Monday, February 16, 2015

RINDU

Allahuakbar..

Tak terungkap dengan kata-kata..

Sampai saat ini, kalau ada sahaja perkongsian mengenai Tok Guru dalam FB pasti air mata aku tak putus-putus..

Allahurabbi..

Mungkin sebab dari kecik lagi buku-buku, kaset dan cd ceramah,poster, keratan surat khabar, gambar-gambar Tok Guru ada dekat mana-mana di sudut rumah.. Terasa dekat betul di hati.. Sampaikan panggilan untuk Tok Guru adalah ATOK.. Mungkin sebab tak pernah rasa ada ada datuk, mak suka membuatkan kami adik beradik rasa itulah atok kami.. ^_^

Ingat lagi dulu masa tingkatan 2.. Cikgu sejarah suruh lukis potret tokoh yang kita sayangi.. Aku lukis gambar atok.. Bukan aku yang lukis.. Aku suruh pakcik aku yang terer lukis potret lukis kan.. Masa aku hantar, cikgu senyum je.. Dia kata, cantik potret ni.. Tapi kita taknak potret parti pembangkang.. Cikgu suruh aku tukar gambar tokoh lain..Haha! Aku minta pakcik aku lukis potret Dr. Mahathir..Terus kena tampal dekat dinding belakang kelas..

Ingat lagi dulu.. Aku pernah melalui waktu susah hati yang teranat sangat.. Aku macam hilang arah... Allahuakbar.. Penguat aku adalah di bahagian Fikrah dalam suratkhabar Harakah.. Setiap minggu kalau abah beli, aku akan ambil bahagian Fikrah dulu untuk baca tulisan Tok Guru.. Aku terasa bagai ditarbiyah secara perseorangan..Setiap minggu, lepas baca artikel dari atok, bagaikan melahirkan semula aku yang baru.. Seorang yang kuat semangat dan percaya dengan janji-janji Allah bahawa ketentuan dan perjalanan kita amat cantik jika kita redha dan beriman kepada Allah..

Aku potong dan aku simpan..

Setiap doa yang di ajar aku semat rapi di dalam hati..

Aku antara pembeli pertama buku catatan Datin Tuan Sabariah untuk aku kenali lebih dekat tokoh yang aku sangat-sangat sayangi ini..Allahuakbar.. Carilah buku tu.. Akan membantu kita menjadi isteri yang terbaik untuk suami.. Ingin melakukan yang terbaik untuk suami demi Allah..

Allahuakbar.. Teringat kata-kata kawan aku dulu.. "Aku tak faham macamana orang sebaik ini boleh dikutuk dan hina."
Betul..Aku jugak rasakan benda yang sama..

Kalau lah orang seperti ini pun kita masih doakan Allah ampunkan dosa-dosanya agar dapat masuk syurga bersama-sama rasulnya.. Apakanlah lagi kita yang sengaja melakukan dosa dan maksiat.. T_T

Allah..Rasa kerdilnya diri ini... T_T

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang soleh..

Aku sayangi dia.. Ulama adalah pewaris nabi.. Kita mengakui sayangkan Nabi kita..Kenapa susah untuk kita mengakui kita sayangkan pewarisnya?

Kita akan bersama-sama dengan orang yang kita sayang di akhirat nanti.. Mari kita periksa bagaimanakan ciri-ciri orang yang kita sayang..Dan dimanakah kita dan dia nanti...

Allah..Bantu kami Ya Allah.. T_T

1 comment:

  1. T___T

    Kannnn..kita membesar dengan nama tok guru. Tambah pulak kalau tengok tok guru dengan serban, dengan kot tu.. terbayang arwah tok ayah aku..Sebijik sangat..Kalau balik raya kat kelantan, mok & arwah tok ayah aku suruh siap awal2 pagi untuk solat sunat raya dkt KB sebab nak dengar khutbah tok guru..Kalau lalu pulau melaka, mesti singgah walau sekadar tengok luar rumah je...
    Ya Allah rindunya...Seperti mana rindunya aku pada arwah tok ayah..

    ReplyDelete

Terima kasih ya sebab komen ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails