau ade barang kaler PINK or corak RAMA2!! \0/
(Walaupon bende tu biase je kat mata org lain..huhu)

Blog Beena & Buku...

Siapa Beena nih?hehe...My ex office mate.. Die baru nk berjinak jinak buat blog nih.. Aku cuma sempat turunkan ilmu jd blogger ni,suku je kat die...(Padahal..macam la aku terer sgt..hee..)

Ohh yee..Die ada letakkan post psl hari last aku dekat opis..singgah2 la yee... ^_^ blog beena..

OHhh yee...dekat belah kanan blog aku ni..aku ada tambah lg satu section...Pasal tajuk buku ^_^
Jom kongsi2 tajuk buku...Aku suka semua jenis buku..Tapi,jalan cerita nya kena best la kan? kalau tak..baru satu perenggan..Memang aku dh tak terus kan la..hehe.. =p Bgtau la aku kalau ada tajuk buku yg menarik.. boleh tambah2 kan koleksi... ^_^

Korang kalau nk aku bg sinopsis utk buku2 yg aku bace pon bole... ^_^

Monday, May 11, 2009

Hari terakhir bekerja sebagai designer...

Hari ni hari terakhir aku dekat BW nih... Betul2 genap setahun aku kerja dekat sini..
Department aku tggl dua orang je lepas ni..kerja utk design structure byk jugak tu..harap2..cepat la dpt pengganti aku..

Terima kasih sgt2 dkt bos aku n senior engineer aku..ilmu yang aku dpt dari diorg,mmg x terbalas..Semoga Allah bg rezeki yg melimpah dkt diorg... ^_^ Aku dh hand over semua kerja2 aku..n harap2 takde ape2 masalah dgn projek2 yg pernah aku handle..Insyaallah...

Tggl Beena sorg2...Harap2 die akan jd engineer yg berjaya ^_^ Jiayou Beena!!nnti kite g jln2.. \0/

Ohh yee..td dpt besdei present dr kwn aku...hadiah harijadi yg dh lambat gile..huhu..n coklat dr china(bkn dr china pon..klia sebenanye..xpe la..janji ingat...) Thanks!!! \0/





huhu..gamba tak terang sgt...amek dr hp... =p Lapor diri isnin depan 4 hari tak keje...yey!!\0/

NIZAR menang!!!hidup IR!! \0/

Alhamdulillah... ^_^ sekarang tggu pilihan raye..hee...

Lulus ujian swimming!!yey!!

Assalamualaikum..

Jumaat lepas..Hari test untuk kelas swimming aku..Aku demam..Batuk..Selsema...
Rasa macam nak posponed je test tu...Tapi..macam sayang pulak..Nanti kene test sorang2..
huhu...So,aku kuat kan semangat dan sistem pernafasan aku ni..Bagi ade kekuatan untuk test nanti... hehe

Testnya adelah:-
  1. Breast Stroke 250m
  2. Back Stroke 250m
  3. Water Trading (Terapung dekat kwsan air yg dalam aku dpt 1 minit 4 saat..yey!!\0/) markah lulus 30 saat..
  4. Diving

Aku,adik aku n cousins aku berjaya!!! \0/
Alhamdulillah....saket2 pon..kalau ade semangat insyaallah bole..nmpak sgt psycology...huhu...

Miggu depan last kelas..untuk basic klas ni..Trainer nk aja cmne amek barang yg terjatuh dkt kwsn dlm,belajar terjun, lagi ape eh??lupe dah la...hehe...

Rase nak amek je intermediate class..tapi..adik aku dh nk masuk U.Kak Nadia dh nak kahwen bln 6 ni..Kena cari masa yg sesuai utk sambung kelas ni... ^_^

Ohh yee..Ada siapa2 yg berminat? Kelas berenang ni dekat Consist Ulu Kelang, sebelah Zoo Negara. Kelas untuk perempuan sahaja...Don't worry about your aurat... ^_^
NAk tau lebih lanjut?masuk web ni....kelas berenang

Friday, May 8, 2009

Aku memang tak SEMPURNA



Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, bahawasanya Rasulullah (saw), bersabda:
************************************************************************************
Allah Subhanahu Wa Ta’ala befirman (dalam hadith Qudsi): “Akan wujud beberapa kaum yang berpura-pura dalam ke khusyu’an, mereka memakai kulit-kulit domba halus di hadapan manusia (berpura-pura), lidah-lidah mereka lebih manis daripada madu, hati-hati mereka lebih pahit daripada tanaman sejenis jadam (rasanya sangat pahit), maka atas nama-Ku, Aku bersumpah untuk menurunkan fitnah dan cubaan yang menjadikan orang yang lembut menjadi gundah. Apakah mereka hendak menipu-Ku ataukah mereka berani kepada-Ku?” (At-Tirmidzi, no. 2404 dari Abu Hurairah dan no. 2405 daru Ibnu Umar. Lihat Al-Misykat no. 5323, 2354 dan Targhib wat-Tarhib, no.41)

************************************************************************************
Kita berlindung kepada Allah daripada keadaan zahir kita yang bagus, sementara batin kita sangat buruk dan keji.

Takut aku baca sabda nabi yang ni....Takut,aku antara manusia yang berpura pura tu...
Sebab aku memang tak sempurna.Bukan orang yang terbaik...Hati aku masih kotor...
Untuk buat penghijrahan luaran aku akui memang senang. Tapi hati? Makin aku cuba makin kuat dugaan nya.. Dengan sifat semulajadi aku yang memang kaki gosip..Adoi..Memang susah..
Harap dipermudahkan Allah untuk jadi antara org yang terpilih untuk mendapat hidayahNya. Amin...

Thursday, May 7, 2009

My Love Story...


“If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours..
If they don't, they never were.”

Jom sama2 kita amalkan...

Antara doa Nabi Muhammad s.a.w yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.

Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.


'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)

Wednesday, May 6, 2009

minggu terakhir~

Rabu...Khamis...Jumaat...Isnin.....

Lagi 4 hari aku dekat ofis ni......
Dalam excited nk ke tempat baru..Risau nye menggunung jugak...

Kerja dah hampir siap..Tapi dpt yg baru dari bos aku..simple design...
Adoi..malas nye nak buat....Tapi takpe la...Kerja terakhir dekat sini....

Demam....Selsema...Batuk.....
Nak gagahkan diri buat keje..Tak mampu rasanya...
Lemah satu badan.....

Jiayou!!!!!! \0/

Sunday, May 3, 2009

blog aku GELAP~

Mak aku lalu tepi aku masa aku tgh nk wat entri baru....
sebok suruh aku bukak blog aku...
Bukak2 je..ayat pertama dia...GELAP!!!Saket mata nk baca mcm2 kaler.. =|

Yeke???aku bukak ok je..hee......Ke...kene tukar layout...emmmm....

Pernah dgr lagu ni x?


Puteri Islam Sejati

Wahai puteri,
lihat nun di sana.
Islam mu kini ketandusan pembela.
Bersama sendu mengalir lesu,
tertunggu-tunggu mujaddid baru.
Kembangnya kini diulit sepi,
tiada lagi rijaluddin sejati.
Wahai puteri khidmat mu dinanti.
Ummah derita, engkau pengubatnya.
Kelembutanmu penawar sengsara.
Engkau penyeri Islam dan tamannya,
Tanganmu bakal menggoncang dunia.

Namun ingat puteri,
ilmu perlu dicari.
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti.
Pembimbing diri dari thoghut dibenci,
tuntutlah seikhlas hati.

Wahai puteri,
kau Muslimah sejati.
Teguhkan iman,taqwamu di hati.
Taqarrub billah takhta peribadi,
amalmu menjadi bukti.
Sabarmu dikagumi,pasrah pada ilahi.
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati.
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti,
pengorbananmu kan disanjungi.
Puteri solehah,mujahidah, ansarullah.
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha.
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang.
Berkorban agar Islamkan gemilang.
Bersama puteri, Islam takkan sepi.
Subur disirami,harum mewangi.
Wahai puteri, kau Muslimah sejati.


Pernah dengar tak lagu nih? Nasyid nih aku belajar mase aku join Kem Puteri mase aku form 2 dulu...(tak ingat dah name kem ni yg betul)...Tadi aku jalan2 dekat blog org lain..Nampak ade lirik ni..teringat pulak mase join kem ni dulu..hehe...Kem ni seminggu...Best...semua perempuan je..Kem ni utk budak2 belia remaja...yang masih suci bersih belajar jadi puteri solehah...

Tapi...Aku mase tu..keras hati gile...kem tu berlalu dgn tak de ape2 perubahan pun kt aku...Adeh..rugi2...Tapi ada satu...Yang aku ubah lepas aku blk dari kem tu...Aku dah stat pakai baju lengan panjang...Sebab dari situ,baru aku sedar yg tangan ni pun aurat jugak...ish ish ish...
Jahilkan?

Keras hati...

Ni nasihat untuk aku sendiri....

Hargai setiap nikmat yg kita ada dekat dunia ni..Selagi ia jadi milik kita...Sebab tak ada sesuatu pun yg kekal dlm hidup ni...Bila nikmat tu dah di tarik balik..Jangan ditangisi lagi setiap nikmat yg hilang...

Jangan dambakan benda yang bukan milik kita....Kita selalu kejar benda yang bukan milik kita...Sebab kita selalu rasa, yang bukan milik kita, itu lah,yang terbaik....Kita lupa yg Allah Maha tau apa yg sesuai utk diri kita ni...

Susahnyeee...nak jadi orang yg kuat hati.... Cakap mmg senang...Tapi bila kene dekat diri sendiri..memang payah...Doa kuat kan hati...harap2 satu hari nnti...Allah akan bg jugak hasilnya...

Aku ada sorang kwn yg kuat sgt hatinya..Kita takkan tau,bila dia sedih...Kita takkan tau bila dia susah hati...Dari riak muka dia, tunjukkan dia sentiasa tenang...Dia anak bongsu and yatim piatu...Parent dia meninggal masa umur dia 20 an..Bayangkan macam mana closenye dia dgn famili dia? Tapi..dia tetap boleh hidup tanpa rasa sunyi...

Aku pernah tanya dia...Dia tak pernah sedih ke? Dia kata, mak dia dh pesan dari kecik "Jangan ikutkan hati...Banyakkan mengaji.." Subahanallah....mungkin itu cara didikan dari mak yg begelar ustazah...Hasil nya kita nampak pada anaknya..

Dalam diam..Aku jadikan kawan aku ni..idola aku...Idola aku bila aku rase sunyi.... Aku akan hargai nikmat famili ni..selagi Allah kurniakan dekat aku...Aku akan cuba buangkan jauh2 benda yg bukan milik aku lagi...Percaye lah ckp aku..memang susah....Tapi...Aku akan tetap cuba and terus cuba....Mungkin hasil nya bukan sekarang...Mungkin satu hari nnti....

Harap2,bila sampai masa nya...Aku boleh cakap..."Alhamdulillah..Allah jauhkan aku dari apa yg aku nk dulu..dan nikmat yg aku ada sekarang..memang yg terbaik..." Insyaallah.. ^_^

Al-Fatihah....

inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

Baru semalam aku jumpe Ppink... Kebetulan..aku ada catering kahwin dekat Shah alam....Terlanjur dah dekat sana, Ppink nak contoh2 design calculation aku.....And kitorang pun jumpe dekat Tesco Shah Alam.....

Pukul 1 die dah kene blk...sebab nk hantar mak dia pergi Hospital...Tiap2 Sabtu..memang tu la rutin de...hantar mak die g cuci darah....die memang rapat dgn mak die...Mak die kawan die tuk dgr semua isi hati die....

Tadi....pukul 230 ptg....Aku dpt msg dari Ppink..Mak die dah meninggal....inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...Ya Allah....Aku yang rase lemah satu badan....Harap2 Ppink kuat terima ketentuan Allah ni...

Al-Fatihah utk arwah mak Ppink...Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya....

Tag dari kapten

1) anda rasa anda hot?

hot gile...nak2 kalau tgh2 panas.... lalalallaa~

2) upload gambar kegemaran anda


3) kenapa anda suka gambar ini?

nak satu dunia tau..aku comel masa kecik..hehe...(teka..yang mane aku..hehe)

4) bila kali terakhir anda makan piza?

sebelom boikot utk Palestine..Lupe dah berape lame...

5) lagu terakhir yang anda dengar

Dan sebenarnya- Yuna...(Dengar dekat hot tm td)

6) apa yang anda sedang buat selain selesaikan tag ini?

Bukak friendster tgk gamba2 lame...

7) selain dari nama anda sendiri, anda suka di panggil dengan nama apa?

Nina- org2 yg rapat gile je panggil....Adik- org2 dalam umah panggil.. Nas- utk kwn2 ku pggl... Korang sume pggl Nas...Nampak cool~ hee

8) mangsa tag seterusnya

Soalan ni la paling susah... Shida,maze,hanim,beena,farah alia,kapten

9) siapa no 1 kepada anda?

Kwn aku mase kat Teknik..And kwn aku yg paling berterus terang dlm bg pendapat..hehe...

10) bagaimana pulak no 4?

ofimate aku..katenye ade blog...tp xpenah ade post...ade blog semate2 nk wat layout blog..haha!

11) kata sesuatu tentang orang no 5?

berusaha lah farah!! \0/

12) bagaimana pulak dengan orang no 3?

kakak aku yg poyo...kehkeh..

13) siapakah orang no 2?

kawan adik aku yg pggil aku anya...n skang tgh ade dkt PLKN sebok koir..ceehhh..

14) bagi pesanan anda utk orang no 6?

buat tag ni lg skali..hahaha!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails