Assalamualaikum...
Terhutang satu entry.. Takut buat lambat-lambat nanti pengantin baru jadi pengantin lama.. Hee.. Dah cerita sikit dah pasal pengantin ni dekat entry sebelum ni mengenai hadiah dia yang sengaja je kitorang bagi lambat..
Sebelum aku tunjukkan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Aini & Najmie, aku nak cerita dulu tentang persiapan dayang-dayang yang menjadi penyeri majlis tu..^_^v
Kami 9 orang dayang-dayang dibekalkan kain berwarna coklat cream keemasan untuk dibuat dress dan kain shiffon yang tak sampai semeter pun berwarna fushia pink.. Apa gaya baju yang nak dibuat, terpulanglah.. Kata pengantin.Tapi contoh2 gambar yang dibagi dekat aku selaku ketua dayang ni semua nya contoh baju dress. So, kita pun dah dapat agaklah isi hati si pengantin yang walaupun dimulut kata baju kurung pun boleh tapi dihati ingin kan dress.. Ahakss.. ohh ye..Oleh sebab aku taknak baju ni kosong, aku gunakan lace yang aku beli masa dekat Bandung haritu untuk menjadikan baju-baju dayang ni gebabom sikit..^_^
kain dari penganten
lace dari Bandung
Aku pun mulalah melakukan pencarian tukang jahit yang boleh menghasilkan baju yang cantek tetapi murah.. Pencarian dibuat dekat Medan MARA. Yess! Jumpa satu kedai yang pernah buat baju kahwin kawan aku.. Sambil-sambil bercerita dekat tukang jahit tu apa design baju yang terbayang-bayang dekat kepala ni, dia pun mensketch sketch design dress yang Fuyyoo canteknye!! Harga utk buat dress tu RM90 dan RM10 untuk reben.. Taktau lah kalau mahal sebenarnya tapi pada aku berbaloi baloi.. \0/
Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan hasil baju dayang-dayang ni.. And kawan-kawan aku sangat-sangat tak banyak songeh bab mengikut kata aku selaku ketua utk mende-mende lagha nih.. Lapan delapan memang kawan yang terbaek..! Oke..nak tau hadiah apa yang kitorang semua bagi dekat Aini? Frame aje... Tapi frame yang penuh makna.. And Alhamdulillah Aini suke... \0/ Lega rasa bila idea diterima pakai oleh semua orang yang berkongsi duit ^_^ Tulisan dan pembelian frame dibeli dan dibuat oleh Puan Iliy.. 
Frame yang masyukkkkkkk
Okei..Sekian sahaja entry ni..Jom tengok gambar sekitar majlis pulak.. ^_^v

nota kaki : Selamat Pengantin Baru Aini & Najmie semoga kekal hingga ke syurga ^_^





