Pages

Monday, December 2, 2013

Resipi Masak Asam Ikan Patin Emak

Assalamualaikum...

Sebelum ni aku ada cerita pasal aku berjaya masak asam ikan patin versi mak aku kan? Aku share dekat FB ada kawan aku mintak resipi.. Jadi, marilah aku share dekat sini.. Biar berkongsi seantero dunia.. Kihkih...



Masak Asam Ikan Patin

Bahan A
4 ketul isi ikan patin
10 keping asam keping (besar setengah inci je.. kalau besar, kurangkan bilangan)

Bahan B
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Kisar bahan B dengan air yang banyak sebab itulah kuah kita nanti. Masakkan bahan yang dikisar dulu.. Dalam 5 ke 6 minit masukkan ikan dengan asam keping (Bahan A). Masukkan garam dan gula secukup rasa..Masakkan sehingga ikan masak...

Eh!Dah siap! Haha. Aku tak letak tempoyak sebab aku lagi suka masak asam kosong lepas tu makan dengan sambal tempoyak. Lagi meletop!

Nak resipi sambal tempoyak jugak?Ok nah..

2 ulas durian ( yang baru)
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Tumbuk semua bahan..siap!Makan dengan nasi panas..Adoi laaa... Sedapnyaa....

Ok.. Ikan patin ni ikan sungai... Ada sesetengah orang tak lalu makan ikan sungai sebab hanyir dan ada rasa lumpur kalau silap cara basuh dan dari mana ikan ni hidup. Sungai atau lombong.. Macam aku, aku boleh makan ikan patin ni kalau dari Temerloh aje.. Kalau yang jual dekat KL ni, memang aku tak makan.. Terasa sangat rasa lumpur.. Huhu.. Tapi ada sesetengah orang, dia tak tau pun ada rasa lumpur tu.. Dia makan aje.. Aku memang sensetip sikit rasa-rasa pelik dekat ikan patin ni.. Maybe sebab aku dari kecik dah biasa makan yang fresh dari sungai kot... Tu yang cepat je tangkap kalau ada rasa pelik... Kalau ikan patin ni fresh, bila korang masak, dan bila dah sejuk, tetap tak berlemak berminyak masakan korang tu.. Kalau korang perasan kalau ada jual dekat kedai-kedai makan, berminyak-minyak lemak-lemak ikan bertakung tu, mesti tak fresh sangat ikan tu..Mesti rasa lumpur sampai ke kuah-kuahnya...-_-" Macam terer sangat je aku kan? Haha.


Ha.. Kalau ada sesiapa nak ikan patin fresh dekat KL atau Selangor ni, contact je aku eh.. Sebab famili aku selalu je balik Temerloh jadi, sesiapa yang nak pesan ikan patin boleh sajoh pesan dekat aku.. Hepp hepp! Temerloh bandar ikan patin ok.. Tak boleh disangkal kesegarannya..Nyum nyum nyum... ^_^

Ok, selamat mencuba.. ^_^v





Thursday, September 5, 2013

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum..

Antara sotong biasa dengan sotong kembang.. Mana korang lagi suka? Emm...Sotong biasa tu apa? Sotong kembang tu apa?

Ini sotong biasa
 Ini sotong kembang



Hehe... Kalau aku, aku lagi suka sotong kembang, sotong biasa tu, aku suka kalau buat goreng tepung je. Kalau makan nasi lemak, ada pulak sambal sotong. Perghhhhhh... Enaknya la hai...



Haritu aku try buatsambal tumis sotong. First time aku buat. Selalunya aku buat sambal tumis ikan bilis je. Ni nak try sotong pulak. Hehe.. Alhamdulillah, berjaya..

Oh ya.. Semenjak aku mengandung, aku perasan aku tak boleh sangat makan sotong kembang ni. Pernah masa aku pergi Penang haritu, aku makan sotong kangkung. Lepas makan tu, sakit betul kepala aku. Tak boleh nak jalan. Jalan pun tahap pegang dinding. Sakit sangat sangat. Mak aku kata mungkin sebab ubat untuk kembangkan sotong tu tukang masak tu tak hilangkan betul-betul. Aku pun rasa mungkin jugak. Sebab, selalu aku makan nasi lemak sotong dekat bawah ofis aku haritu tak pening pulak kepala aku.

Jadi, awal-awal lagi sebelum masak sotong ni aku dah call mak aku tanya macamana nak hilangkan ubat untuk kembangkan sotong tu. Mak aku kata, rendam dalam air garam semalaman. Lepas tu, kerap tukar air tu. bagi betul-betul hilang ubat tu.

Dah yakin ubat tu dah hilang, mari kita memasak. Bahan-bahan untuk masak sambal tumis sotong:

3 ekor sotong kembang
2 biji bawang
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Setengah inci belacan
2 sudu besar asam jawa


1. Tumiskan bawang, cili dan belacan yang dah diblend. Dah masak dalam 5 minit macamtu, masukkan asam jawa, gula dan garam, dan sotong.
2. Masakkan sampai pecah minyak.Masa masak ni, biar api kecik je.. Memang agak lama nak tunggu pecah minyak tu. Tapi berbaloi sebab rasanya akan jadi sedap.
3. Errr..dah siap! \o/

Tips : untuk dapatkan keseimbangan rasa yang sedap, rasalah banyak kali. Apa yang kurang tambahkan apa yang lebih, oter lah apa yang patut. Tips untuk merasa, tiup-tiup sikit bagi sejuk. Jangan rasa masa tengah panas mengggelegak tu. Masin pun tak terasa masin sebab suhu yang panas akan mengganggu tunas rasa kita untuk rasa yang betul. Eccehh.. Ni kajian aku sendiri.. =p

Selamat memasak ^_^v


Friday, August 23, 2013

Homemade Lamb Chop

Assalamualaikum.

Semalam Shahril teringin nak makan ala-ala western. Orang puasakan.Terbayang yang sedap-sedap je. Hehe.. Dalam peti ais memang dah ada daging kambing yang dah diperap. Bukan buat sendiri ye. Beli je yang dah siap perap dekat AEON BIG Wangsa Maju tu. Hehe.. Dah banyak kali dah beli dekat situ. Sedap jugak diorang marinate. Tak payah susah payah nak buat sendiri dekat rumah.. Kehkeh.. Macam-macam ada tau. Ayam ada, daging lembu ada..Pilih je ikut tekak kita..

Haritu masa bulan puasa dah buat dah. Kambing bakar, whipped potato dan coleslow tapi black pepper sos tak buat sebab malas. Kihkih.. Malam tadi pulak, whipped potato pulak takde, tapi black pepper sos pulak aku buat. Ikut suka hati je kan? Haha!

Coleslow memang aku tak pernah buat. Shahril terer buat. Jadi dia yang buat.. Nyum nyum.. Sedap.. Haritu dia buat ayam cashewnut pun sedap.Ada rasa macam ayam cashewnut dekat Black Canyon. Paprik jangan cakap lah.. Dah banyak kali dah dia masak. Paprik dia lagi sedap dari aku buat. Dia tak masukkan pun sos nampla tu. Aku tanya dia mana dapat resipi-resipi ni? Soalan dengki tak?Haha! Dia kata dia search dekat TryMasak. Hamboi-hamboi.. Aku pun taktau kewujudan website tu. Bila dia tunjuk dekat aku, baru aku tau.. -_-"

Ok, jom aku share resipi black pepper sauce dengan coleslow tu ye.. Daging kambing dah siap marinate, jadi resipi ni bukanlah 100% homemade.. Separa homemade.. Hihi..Oh ye.. Daging kambing tu aku masak dalam pemanggang ajaib. Cepat empuk  daging kambing tu.. Sila beli ye pemanggang ajaib bagi sesiapa yang tak beli lagi. Sangat-sangat berguna. ^_^ Mak mertua aku, jangan kan masakan yang bakar-bakar..Kuih badak berendam, kuih bakar, semua pun dia masak pakai tu je... Melampau senangnya guna pemanggang ajaib nih..

Ok.. berbalik kepada resipi Homemade Lamb Chop tadi..

 


Coleslow

1 biji lobak merah
Kobis Ungu (Kobis biasa pun boleh)
1/2 biji bawang Holand
4 sudu Mayonis (lLagi banyak lagi sedap)
Lada hitam
1 biji Limau Nipis

Cara-caranya

Semua sayur dan bawang di parut memanjang.. Campurkan semua bahan. Garam dan gula secukup rasa.Gaulkan rata. Lepas tu masukkan dalam peti ais dalam satu jam. Nak bagi semuanya sebati..Kena masukkan dalam peti dulu tau. Kalau tak, tak berapa jadi. Siap! Yummeehh...
 
Black Pepper Sauce

3 sudu tepung Brown Sauce Mix jenama Knorr (beli dekat AEON BIG jugak)
Lada Hitam ditumbuk (kalau nak pedas, masuk banyak sikit)
1/2 biji Bawang Holand dipotong dadu
5 ulas bawang putih dipotong nipis
3 sudu mentega (untuk dijadikan minyak)
2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan mentega (api kecil)
2. Tumiskan bawang putih dan bawang holand sampai naik bau. 
3. Masukkan lada hitam
4. Masukkan brown sos yang dah dikacau dalam air terlebih dahulu kalau tak, berketul-ketul nanti.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Kalau rasa pekat atau cair, adjust antara nak tambahkan  brown sauce atau air. 
7. Siap!

Inilah rupa packet brown sauce tu. -Dari Pakcik Google-


Kalau nak resipi Whipped Potato, boleh cari dekat resipi pie daging aku nih.. Dekat kentang lenyek tu.^_^



 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails