Sunday, September 17, 2017

Terkesan dengan kisah anak-anak tahfiz ni

Teringat perkongsian dari Ustaz Ahmad Dusuki dekat radio IKIM kelmarin.

"Apabila jiwa kita kurang pergantungan kepada Allah dan tidak meletakkan segala ujian datangnya dari Allah, kita akan mula menuding dan menyalahkan di antara satu sama lain."

Lihat lah dengan satu peristiwa sahaja Allah tunjukkan terlalu banyak kata-kata cacian dan tuding menuding yang berlaku sebelum mengetahui perkara sebenar.

Allahuakbar.. Mereka pergi kerana dianiaya, insyaallah syurga sedang menanti.

---------------

Kak Nas sebenarnya sangat terkesan dengan peristiwa anak - anak Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ni. Sekumpulan anak-anak yang kurang didikan agama sanggup membakar anak-anak yang hidupnya sentiasa ditemani Alquran. Bukan seorang dua. Tapi berkumpulan. Allahuakbar. Sebab kita ada anakkan? Macamna cara kita mendidik dan membesarkan. Semua memainkan peranan.

Takut. Risau. Semua ada.

Tiada sebaik baik penolong melainkan Allah. Semoga setiap usaha kita dirahmati Allah dalam mendidik anak-anak kita. Semoga zuriat dan keturunan kita dilindungi dari segala perbuatan jahat manusia.

Aminn..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails